Ruangan Interaksi
Para pelajar juga boleh gunakan ruangan ini untuk membuat pengumuman & pertanyaan kepada rakan-rakan lain (i.e. yang berkaitan dengan kursus EIA).
|
 |
Thursday, December 22, 2005
Posted at 08:15 pm by geografiums
 |  |  | Nurfadilah September 8, 2009 03:24 PM PDT
Boleh sesiapa tolong terangkan 3 jenis pembangunan mampan dan adakah ketiga-tiga jenis tersebut dan melindungi alam sekitar dalam pembangunan. |  |
  |  |  | NONI April 24, 2009 12:24 PM PDT
memang tidak dapat di nafikan bhawa EIA semmgnya pnting dalam pembangunan lestari atau pembangunan mampan. saya sebagai student di sebuah IPTA mmg bersetuju bahawa alam sekitar berkait rapat dengan pembangunan. |  |
  |  |  | asnahattiah kamaludin April 14, 2009 02:36 AM PDT
thanks tuk blog nie..sy student usm major planning..suke korg |  |
  |  |  | Name September 11, 2006 04:20 PM PDT
jngjtgjjfbjjmurjjr |  |
  |  |  | Alvira Simon April 2, 2006 11:50 AM PDT
Soalan 1:
EIA adalah penting dalam konteks pembangunan mapan kerana ia akan membuat timbang tara antara pembangunan dengan kesan terhadap pembangunan tersebut kepada alam sekitar. Pembanguan mapan juga menitikberatkan alam sekitar, oleh itu EIA dilihat sebagai suatu aspek yang boleh membantu menyeimbangkan antara aspek alam sekitar dan pembangunan.
Soalan 2:
Struktur pengajaran EIA selama 14 minggu dari ia bermula sehingga ia berakhir adalah amat efektif. Ini kerana bagi saya, pengajaran secara teori sahaja tidak akan melahirkan seorang pemikir yang bagus akan tetapi, gabungan kedua-duanya iaitu teori dan praktikal mampu melahirkan pemikir yang bernas di masa akan datang. Kedua-dua bentuk pengajaran yang diterapkan dalam Kursus EIA telah melahirkan pemikir yang sosialis di kalangan pelajar kerana pada awalnya, kami sebenarnya tidak pernah terfikir langsung akan kesan-kesan pembangunan yang hanya bertujuankan untuk memberikan kesenangan kepada manusia. Inti pati kursus ini telah menyedarkan kami bahawa kehidupan yang selesa sebenarnya dengan mengekalkan ciri-ciri keseimbangan persekitaran dari dahulu sehinggalah sekarang dan pada masa akan datang.
|  |
  |  |  | Arnold Samih April 2, 2006 11:46 AM PDT
Soalan 1:
Pembangunan Mapan
Pembangunan mapan merupakan peningkatan kecekapan ekonomi, perlindungan dan pemuliharaan sistem ekologi dan perkembangan dalam kehidupan semua manusia. Suruhanjaya Dunia bagi Pembangunan dan Alam Sekitar (World Commission on Environment and Development) atau yang dikenali sebagai Suruhanjaya Brundtland (1987) mendefinisikan Pembangunan Mapan sebagai;
“Pembangunan mapan ialah pembangunan yang memenuhi keperluan hari ini tanpa berkompromi dengan keupayaan generasi akan datang dalam memenuhi keperluan mereka”
Ia mengandungi dua konsep utama:
a). Konsep Keperluan: Lebih khusus merujuk keperluan asasi masyarakat miskin dunia, yang mesti diberikan keutamaan.
b). Konsep Kekangan: Halangan terhadap teknologi dan organisasi sosial berkaitan dengan keupayaan alam sekitar untuk memenuhi keperluan generasi akan datang.
Sumber: dipetik daripada Rozalli Hashim, 2005 dalam buku Pengurusan Pembangunan yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
Merujuk kepada dua konsep Pembangunan Mapan diatas, boleh dikatakan bahawa sesuatu pembangunan yang hendak dilaksanakan mestilah mempunyai timbangtara yang positif dengan alam sekitar.
Pentingnya EIA dalam Konteks Pembangunan Lestari
Pernyataan di atas dengan jelas dapat menunjukkan pentingnya EIA dalam konteks Pembangunan Lestari (mapan).
Penilaian Impak Persekitaran (EIA), merupakan penilaian yang dibuat terhadap kesan negatif dan positif sesuatu pembangunan terhadap kualiti alam sekitar baik dari segi persekitaran fizikal mahupun persekitaran manusia. Jika laporan penilaian yang dibuat menunjukkan bahawa pembangunan yang hendak dijalankan lebih banyak memberikan kesan negatif daripada kesan positif terhadap kualiti alam sekitar dalam jangka masa pendek dan panjang maka projek pembangunan tersebut harus dibatalkan.
EIA dapat menjamin sesuatu projek pembangunan “mesra alam” dan “meningkatkan Sosio-ekonomi” jika laporan EIA yang dibuat adalah telus dan tidak dipengaruhi oleh manipulasi “Orang Dalam”. Oleh itu, EIA merupakan salah satu komponen yang amat penting dalam merealisasikan Konsep Pembangunan Mapan.
Soalan 2:
Dari segi kandungan krusus EIA, saya berharap agar apa yang diajar di dalam krusus ini dapat memberikan faedah yang berguna kepada saya seperti apakah kepentingan dan tujuan Penilaian Impak Persekitaran dibuat sebelum sesuatu projek pembangunan dijalankan. Faedah yang diperolehi daripada krusus ini diharap bukan sahaja memberikan ilmu pengetahuan tentang EIA dalam bentuk teori semata-mata tetapi juga dalam bentuk yang lebih menjurus kepada praktikal seperti Kerja Lapangan, Kajian Kes dan sebagainya.
Saya juga berharap agar pengisian untuk pengajaran dalam kursus ini mempunyai dua bentuk kombinasi pengajaran iaitu secara teori melalui pengajaran di dalam kelas dan juga secara praktikal iaitu Kerja Lapangan dan Kajian Kes.
|  |
  |  |  | Pamela Sharon James March 27, 2006 01:41 PM PST
Soalan 1:
Pada pendapat saya, EIA adalah penting di dalam aspek pembangunan lestari. hal ini kerana, tujuan dan matlamat EIA itu sendiri membawa manusia kepada pengertian persekitaran itu kepada mereka. EIA walaupun bukan dianggap sebagai undang-undang persekitaran tetapi ia sedikit sebanyak membantu sesebuah negara yang ingin menjalankan pembangunan ataupun yang telah mambangun menjalankanpembangunan denagan cara yang berkesan. walau bagaimapun, tidak semua orang mengetahui apa implikasi EIA itu dan ini menyebabkan pengwujudan EIA itu tidak memberi sebarang kesan kepada orang ramai. Oleh itu, pengarjaran tentang EIA ini sangat penting nukan sahaja kepada pelajar-pelajar di institusi tinggi tetapi kepada semua golongan baik yang tua ataupun muda...
Soalan 2:
Saya berharap kursus EIA ini akan diajar bukan sahaja kepada yang mengambil kursus ini dan masyarakat yang cintakan alam sekitar tetapi ia juga akan diperluaskan kepada masyarakat umum terutamanya kepada anak-anak kerana merekalah yang menjadi harapan dan tunggak kepada agama,bangsa dan negara. |  |
  |  |  | Lau Siew Huong January 19, 2006 09:04 PM PST
Soalan a
EIA penting dalam konteks sesebuah negara kerana dapat membantu memelihara dan mengekalkan alam semulajadi serta melindungi kehidupan flora dan fauna yang wujud di seebuah negara.
Soalan b
Saya berharap kandungan kursus ini dapat membantu saya memahami dengan lebih mendalam lagi apa yang dimaksudkan dengan EIA. Dari segi pengisian bentuk pengajaran pula,saya berharap agar proses pembelajaran yang menarik dan berkesan dapat diberikan oleh pensyarah.
|  |
  |  |  | Then Siang Yiin HT2003-3910 January 16, 2006 10:41 AM PST
Soalan 1
Tatacara EIA dirumuskan dengan format yang lazimnya merangkumi faktor sosial dan ekonomi, di samping kesan terhadap persekitaran fizikal. Dalam konteks pembangunan lestari, EIA penting untuk memastikan sebarang kesan alam sekitar yang negatif dianalisis dan dapat dikurangkan. EIA penting untuk memastikan bahawa kesan alam sekitar projek yang dicadangkan telah dipertimbangkan dan langkah pencegahan telahpun diambil.
Soalan 2
Dari segi kandungan kursus, struktur kursus yang dirancang dapat memberi pendedahan dan pengetahuan yang bernas untuk membantu pelajar-pelajar memahami matlamat sebenar dan rasionalnya pembentukan EIA. Adalah menjadi harapan bahawa pengisian struktur kursus secara terperinci dapat merangsang pemikiran dan minda pelajar untuk meneliti pendekatan yang dipraktikkan dalam perancangan pembangunan di Malaysia, di samping memikirkan rasional untuk memberi penekanan terhadap pemeliharaan antara persekitaran manusia dan persekitaran fizikal.
|  |
  |  |  | Lee Yen Wei January 13, 2006 11:28 AM PST
SOALAN 1
Menurut Chamhuri Siwar (2001), mapan atau lestari menekankan kepada pengekalan sumber asli. Hal ini bermakna konsep pembangunan mapan memberi keperihatian kepada ekologi, pengekalan sumber dan keseimbangan persekitaran. Oleh itu, EIA penting dalam pembangunan lestari supaya kemajuan yang dicapai oleh manusia berupaya menemuhi kepuasan yang berkekalan bagi keperluan dan perbaikan kualiti hidup manusia secara seimbang dari segi kemajuan manusia dan pembangunan persekitaran (Allen, 1980).
SOALAN 2
Saya berharap selepas mengambil kursus ini, saya dapat mengetahui tentang kejayaan projek atau aktiviti yang telah dijalankan oleh EIA untuk menjaga kualiti alam sekitar kita. Hal ini disebabkan sebelum ini, kita lebih memahami misi dan visi EIA, tetapi kurang mendedahkan diri kepada kejayaan yang dicapai oleh EIA melalui projek yang dijalankan. |  |
  |  |  | Lee Yen Wei January 13, 2006 11:28 AM PST
SOALAN 1
Menurut Chamhuri Siwar (2001), mapan atau lestari menekankan kepada pengekalan sumber asli. Hal ini bermakna konsep pembangunan mapan memberi keperihatian kepada ekologi, pengekalan sumber dan keseimbangan persekitaran. Oleh itu, EIA penting dalam pembangunan lestari supaya kemajuan yang dicapai oleh manusia berupaya menemuhi kepuasan yang berkekalan bagi keperluan dan perbaikan kualiti hidup manusia secara seimbang dari segi kemajuan manusia dan pembangunan persekitaran (Allen, 1980).
SOALAN 2
Saya berharap selepas mengambil kursus ini, saya dapat mengetahui tentang kejayaan projek atau aktiviti yang telah dijalankan oleh EIA untuk menjaga kualiti alam sekitar kita. Hal ini disebabkan sebelum ini, kita lebih memahami misi dan visi EIA, tetapi kurang mendedahkan diri kepada kejayaan yang dicapai oleh EIA melalui projek yang dijalankan. |  |
  |  |  | Dymson Zeno January 6, 2006 01:57 PM PST
Soalan !
EIA membantu mengenalpasti, menilai dan memberi maklumat tentang kesan alam sekitar serta langkah penyelesaian sebelum suatu projek pembangunan dijalankan. Oleh itu, dalam konsep pembangunan mapan, ia sebenarnya amat penting kerana pembangunan berterusan tanpa menjejaskan keperluan generasi masa hadapan dapat dijalankan serta mampu mawujudkan keseimbangan antara aktiviti manusia dengan alam sekitar
Soalan 2
Dengan adanya kursus ini, saya berharap ia bukan sahaja dapat membantu saya mendalami segala ilmu tentang penjagaan alam sekitar malah dapat menunaikan tanggungjawab untuk penjagaan tersebut. Kandungan kursus ini boleh saya kongsikan bersama masyarakat supaya kesedaran menjaga alam sekitar itu boleh dipupuk
|  |
  |  |  | Even Jamilih January 6, 2006 01:31 PM PST
SOALAN 1
EIA dan pembangunan semestinya mempunyai ikatan yang tidak boleh dipisahkan. EIA dapat membantu memastikan pembangunan lestari dapat dijana dengan baik melalui penelitian dan pemantauan sesuatu pembangunan. EIA turut berperanan memastikan pembangunan lestari berjalan seiring dengan pembangunan alam sekitar di sekelilingnya.
SOALAN 2
Dengan adanya kursus EIA ini maka kita telah menambah pengetahuan kita dalam bidang alam sekitar. Informasi daripada kursus ini sangat penting dalam memandu arah diri sendiri dan masyarakat keseluruhannya tentang betapa pentingnya kita melihat aspek penggunaan alam sekitar yang lebih baik. |  |
  |  |  | Rasistha Alwarince January 6, 2006 11:58 AM PST
Soalan 1 :
Era kemajuan membawa kepada pelbagai gejala-gejala yang merosakan alam sekitar. Pencerobohan ke atas alam sekitar menuntut kita supaya lebih prihatin kepada isu kebinasaan alam sekitar ini. Oleh itu, EIA adalah satu medium yang penting dalam konteks pembangunan mampan di semua negara bagi mengatasi semua masalah yang berbangkit dengan isu alam sekitar ini. Apalah gunanya kemajuan jika disekeliling kita dicemari dengan pelbagai masalah alam sekitar.
Soalan 2 :
Harapan saya dari kursus ini agar, pengetahuan saya mengenai alam sekitar akan bertambah serta dapat memberi satu gambaran yang jelas mengenai EIA.
|  |
  |  |  | asmara majid ha2003-1251 January 6, 2006 12:11 AM PST
soalan 1
EIA adalah penting dalam konteks pembangunan lestari atau mapan kerana sebelum proses pembangunan dilakukan dalam sesuatu kawasan akan dinilai sama ada pembangunan yang dijalankan adalah tidak meninggalkan kesan terhadap alam sekitar dan manusia selaras dengan pembangunan negara Malaysia secara mapan kearah negara maju.
soalan2
Harapan saya mengenai kursus EIA adalah semoga dengan kursus ini pengetahuan dan kesedaran akan pentingnya penjagaan alam sekitar. selain itu, kursus ini juga semoga akan menjadikan saya sebagai seorang manusia yang mementingkan alam sekitar demi kesejahteraan semua.
|  |
  |  |  | Tai Fui Vun January 5, 2006 04:54 PM PST
Soalan 1:
Dalam konteks pembangunan lestari yang membawa maksud satu proses membuat keputusan bersama bagi memastikan aktiviti ekonomi, kebajikan Malaysia dan ekosistem sama-sama diberi pertimbangan bersepadu bagi memastikan generasi kini dan akan datang dapat memenuhi keperluannya tanpa halangan. Oleh itu, dalam konteks ini EIA memainkan peranan yang sangat penting iaitu mengenal pasti, menganalisis dan menilai kesan-kesan yang akan timbul akibat dari projek pembangunan supaya dapat memenuhi permintaan mapan iaitu antara aktiviti manusia dengan alam sekitar dapat dijalankan secara seimbangan demi mencapai pembangunan lestari.
Soalan 2:
Saya memang jenis yang suka sangat kerja lapangan dan aktiviti luar. Bagi saya, perancangan kursus ini memang baik kerana berhaluan untuk membina kemimpian seseorang individu dan sebagai persediaan untuk menghadapi alam pekerjaan. Pendedahan mengenai alam sekitar lebih praktikal kerana lebih kepada kerja lapangan. Di samping itu, semua pelajar juga berpeluang merapatkan hubungan melalui tugasan projek apresiasi alam sekitar. |  |
  |  |  | nurulizah January 5, 2006 02:49 PM PST
SOALAN 1:
EIA penting dalam konteks pembangunan lestari negara kita yang mampan kerana manusia sering mengubah alam sekitarnya tanpa memIkirkan kesan terhadap alam sekitar.Justeru penilaian impak alam sekitar seharusnya dilaksanakan dengan cekap dan berkesan agar negara kita berada pada tahap negara maju yang mementingkan alam sekitar.
SOALAN 2:
Saya berharap agar kursus ini dapat memberi kefahaman kepada saya untuk memahami penilaian impak alam sekitar dengan lebih baik dan dapat mendedahkan kami kepada dunia yang maju yang seimbang dari semua sudut tanpa mengabaikan alam sekitarnya./ |  |
  |  |  | Masni Bt Goebin January 5, 2006 02:11 PM PST
TUGASAN 1 , NO2
Melalui kursus EIA, saya dapat diperlihatkan bahawa pentingnya alam sekitar untuk terus dijaga dalam melakukan sebarang pembangunan. Ia juga memperlihatkan kepada saya kesan-kesan kepada alam sekitar dalam konteks pembangunan dengan mata kasar sendiri seperti mana di pembangunan yang kian dilakukan di hadapan UMS sekarang. Mengenai dengan pengisian bentuk pengajaran kursus ini, ia agak menarik kerana mempamerkan contoh-contoh pembangunan serta kesan-kesannya sekali di dalam dunia nyata. |  |
  |  |  | Masni Bt Goebin January 5, 2006 02:01 PM PST
TUGASAN 2
Saya berharap apabila saya dapat mempelajari kursur EIA ini, saya akan dapat memahami serta mendapat gambaran bahawa pembangunan yang kian giat dilakukan itu mempunyai kebaikan dan kelemahannya sekali. Oleh hal yang demikian, EIA akan membantu saya untuk menganalisis kesan-kesan pembangunan kepada alam sekitar yang kian meruncing sekarang. Mengenai dengan pengisian kursus ia agak menarik kerana memperlihatkan situasi sebenar yang kita boleh lihat dengan mata kasar seperti mana projek yang sendag berlaku di depan UMS sendiri. |  |
  |  |  | Masni Bt Goebin January 5, 2006 01:48 PM PST
TUGASAN 1
EIA amat penting sekali terutamanya di dalam menguruskan serta sebelum melakukan sesuatu pembangunan atau projekdi bumi. Ini adalah kerana EIA perlu mengkaji kesemua aspek sebelum pembangunan itu dilakukan seperti mana EIA menimbang kesemua aspek tersebut seperti kesannya pembangunan iaitu dari segi alam sekitar, fizikal, flora dan fauna, sosio-budaya masyarakat, dan juga manusia itu sendiri. Pendapat saya, EIA haruslah dilakukan dalam merealisasikan pembangunan mapan agar dapat menimbangkan kepentingan semua pihak dalam semua aspek-aspek yang disebutkan itu.
|  |
  |  |  | Patricia Ng Mee Ling January 5, 2006 10:37 AM PST
Nama : PATRICIA NG MEE LING
No. Matrik : HT2003-3885
Soalan 1:
Pembangunan lestari dalam Laporan Brundtland mengintegrasikan polisi alam sekitar dengan strategi pembangunan. EIA adalah untuk mengenalpasti, meramal, menilai dan memberi maklumat mengenai kesan-kesan alam sekitar bagi projek pembangunan serta mengemukakan langkah-langkah tebatan sebelum projek berkenaan diluluskan dan dilaksanakan. EIA juga mengurangkan kos, masa serta memaksimumkan penggunaan sumber manusia dan semulajadi.
Soalan 2:
Harapan saya adalah pada akhir semester ini dapat memahami dan mendalami kursus ini secara menyeluruh. Melalui kursus ini juga dijangka akan menyedarkan saya tentang kepentingan untuk menjalankan kajian terhadap impak alam sekitar (EIA) ke atas projek-projek yang memberi kesan kepada persekitaran. Dengan itu, saya juga berharap dapat membuat analisis dan tafsiran soalan peperiksaan yang dikeluarkan oleh Pensyarah dengan bernas dan tepat semasa peperiksaan akhir nanti. Perkara yang lebih penting dan bermakna bagi saya adalah memberi pendedahan dan pengetahuan yang meluas mengenai EIA kepada pelajar-pelajar geografi apabila saya menjadi bakal guru nanti.
Bagi pengisian pengajaran, saya berharap kursus ini dapat memberi gambaran tentang kepentingan EIA secara global atau lebih meluas dan bukan hanya fokus dalam Sabah atau Malaysia sahaja. Dengan itu, kita dapat melihat perbandingan pelaksanaan EIA antara negara-negara lain dengan negara kita dari aspek keberkesanan atau tidak pelaksanaan EIA di Malaysia. |  |
  |  |  | Hayani Diasin January 4, 2006 09:43 PM PST
soalan 1
Dewasa kini, banyak negara sedang berlumba-lumba melakukan aktiviti pembangunan tanpa memikirkan impaknya kepada alam sekitar. Kewujudan EIA dalam tahun 1990-an berperanan penting dalam memberikan kesedaran kepada negara-negara yang terlibat untuk menilai semula projek-projek pembangunan yang sendang dijalankan sama ada lebih banyak memberikan kesan negatif atau positif kepada alam sekitar. EIA yang bertindak untuk merancang dan mengurus alam sekitar akan dapat mengurangkan berlakunya pencerobohan alam sekitar.
Soalan 2
Dengan mengambil kursus ini, ianya mampu meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan penjagaan alam sekitar. Selain itu, pemahaman lebih mendalam terhadap pengurusan alam sekitar dan impaknya kepada masyarakat dapat difahami. Saya juga berharap EIA dapat memberikan praktikal yang lebih mendalam semasa kajian ini dibuat disamping menjayakan seruan 'Cintailah alam sekitar'. Saya juga berharap agar dapat menyalurkan ilmu yang diperoleh nanti untuk membangunkan persekitaran fizikal dan manusia. |  |
  |  |  | Mildah Kasin January 4, 2006 09:30 PM PST
soalan 1
EIa merupakan suatu prosedur/perundangan alam skitar yang bertujuan untuk menilai sejauhmana aktiviti-aktiviti yang dilakukan ke atas apersekitaran boleh memberikan impak kepada alam sekitar fizikal dan manusia.Oleh itu, EIA sangat penting dalam sesebuah negara yang mampan demi menjaga kestabilan alam sekitar semulajadi daripada mejadi mangsa kepada kerakusan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Soalan 2
Melalui kursus eia, saya mengharapkan akan dapat melahirkan insan yang peka tentang pentingnya menjaga alam sekitar. Kursus EIA mendedahkan dan mengupas tentang isu-isu yang berkitan dengan alam sekitar. Oleh itu,diharapkan kursus ini mampu membangkitkan kesedaran kepada pelajar untuk sama-sama berusaha menentang apa jua bentuk pembangunan yang boleh mencabul keharmonian alam sekitar. Jadilah insan yang benar-benar bergelar 'insan' selagi mampu berkhidmat kepada masyarakat, nusa, bangsa dan negara. |  |
  |  |  | siti hasmah January 4, 2006 07:54 PM PST
1.EIA penting untuk mengenalpasti kesan pembangunan baru terhadap alam sekitar, ekonomi dan masyarakat. Pembangunan dilakukan dengan drastik sekali terutamanya di negara-negara membangun seperti negara kita. Pembersihan hutan dilakukan dengan sewenang-wenangnya tanpa kawalan. Oleh itu, ia membawa kepada kesan-kesan lain khususnya kepada alam sekitar. Justeru, garis panduan dikeluarkan untuk memantau keadaan ini.
2. Subjek ini dapat memberikan ataupun memperlihatkan situasi sebenar bagaimana EIA ini diimplementasikan. |  |
  |  |  | Clarice Desmond January 4, 2006 06:00 PM PST
Soalan 1
EIA amat penting dalam pembangunan lestari kerana EIA dapat menganalisis apakah yang akan berlaku terhadap alam sekitar akibat daripada pembangunan yang dijalankan di sesuatu kawasan.
Soalan 2
Harapan saya terhadap kursus ini ialah agar saya dapat memahami apakah sebenarnya itu EIA serta dapat mengaplikasikannya ke dunia yang sebenar. |  |
  |  |  | azman bin usman January 4, 2006 04:31 PM PST
SOALAN 1
EIA merupakan penilaian tentang kesan sampingan yang mungkin berlaku susulan projek pembangunan yang dijalankan terhadap kualiti alam sekitar fizikal dan manusia.Oleh itu, EIA berperanan penting dalam memastikan pembangunan mapan dapat diwujudkan dan seiring dengan penjagaan kualiti alam sekitar manusia dan juga fizikal.
soalan 2
Dari aspek kandungan kursus, harapan saya agar kursus ini memberi pendedahan awal terhadap saya dan kepada pihak-pihak lain tentang kepentingan pengawalan kualiti alam sekitar.manakala pengisian yang dilaksanakan dapat memberi kemahiran dan input yang positif terhadap saya berkenaan teori dan praktikal semasa menjalankan kajian. |  |
  |  |  | azman bin usman January 4, 2006 03:47 PM PST
SOALAN 1
EIA merupakan suatu penilaian berkenaan kesan sampingan projek-projek pembangunan yang dilaksanakan terhadap keadaan alam sekitar sama ada manusia mahupun fizikal. oleh itu, EIA berperanan penting dalam memastikan pembangunan yang dijalankan mengambilkira tahap kualiti alam sekitar supaya pembangunan mapan dan seimbang dapat diwujudkan di sesebuah negara. |  |
  |  |  | Lailah Bte Chung Foh Sin, January 4, 2006 02:01 PM PST
soalan 1.
Penilaian Impak Alam Sekitar adalah penting dalam pembangunan mapan sesebuah negara. ini kerana EIA ( Environmental Impact Assesment) adalah satu prosedur yang dibentuk bagi mengawal kerosakkan dan kemusnahan alam sekitar fizikal akibat daripada projek-projek pembangunan yang dilaksanakan. jika EIA ini tidak dibentuk dan dilaksanakan, sudah tentu para pengusaha projek-projek mega akan melaksanakan projek-projek mereka tanpa adanya pertimbangan terhadap alam sekitar fizikal dan ini sudah tentu akan mendatangkan kesan buruk dalam jangka masa panjang.
soalan 2.
melalui kursus EIA ini, saya berharap akan mendapat pengetahuan yang luas dan lengkap mengenai EIA dan sekaligus diaplikasikan dalam kehidupan yang datang dan menyelamatkan dunia kita. |  |
  |  |  | mohamad hir ramli January 3, 2006 09:19 PM PST
Soalan 1EIA melibatkan kajian mengenalpasti, meramal, menilai serta memberi maklumat mengenai kesan-kesan alam sekitar bagi projek-projek yang akan dilaksanakan. Selain membina cadangan yang akan digunakan untuk meminimakan kemerosotan alam, sosioekonomi, budaya dan nilai estika. Prosedur ini menekankan pengurusan projek yang cekap dan bersistematik bagi menguruskan projek khasnya dan pengurusan pembinaan amnya. Kelancaran pelaksanaan projek mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan memberi implikasi yang positif kepada alam sekitar serta pihak yang terlibat. Secara langsung, EIA merupakan medium kesedaran masyarakat sejagat pripentingnya kehidupan yang harmoni dengan alam semulajadi.
Soalan 2
Harapan saya terhadap kursus EIA supaya kursus ini memberi ruang penimbaan ilmu dan pengalaman yang boleh dimanfaatkan ketika di alam pekerjaan dan bermasyarakat kelak.
|  |
  |  |  | NASARUDIN MOHD. BASRAN January 3, 2006 09:15 PM PST
SOALAN 1:
Pembangunan Lestari (Mapan) pula merujuk kepada pembangunan yang seimbang dengan alam sekitar. Justeru, EIA adalah garis panduan yang perlu bagi Pembangunan Mapan. EIA dapat membantu melancarkan pembangunan berterusan sebagai negara yang sedang membangun. EIA juga bertindak sebagai pemerhati, peramal serta pemangkin terhadap pembangunan agar mengambilkira semua aspek alam sekitar fizikal, manusia, sosiobudaya dan nilai estetik.
SOALAN 2:
"EIA" pengertiannya ialah PENILAIAN IMPAK ALAM SEKITAR. Adalah menjadi harapan saya terhadap kursus ini supaya perkataan PENILAIAN itu dapat diserapkan dengan lebih komited. Ini bermakna dari segi kandungan kursus dan pengisian bentuk pengajaran saya menjangka agar semua konsep mengenai aspek penilaian yang berkaitan alam sekitar menerusi pembangunan dapat diselongkarkan. Manakala dari segi praktikalnya pula, saya berharap agar turun ke lapangan, meninjau, memerhati serta membuat penilaian sendiri terhadap suatu pembangunan yang sedang dijalankan di Sabah. |  |
  |  |  | umi kalthum ramli January 3, 2006 09:10 PM PST
soalan 1
Kepentigan EIA dalam memastikan kepelbagaian biodiversiti dan demografi diurus secara berterusan sering dengan pembangunan yang telah dirangka. Alternatif yang didapati mampu mengatasi masalah yang bakal timbul dan memastikan kelestarian alam sekitar terpelihara.
soalan 2
Harapan saya subjek ini mampu memberikan kefahaman yang lebih mendalam mengenai EIA khususnya terhadap pembangunan negara. |  |
  |  |  | BORHAN TAHERE January 3, 2006 08:55 PM PST
SOALAN 1 :
Pada pendapat saya, kepentingan EIA dalam konteks pembangunan mapan bagi sesebuah negara ialah keupayaan kaedah EIA yang diguna pakai dapat memberi gambaran awal bagi membuat ramalan terhadap kesan yang akan timbul oleh sesuatu pembangunan seterusnya dapat meminimumkan kadar kerosakan alam sekitar. Hal ini penting bagi memastikan keseimbangan ekosistem yang tidak merugikan generasi masa kini tetapi dalam masa yang sama menjaga kepentingan generasi akan datang.
SOALAN 2:
Adalah menjadi harapan saya, terhadap kursus ini agar dapat melahirkan seorang yang lebih peka dan prihatin terhadap alam sekitar. Di samping itu, dari segi kandungan dan pengisian pengajaran dapt diseimbangkan dari aspek teori dan praktikal (pengaplikasian).
SOALAN 2:
|  |
  |  |  | YUSRI ABD. HADJI January 3, 2006 08:39 PM PST
Soalan 1
Penilaian Impak Persekitaran (EIA) merupakan satu langkah yang sangat praktikal dan proaktif dalam konteks ‘Pembangunan lestari’. Melalui EIA, pembangunan lestari yang berteraskan kepada prinsip ‘Pembangunan berterusan’ dapat dicapai. Pembangunan berterusan merujuk kepada pembangunan yang tidak hanya menumpukan pada tempoh masa tertentu dan nikmat pembangunan itu bukan untuk satu-satu generasi sahaja tetapi boleh dirasai dan berterusan sehingga ke generasi akan datang. Dalam konteks alam sekitar, EIA mampu mewujudkan sesuatu pembangunan tersebut dengan lebih efisien dan tanpa mengorbankan alam sekitar. Oleh itu, Penilaian Impak Persekitaran (EIA) perlu dikekalkan dan diperbahrui dari masa ke semasa selari dengan arus pembangunan.
Soalan 2
Kursus ini merupakan satu pengisian yang sangat sesuai kepada pelajar dari program geografi tetapi ia juga boleh ditawarkan kepada pelajar dari program lain. Berdasarkan pengisian kandungan kursus ia sangat bersesuaian dengan tajuk kursus yang ditawarkan. Namun itu, kursus ini memerlukan aktiviti yang lebih bersifat praktikel berbanding dengan teori. Hal ini penting kearah pemahaman dan penglibatan yang lebih efisen dan menyeluruh. Selain itu, saya berharap agar kursus ini dapat di ajar dengan sebaik mungkin dan mudah untuk berinteraksi dengan tenaga pengajar dalam mengemukakan pelbagi persoalan, pendapat dan sebagainya.
|  |
  |  |  | RUSLINIE LASUPIN January 3, 2006 08:35 PM PST
Assalamualaikum..
SOALAN 1
Bagi memastikan pembangunan mampan dapat dicapai, EIA perlulah digunapakai sebagai garis panduan dalam pelaksanannya. EIA penting untuk mengenalpasti, meramal kesan sesuatu tindakan ke atas persekitaran biofizikal, kesihatan dan kesejahteraan manusia. Pelaksanaan EIA yang berkesan dapat membantu meningkatkan kualiti persekitaran masyarakat dan seterusnya negara Malaysia amnya.
SOALAN2
Berkenaan dengan subjek ini, saya berharap agar dapat memperolehi dan mempelajari sesuatu yang baru dan memahami tujuan bidang ini diajar kepada pelajar dan peranan EIA ini kepada penjagaan alam sekitar yang kini semakin musnah akibat tuntutan pembangunan yang serius. |  |
  |  |  | RUSLINIE LASUPIN January 3, 2006 08:35 PM PST
Assalamualaikum..
SOALAN 1
Bagi memastikan pembangunan mampan dapat dicapai, EIA perlulah digunapakai sebagai garis panduan dalam pelaksanannya. EIA penting untuk mengenalpasti, meramal kesan sesuatu tindakan ke atas persekitaran biofizikal, kesihatan dan kesejahteraan manusia. Pelaksanaan EIA yang berkesan dapat membantu meningkatkan kualiti persekitaran masyarakat dan seterusnya negara Malaysia amnya.
SOALAN2
Berkenaan dengan subjek ini, saya berharap agar dapat memperolehi dan mempelajari sesuatu yang baru dan memahami tujuan bidang ini diajar kepada pelajar dan peranan EIA ini kepada penjagaan alam sekitar yang kini semakin musnah akibat tuntutan pembangunan yang serius. |  |
  |  |  | RUSLINIE LASUPIN January 3, 2006 08:27 PM PST
Assalamualaikum..
SOALAN 1
Bagi memastikan pembangunan mampan dapat dicapai, EIA perlulah digunapakai sebagai garis panduan dalam pelaksanannya. EIA penting untuk mengenalpasti, meramal kesan sesuau tindakan ke atas persekitaan biofizikal, kesihatan dan kesejahteaan manusia. Pelaksanaan EIA yang berkesan dapat membantu meningkatkan kualiti persekitaran masyarakat dan seterusnya negara Malaysia amnya.
SOALAN2
Berkenaan dengan subjek ini, saya berharap agar dapat memperolehi dan mempelajari sesuatu yang baru dan memahami tujuan bidang ini diajar kepada pelajar dan peranan EIA ini kepada penjagaan alam sekitar yang kini semakin musnah akibat tuntutan pembangunan yang serius. |  |
  |  |  | Mapong Tadong January 3, 2006 07:22 PM PST
Soalan 1: Dalam sesebuah pembangunan yang dijalankan, soal alam sekitar turut dititikberatkan dari segi impak positif dan juga negatif kesan daripada aktiviti pembangunan. Oleh itu, EIA amat penting dalam mewujudkan pembangunan yang lestari. Hal ini kerana, EIA ini merupakan penilaian terhadap kualiti alam sekitar kesan daripada aktiviti pembangunan yang dijalankan.
Soalan 2: Melalui kursus EIA ini, saya berharap ia dapat meningkatkan lagi kefahaman saya mengenai alam sekitar, sekaligus akan dapat menimbulkan kesedaran dalam penjagaan ke atas alam sekitar bagi menjamin kelestarian alam sekitar yang berkekalan untuk generasi akan datang. |  |
  |  |  | Name Masitah Juakim January 3, 2006 05:38 PM PST
soalan 1
kepentingan EIA adalah untuk membuta ramalan atau penilaian awal bagi sebarang pembangunan lestari (mapan) yang dijalankan.hal ini adalah perlu ditekankan bagi menjamin keseimbangn ekologi ataupun ekosistem dan setidak-tidaknya dapat mengurangkan masalah atau kesan negatif melalui pembagunan mapan yang ingin dijalankan terhadap hidupan di muka bumi ini.
soalan 2
saya berharap apa yang saya pelajari dalam kursus ini akan dapat dimanfaatkan dan juga mendapat pemahaman yang lebih mendalam dalam menilai kepentingan alam sekitar dan mengetahui sedikit sebanyak tentang perundangan bagi sebarang pembangunan. |  |
  |  |  | Stella Gindin January 3, 2006 05:36 PM PST
Soalan 1
EIA ini adalah amat pentingan dalam pembangunan sesebuah negara terutamanya dalam mewujudkan sebuah negara yang mampan. Hal ini kerana, dengan mengambil kira aspek EIA dalam pembangunan negara, kita mampu mengekalkan kelestarian sesebuah negara melalui pengekalan sumber alam yang amat penting bagi masa hadapan dimana kemusnahan alam sekitar mampu diminimumkan walau pun adanya pembangunan. Jadi, hal ini amat penting bagi keseimbangan pembangunan sesebuah negara.
Soalan 2
Harapan saya dalam kursus ini adalah, semoga ia mampu memberikan pendedahan serta memantapkan pengetahuan saya dalam penjagaan alam sekitar seterusnya membantu Institusi-institusi persekitan dalam pengurusan alam sekitar. |  |
  |  |  | Kieu Lee Lee January 3, 2006 05:18 PM PST
Soalan 1
EIA penting dalam konteks pembangunan lestari (mapan) sesebuah negara kerana EIA merupakan satu prosedur untuk menilai kesan sama ada kesan negatif ataupun positif sebelum sesuatu projek pembangunan dilaksanakan demi mengekalkan alam sekitar yang ada selepas projek pembangunan dilaksanakan.
Soalan 2
Harapan saya terhadap kursus ini adalah menjalankan kerja lapangan luar yang lebih banyak lagi supaya dapat terdedah ilmu pengetahuan dan pengalaman yang tidak dapat diperolehi dalam kelas.
|  |
  |  |  | laura jinius January 3, 2006 05:14 PM PST
SOALAN 1:
EIA penting dalam konteks pembangunan lestari (mapan) sesebuah negara bagi memastikan setiap pembangunan yang dilaksanakan telah diteliti kesan negatifnya pada masa yang akan datang mengikut prosedur yang telah ditetapkan bagi meminimumkan impak negatif terhadap alam sekitar manusia dan fizikal.
SOALAN 2:
harapan saya setelah mempelajari kursus ini adalah agar saya dapat mempelajari lebih tentang alam sekitar dan mempraktikkannya. Dari segi kandungan kursus adalah menarik dan pengisian bentuk pengajaran yang berbeza ini merupakan salah satu daya penarik terhadap subjek ini. |  |
  |  |  | Wong Hie Kiong January 3, 2006 05:00 PM PST
Soalan 1:
EIA adalah penting dalam pembangunan mampan kerana ia adalah suatu penilaian impak manusia terhadap alam persekitaran yang berpunca daripada perbuatan sendiri sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung terhadap alam persekitaran. Menerusi EIA, keprihatinan masyarakat tempatan terhadap alam sekitar dapat dipertingkatkan.
Soalan 2:
Saya berharap dalam kursus ini, pensyarah dapat memperbanyakan lebih aktiviti kerja lapangan selain daripada aktiviti pembelajaran dalam kelas. Dengan ini, pelajar lebih memahami, mendekati serta menghayati alam sekitar yang unik. |  |
  |  |  | CHANG YAN SAN January 3, 2006 12:20 PM PST
TUGASAN BLOG 1:
SOALAN 1:
EIA membantu mengenalpasti, meramal, menilai dan memberi maklumat mengenai kesan-kesan alam sekitar, mengemukakan langkah-langkah tebatan sebelum sesuatu cadangan projek diluluskan dan dilaksanakan untuk matlamat agar pembangunan dicapai dengan tanpa mengabaikan kepentingan alam sekitar. Maka, hal ini dapat melihatkan pentingnya EIA dalam konteks pembangunan mapan yang menekankan keseimbangan pembangunan dengan pemeliharaan alam sekitar.
SOALAN 2:
Kandungan kursus adalah lebih teratur dan memfokus daripada dijangka. Pengisian bentuk pengajaran yang lebih menekankan praktikal, disertai kajian kes, kerja lapangan, projek apresiasi dan aktiviti diskusi "menghidupkan" suasana belajar. Diharapkan kursus ini dapat memberikan ilmu berguna tentang EIA dan terus disalur kepada semua agar bersama-sama kita membantu dalam penjagaan persekitaran. |  |
  |  |  | Hii Ming Toh HT2003-3912 January 3, 2006 10:17 AM PST
Soalan 1:
EIA merupakan satu prosedur untuk membantu menjaga alam semula jadi yang sedia ada dalam sesebuah negara supaya negara tersebut tidak keterlaluan dalam menjalankan pembangunan negara sehingga mendatangkan kesan negatif yang mendalam terhadap alam sekitar dan manusia.
Soalan 2:
Saya berharap kursus EIA ini dapat membantu saya dalam menilai lebih kritikal tentang kesan-kesan pembangunan yang akan dan sedang dijalankan.
|  |
  |  |  | Name January 3, 2006 10:16 AM PST
Soalan 1:
EIA merupakan satu prosedur untuk membantu menjaga alam semula jadi yang sedia ada dalam sesebuah negara supaya negara tersebut tidak keterlaluan dalam menjalankan pembangunan negara sehingga mendatangkan kesan negatif yang mendalam terhadap alam sekitar dan manusia.
Soalan 2:
Saya berharap kursus EIA ini dapat membantu saya dalam menilai lebih kritikal tentang kesan-kesan pembangunan yang akan dan sedang dijalankan.
|  |
  |  |  | evylin ha2003-1253 January 3, 2006 09:34 AM PST
soalan 1: pembangunan lestari sangat menekankan keseimbangan pembangunan alam sekitar dengan pembangunan ekonomi dan sosial sesebuah negara. oleh yang demikian EIA bertindak sebagai satu badan yang menentukan pembangunan yang cuba dimajukan itu mempunyai kesan terhadap alam sekitar.
oleh yang demikian EIA berperanan besar dalam menentukan kelestarian sesebuah negara.
soalan 2: harapan saya ialah untuk meningkatkan pengetahuan saya tentang kesedaran terhadap alam sekitar dan berharap suatu hari nanti saya akan menjadi duta alam sekitar. sekian
|  |
  |  |  | Helen J. Ming January 2, 2006 03:55 PM PST
Soalan 1
EIA sangat penting kerana ia mampu menjadi panduan dalam membangunkan sesebuah negara tersebut. Ini kerana melaluinya banyak pembangunan yang mampu dirancang dan dilaksanakan dengan baik dan teratur dan pada masa yang sama juga masih mampu mengekalkan kelestarian sesebuah negara.
Soalan 2
Diharapkan melalui kursus ini, para pelajar akan lebih menghargai alam sekitar dan lebih bijak dalam merancang sesuatu projek terutamanya yang melibatkan alam sekitar. |  |
  |  |  | SAMSAM ABU(HA2003-1256) January 2, 2006 01:41 PM PST
Soalan 1
Kepentingan EIA dalam konteks pembangunan mampan dilihat sebagai satu garis pandun untuk sesuatu projek yang ingin dilaksanakan seiring dengan dengan keperluan pembangunan dan pada masa yang sama tidak mengabaikan aspek keperluan untuk memuliharan dan melindungi alam sekitar.
Soalan 2
Diharapkan kursus ini yang mengunakan pendekatan praktikal dan juga teori akan memberikan saya satu ilmu pengetahuan yang dapat digunapakai dalam kehidupan seharian, dan memberikan pendedahan tentang keperluan dan peripentingnya alam sekitar untuk dilindungi. |  |
  |  |  | Name Kamisah January 2, 2006 10:15 AM PST
SOALAN 1
EIA pada prinsipnya memang penting dan sangat baik dalam usaha untuk mengurangkan impak dan kesan terhadap alam sekitar yang semakin merosot. Oleh itu, EIA penting sebagai garis panduan dalam usaha untuk pembangunan yang lebih mampan. Walaubagaimanapun, penglibatan semua pihak bagi menangani masalah alam sekitar secara berkesan adalah perlu terutama genarasi baru '' Pelajar2''. Kerana, inilah yang merupakan teras bagi kejayaan pengurusan alam sekitar negara pada masa akan datang.
SOALAN 2:
Jangkaan saya apabila mengikuti kursus ini akan dapat mengetahui serba sedikit tentang beberapa ilmu alam sekitar yang belum diketahui sebelum ini. Dari segi kandungan kursus sangat menarik dan memberi pengalaman baru kepada kami. Namun, dikesempatan ini saya memohon kepada encik agar dapat memberi pendedahan kepada kami tentang cara-cara untuk mengukur tahap pencemaran dengan menggunakan alat tertentu kerana dari tahun pertama kami belum mengenalinya.
|  |
  |  |  | Nagendran Thangavelo January 1, 2006 09:23 PM PST
Soalan 1
EIA adalah satu bidang yang amat penting bagi sesebuah negara maju dan yang sedang membangun kerana ia merupakan satu sistem penilaian alam sekitar selaras dengan pembangunan lestari. EIA juga dapat memberi penjelasan tentang akibat pembangunan disesebuah tempat.
Soalan 2
Harapan saya terhadap kursus EIA adalah supaya saya dapat mempelajari prosedur-prosedur EIA dalam sesebuah pembangunan. selain itu say juga berharap supaya dapat mengetahui serba sedikit tentang pripentingnya alam sekitar kepada sesebuah negara. |  |
  |  |  | Nagendran Thangavelo January 1, 2006 09:02 PM PST
Soalan 1
EIA adalah satu bidang yang amat penting bagi negara maju dan juga negara yang sedang membangun kerana ia merupakan satu sistem penilaian alam sekitar yang banyak manfaatnya selaras dengan pembangunan lestari. Ia dapat membantu mengekalkan hubungan antara manusia dan alam sekitar yang telah wujud.
Soalan 2
Harapan saya terhadap kursus ini dari segi kandungan kursus dan pengisian bentuk pengajaran adalah supaya dapat mengetahui prosedur-prosedur EIA dalam sesuatu pembangunan. Saya juga berharap akan mendapat pengetahuan tentang pripentingnya penjagaan alam sekitar kepada sesebuah negara.
|  |
  |  |  | AZLAN BIN HJ BAHARUDDIN January 1, 2006 08:20 PM PST
SOALAN 1
seperti yang kita sedia maklum, pembangunan lestari adalah merupakan sebuah pembangunan yang terhindar dari segala kemudahterancaman....maknanya sesebuah kawasan yang inginkan sebuah pembangunan yang lestari, ia hendaklah mengekalkan dan seterusnya mampu menjaga segala kompenan-kompenan yang ada di dalamnya..oleh itu, dalam konteks mahupun keadaan ini, EIA memainkan peranan yang amat penting di dalam membuat penilaian awal terhadap sebarang pembangunan yang bakal dilakukan..ini bertujuan untuk mengawal kesan negatif sesuatu aktiviti pembangunan yang bakal dijalankan itu....
SOALAN2
berdasarkan kepada isi kandungan kursus, saya jangkakan dan harapkan agar semua rakan seperjuangan saya dapat mempelajari dan menambah sesuatu pengetahuan baru yang sebelum ini belum dipelajari... |  |
  |  |  | NOORBAIZURAH BINTI NAWAWI December 31, 2005 05:48 PM PST
SOALAN 1
EIA memainkan peranan yang penting dalam konteks pembangunan lestari kerana mampu untuk menjamin sesebuah pembangunan yang selari dengan kesesuaian kehidupan persekitaran. Hal ini kerana dapat mewujudkan satu kehidupan yang selesa tanpa gangguan dari kesan kepincangan pembangunan yang tidak lestari.
SOALAN 2
Harapan saya menerusi kursus ini adalah mampu untuk menimbulkan kesedaran dan pengetahuan yang lebih mendalam tentang alam sekitar secara menyeluruh tidak pada sesetengah aspek sahaja. Diharap EIA juga akan terus kekal sebagai satu subjek yang penting kerana alam sekitar adalah amanah kita. |  |
  |  |  | ASIS BIN JASA (HT2003-3890) December 31, 2005 03:58 PM PST
SOALAN 1
kepentingan EIA dalam konteks pembangunan lestari ialah untuk mengkaji dan meramal impak pembangunan ke atas kesimbangan ekologi alam sekitar, sama ada dari konteks alam sekitar manusia mahupun alam sekitar fizikal daripada terus ditelan arus pembangunan masa kini dan akan datang
SOALAN 2
Diharapkan kursus ini dapat menjadi inisiatif dan penggerak kepada para pelajar dalam membantu usaha dunia dalam memulihara dan memelihara alam sekitar baik dari aspek fizikalnya mahupun manusia. |  |
  |  |  | ASIS BIN JASA (HT2003-3890) December 31, 2005 03:48 PM PST
SOALAN 1
kepentingan EIA dalam konteks pembangunan lestari ialah satu prosedur dalam mengkaji dan meramal impak negatif pembangunan dari aspek kesimbangan ekologi sama ada alam sekitar manusia mahupun alam sekitar fizikal.
SOALAN 2
Diharapkan kursus ini dapat menjadi inisiatif dan penggerak terhadap sikap pelajar dalam usaha memulihara dan memelihara alam sekitar daripada terus di telan arus pembangunan. |  |
  |  |  | More@Mohd.Faizal Saha December 31, 2005 03:28 PM PST
Soalan 1:
Pada pendapat saya, EIA memainkan peranan sebagai satu mekanisme yang mampu menyekat aktiviti pembangunan yang secara relatifnya lebih banyak kesan negatifnya daripada yang positif. Justeru tidak dinafikan lagi bahawa EIA berfungsi memastikan pembangunan lestari(mapan) sesebuah negara. Pembangunan mapan semestinya optimum dari segi tahap pencemarannya terhadap persekitaran seiring dengan tuntutan pembangunan.
Soalan 2:
Dengan mengikuti kursus ini, saya berharap akan dapat memahami bagaimana membuat penilaian terhadap kesan yang dibawa oleh aktiviti pembangunan terhadap alam sekitar. Dari segi pengisian bentuk pengajaran EIA, saya akan dapat mengaplikasikan ilmu yang telah diajarkan secara teori apabila berada di lapangan sebenar kelak. Akhirnya, saya berharap akan lebih bertanggungjawab dan perihatin terhadap alam sekitar.
|  |
  |  |  | Name December 31, 2005 03:22 PM PST
Soalan 1:
Pada pendapat saya, EIA memainkan peranan sebagai satu mekanisme yang mampu menyekat aktiviti pembangunan yang secara relatifnya lebih banyak kesan negatifnya daripad yang positif. Justeru tidak dinafikan lagi bahawa EIA berfungsi memastikan pembangunan lestari(mapan) sesebuah negara. Pembangunan mapan semestinya optimum dari segi tahap pencemarannya terhadap persekitaran seiring dengan tuntutan pembangunan.
Soalan 2:
Dengan mengikuti kursus ini, saya berharap akan dapat memahami bagaimana membuat penilaian terhadap kesan yang dibawa oleh aktiviti pembangunan terhadap alam sekitar. Dari segi pengisian bentuk pengajaran EIA, saya akan dapat mengaplikasikan ilmu yang telah diajarkan secara teori apabila berada di lapangan sebenar kelak. Akhirnya, saya berharap akan lebih bertanggungjawab dan perihatin terhadap alam sekitar.
|  |
  |  |  | JAMLIN MAIDIN@HA2003-1215 December 31, 2005 01:25 PM PST
SOALAN 1
EIA MERUPAKAN SATU LAPORAN YANG AKAN MENGUTARAKAN KELEBIHAN DAN KEKURANGAN SESUATU RANCANGAN PEMBANGUNAN.SEKIRANYA PEMBANGUNAN YANG BAKAL DIJALANKAN ITU MEMPUNYAI LEBIH BANYAK KELEBIHAN BERBANDING KELEMAHAN, MAKA SUDAH PASTI PEMBANGUNAN YANG BAKAL DIJALANKAN AKAN MEWUJUDKAN SATU BENTUK PEMBANGUNAN YANG LEBIH LESTARI.DALAM MASA YANG SAMA DAPAT MENGURANGKAN KETERANCAMAN TERHADAP ALAM SEKITAR.
SOALAN2
SAYA MEMANG TIDAK AKAN MENGHARAPKAN DAPAT MENGAPLIKASI SUBJEK INI UNTUK KERJAYA SAYA KELAK.HAL INI KERANA SAYA SEDAR BAHAWA KERJAYA SAYA KELAK MUNGKIN TIADA PERKAITAN DENGAN KURSUS INI.NAMUN,SAYA AMAT BERHARAP DAPAT MEWARISKAN PENGETAHUAN YANG SAYA ADA KEPADA ANAK CUCU SAYA KELAK SUPAYA MEREKA NANTI MEMPUNYAI KESEDARAN YANG UTUH TENTANG ALAM SEKITAR SEJAK DIBANGKU SEKOLAH LAGI. |  |
  |  |  | Name Fadillah Bin Dewa December 31, 2005 11:50 AM PST
Soalan 1:
EIA amat penting di dalam merealisasikan visi dan misi yang terkandung di dalam pembangunan mapan yang menitikberatkan keseimbangan di dalam pembangunan dengan konsep pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. EIA membolehkan sesuatu rangka pembangunan disemak semula bagi menyediakan ruang pembangunan yang seimbang.
soalan 2:
Diharap kursus ini akan dapat membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran terhadap prosedur perancangan, pelaksanaan dan tindakan susulan bagaimana EIA diadaptasikan dalam senario pembangunan yang mendesak pada masa kini. Selain itu, semoga intipati di dalam EIA boleh diaplikasikan secara berkesan di sekolah bagi mewujudkan pelajar dan masyarakat yang cintakan alam sekitar. |  |
  |  |  | Name Fadillah Bin Dewa December 31, 2005 11:49 AM PST
Soalan 1:
EIA amat penting di dalam merealisasikan visi dan misi yang terkandung di dalam pembangunan mapan yang menitikberatkan keseimbangan di dalam pembangunan dengan konsep pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. EIA membolehkan sesuatu rangka pembangunan disemak semula bagi menyediakan ruang pembangunan yang seimbang.
soalan 2:
Diharap kursus ini akan dapat membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran terhadap prosedur perancangan, pelaksanaan dan tindakan susulan bagaimana EIA diadaptasikan dalam senario pembangunan yang mendesak pada masa kini. Selain itu, semoga intipati di dalam EIA boleh diaplikasikan secara berkesan di sekolah bagi mewujudkan pelajar dan masyarakat yang cintakan alam sekitar. |  |
  |  |  | Fadilah Binti Sarbi December 31, 2005 11:44 AM PST
SOALAN 1
Kepentingan EIA dalam pembangunan lestari adalah sebagai satu langkah untuk menilai sesuatu pembangunan yang akan atau sedang dijalankan. Penilaian yang dibuat ini adalah berkaitan secara khusus dengan alam sekitar fizikal. EIA menilai pembangunan melalui kesan yang akan berlaku sama ada negatif mahupun positif terhadap persekitaran. Secara tidak langsung penjagaan persekitaran fizikal dan pembangunan dapat diselaraskan.
SOALAN 2:
Saya berharap dapat memahami kursus ini dengan lebih mendalam. Oleh yang demikian saya berharap pembelajaran dapat diselaraskan bukan sekadar dari segi ilmiah iaitu pembelajaran di dalam kelas tetapi juga memperbanyakkan praktikal di lapangan. Dengan ini kemahiran pelajar boleh dilihat melalui segi ilmiah dan praktikal. |  |
  |  |  | AZLINA BINTI ALIH December 31, 2005 11:03 AM PST
Tugasan Blog 1
Soalan 1
EIA sangat penting dalam membantu mengawal, memulihara dan seterusnya memelihara alam sekitar secara berterusan apabila berlaku penerokaan dan kemusnahan akibat pelbagai aktiviti pembangunan ke arah modenisasi oleh sesebuah negara. Justeru, apabila EIA berfungsi dengan lebih proaktif maka segala aktiviti pembangunan yang dijalankan tidak hanya semata-mata mementingkan ke arah kekayaan sumber untuk negara tetapi keselamatan alam sekitar juga turut dijaga.
Soalan 2
Pada hemat saya, melalui kandungan kursus dan perisian bentuk pengajaran yang dirancang pada peringkat awal telah memberi saya kefahaman yang menarik tentang EIA. Secara iltizamnya, harapan saya supaya pengetahuan dan pengalaman daripada pendedahan kursus ini dapat membantu saya menjadi seorang ahli geografi yang lebih berwibawa. Oleh itu, penerapan dalam kursus ini bukan sahaja membawa kepada toeri tetapi juga dapat diaplikasikan secara praktikal untuk masa akan seterusnya.
|  |
  |  |  | Name Doraes Toimin December 31, 2005 09:36 AM PST
Soalan 1
Pelaksanaan EIA penting dlm usaha kerajaan melaksanakan pembagunan mapan kerana konsep EIA adalah untuk mengenalpasti, meramal, menilai dan memberi maklumat mengenai kesan2 alam sekitar keatas CADANGAN projek pembagunan dan megemukakan langkah MENCEGAH SEBELUM projek diluluskan. Jadi, EIA dapat menyelamatkan alam sekitar dari kemusnahan akibat aktiviti pembagunan yang dilaksanakan.
Soalan 2
Sukatan yang disediakan dalam AG3743 amat menarik kerana terdapat pengisian kajian sorotan kes. aktiviti ini akan membuatkan kami lebih faham dengan perkembagan pelaksanaan EIA. cara pemarkahan juga memuaskan.ruangan diskusi ini juga amat menarik dan diharap cara sebegini dikekalkan dan sentiasa dipertingkatkan dengan tajuk2 diskusi yang lebih hangat pada masa akan datang. |  |
  |  |  | Name December 31, 2005 09:30 AM PST
Soalan 1
Pelaksanaan EIA penting dlm usaha kerajaan melaksanakan pembagunan mapan kerana konsep EIA adalah untuk mengenalpasti, meramal, menilai dan memberi maklumat mengenai kesan2 alam sekitar keatas CADANGAN projek pembagunan dan megemukakan langkah MENCEGAH SEBELUM projek diluluskan. Jadi, EIA dapat menyelamatkan alam sekitar dari kemusnahan akibat aktiviti pembagunan yang dilaksanakan.
Soalan 2
Sukatan yang disediakan dalam AG3743 amat menarik kerana terdapat pengisian kajian sorotan kes. aktiviti ini akan membuatkan kami lebih faham dengan perkembagan pelaksanaan EIA. cara pemarkahan juga memuaskan.ruangan diskusi ini juga amat menarik dan diharap cara sebegini dikekalkan dan sentiasa dipertingkatkan dengan tajuk2 diskusi yang lebih hangat pada masa akan datang. |  |
  |  |  | Connie Ting Kiat Wee December 31, 2005 09:20 AM PST
soalan 1:
Kepentingan EIA ialah ia dapat mengenalpasti, menilai dan memberi maklumat mengenai kesan kepada alam sekitar bagi sesuatu cadangan projek. Ia mengemukakan langkah tebatan sebelum projek diluluskan dan dilaksanakan. EIA mampu mengelakkan masalah alam sekitar akibat sesuatu tindakan, membantu menghidarkan perbelanjaan tinggi apabila projek yang dilaksanakan menyebabkan kerosakan kepada alam sekitar. EIA penting untuk memberikan maklumat ke arah membuat keputusan yang lebih baik, membentuk projek yang sesuai,menjangkakan impak persekitaran yang akan berlaku pada peringkat awal dalam pelan perancangan awal, kepentingan persekitaran dan ekonomi dapat dicapai seperti mengurangkan kos dan masa dalam perancangan. Ia juga menyediakan penglibatan orang ramai, Jabatan Kerajaan dan agensi kerjaan dalam pembangunan lestari.
soalan 2:
Jangkaan dan harapan saya ialah agar saya mampu untuk memberikan pengalaman yang baik selain belajar dalam kelas iaitu di luar kelas, menguasai segala kemahiran yang telah dipelajari dalam kursus ini, memberikan segala pendapat dan menerima pendapat orang lain secara membina. Kemahiran yang dikuasai ini dapat digunakan oleh saya pada masa kursus ini dan masa akan datang. |  |
  |  |  | Bernadette Bernard HT2002-4551 December 30, 2005 09:45 PM PST
Soalan 2
Jangkaan saya agar kursus ini agar saya dapat memahami dengan lebih jelas mengenai EIA berlandaskan P&P yang menarik dan menjana minda terhadap dunia yang global dan bukannya hanya tertumpu kepada satu aspek sahaja....
Harapan saya terhadap kursus ini adalah agar pengetahuan yang saya perolehi akan dapat dikongsi bersama dengan mereka yang tidak pernah mengambil tahu tentang persekitaran alam sekitar sebaliknya hanya memikirkan keuntungan atas pembangunan.....Biarlah mereka yang alpa membuka mata mereka!!!!!!!... |  |
  |  |  | Bernadette Bernard HT2002-4551 December 30, 2005 09:37 PM PST
EIA merupakan satu proses atau prosuder yang dapat meramalkan kesan persekitaran daripada projek pembangunan yang diimplemantasikan dalam sebuah kawasan. Melalui EIA ini, kesan pembangunan dapat dikenalpasti dan akan diselaraskan dengan konteks pembangunan lestari yakni mapan. Pembangunan mapan ini memerlukan satu pembangunan yang mementingkan keadaan yang seimbang antara pembangunan dan persekitaran. Sekiaranya EIA ini tidak dilaksanakan pembangunan yang dijalankan tidak akan menepati garis penduan yang telah ditetapkan sebaliknya lebih menjurus kepada prinsip masing-masing tanpa ada sebarang rujukan. Oleh itu EIA ini sangat penting dan selaras dengan konteks pembangunan mapan. |  |
  |  |  | Wong Ang Na (HT02-4597) December 30, 2005 08:23 PM PST
Soalan 1:
EIA berperanan signifikan dalam konteks pembangunan lestari. EIA adalah keperluan mandatori di bawah seksyen 34A(Akta Kualiti Alam Sekitar pindaan 1985). EIA juga dapat mengenalpasti dan meramalkan impak sesuatu projek pembangunan terhadap alam sekitar. Maka, EIA dapat meminimumkan kemerosotan kualiti alam sekitar serta pembangunan yang dijalankan dapat memenuhi keperluan masa kini serta masa akan datang. Selain itu, EIA juga penting untuk mengekalkan sumber2 alam daripada terus musnah, usaha memelihara dan memulihara alam sekitar terus dijalankan. Semua pihak harus memberi komitmen dan berganding bahu dalam usaha memantapkan pembangunan lestari.Tepuk sebelah tangan tidak berbunyi!
Soalan 2:
Pengajaran encik yang kondusif, komprehensif dan efisien ini dapat menarik perhatian dan menjana minda kami. Kami bukan lagi bagaikan katak di bawah tempurung. Kini, kami bersedia mengorak langkah ke arah pembelajaran yang kreatif, kritis, inovatif. Melalui pengajaran yang berorientasikan e-learning, kami bukan sahaja dapat mempelajari dan mengetahui segala ilmu pengetahuan tentang EIA, malah dapat melahirkan generasi yang celik komputer seiring dengan era ledakan teknologi maklumat. Sekaligus mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran EIA. Yang penting, kami dapat sedar diri untuk berusaha memelihara, memulihara dan mencintai alam sekitar sehingga mencapai keseimbangan dalam pembangunan dan pengekalan kualiti alam sekitar. Wahai, anak bangsa bangunlah untuk menyelamat bumi kita!
|  |
  |  |  | Tang En Tze (HT02-4593) December 30, 2005 07:52 PM PST
Soalan 1:
Menurut Alberta Environmental Assessment & Enhancement Act, kepentingan EIA terhadap pembangunan lestari ialah:
a. untuk menyokong matlamat pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar serta pembangunan yang sesuai.
b. untuk mengintegrasikan penjagaan alam sekitar dan kepentingan ekonomi dalam tahap awal bagi perancangan aktiviti.
c. untuk meramalkan akibat alam sekitar, sosial, ekonomi, budaya bagi cadangan dan menilai impak daripada aktiviti cadangan tersebut.
d. untuk membekalkan maklumat peninjauan semula tentang aktiviti cadangan kepada penglibatan awam dan agensi kerajaan yang berkenaan.
Soalan 2:
Saya sebagai pencinta alam berasa amat girang apabila tahu bahawa subjek ini saya berpeluang mendapat pendedahan kesedaran tentang penilaian impak alam sekitar. Saya berharap kita semua mendapat manfaat yang semaximum melalui kandungan kursus yang mantap dan bentuk pengajaran yang efektif. Dengan kata lain, kandungan kursus perlu menekankan 3W 1H terhadap EIA, yakni what, why, when, how manakala bentuk pengajaran perlu menekankan komen/kritikan terhadap hasil kerja pelajaran. Demikian, pelajar sedar kesilapan masing-masing & dapat memperbetulkannya secekap mungkin.
|  |
  |  |  | Phan Mee Kie December 30, 2005 07:35 PM PST
Soalan 1:
Dengan melihat aspek pembangunan lestari di sesebuah negara yang sering mementingkan pengurusan sumber serta alam sekitarnya yang cekap dan hasil pembangunan, EIA memberi petunjuk kepada orang awam terutamanya pihak yang ingin memajukan sesuatu kawasan mengenai kesan baik dan buruk terhadap biologi, fizikal, sosioeko dan nilai estetika selepas memajukan kawasan tersebut serta langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengatasinya. EIA juga bantu dalam peningkatan kadar kesedaran mansia terhadap alam sekitar.
Soalan 2:
Dengan mengikuti kursus ini, Saya berharap agar dapat menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran juga kesedaran saya tentang kepentingan EIA dan alam sekitar .
|  |
  |  |  | JURIAH NORDAN December 30, 2005 07:20 PM PST
SOALAN 1 :
EIA adalah merupakn prosedur yang amat penting dalam sesebuah negara yang menginginkan sebuah pembangunan lestari.EIA adalah berkaitan mengenai meramal dan mengenalpasati sesuatu pembangunan yang bakal dilaksanakan tentang potensi kerosakan atau impak negatif kepada alam sekitar dan masyarakat umumnya. oleh yang demikian, EIA hendaklah dijalankan seiring dengan pembangunan negara bagi memastikan negara memperolehi pembangunan yang lestari.
SOALAN 2:
Harapan saya mengenai kursus ini agar pendedahaan yang diberikan dapat menyedarkan masyarakat bahawa manusia memerlukan alam sekitar dan manusia berhak untuk melindunginya daripada terus musnah tanpa disedari.
|  |
  |  |  | ASMAH BINTI MAHMUD December 30, 2005 07:01 PM PST
SOALAN 1.
EIA adalah penting dalam konteks Pembangunan Lestari kerana dapat mengenalpasti kesan pembangunan terhadap alam sekitar, ekonomi dan masyarakat. EIA merupakan satu prosedur yang digunakan untuk menilai impak keseluruhan sesuatu projek yang dicadangkan samada oleh pihak awam atau swasta terhadap persekitaran dengan objektif untuk memilih projek yang terbaik dan menilai kesan terhadap persekitaran. oleh itu, EIA adalah penting dalam Pembangunan Lestari kerana sesebuah bandar itu, mestilah lestari dari segi ekonomi, budaya, sosial dan persekitarannya yang sesuai untuk penghidupan.
SOALAN 2.
Diharapkan kursus ini dapat mendedahkan pelajar dengan lebih mendalam tentang kepentingan alam sekitar kepada masyarakat umum.
|  |
  |  |  | Name December 30, 2005 05:00 PM PST
SOALAN 1
EIA merupakan satu keperluan yang sangat penting dalam konteks pembangunan lestari kerana, mampu mengelakkan sebarang kecacatan dan kerosakan persekitaran. Hal ini kerana, EIA adalah merupakan satu kuasa perlindungan pada keseluruhan alam sekitar yang menjamin satu kehidupan yang saksama dan aman selari dengan pembangunan mampan.
SOALAN 2
Harapan menerusi kursus ini adalah untuk memberi kesedaran tentang pentingnya penjagaan persekitaran. Hal ini kerana, EIA mampu untuk membantu pembangunan yang sesuai dengan keperluan dan kehendak sekitar. Hal ini sekali gus menjamin pembangunan mesra alam. |  |
  |  |  | Name suryani binti abdul latif December 30, 2005 02:29 PM PST
Soalan 1: kepentingan EIA dalam konteks pembangunan Lestari atau mampan bagi sesebuah negara adalah sebarang masalah alam sekitar yang semakin meruncing kini dapat diatasi atau dapat dikurangkan dengan adanya prosedur atau model yang boleh menilai, meramal dan membuat taksiran impak kepada alam sekitar akibat sesuatu aktiviti atau projek pembangunan yang akan dilaksanakan. Jadi kemusnahan alam sekitar dapat dibendung dan juga dapat meningkatkan kesedaran awam..
Soalan 2 : harapan..kursus ini dapat meningkatkan pemahaman pelajar tentang apa itu EIA dengan lebih mendalam dengan perlaksanaan pelbagai aktiviti samada dalam kampus atau di luar kampus..alat bantu mengajar juga penting bagi menarik minat pelajar serta perbincangan yang lebih efektif juga perlu... |  |
  |  |  | Nurul Huda Lai binti Abdullah December 30, 2005 01:13 PM PST
SOALAN 1
EIA merupakan satu prosedur yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk mewujudkan pembangunan yang mapan. EIA penting dalam konteks pembangunan mapan kerana ia merupakan satu prosedur yang akan menilai suatu pembangunan yang dijalankan. penilaian tersebut adalah untuk menyeimbangkan impak positif dan negatif.
SOALAN 2
Harapan saya dalam mempelajari subjek ini ialah, agar dapat meningkatkan kesedaran dalam diri tentang kepentingan alam sekitar. Disamping itu, pengisian bentuk pembelajaran yang akan digunakan adalah sesuai dengan tajuk kursus ini. |  |
  |  |  | Nurul Huda Lai binti Abdullah December 30, 2005 01:01 PM PST
EIA merupakan satu prosedur yang telah dikeluarkan oleh kerajaan untuk menilai suatu pembangunan dari segi impak terhadap persekitaran. penilaian ini penting untuk mewujudkan pembangunan yang mapan dari segi manusia dan fizikal. konsep pembangunan mapan merupakan satu pembangunan yang seimbang dari segi persekitaran fizikal. EIA pula adalah prosedur untuk memantau suatu pembangunan yang dijalankan untuk mewujudkan pembangunan mapan. |  |
  |  |  | Wagimin Bin Rosimin December 30, 2005 11:34 AM PST
SOALAN 1
Sememangnya EIA merupakan satu bidang yang amat penting dalam mengawal dan mencegah impak alam sekitar khususnya di negara-negara membangun. Dengan adanya EIA ini diharapkan dapat mengurangkan masalah kemusnahan alam sekitar yang kini menghantui jiwa setiap warga dunia. Sabah hari kita dikejutkan dengan pelbagai kejadian bencana alam seperti tanah runtuh,jerebu, banjir kilat,kebakaran hutan dan sebagainya.Kemusnahan yang terjadi ini adalah berpunca dari tindakan manusia itu sendiri. Maka dengan itu,diharapkan dengan wujudnya EIA ini maka impak negatif ke atas alam sekitar dan sumber-sumber aslinya dapat diminimumkan serta projek pembangunan dapat dilaksanakan secara lebih lestari.
SOALAN 2
Saya amat bertuah kerana berpeluang mempelajari subjek EIA ini. Oleh itu, dengan mempelajari setiap kandungan dalam kursus ini serta latihan praktikal yang dijalankan,maka bertambah-tambahlah lagi ilmu pengatahuan saya khususnya ilmu alam sekitar dan seterusnya mampu membentuk saya menjadi manusia yang sebenar serta berguna kepada bangsa,agama dan negara.
|  |
  |  |  | Name Melisa Mohd Johan December 30, 2005 11:34 AM PST
SOALAN 1
EIA adalah penting kerana ia merangkumi kajian bagi mengenalpasti, meramal, menilai serta memberi maklumat mengenai kesan-kesan alam sekitar bagi projek-projek pembangunan yang bakal di laksanakan. Keadaan ini memperlihatkan betapa pentingnya manusia perlu mengambil perhatian mengenai keadaan alam sekitar kerana ia merupakan khazanah bumi yang perlu dijaga untuk kesejahteraan sejagat.
SOALAN 2
Harapan terhadap kursus ini agar dapat memberi input bukan hanya dari segi akademik tetapi merangkumi budaya serta amalan-amalan kehidupan pada masa akan datang. Kursus ini juga diharapkan dapat melahirkan insan yang peka terhadap alam sekitar dan tidak hanya ghairah dalam mengejar pembangunan.
|  |
  |  |  | Noor Hasfariza Bt Talib December 30, 2005 11:23 AM PST
SOALAN 1
EIA adalah sangat penting kerana ia merupakan satu prosedur yang penting sebelum membangunkan sesebuah pembangunan itu. Ini adalah kerana untuk mendapatkan kesan yang positif yang banyak daripada kesan negatif akibat pembangunan yang dijalankan dan akhirnya akan mewujudkam pembangunan yang mapan.
SOALAN 2
Diharap kursus ini dapat melahirkan manusia yang bertanggungjawab terhadap persekitaran bukan sekadar untuk melahirkan seorang PELAJAR BERIJAZAH sahaja. Bak kata pepatah sebagai PEMIKIR yang sangat berguna pada masa hadapan. |  |
  |  |  | Siti Aisah Razali @ Jali December 30, 2005 11:22 AM PST
soalan 1:
Kepentingan EIA ialah menjadi panduan agar membantu kita mengetahui apakah kesan jangka panjang dan pendek akibat daripada aktiviti pembangunan yang dilakukan akan memberi kesan yang positif dan negatif kepada alam sekitar.
soalan 2.
Harapan saya, melalui kursus ini dapat memberi satu pengalaman baru dan ilmu yang dapat dimanfaatkan oleh saya pada masa akan datang. |  |
  |  |  | Pamela Sharon James December 30, 2005 11:19 AM PST
Pada pendapat saya, EIA adalah penting di dalam aspek pembangunan lestari. hal ini kerana, tujuan dan matlamat EIA itu sendiri membawa manusia kepada pengertian persekitaran itu kepada mereka. EIA walaupun bukan dianggap sebagai undang-undang persekitaran tetapi ia sedikit sebanyak membantu sesebuah negara yang ingin menjalankan pembangunan ataupun yang telah mambangun menjalankanpembangunan denagan cara yang berkesan. walau bagaimapun, tidak semua orang mengetahui apa implikasi EIA itu dan ini menyebabkan pengwujudan EIA itu tidak memberi sebarang kesan kepada orang ramai. Oleh itu, pengarjaran tentang EIA ini sangat penting nukan sahaja kepada pelajar-pelajar di institusi tinggi tetapi kepada semua golongan baik yang tua ataupun muda... |  |
  |  |  | NORLIATI BINTI TAMRIN December 30, 2005 11:15 AM PST
SOALAN 1
EIA sangat penting dalam melestarikan pembangunan mapan kerana fungsi EIA adalah mencegah berlakunya degradasi terhadap alam sekitar. Dengan adanya EIA, pembangunan yang dijalankan akan dipantau dan dirancang sewajarnya agar impak akibat pembangunan dapat dikurangkan dan seterusnya dimansuhkan.
SOALAN 2
Harapan saya, kursus ini akan memberikan input yang lebih bermakna iaitu dengan lebih mendekatkan pelajar dengan keadaan alam sekitar yang sebenar untuk mengaplikasikan ilmu 'cintakan alam' untuk digunakan pada masa akan datang. Kandungan kursus dan pengisian pengajaran amat menarik dan saya berharap agar apa yang dirancang dapat mencapai matlamat sebenar. |  |
  |  |  | Nooraizah Matlin December 30, 2005 10:53 AM PST
Tugasan Blog 1
Soalan 1
EIA adalah medium yang digunakan dalam melakukan keputusan sesebuah pembangunan yang bakal dijalankan. Sedia maklum diketahui adalah penting dalam merancang sesebuah pembangunan agar apa yang dibangunkan tidak mengganggugugat persekitaran. Pembangunan yang dijana khusus bagi sesebuah tempat perlu dikaji terlebih dahulu kesannya sebelum dijalankan. Maka EIA menyediakan satu pendekatan khusus dalam mengurangkan atau mengelakkan risiko pencemaran dan masalah yang bakal timbul berkaitan dengan pembangunan yang bakal dijalankan.
Soalan 2
Jangkaan bagi kursus ini adalah mendapat pengetahuan yang lebih mendalam dan menjurus tentang EIA. Harapan bagi kursus ini adalah berpeluang turut serta ke lapangan seperti yang telah dijadualkan kerana selama 3 tahun menuntut di UMS, inilah pertama kali program pendidikan berpeluang mengikuti kerja lapangan bagi kursus geografi. TERIMA KASIH!
|  |
  |  |  | mohd haszamie mat zaini December 30, 2005 10:48 AM PST
Soalan 1
Melihat kepada kepantingan EIA dalam pembangunan mapan adalah sesuatu yang sangat luas. Bagi saya kepentingan utama EIA adalah sebagai garis panduan (guide line) kepada setiap individu yang ingin melakukan sebarang perubahan kepada alam sekitar dan dalam masa yang sama EIA juga memberi kesedaran kepada umum tentang pentinganya menjaga alam sekitar.Hal ini kerana EIA sendiri memberi makna penilaian alam sekitar iaitu setiap apa sahaja pembangunan yang dilakukan seharusnya telah dinilai kesan negatifnya terhadap alam sekitar, jadi selarilah dengan difinisi pembangunan mapan iaitu pembangunan yang dibuat tanpa berlakunya pengabaian terhadap alam sekitar.
Soalan 2
Dari segi harapan pula, saya berharap melalui kursus ini saya akan dapat memahami secara lebih terperinci lagi berkenaan dengan bagaimana kesan pembangunan dapat dinilai, seterusnya apakah langkah-langkah yang boleh saya lakukan bagi memelihara dan memulihara alam sekitar ini dari terus diperkosa oleh individu yang terlalu taksub dengan pembangunan sehingga mengabaikan alam sekitar yang indah permai ini. |  |
  |  |  | Wahida Tawasil December 30, 2005 10:45 AM PST
Soalan 1:
EIA penting dalam konteks pembangunan lestari (mapan) kerana ia merupakan satu prosedur bagi menilai kesan yang timbul sebelum sesuatu projek pembangunan itu dilaksanakan. Dengan adanya prosedur ini, sesuatu pembangunan itu akan dapat dinikmati faedahnya oleh manusia dengan meminimakan impak negatif terhadap alam sekitar sejajar dengan matlamat pembangunan mapan.
Soalan 2:
Diharapkan melalui kursus ini dapat memberi kefahaman kepada pelajar tentang EIA dan kepentingannya. Selain itu, diharapkan melalui kerja lapangan yang akan dijalankan dapat memberi pengalaman baru kepada pelajar pendidikan khususnya kerana ini adalah kali pertama kami mengikuti kerja lapangan bagi kursus Geografi sepanjang berada di universiti ini!!
|  |
  |  |  | Zalila madalin December 30, 2005 10:22 AM PST
Soalan 1
EIA penting bagi pembangunan lestari sebuah negara supaya ia dapat meningkatkan pembangunan yang tidak memberikan kesan kepada alam sekitar dengan lebih teruk di samping menjana pembangunan yang lebih seimbang dan memberi manfaat kepada manusia.
Soalan 2
Dengan adanya kursus ini akan dapat meningkatkan kesedaran terhadap alam sekitar dan melihat dengan lebih dekat bagaimana pembangunan yang dijalankan memberikan kesan kepada alam sekitar iaitu melalui kerja lapangan. |  |
  |  |  | Noraidah Suntang December 29, 2005 09:30 PM PST
Soalan 1).
EIA sangat penting ditekankan dalam merealisasikan konteks pembangunan lestari atau mapan yang mana setiap intipati yang terkandung dalam EIA itu sendiri menitikberatkan tentang penilaian kesan pembangunan terhadap alam sekitar, banyak membantu dalam mewujudkan pembangunan yang mengambilkira kepentingan pengekalan alam sekitar untuk dirasai generasi akan datang.
Soalan 2).
Apa yang diharapkan hasil daripada pembelajaran kursus ini mampu memperlihatkan sesuatu yang baru berkaitan dengan EIA yang tidak pernah diketahui sebelum ini dan secara tidak langsung menambahkan pengetahuan berkaitan bidang ini dengan lebih meluas khususnya pemeliharaan alam sekitar dengan melihat kepada teknik pembelajaran yang dikemukakan. |  |
  |  |  | Selinah December 29, 2005 08:51 PM PST
Soalan 1
Dalam mewujudkan sebuah pembangunan yang mapan bagi sesebuah Negara, EIA adalah merupakan salah satu faktor penting yang perlu diambilkira dalam membuat sesuatu pembangunan. Antara kepentingan EIA dalam konteks pembangunan yang mapan adalah supaya semua orang mendapat manfaat yang sama rata dan juga dapat menguruskan persekitaran fizikal dan manusia dengan baik sejajar dengan pembangunan yang dilakukan.
Soalan 2
Jangkaan saya terhadap kursus EIA ini adalah ianya akan terus mendapat perhatian dan menarik minat pelajar (sekolah ataupun institut pengajian tinggi) dan orang ramai yang prihatin terhadap alam sekitar. saya berharap isi kandungan dan pengisian pengajaran dapat ditambah dan diisikan dengan info-info semasa yang menjadi perhatian sama ada dari lokal ataupun global. Selain itu, kursus ini juga akan melahirkan masyarakat yang lebih prihatin dan menyayangi alam sekitar. |  |
  |  |  | Helma Helly (HT2002-4562) December 29, 2005 01:40 PM PST
SOALAN 1:
EIA merupakan garis panduan dan prosedur-prosedur yang perlu diambilkira oleh manusia dalam mengeksploitasikan alam sekitar. Pembangunan dalam sesebuah negara seperti di Malaysia sendiri harus mengambilkira kedinamikan alam sekitar. Oleh itu, EIA amat penting untuk memastikan corak pembangunan tidak memberi impak negatif terhadap semua elemen dalam alam semulajadi.Selain itu, EIA juga penting untuk mengekalkan sumber-sumber alam daripada terus musnah, dan mampu memperlihatkan keindahan dan keunikkannya yang semulajadi.
SOALAN 2:
Melalui kursus ini, saya berharap akan dapat mengetehui tentang dasar dan teori EIA dalam memelihara alam semulajadi. Selain itu, kursus ini juga memberi kesedaran dan pengajaran kepada manusia tentang kepentingan kedinamikan alam sekitar. Dari segi jangkaan saya pula, EIA sudah tentu akan terus berkuatkuasa dan menjadi panduan manusia dalam mengekalkan kesimbangan alam di bumi ini. |  |
  |  |  | Cheristinna Dalus HT2002-4220 December 29, 2005 01:23 PM PST
Soalan 1
Sememangnya EIA adalah pentting dalam konteks pembangunan mapan sesebuah negara khususnya Malaysia.EIA bertujuan untuk memastikan kelestarian alam sekitar maju seiring dengan pembangunan negara. Melalui EIA, nilai keindahan alam sekitar itu terus terpelihara agar generasi akan datang terus dapat merasai keindahan alam sekitar yang ada sekarang.
Soalan 2
Diharapkan melalui kursus EIA ini, akan dapat memberi pengetahuan yang lebih luas dan mendalam kepada para pelajar khususnya mengenai kepentingan menjaga alam sekitar.Di samping itu, EIA turut diharapkan dapat membuka mata dan minda masyarakat Malaysia seluas-luasnya bahawa alam sekitar yang tidak tercemar turut dapat membantu melahirkan manusia yang lebih cemerlang selaras dengan wawasan negara |  |
  |  |  | Joity Joilom December 29, 2005 11:21 AM PST
SOALAN 1
Dewasa ini, pembangunan negara Malaysia amnya semakin memberangsangkan. Hal ini demikian kerana ditekankan oleh wawasan Negara untuk menjadi negara maju dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa dalam bidang apa sekalipun. Rentetan daripada keadaan ini, maka pengeksplotasian terhadap alam semulajadi semakin meningkat sehinggakan kemusnahan kepada ekosistem semulajadi ini. oleh yang demikian EIA berperanan penting dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pembangunan secara listari agar pembangunan secara material dapat diimbangi dengan pembangunan alam semulajadi.
SOALAN 2
saya berharap agar pelaksanaan pengajaran EIA ini dapat mencapai matlamat kursus dan juga yang paling penting sepertimana yang en katakan " Belajar bukan sebagai pelajar semata tapi sebagai MANUSIA" |  |
  |  |  | Hajawati Ambas December 29, 2005 11:19 AM PST
Soalan 1
EIA adalah satu landasan untuk memastikan pembangunan mapan dapat dilaksanakan di sesebuah negara.EIA sebenarnya dapat mengurangkan kesan2 negatif sesuatu pembangunan melalui tindakan2 dan kajian2 yang dijalankan.
Soalan 2
sebagai seorang pelajar harapan untama ialah dapat mengaplikasikan setiap ilmu yang diperolehi daripada kursus ini dalam memastikan keseimbangan kualiti alam sekitar.walaupun tidak berpeluang untuk melibatkan secara langsung dgn badan2 yang bertanggugjawab keatas keseimbangan alam sekitar, tapi melalui kursus ini sedikit sebanyak pengetahuan mengenai alam sekitar dapat diperolehi dan dipratikkan pada masa akan datang,insyaAllah. |  |
  |  |  | Esther Pius HT2003-3901 December 29, 2005 10:58 AM PST
Soalan 1
EIA penting dlm konteks pmbgnan lestari kerana dapat meminimumkan impak negatif xtvt pmbgnan manusia dgn meramal kesan xtvt pmbgnan thdp aspek fizikal,biologi dan sosial d kwsn yg dibangunkan. Prosidur ini juga dpt mcadangkan langkah atau alternatif lain yg boleh mengelak drpd kemusnahan alm sekitar (Fizikal & manusia) yg semakin berleluasa pd masa kini. Selain itu, ia dpt mjamin pmbgnan ekonomi negara yg stabil mesra alam.
Soalan 2
Saya berharap agr dpt mengetahui secara teori & praktikal tentang isu2 dlm kursus ini dan akhirnya dpt mpraktikkan amalan pnjagaan & pmuliharaan alm sekitar. Dr segi pengisian btk pengajaran, saya sgt berminat dgn cadangan pengajaran yg lebih tertumpu kpd kerja luar-agar kami lebih terdedah kpd realiti di dunia luar & akhirnya dpt mghayati kpentingan EIA pd msa kini dn msa akn dtg.
|  |
  |  |  | LAI CHEW FONG December 29, 2005 09:36 AM PST
Soalan 1:
EIA merupakan suatu prosedur untuk membantu perancangan alam sekitar dengan meramal dan menilai kesan-kesan alam sekitar serta mengemukakan langkah-langkah tebatan bagi sesuatu cadangan projek. Dengan ini, EIA dapat membantu meminimumkan kemerosotan kualiti alam sekitar. Jadi, EIA mampu memelihara kualiti persekitaran sesebuah negara supaya pembangunan lestari dapat dimantapkan lagi.
Soalan 2:
Pada pandangan saya, kandungan kursus seperti yang telah ditetapkan adalah memadai untuk menjadikan para pelajar faham tentang apa itu EIA. Pengajaran yang menekankan interaktif dan praktikal agak menarik. Dengan ini, saya berharap kursus ini bukan sahaja dapat merealisasikan insan yang peka terhadap kualiti persekitaran, malah berpemikiran kritis juga. |  |
  |  |  | THEN PET JUN December 29, 2005 09:18 AM PST
SOALAN 1
EIA merupakan satu kajian yang menilai dan memberi maklumat mengenai kesan-kesan terhadap alam sekitar sebelum suatu cadangan projek dilaksanakan. Untuk itu, pelaksanaan EIA oleh pihak yang berkuasa adalah penting bagi menjamin pengintegrasian antara perlindungan persekitaran dengan keperluan ekonomi pada tahap awal perancangan sesuatu aktiviti agar ia dapat menjamin pembangunan yang lestari.
SOALAN 2
Melalui kursus ini, diharapkan kita semua dapat lebih mengenali mengenai perundangan alam sekitar, elemen-elemen alam sekitar, langkah-langkah dalam EIA serta isu-isu pelaksanaannya. Dengan itu, kursus ini secara langsungnya dapat menyedarkan kita tentang pentingnya pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar sejajar dengan pembangunan ekonomi negara. |  |
  |  |  | Jeff Crayton Kinsung December 28, 2005 10:19 PM PST
soalan 1
Perancangan pembangunan melalui garis panduan dlm EIA membolehkan perancangan pembangunan yang lebih teliti dilaksanakan seperti pembangunan "Mesra Alam". Ini penting bagi memelihara alam sekitar yang semakin "hilang" pada masa kini.
Soalan 2
Saya hanya berharap agar apa yang akan saya pelajari dan fahami dapat diturunkan kepada generasi mendatang terutamanya berkenaan kesedaran memelihara persekitaran. |  |
  |  |  | Sharon Pascol December 28, 2005 08:19 PM PST
SOALAN 1
Sebelum sesuatu projek pembangunan itu dijalankan, kajian EIA harus dilakukan. Ini merupakan aspek yang penting kerana tanpa penilaian EIA yang betul2 diperakui dan disahkan oleh Jabatan Alam Sekitar atau pihak yang terbabit sesuatu pembangunan lestari (mapan) itu tidak akan berjaya. Sebaliknya ia akan memberi impak bukan sahaja kepada muka bumi tetapi semua hidupan yang bernyawa di muka bumi ini.
SOALAN 2
Sebagai seorang pelajar yang mengambil kursus Pendidikan dengan Major Geografi. Maklumat dan pengalaman yang saya dapat melalui kursus EIA, saya ingin salurkan kepada murid2 yang akan saya ajar nanti. Ini kerana pendidikan dari sekolah adalah salah satu kempen untuk mengalakkan pelajar mengenali apa itu EIA. Tambahan lagi, mereka merupakan pewaris masa depan negara untuk menjaga alam sekitar kita daripada pupus atau musnah begitu sahaja kesan daripada pembangunan yang dijalankan dengan pesat. |  |
  |  |  | Judy Chiong Kung Li December 28, 2005 06:12 PM PST
Selain itu EIA juga penting untuk menilai serta meramalkan kesan-kesan aktiviti-aktiviti pembangunan tanah dan eksploitasi sumber semulajadi ke atas alam sekitar dan merangka langkah-langkah mitigasi untuk meminimumkan kesan negatif ke atas alam sekitar. |  |
  |  |  | Sylvia Amin December 28, 2005 05:59 PM PST
SOALAN 1
EIA telah diwujudkan atas kesedaran manusia terhadap kualiti alam sekitar yang semakin merosot. EIA penting bagi meminimumkan kemusnahan alam sekitar akibat aktiviti manusia. Ia juga dapat membantu dalam mengenalpasti, meramal, memberikan maklumat dan seterusnya mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk menjaga dan mengatasi masalah alam sekitar.
SOALAN 2
Diharapkan kursus ini dapat mencapai objektif, memberi pendedahan dan kesedaran terhadap kepentingan pengurusan alam sekitar kepada semua golongan masyarakat agar alam sekitar dapat diselamatkan dari pencorobohan dan kemusnahan. |  |
  |  |  | ELVINA THOMAS December 28, 2005 05:48 PM PST
soalan 1.
Alam sekitar merupakan satu anugerah yang berharga yang perlu di urus dengan baik. EIA merupakan cara yang terbaik untuk memastikan projek-projek samada kecil atau besar perlu di kaji terlebih dahulu agar impak negatif terhadap biologi, fizikal, sosioeko dan nilai estetika dapat di kurangkan. kita perlu ingat alam sekitar boleh hidup tanpa manusia tetapi manusia tidak boleh hidup tanpa alam.
Soalan 2.
Saya seorang pencinta alam dan saya sedih melihat pembangunan yang berleluasa tanpa mengira impaknya terhadap dunia sekeliling. Di harapkan melalui kursus ini saya dapat belajar lebih banyak mengenai pengurusan alam sekitar dengan mapan, dapat belajar untuk membuat keputusan yang bijak dalam sesebuah projek pembangunan dan dapat berkompromi dengan masyarakat di sekeliling saya. Saya juga ingin tahu lebih banyak tentang isu-isu semasa dan global tentang projek2 yang melaksanakan EIA.
|  |
  |  |  | Judy Chiong Kung Li December 28, 2005 05:48 PM PST
SOALAN 1:
EIA akan menerapkan pertimbangan alam sekitar ke dalam proses proses perancangan pembangunan yang mampan. Jadi, pendekatan menyeluruh yang mengambilkira keperluan sosioekonomi dan peningkatan kualiti hidup penduduk menerusi pertambahan produktiviti dan alam sekitar akan digunapakai.
SOALAN 2:
Saya berharap agar melalui kursus ini dapat menambah pengetahuan dan kemahiran saya tentang pentingnya alam sekitar terhadap semua benda hidup di dunia dan lebih berminat terhadap isu semasa yang berkaitan dengan alam semulajadi. |  |
  |  |  | GEJED ANAK NGAUN December 28, 2005 05:37 PM PST
SOALAN 1
Pemusnahan alam sekitar yang semakin berleluasa pada masa kini kesan daripada aktiviti pembangunan yang tidak terancang menyebabkan berlakunya kemusnahan dan kepupusan sumber. Dengan adanya EIA, maka manusia dapat mengenalpasti masalah alam sekitar yang bakal timbul, cara mengatasi dan langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan kesan daripada pembangunan sejajar dengan arus globalisasi.
SOALAN 2
Harapan saya terhadap kursus ini adalah agar dapat mencapai objektif, memberi pendedahan, kesedaran dan tanggungjawab pelajar terhadap alam sekitar. Subjek ini juga merupakan salah satu media yang mampu memberi kesedaran dan informasi kepada semua pelajar khususnya. |  |
  |  |  | asmin tuyun December 28, 2005 05:29 PM PST
SOALAN 1 :
EIA PENTING DALAM KONTEKS PEMBANGUNAN LESTARI(MAPAN) KERANA IA ADALAH SATU PROSEDUR BAGI MENILAI IMPAK CADANGAN PEMBANGUNAN ITU SEBELUM IA DIJALANKAN. HAL INI PENTING UNTUK MEMINIMUMKAN IMPAK NEGATIF TERHADAP ALAM SEKITAR AKIBAT DARIPADA PEMBANGUNAN TERSEBUT SESUAI DENGAN PERANANNYA UNTUK MENILAI DAN MENCADANGKAN LANGKAH YANG PERLU SEBAGAI TEBATAN.
SOALAN 2:
HARAPAN SAYA KEPADA KURSUS INI ADALAH AGAR KURSUS INI MAMPU DILAKSANAKAN DENGAN TELUS OLEH PIHAK YANG BERKAITAN AGAR ALAM SEKITAR YANG AMAT PENTING KEPADA MANUSIA DAN SEKITARNYA INI TIDAK TERUS DIROSAKKAN. KEMAJUAN BIDANG INI JUGA ADALAH PENTING SEIRING DENGAN PERKEMBANGAN GIS. |  |
  |  |  | LEE SHUK YEN December 28, 2005 05:16 PM PST
SOALAN 1:
Pembangunan mapan merupakan pembangunan negara yang tidak mengetepikan aspek alam sekitar. EIA adalah penting dalam membantu perancang pembangunan untuk membangunkan negara dengan mengambil kira aspek pemuliharaan alam sekitar.
SOALAN 2:
Kandungan kursus adalah bersesuaian dengan masyarakat kini yang terdedah kepada pelbagai pencemaran. Kursus ini mendedahkan kita kepada alam sekitar dengan lebih mendalam kerana kaedah praktikal diperkenalkan. Selain itu, bentuk pengajaran yang lain sangat menarik dan bukan hanya "chalk and talk". |  |
  |  |  | Robianah Binti Amin HA20031233 December 28, 2005 05:13 PM PST
Soalan 1:
EIA merupakan suatu bentuk prosedur yang penting bagi memastikan impak yang bakal berlaku ke atas alam sekitar. Ia penting dalam konteks pembangunan lestari sesebuah negara bagi memastikan projek pembangunan tidak memberi kesan negatif terhadap alam sekitar.
Soalan 2:
Semoga kursus EIA ini dapat memberi kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar bukan sahaja di kalangan para pelajar tetapi juga kepada masyarakat umum. |  |
  |  |  | Stanley December 28, 2005 05:08 PM PST
SOALAN 1
EIA penting oleh kerana alam sekitar semulajadi merupakan elemen fizikal yang tidak harus diketepikan dalam pembangunan fizikal sesebuah negara. Ini kerana alam semulajadi bukan sahaja sumber ekonomi tetapi aset penting pada masa hadapan. EIA perlu dilaksanakan kerana melalui pembangunan mapan keseimbangan alam sekitar fizikal dan manusia dapat diseimbangkan. Melalui pelaksanaan EIA juga dapat mengurangkan kadar keterancaman terhadap alam sekitar fizikal (pencemaran, dsbg)dan manusia (bencana alam, dsbg).
SOALAN 2
Jangkaan saya daripada segi kandungan kursus adalah pengertian EIA dan kepentingan mempelajarinya. Manakala bentuk pengajaran adalah berbentuk interaktif dan menarik serta membolehkan kami para pelajar mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam situasi dunia sebenar semasa. Serta apakah sesuatu yang boleh kami buat berkaitan EIA setelah bergraduan daripada bidang geografi kelak.
|  |
  |  |  | Lydiawati anak Palus December 28, 2005 04:56 PM PST
SOALAN 1:
EIA merupakan satu prosedur yang digunakan untuk kita menilai sesuatu pembangunan yang bukan sahaja berkisar kepada alam sekitar, malah juga kepada penghuninya. ini untuk memastikan, pembangunan tetap kekal dengan keindahan alam sekitarnya iaitu pembangunan lestari.
SOALAN 2:
Saya berharap, subjek pengajaran EIA bukan sahaja dan meyedarkan masyarakat tentang pentingnya penjagaan alam sekitar, malah pentingnya untuk kita mengambil langkah berjaga-jaga, untuk mengekalkan keseimbangan alam sekitar di bumi kita. |  |
  |  |  | hajiyah sirajuddin December 28, 2005 02:01 PM PST
soalan 1
Kepentingan EIA adalah bertujuan untuk mengetahui apakah kesan-kesan sesuatu projek itu, masalah-masalah yang akan timbul kelak, dan adakah projek yang dirancangkan itu membawa manfaat atau sebaliknya.
soalan 2
sewajarnya dengan kursus EIA ini mampu memberi pendedahan dan kesedaran kepada mahasiswa tentang kepentingan & penjagaan alam sekitar bagi memastikan generasi masa akan datang dapat mengecapi dan merasai keindahan khazanah alam ciptaan ILlahi.
|  |
  |  |  | Sharon Dodih December 28, 2005 01:55 PM PST
Soalan 1:
EIA berkepentingan dalam pembangunan yang lestari agar ia dapat menilai kesan pembangunan terhadap persekitaran. Dengan itu, langkah-langkah pengawalan dapat diambil secara lebih sistematik.
Soalan 2:
Saya berharap agar kursus ini dapat memberi banyak pengetahuan terhadap kajian yang dilakukan menerusi subjek EIA yang secara totalnya dilakukan secara praktikal. |  |
  |  |  | Astina Jamaluddin December 28, 2005 01:50 PM PST
soalan 1
EIA dapat menyenaraikan segala apa yang boleh berlaku, segala faktor yang terlibat, buruk baiknya dan memberikan segala apa yang perlu diketahui, supaya pihak perancang (negara) boleh berfikir kembali dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
Soalan 2
Diharapkan kursus dari segi kandungan, selaras dengan Matlamat EIA& pengisiannya dapat memberi kesedaran kepada pelajar untuk mengaplikasikan apa yang diajar. Diharapkan kandungan pembelajaran lebih kepada praktikal daripada teori. |  |
  |  |  | Melissa Thomas December 28, 2005 11:07 AM PST
Soalan 1
EIA penting bagi memastikan kelestarian alam sekitar negara maju seiring dengan pembangunan negara.
Soalan 2
Saya amat berharap dengan mempelajari subjek ini saya dapat membantu pihak berkuasa terutama di negeri Sabah ini dalam sekurang-kurangnya mengurangkan jumlah kerosakan alam sekitar di Sabah. Kerana dengan mengetahui sedikit sebanyak mengenai EIA, saya dapat menyebarkan kepada masyarakat lain mengenai penjagaan alam sekitar. |  |
  |  |  | Mohamad Razi bin Abd Rahim December 27, 2005 08:26 PM PST
Soalan 1
Pembangunan yang mapan merupakan pembangunan yang menitikberatkan alam sekitar dan menjaga sumber supaya tidak kehabisan pada masa hadapan. Oleh itu, EIA merupakan salah satu yang boleh mewujudkan pembangunan mapan. Dengan adanya EIA ini, suatu projek pembangunan dapat dinilai kesan baik buruk di masa hadapan. Dengan ini, ia dapat mengurangkan kerosakan alam sekitar dan secara tidak langsung boleh mewujudkan pembangunan yang mapan.
Soalan 2
Harapan saya agar kursus ini dapat memberi gambaran sebenar cara EIA dilakukan oleh agensi-agensi yang terlibat. Kandungan kursus yang mempunyai praktikal merupakan satu cara yang terbaik untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang EIA dilakukan. |  |
  |  |  | Roslan bin Md. Rejab December 27, 2005 07:31 PM PST
Soalan 1
EIA adalah menitikberatkan faktor alam sekitar supaya tidak terjejas. Ia meramalkan impak daripada pembangunan yang dijalankan disesuatu kawasan supaya dapat meminimumkan kesan negatif ke atas alam sekitar.
Soalan 2
Proses p&p serta praktikal dalam kursus ini dapat memberi pendedahan secara langsung dan pengetahuan yang lebih mendalam mengenai kepentingan alam sekitar kepada pelajar. |  |
  |  |  | Mohd Shafie bin Mohd Khalid December 27, 2005 07:22 PM PST
Soalan 1
EIA penting bagi mengenalpasti, mencegah, meramal magnitud kesan pembangunan, meminimumkan degradasi alam sekitar bagi projek-projek pembangunan baru dan mengutarakan prakarsa serta cadangan ke arah menentukan hala tuju pembangunan lestari sesebuah negara.
Soalan 2
Diharapkan, p&p ini dapat merapatkan lagi hubungan pelajar dengan persekitaran yang kian terhakis ditelan dek pembangunan yang kurang terancang. |  |
  |  |  | Cathy Mang HT2003-3883 December 24, 2005 12:28 PM PST
SOALAN 1
EIA penting dalam konteks pembangunan lestari atau mapan bagi memastikan corak pembangunan yang seiring dengan kelestarian alam sekitar sesebuah negara khususnya Malaysia. Subjek ini juga mampu memberikan kesedaran khasnya kepada pelajar agar mengetahui akan peri pentingnya penjagaan alam sekitar.
SOALAN 2
Saya berharap dengan mempelajari subjek ini akan bertambahlah pengetahuan dan kemahiran saya tentang peri pentingnya penjagaan alam sekitar. Selain itu, kandungan kursus dan perisian bentuk pengajaran yang Encik perkenalkan juga amat menarik kerana mampu mendedahkan kami dengan corak P&P yang berlainan dan menarik. |  |
|