Blog ini dilancar secara rasmi pada 22 Disember 2005

Laman web ini ini adalah blog komuniti bagi para pelajar kursus AG3743 (Penilaian Impak Alam Sekitar @ EIA). Ia berfungsi sebagai medan diskusi, perkongsian informasi, pengumuman dan pengedaran bahan-bahan kursus.

Kursus AG3743
Program Geografi
Sekolah Sains Sosial
Universiti Malaysia Sabah
Email:
rdambul@yahoo.co.uk

Laman pengajaran saya yang lain:
Kursus Teras Sains Sosial
Kursus Geografi Manusia
Kursus Klimatologi

Kuliah Mingguan:
PKI: 11am-1pm (Rabu, BS1)
PLK: 12-3pm (Sabtu, Makmal GIS)

Apakah EIA?

EIA adalah kajian untuk mengenalpasti, meramal, menilai dan memberi maklumat mengenai kesan-kesan alam sekitar bagi sesuatu cadangan projek dan mengemukakan langkah-langkah tebatan sebelum projek berkenaan dilulus dan dilaksanakan.
Sumber: Jabatan Alam Sekitar (1987)

Pengendali Kursus:
R Dambul
Bilik 9 (Tingkat 3)
Sekolah Sains Sosial
Tel: 088-32000 ext 5795
@ sila hubungi dengan email

* * *

Informasi Pelajar 2006/2007

Versi Besar (Klik Sini!)

Ketua: Zainal Madi
zbmwid@yahoo.com

Pen. Ketua: Sa'adiah Zakaria
saadiahz_65@yahoo.com.my

Pembahagian kumpulan praktikal di lapangan? Sila rujuk nama anda di sini!

Edaran Bahan Kuliah
Rangka Asas Kuliah 6
Rangka Asas Kuliah 3, 4 & 5
Takwim Pertemuan
Struktur Kursus PLK 2006

Diskusi Blog
Diskusi IV (Alam Mesra-UMS)
Diskusi III (Anjung Perdana)
Diskusi II (Tanjung Lipat)
Diskusi I (Umum)

Entri Bergambar & Videografi
Tugasan Praktikal di ODEC
Kuliah di Makmal GIS

* * *

Informasi Pelajar 2005/2006

Versi Besar (Klik Sini)!

Kumpulan Pelajar HA18 (Sains Sosial):
Ketua: Nagendran Thangavelo
Email: nagen81@hotmail.com

Pen. Ketua: Elvina Thomas
Email: lvna_1229@yahoo.com

Kumpulan Pelajar HT17 (Pendidikan):
Ketua: Astina Jamaluddin
Email: astina_asties@yahoo.com

Pen. Ketua: Sharon Pascol
Email: shawing_mail@yahoo.com

Kumpulan Kerjalapangan (PKI):
Sila semak sini

Versi Besar (Klik Sini)!

Kumpulan Pelajar Luar Kampus (Kota Kinabalu):
Ketua: Ah Chin Liew
Email: ahchinliew@yahoo.com

Pen. Ketua: David Kungin
Email: recendav@hotmail.com

Kumpulan Kerjalapangan (PLK):
Sila semak sini

* * *

Edaran Bahan Kuliah
Kuliah 6 (Tebatan)
Kuliah 4 & 5 (Impak)
Kuliah 4 & 5 (Bacaan Tambahan)
Kuliah 3 (Alam Sekitar)
Kuliah 3 (Bacaan Tambahan)
Kuliah 2 (Perundangan)
Kuliah 2 (Bacaan Tambahan)
Kuliah 1 (Struktur Kursus: PLK)
Kuliah 1 (Struktur Kursus: PKI)

* Sila download sendiri!

Tugasan Blog Mingguan (PKI)
Diskusi Blog 6 (Lapangan)
Diskusi Blog 5 (Analisis Kes)
Diskusi Blog 4 (Rhetorical Q)
Diskusi Blog 3 (English Version)
Diskusi Blog 2 (Debat Terbuka)
Diskusi Blog 1 (Persepsi Umum)

Tugasan Blog Mingguan (PLK)
Ulasan Kes 4 (Lapangan)
Ulasan Kes 3 (Lapangan)
Ulasan Kes 2 (Kes Khusus)
Ulasan Kes 1 (Isu Semasa)

Arkib Laporan EIA (PKI Sesi 2005/2006)
Kumpulan 1
Kumpulan 2
Kumpulan 3
Kumpulan 4
Kumpulan 5
Kumpulan 6
Kumpulan 7
Kumpulan 8
Kumpulan 9

Fakta Kes Alam Sekitar
Radioaktif di Bkt. Merah & Pembangunan UMS
Lebuhraya KL-Putrajaya
King Fisher, Alam Mesra & Anjung Perdana
Pelan Pembangunan KL
Anjung Perdana (Tg. Aru)
S. Harbour vs Pantai Manis

Bahan Rujukan & Praktikal
Praktikal Pulau Tiga
Senarai Buku DBP (BM)
Koleksi Pertama

* Koleksi ini akan ditambah daripada semasa ke semasa.

Penilaian Komen Terbaik
Diskusi Blog 4 (PKI)
Diskusi Blog 3 (PKI)
Diskusi Blog 2 (PKI)

Analisis Gred Pelajar
PKI Sesi 2005/2007

Entri Bergambar
Apresiasi Alam Sekitar (PLK)
Exam: The Finale (PLK)
Exam: The Finale (PKI)
Trip to Little Norwich
Apresiasi Alam Sekitar (PKI)
Nostalgia Pulau Tiga
PLK in action!

rss feed

Ruangan Interaksi
   
Para pelajar juga boleh gunakan ruangan ini untuk membuat pengumuman & pertanyaan kepada rakan-rakan lain (i.e. yang berkaitan dengan kursus EIA).

<< January 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31

Saturday, January 14, 2006
Ulasan Berita Blog 1

PS: Tugasan ini khusus untuk pelajar Pengajian Luar Kampus (PLK) sahaja.

IN CONTROVERSY… Anjung Perdana which is supposed to be dedicated to the people of Sabah. But is it?

KOTA KINABALU: The public are demanding an answer from City Hall whether the operation of Anjung Perdana (Tanjung Aru Beach) here is legal or otherwise.This is in view of the fact that the temporary occupancy certificate (TOC) issued by City Hall to the developer cum operator has expired more than a month ago.

The public is of the opinion that technically, the operation of the outlets in the area which has been renovated and beautified by SB Resort has violated some of the conditions spelled out in the building bylaw. They said it is only logical for City Hall to suspend the business operation in the area until a fresh approval or permanent OC has been issued to the company concerned.

 "During the meeting, we will also strongly recommend to the company to impose a minimal entrance fee," he said adding that the present RM1.50 fee has obviously discouraged the public from patronising the place which was once crowded with people from all walks of life.

Sila baca berita penuh di sini.

* * * *

Soalan: Apakah pandangan anda berhubung isu ini?

* Sila klik bahagian 'comments' @ 'make a comment' di bawah dan berikan pendapat anda. Tulis nama penuh sebelum meluncurkan komen.

Posted at 12:52 am by geografiums

Name
August 4, 2008   04:14 PM PDT
 
aduhai panjang sangat komen..boring!!!!
maisyarah
September 23, 2006   12:59 PM PDT
 
apa pula pendapat anda tentang penswastaan kota tinggi waterfalls?tempat itu sangat menarik kerana keindahan semulajadinya iaitu air terjun.setelah diambil alih oleh wetworld, entrance fee dahulu ialah rm2.50 dan sekarang meningkat kepada rm9.berbaloikan bayaran itu dan apa pula nasib golongan yang berpendapatan rendah?
mamat
May 10, 2006   05:17 PM PDT
 
bodoh kamu
RAJANAH RIPIN
March 22, 2006   10:16 PM PST
 
Geografi adalah suatu disiplin yang dinamik. Walaupun tema geografi masih berkisar di sekitar ruang dan tempat tetapi isu yang dibincangkan tidak lagi terbatas
kepada persoalan apa, di mana dan bagaimana sahaja. Ahli-ahli geografi manusia tidak hanya mengkaji keunikan fenomena seperti sungai yang terpanjang, gunung
yang tertinggi, tempat yang terlembab, pengeluaran gandum di Kanada, petroleum di Arab Saudi atau pengeluaran barangan kilang di Jerman tetapi juga telah
menerokai isu perubahan penduduk, kemiskinan, teknologi pertanian, pembangunan sumber alam, selain aspek peletakan aktiviti ekonomi pertanian, pembuatan dan
perkhidmatan. Pendekatan dan teknik pengolahan maklumat juga telah dipermodenkan melalui penggunaan pelbagai kaedah kuantitatif, pemetaan berkomputer
Disiplin geografi merangkumi kajian yang berhubung kait dengan alam dan manusia. Ia juga mengkaji akibat yang disebabkan dari perbezaan yang terjadi diantara fenomena fizikal dengan fenomena manusia. Memahami bentuk-bentuk fizikal dan budaya setiap tempat dan perkaitannya dengan unsur-unsur alam sekitar semula jadinya di atas permukaan bumi adalah fokus utama bidang geografi. Untuk menjadikan disiplin geografi lebih bersistem maka ia telah dibahagikan kepada dua cabang yang utama iaitu geografi manusia dan geografi fizikal.
Perbezaan antara geografi fizikal dan geografi manusia.
Geografi fizikal adalah cabang geografi yang membincangkan tentang keadaan fizikal bumi. ia membincangkan tentang: a) Bumi Sebagai Satu Sistem b) Batuan c) Laut dan Lautan d) Iklim e) Luluhawa f) Ekosistem g) Tumbuhan dan Hidupan Liar Semulajadi. Dalam konteks geografi fizikal (pendekatan sistem), alam sekitar adalah satu sistem bumi keseluruhannya yang mempunyai komponen/ sub- sistem. Setiap komponen ini mempunyai sub-sistem yang kecil hinggalah paling asas dan semua komnponen asas ini saling berinteraksi untuk mencapai tahap keseimbangan. (Dynamic Equilibrium). Geografi fizikal ini mengkaji batuan/ mineral, bentuk muka bumi, tanih, binatang/haiwan, tumbuhan, air, atmosfera, sungai atau badan air yang lain, persekitaran, cuaca dan iklim dan lautan

Manakala, geografi manusia ditakrifkan sebagai bukan mengenai pengkajian hubungan ruang, tetapi mengenai kajian bagaimana manusia dan alam sekitar berinteraksi. Walaupun pelopor alam sekeliling berkurangan, masih terdapat tradisi geografer yang menumpukan hubungan antara manusia dan alam sekitar. Terdapat dua sub-bidang geografi manusia: ekologi kebudayaan dan politik (cultural and political ecology (CAPE)), dan kajian ancaman semulajadi. Kajian geografi manusia ini juga menerangkan fenomena dan bentuk baru dalam kehidupan manusia wujud akibat daripada perubahan manusia itu sendiri.

narifah musa ( YT 2004 6205 )
March 22, 2006   10:57 AM PST
 
Jawapan soalan 1.

Disiplin geografi adalah sesuatu yang kompleks kerana ia bukan sahaja mempunyai ciri-ciri sosial tetapi termasuk juga ciri-ciri sains semula jadi. Disiplin geografi melihat manusia dengan aspek semula jadinya sebagai penaburan ruang yang saling berkaitan di atas permukaan bumi.Pola-pola tersebut adalah seperti penaburan penduduk, bandar, bahasa, negeri, politik, sistem pertanian, perindustrian, iklim serta penduduk.
Di samping itu pengajian geografi saling berhubungan atau saling hubungan antara satu dengan yang lain, misalnya kawasan-kawasan seperti trafik penumpang pesawat udara, perkapalan lautan atau perdagangan antarabangsa.
Tambahan pula disiplin geografi cuba menggunakan data-data daripada dunia biologi, fizikal dan sosial seperti unsur-unsur yang menunjukkan variasi yang jelas dalam ruang yang mempunyai hubungan yang bermakna dengan fenomena yang lain.
Oleh yang demikian, disiplin geografi bolehlah disifatkan sebagai satu bidang pengetahuan atau 'field of knowledge' dan bukanlah satu subjek yang tersendiri di mana pengetahuan-pengetahuan adalah asli kepada mata pelajaran itu. Maknanya geografi bukan saja satu bentuk pengetahuan tetapi ia adalah satu bidang, di mana kebanyakan butir pengetahuannya didapati subjek-subjek sains sosial dan sains semulajadi. Konsep geografi ini adalah konsisten dengan falsafah serta ideanya iaitu:
1. Geografi sebagai satu sintesis
2. Geografi sebagai satu pandangan
Dalam konteks itu, sintesis boleh disifatkan sebagai penggabungan unsur-unsur dan bahagian-bahagian supaya menjadi satu keseluruhan.
Oleh sebab itu disiplin Geografi ialah satu ilmu yang kompleks serta sukar untuk memberinya satu definisi yang khusus. Banyak percubaan telah dibuat untuk mendifinasikan bidang itu dan berikut ialah takrifan yang penting dan menarik.
UNESCO (1956) mendifinasikan geografi sebagai:

1. satu agen sintesis
2. satu kajian perhubungan ruang
3. sains dalam penggunaan tanah

John Mackinder (1861-1947) seorang pakar geografi memberi definisi geografi sebagai satu kajian mengenai kaitan antara manusia dengan alam sekitarnya.
Kesimpulannya, disiplin geografi merupakan satu kajianmenyeluruh tentang keadaan bentuk muka bumi dan unsure-unsur yang ada di dalam muka bumi seperti manusia, pola penampatan, fenomena yang berlaku di atas muka bumi akibat daripada aktiviti manusia ataupun keadaan semulajadi. Persoalan seperti bagaimana ia berlaku, bila berlaku, mengapa berlaku serta pelbagai persoalan lain cuba dijawab dalam disiplin geografi.

Jawapan soalan 2.

Geografi manusia atau geografi politik-budaya yang juga dikenali sebagai antropogeografi lebih memfokuskan geografi sebagai ilmu sosial iaitu aspek non-fizikal yang menyebabkan fenomena dunia. Geografi manusia mengkaji tentang bagaimana manusia beradaptasi dengan wilayahnya dan dengan manusia yang lainnya. Pada skop transformasi secara makro iaitu bagaimana manusia berperanan di dunia. Geografi manusia boleh dibahagikan kepada dua sub-bidang iaitu ekologi kebudayaan dan politik ,dan kajian ancaman semulajadi. Kesimpulannya, geografi manusia banyak mencari jawapan tentang persoalan yang berkaitan dengan kelakuan dan aktiviti harian manusia di muka bumi.

Geografi fizikal pula merupakan kajian yang berkaitan dengan fenomena alam semulajadi seperti cuaca, bentuk muka bumi yang memberi kesan kepada aktiviti manusia contohnya iklim yang berbeza memberi kesan kepada aktiviti ekonomi manusia. Geografi fizikal jg banyak mengkaji tentang kejadian alam semula jadi seperti pembentukan flora dan fauna, ataupun kejadian-kejadian seperti proses lulu hawa, hakisan, mendapan dan pelbagai kejadian lain. Kesimpulannya. Geografi fizikal merupakan kajian terhadap kejadian-kejadian semulajadi di muka bumi.

Pada keseluruhannya, kajian tentang geografi manusia dengan geografi fizikal menjurus kepada bidang kajian yang berbeza. Namun pada hakikatnya ia masih di bawah bidang geografi dan ia mempunyai kaitan antara satu sama lain.
narifah musa
March 22, 2006   10:48 AM PST
 
Jawapan soalan 1.
Disiplin geografi adalah sesuatu yang kompleks kerana ia bukan sahaja mempunyai ciri-ciri sosial tetapi termasuk juga ciri-ciri sains semula jadi. Disiplin geografi melihat manusia dengan aspek semula jadinya sebagai penaburan ruang yang saling berkaitan di atas permukaan bumi.Pola-pola tersebut adalah seperti penaburan penduduk, bandar, bahasa, negeri, politik, sistem pertanian, perindustrian, iklim serta penduduk.
Di samping itu pengajian geografi saling berhubungan atau saling hubungan antara satu dengan yang lain, misalnya kawasan-kawasan seperti trafik penumpang pesawat udara, perkapalan lautan atau perdagangan antarabangsa.
Tambahan pula disiplin geografi cuba menggunakan data-data daripada dunia biologi, fizikal dan sosial seperti unsur-unsur yang menunnjukkan variasi yang jelas dalam ruang yang mempunyai hubungan yang bermakna dengan fenomena yang lain.
Oleh yang demikian, disiplin geografi bolehlah disifatkan sebagai satu bidang pengetahuan atau 'field of knowledge' dan bukanlah satu subjek yang tersendiri di mana pengetahuan-pengetahuan adalah asli kepada mata pelajaran itu. Maknanya geografi bukan saja satu bentuk pengetahuan tetapi ia adalah satu bidang, di mana kebanyakan butir pengetahuannya didapati subjek-subjek sains sosial dan sains semulajadi. Konsep geografi ini adalah konsisten dengan falsafah serta ideanya iaitu:
1. Geografi sebagai satu sintesis
2. Geografi sebagai satu pandangan
Dalam konteks itu, sintesis boleh disifatkan sebagai penggabungan unsur-unsur dan bahagian-bahagian supaya menjadi satu keseluruhan.
Oleh sebab itu disiplin Geografi ialah satu ilmu yang kompleks serta sukar untuk memberinya satu definisi yang khusus. Banyak percubaan telah dibuat untuk mendifinasikan bidang itu dan berikut ialah takrifan yang penting dan menarik.
UNESCO (1956) mendifinasikan geografi sebagai:
1. satu agen sintesis
2. satu kajian perhubungan ruang
3. sains dalam penggunaan tanah
John Mackinder (1861-1947) seorang pakar geografi memberi definisi geografi sebagai satu kajian mengenai kaitan antara manusia dengan alam sekitarnya.
Kesimpulannya, disiplin geografi merupakan satu kajianmenyeluruh tentang keadaan bentuk muka bumi dan unsure-unsur yang ada di dalam muka bumi seperti manusia, pola penampatan, fenomena yang berlaku di atas muka bumi akibat daripada aktiviti manusia ataupun keadaan semulajadi. Persoalan seperti bagaimana ia berlaku, bila berlaku, mengapa berlaku serta pelbagai persoalan lain cuba dijawab dalam disiplin geografi.

Jawapan soalan 2.

Geografi manusia atau geografi politik-budaya yang juga dikenali sebagai antropogeografi lebih memfokuskan geografi sebagai ilmu sosial iaitu aspek non-fizikal yang menyebabkan fenomena dunia. Geografi manusia mengkaji tentang bagaimana manusia beradaptasi dengan wilayahnya dan dengan manusia yang lainnya. Pada skop transformasi secara makro iaitu bagaimana manusia berperanan di dunia. Geografi manusia boleh dibahagikan kepada dua sub-bidang iaitu ekologi kebudayaan dan politik ,dan kajian ancaman semulajadi. Kesimpulannya, geografi manusia banyak mencari jawapan tentang persoalan yang berkaitan dengan kelakuan dan aktiviti harian manusia di muka bumi.

Geografi fizikal pula merupakan kajian yang berkaitan dengan fenomena alam semulajadi seperti cuaca, bentuk muka bumi yang memberi kesan kepada aktiviti manusia contohnya iklim yang berbeza memberi kesan kepada aktiviti ekonomi manusia. Geografi fizikal jg banyak mengkaji tentang kejadian alam semula jadi seperti pembentukan flora dan fauna, ataupun kejadian-kejadian seperti proses lulu hawa, hakisan, mendapan dan pelbagai kejadian lain. Kesimpulannya. Geografi fizikal merupakan kajian terhadap kejadian-kejadian semulajadi di muka bumi.

Pada keseluruhannya, kajian tentang geografi manusia dengan geografi fizikal menjurus kepada bidang kajian yang berbeza. Namun pada hakikatnya ia masih di bawah bidang geografi dan ia mempunyai kaitan antara satu sama lain.

Nurul Farahin (YT2004-6214)
March 19, 2006   01:59 PM PST
 
Apakah yang anda faham tentang disiplin Geografi. Berikan perbezaan asas antara Geografi manusia dengan geografi fizikal.

Kita sedang menyaksikan kini pelbagai perubahan yang sebahagian besar terpahat dan menjadi nyata dalam ruang di alam sekeliling, lantaran usaha membangunkan negara selaras dengan hasrat untuk melonjakkan Malaysia ke tahap satu negara maju menjelang 2020. geografi dari segi ilmunya diharapkan akan terus membuat sumbangan bermakna pada masa akan datang.

Untuk membolehkan kita menilai’nice’ dalam mana kita boleh menymbang ilmu pengetahuan serta kepakaran dalam usaha pembangunan negara dalam dekad – dekad mendatang, kita hrus prihatin dengan perkembangan pembangunan yang menyeluruh di Malaysia dalam dua dekad mengejar kemajuan yang akan datang, bersama dengan arus perubahan di peringkat dunia. Serentak dengan itu, kita harus sedar dengan perubahan dalam geografi sendiri utnuk membolehkan kita memainkan peranan yang sewajarnya dalam pembangunan negara bagi dua dekad tersebut. Sehingga kini, walaupun pemgamal geografi saling mengungkapkan peranan serta sumangan mereka dalam pembangunan negara, sumbangan itu lebih berbentuk umum dan latar. Dalam ertikata lain, ahli geografi kelihatan sehingga kini mampu mmebuat sumbangan pelengkap kepada sumbangan yang dibuat oleh disiplin ilmu lain terutamanya ilmu ekonomi.

Sebagai seorang pemgamal geografi, sudah tentu mahu meyakinkan diri bahawa ilmu geografi boleh dan dapat memandu pembangunan, terutama pembangunan ruang. Dan sumbangan kita harus terjurus kepada kekuatan yang kita miliki. Kekuatan ini biasa terserlah dalam keupayaan yang ‘embedded’ dalam geografi, sebgaimana yang pernah diungkapkan oleh ahli dahulu. Geografi merupakan kajian tentang lokasi dan variasi spatial dalam fenomena manusia dan fizikal di bumi. Perkataan geografi diambil dari perkataan Inggeris yang berasal dari perkataan Greek hê gê ("bumi") dan graphein ("menulis" atau "menggambarkan

Bidang geografi juga melihat perkembangan sebagai satu peluang yang akan memberikan kekuatan baru dalam penelitian, dan cara sains ini memungkinkan pembinaan genalisasi yang akhirnya teori, bidang geografi ini memberi kekuatan baru dalam bidang geografi. Ringkasnya ‘ruang geografi merangkumi liputan suatu kawasan yang mengandungi realiti biofizikal serta manusia serta segala kegiatannya serta artifak hasian mereka. Ruang menjadi pentas pemerhatian segala kegiatan manusia serta tindakan trhadap unsur hidupan,tanih, udara,suhu dan lain – lain yang terangkum dalam ruang itu. Jika dihalusi, pemerhatian itu harus memberi perhatian juga terhadap hubungan – hubungan anatara unsur – unsur fizikal tadi dan hubungan antara unsur fizikal dengan manusia. geografi fizikal adalah cabang geografi yang membincangkan tentang keadaan fizikal bumi. ia membincangkan tentang: a) Bumi Sebagai Satu Sistem b) Batuan c) Laut dan Lautan d) Iklim e) Luluhawa f) Ekosistem g) Tumbuhan dan Hidupan Liar Semulajadi
Pada ketika pelopor alam sekeliling (environmental determinism), geografi ditakrifkan bukan mengenai pengkajian hubungan ruang, tetapi mengenai kajian bagaimana manusia dan alam sekitar berinteraksi. Walaupun pelupur alam sekeliling berkurangan, masih terdapat tradisi geografer yang menumpukan hubungan antara manusia dan alam sekitar. Terdapat dua sub-bidang geografi alam sekitar manusia: ekologi kebudayaan dan politik (cultural and political ecology (CAPE)), dan kajian ancaman semulajadi
Naimi Dinisumpangul YT04-6204
March 18, 2006   07:29 PM PST
 
Secara literal ilmu geografi ialah satu pandangan menyeluruh tentang bumi melalui petaan lokasi bagi setiap tempat di bumi. Kajian geografi merupakan kajian sains meliputi aspek fitur-fitur, termasuklah topografi, iklim, tanah, tumbuh-tumbuhan dan segala tindak balas manusia terhadapnya.

Ahli geografi melihat geografi dalam aspek yang saintifik dan mampu menyusun-huraikan hubungan-hubungan unsur serta dapat menjelaskan bagaimana hubungan ini menjadikan sesuatu ruang dan landskap mempunyai ciri-ciri yang unik. Di samping itu ilmu geografi juga mengkaji perhubungan atau saling hubung antara manusia dan alam sekitar. Oleh itu secara umum bolehlah dikatakan ilmu geogragi itu ialah sains ruang dan tempat.

Ilmu geografi berkembang sejajar dengan perkembangan sains dan teknologi. Tambahan pula geografi cuba menggunakan data-data daripada bidang-bidang sains tulen seperti statistik, matematik, komputer, ekologi, biologi, fizikal dan sosial. Namun agak keterlaluan jika kita katakan bahawa bidang geografi itu adalah bidang ilmu yang ‘parasit’. Ini adalah kerana jika pada zaman klasik kita melihat ilmu geografi itu sebagai ilmu ‘deskripsi’ tentang bumi semata-mata. Kini kita melihat bahawa ilmu geografi telah diaplikasi dalam semua aspek. Contohnya kita menggunakan ilmu geografi semasa pesawat berada di udara, semasa kapal belayar di lautan dan semasa angkasawan pergi ke bulan. Malah ilmu geografi juga digunakan semasa peperangan, contohnya Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat menggunakan ilmu geografi melalui sistem tekanan udara untuk mengambil gambar tempat-tempat yang yang strategik di negara Iraq melalui satelit apabila hendak menyerang negara tersebut.

Geografi boleh dibahagikan kepada beberapa bidang, di antaranya ialah Geografi Fizikal dan Geografi Manusia. Geografi Fizikal ialah kajian ke atas Sistem Alam Sekitar yang berkaitan tentang bumi, termasuklah elemen-elemen fizikal dan fiturnya seperti udara, air, tumbuh-tumbuhan, tanah-tanih, bentuk mukabumi serta keadaan persekitaran. Geografi Manusia pula merangkumi persekitaran kajian tentang ras manusia, pertambahan penduduk, gerakan atau perpindahan penduduk, perbezaan fizikal dan kebudayaan antara kumpulan-kumpulan manusia dan kegiatan ekonominya.
Disiplin geografi juga menyaksikan cabang-cabang ilmu turut berkembang seperti geografi alam sekitar. Contohnya isu-isu alam sekitar global, alam sekitar dan pembangunan lestari turut diketengahkan disamping penyesuaian kepada cabang-cabang yang sedia ada agar selari dengan paradigma yang baru ini. Berdasarkan fahaman ini maka lahir pula pendekatan baru dalam disiplin geografi yang dikenali sebagai pendekatan sistem bagi tujuan mengkaji interaksi manusia dengan alam sekitarnya.
Sebagai kesimpulannya bolehlah kita katakan bahawa disiplin-disiplin dalam geografi itu meliputi:
i. Kepelbagaian ruang – penyusunan, klasifikasi, penjelasan dan pentakrifan berbagai bentuk permukaan bumi.
ii. Sains bumi atau landskap – samada kenampakan fizikal semulajadi atau kenampakan fizikal yang digubah manusia.
iii. Ekologi – Saling hubung antara manusia dan bumi.
iv. Letakan – aspek taburan yang menerapkan konsep geometri dan matematik.

Naimi Dinisumpangul YT04-6204
March 18, 2006   07:20 PM PST
 
Hilin Binti Mohammad YT04-601
March 18, 2006   07:11 PM PST
 
SOALAN TUTORIAL

1. Apakah yang anda faham dengan Disiplin Geografi?

Menurut pandangan saya, disiplin geografi bukan sekadar apa

yang digariskan pada perkataan yang dikaitkan dengan kajian ke atas interaksi manusia dengan alam sekitarnya,
juga meliputi filtor, unsur, fenomena dan karaktor-karaktor yang membentuk sesuatu landskap dan mempunyai ciri tersendiri,
istimewa, berbeza dan unik dalam sesuatu ruang geografi. Di dalam disiplin geografi, tema hubungan manusia dengan alam sekitarnya telah pun
mula dikaji berlandaskan paradigma klasik “Peterminisme dan Possibilisme Alam Sekitar”.
Disiplin geografi juga berkaitan dengan “deskripsi manusia” yang berkaitan dengan
persoalan asas “Apa, Di mana, Kenapa dan Bagaimana? Terdapat pelbagai disiplin geografi.
Contohnya, dalam geografi fizikal seperti kaji iklim, geomorfologi, oseanografi, biogeografi dan hidrologi.
Disiplin geografi juga menyaksikan cabang-cabang ilmunya turut berkembang kepada beberapa bidang seperti geografi alam sekitar.
Di dalam disiplin geografi anjakan paradigma merupakan sesuatu yang tidak boleh dielak dan
sebenarnya anjakan-anjakan inilah yang menjadikan mata pelajaran geografi itu hidup serta dinamis sifatnya.
Akhirnya muncul paradigma alam sekitar yang baru yang lebih dikenali sebagai “Fahaman Enviromentalisme”.
Di bawah fahaman ini alam sekitar dianggap sebagai dua elemen yang tidak terpisah, saling mempengaruhi dan
bergantung antara satu sama lain. Berdasarkan fahaman ini, maka lahir pula pendekatan baru dalam disiplin
geografi yang dikenali sebagai “pendekatan sistem” bagi tujuan mengkaji serta menganalisis interaksi manusia
dengan alam sekitarnya. Sistem alam sekitar fizikal dan sistem alam sekitar fizikal manusia.
Dampak atau perubahan yang dialami oleh alam sekitar fizikal turut dirasai oleh manusia dan kemungkinan
dampak ke atas alam sekitar fizikal itu juga sebahagiannya hasil tangan-tangan manusia itu sendiri.
Secara simboliknya alam sekitar ini boleh diandaikan sebagai sebuah sistem rumah tangga yang mempunyai sepasang suami isteri.
Jika perubahan dialami oleh salah satunya, maka seluruh sistem rumah tangga tersebut akan mengalami perubahan.

SOALAN TUTORIAL

2. Huraikan perbezaan antara Geografi Manusia dan Geografi Fizikal?

Geografi Manusia dan Geografi Fizikal merupakan bahagian yang terkandung di dalam alam sekitar.
Terdapat perbezaan antara kedua-dua geografi ini. Walau bagaimanapun, kedua-duanya saling berkaitan antara satu sama lain.
Geografi fizikal dan geografi manusia berbeza daripada pendekatan sistem. Sistem geografi fizikal terdiri daripada
perkaitan antara elemen-elemen seperti udara, air, tumbuh-tumbuhan, tanah-tanih, bentuk muka bumi serta keadaan persekitaran.
Sistem geografi manusia pula mempunyai unsur-unsurnya yang tersendiri dan saling kait-mengait antara satu sama lain.
Umpamanya penempatan, ekonomi (industri perkhidmatan, dan pertanian), politik dan pemerintahan, institusi
sosial dan kebudayaan, teknologi, jaringan pengangkutan, telekomunikasi, dan sebagainya.
Tanggapan paradigma klasik mengenai interaksi manusia dengan alam sekitar terbahagi kepada dua iaitu
“Peterminisme dan Possibilisme Alam Sekitar”. Peterminisme alam sekitar yang meletakkan geografi fizikal sebagai penentu kepada geografi manusia.
Manusia terpaksa tunduk dan akur kepada ketentuan alam sekitar fizikal. Pobilisme alam sekitar yang meletakkan manusia sebagai elemen
yang berkuasa yang boleh mengatasi halangan geografi fizikal melalui teknologi yang dimilikinya. Tegasnya, interaksi antara geografi
manusia dengan geografi fizikal boleh dianalogikan sebagai dua titik yang berada di atas satu garis lurus tetapi ia bergerak pada arah yang bertentangan.
Perbezaan yang ketara antara kedua-duanya ialah geografi manusia bertindak sebagai agen pengubah terhadap geografi manusia.
Maknanya geografi fizikal sebagai agen penerima terhadap aktiviti geografi fizikal. Contohnya, manusia sebagai agen pengubah bertindak
dengan pelbagai cara terhadap persekitaran fizikalnya. Secara umumnya manusia sering bertindak terhadap tanah-tanih, air, udara dan hutan
termasuk tumbuh-tumbuhan serta haiwan. Pengubahan ke atas sistem-sistem geografi ini telah menyaksikan beberapa dampak ke atas geografi fizikal.
Jelas di sini menunjukkan bahawa Geografi Manusia dan Geografi Fizikal mempunyai perbezaan dari segi konsep, sistem, fungsi,
dan sebagainya, namun kedua-duanya mempunyai perkaitan antara satu sama lain.
Hilin Binti Mohammad YT04-601
March 18, 2006   06:43 PM PST
 
SOALAN TUTORIAL

1. Apakah yang anda faham dengan Disiplin Geografi?

Menurut pandangan saya, disiplin geografi bukan sekadar apa

yang digariskan pada perkataan yang dikaitkan dengan kajian ke atas interaksi manusia dengan alam sekitarnya, juga meliputi filtor, unsur, fenomena dan karaktor-karaktor yang membentuk sesuatu landskap dan mempunyai ciri tersendiri, istimewa, berbeza dan unik dalam sesuatu ruang geografi. Di dalam disiplin geografi, tema hubungan manusia dengan alam sekitarnya telah pun mula dikaji berlandaskan paradigma klasik “Peterminisme dan Possibilisme Alam Sekitar”.
Disiplin geografi juga berkaitan dengan “deskripsi manusia” yang berkaitan dengan persoalan asas “Apa, Di mana, Kenapa dan Bagaimana? Terdapat pelbagai disiplin geografi. Contohnya, dalam geografi fizikal seperti kaji iklim, geomorfologi, oseanografi, biogeografi dan hidrologi. Disiplin geografi juga menyaksikan cabang-cabang ilmunya turut berkembang kepada beberapa bidang seperti geografi alam sekitar.
Di dalam disiplin geografi anjakan paradigma merupakan sesuatu yang tidak boleh dielak dan sebenarnya anjakan-anjakan inilah yang menjadikan mata pelajaran geografi itu hidup serta dinamis sifatnya. Akhirnya muncul paradigma alam sekitar yang baru yang lebih dikenali sebagai “Fahaman Enviromentalisme”. Di bawah fahaman ini alam sekitar dianggap sebagai dua elemen yang tidak terpisah, saling mempengaruhi dan bergantung antara satu sama lain. Berdasarkan fahaman ini, maka lahir pula pendekatan baru dalam disiplin geografi yang dikenali sebagai “pendekatan sistem” bagi tujuan mengkaji serta menganalisis interaksi manusia dengan alam sekitarnya. Sistem alam sekitar fizikal dan sistem alam sekitar fizikal manusia.
Dampak atau perubahan yang dialami oleh alam sekitar fizikal turut dirasai oleh manusia dan kemungkinan dampak ke atas alam sekitar fizikal itu juga sebahagiannya hasil tangan-tangan manusia itu sendiri. Secara simboliknya alam sekitar ini boleh diandaikan sebagai sebuah sistem rumah tangga yang mempunyai sepasang suami isteri. Jika perubahan dialami oleh salah satunya, maka seluruh sistem rumah tangga tersebut akan mengalami perubahan.

SOALAN TUTORIAL

2. Huraikan perbezaan antara Geografi Manusia dan Geografi Fizikal?

Geografi Manusia dan Geografi Fizikal merupakan bahagian yang terkandung di dalam alam sekitar. Terdapat perbezaan antara kedua-dua geografi ini. Walau bagaimanapun, kedua-duanya saling berkaitan antara satu sama lain.
Geografi fizikal dan geografi manusia berbeza daripada pendekatan sistem. Sistem geografi fizikal terdiri daripada perkaitan antara elemen-elemen seperti udara, air, tumbuh-tumbuhan, tanah-tanih, bentuk muka bumi serta keadaan persekitaran. Sistem geografi manusia pula mempunyai unsur-unsurnya yang tersendiri dan saling kait-mengait antara satu sama lain. Umpamanya penempatan, ekonomi (industri perkhidmatan, dan pertanian), politik dan pemerintahan, institusi sosial dan kebudayaan, teknologi, jaringan pengangkutan, telekomunikasi, dan sebagainya.
Tanggapan paradigma klasik mengenai interaksi manusia dengan alam sekitar terbahagi kepada dua iaitu “Peterminisme dan Possibilisme Alam Sekitar”. Peterminisme alam sekitar yang meletakkan geografi fizikal sebagai penentu kepada geografi manusia. Manusia terpaksa tunduk dan akur kepada ketentuan alam sekitar fizikal. Pobilisme alam sekitar yang meletakkan manusia sebagai elemen yang berkuasa yang boleh mengatasi halangan geografi fizikal melalui teknologi yang dimilikinya. Tegasnya, interaksi antara geografi manusia dengan geografi fizikal boleh dianalogikan sebagai dua titik yang berada di atas satu garis lurus tetapi ia bergerak pada arah yang bertentangan.
Perbezaan yang ketara antara kedua-duanya ialah geografi manusia bertindak sebagai agen pengubah terhadap geografi manusia. Maknanya geografi fizikal sebagai agen penerima terhadap aktiviti geografi fizikal. Contohnya, manusia sebagai agen pengubah bertindak dengan pelbagai cara terhadap persekitaran fizikalnya. Secara umumnya manusia sering bertindak terhadap tanah-tanih, air, udara dan hutan termasuk tumbuh-tumbuhan serta haiwan. Pengubahan ke atas sistem-sistem geografi ini telah menyaksikan beberapa dampak ke atas geografi fizikal.
Jelas di sini menunjukkan bahawa Geografi Manusia dan Geografi Fizikal mempunyai perbezaan dari segi konsep, sistem, fungsi, dan sebagainya, namun kedua-duanya mempunyai perkaitan antara satu sama lain.

Hilin Binti Mohammad YT04-601
March 18, 2006   06:42 PM PST
 
Normawati AG Osman YT2004-6213
March 18, 2006   01:24 PM PST
 
Geografi adalah ilmu tentang lokasi dan variasi keruangan atas fenomena fizikal dan manusia di atas permukaan bumi. Kata geografi berasal dari Bahasa Yunani yaitu gê ("Bumi") dan graphein ("menulis", atau "menjelaskan"). Geografi lebih dari sekadar kartografi, kajian tentang peta. Geografi tidak hanya menjawab apa dan dimana di atas muka bumi, tapi juga mengapa di situ dan tidak di tempat lainnya, sering kali pula diertikan dengan "lokasi pada ruang”. Disiplin geografi merangkumi kajian yang berhubung kait dengan alam dan manusia. Ia juga mengkaji akibat yang disebabkan dari perbezaan yang terjadi diantara fenomena fizikal dengan fenomena manusia. Memahami bentuk-bentuk fizikal dan budaya setiap tempat dan perkaitannya dengan unsur-unsur alam sekitar semula jadinya di atas permukaan bumi adalah fokus utama bidang geografi. Untuk menjadikan disiplin geografi lebih bersistem maka ia telah dibahagikan kepada dua cabang yang utama iaitu geografi manusia dan geografi fizikal.
Geografi fizikal lebih memusat pada geografi sebagai ilmu bumi, menggunakan biologi untuk memahami pola flora dan fauna global dan matematik dan fizik untuk memahami pergerakan bumi dan hubungannya dengan anggota suria yang lain. Termasuk juga di dalamnya ekologi muka bumi dan geografi lingkungan. Manakala geografi manusia atau geografi politik-budaya yang juga dikenali sebagai antropogeografi lebih memfokuskan geografi sebagai ilmu sosial iaitu aspek non-fizikal yang menyebabkan fenomena dunia. Ianya mengkaji tentang bagaimana manusia beradaptasi dengan wilayahnya dan manusia lainnya, dan pada skop transformasi secara makro iaitu bagaimana manusia berperanan di dunia. Geografi manusia boleh dibahagikan kepada dua sub-bidang iaitu ekologi kebudayaan dan politik ,dan kajian ancaman semulajadi.
Meskipun terdapat perbezaan dari segi fokus kajian namun terdapat hubung kait yang rapat antara keduanya. Ini bermakna, kajian mengenai geografi manusia juga melibatkan komponen-komponen fizikal dan begitu juga sebaliknya. Perkaitan ini semestinya wujud untuk membentuk satu displin geografi yang lengkap.
NameNormawati Bt AG.OsmanYT20
March 18, 2006   01:21 PM PST
 
NameNormawati Bt AG.Osman
March 18, 2006   01:17 PM PST
 
Suzanah Hj Ismail
March 17, 2006   03:43 PM PST
 
Jawapan (1)- Bidang Sains yang menghargai fenomena bumi.

Jawapan (2):-
(i) Aktiviti Manusia
Dalam Geografi Manusia - Manusia merupakkan unsur yang memberi pengaruh pada sekitaran bumi. Aktiviti manusia dapat mengubah pola ruangan dan pandangan darat. Manusia juga boleh mengubah cuaca melalui aktiviti-aktiviti penebangan hutan yang mengakibatkan pemanasan global.

Dalam Gerografi Fizikal - Fenomena alam seperti cuaca, bentuk muka bumi memberi kesan kepada aktiviti manusia contohnya iklim yang berbeza memberi kesan kepada aktiviti ekonomi manusia.

(ii) Proses Semulajadi.
Penerangan: Geografi Fizikal mengkaji proses semulajadi unsur-unsur bumi contohnya pembentukkan lanskap dikawasan tropika lembap dipengaruhi proses lulu hawa, jisim dan hakisan.

Suzanah Haji Ismail (kk)
code: Su
Martina Limoi
March 16, 2006   10:29 PM PST
 
Apakah disiplin geografi?

Disiplin Geografi ialah penyelidikan saintifik tentang kelainan-kelainan tempat mengenai aspek-aspek alam fizikal dan manusia. Perkataan ini berasal daripada bahasa Greek, &#947;&#951; atau &#947;&#945;&#953;&#945; ("Bumi") dan &#947;&#961;&#945;&#966;&#949;&#953;&#957; ("menerangkan"). Geografi merupakan kajian tentang lokasi dan variasi spatial dalam fenomena manusia dan fizikal di bumi. Perkataan geografi diambil dari perkataan Inggeris yang berasal dari perkataan Greek hê gê ("bumi") dan graphein ("menulis" atau "menggambarkan").Geografi juga merupakan pelbagai buku sejarah berkenaan bidang ini, khususnya Geographia oleh Klaudios Ptolemaios pada abad ke-2.
Geografi lebih daripada pengkajian peta. Ia bukan hanya menyiasat dimana kedudukan di bumi, kadang kala digelar kedudukan di angkasa. Geografi mengkaji sama ada ia disebabkan oleh manusia atau secara semulajadi. Geografi juga mengkaji kesan perbezaan tersebut.Ahli geografi bukan sahaja menyelidiki ciri-ciri alam semula jadi dan kemanusiaan tetapi juga tempat alam di sistem suria dan alam semesta. Disiplin geografi terdiri daripada 2 cabang utama iaitu geografi fizikal dan geografi manusia.

Perbezaan antara geografi fizikal dan geografi manusia.
Geografi fizikal adalah cabang geografi yang membincangkan tentang keadaan fizikal bumi. ia membincangkan tentang: a) Bumi Sebagai Satu Sistem b) Batuan c) Laut dan Lautan d) Iklim e) Luluhawa f) Ekosistem g) Tumbuhan dan Hidupan Liar Semulajadi. Dalam konteks geografi fizikal (pendekatan sistem), alam sekitar adalah satu sistem bumi keseluruhannya yang mempunyai komponen/ sub- sistem. Setiap komponen ini mempunyai sub-sistem yang kecil hinggalah paling asas dan semua komnponen asas ini saling berinteraksi untuk mencapai tahap keseimbangan. (Dynamic Equilibrium). Geografi fizikal ini mengkaji batuan/ mineral, bentuk muka bumi, tanih, binatang/haiwan, tumbuhan, air, atmosfera, sungai atau badan air yang lain, persekitaran, cuaca dan iklim dan lautan

Manakala, geografi manusia ditakrifkan sebagai bukan mengenai pengkajian hubungan ruang, tetapi mengenai kajian bagaimana manusia dan alam sekitar berinteraksi. Walaupun pelopor alam sekeliling berkurangan, masih terdapat tradisi geografer yang menumpukan hubungan antara manusia dan alam sekitar. Terdapat dua sub-bidang geografi manusia: ekologi kebudayaan dan politik (cultural and political ecology (CAPE)), dan kajian ancaman semulajadi. Kajian geografi manusia ini juga menerangkan fenomena dan bentuk baru dalam kehidupan manusia wujud akibat daripada perubahan manusia itu sendiri.

Kesimpulan
Kesimpulanya disiplin geografi adalah sangat penting dalam kehidupan kita kerana ianya membantu kita mengetahui keadaan fizikal bumi dan juga bagaimana manusia dan alam sekitar berinteraksi.

Wonie Samin ( YT2004-6239)
March 15, 2006   11:54 AM PST
 
Apa itu disiplin geografi?

Disiplin geografi terbahagi kepada dua cabang utama iaitu geografi fizikal dan geografi manusia. Perkataan geografi berasal dari dua perkataan Yunani iaitu nama ‘ge’ yang bermaksud bumi sementara ‘graphon’ pula bermaksud menulis. Orang Yunani telah mencipta perkataan ‘Geographia’ yang bermakna diskripsi tentang bumi. Geografi juga merupakan sains ruang dan tempat yang merujuk kepada kajian permukaan bumi sebagai ruang dan tempat pula adalah masyarakat manusia hidup. Bidang geografi ini berobjektif untuk memahami bentuk-bentuk fizikal dan budaya setiap tempat dan perkaitannya dengan unsur alam sekitar semulajadinya di atas permukaan bumi. Menurut Hartshorn (1959), geografi adalah berkenaan dengan pembekalan diskripsi dan tafsiran yang tepat, bertertib dan rasional tentang sifat permukaan bumi yang berubah.

Perbezaan asas geografi manusia dan geografi fizikal.

Pada asasnya, geografi manusia merupakan kajian bagaimana manusia berinteraksi dengan oersekitaran termasuklah dari aspek kependudukan, petempatan, aktiviti-aktiviti ekonomi, pengangkutan, aktiviti-aktiviti rekreasi, keagamaan, sistem politik, tradisi social, migrasi manusia, system pertanian dan sistem bandar. Kajian geografi manusia ini menerangkan fenomena dan bentuk baru dalam kehidupan manusia wujud akibat daripada perubahan manusia itu sendiri.

Geografi fizikal pula menerangkan kajian ke atas keseluruhan fenomena yang terhasil kesan daripada interaksi antara elemen-elemen fizikal atau fitur (komponen bumi) secara teratur yang memperlihatkan sesuatu kawasan tersebut istimewa, unik dan berbeza antara ruang-ruang geografi yang dikaji. Dalam konteks geografi fizikal (pendekatan sistem), alam sekitar adalah satu sistem bumi keseluruhannya yang mempunyai komponen/ sub- sistem. Setiap komponen ini mempunyai sub-sistem yang kecil hinggalah paling asas dan semua komnponen asas ini saling berinteraksi untuk mencapai tahap keseimbangan. (Dynamic Equilibrium). Geografi fizikal ini mengkaji batuan/ mineral, bentuk muka bumi, tanih, binatang/haiwan, tumbuhan, air, atmosfera, sungai atau badan air yang lain, persekitaran, cuaca dan iklim dan lautan. Selain itu, geografi fizikal ini juga seterusnya mengkaji proses penghasilan ruang yang mempunyai cirri-ciri tersendiri yang unik. Ini termasuklah kewujudan , pembentukan dan perubahan bentuk-bentuk fizikal.

Kesimpulan

Walaupun geografi manusia dan geografi fizikal berbeza dari segi fokus kajian namun kedua-dua cabang geografi ini saling berkaitan. Hal ini kerana pengetahuan tentang ruang adalah hasil daripada kajian manusia sementara tempat itu diwakili oleh manusia itu sendiri. Oleh itu, pengetahuan tentang geografi tidaklah lengkap tanpa kewujudan dua cabang utama disiplin geografi iaitu geografi manusia dan geografi fizikal.
Lizzie Michael ( YT2004-6189 )
March 15, 2006   11:53 AM PST
 
Disiplin geografi ialah adalah satu kajian menyeluruh tentang bentuk muka bumi dan unsur-unsur yang ada di muka bumi seperti manusia,pola petempatan, fenomena yang berlaku di muka bumi akibat daripada aktiviti manusia ataupun akibat kejadian semulajadi. Disiplin geografi ini terbahagi kepada dua cabang ilmu iaitu, Geografi Manusia dan Geografi Fizikal. Dalam disiplin geografi ini menyelesaikan persoalan bagaimana berlaku, bila berlaku, mengapa berlaku dan pelbagai soalan yang memerlukan pelbagai kajian tentang disiplin geografi.

Geografi Manusia mengkaji tentang sains sosial, persekitaran manusia dan interaksinya. Geografi Manusia juga mangkaji tentang unsur-unsur yang berkait rapat dengan manusia contohnya, pola petempatan, kejadian alam semulajadi dan kejadian akibat kejadian manusia,ekologi dan keruangan. Dalam bahagian ini banyak mengkaji tentang aktiviti manusia yang memberikan kesan terhadap alam sekitar. Kesan terhadap kegiatan manusia ini, menyebabkan fenomena yang baru terbentuk dan mengubah pelbagai bentuk keruangan di muka bumi.

Geografi Fizikal pula ialah, kajian tentang akibat daripada kegiatan manusia. Bidang kajian dalam geografi fizikal terbahagi kapada lima bidang utama iaitu, biosfera,litosfera, pedosfera, hidrosfera dan atmosfera. Lima bidang utama dalam Geografi Fizikal mengkaji tentang bumi dan kesannya terhadap bentuk muka bumi akibat perbuatan manusia.

Kesimpulannya, Geografi Fizikal dan Geografi Manusia mengkaji bidang yang berlainan tetapi ia sangat berkait rapat . Fenomena yang berlaku akibat daripada kegiatan manusia memberi impak terhadap bentuk muka bumi. Contohnya,dalam geografi manusia iaitu, kegiatan manusia yang mengubah bentuk muka bumi untuk kegunaan pola petempatan akan geografi fizikal dari segi atmosfera, hidrosfera dan litosfera. Daripada keadaan ini maka kita boleh mengkaji perbezaan antara Geografi Manusia dan Geografi Fizikal.
Juristina Akang
February 15, 2006   10:59 AM PST
 
Jika anda berkunjung ke Anjung Perdana dengan menggunakan kenderaan, anda harus membayar RM1.50 untuk membolehkan anda meletakkan kenderaan di tempat yang disediakan kerana di situ tidak lagi terdapat kawasan lapang yang membolehkan anda meletekkan kenderaan sesuka hati tanpa membayar sesen pun. Itulah salah satu pembaharuan yang dibuat di Anjung Perdana. Pembaharuan-pembaharuan mahupun peraturan-peraturan yang dibuat oleh pihak pemaju Anjung Perdana itu mempunyai kebaikan dan keburukannya seperti yang diutarakan oleh rakan-rakan saya.

Namun saya lebih suka menarik perhatian saudara tentang pertikaian mengenai bayaran masuk ke Anjung Perdana sebanyak RM1.50 dan Sijil Menduduki Sementara (TOC) pemaju Anjung Perdana yang telah tamat tempoh. Pada saya, pemaju Anjung Perdana sangat bijak menipu pihak berkuasa tempatan dan rakyat Sabah khususnya penduduk di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu. Ini kerana pemaju telah mengenakan bayaran masuk ke Anjung Perdana kepada para pengunjung sebanyak RM1.50. Wajarkah kita mematuhi peraturan tersebut? Sedangkan pihak pemaju Anjung Perdana sendiri telah ingkar dengan undang-undang kerajaan tempatan (DBKK) kerana beroperasi walaupun TOC mereka telah tamat tempoh. Pada pandangan saya, pihak pemaju tidak berhak mengenakan bayaran masuk RM1.50 kepada pengunjung Anjung Perdana khususnya pada masa TOC mereka tamat tempoh.

Di samping itu bayaran RM1.50 adalah agak mahal dan sedikit sebanyak menyulitkan para pengunjung terutamanya golongan berpendapatan rendah. Bayaran tersebut memberikan impak yang meluas kerana pengunjung anjung itu adalah terdiri daripada pelbagai tempat dan pelbagai lapisan masyarakat. Dalam jangka masa panjang pula bayaran RM1.50 pastinya akan dinaikkan oleh pihak pemaju dengan alas an kos penyelanggaran semakin meningkat. Pada masa itu, kita janganlah terkejut jika sekiranya pemaju mengenakan RM2.00 per jam.

Bayaran tinggi yang dikenakan itu bukanlah penentu kepada kebersihan atau keselesaan mahupun keselamatan di Anjung Perdana. Saya berpandangan sedemikian kerana pantai itu dikunjungi oleh pelbagai lapisan masyarakat yang tentunya mereka berbeza dalam pelbagai aspek seperti pemikiran,, pandangan, pendidikan dan sebagainya. Mereka yang mementingkan kebersihan tentulah tidak akan mengotorkan kawasan tersebut ketika mengunjunginya. Sebaliknya mereka yang memandang enteng akan kebersihan, pastinya tanpa segan silu mengotorkan kawasan tersebut. Tambahan pula, bukannya ada pegawai yang mengambil tindakan atau mendenda anda jika anda mengotorkan kawasan tersebut. Tandas dan longkang khususnya yang berhanpiran dengan gerai-gerai makanan turut mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Berbaloikah anda membayar RM1.50, sedangkan orang lain yang mengotorkan kawasan tersebut? Dengan itu, jelaslah bahawa keselesaan dan kebersihan sesuatu tempat bukanlah terletak pada mahalnya bayaran yang dikenakan tetapi lebih kepada sikap dan kesedaran individu itu sendiri dalam menjaga alam sekitar.

Juristina Akang (YT2003-6433)
Sarin Baharuddin(YT03-6436)
February 3, 2006   02:21 PM PST
 
Merujuk kepada apa yang berlaku di Anjung Perdana, saya berpendapat pembinaannya membawa impak yang positif dan negatif kepada persekitaraanya. Objektif pembinaanya berkemungkinan menjamin setatus alam sekitar yang sihat sebaik mungkin dengan memelihara dan membaiki persekitaraan. Alam sekitar diurus dengan lebih berkesan dari sebelum ini, saliran air yang tidak terjaga telah dibaik pulih bagi mengelakan hakisan pantai. Kawasan-kawasan taman sakit mata untuk dipandang sebelum ini bertukar wajah kepada yang lebih selesa, ceria dan memberangsangkan untuk dikunjungi dan secara tidak langsung tentunya sistem atmosferanya iaitu keadaan kualiti udara yang sihat berbanding sebelumnya atau di tempat yang lain. Walaubagaimanapun impak pembangunan yang dijalankan seperti penebangan pokok telah membawa impak pengurangan spesies hidupan tertentu di kawasan itu.

Kemudahan-kemudahan yang disediakan memberikan keselesaan kepada pengguna. Pengunjung boleh menikmati makanan dikedai atau restoran yang tersusun, bersih, teratur dan keselamatannye terjamin, meskipun membayarnya dengan harga yang tinggi berbanding ditempat yang lain. Apa yang mengecewakan dan menyedihkan saya, syarikat yang beroperasi semakin rakus mengejar keuntungan berlipat kali ganda. Tidak cukup keuntungan dari para peniaga. Pengunjung dibebani lagi dengan bayaran RM 1.50, bagaimanakah dengan mereka yang tidak berkemampuan yang sebelum ini hampir setiap hari ke kawasan itu untuk beriadah. Apakah itu tidak membebankan, sedangkan tempat itu pada asalnya adalah alam sekitar yang seharusnya dinikmati bersama. Alasan untuk menjamin keselesaan pemandu untuk mendapat kemudahan meletak kereta bukanlah alas an yang munasabah kerana keuntungan syarikat dari sumber yang lain melebih apa yang sepatutnya syarikat perolehi.

Persoalan kedua timbul bagaimana sebuah pusat pelancungan / riadah yang terkenal dan sering dikunjungi mempunyai lesen operasi yang sudah tamat. Apakah yang terjadi kepada pengunjung atau warga Anjung Perdana jika berlaku satu-satu kemalangan seperti kebakaran dan keadaan yang sesama denganya ? Siapakah yang bertanggung jawap, adakah pihak syarikat ataupun DBKK ? oleh kerana mungkin penguatkuasa undang-undang yang melibatkan orang dalam DBKK tidak berkesan mengatasi isu ini, kita sepatutnya mencontohi tindakan sesetengah pihak iaitu melaporkan ke media-media masa seperti melalaui saluran TV. Kemungkinan besar isu ini akan selesai. Pandangan-pandangan mengenai isu yang kita timbulkan melalui saluran internet mungkin boleh dilihat atau dibaca oleh semua golongan dan sedikit sebanyak memberi sedikit renungan dan kesederan kepada pembaca tenteng pentingnya alam sekitar.
Jomilin Aton
February 2, 2006   04:49 PM PST
 
Nilai esetika bagi sebuah kawasan rekreasi terletak pada keindahan semulajadi . Sehubungan dengan isu Anjung Perdana yang telah diswastakan sememangnya satu langkah yang bijak agar keindahan kawasan tersebut terpelihara, begitulah perkara yang sepatutnya berlaku. Namun apakah persoalan "entrence fee" sebanyak RM1.50 bagi setiap kenderaan yang memasuki kawasan itu pada hujung minggu manakala RM 1.00 bayaran pada hari biasa. Bagi pendapat saya jika bayaran itu sesuai dengan perkhidmatan yang diberikan memang ia berbaloi tetapi jika disebaliknya bayaran itu adalah keterlaluan kerana boleh menghadkan kekerapan pengunjung bertandang ke kawasan rekreasi tersebut yang dahulunya kemasukan kenderaan ke kawasan itu tidak berbayar. Apa pun pemantauan dari pihak berkuasa amat diperlukan dari masa ke semasa supaya pihak tertentu tidak begitu gelojoh mengaut keuntungan.
Arenee Chungan ( yt2003-6366)
January 28, 2006   12:29 PM PST
 
Bagi pendapat saya secara umumnya pembinaan Anjung Perdana sebenarnya memberi impak positif dan juga negarif terhadap persekitaran. Pada dasarnya saya memberikan dua pandangan ini, kerana kemajuan terhadap persekitaran tidak boleh disalahkan 100% juga kemajuan tidak seharusnya diterima pakai 100%.

Jika dilihat dari segi tuanya pembinaan anjung perdana banyak memberi impak yang baik kepada pengguna pembinaan bangunan (Restoran-restoran) kelihatan lebih sistematik dan lebih terurus. Satu lagi penyediaan iaitu kemudahan-kemudahan awam talah memudahkan para pengguna / pengunjung . Biasalah pengguna mencari benda-benda atau tempat-tempat yang sepatutnya.

Sejak pembinaan tersebut kebersihan yang selama ini tidak terjaga telah dapat ditangani, dijaga dan dikawal. Nah, segala-galanya telah ‘up-grade’ dan sepatutnya kita boleh terima kemajuan tersebut.

Dalam kita menikmati kemudahn-kemudahan tersebut tanpa disedari kesan-kesan negative juga seiring jalan dengan kemajuan tersebut. Kesan negatif boleh kita lihat dari segi impak kepada persekitanran, contohnya pokok-pokok yang sebelumnya tempat berlindung dan ruang sedikit dengan ekosistem telah digantikan dengan bangunan-bangunan untuk kedai-kedai makan dan sebagainya menampakkan kerakusan manusia mengaut keuntungan dari pengekploitasian terhadap alam sekitanr.

Satu lagi ialah alam sekitar yang seharusnya dinikmati oleh setiap individu yang sebelumnya ‘free’ tanpa mengeluarkan sesen pun untuk beriadah, namun sekarang dengan hanya seminit ditempat tersebut harus membayar bagi harga 1 jam. Cukup mengecewakan tempat-tempat riadah telah dicemari dengan kerakusan manusia-manusia yang mementingkan keuntungan sendiri. Nah, bagaimana dengan mereka yang kurang mampu? Siapa yang mahu jawab itu? Kesianlah mereka. Keindahan alam sekitar pula yang berbayar.

Dari segi penilaiannya, kemajuan sebenarnya bukan satu kesalahan dan memanglah digalakkan namun ketamakan manusialah yang mencemari kemajuan tersebut tanpa memmikirkan kesan-kesan negatif terhadap alam sekitar sebagai kesimpulannya saya bukanlah bermaksud untuk melihat impak tersebut sebagai pembantutan terhadap kemajuan tetapi sebagai pengajaran bagaimana sepatutnya kemajuan tersebut harus dilakukan utnuk kebaikan bersama.
WITJOANES B. LOJUNGAH
January 27, 2006   09:03 PM PST
 
Anjung Perdana muncul sebagai satu destinasi pelancongan yang tidak asing lagi kerana menyajikan suasana riadah yang mengasikkan. Namun pada hakikatnya, sama ada disedari atau tidak ianya telah menodai atau memperkosa hak-hak orang tempatan khasnya masyarakat di persekitaran Anjung Perdana.

Isu pertama yang hangat dibincangkan adalah mengenai lesen operasi syarikat yang sudah tamat. Dalam hal ini kita rujuk sahaja kepada undang-undang yang sedia ada. Kalau tamat tempoh tamatlah. Jangan beroperasi. Habis cerita. Mana-mana syarikat yang beroperasi tanpa kebenaran yang sah, nantinya akan mendatangkan banyak masalah apabila ada orang tertentu yang menangguk di air keruh.

Isu bayaran masuk kereta pula boleh diatasi dengan membatalkan sahaja bayaran tersebut. Apabila tidak ada bayaran masuk, maka tidak ada pengunjung yang merungut " jangan kita masuk sana". Kalau macam ini, pemaju akan untung kerana ramai yang akan masuk dan membeli belah atau menjamu selera di kawasan Anjung Perdana yang mana akhirnya menguntungkan pemaju. Sekiranya masih lagi terdapat pengunjung yang mengelak daripada memasuki kawasan Anjung Perdana, semata-mata kerana mengelakkan daripada bayaran masuk kereta, maka ini akan merugikan pemaju.

Anjung Perdana sememangnya menghairahkan pengunjung namun pada masa yang sama Anjung Perdana juga amat buas. Suatu ketika dahulu beberapa bahagian bangunan dan gerai telah dihempap oleh pokok! Kebanyakan pokok-pokok di kawasan Anjung Perdana sudah berusia puluhan atau ratusan tahun dan dahannya berpotensi mencabut nyawa manusia sekiranya angin mengganas. Pihak pemaju dan DBKK harus peka dalam hal ini dan menghantar pakarnya demi untuk keselamatan awam.

Anjung Perdana @ Tanjung Aru,
Pantainya indah mendamaikan,
Bila bersantai di Tanjung Aru,
Ingat-ingatlah keselamatan.

BONNIE @ JOHN THARCISIUS
January 27, 2006   04:42 PM PST
 
Melihat kepada perkara utama ialah taraf menduduki sementara yang luput dan bayaran masuk RM1.50 yang dikenakan.

Berkenaan dengan sijil menduduki tamat tempoh suatu perkara yang dari segi undang-undang sudah salahhh... jadi apa lagi yang perlu dipertikaikankan. Oleh sebab itu tidak perlu mencari kebenarannya tetapi cari kesilapan dan perbetulkan jika perlu ambil tindakan. Apabila bercakap tentang perkara yang melanggar peraturan, ia sebenarnya lebih banyak membawa keburukan kepada orang awam kerana undang-undang atau peraturan itu sebenarnya digubal untuk kebaikan majoriti rakyat. Oleh sebab itu melanggar peraturan menduduki secara tidak sah juga membawa keburukan, terutamanya dari segi seliaan tempat, pungutan cukai, pengurusan tanah dan sebagai. Walaupun akan diperbaharui kemungkinan pembangunan yang dijalankan sebelum ini tidak melalui prosedur yang betul. Ini menyebabkan berlaku ketidakseimbangan dari segi perancangan menyebabkan pelbagai implikasi negetif dari segi fizikal dan sosial kawasan tersebut.

Berkenaan dengan bayaran RM1.50, ia tentunya amat kecil nilainya dengan kenikmatan baru, suasana baru, bangunan baru, tempat letak yang baru dan macam-macam lagi yang baru (yang akan dibangunkan), pendek kata ia amat berbaloi dengan kemudahan yang disediakan. Tetapi suatu persoalan ringkas yang kita perlu ketahui ialah "adakah duit yang kita akan salurkan itu halal atau haram?" ( ini merujuk kepada pendudukan secara tidak sah )

Seperkara lagi disini ialah apabila kita melihat secara umum dikawasan terbabit. Saya sendiri telah mengunjungi beberapa kali tempat tersebut, nyata sekali beberapa perkara yang kurang disenangi. Jika dilihat banyak gerai yang telah dibina, tetapi kosong dan tidak terurus dengan baik. Keadaan kurang selesa juga bila harapan untuk menikmati suasana pantai yang indah, menjadi tidak selesa dengan pengurusan parit yang terukkk... menyebabkan bau busuk dan sampah sarap bersepahan terutamanya di kaw. gerai.

Saya fikir Pantai Tanjung Aru (Anjung Perdana) ini perlu diurus secara bijak dan sistematik. Pembangunan mesti melalui prosedur dan tidak membabi buta. Siapa sebenarnya yang mahu menolak pembangunan tetapi biarlah ia betul-betul memberi kepuasan kepada pihak majoriti, kerana alam ini milik semua. Seperti proses berkeluarga mestilah melalui proses yang dipersetujui semua barulah umphh. Kalau main hentam saja banyak akibat buruknya. Saya setuju David punya perumpamaan. Kalau perkosa itu banyak keburukannya. Memanglah kesucian itu tidak kekal, tetapi jika melalui prosedur yang betul ia tidak disesali. Begitulah juga jika kita megurus alam ini.
Siti Jauyah Ibrahim (YT03-6423
January 27, 2006   04:04 PM PST
 
Merujuk kepada situasi yang berlaku, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Sabah perlu menjelaskan kepada orang ramai tentang kedudukan sebenar operasi yang berlaku di Anjung Perdana, Tanjung Aru Beach. Jika berdasarkan kepada TOC yang telah terlebih tempoh sebulan ini bermakna operasi yang dijalankan dalam tempoh tersebut adalah menyalahi undang-undang (haram). Oleh itu penting untuk pihak DBKK untuk menjernihkan kekaburan ini dan tidak berdiam diri sahaja. Saya berpendapat lesen yang diberikan kepada pemaju dari tahun ke tahun disebabkan ada kemungkinan syarat-syarat tertentu yang tidak dipatuhi oleh pemaju. Oleh yang demikian pihak DBKK hendaklah menghentikan operasi pemaju dengan serta merta disebabkan ianya salah dari segi undang-undang. Tambahan pula sekiranya berlaku sebarang kecelakaan , siapa yang harus dipertanggungjawabkan. Dalam pada itu sekiranya pemaju telah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak DBKK dan membolehkan pemaju menjalankan operasi serta mengenakan bayaran yang berpatutan sebanyak RM1.00 kepada penduduk tempatan manakala RM1.50 kepada pelancong atau rakyat asing.Kadar bayaran berbeza perlu dikenakan kepada penduduk tempatan dan pelancong atau orang asing untuk memberi sedikit keistimewaan kepada rakyat tempatan.
Jennet Albert @ Halimah Musaat
January 27, 2006   03:00 PM PST
 
Berhubung dengan isu di Pantai Tanjung Aru saya berpendapat bahawa operasi menswastakan pantai itu diteruskan.Walau bagaimanapun pihak DBKK perlu memantau operasi pihak yang terlibat untuk mengelakkan penyelewengan.Contohnya operasi pihak swasta yang telah tamat tempoh tetapi masih beroperasi tidak akan berlaku sekiranya pihak DBKK menghantar surat peringatan dua bulan lebih awal dari tarikh tamat tempoh yang sepatutnya.Maka jika pihak yang berkenaan tidak mengambil tindakan susulan pihak DBKK boleh mengambil tindakan menggantung perkhidmatan mereka.
Mengenai pengubahsuaian di pantai itu DBKK perlulah memberikan garis panduan mesra alam terlebih dahulu sebelum pihak swasta dibenarkan beroperasi.Tindakan ini perlu bagi mengelakkan keindahan semulajadinya dimusnahkan.Ini kerana kita sebagai pelanggan mahukan keselesaan tetapi pada masa yang sama keindahan semulajadi dapat dinikmati.Penyelenggaran oleh pihak swasta amat perlu untuk mempastikan kawasan tersebut bersih dan pembangunannya terancang.
Mengenai bayaran perkhidmatan yang dikenakan oleh pihak swasta sepatutnya tidak dipertikaikan kerana bagaimana menyelenggara sesuatu tempat tanpa memerlukan kos.Jika bayaran mahal yang menjadi isu maka disinilah DBKK memainkan peranannya untuk berbincang dengan pihak tersebut dari semasa ke semasa supaya mutu perkhidmatan yang diberikan setimpal dengan kos yang perlu dibayar oleh pengguna.

Jennet Albert @ Halimah Musaat
YT2003-6386
ROSMAH MASRAH
January 27, 2006   02:05 PM PST
 
Adalah menjadi satu langkah yang bijak sekiranya penggunaan bayaran masuk ke sesuatu tempat kunjungan awam seperti ke Anjung Perdana, Tanjung Aru dapat menjamin alam sekitarnya bebas daripada unsur-unsur negative seperti vandalisme, pembuangan sampah -sarap, dan sebagainya. Menurut pendapat saya, ia wajar sekiranya ia dilihat dari sudut positif dalam usahanya mengekalkan persekitaran dengan harapan dapat menjamin persekitaran yang lebih sistematik, terurus dan terancang dengan sempurna untuk memuaskan hati pelbagai pihak. Dengan penggunaan bayaran seperti ini diharap dapat memelihara seterusnya memulihara Anjung Perdana sebagai langkah yang bijak agar ia dapat digunakan berterusan dari generasi ke satu generasi yang akan datang . Diharap cara ini dapat memberikan impak terhadap persekitarannya dengan lebih tersusun dan dijaga dengan sistematik . Penggunaan sistem bayaran ini lebih memfokuskan kepada satu kesedaran tentang betapa pentingnya keindahan alam sekitar hinggakan kita terpaksa membayar dengan kadar wang ringgit. Selain itu, system bayaran ini juga dapat memberi satu panduan tentang penjagaan alam sekitar yang sistematik lebih bersifat komersial akan lebih dihargai berbanding keindahan yang diberikan secara percuma. Ini jelas kita lihat di mana-mana persekitaran sepanjang persekitaran ke Bandar Kota Kinabalu yang tidak ada mengenakan bayaran biasanya lebih diabaikan dan dianggap enteng oleh sesetengah pihak.

Bagi pendapat saya, sesuatu percuma biasanya tidak memberikan suasana yang lebih terkesan untuk dihayati keindahan dan persekitarannya berbanding penggunaan kadar bayaran. Ini jelas di mana-mana pun jua kita lihat keindahan yang sudah diurus dengan baik adalah lebih baik menggunakan bayaran berbanding sesuatu yang percuma. Adalah tidak rugi kita membayar wang ringgit dengan harapan dapat menjaga alam sekitar dengan lebih efektif. Sikap awam yang inginkan sesuatu percuma perlulah dikikis kerana mereka sentiasa berfikir bahawa persekitaran adalah hak bersama yang perlu dihayati bersama tetapi tidak memberi kerjasama dalam menjaga keindahannya. Jika inilah suasananya adalah berasas sekiranya bayaran dikenakan kepada orang awam.

Namun dari aspek negatif pula, kadar bayaran yang dikenakan juga perlu dilihat dari aspek kesesuaian dan kesannya terhadap alam persekitaran. Jika kadar bayaran dikenakan tetapi penjagaan, pengurusan dan kemudahan yang disediakan tidak memuaskan adalah kurang wajar pengenaan cukai dikenakan kepada para pengunjung. Ini bukan saja membantutkan keinginan menghirup udara segar malah menjadi kakangan para pengunjung menghayati keindahan semulajadi yang terdapat di sekitar Anjung Perdana tersebut. Lebih-lebih lagi bagi para pengunjung yang kurang berkemampuan tetapi mempunyai semangat cintakan keindahan alam sekitar tidak dapat menerokai keindahannya dengan lebih dekat. Keadaan sebegini sudah tentu ia mengubah persepsi orang ramai terhadap kadar bayaran tersebut. Misalnya pengurusan tapak kunjungan tidak terurus dan keindahan yang tidak seadanya pasti membuat masyarakat awam membuat penilaian yang negative.

Jelasnya, percuma atau berbayar bukanlah ukuran yang jelas dalam menjaga keindahan alam sekitar. Keadaan ini seharusnya dinilai kesedaran reaksi masyarakat awam dalam kepentingan menjaga alam sekitar kerana selagi tidak mengenakan apa-apa sekatan ataupun arahan selagi itulah masyarakat akan sentiasa leka dan sering mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai unsur biotiK yang saling bergantung antara satu dengan unsur abiotik yang lain.

NAMA : ROSMAH BT MASRAH
NO. MATRIK : YT2003-6419
EDMOND ETIN (YT2003/6377)
January 27, 2006   11:18 AM PST
 
Saya melihat kontroversi begini. Sah atau tidak proses yang berlaku ketika pemberian hak operasi oleh DBKK kepada pihak yang dilantik untuk mengurus kawasan pantai Tanjung Aru tidak penting sama sekali. Kita perlu mengetahui dan menimbang apa yang ditawarkan oleh kawasan seliaan SB Resort ini kepada kita ketika ini dengan membandingkan apa yang kita perolehi sebelum projek Anjung Perdana dimulakan. Apa yang berlaku hari ini merupakan reality kehidupan kita sebenarnya, iaitu, semua barang dan perkhidmatan yang kita ingin nikmati harus dibayar dan dinilai dengan wang ringgit.. Kita tidak harus terus dibuai dengan mentality lama kita yang sentiasa inginkan sesuatu dengan percuma, itu tamak sebenarnya.

Lihat saja keadaan fizikal di kawasan pantai itu sekarang, semua kedai atau gerai tersusun, dan bersih termasuk aliran trafik yang lancar dan teratur.Begitu juga dengan faktor keselamatan juga jauh lebih baik daripada dahulu. Cuba imbas kembali keadaan pantai Tanjung Aru sebelum ini, malas nak ceritalah teruk betul la.Jurang yang membezakan cerita Tanjung Aru dahulu dan Tanjung Aru Sekarang amat besar sekali.

Soal TOC yang telah tamat tempoh itu dan belum diperbaharui itu mungkin hanyalah situasi sementara dan situasi adalah biasa bagi mana-mana projek yang menimbulkan perhatian dan bantahan daripada pelbagai pihak,Tempoh ini mungkin digunakan untuk lebih melihat sejauhmana kebenaran keresahan dan kegelisahan penduduk terhadap perkara ini.

Kerja-kerja yang telah dibuat oleh pemaju Tanjung Aru tidak sedikitpun menjejas dan mencacatkan kawasan ini. Malah telah berjaya menyediakan kemudahan –kemudahan yang sebelum ini langsung tidak berfungsi. Cukuplah pandangan ini ya nanti boring dan kalau boring pergilah ke Anjung Perdana….
vincent anthony yt2003-6430
January 26, 2006   09:56 PM PST
 
Salam sejahtera.
Bersabit dengan isu Anjung Perdana, bayaran masuk RM1.50 tidak patut dikenakan dan perubahan nama Pantai Tanjung Aru tidak perlu ditukar.
Kita tidaklah terlalu hipokrit dengan arus pembangunan tetapi persoalannya apakah rasionalnya entrance fee dikenakan ke atas penduduk tempatan? Apa yang saya lihat, ini semua disebabkan oleh kerakusan golongan pelabur untuk mengaut keuntungan dan kekayaan ke atas penduduk tempatan.
Kalau dikatakan ia adalah bayaran daripada faedah yang dinikmati dari usaha naik taraf pantai itu, ini sama sekali tidak masuk akal. Sebelum ini penduduk tempatan tetap menikmati keselesaan yang sama secara percuma. Jika benarlah hasrat untuk memberikan keselesaan yang lebih kepada para pengunjung, kenapa Pantai Tanjung Aru menjadi pilihan? Bukankah banyak lagi pantai yang lebih memerlukan usaha naik taraf? Pantai Tanjung Aru sudah sedia terkenal dan menjadi tumpuan para pelawat.
Entrance fee RM1.50 menidakkan hak penduduk setempat. Pantai Tanjung Aru adalah satu-satunya lokasi beriadah bagi penduduk bandar dan sekitar membawa keluarga mereka. Pelbagai bentuk pencemaran dan tekanan kota raya sudah cukup menyeksa masyarakat bandar dan ditambah pula oleh kos hidup yang sangat tinggi. Mengapa mesti dibebani lagi oleh bayaran RM1.50 ketika berkunjung ke Pantai Tanjung Aru?? Saya rasa pihak pengurusan bandaraya perlu memberi perhatian ke atas isu ini.
Buat masa ini, entrance fee RM1.50 dikenakan atas alasan perkhidmatan yang diberi lebih baik. Kalau dulu penduduk setempat bebas menjual hasil pertanian dan seumpanya di pantai ini tetapi kini hanya penjaja yang tahu membodek pelabur sahaj yang mendapat tempat untuk berniaga. Mereka bertambah kaya, bagaimana dengan kita? Tidak mustahil pada masa akan datang pelabur akan membina pula hotel bertaraf lima bintang yang mengubah landskap semulajadi di pantai ini. Ketika itu entrance fee bukan lagi RM1.50 tetapi RM15.00. Pada masa itu apa lagi yang kita ada? Cepat, ayuh kita pertahankan pantai milik kita!! Thanks!

Ah Chin Liew
January 26, 2006   08:12 AM PST
 
Pembinaan Anjung Perdana di Pantai Tanjung Aru merupakan satu usaha yang boleh dibanggakan oleh semua rakyat Sabah khususnya penduduk Kota Kinabalu. Ini disebabkan oleh dengan wujudnya anjung ini, peluang pekerjaan terbuka dan pengurusan pantai tersebut terkawal. Berkaitan dengan sewa atau bayaran letak kereta yang dikenakan iaitu sebanyak RM1.50, bagi saya ianya tidak menjejaskan bilangan pelancung atau orang ramai datang ke Anjung tersebut. Bagi saya dengan tindakan City Hall mengenakan bayaran tersebut, jaminan keselamatan kereta yang berada di kawasan tersebut terjamin dan masalah kesesakan tidak akan berlaku.
Namun disebalik kebaikan yang dinyatakan di atas, terdapat beberapa keburukan hasil penubuhan Anjung Perdana seperti tahap kebisingan khususnya di waktu malam (ada aktiviti menyanyi) boleh menganggu ketenteraman penduduk di kawasan sekitar. Selain itu, keaslian pantai di Anjung Perdana telah terganggu khususnya dari segi bentuk persekitarannya.
Benjamin bin jatim
January 25, 2006   02:55 PM PST
 
Selamat Sejahtera.....

Anjung Perdana, jika sekali dengar terasa indah sekali nama itu.tTetapi saya lebih suka menamakannya sebagai Anjung jahanam.Barangkali nama ini lebih sesuai sepadan dengan pencerobohan terhadap hidup masyarakat golongan marhain atau barangkali golongan bawahan dari sudut sosioekonomi.Apa tidaknya ,jika suatu masa dulu sebelum golongan berwawasan kononnya mahu menjadikan tempat itu suatu pusat rekreasi yang ekslusif,ianya menjadi kunjungan ramai terutama golongan kurang berada untuk melepaskan tekanan atau tension dengan membawa anak-anak yang seramai mungkin 5 hingga 10 sekeluarga menghirup udara segar tapi menjadi punca pertambahan darjah ketensionan .Apa tidaknya,kalau dulu semuanya percuma tapi dengan suasana terkini yang memerlukan kos sudah tentu menyebabkan si Bapa semakin lama semakin membotak alias gundul kepalanya dek melayan kerenah anak-anaknya.
Persoalannya adakah pemberian kepada golongan tertentu untuk mengurus Anjung Jahanam ini berbaloi? Ya! kepada mereka yang sedang mengaut keuntungan sudah pasti ianya sangan berbaloi ,tapi bagaimana pula kepada golongan bawahan ini atau golongan sederhana yang terpaksa menahan air kencing sebab duit tak cukup untuk membayar kos masuk tandas.Patutkah? Atau adakah suasana persekitaran dijaga dengan baik?Cubalah berkunjung ke sana dengan hidung yang tak bersumbat hingus atau tahi hidung dan dengan mata terbuka,keharuman yang meloyakan pasti anda dapat nikmati dengan percuma atau pemandangan yang ditinggalkan oleh peniaga yang kononnya bertanggungjawab pasti mengaburkan mata anda.Renungkanlah keadaannya nanti.Mungkin hasilnya pada tahun 2010 pasti anda akan menangis kekesalan keranan hari ini anda gagal mengurus dunia ini dengan sebaiknya.Pemimpin pada masa itu pastinya sudah bertukar ganti dan bila cucu kita menanyakan soalan ini kepada mereka pasti mereka akan menjawab " Itu kerja pemimpin lama yang tak pakai otak,mereka pakai kepala lutut saja bah"
David (YT03-6371)
January 25, 2006   01:28 PM PST
 
Selamat tengah hari dan salam sejahtera semua,

Terima kasih kepada Mr. RBD di atas komen yang diberikan…
Sebenarnya saya juga ingin memperbetulkan sedikit statement yang telah saya nayatakan dalam ruangan respon yang telah saya berikan yang lalu.

Perkataan “samalah seperti” itu ingin saya tukar kepada perkataan “umpama”

Dengan ini ia membawa makna yang lebih spesifik dan tidak terlalu luas untuk di perbincangkan. Umpama “kesucian seorang Dara tidak akan dapat dikembalikan selepas diperkosa” itu membawa maksud bahawa alam persekitaran kita yang telah diganggu tidak mungkin akan dapat dikembalikan kepada keadaan asal yang lebih sempurna seperti kewujudan yang azali dan mewarnai keindahan alam sekitar dalam alam realiti ini. Sememangnya kemajuan itu satu yang kita semua impikan, namun mengapa kita harus membayar sesuatu yang sepatutnya boleh kita perolehi secara percuma dan lebih baik berbanding dengan keadaan sekarang ini. Semoga segala perbincangan dan komen yang diutarakan dalam ruangan ini akan membuka minda kita dan bukan hanya menilai kemajuan itu sebagai sesuatu yang baik sahaja kerana memang susah mencari sebutir permata ditepian pantai yang bercampur dengan tibunan pasirnya, namun nilainya yang sebenar hanya akan kita perolehi apabila kita dapat memperolehinya….. Salam sejahtera.
maidun b sisak yt03/6435
January 25, 2006   12:55 PM PST
 
Dalam memberikan komen mengenai isu enfance fee di Tanjung Aru saya melihat sedikit berbeza dengan rakan yang lain.Perbandingan pada masa dahulu dan sekarang tetap diambil kira.Dengan modal yang kecil anda menikmati kenikmatan,keselesaan, keindahan dan segalanya. apa yanghendak 'dilatahkan'.Alaa....RM1.50 sama nilainya dengan membeli minuman berkarbonat di UMS.Bagi saya kenikmatan dan keselesaan itu lebih penting dari nilai yang tak sebesar mana. Kalau orang kampungpun pergi ke sana sebatang pokok getah yang dipahatnya pun sudah melebihi RM1.50.
Kalau melihat dahulunya sebelum dikenakan sebarang bayaran tempat tu.,kelam kabut. berbau busuk,tidak menentu susunan gerai2 dan kedainya.Tetapi sekarang ni keadaannya lebih tersusun,kemas yang menyebabkan kita merasa tenteram jiwa kita, damai hati kita. malah kalau selama ini kita jarang pegang tangan isteri kita semasa berjalan-jalan tapi di sana anda akan lebih romantik.
Zaman kini orang mementingkan kualiti.Biar bayar lebih tapi asal puas.Kini kita masih sama menikmati keadaan Pantai Tanjung Aru seperti dulu.Cuma ia diperbaiki dengan sedikit pembayaran bagi upah mengurus dan mengekalkan keselesaan.
Isu ini saya lihat umpama mendapatkan isteri yang cantik, dengan mas kahwin yang tinggi lebih baik dari mendapat isteri secara percuma sedangkan tiada 'yang indahnya'. wasaalam.

MAIDUN B SISAK YT03/6435
HAMIDAH HJ. LAJIM @ LAZIM YT20
January 25, 2006   12:05 PM PST
 
ASSALAMUALAIKUM....
Pantai Anjung Perdana atau lebih dikenali dengan nama Pantai Tanjung Aru pada masa dahulu,jika kita lihat berbanding dahulu yang tidak dikenakan sebarang bayaran tetapi mempunyai Landskap tidak seindah sekarang, tidak kemas dan berbau busuk(sebab dahulu peniaga dan pengunjung tidak menjaga kebersihan seperti sepatutnya... tidak disediakan tempat membuang sampah). Tetapi pada masa kini apabila dikenakan bayaran masuk RM 1.50 keadaan sudah jauh lebih baik dan selesa.Dan pada setiap malam pihak pengusaha menyediakan hiburan dan banyak lampu telah dipasang. Ini sudah tentu menambah keceriaan Pantai Anjung Perdana. "Entrance fee" yang dikenakan amat berbalui dengan apa yang telah disediakan oleh pihak pengusaha. Jadi pada pandangan saya, pihak pengusaha yang mengurus Anjung Perdana ini memang wajar mengenakan entrance fee. Sebab pihak pengusaha telah banyak menyediakan kemudahan untuk keselesan pengunjung, sepeerti temapat peniaga lebih kemas dan teratur, tempat duduk, laluan pejalan kaki, tempat letak kereta, tandas dan sebagainya. Seharusnya kita sebagai rakyat Sabah menghargai semua usaha yang telah dibuat untuk menaik taraf Pantai Anjung Perdana ini. Keadaan ini amat bersesuaian dengan sikap kebanyakan orang kita yang hanya akan lebih menghargai dan menjaga sesuatu itu jika dikenakan "BAYARAN", berbanding yang dibagi secara percuma. Kalau dibagi secara percuma, maka akan timbullah cakap-cakap....."alah, tempat awam, tidak dijaga pun tidak apa... kerajaan punya .... buat suka hati sahaja...".

Cuma, diharapkan peihak pengusaha akan lebih berusaha untuk mengekalkan dan memulihara keaslian di sepanjang Pantai Anjung Perdana.
HAMIDAH HJ. LAJIM @ LAZIM YT2003-6438
Azmie Muadi YT2003/6188
January 24, 2006   09:33 PM PST
 
Mengimbau semula kenangan saya bersama keluarga pada awal tahun 80-an, bersiar-siar sambil menikmati keindahan pantai yang terdapat di Tanjung Aru mujur ketika itu pada setiap cuti hujung minggu sudah pasti banyak acara yang di susun atur oleh pihak penganjur kepada para pengunjung. Nyanyian pasangan duet Hail Amir & Uji Rashid, ‘Gelekan’ M.Daud Kilau, ‘gilai tawa’ lawak jenaka Jamali Sahadad & Hamid Gurka, dan kelunakan suara ‘buluh perindu’Jeffery Din masih segar di dalam ingatan. Pengunjung pantai Tanjung Aru ketika itu seolah-olah terpanggil untuk menyaksikan pementasan yang dibuat secara ‘live’dan percuma kepada pengunjung-pengunjungnya. Seantero rakyat Sabah tahu bahawa pantai Tanjung Aru adalah lokasi yang paling strategik . Bagi sesetengah warga kota kedudukannya yang hampir dengan Bandar Kota Kinabalu sudah tentu ianya adalah merupakan tempat yang sesuai untuk melepaskan penat selepas puas bekerja seharian dengan melakukan pelbagai aktiviti riadah pada hujung minggu. Namun, pada hari ini segala-galanya telah berubah “Entrance Fee” yang dikenakan kepada pengunjung di pantai Anjung Perdana telah ‘menumpulkan’ niat untuk berkunjung dan menikmati keindahan pantai. Langkah proaktif untuk mencantikkan dan menaik-taraf pantai Anjung Perdana ini memang harus dipuji apalagi dengan dengan adanya beberapa usaha dan pemantauan untuk mengekalkan keaslian pantai tidak cukup dengan itu ditambah dengan program penguatkuasaan dan perancangan yang rapi oleh pihak pengusaha. Apabila pihak pengusaha mengenakan “Entrance Fee” kepada pengunjung maka, tiada bezanya dengan kita berkunjung ke tempat-tempat seperti Karambunai Resort atau Mimpian Jadi! Kata orang kampung, “alang-alang udah mambayar, baik ta mambayar labih yang penting puas hati”. Sepatutnya “Entrance Fee” tidak harus dikenakan kepada para pengunjung di pantai Anjung Perdana kerana tempat ini adalah Lokasi Awam untuk beriadah dan dikhuatiri mungkin reputasi pantai ini akan terjejas, pihak tertentu harus bersikap positif terhadap perkara ini walaupun terpaksa membayar dengan harga yang mahal mereka perlu menghargai jasa dan sokongan padu rakyat jelata. Kita perlu mendisiplinkan dan mendidik masyarakat supaya lebih menghargai usaha ke arah pemuliharaan dan pembaikan alam sekitar.
RBD
January 24, 2006   01:14 PM PST
 
David,

“kesucian seorang Dara tidak akan dapat dikembalikan selepas diperkosa”

What a statement!

Mana pelajar-pelajar PLK yang lain. Masih lagi berkampung di hutan belantara dan belum jumpa akses internet?
David (YT03-6371)
January 24, 2006   09:04 AM PST
 
“Entrance fee” adalah antara perkara utama yang menjadi persoalan terhadap isu Anjung Perdana. Perkara ini telah menghadkan kemasukan para pelawat dan pengunjung ke kawasan ini. Sememangnya bayaran masuk yang dikenakan itu, jika dilihat oleh sesetengah orang RM1.50 itu terlalu kecil nilainya. Namun berbanding dengan keadaan sebelum ini ia jauh berbeza kerana sebelum ini kita dapat menikmati keindahan alam di kawasan Pantai Tanjung Aru ini dengan kadarRM00.00. Saya juga suka untuk mengutarakan satu persoalan iaitu apakah imbalan yang kita perolehi dengan membayar RM1.50 sekarang ini jauh berbeza dengan apa yang boleh kita perolehi sebelum ini? Bagi saya, sememangnya apa yang kita perolehi adalah sangat jauh berbeza! Dari segi apa? Sememangnya yang sangat ketara ialah persekitarannya telah berubah. Tiada lagi keindahan asli yang kita boleh perolehi, segalanya berubah. Tempat yang kita harapkan ialah satu kawasan yang asli dengan alam sekitarnya, namun senario ini telah jauh berbeza dengan agenda kapitalis yang sekadar mengejar keuntungan. Kita tidak akan menolak kemajuan, namun dalam masa yang sama pemuliharan alam sekitar juga harus diutamakan! Isu”Entrance fee” mungkin boleh menjadi tajuk utama akhbar tempatan namun bagi saya isu keindahan dan keaslian kawasan tanjung aru itu juga adalah antara perkara yang harus diutamakan.

“Manusia mampu mengubah hutan dan persekitaran menjadi Bandar yang megah dengan bangunan konkrit, namun hutan dan persekitaran yang asli tidak akan dapat dikembalikan”

samalah seperti:

“kesucian seorang Dara tidak akan dapat dikembalikan selepas diperkosa”

FIKIR-FIKIRKANLAH
Gilbert ( yt03-6380 )
January 20, 2006   11:23 PM PST
 
"Entrance fee" ke atas pelawat di pantai Anjung Perdana memang menghalang orang ramai memasuki areanya secara bebas. Bagi pihak syarikat yang menguruskan perkara ini, barangkali wajar bagi mereka untuk mengenakan entrance fee ke atas pelawat yang datang di pantai ini. Tidak ada satupun syarikat yang akan sanggup mencantikkan kawasan pantai ini sekiranya tidak ada pulangan yang boleh menimbal balik wang pelaburannya. Namun persoalaannya, selama pantai tanjung aru itu ada, ia tetap dapat menarik ramai pengunjung bukan sahaja bagi pnddk sekitar kk namun seluruh pnddk negeri sabah. Cukup dengan kerja pembersihan pantai yang dilakukan oleh pihak kerajaan selama ini, keindahan dan keaslian pantai tanjung aru tetap menarik sluruh pnddk sabah untuk menikmatinya. Adakah dengan adanya pihak yang telah mencantikkan kawasan ini akan dapat menawan lebih ramai pengunjung kepantai ini? Pastinya tidak.Sebellum ini pelawat yang datang ke pantai tanjung aru bebas beriadah dengan melakukan pelbagai aktiviti namun dengan adanya "entrance fee" dan sedikit peraturan yang dikenakan oleh pihak pengusaha di Pantai Anjung perdana ini telah memperbataskan kebebasan beraktiviti ke atas pengunjung pantai ini. Oleh itu, untuk lebih memuaskan hati, entrance fee yang dikenakan ke atas pelawat harus diminimakan sehingga pada kadar yang tidak terlalu dirasai oleh pengunjungnya.
 
Leave a Comment:

Name

Homepage (optional)

Comments

Previous Entry Home Next Entry