Pengumuman 1
Beberapa orang pelajar HT17 telah memohon pindaan jadual kuliah kerana pertindihan masa dengan kursus minor. Hal ini akan dibincangkan dalam kuliah pada minggu depan (28 Dec 2005). Pertukaran hanya boleh dibuat sekiranya tempat dan masa yang sesuai (dan, tidak mengganggu jadual pelajar lain) boleh diperolehi. Buat masa sekarang, jadual kuliah asal masih dikekalkan.
Pengumuman 2
Jadual cadangan untuk tutorial adalah (pilih salah satu sahaja):
10-12am: Isnin
3-5pm: Isnin
10-12am: Selasa
3-5pm: Selasa
Jika ada pelajar bermasalah dengan masa-masa pilihan ini, sila maklumkan dalam sesi kuliah akan datang (Rabu, 28 Dec 2005). Tutorial hanya akan bermula pada minggu ke-4 (dijalankan secara dwi-mingguan).
Pengumuman 3
Dalam kuliah minggu hadapan, sila kemukakan sekurang-kurangnya tiga cadangan tempat untuk kerjalapangan kursus (yang dijadualkan pada pertengahan Februari 2006).
Posted at 08:43 pm by geografiums