Blog ini dilancar secara rasmi pada 22 Disember 2005

Laman web ini ini adalah blog komuniti bagi para pelajar kursus AG3743 (Penilaian Impak Alam Sekitar @ EIA). Ia berfungsi sebagai medan diskusi, perkongsian informasi, pengumuman dan pengedaran bahan-bahan kursus.

Kursus AG3743
Program Geografi
Sekolah Sains Sosial
Universiti Malaysia Sabah
Email:
rdambul@yahoo.co.uk

Laman pengajaran saya yang lain:
Kursus Teras Sains Sosial
Kursus Geografi Manusia
Kursus Klimatologi


Kuliah Mingguan:
PKI: 11am-1pm (Rabu, BS1)
PLK: 12-3pm (Sabtu, Makmal GIS)



Apakah EIA?

EIA adalah kajian untuk mengenalpasti, meramal, menilai dan memberi maklumat mengenai kesan-kesan alam sekitar bagi sesuatu cadangan projek dan mengemukakan langkah-langkah tebatan sebelum projek berkenaan dilulus dan dilaksanakan.
Sumber: Jabatan Alam Sekitar (1987)


Pengendali Kursus:
R Dambul
Bilik 9 (Tingkat 3)
Sekolah Sains Sosial
Tel: 088-32000 ext 5795
@ sila hubungi dengan email



* * *

Informasi Pelajar 2006/2007

Versi Besar (Klik Sini!)

Ketua: Zainal Madi
zbmwid@yahoo.com

Pen. Ketua: Sa'adiah Zakaria
saadiahz_65@yahoo.com.my


Pembahagian kumpulan praktikal di lapangan? Sila rujuk nama anda di sini!

Edaran Bahan Kuliah
Rangka Asas Kuliah 6
Rangka Asas Kuliah 3, 4 & 5
Takwim Pertemuan
Struktur Kursus PLK 2006

Diskusi Blog
Diskusi IV (Alam Mesra-UMS)
Diskusi III (Anjung Perdana)
Diskusi II (Tanjung Lipat)
Diskusi I (Umum)

Entri Bergambar & Videografi
Tugasan Praktikal di ODEC
Kuliah di Makmal GIS




* * *

Informasi Pelajar 2005/2006


Versi Besar (Klik Sini)!

Kumpulan Pelajar HA18 (Sains Sosial):
Ketua: Nagendran Thangavelo
Email: nagen81@hotmail.com

Pen. Ketua: Elvina Thomas
Email: lvna_1229@yahoo.com

Kumpulan Pelajar HT17 (Pendidikan):
Ketua: Astina Jamaluddin
Email: astina_asties@yahoo.com

Pen. Ketua: Sharon Pascol
Email: shawing_mail@yahoo.com

Kumpulan Kerjalapangan (PKI):
Sila semak sini



Versi Besar (Klik Sini)!

Kumpulan Pelajar Luar Kampus (Kota Kinabalu):
Ketua: Ah Chin Liew
Email: ahchinliew@yahoo.com

Pen. Ketua: David Kungin
Email: recendav@hotmail.com

Kumpulan Kerjalapangan (PLK):
Sila semak sini

* * *

Edaran Bahan Kuliah
Kuliah 6 (Tebatan)
Kuliah 4 & 5 (Impak)
Kuliah 4 & 5 (Bacaan Tambahan)
Kuliah 3 (Alam Sekitar)
Kuliah 3 (Bacaan Tambahan)
Kuliah 2 (Perundangan)
Kuliah 2 (Bacaan Tambahan)
Kuliah 1 (Struktur Kursus: PLK)
Kuliah 1 (Struktur Kursus: PKI)

* Sila download sendiri!

Tugasan Blog Mingguan (PKI)
Diskusi Blog 6 (Lapangan)
Diskusi Blog 5 (Analisis Kes)
Diskusi Blog 4 (Rhetorical Q)
Diskusi Blog 3 (English Version)
Diskusi Blog 2 (Debat Terbuka)
Diskusi Blog 1 (Persepsi Umum)

Tugasan Blog Mingguan (PLK)
Ulasan Kes 4 (Lapangan)
Ulasan Kes 3 (Lapangan)
Ulasan Kes 2 (Kes Khusus)
Ulasan Kes 1 (Isu Semasa)

Arkib Laporan EIA (PKI Sesi 2005/2006)
Kumpulan 1
Kumpulan 2
Kumpulan 3
Kumpulan 4
Kumpulan 5
Kumpulan 6
Kumpulan 7
Kumpulan 8
Kumpulan 9

Fakta Kes Alam Sekitar
Radioaktif di Bkt. Merah & Pembangunan UMS
Lebuhraya KL-Putrajaya
King Fisher, Alam Mesra & Anjung Perdana
Pelan Pembangunan KL
Anjung Perdana (Tg. Aru)
S. Harbour vs Pantai Manis

Bahan Rujukan & Praktikal
Praktikal Pulau Tiga
Senarai Buku DBP (BM)
Koleksi Pertama

* Koleksi ini akan ditambah daripada semasa ke semasa.

Penilaian Komen Terbaik
Diskusi Blog 4 (PKI)
Diskusi Blog 3 (PKI)
Diskusi Blog 2 (PKI)

Analisis Gred Pelajar
PKI Sesi 2005/2007


Entri Bergambar
Apresiasi Alam Sekitar (PLK)
Exam: The Finale (PLK)
Exam: The Finale (PKI)
Trip to Little Norwich
Apresiasi Alam Sekitar (PKI)
Nostalgia Pulau Tiga
PLK in action!




rss feed


Ruangan Interaksi
   
Para pelajar juga boleh gunakan ruangan ini untuk membuat pengumuman & pertanyaan kepada rakan-rakan lain (i.e. yang berkaitan dengan kursus EIA).

<< January 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31


Sunday, January 22, 2006
Diskusi Blog 5 (PKI) & Ulasan Kes 2 (PLK)

Tugasan ini adalah terbuka kepada dua-dua kumpulan pelajar (PKI dan PLK). Harap maklum.

 

Persekitaran Bandar Raya merangkumi bukan sahaja aspek-aspek yang boleh diukur seperti kualiti air, udara dan tahap kebisingan tetapi juga aspek-aspek yang sukar diukur khususnya aspek perasaan dan visual rupa bandar dan ameniti. Ianya juga satu komponen penting dalam kualiti hidup yang dapat diberikan oleh Bandar Raya kepada warga kota serta menyumbang kepada imej dan identiti Bandar Raya.

Objektif alam sekitar Pelan Struktur Kuala Lumpur (PSKL) 1984 adalah 'untuk menjamin taraf alam sekitar yang sebaik mungkin dengan memperbaiki dan memelihara perseimbangan yang bijak di antara pembangunan, ekologi dan warisan negara'. Strategi yang menyokong objektif ini adalah untuk menggalakkan mutu ameniti alam sekitar yang tinggi dari segi seni bandar dan seni taman bagi mencapai persekitaran yang bebas dari bentuk pencemaran utama.

Program alam sekitar selepas PSKL 1984 telah banyak memberi penekanan terhadap ameniti berbanding suasana persekitaran. Penekanan ini telah berubah disebabkan kesedaran bahawa pertimbangan untuk alam sekitar tidak seharusnya dihadkan kepada kawalan pencemaran tetapi lebih positif ke arah mewujudkan persekitaran yang selesa, ceria dan merangsang. Tambahan pula, piawaian untuk kualiti air, kualiti udara, tahap kebisingan, sisa industri dan buangan efluen adalah ditentukan di peringkat nasional, manakala DBKL terlibat mengawal secara langsung perkara-perkara seperti penanaman pokok dan seni bandar.

Adalah penting untuk bertindak balas kepada isu alam sekitar yang dihadapi oleh Bandar Raya dengan mengambil langkah pencegahan, kawalan atau pembaikan yang sesuai, pendekatan selari juga perlu dengan mengarahkan tindakan dan program-program ke arah mewujudkan ciri dan imej bandar tersendiri yang lahir dari wawasan Kuala Lumpur untuk menjadi bandar raya bertaraf dunia. Tambahan lagi, sebagai ibu negara, Kuala Lumpur mempunyai potensi dan juga bertanggungjawab untuk meningkatkan piawaian nasional yang telah ditetapkan.

 

PS: Sila download atau baca dokumen penuh PSKL 2020 di sini (dalam versi pdf) atau disini (dalam versi doc).

 

* * *

 

Sejauhmana anda bersetuju bahawa pelan perancangan PSKL 2020 (seperti yang digariskan dalam dokumen tersebut) boleh membawa kepada alam sekitar KL yang lebih sihat dan sejahtera. Hujah anda harus disokong dengan memetik elemen-elemen positif/negatif ATAU kelebihan/kelemahan yang terkandung dalam pelan tersebut. Once again you are reminded to go for quality over quantity.


Posted at 02:51 pm by geografiums

angel
March 20, 2009   11:02 AM PDT
 
juz think 1 benda jer before komen nie.. do you ppls agree if development without guidelines? If yes.. so PSKL memang diperlukan..

so for me yes PSKL is very vey good in term of technical planning but do they think about the social impact of the plannig? If yes no question anymore la... senang kan.. But still planners x blh nak puaskan hati semua penduduk lembah klang rite.. tp that not an issues sbb PSKL is for "orang awam" but not for "individu"...

so setuju atau tidak sekiranya saya katakan PSKL only for individu but not "kepentingan awam"... If not.. jawapan die senang jer... PSKL adalah guideline pembangunan yang diperlukan. TQ
Najiha bt hamid khan
March 9, 2009   06:41 PM PDT
 
berdasarkan petikan diatas ayatnya terlalu pnjg x larat saya nak baca,anyway betul kata-kata d atas tu.
sara
February 15, 2009   03:40 PM PST
 
lain kali nak bagi komen bagi ringkas dan padat. tak larat nak baca. anyway terima kasih pada yang betul-betul tanggungjawab
angeline
March 18, 2008   08:24 PM PDT
 
ur notes are not organized and systemathic!
Name
July 20, 2007   06:48 PM PDT
 
grhgf
Ruslinie Lasupin
April 27, 2006   01:12 PM PDT
 
Assalamualaikum….

Jatuh bangunnya pembangunan sesuatu organisasi adalah bergantung kepada cara atau situasi pentadbirannya. Begitu juga halnya dengan pembangunan bagi bandar raya Kuala Lumpur yang memerlukan pengurusan yang lebih sistematik, efesien dan terancang dalam pebagai aspek bagi menunjukkan kematangan imej bagi sesebuah bandar yang dikenali global.

Sebagaimana imej pembangunan sekitar bandar raya Kuala Lumpur, sebenarnya telah memberikan imej situasi pembangunan di tempat-tempat lain di negara ini yang menunjukkan beberapa masalah dan ketidaksesuaian pembangunan.

Sebenarnya, kebanyakan kerangka pembangunan yang telah digariskan dalam pelan perancangan PSKL 2020 sangat padat dan sesuai untuk diaplikasikan dalam projek pembangunan di sekitar bandar raya Kuala Lumpur dalam menyelanggarakan pembangunan tersebut. Tetapi isu pemilikan tanah secara persendirian oleh golongan ternama seperti ahli politik,korporat, hartawan dan sebagainya menyebabkan masalah pembangunan tanah yang tidak seragam.

Berpaksikan kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh bandar raya Kuala Lumpur tersebut, sudah cukup untuk membuktikan kepada kita bahawa terdapat banyak kelemahan dalam penyelenggaraan pembangunan yang direncanakan.

Masyarakat akan menunding jari kepada badan kerajaan yang mengusulkan pelan perancangan pembangunan ini kerana mendapati banyak kelemahan apabila pembangunan dijalankan. Namun mereka atau kita sendiri tidak pernah memikirkan bahawa masalah pembangunan yang tidak sistematik ini tidak akan berlaku sekiranya badan pemaju bandar raya KL hanya satu dan tugas-tugas penyelenggaraan tidak diagih-agihkan kepada agensi pemaju yang lain. Kita sememangnya sedia maklum bahawa semakin banyak campur tangan pihak berkuasa atau pemaju dalam sesuatu projek pembangunan maka, semakin banyak juga karena birokrasi yang berlaku sehinggakan projek pembangunan terbengkalai. Isu politik dalam projek pembangunan juga sering menjadi perdebatan kerana kita sendiri tahu bahawa istilah “politik siapa yang menang, dialah yang diberi perhatian”. Apabila pembangunan dijalankan, kadangkala tidak mematuhi piawaian pembangunan yang ditetapkan sehingga menimbulkan keadaan yang tidak sedap mata memandang dengan kerosakan kepada alam sekitar kawasan bandar raya tersebut. Inilah yang telah menyebabkan situasi pembangunan di kawasan bandar raya Kuala Lumpur menjadi kurang sistematik.

Dengan itu, saya menyeru kepada masyarakat sekalian agar membuka mata seluas-luasnya dan berfikir secara waras bahawa pembangunan yang sistematik seratus-peratus tidak mungkin akan dapat dilaksanakan, namun sekurang-kurangnya kita sebagai masyarakat haruslah peka akan keadaan pembangunan yang dilakukan di kawasan bandar raya KL. Permainan politik dalam arena pembangunan seharusnya dikurangkan sebaliknya hendaklah memberikan kerjasama yang padu dalam memberi saranan pembangunan yang mantap kepada bandar raya KL agar menjadi lebih sistematik dan menjadi ikutan kepada dasar pembangunan yang lain.

Even Jamilih
April 26, 2006   01:14 PM PDT
 
PSKL 2020, merupakan satu pelan perancangan yang sangat penting dalam memastikan bandaraya KL berada di antara keseimbangan pembangunan dan alamesra yang lebih baik. PSKL 2020 ini nampaknya mampu mengurangkan kesan pembangunan ke atas kesejahteraan alam sekitar KL. Buktinya,PSKL 2020 telah menggariskan beberapa panduan yang perlu diteliti dan dipatuhi oleh pihak-pihak yang terlibat dalam apa juga usaha dan tanggungjawab yang ingin dilaksanakan di kawasan bandaraya KL.
Saya sedar banyak yang tidak bersetuju dengan PSKL 2020 ini namun apabila kita merujuk kepada keadaan KL pada masa kini. apatah lagi dalam aspek politik, tanah-tanah di kawasan KL sudah dimiliki dan dimonopoli oleh golongan ahli-ahli politik, berpengaruh, ahli-ahli korporat dan golongan hartawan. Namun PSKL 2020 ini telah dapat dilihat oleh semua golongan untuk menilai dan memastikan dasar-dasar dalam PSKL ini dapat dicapai sepenuhnya tanpa gangguan politik.
Realitinya, semua dasar yang ada saya sangat setuju dan kita percaya dasar-dasar yang ada sebenarnya untuk kebaikan semua masyarakat yang tinggal di kawasan tersebut mahupun luar dari kawasan KL. namun di sini saya lebih suka bercakap mengenai masalah politik dalam perlaksanaan PSKL 2020 ini. kita percaya ianya boleh dicapai sepenuhnya tetapi bagaimana pula jika adanya campur hal politik.
Pada saya PSKL ini sebenarnya satu agenda untuk proses pemuliharaan bandaraya KL dan bukan lagi satu proses pemeliharaan. Sebenarnya keadaan-keadaan sungai yang ada tidak akan menjadi seperti tersebut iaitu dipenuhi sisa-sisa kimia, menjadi cetek malah ada sungai yang airnya tidak lagi. Jika dilihat masalah ini sebenarnya, para kontraktor akan mengikuti peraturan yang ditetapkan. Tetapi apabila adanya campur tangan dari orang berpengaruh ini maka mereka akan membuat kerja mereka tanpa mengikuti piawaian yang telah ditetapkan. Apa yang penting ialah keuntungan yang banyak dan orang berpengaruh tersebut juga mendapat beberapa sagu hati sebagai "penutup mulut". Rasanya ada di antara penggubal PSKL ini yang pernah terlibat dalam "projek memusnahkan alam sekitar KL"............
Justeru itu, saya sangat bersetuju dengan adanya PSKL 2020 ini dan harapnya pembangkang kerajaan akan diminta untuk menjadi pemerhati tetap bagi memastikan matlamat dan objektif PSKL 2020 dapat dicapai sepenuhnya...ok la selamat ARAMAI TII
hajiyah sirajuddin
April 20, 2006   09:01 PM PDT
 
BLOG 5

Saya pada dasarnya bersetuju dengan pendapat Sharon Dodih yang mengatakan pelan perancangn dan objektif PSKL 2020 seolah-olah sesuatu yang amat mustahil dan angan-angan semata-mata kerana ia tetap mengorbankan alam sekitar. Tetapi secara peribadi, untuk menaikkan imej Bandaraya Kuala Lumpur di mata dunia, kita terpaksa bukannya perlu mengorbankan alam sekitar di Bandaraya Kuala Lumpur yang sememangnya mengalami masalah alam sekitar yang kritikal untuk harga sebuah pembangunan. Sebagaimana kita akan memusnahkan secara keseluruhan tanaman jagung akan sekiranya hendak mengambil hasilnya dan perlu menanamnya semula. Maka, kita boleh katakan PSKL 2020 adalah usaha murni kerajaan untuk menjadikan Bandaraya Kuala Lumpur sebagai bandar raya taman tropika .

Kemunculan bandar raya taman tropika mampu meletakkan Malaysia seiring dengan negara maju yang lain dari segi politik, sosial dan terutamanya ekonomi. Pelabur-pelabur asing akan tertarik untuk membuat pelaburan ekoran pembangunan yang dijalankan sekali gus meningkatkan Pendapatan Negara.

Perancangan struktur yang dilengkapi dengan tindakan-tindakan yang diambil dari setiap aspek masalah yang timbul di Kuala Lumpur seperti pencemaran udara, pencemaran bunyi, banjir dan hakisan perlu diperhalusi lagi dan dilaksanakan seperti apa yang telah dirancang dan digariskan dalam PSKL 2020. Namun apa yang paling penting untuk merealisasikan PSKL 2020 adalah kesedaran tentang pentingnya mengawal alam sekitar. Sungguhpun begitu, berapa ramaikah penduduk yang betul-betul menunjukkan komitmen terhadap menghentikan kemusnahan alam sekitar. Oleh itu, masyarakat perlulah disedarkan agar turut serta memelihara dan mengawal alam sekitar kerana tidak ramai yang prihatin terhadap alam sekitar – menyedari, memahami, berasa bertanggungjawab dan berusaha untuk melakukan sesuatu untuk menyelamatkan alam sekitar. Usaha mengiatkan pendidikan alam sekitar di segenap peringkat juga adalah penting. Mereka yang terdidik akan berasa lebih bertanggungjawab bagi merasa lebih bertanggungjawab bagi melaksanakan tugas sebagai “Pegawai Kawalan Alam Sekitar” biarpun tanpa sebarang habuan kebendaan.

Maka, tidak hairan atau mustahil PSKL 2020 mampu direalisasikan objektifnya untuk meningkatkan kualiti hidup Bandar Raya setaraf dengan wawasan sebuah Bandar Raya Bertaraf Dunia oleh DBKL iaitu:

• mewujudkan Bandar Taman Tropika yang sensitif kepada tapak semula jadi dan sesuai dengan lokasi
wilayah tropikanya;
• meneruskan pengekalan keseimbangan yang saksama antara pembangunan, ekologi dan warisan
negara;
• meningkatkan persekitaran kehidupan bandar raya; dan
• mencapai persekitaran yang bebas daripada sebarang bentuk pencemaran utama.







Witjoanes Lojungah (YT03-6227)
April 16, 2006   12:10 PM PDT
 
PSKL 2020 merupakan satu pelan untuk mempastikan agar keseimbangan dapat dicapai di antara arus pembangunan dengan ekologi dan warisan negara. Pelan tersebut direkabentuk demi untuk mewujudkan ciri-ciri dan imej Bandar Kuala Lumpur untuk menjadi bandaraya bertaraf dunia. Pada pendapat saya pelan tersebut adalah langkah terbaik. Walaupun tidak dapat mencapai objektif 100% tetapi sekurang-kurangnya kawalan yang digariskan telah mencapai objektif yang minimum.

Dari beberapa aspek, tidak dapat dinafikan bahawa secara umumnya PSKL 2020 berjaya dalam program pengindahan dan landskap (EN 1), program penanaman pokok di tepi jalan (EN 2), dan memastikan kawasan lapang sedia ada milik swasta dan kawasan kosong lain diperuntukkan dengan landskap yang sesuai (EN 3). Walau bagaimanapun ianya tidak dicapai sehingga 100% tetapi pelaksanaan EN 1,2 dan 3 sedikit sebanyak dapat mengindahkan kuala Lumpur.

Dari aspek yang lain, ternyata segala perancangan yang dilakukan telah memperlihatkan beberapa kepincangan. Berikut dibincangkan beberapa isu utama

1. Hakisan tanah disebabkan pembinaan di cerun curam.
EN 6 (DBKL tidak akan membenarkan pembangunan dilereng bukit yang bercerun melebihi tahap yang dibenarkan dalam dasar dan peraturan kerajaan Persekutuan). EN 7 (DBKL akan memerlukan kajian geoteknikal untuk semua pembangunan yang dijalankan di kawasan lereng bukit). EN 6 dan EN 7 tidak berjaya dilaksanakan. Buktinya ialah masih terdapat pembangunan di kawasan-kawasan melebihi 30 darjah dan menyebabkan ketidakseimbangan cerun yang serius. Kekurangan langkah-langkan untuk menstabilkan cerun adalah penyebab utama hakisan tanah. Ini bermakna garis panduan yang dibuat tidak dikuatkuasakan sepenuhnya. EN 6 jelas menyatakan bahawa tidakk akan membenarkan pembangunan di kawasan lereng bukit. Mengapa pula masih terdapat pembangunan di kawasan melebihi 30 darjah?. Adakah kontraktor pembinaan mempunyai kuasa yang lebih daripada DBKL sehingga pembinaan bangunan tidak dapat dikawal? EN 6 dan 7 sebenarnya sangat ringkas dan tidak jelas sehingga penguatkuasaannya tidak dapat membendung masalah pembangunan di lereng bukit.

2. Pencemaran sungai
EN 8 (DBKL akan dengan kerjasama pemegang konsesi pembentungan, memastikan tiada lagi pelepasan air buangan domestik yang tidak dirawat ke dalam sistem sungai dan perparitan). EN 9 (DBKL akan mengkaji kemungkinan pendekatan-pendekatan baru bagi meningkatkan pengoksigenan, pengudaraan dan kualiti air sungai bandaraya untuk menyokong hidupan akuatik di dalam sungai). EN 10 (DBKL akan mengaktifkan semula program pemulihan semula sungai Klang dan sungai Gombak). EN 8 jelas menyatakan bahawa pelepasan air buangan domestik yang tidak di rawat ke dalam sistem sungai dan perparitan akan dikawal tetapi Sungai Klang dan Sungai Gombak masih mengandungi muatan pepejal terampai yang tinggi disebabkan oleh pembuangan kelodak dari tapak pembinaan. Kenapa ini berlaku? Pada pendapat saya ianya berlaku kerana EN 8 hanya cantik di atas kertas tetapi tidak cantik pelaksanaannya. Sekiranya dikuatkuasakan apa yang tertulis, nercaya tidak akan berlaku pembuangan sisa pepejal tanpa kawalan dari kawasan setinggan dan banjir kilat di kL juga boleh dikurangkan. Ini jelas menunjukkan bahawa terdapat garis panduan untuk mengawal tetapi terdapat kepincangan yang serius dalam penguatkuasaannya.

3. Ancaman terhadap baki hutan
EN 13 (DBKL akan memelihara baki kawasan hutan dan mengekalkan kepelbagaian mampan serta populasi hidupan liar di dalan Bandaraya). EN 13 dengan jelas menyebut mengenai pemeliharaan baki hutan dan mengekalkan kepelbagaian mampan serta populasi hidupan liar di Bandar raya. Walau bagaimanapun masih terdapat pencerobohan pembangunan terhadap baki kawasan hutan menyebabkan hutan tidak lagi mampan sebagai habitat semulajadi hidupan liar. Pada pendapat saya, EN 13 perlu dikaitkan dengan undang-undang. Sesiapa yang menceroboh di kawasan baki hutan, pihak berkenaan harus didenda sehingga 10,000.00 ringgit atau penjara 3 tahun. Dengan cara ini, tidak ada lagi pihak yang memperlekehkan EN 13. En 13 hanya menyebut akan memelihara yang membawa makna menjaga hutan tersebut dari diceroboh, dibakar oleh orang yang tidak bertanggungjawab atau memagar kawasan tersebut. Elok sekiranya EN 13 itu ditambah dengan perkataan memulihara baki hutan yang membawa makna baki hutan itu akan dirawat pokoknya sekiranya diserang penyakit, dibaja untuk menjaga kesuburannya dan disirami air dalam musim kemarau untuk kelangsungan hidup pokok-pokok di kawasan baki hutan.

4. Kemerosotan kualiti udara
EN 14 (DBKL akan memastikan penyediaan kawasan penampan berlandskap yang mencukupi di antara lebuhraya dan kawasan tepu bina lain). EN 15 (DBKL akan, dengan kerjasama Jabatan Alam sekitar, mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan pencemaran udara di dalam Bandar raya.). EN 14 akan memastikan penyediaan kawasan penampan berlandskap yang mencukupi di antara lebuhraya dan kawasan tepu bina. Pada pendapat saya EN 14 sukar dicapai dan tidak keterlaluan sekiranya dikatakan bahawa ianya hanya angan-angan belaka. Amat sukar untuk membuat pembinaan lebuhraya yang mempunyai jarak sehingga 1Km dari kawasan tepu bina (kawasan padat rumah /bangunan) di Bandara Raya KL semata-mata untuk mengelakkan pencemaran asap (karbon monoksida) dari lebuhraya. Pada hakikatnya atau secara lojiknya lebuhraya di kawasan Bandaraya KL tidak dapat dielakkan daripada dibina di kawasan yang mempunyai bangunan yang banyak (bangunan kerajaan atau kedai-kedai).
EN 15 pula menjanjikan kerjasama DBKL dengan Jabatan Alam Sekitar dalam mengurangkan pencemaran. EN 15 tersebut harus menyatakan secara terperinci langkah-langkah yang disyorkan. Ia hanya boleh berjaya sekiranya dikaitkan dengan undang-undang di mana pihak yang menyebabkan pencemaran boleh dikenakan denda sewajarnya seperti bayaran denda dan penjara jika sabit kesalahan

5. Pencemaran bunyi
EN 16 (DBKL akan melaksanakan langkah-langkah untuk menurunkan paras bunyi di Bandar raya). Di dalam EN 16, DBKL akan melaksanakan langkah menurunkan pencemaran bunyi. Didapati bahawa garispanduan pembangunan tidak menetapkan zon penampanan yang mencukupi di antara kawasan perumahan dan potensi punca pencemaran. Dalam sesetengan kes, didapati lebuhraya dan jalan-jalan utama dibina melalui kawasan kediaman yang berkepadatan tinggi. Pencemaran bunyi menganggu keselesaan penduduk dan menimbulkan masalah kesihatan. Pencemaran bunyi memang sukar diatasi selagi manusia mahu menggunakan kenderaan bermotor. Walau bagaimanapun masalah ini boleh diatasi sebaik mungkin dengan mengenakan denda yang tinggi kepada pemilik kenderaan yang berbunyi bising seperti mengenakan denda sehinggga 500.00 ringgit atau penjara enam bulan jika sabit kesalahan.

6. Tiada kawalan dan peraturan penggunaan kawasan tanah tercemar
EN 17 (DBKL akan memastikan kawasan tanah tercemar dirawat dan dikhaskan sebagai kawasan hijau sensitif). Didapati bahawa Tapak pelupusan sisa pepejal di Taman Beringin, Sri Petaling dan Jinjang Utara merupakan tanah tercemar disebabkan pembuangan sisa pepejal. Ini timbul kerana tidak ada perundangan khusus untuk mengawal kawasan tanah tercemar mengikut piawaian prosedur dan teknologi sesuai. Dalam hal ini DBKL harus membuat satu kajian yang menyeluruh dengan menggunakan tenaga pakar yang sedia ada dalam menangani masalah ini.

7. Kekurangan garis panduan pembangunan untuk kawasan sensitif alam sekitar.
EN 19 (DBKL akan, dengan kerjasama agensi kerajaan lain, sektor awam dan swasta, mengambil langkah proaktif bagi memastikan pembangunan ekonomi, fizikal dan sosial mapan sesuai dengan persekitaran sedia ada). EN 20 (DBKL akan menyelaras bersama pihak yang berkepentingan yang berkaitan untuk melaksanakan dasar dan garis panduan bagi kawasan sensitif alam sekitar).Kawasan sensitif alam sekitar adalah kawasan yang terdedah kepada hakisan, banjir, cerun curam, tanah jerlus, pencemaran udara, air, bunyi serta kawasan hutan. Kekurangan garis panduan, menyebabkan kesan pembangunan terhadap kawasan sensitif alam sekitar tidak diberi perhatian sewajarnya., menyebabkan kemerosotan persekitaran semulajadi Bandar Raya. Garis panduan perancangan sedia ada tidak cukup komprehensif untuk menilai kesan projek pembangunan terhadap kawasan sensitif alam sekitar. Pada pendapat saya, EN 19 dan 20 bukan mudah dilaksanakan kerana kita mempunyai kos melepas yakni sekiranya kita mahu membina kemudahan lebuh raya, kita terpaksa berhadapan dengan risiko pencemaran udara dan bunyi. Begitulah juga dengan pembinaan bangunan yang akan menyebabkan hakisan tanah dan sebagainya. Dalam hal ini, DBKL sekali lagi perlu menyemak dan mengkaji semula semua yang terkandung dalan EN 19 dan 20 agar dapat menyeimbangkan pembangunan dengan kawasan sensitif alam sekitar.

Sebagai kesimpulannya, PSKL 2020 pada umumnya gagal mencapai objektifnya secara optimum disebabkan oleh kegagalan dari aspek penguatkuasaan dan ketidakjelasan garispanduan yang dibuat. Walau bagaimanapun saya percaya bahawa sekiranya PSKL 2020 langsung tidak diwujudkan, maka Bandaraya KL sudah tentunya akan menjadi Bandar Raya yang lesu dan penuh dengan pencemaran, hakisan, kemusnahan tumbuh-tumbuhan dan masalah-masalah yang seumpamanya. PSKL 2020 adalah satu-satunya pelan yang menjadi nadi kearah menyeimbangkan arus pembangunan dengan ekologi dan warisan negara agar menjadi bandaraya bertaraf dunia. Kejayaan pelan ini perlu mendapat kerjasama dari semua pihak seperti kerajaan, swasta, badan-badan bukan kerajaan dan individu.

Selinah
April 11, 2006   03:09 PM PDT
 
A’kum.....

Pelan Struktur KL 2020 adalah merupakan satu pelan pembangunan alam sekitar yang memperlihatkan kita kepada satu kesedaran yang tinggi terhadap pengurusan alam sekitar yang seiring dengan pembangunan untuk menjamin kesejahteraan dan kualiti hidup yang lebih baik dan cemerlang.

Namun demikian, saya kurang bersetuju dengan Pelan struktur ini kerana jika kita perhatikan keadaan persekitaran bandaraya Kuala Lumpur sehingga kini, mampukah pelan ini mengatasi masalah banjir kilat yang sering melanda pusat bandar Kuala Lumpur? Sampai bilakah keadaan yang menyebabkan banyak kerosakan harta benda ini akan terus berlaku dan apakah pula pandangan pelancong asing yang datang ke negara kita terhadap pengurusan alam sekitar yang kurang sistematik ini?

Kebanyakan tindakan dan rancangan yang diaturkan dalam Pelan ini adalah hanya bersifat memulihkan bukannya mencegah daripada berlakunya kerosakan alam sekitar yang boleh memberi kesan kepada manusia khususnya penduduk di Bandar Kuala Lumpur.

Oleh yang demikian, pihak yang berkenaan atau yang terlibat dalam Pelan Struktur KL 2020 ini perlu mengambilkira tentang keadaan alam sekitar. Selain itu, pihak yang terlibat disarankan melaksanakan undang-undang dan tindakan yang sewajarnya terhadap pengusaha yang tidak bertanggungjawab dalam melaksanakan pembangunan seperti menghadkan aktiviti penambakan tebing sungai dan pembinaan di cerun bukit yang curam. Bak kata pepatah “ lebih baik mencegah daripada mengubati”.
Lee Yen Wei
April 11, 2006   02:33 PM PDT
 
Memang tidak dapat dinafikan bahawa Pelan Struktur Kuala Lumpur (PSKL) 2020 merupakan pelan yang telah dirancang secara sistematik yang bertujuan untuk mengatasi masalah alam sekiatar yang telah sering timbul di KL.

Pada pendapat saya , PSKL memang berfaedah kepada penduduk tempatan, bahkan pelancong yang mengkujungi tempat ini. Misalnya dasar EN1 hingga EN5 berusaha mempromosikan program pengindahan dan landskap di kawasan kediaman, penanaman pokok di tepi jalan dan memulihkan sungai dan kolam bekas lombong melalui landskap dapat meningkatkan nilai estetik di KL. Langkah ini secara langsung menjadi faktor tarikan pelancongan yang dapat menarik kedatangan pelancong.

EN6 dan EN7 yang menjelaskan pembangunan di kawasan berbukit mesti mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dan kajian geoteknikal diperlukan untuk semua pembangunan yang dijalankan di kawasan lereng bukit. Isu ini amat penting kerana masalah keruntuhan tanah di kawasan perumahan yang sering berlaku di negara kita amat mebahayakan nyawa dan harta benada penduduk.

Dasar EN 13 hingga EN 17 yang membincangkan isu alam sekitar diperlukan untuk meminimumkan masalah pencemaran di KL di samping menjamin kualiti hidup yang memuaskan. Hal ini bermaksud, penduduk bukan sahaja dapat tinggal dalam suasana yang selamat dan indah, bahkan bersih dan selesa.

EN 18 yang menentukan kawasan sensitif alam sekitar dan menyediakan garis panduan bagi pengawalan dan pengurusan telah bertinfak sebagai pelengkap kepada dasar PSKL. Kerjasama bersama yang ditekankan dalam PSKL ini berperanan penting untuk menjayakan dasar yang disenaraiakan. Misalnya dasar EN19 memfokuskan atas kerjasama pihak awam, CBOs dan NGOs dengan pihak kerajaan bagi mencapai alam sekitar mapan dalam mengoptimumkan penggunaan sumber-sumber yang ada. Usaha ini secara tidak langsung telah memberi kesedaran kepada rakyat KL bahawa isu yang berkaitan dengan masyarakat bersama harus diselesai secara bersama. Justeru, semangat kejiranan dapat disemai melalui teladan yang baik. Tambahan lagi, segala masalah dapat diatasi dengan sempurna atas usaha bersama.

Namun, timbul satu persoalan yang besar, adakan PSKL ini dapat dijayakan seperti mana yang telah disyorkan dalam loparan PSKL? Dalam masalah ini, kita perlu imbas kembali Rancangan Malaysia dari 1 hingga 8, walaupun beberapa banyak garis panduan dan piawaian telah dilulus dan dibincangkan, namun dasar ini masih tidak dapat mencapai objektif sepenuhnya, terutamanya mengelakkan jurang perbezaan antara kaum. Dalam isu ini, saya berpebdapat bahawa kerajaan Malaysia lebih cenderung kepada projek pembangunan baru yang bakal mendatangkan faedah yang banyak berbanding dengan projek bertujuan mengatas masalah tetapi kurang membawa sumbangan ekonomi yang lumayan. Misalnya kerajaan sanggup menggunakan bilion untuk memajukan sektor pelancongan pada tahun 2005, tetapi kerajaan tidak pernah menggunakan wang yang seumpama untuk memulih kawasan yang telah tercemar atau rosak.

Oleh itu, kerajaan Malaysia harus menegaskan pendirian mereka supaya tidak terpengaruh oleh kekayaan sehingga menangguhkan projek yang berkaitan dengan kebaikan masyarakat, bak kata pujangga : Berat sama dipikul, ringgan sama dijinjing!

Zalila Madalin
April 10, 2006   07:12 PM PDT
 
Pelan perancangan PSKL 2000, sememangnya salah satu pelan peancangan yang mampu mengurangkan kesan pembangunan ke atas alam sekitar KL. Ini kerana, dalam pelan ini telah digariskan beberapa panduan yang perlu diikuti oleh pihak yang berkenaan. Dan dapat dilihat betapa pentingnya pelan ini dijalankan, kerana objektif yang digariskan dalam PSKL 1984 adalah “untuk menjamin taraf alam sekitar yang baik mungkin dengan memperbaiki dan memelihara perseimbangan yang bijak di antara pembangunan, ekologi dan warisan negara”.

Seperti yang kita lihat dalam artikel tersebut, ada menyebutkan tentang isu-isu semasa yang berlaku di KL seperti pembangunan di kawasan-kawasan cerun (30 darjah) yang menyebabkan berlakunya hakisan, pencemaran air sungai yang berlaku disebabkan oleh pembuangan sisa domestik dan perumahan setinggan, kejadian banjir kilat, tanah jerlus, gangguan terhadap flora dan fauna di Hutan Bukit Nenas serta beberapa isu lain. Melihat kepada isu ini, sememangnya pelan Perancangan PSKL 2000 amat perlu dijalankan.

Pihak DBKL memainkan peranan yang sangat penting untuk memastikan pelan perancangan PSKL 2000 berjaya. DBKL telah mengariskan 20 perkara untuk mengurangan kesan pembangunan ke atas alam sekitar KL. Antaranya adalah dasar en 1 DBKL akan mempromosikan program pengindahan dan landskap di kawasan kediaman, perdagangan dan perindustrian, dasar en 10 DBKL akan mengaktifkan semula program pemulihan semula sungai Klang dan sungai Gombak.

Sememangnya, PSKL 2000 sangat mmembantu untuk menjadikan KL sebagai sebuah bandaraya yang sihat dan sejahtera. Tambahan lagi KL merupakan ibu negara yang akan menjadi tumpuan dunia jika ada acara-acara bertaraf antarabangsa dijalankan di Malaysia. Oleh itu, amat perlulah persekitaran yang sempurna di Bandaraya KUALA LUMPUR…


Esther Pius Ht2003-3901
April 9, 2006   01:14 PM PDT
 
Dasar-dasar dan cadangan dalam PSKL 2020 merupakan satu usaha murni kerajaan dalam mencapai hasrat untuk mewujudkan suasana Bandar Raya Taman Tropika di Kuala Lumpur. Usaha ini meliputi elemen alam semula jadi, pembangunan kawasan dan peranan sumber manusia.
Program landskap & pengindahan kawasan merupakan satu langkah yang praktikal dalam masa jangka panjang untuk mengurangkan kesan pencemaran udara di sekitar KL. Langkah ini juga berfungsi untuk menyejukkan alam sekitar akibat kesan pantulan haba daripada bangunan batu dan konkrit di sekitar bandar raya KL. Pemandangan landskap yang teratur juga memberi kesan ‘sejuk mata memandang’ kepada mereka yang gemar kepada suasana alam sekitar yang hijau dan boleh mendamaikan perasaan. Pemilihan jenis pokok harus diambil kira dalam proses pembentukan landskap di bandar raya.
Bagi mengawal dan mengurangkan kesan kerosakan struktur tanah terutama di kawasan lereng bukit, PSKL memperkenalkan Dasar EN 6 dan EN 7. Oleh sebab pembangunan di kawasan lereng bukit adalah berpotensi untuk melemahkan struktur tanah di kawasan tersebut, adalah lebih baik jika kegiatan pembangunan di kawasan lereng bukit terus dihentikan. Keadaan ini disebabkan, telah berlaku banyak kes tanah runtuh dan tanah jerlus yang berlaku terutama di bahagian selatan KL.
Kawalan terhadap banjir dengan menggunakan perangkap pepejal adalah kurang praktikal untuk mengurangkan pencemaran yang akhirnya menyebabkan masalah banjir. Orang awam akan terus membuang sampah di merata-rata tempat terutama di kawasan sungai kerana memikirkan bahawa bahan buangan yang terperangkap ini akan dikutip oleh petugas. Oleh yang demikian, langkah yang berbaloi adalah dengan mengenal pasti punca yang menyebabkan masalah pencemaran ini berlaku. Kaedah yang boleh dilakukan adalah dengan mengemas kini sistem pengumpulan, pembuangan dan pelupusan sampah. Penyediaan tong sampah untuk bahan-bahan yang boleh di kitar semula di sekitar bandar raya KL dan di kawasan perumahan dan kewujudan sistem pelupusan sampah yang sistematik juga akan dapat mengurangkan kesan pencemaran.
Bagi kawalan pencemaran bunyi pula, selama ini telah dijalankan kempen untuk menggunakan kenderaan awam. Namun demikian, langkah ini dilihat kurang berkesan kerana orang ramai mempunyai kemampuan untuk memiliki kenderaan sendiri dan pada masa kini jumlah kenderaan semakin meningkat di jalan raya. Keadaan bunyi bising yang berlebihan ini mungkin boleh diatasi dengan mengharamkan pengubahsuaian enjin kenderaan yang menghasilkan bunyi yang terlalu kuat.
Usaha untuk memelihara dan memulihara flora dan fauna dengan menyediakan rangkaian kawasan hijau dan hutan simpanan mempunyai faedah jangka panjang terhadap kawasan hutan yang sedia ada. Langkah ini dapat mengekalkan spesies flora dan fauna serta menggalakkan penghijrahan haiwan ke kawasan tersebut.
Usaha untuk merealisasikan PSKL ini memerlukan kerjasama dari semua pihak di setiap peringkat. Bidang tugas yang terlibat adalah seperti Jabatan Kerja Raya, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengairan, institusi pendidikan, jabatan penerangan dan pemimpin rakyat. Kesedaran alam sekitar dan tindakan yang telus dalam melaksanakan sesuatu dasar akan dapat mencapai matlamat yang telah digariskan dalam PSKL 2020.


Mildah Kasin
April 8, 2006   10:17 PM PDT
 
Berdasarkan kpd artikel di atas saya amat bersetuju bahawa
strategi-strategi permbangunan Badaraya Kuala Lumpur 2020 yang digariskan hanya memperlihatkan langkah asas tanpa melibatkan strategi susulan.

Tahukah anda bahawa Persekitaran Bandar Raya merangkumi bukan sahaja aspek-aspek yang boleh diukur seperti kualiti air, udara dan tahap kebisingan tetapi juga aspek-aspek yang sukar diukur khususnya aspekaspek perasaan
dan visual rupa bandar dan ameniti. Ianya juga satu komponen penting dalam kualiti hidup yang dapat
diberikan oleh Bandar Raya kepada warga kota serta menyumbang kepada imej dan identiti Bandar Raya.
Objektif alam sekitar PSKL 1984 adalah ‘untuk menjamin taraf alam sekitar yang sebaik mungkin dengan
memperbaiki dan memelihara perseimbangan yang bijak di antara pembangunan, ekologi dan warisan
negara’. Strategi yang menyokong objektif ini adalah untuk menggalakkan mutu ameniti alam sekitar
yang tinggi dari segi seni bandar dan seni taman bagi mencapai persekitaran yang bebas dari bentuk
pencemaran utama.

Program alam sekitar selepas PSKL 1984 telah banyak memberi penekanan terhadap ameniti berbanding
suasana persekitaran. Penekanan ini telah berubah disebabkan kesedaran bahawa pertimbangan untuk
alam sekitar tidak seharusnya dihadkan kepada kawalan pencemaran tetapi lebih positif ke arah
mewujudkan persekitaran yang selesa, ceria dan merangsang. Tambahan pula, piawaian untuk kualiti air,
kualiti udara, tahap kebisingan, sisa industri dan buangan efluen adalah ditentukan di peringkat nasional,
manakala DBKL terlibat mengawal secara langsung perkara-perkara seperti penanaman pokok dan seni
bandar.

Adalah penting untuk bertindak balas kepada isu alam sekitar yang dihadapi oleh Bandar Raya dengan
mengambil langkah pencegahan, kawalan atau pembaikan yang sesuai, pendekatan selari juga perlu
dengan mengarahkan tindakan dan program-program ke arah mewujudkan ciri dan imej bandar tersendiri
yang lahir dari wawasan Kuala Lumpur untuk menjadi bandar raya bertaraf dunia. Tambahan lagi, sebagai
ibu negara, Kuala Lumpur mempunyai potensi dan juga bertanggungjawab untuk meningkatkan piawaian
nasional yang telah ditetapkan.

Walaupun banyak langkah pencegahan dan tebatan yang telah dilakukan oleh DBKL untuk mengatasi sebarang bencana yang boleh menganggu kehidupan manusia namun sehingga kini, kejadian banjir kilat masih lagi berlaku. Banjir kilat yang melanda Kuala Lumpur dan kawasan sekitar baru-baru ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa strategi yang digunakan oleh kerajaan tidak efisien kerana tiada tindakan susulan yang telah dijalankan.

Banjir adalah perkara biasa berlaku di Kuala Lumpur setiap kali hujan lebat, terutamanya di Pusat Bandar
Raya dan kawasan hilir Banjir kilat yang sering berlaku mengganggu fungsi Bandar Raya, merosakkan harta benda dan mengancam kehidupan manusia. Kejadian banjir kilat yang berlaku pada sekitar bulan september tahun 2005 di beberapa buah negeri di semenanjung Malaysia seperti kelantan, Kelang dan sebagainya telah memusnahkan bnayak harta benda dan membunuh banyak nyawa.







sylvia amin
April 7, 2006   03:03 PM PDT
 
Berdasarkan analisis terhadap artikel tersebut, saya kurang bersetuju dengan Pelan Perancangan PSKL 2020.ini disebabkan kebanyakkan strategi-startegi yang digariskan hanyalah langkah yang asas sahaja tanpa strategi susulan. Contohnya, banjir kilat yang sering berlaku di pusat bandar Kuala Lumpur dan di sekitarnya adalah disebabkan oleh sikap yang tidak prihatin oleh sesetengah pihak yang rakus melakukan pembangunan di kawasan Hulu Lembah Kelang. terdapat juga beberapa faktor lain seperti pembangunan sampah dan sisitem perparitan yang tidak sistematik di sepanjang sungai untuk memenuhi tuntutan rohaniah dan materialistik serta keperluan dan permintaan manusia.

dengan ini ia akanmengurangkan daya tampungan sepanjang sungai tersebut dan mencetuskan fenomena banjir kilat. Pelan tersebut sebenarnya hanyalah menyediakan pakej tindakan untuk menghalang kejadian ini bertambah serius. ia tidak melibatkan melibatkan tindakan undang-undang kepada pihak yang terlibat dan juga tindakan susulan yang bersesuaian dalam menyelesaikan masalah tersebut. Dengan ini, pencoroboh-pencoroboh alam sekitar ini akan terus berjuang dalam menuruti kemahuna dirii sendiri dan seterusnya akan memusnahkan alam sekitar.

Oleh itu, dalam pendapat saya pelan tersebut seharusnya lebih menitikberatkan tindakan kawalan dengan pelaksanaan undang undang yang bersesuaian. Ia penting dalam langkah untuk mengelakkan tanah runtuh dan sebagainya. Di samping itu, penilaian terhadap beberapa strategi yang dilaksanakan boleh dilakukan selepas strategi pertama tadi berjaya.
TAI FUI VUN
April 6, 2006   09:33 PM PDT
 
Sebagai orang yang perihatin terhadap alam sekitar akan tahu Pelan Struktur Kuala Lumpur (PSKL) 2020 merupakan pelan yang telah dirancang dengan rapi dan teliti bagi mengatasi masalah-masakah yang telah berlaku di KL. Ini dapat dilihat melalui 20 dasar yang telah dicadangkan oleh pihak PSKL. Tetapi persoalannya, adakah cadangan yang diambil itu berkesan membawa kepada alam sekitar KL yang lebih sihat dan sejahtera. Selepas membaca PSKL 2020 ini, saya tanpa biasnya SETUJU dengan dasar yang telah digariskan. Inilah yang kita perlukan dari segi pemuliharaan yang harus dibuat untuk menyelamatkan balik alam yang telah dicemari oleh manusia sendiri. Jika melihat pembangunan di luar negara seperti England dan Amerika Syarikat walaupun terdapat bangunan tinggi tetapi dari segi perancangan bandar negara ini lebih teratur. Ibu negara Kuala Lumpur juga perlu dipemulihara bagi mengurangkan insiden-insiden alam sekitar seperti tanah runtuh dan banjir kilat yang selalu menjadi isu hangat kepada masyarakat dan saling menuding jari mencari kesalahan masing-masing.
Di sini izinkan saya memberi persepsi saya terhadap PSKL 2020 ini. Saya memang bersetuju dasar yang digariskan oleh pihak DPKL terutamanya dalam dasar mencapai Bandar Raya Taman Tropika iaitu dasar EN1 hingga EN5. Usaha yang dapat dilihat ialah mempromosikan program pengindahan dan landskap di kawasan kediaman, penanaman pokok ditepi jalan dan memulihkan sungai dan kolam bekas lombong melalui landskap semula ke dalam ameniti persekitaran Bandar Raya. Sebenarnya landskap semula dan langkah-langkah pembaikan sungai-sungai yang sangat tercemar seperti Sg. Klang dan Sg. Gombak dan juga kolam bekas lombong adalah amat penting kerana tempat-tempat ini amat terpengaruh terhadap nilai estetik Bandar Raya Kuala Lumpur. Kawasan kediaman yang sempit dan tiada tempat untuk menanam pokok besar atau taman juga boleh menanam pokok pasu di sekitar rumah bagi mengindahkan persekitaran.
Selain itu, bagi dasar EN6 dan EN7 yang menjelaskan pembangunan di kawasan berbukit mesti mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dan kajian geoteknikal diperlukan untuk semua pembangunan yang dijalankan di kawasan lereng bukit. Usaha ini sangat baik bagi mengelakkan tanah runtuh berlaku di mana boleh meragut nyawa manusia dan merosakkan harta awam.
Pelan ini juga baik kerana ia mengambil kira tanggungjawab bersama bagi sama-sama menyelesaikan masalah penstrukturan KL. Ini dapat dilihat melalui dasar EN19 di mana pihak awam, CBOs dan NGOs dengan kerjasama pihak kerajaan bagi mencapai alam sekitar mapan dalam mengoptimumkan penggunaan sumber-sumber yang ada. Keadaan ini bukan sahaja dapat mencapai objektif PSKL dengan cepat, malahan juga dapat merapatkan silaturahim masyarakat KL yang dikatakan kurang mesra.
Walau bagaimanapun, kandungan PSKL 2020 ini bagi saya juga terdapat kelemahannya. Ini terutama penjelasan di bahagian kawasan mudah banjir. Menurut Laporan Rancangan Malaysia Kelapan menyatakan bahawa Wilayah Persekutaan Kuala Lumpur pada kadar pembandarannya tahun 1995 telah mencapai 100%. Ini menunjukkan tanah di KL telah digunakan sepenuhnya untuk pembandaran. Keadaan ini boleh memberi tangkapan bahawa perkembangan Bandar Raya KL yang tidak terancang menyebabkan banjir kilat melandai kawasan itu. Walaupun pihak DBKL bekerjasama dengan Jabatan Pengaliran dan Saliran Persekutuan bagi memastikan tidak berlaku sebarang sekatan di sungai utama KL tetapi ia masih tidak menjamin banjir tidak berlaku. Bukan sahaja daripada faktor pepejal terampai diambil kira tetapi faktor keadaan muka bumi berturap juga menyebabkan kapasiti air di sungai meningkat dan tidak mampu menanggung beban itu seterusnya menyebabkan banjir. Mengikut Berita Harian 22 Mac 2006 menyatakan bahawa hujan berterusan dan dalam kuantiti banyak menyebabkan longkang atau saliran tidak dapat menampung jumlah air serta keadaan muka bumi yang berturap di bandar KL menyebabkan air tidak dapat diresap masuk ke dalam tanah. Ini menjadi sebab utama KL sering mengalami banjir kilat. Kawasan dataran banjir di KL yang dikenal pasti ialah Kg. Baru, Masjid Jamek dan Kg. Datuk Keramat. Menurut laporan Berita Harian juga mengatakan bahawa memang terdapat langkah seperti mendalamkan Sg. Klang dan Sg. Gombak dan penyelenggaraan sistem saliran di kota dirancang setiap tahun. Tetapi ia tidak dilakukan secara konsisten. Oleh itu, pihak DBKL boleh menambahkan cara menyelesaian seperti membina penebat banjir, menggalakkan pemaju menggunakan pendekatan guna tanah secara mesra alam dan memperkukuhkan lagi undang-undang seperti Akta Pemuliharaan Tanah 1960, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Kelemahan lain yang saya dapati ialah di bahagian paras bunyi. Memang tidak dinafikan bahawa tahap kebisingan di KL yang paling tinggi dikeluarkan adalah daripada pengangkutan. Menurut kajian Abu Bakar Jaafar (1985), didapati bahawa 97% pada waktu kajian KL mengalami tahap kebisingan lebih daripada tahap piawai kawasan bandar dan perniagaan iaitu 64dB. Jelas menunjukkan pada tahun 1985 sudah melebihi had 55dB yang disarankan oleh WHO dan Laporan Kualiti Alam Sekitar 2000 Malaysia juga memberi maklumat bahawa KL menerima bunyi sensitif dipremis di antara 57.8dB dan 71.8dB cukup menggambarkan betapa bahayanya pencemaran bunyi terhadap kesihatan manusia. Sebab itulah pihak DBKK berusaha untuk mempromosikan pengangkutan awam dan mengurangkan kenderaan persendirian. Tetapi adakah ini berkesan? Bagaimana sambutan orang awam? Baik atau tidak? Kempen kongsi kereta dari dulu lagi dikempenkan tetapi paras bunyi masih kurang berjaya diturunkan. Apa cerita???? Satu lagi persoalan tentang usaha DBKL menaikkan piawaian jarak anjakan antara kediaman dan jalan-jalan utama bagi mengurunkan paras bunyi. Kenapa masih timbul isu mengenai pembinaan lebuhraya KL–Putrajaya yang terletak hanya 2.3 meter dari rumah teres di Jalan 2/149, Sri Petaling di mana konsesi projek telah ditandatangani pada 22 Okt 1997. EN16 menjelaskan DBKL akan melaksanakan langkah-langkah untuk menurunkan paras bunyi di Bandar Raya. Sebagai pembaca mesti ingin tahu apa langkah yang akan diambil itu. Sekurang-kurang senaraikan empat atau lima langkah bagi memaklumkan para pembaca. Saya terdapati beberapa langkah yang berkesan dan mesra alam yang boleh dilakukan bagi mengurangkan paras bunyi di KL. Contohnya, menanam pokok yang bersaiz tinggi bertindak sebagai “pagar” bagi menyerap bunyi seperti Pokok Pukul Lima (berupaya menebat 8.8 dBA), Dedap Batik (berupaya menebat 3.1dBA) dan Kasia Biflora (berupaya menebat 3.7dBA). Tambahan pula, pihak DBKL boleh menggunakan pemidang khas atau jubin khas penyerap bunyi bagi mengawasi kebisingan di luar rumah.
Secara konklusinya, saya tetap menyokong PSKL kerana pihak DBKL memang berusaha untuk membaikpulihkan keadaan di KL terutamanya ingin menjadikan KL sebagai Bandar Raya Taman Tropika seperti di Kota Kinabalu. Akhir kata, marilah sama-sama menjaga alam sekitar yang masih ada di sekeliling kita, jangan sampai kehilangan kualiti alam sekitar baru mencari jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut seperti pepatah “Sudah terhantuk baru tengadah”. Sekian!
TAI FUI VUN
April 6, 2006   09:23 PM PDT
 
Sebagai orang yang perihatin terhadap alam sekitar akan tahu Pelan Struktur Kuala Lumpur (PSKL) 2020 merupakan pelan yang telah dirancang dengan rapi dan teliti bagi mengatasi masalah-masakah yang telah berlaku di KL. Ini dapat dilihat melalui 20 dasar yang telah dicadangkan oleh pihak PSKL. Tetapi persoalannya, adakah cadangan yang diambil itu berkesan membawa kepada alam sekitar KL yang lebih sihat dan sejahtera. Selepas membaca PSKL 2020 ini, saya tanpa biasnya SETUJU dengan dasar yang telah digariskan. Inilah yang kita perlukan dari segi pemuliharaan yang harus dibuat untuk menyelamatkan balik alam yang telah dicemari oleh manusia sendiri. Jika melihat pembangunan di luar negara seperti England dan Amerika Syarikat walaupun terdapat bangunan tinggi tetapi dari segi perancangan bandar negara ini lebih teratur. Ibu negara Kuala Lumpur juga perlu dipemulihara bagi mengurangkan insiden-insiden alam sekitar seperti tanah runtuh dan banjir kilat yang selalu menjadi isu hangat kepada masyarakat dan saling menuding jari mencari kesalahan masing-masing.
Di sini izinkan saya memberi persepsi saya terhadap PSKL 2020 ini. Saya memang bersetuju dasar yang digariskan oleh pihak DPKL terutamanya dalam dasar mencapai Bandar Raya Taman Tropika iaitu dasar EN1 hingga EN5. Usaha yang dapat dilihat ialah mempromosikan program pengindahan dan landskap di kawasan kediaman, penanaman pokok ditepi jalan dan memulihkan sungai dan kolam bekas lombong melalui landskap semula ke dalam ameniti persekitaran Bandar Raya. Sebenarnya landskap semula dan langkah-langkah pembaikan sungai-sungai yang sangat tercemar seperti Sg. Klang dan Sg. Gombak dan juga kolam bekas lombong adalah amat penting kerana tempat-tempat ini amat terpengaruh terhadap nilai estetik Bandar Raya Kuala Lumpur. Kawasan kediaman yang sempit dan tiada tempat untuk menanam pokok besar atau taman juga boleh menanam pokok pasu di sekitar rumah bagi mengindahkan persekitaran.
Selain itu, bagi dasar EN6 dan EN7 yang menjelaskan pembangunan di kawasan berbukit mesti mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dan kajian geoteknikal diperlukan untuk semua pembangunan yang dijalankan di kawasan lereng bukit. Usaha ini sangat baik bagi mengelakkan tanah runtuh berlaku di mana boleh meragut nyawa manusia dan merosakkan harta awam.
Pelan ini juga baik kerana ia mengambil kira tanggungjawab bersama bagi sama-sama menyelesaikan masalah penstrukturan KL. Ini dapat dilihat melalui dasar EN19 di mana pihak awam, CBOs dan NGOs dengan kerjasama pihak kerajaan bagi mencapai alam sekitar mapan dalam mengoptimumkan penggunaan sumber-sumber yang ada. Keadaan ini bukan sahaja dapat mencapai objektif PSKL dengan cepat, malahan juga dapat merapatkan silaturahim masyarakat KL yang dikatakan kurang mesra.
Walau bagaimanapun, kandungan PSKL 2020 ini bagi saya juga terdapat kelemahannya. Ini terutama penjelasan di bahagian kawasan mudah banjir. Menurut Laporan Rancangan Malaysia Kelapan menyatakan bahawa Wilayah Persekutaan Kuala Lumpur pada kadar pembandarannya tahun 1995 telah mencapai 100%. Ini menunjukkan tanah di KL telah digunakan sepenuhnya untuk pembandaran. Keadaan ini boleh memberi tangkapan bahawa perkembangan Bandar Raya KL yang tidak terancang menyebabkan banjir kilat melandai kawasan itu. Walaupun pihak DBKL bekerjasama dengan Jabatan Pengaliran dan Saliran Persekutuan bagi memastikan tidak berlaku sebarang sekatan di sungai utama KL tetapi ia masih tidak menjamin banjir tidak berlaku. Bukan sahaja daripada faktor pepejal terampai diambil kira tetapi faktor keadaan muka bumi berturap juga menyebabkan kapasiti air di sungai meningkat dan tidak mampu menanggung beban itu seterusnya menyebabkan banjir. Mengikut Berita Harian 22 Mac 2006 menyatakan bahawa hujan berterusan dan dalam kuantiti banyak menyebabkan longkang atau saliran tidak dapat menampung jumlah air serta keadaan muka bumi yang berturap di bandar KL menyebabkan air tidak dapat diresap masuk ke dalam tanah. Ini menjadi sebab utama KL sering mengalami banjir kilat. Kawasan dataran banjir di KL yang dikenal pasti ialah Kg. Baru, Masjid Jamek dan Kg. Datuk Keramat. Menurut laporan Berita Harian juga mengatakan bahawa memang terdapat langkah seperti mendalamkan Sg. Klang dan Sg. Gombak dan penyelenggaraan sistem saliran di kota dirancang setiap tahun. Tetapi ia tidak dilakukan secara konsisten. Oleh itu, pihak DBKL boleh menambahkan cara menyelesaian seperti membina penebat banjir, menggalakkan pemaju menggunakan pendekatan guna tanah secara mesra alam dan memperkukuhkan lagi undang-undang seperti Akta Pemuliharaan Tanah 1960, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Kelemahan lain yang saya dapati ialah di bahagian paras bunyi. Memang tidak dinafikan bahawa tahap kebisingan di KL yang paling tinggi dikeluarkan adalah daripada pengangkutan. Menurut kajian Abu Bakar Jaafar (1985), didapati bahawa 97% pada waktu kajian KL mengalami tahap kebisingan lebih daripada tahap piawai kawasan bandar dan perniagaan iaitu 64dB. Jelas menunjukkan pada tahun 1985 sudah melebihi had 55dB yang disarankan oleh WHO dan Laporan Kualiti Alam Sekitar 2000 Malaysia juga memberi maklumat bahawa KL menerima bunyi sensitif dipremis di antara 57.8dB dan 71.8dB cukup menggambarkan betapa bahayanya pencemaran bunyi terhadap kesihatan manusia. Sebab itulah pihak DBKK berusaha untuk mempromosikan pengangkutan awam dan mengurangkan kenderaan persendirian. Tetapi adakah ini berkesan? Bagaimana sambutan orang awam? Baik atau tidak? Kempen kongsi kereta dari dulu lagi dikempenkan tetapi paras bunyi masih kurang berjaya diturunkan. Apa cerita???? Satu lagi persoalan tentang usaha DBKL menaikkan piawaian jarak anjakan antara kediaman dan jalan-jalan utama bagi mengurunkan paras bunyi. Kenapa masih timbul isu mengenai pembinaan lebuhraya KL–Putrajaya yang terletak hanya 2.3 meter dari rumah teres di Jalan 2/149, Sri Petaling di mana konsesi projek telah ditandatangani pada 22 Okt 1997. EN16 menjelaskan DBKL akan melaksanakan langkah-langkah untuk menurunkan paras bunyi di Bandar Raya. Sebagai pembaca mesti ingin tahu apa langkah yang akan diambil itu. Sekurang-kurang senaraikan empat atau lima langkah bagi memaklumkan para pembaca. Saya terdapati beberapa langkah yang berkesan dan mesra alam yang boleh dilakukan bagi mengurangkan paras bunyi di KL. Contohnya, menanam pokok yang bersaiz tinggi bertindak sebagai “pagar” bagi menyerap bunyi seperti Pokok Pukul Lima (berupaya menebat 8.8 dBA), Dedap Batik (berupaya menebat 3.1dBA) dan Kasia Biflora (berupaya menebat 3.7dBA). Tambahan pula, pihak DBKL boleh menggunakan pemidang khas atau jubin khas penyerap bunyi bagi mengawasi kebisingan di luar rumah.
Secara konklusinya, saya tetap menyokong PSKL kerana pihak DBKL memang berusaha untuk membaikpulihkan keadaan di KL terutamanya ingin menjadikan KL sebagai Bandar Raya Taman Tropika seperti di Kota Kinabalu. Akhir kata, marilah sama-sama menjaga alam sekitar yang masih ada di sekeliling kita, jangan sampai kehilangan kualiti alam sekitar baru mencari jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut seperti pepatah “Sudah terhantuk baru tengadah”. Sekian!
hippies
April 6, 2006   11:41 AM PDT
 
kalau setakat cadangan tanpa phayatan buat pe...adakah anda mahayati apa yg dibuat oleh kerajann...
hippies
April 6, 2006   11:41 AM PDT
 
kalau setakat cadangan tanpa phayatan buat pe...adakah anda mahayati apa yg dibuat oleh kerajann...
Then Siang Yiin HT2003-3910
April 3, 2006   11:02 AM PDT
 
Bandaraya Kuala Lumpur merupakan ibu negeri Malaysia. Dengan itu, pembangunan di bandaraya Kuala Lumpur adalah pesat kerana mempunyai permintaan yang tinggi terhadap penggunaan alam sekitar, sama ada dalam bidang perniagaan mahupun perumahan. Pembangunan yang pesat ini memerlukan rancangan dan kawalannya serta tebatan bagi mengatasi masalah-masalah yang wujud semasa atau selepas sesuatu pembangunan. Dengan itu, Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 adalah bermatlamat untuk membantu mewujudkan pembangunan yang mapan melalui objektif-objektifnya yang menjurus ke arah yang positif, iaitu menjamin taraf alam sekitar yang sebaik mungkin dengan memperbaiki dan memelihara perseimbangan yang bijak di antara pembangunan, ekologi dan warisan negara menerusi strategi menggalakkan mutu ameniti alam sekitar yang tinggi dari segi seni bandar dan seni taman bagi mencapai persekitaran yang bebas dari bentuk pencemaran utama.

Pelan PSKL telah mengkaji, mengenalpasti dan menyatakan masalah-masalah yang telah wujud di bandaraya Kuala Lumpur. Antara masalah-masalah dan isu yang telah dikenalpasti dalam pelan PSKL ialah isu pembangunan di kawasan cerun curam, pencemaran air, pencamaran udara, banjir dan sebagainya. Tindakan ini merupakan satu langkah yang baik bagi mewujudkan pembangunan yang seimbang kerana punca penyakit akan dikenalpasti terlebih dahulu sebelum mengubatinya.

Setelah punca masalah dikenalpasti, pelan PSKL telah mencadangkan dan mengemukakan tebatan-tebatannya dalam mengatasi masalah yang dihadapi. Misalnya, dalam mengatasi masalah pembangunan di cerun curam, pelan PSKL telah mencadangkan tidak membenarkan pembangunan di lereng bukit yang bercerun melebihi tahap yang dibenarkan dalam dasar dan peraturan Kerajaan Persekutuan. Di samping itu, kajian geoteknikal diperlukan untuk semua pembangunan yang dijalankan di kawasan lereng bukit. Hal ini telah menunjukkan pelan PSKL telah cuba menyelesaikan masalah-masalah pembangunan yang telah berlaku bagi mewujudkan kehidupan yang sihat dan harmoni.

Walaupun PSKL telah mengenalpasti masalah, punca masalah serta mencadangkan langkah-langkah tebatan untuk mengelakkan berlakunya masalah serta langkah mengatasi masalah.
Then Siang Yiin HT2003-3910
April 3, 2006   10:59 AM PDT
 
Bandaraya Kuala Lumpur merupakan ibu negeri Malaysia. Dengan itu, pembangunan di bandaraya Kuala Lumpur adalah pesat kerana mempunyai permintaan yang tinggi terhadap penggunaan alam sekitar, sama ada dalam bidang perniagaan mahupun perumahan. Pembangunan yang pesat ini memerlukan rancangan dan kawalannya serta tebatan bagi mengatasi masalah-masalah yang wujud semasa atau selepas sesuatu pembangunan. Dengan itu, Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 adalah bermatlamat untuk membantu mewujudkan pembangunan yang mapan melalui objektif-objektifnya yang menjurus ke arah yang positif, iaitu menjamin taraf alam sekitar yang sebaik mungkin dengan memperbaiki dan memelihara perseimbangan yang bijak di antara pembangunan, ekologi dan warisan negara menerusi strategi menggalakkan mutu ameniti alam sekitar yang tinggi dari segi seni bandar dan seni taman bagi mencapai persekitaran yang bebas dari bentuk pencemaran utama.

Pelan PSKL telah mengkaji, mengenalpasti dan menyatakan masalah-masalah yang telah wujud di bandaraya Kuala Lumpur. Antara masalah-masalah dan isu yang telah dikenalpasti dalam pelan PSKL ialah isu pembangunan di kawasan cerun curam, pencemaran air, pencamaran udara, banjir dan sebagainya. Tindakan ini merupakan satu langkah yang baik bagi mewujudkan pembangunan yang seimbang kerana punca penyakit akan dikenalpasti terlebih dahulu sebelum mengubatinya.

Setelah punca masalah dikenalpasti, pelan PSKL telah mencadangkan dan mengemukakan tebatan-tebatannya dalam mengatasi masalah yang dihadapi. Misalnya, dalam mengatasi masalah pembangunan di cerun curam, pelan PSKL telah mencadangkan tidak membenarkan pembangunan di lereng bukit yang bercerun melebihi tahap yang dibenarkan dalam dasar dan peraturan Kerajaan Persekutuan. Di samping itu, kajian geoteknikal diperlukan untuk semua pembangunan yang dijalankan di kawasan lereng bukit. Hal ini telah menunjukkan pelan PSKL telah cuba menyelesaikan masalah-masalah pembangunan yang telah berlaku bagi mewujudkan kehidupan yang sihat dan harmoni.

Walaupun PSKL telah mengenalpasti masalah, punca masalah serta mencadangkan langkah-langkah tebatan untuk mengelakkan berlakunya masalah serta langkah mengatasi masalah.
Arnold Samih
April 2, 2006   01:10 PM PDT
 
Setelah saya membaca Pelan Perancangan PSKL 2020, saya bersetuju bahawa pelan perancangan ini boleh membawa kepada alam sekitar Kuala Lumpur yang lebih sihat dan sejahtera. Hal ini kerana, eleman-eleman di dalam pelan perancangan tersebut mempunyai tindakbalas positif terhadap isu-isu alam sekitar yang dihadapi oleh Bandaraya Kuala Lumpur dengan mengambil langkah yang berkesan iaitu PENCEGAHAN, KAWALAN dan PEMBAIKAN melalui program-program ke arah mewujudkan ciri-ciri imej bandar yang berlatar belakangkan alam tropika.

Keyakinan saya terhadap Pelan Perancangan ini juga dikuatkan lagi dengan objektif pelan itu sendiri iaitu, “untuk menjamin taraf alam sekitar yang sebaik mungkin dengan memperbaiki dan memelihara perseimbangan yang bijak di antara pembangunan, ekologi dan warisan negara” dengan tujuan untuk;

• mewujudkan Bandar Taman Tropika yang sensitif kepada tapak semula jadi dan sesuai dengan lokasi wilayah tropikanya.
• meneruskan pengekalan keseimbangan yang saksama antara pembangunan, ekologi dan warisan negara.
• meningkatkan persekitaran kehidupan bandar raya.
• mencapai persekitaran yang bebas daripada sebarang bentuk pencemaran utama.

Kelebihan Pelan:
Kelebihan positif yang ada pada pelan ini adalah mengubah persekitaran Bandaraya Kuala Lumpur, terutamanya di Pusat Bandaraya yang merangkumi semua kawasan kediaman, perdagangan dan perindustrian ke arah merealisasikan objektif mewujudkan sebuah Bandar Raya Taman Tropika.

Daripada dasar-dasar yang diketengahkan di dalam pelan ini, jelas menunjukkan bahawa apa-apa projek yang akan dilaksanakan di kawasan Bandaraya Kuala Lumpur akan lebih “Mesra Alam”. Hal ini dapat dilihat melalui perancangan yang lebih terperinci di kawasan persekitaran yang sangat sensetif terhadap perubahan yang berlaku disebabkan oleh pembangunan seperti kawasan cerun-cerun curam, sungai, kawasan mudah banjir, hutan dan tanah jerlus.

Selain itu, pelan perancangan ini juga menekankan tentang peningkatan tahap kualiti kehidupan manusia di bandaraya Kuala Lumpur yang merangkumi peningkatan kualiti udara, mengurangkan paras bunyi, merawat tanah yang tercemar serta mewujudkan lebih banyak taman (pengindahan landskap) serta pengekalan beberapa kawasan rizab hutan simpan kekal.

Pelan ini juga cuba melibatkan masyarakat awam, badan bukan kerajaan (NGO) dan juga pihak perusahan swasta. Langkah ini merupakan satu pendekatan yang bijak kerana untuk mewujudkan persekitaran yang baik harus ada penglibatan semua pihak di dalam kawasan Bandaraya Kuala Lumpur.

Kelemahan Pelan:
Kelemahan yang dapat dilihat dalam pelan ini adalah kurangnya penekanan terhadap penguatkuasaan dan peningkatan kesedaran yang merupakan nadi kepada kehidupan dalam persekitaran bandar yang lebih baik.

Walaupun pelan ini mempunyai elemen dan dasar yang baik, ia tidak disokong oleh penguatkuasaan undang-undang dan juga akta yang menjadi sandaran supaya sesuatu dasar tersebut dihormati dan dipatuhi.

Selain itu, .peningkatan kesedaran awam seperti kurang ditekankan dalam pelan ini. Walaupun pelan perancangan ini ada mengatakan perlunya penglibatan awam, tetapi langkah yang diambil kurang memberangsangkan kerana kurang menarik, tidak popular dan boleh dianggap “Lapuk”. Contohnya, pihak awam digalakkan mengamalkan Konsep 3R iaitu “Reduce”, “Reuse”, dan “Recycle” yang mana penilaian yang dibuat terhadap konsep ini di seluruh negara didapati gagal mencapai objektifnya kerana kurang sambutan daripada masyarakat. Pihak kerajaan haruslah mengambil pendekatan yang lebih efektif dengan mewujudkan subjek khusus tentang alam sekitar bermula dari awal persekolahan supaya kesedaran tentang alam sekitar dapat diterapkan dalam diri masyarakat bermula dari kecil lagi.

Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya Pelan Perancangan PSKL 2020 ini merupakan satu langkah dan tindakan yang sangat wajar dan baik ke arah mewujudkan alam sekitar Kuala Lumpur yang lebih sihat dan sejahtera pada masa akan datang.


Alvira Simon
April 2, 2006   12:03 PM PDT
 
Pada pendapat saya, pelan perancangan PSKL 2020 adalah baik dan wajar dilakukan dalam menjadikan bandaraya KL lebih sihat dan sejahtera. Ini kerana, setelah membaca struktur pelan tersebut, saya sangat bersetuju akan kesemua elemen yang terkandung di dalamnya.

Sejak merdeka lagi, pembangunan demi pembangunan telah mengubah struktur morfologi Kuala Lumpur sehingga menjadikannya cukup terkenal di merata dunia. Namun, bandaraya yang hanya bertemakan konkrit tidak akan memberikan suasana yang menarik dan mesra kepada penduduk malah kepada pengunjung. Kuala Lumpur telah menjadi bandaraya konkrit sejak dahulu lagi, oleh itu bagi saya pelan perancangan PSKL akan merubah wajah konkrit bandaraya ini kepada sesebuah bandaraya yang sangat menarik dan mesra alam di masa akan datang. Pelan ini juga akan memberikan peluang kepada generasi akan datang untuk melihat semula kehijauan flora yang semakin lama semakin pupus di bandaraya ini.Langkah pencegahan, kawalan atau pembaikan yang sesuai serta pendekatan selari adalah sangat penting dalam hal kita bertindak balas kepada isu alam sekitar yang dihadapi oleh Bandar Raya. Ini kerana, isu alam sekitar pada masa sekarang tidak seharusnya dihadkan kepada kawalan pencemaran sahaja namun ia lebih kepada suatu langkah yang lebih menuju ke arah mewujudkan persekitaran yang selesa dan ceria.

Kesemua elemen yang terkandung di dalam pelan tersebut adalah sangat efektif dalam mengubah pemandangan Kuala Lumpur. Program landskap dan pengindahan yang telah dijalankan kebelakangan ini amat berjaya dan membantu dalam mengubah persekitaran Bandar Raya, terutamanya di Pusat Bandar Raya. Program-program ini seharusnya ditingkatkan dan diperluaskan untuk merangkumi semua kawasan kediaman, perdagangan dan perindustrian di Kuala Lumpur ke arah merealisasikan objektif mewujudkan sebuah Bandar Raya Taman Tropika. Peranan yang dimainkan oleh DBKL dalam mempromosikan program ini serta menjadikan kawasan lapang dipenuhi dengan landskap yang menarik dan ceria adalah sangat sesuai dan baik untuk meningkatkan ameniti persekitaran.

Dasar dan cadangan dalam persekitaran fizikal juga bagi saya amat menarik dan sesuai kerana selama ini, pembangunan yang dijalankan biasanya tidak terlalu mengambil berat terhadap elemen fizikalnya. Oleh itu, dengan wujudnya pelan ini maka secara tidak langsung pembangunan di kawasan yang sangat berbahaya seperti di cerun curam akan di pantau agar peraturan sedia ada diikuti oleh pemaju. Dari segi pencemaran, kesemua dasar yang dicadangkan dalam elemen ini adalah sesuai. Peningkatan kualiti air hanya terlaksana jika pembangunan di kawasan bukit dan berdekatang dengan badan sungai dihentikan atau dibuat mengikut garis panduan yang sepatutnya. Dalam RMK9 yang di bentangkan pada hari Jumaat lepas, jelas menunjukkan bahawa Kerajaan semakin peka terhadap pencemaran yang melibatkan keperluan penting manusia seperti Air. Oleh itu, wang yang diperuntukkan dalam membersihkan semula air sungai yang kotor harus dilaksanakan secara efektif dan menyeluruh. Dasar yang dibuat oleh DBKL adalah satu langkah awal terhadap penjagaan dan pemuliharaan semula sungai. Ia juga suatu langkah yang effektif dalam mengawal keadaan banjir serta bencana alam lain yang diakibatkan oleh manusia itu sendiri seperti tanah runtuh, hakisan, kekurangan air, pencemaran udara dan sebagainya.

Selain itu, Pengurusan alam sekitar melalui pelan ini juga amat menarik kerana dengan mengurus alam sekitar secara bersepadu dan dengan kerjasama semua pihak maka, ia akan mampu merealisasikan pelan ini pada tahun 2020.

Secara keseluruhannya, bagi saya pelan ini adalah satu kesinambungan kepada pembaikan dan pemuliharaan semula bandar raya Kuala Lumpur kepada persekitaran asalnya walaupun secara 100% ia tidak mungkin kembali semula menjadi hutan namun, dengan bercirikan konsep Bandar Raya Taman Tropika ini sekurang-kurangnya generasi akan datang masih mengenali rupa bentuk sebatang pokok. Walau bagaimanapun, bagi saya pelan yang bercirikan Taman Tropika ini, harus di buat dengan mengambil kira masalah yang akan wujud, terutamanya dari segi penanaman pokok untuk landskap. Ini kerana, kadang kala pokok yang tidak sesuai ditanam akan mewujudkan lebih banyak masalah seperti kehadiran burung yang banyak akan mengotorkan bandar raya dengan najis yang dibuang di merata tempat dan ini akan memberikan bau yang kurang enak. Selain itu, pokok yang berdaun rimbun akan dan mudah gugur akan memberikan kesukaran kepada pekerja untuk membersihkannya kerana ia mudah ditiup angin malah ia boleh mengakibatkan kawasan longkang atau parit tersumbat. Oleh itu, pemilihan pokok adalah amat penting.

Maka Kesimpulannya, bagi saya ia adalah suatu pelan yang cukup baik dan mesra alam kerana di sebalik penjagaan dan pemuliharaan serta mewujudkan bandar raya taman tropika, kita dapat melihat bahawa pelan ini sebenarnya memberikan generasi baru kesempatan untuk mengenali hutan hujan tropika itu sendiri.
MELISA BT MOHD JOHAN
April 1, 2006   11:28 AM PST
 
Assalamualikum….

Bandar menjadi pusat pelbagai bentuk aktiviti samada dari segi ekonomi, politik dan sosial. Bandaraya Kuala Lumpur merupakan satu kebanggaan dan bandaraya utama bagi negara ini. Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 yang berobjektifkan menjamin taraf alam sekitar yang sebaik mungkin dengan memperbaiki dan memelihara perseimbangan yang bijak diantara pembangunan, ekologi dan warisan negara ini akan mampu untuk membawa kepada alam sekitar Kuala Lumpur yang lebih sihat dan sejahtera jika pelan ini terlaksana dengan jayanya. Contoh yang paling dekat dapat dilihat adalah cadangan mengenai Dasar Bandar Raya Taman Tropika. Melalui dasar yang dicadangkan ini, seperti menggiatkan program-program penanaman pokok di tepi jalan serta melanskapkan kawasan lapang dan rekreasi, projek ini akan dapat mengurangkan kesan hakisan, darjah suhu dalam bandar, kesan banjir kilat serta kesan-kesan pencemaran lain seperti bunyi bising dan juga masalah-masalah sosial yang lain. Penanaman pokok-pokok juga dapat mengurangkan ‘stress’ dikalangan penduduk bandar. Keadaan ini mampu dan boleh membawa kepada alam sekitar Kuala Lumpur yang lebih sihat dan sejahtera…


Peace….(*_*)
NOORHASFARIZA BT TALIB
April 1, 2006   11:27 AM PST
 
Jika diteliti dengan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 memanglah membawa kepada alam sekitar yang lebih bersifat sihat dan sejahtera. Ini merupakan perancangan sahaja. Disamping itu juga mendatangkan kesan yang negatif. Hal ini adalah kerana pertambahan penduduk. Berlakulah masalah pencemaran air dan pencemaran udara. Walaupun tiap-tiap tahun langkah telah diambil untuk mengurangkan masalah berlaku ia masih berlaku. Lihatlah apa yang berlaku pada masa sekarang. Masih berlaku masalah pencemaran air dan udara di Bandar Raya Kuala Lumpur. Begitu juga dengan masalah banjir kilat yang berlaku pada hujan lebat. Apa yang paling membimbangkan dua sungai daripada tiga sungai di Kuala Lumpur mengalami pencemaran yang teruk akibat bahan buangan daripada kawasan pembinaan dan kawasan setinggan. Indeks Pencemaran Udara juga menunjukkan tahap yang tidak sihat. Terutamanya pada musim panas. Langkah-langkah yang diambil tidak dapat menangani masalah yang timbul.
Elvina Thomas1229
March 31, 2006   10:53 AM PST
 
Salam untuk semua.....

Sememangnya setiap bandaraya mesti mempunyai perancangan yang teliti untuk membentuk satu persekitaran bandaraya yan gselesa, selamat dan sihat untuk para penghuninya. Demikian juga dengan bandaraya Kuala Lumpur. Dengan itu maka, Pelan perancangan PSKL 2020 telah digubal dengan objektif untuk meningkatkan kualiti hidup bandaraya setaraf dengan wawasan sebuah bandaraya bertaraf dunia. Daripada dasar yang di gubal ini turut memastikan agar objektif sampingan juga dapat di capai iaitu untuk mewujudkan Bandar Taman Tropika yang sensetif dengan tapak semula jadi dan sesuai dengan lokasi wilayah tropika bandaraya Kuala Lumpur. Di samoping itu dapat meningkatkan persekitaran kehidupan bandaraya dan mencapai persekitaran yang bebas daripada serangan bentuk pencemaran utama. Terdapat 20 cadangan dasar untuk memastikan rancangan PSKL 2020 ini berjalan dengan lancar. Saya amat bersetuju dengan penggubalan dasar itu dengan mengambil kira pro dan kontranya dari pelbagai sudut. Namun begitu apa yang dikesali adalah mengapa dasar ini digubal setelah ramai nyawa terkoban dalam banjir, banyak harta benda musnah dalam kejadian tanah runtuh dan beribu wang ringgit dibelanjakan untuk memperbaiki kemusnahan ini. (Kata Joity "Terhantuk baru terbangun" tapi bagi saya "terhantuk baru padan muka"). Bukankah KL sememangnya telah dimenjadi ibu negara Malaysia sejak merdeka lagi dan Pembangunan di sekitar kawasan ini semestinya telahpun di rancang?

Menyesali perkara masa lalu bukanlah penyelesaian kepada satu-satu masalah itu. Walaubagaimanapun, melalui cadangan dasar PSKL 2020 ini menunjukkan bahawa kesedaran masyarakat terhadap alam sekitar mereka telah meningkat dan penggubalan dasar ini sepatutnya mendapat perhatian dan sokongan dari semua pihak. Namun bagi memastikan kejayaan pelaksanaan dasar PSKL 2020 ini sememangnya akan mengambil masa yang panjang. Pada masa kini, kejayaan bagi dasar ini belum dapat dipastikan. Dasar ini memerlukan komitmen yang tinggi bukan sahaja daripada pihak pengubal cadangan dasar PSKL 2020 tetapi juga melibatkan kerjasama semua pihak samada kerajaan ataupun swasta dan orang perorangan.

20 Dasar ini sememangnya dapat mewujudkan satu keseimbangan di antara pembangunan dan alam sekitar. Justeru perancangan seperti ini sepatutnya menjadi contoh kepada semua bandaraya di seluruh negara untuk memastikan pembangunan dan persekitaran adalah seimbang tanpa mengabaikan antara satu dengan yang lain.

Mengulas tentang contoh positif PSKL 2020 adalah seperti memastikan penanaman pokok di kawasan bandar. Saya bersetuju dengan kaedah ini. dengan menanam pokok akan mewujudkan satu persekitaran yang nyaman di kawasan bandar. Hal ini kerana di nilai dari sudut pembangunan, kesemua bangunan di bandaraya di bina berasaskan konkrit dan keadaan ini akan menyebabkan suhu sekitar bandaraya meningkat pada waktu siang. Dengan adanya pokok-pokok serta kawasan hijau di sekitar kawasan bandar maka haba panas ini dapat diserap. selain daripada itu mereka yang berkerja di pejabat yang berada di tingkat atas bangunan akan merasa selesa melihat pemandangan hijau di kawasan bandar berbanding dengan pemandangan bangunan konkrit semata-mata. Malah ini akan mengurangkan tekanan kerja dan seterusnya akan meningkatkan kualiti kerja. Keadaan ini seterusnya akan dapat mempengaruhi suasana bandaraya yang ceria. Begitu juga dengan dasar yang lai, kesemuanya perlu diberi penekanan dalam pelaksanaannya agar dasar ini dapat di capai bukan hanya tertera di dalam buku tetapi di laksanakan secara praktikalnya di kawasan yang telah ditetapkan.

Saya bersetuju agar PSKL ini di teruskan. Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang mapan adalah selaras dengan pembangunan yang dirancangkan oleh sebuah negara.

Cathy Mang
March 28, 2006   05:18 PM PST
 
saya setuju dgn objektif pskl yg menggariskan langkah2 utk menjamin taraf a/s di KL dgn sebaik mungkin. langkah2 yg dibuat adalah dgn memperbaiki & memelihara keseimbangan yg bijak di antara pembangunan, ekologi & warisan budaya. saya juga setuju dgn galakan peningkatan mutu a/s dr segi bdr & seni taman bagi mencapai psktrn yg bebas dr btk pncmrn.

lepas 1984 pskl lebih banyak memberi tekanan terhadap ameniti berbanding suasana psktrn. pskl nampaknya telah berjaya kerana dapat mewujudkan psktrn yg selesa, ceria sekaligus merangsangkan. malah langkah pencegahan, kawalan @ pembaikan, pendekatan yang selari, program ke arah mewujudkan ciri2 dan imej bdr tersendiri telah diperkenalkan seiring dgn kemajuan & perubahan yg berlaku dr hari ke hari.

setiap aspek pembangunan itu sbnrnya memang dah punya perancangan yg teliti & digariskan dlm pskl ini. namun, persoalannya adakah ia dipraktikkan mengikut apa yg telah digariskan? mengapa masih berlaku banjir, hakisan, tanah jerlus dan pencemaran seperti pencemaran udara dan bunyi? memang tidak dapat dinafikan ada kekurangan yg terdapat pada pskl ini. sebagai cth, pskl kekurangan garis panduan pembangunan utk kawasan sensitif alam sekitar. mungkin ekoran kurangnya kepakaran. tetapi sebenarnya semua ini boleh diatasi secara beransur-ansur asalkan adanya kesedaran yg tinggi di kalangan masyarakat tanpa mengira pihak kerajaan, dbkl sendiri dan juga pihak awam.

tidak boleh dipersalahkan juga bahawa pihak dbkl tidak menjalankan tugas @ mereka punya pelan ini tidak efektif. jika benar tidak efektif, sudah tentu KL tidak seperti sekarang. sebenarnya semua masalah berada dalam kawalan dan pihak dbkl punya langkah tersendiri dalam menyelesaikannya. sebagai contoh, pihak dbkl tidak akan meluluskan pembangunan yg melibatkan struktur tetap di dalam rizab sg bagi mengekalkan kapasiti aliran sungai. oleh itu, pengurangan kapasiti aliran sg sedia ada utk pembinaan struktur tetap dlm rizab sg tidak lagi dibenarkan.

selain itu, pihak dbkl turut melibatkan penyertaan awam bagi membantu mencapai alam sekitar mapan dgn mengoptimumkan penggunaan sumber sedia ada. justeru itu, saya bersetuju bahawa perancangan pskl 2000 itu boleh membawa kepada a/s KL yg lebh sihat & sejahtera. cuma, persoalannya skrng sikap manusia itu sendiri (sbg cth kakitangan pskl) dalam melaksanakannya agar ia benar2 berkesan. selain itu ttjb ini tidak harus diserahkan bulat2 pada pihak dbkl tetapi semua harus menggembeleng usaha & tenaga. pihak pemaju projek pula janganlah melanggar garis panduan yg telah ditetapkan agar tidak merumitkan keadaan.
laura
March 28, 2006   04:38 PM PST
 
Pelan perancangan PSKL 2020, telah mengariskan beberapa elemen yang positif misalnya jika melihat kepada objektif PSKL 1984 adalah ‘untuk menjamin taraf alam sekitar yang sebaik munkin dengan memperbaiki dan memelihara perseimbangan yang bijak diantara pembangunan, ekologi dan warisan Negara’.

Namun demikian jika melihat kepada keadaan semasa dan isu, masih terdapat banyak masalah. Misalnya pembangunan ke atas cerun yang lebih daripada 30 darjah adalah tidak dibenarkan tetapi masih juga banyak berlaku berlaku khasnya dari tapak pembinaan.

Selain itu, banyak lagi isu alam sekitar yang menjadi masalah seperti masalah kualiti air sungai yang rendah. Laporan Kualiti Alam Sekeliling 2000 Malaysia, Indek Kualiti Air (WQI) menunjukkan kualiti air sungai Gombak dan Klang adalah tercemar dan berada dalam kelas III 51.9-76.5 yang mana memerlukan rawatan secara ekstensif.

Walau bagaimanapun, elemen positif lain yang diwujudkan dalam pelan perancangan PSKL ini adalah mengenai dasar dan cadangan, yang jika dilaksanakan akan mendatangkan kesan positif. Satu contoh dasar adalah DBKL tidak akan membenarkan pembangunan di lereng bukit yang bercerun melebihi tahap 30 darjah dan untuk semua pembangunan yang dijalankan di kawasan lereng bukit memerlukan kajian geoteknikal. Dan beberapa lagi dasar dan cadangan lain yang turut dimasukkan dalam pelan perancangan PSKL ini.

azlina alih
March 28, 2006   03:43 PM PST
 
Pelan Perancangan bagi Pelan Struktur Kuala Lumpur (PSKL) 2020 merupakan satu strategi yang sesuai untuk meningkatkan kualiti alam sekitar ke arah yang lebih baik. Ini bukan sahaja langkah yang bijak bagi mengawal dan memberi perlindungan kepada alam sekitar tetapi satu pengurusan berasaskan kelestarian sebuah Bandar. Secara iktisasnya, objektif pelan ini sudah jelas menunjukkan kemampunan pelan ini membawa satu cerminan yang baik ke arah pembangunan lestari bagi sebuah Bandar Raya Kuala Lumpur.

Pada pendapat saya, PSKL 2020 boleh membawa kepada alam sekitar yang lebih sihat dan sejahtera pada satu jangka masa panjang. Namun ia tidak dapat dikekalkan secara berterusan atau untuk penggunaan pada masa hadapan. Hal ini kerana kepesatan dunia pembangunan semakin giat dan aktif dijalankan, terutamanya di kawasan lereng dan cerun-cerun bukit. Ini boleh membawa kepada pelbagai mala petaka yang lebih buruk lagi. Isu seperti kualiti air sungai semakin tercemar, kewujdan kawasan mudah banjir, kejadian tanah jerlus, kepupusan dan kemusnahan biodiversiti flora dan fauna serta gangguan ke atas kawasan alam sekitar yang sensitif jelas berlaku di kawasan sekitar Bandar Raya Kuala Lumpur. Walau pun pihak DBKL berusaha ke arah sebuah bandar raya tropika tetapi isu-isu tersebut masih tetap akan berlaku. Contonhya, perlaksanaan PSKL 1984 telah mengambil beberapa langkah untuk menstabilkan cerun dan telah menyediakan garis panduan untuk setiap pembangunan yang dijalankan. Namun, hakisan tanah masih terus berlaku di tapak-tapak pembinaan baru yang terdapat di cerun curam. Selain itu, akibat kurangnya kawalan telah menyebabkan terdapat sisa pembuangan keladak dari tapak pembinaan, sampah sarap dan sisa air domestik menjadi penyumbang kepada penurunan kualiti air sungai di Kuala Lumpur terutamanya kepada dua buah sungai yang mengalir di Kuala Lumpur iaitu sungai Klang dan sungai Gombak yang mempunyai kualiti air yang rendah. Meskipun rawatan secara ekstensif diperlukan namun keadaan ini akan semakin rumit disebabkan kos yang diperlukan untuk rawatan air adalah tinggi. Pelbagai dasar yang telah diketengahkan oleh DBKL merupakan sebuah langkah-langkah tebatan dalam menguruskan persekitaran Kuala Lumpur. Ini jelas daripada dasar N4 sehinggalah N20 adalah sebuah strategi perlaksanaan untuk mengawal dan menguruskan kawasan Kuala Lumpur sebuah bandar raya yang bersih dan sihat pada suatu masa yang diinginkan.
Astina Jamaluddin HT2003-3913
March 28, 2006   01:00 PM PST
 

PSKL merangkumi dasar dan cadangan bandaraya taman tropika, persekitaran fizikal (Cerun cerun curam, kualiti air sungai, kawasan mudah banjir, tanah jerlus), Flora dan Fauna, kawalan pencemaran (Kualiti udara, paras bunyi, tanah tercemar), Kawasan sensitive Alam sekitar, penyertaan awam dan pengurusan alam sekitar.

Pelan perancangan PSKL 2020 seperti yang digariskan dalam dokumen pada pendapat saya boleh membawa kepada alam sekitar KL yang lebih sihat dan sejahtera sekiranya pelan yang dirancangkan ini diikuti dengan tindakan-tindakan seperti dirancangkan di tambah lagi pelan perancangan PSKL 2020 ini diperkenalkan dengan mengambil kira kelemahan pelan perancangan terdahulu iaitu PSKL 1984.

Contohnya Dasar DBKL yang ingin menjadikan KL bandaraya tropika dengan salah satunya menggiatkan program-program penanaman pokok di tepi jalan serta melandskapkan kawasan lapang dan rekreasi sudah cukup memperlihatkan ia akan membawa KL kepada alam sekitar yang lebih sihat dari sebelumnya. Langkah penanaman pokok di sekitar jalan raya, merupakan salah satu langkah bijak dalam membawa kepada alam sekitar KL yang sihat dan sejahtera, pokok-pokok ini berupaya memerangkap debu, asap kenderaan dan penampan bunyi yang baik. Selain itu, penanaman pokok di tepi-tepi jalanan juga dapat mengimbangi suhu sekitarnya kerana dengan adanya pokok-pokok ini mampu menyerap karbon dioksiada (CO2) yang tinggi di udara. namun apa yang penting penanaman pokok-pokok ini juga menyediakan suatu pemandangan yang serba hijau dan selesa, udara yang bersih serta suhu persekitaran yang nyaman kepada penduduk KL dan pelancong yang berkunjung. Keberkesanan dasar ini jika dijalankan dalam PSKL 2020 akan dapat membentuk persekitaran KL yang lebih sihat dan Sejahtera.


Berdasarkan Laporan Kualiti Alam Sekeliling 2000 Malaysia, Indeks Pencemaran Udara (API) menunjukkanbahawa kualiti udara di Kuala Lumpur adalah di antara baik (API 0-50) dan sederhana (API 51-100) sepanjang masa, kecuali beberapa hari yang tidak sihat dialami semasa cuaca kering pada bulan Mei dan Julai. Sumber-sumber utama pencemaran udara di Bandar Raya adalah seperti pembakaran terbuka, pelepasan dari kenderaan bermotor dan kerja-kerja pembinaan serta sumbangan kecil daripada industri di pinggir Bandar Raya.

Dengan adanya langkah tebatan mengawal pencemaran udara dalam pelan perancangan PSKL 2020 iaitu salah satunya mempromosikan penggunaan pengangkutan awam berbanding pengangkutan persendirian juga salah satu langkah bijak membawa kepada alam sekitar KL yang lebih sihat dan sejahtera. penggunaan pengangkutan awam seperti LRT akan meminimumkan kadar pencemaran, langkah tebatan ini, bertujuan untuk mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya, kerana salah satu penyumbang utama terhadap paras pencemaran di kuala Lumpur adalah kenderaan bemotor terutamanya bahan pencemar plumbum. Hal ini dapat dibuktikan kerana Menurut Ahmad Badri mohammad (1995), Malaysia merupakan di antara Negara yang mempunyai kandungan plumbum dalam minyak petrol paling tinggi di dunia.
Secara kesimpulannya. semua dasar yang di cadangkan dalam PSKL 2020 mampu membawa KL kepada alam sekitar yang sihat dan sejahtera senadainya dasar ini diimplemantasikan denagn sepenuhnya.




Asis Bin Jasa
March 27, 2006   04:39 PM PST
 
Draf Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 merupakan satu pelan induk yang akan memandu pembangunan Kuala Lumpur bagi tempoh 20 tahun. Draf pelan ini merupakan kenyataan bertulis yang mengandungi wawasan, matlamat, strategi pembangunan, dasar dan cadangan untuk merealisasikan Kuala Lumpur sebagai Sebuah Bandaraya Bertaraf Dunia.

Pelan Struktur Kuala Lumpur yang pertama telah diwartakan dan diterbitkan pada tahun 1984 untuk tempoh 1980 hingga 2000. Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 akan menggantikan Pelan Struktur Kuala Lumpur 1984 (PSKL ’84). Pelan baru ini disediakan mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(1), Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 (Akta 267).

PSKL yang diwujudkan adalah bertujuan untuk menjadikan Kuala Lumpur sabagai Bandar Taman Tropika, meneruskan pengekalan keseimbangan yang saksama, meningkatkan perasekitaran kehidupan bandar raya serta mencapai persekitaran yang bebas daripada sebarang bentuk pencemaran utama. Berhubung isu tersebut, saya mendapati bahawa PSKL 2020 mampu menjadi satu mekanisme dalam mewujudkan persekitaran Kuala Lumpur yang lebih sihat dan sejahtera untuk didiami.

Melalui beberapa dasar yang telah digariskan oleh PSKL, persekitaran KL dapat dijaga dan dipulihara. Misalnya, pelaksanaan program pengindahan landskap di kawasan kediaman, perdagangan dan perindustrian. Program seperti penanaman pokok di tepi jalan, pembinaan landskap di kawasan lapang, memperuntukan kawasan milik swasta dan kawasan kosong serta pengintegrasian sungai utama dengan tapak bekas lombong terbiar sebagai suatu amenity dan elemaen reka bentuk bandar mampu memberi suatu pandangan yang lebih menarik di kawasan bandar raya. Dengan adanya usaha ini, persekitaran bandar yang sebelum ini dipenuhi dengan bangunan konkrit dapat diindahkan selari dengan konsep Bandar Raya Taman Tropika
yang menjadi salah satu agenda PSKL 2020. Selain menyejukkan mata, penanaman pokok-pokok di sepanjang jalan dapat mengurangkan kesan 'Pulau Haba' di KL.

di samping itu, DBKL mengambil langkah mempromosikan program pengindahan dan landskap di kawasan kediaman, perdagangan dan perindustrian. Ini dilakukan melalui EN1. Ini bermakna fokus tidak hanya kepada kawasan kediaman sahaja, iaitu dengan langkah daripada orang ramai sendiri yang berusaha mengindahkan persekitaran kediaman dengan penanaman pokok-pokok, malah lebih menyeluruh dan melibatkan kawasan seperti perdagangan dan perindustrian. Maka tanggungjawab bagi mengindahkan kawasan KL bukan hanya terletak pada bahu orang awam, malah kepada semua pihak. Ini menunjukkan walaupun perindutrian dan perdangan itu dijalankan atas nama pembangunan, tetapi tanggungjawab terhadap alam sekitar juga perlu dijaga oleh semua. Langkah pengindahan lanskap dengan tumbuh-tumbuhan hijau di kawasan perdagangan dan perindustrian bukan sahaja dapat menseimbangkan keadaan udara daripada pelepasan asap-asap kilang dan menyebabkan kawasan tersebut panas, malah pemandangan berbentuk konkrit dan kaku juga dapat dikurangkan kepada pemandangan yang lebih menyejukkan pemandangan.

Natijah daripada perbincangan tersebut, maka saya membuat kesimpulan bahawa PSKL 2020 boleh membawa kebaikan kepada persekitaran di KL. ini kerana pelan ini bertujuan untuk menilai semula keberkesanan PSKL 1984 dan dilihat bahawa PSKL 1984 masih mempunyai kelemahan yang sewajarnya di perbaharui untuk pemuliharaan alam sekitar dengan lebih baik.walau bagaimanapun penglibatan orang awam tidak dilupakan dan diberi penenkanan dalam PSKL 2020 dalam usaha mewujudkan persekitaran KL yang sihat dan sejahtera. Melalui penglibatan awam ini, maka semua pihak secara tidak langsung akan sedar akan peranan masing-masing ke arah pembentukan alam sekitar KL yang sihat dan sejahtera.
Azlan Hj Baharuddin(HT03-5013)
March 27, 2006   01:24 PM PST
 
Diskusi Blog 5 (PKI) & Ulasan Kes 2 (PLK) Tugasan ini adalah terbuka kepada dua-dua kumpulan pelajar (PKI dan PLK). Harap maklum. Persekitaran Bandar Raya merangkumi bukan sahaja aspek-aspek yang boleh diukur seperti kualiti air, udara dan tahap kebisingan tetapi juga aspek-aspek yang sukar diukur khususnya aspek perasaan dan visual rupa bandar dan ameniti. Ianya juga satu komponen penting dalam kualiti hidup yang dapat diberikan oleh Bandar Raya kepada warga kota serta menyumbang kepada imej dan identiti Bandar Raya. Objektif alam sekitar Pelan Struktur Kuala Lumpur (PSKL) 1984 adalah 'untuk menjamin taraf alam sekitar yang sebaik mungkin dengan memperbaiki dan memelihara perseimbangan yang bijak di antara pembangunan, ekologi dan warisan negara'. Strategi yang menyokong objektif ini adalah untuk menggalakkan mutu ameniti alam sekitar yang tinggi dari segi seni bandar dan seni taman bagi mencapai persekitaran yang bebas dari bentuk pencemaran utama. Program alam sekitar selepas PSKL 1984 telah banyak memberi penekanan terhadap ameniti berbanding suasana persekitaran. Penekanan ini telah berubah disebabkan kesedaran bahawa pertimbangan untuk alam sekitar tidak seharusnya dihadkan kepada kawalan pencemaran tetapi lebih positif ke arah mewujudkan persekitaran yang selesa, ceria dan merangsang. Tambahan pula, piawaian untuk kualiti air, kualiti udara, tahap kebisingan, sisa industri dan buangan efluen adalah ditentukan di peringkat nasional, manakala DBKL terlibat mengawal secara langsung perkara-perkara seperti penanaman pokok dan seni bandar. Adalah penting untuk bertindak balas kepada isu alam sekitar yang dihadapi oleh Bandar Raya dengan mengambil langkah pencegahan, kawalan atau pembaikan yang sesuai, pendekatan selari juga perlu dengan mengarahkan tindakan dan program-program ke arah mewujudkan ciri dan imej bandar tersendiri yang lahir dari wawasan Kuala Lumpur untuk menjadi bandar raya bertaraf dunia. Tambahan lagi, sebagai ibu negara, Kuala Lumpur mempunyai potensi dan juga bertanggungjawab untuk meningkatkan piawaian nasional yang telah ditetapkan.

SOALAN:
Sejauhmana anda bersetuju bahawa pelan perancangan
PSKL 2020 (seperti yang digariskan dalam dokumen
tersebut) boleh membawa kepada alam sekitar KL
yang lebih sihat dan sejahtera. Hujah anda harus
disokong dengan memetik elemen-elemen
positif/negatif ATAU kelebihan/kelemahan yang
terkandung dalam pelan tersebut. Once again you
are reminded to go for quality over quantity.


Jawapan;
Berdasarkan kepada pernyataan yang diberikan, Pelan Struktur Kuala Lumpur (PSKL) 1984 adalah bertujuan 'untuk menjamin taraf alam sekitar yang sebaik mungkin dengan memperbaiki dan memelihara perseimbangan yang bijak di antara pembangunan, ekologi dan warisan negara'. PSKL 2020 pula dikatakan adalah merupakan kesinambungan daripada PSKL 1984 yang banyak menekankan hanya terhadap ameniti berbanding suasana persekitaran. Apa yang dapat dilihat ialah, melalui PSKL 2020 ini, pihak DBKL telah cuba untuk memberikan penekanan terhadap suasana persekitaran yang mana pertimbangan untuk alam sekitar tidak hanya dihadkan kepada kawalan pencemaran, tetapi lebih positif ke arah mewujudkan persekitaran yang selesa, ceria dan merangsang. Kepelbagaian isu persekitaran alam sekitar seperti isu kualiti air sungai, isu tanah jerlus, isu kualiti udara, isu pencemaran bunyi, dan isu tanah tercemar sering menjadi isu penting yang hangat diperkatakan. Oleh kerana itu, DBKL cuba mewujudkan pelan iaitu Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup Bandar Raya setaraf dengan wawasan sebuah Bandar Raya bertaraf dunia.

Keadaan semasa yang berlaku di sekitar bandaraya sebenarnya membimbangkan segelintir pihak terutamanya penduduk yang berhampiran dengan kawasan pembangunan kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku akibat daripada kesan sampingan pembangunan yang dijalankan. Walaupun PSKL 1984 telah mengambilkira tentang hakisan tanah dan kestabilan cerun, namun hakisan tanah tetap berlaku terutamanya yang disebabkan oleh pembinaan di kawasan cerun-cerun curam.

Dalam PSKL 2020, DBKL telah menjalankan program landskap dan pengindahan bertujuan mengubah persekitaran Bandaraya, terutamanya di Pusat Bandar Raya. Program-program seumpama ini seharusnya ditingkatkan dan diperluaskan untuk merangkumi semua kawasan kediaman, perdagangan dan perindustrian di Kuala Lumpur ke arah merealisasikan objektif mewujudkan sebuah Bandar Raya Taman Tropika. Dalam hal ini, DBKL akan mempromosikan program pengindahan dan landskap di kawasan kediaman, perdagangan dan perindustrian. Selain itu, DBKL akan turut menggiatkan penanaman pokok-pokok di tepi jalan serta melandskapkan kawasan lapang dan rekreasi. Program ini mampu mewujudkan persekitaran estitik yang cantik di kawasan bandar disamping dapat membekalkan bekalan oksigen kepada manusia. Keadaan ini selaras dengan objektif yang cuba dicapai oleh DBKL dalam PSKL 2020.

Dalam pada itu, DBKL turut mengambil kira persekitaran fizikal bandar yang mana konsep fit-to-terrain telah cuba diaplikasikan dalam reka bantuk susun atur dalam pembangunan di kawasan berbukit. Melalui konsep ini, sebarang pembangunan di lereng bukit yang bercerun melebihi tahap yang dibenarkan dalam dasar dan peraturan kerajaan persekutuan adalah dilarang.

Melalui PSKL 2020 juga, DBKL telah melaksanakan beberapa dasar bagi menjaga kualiti air sungai. Dalam hal ini, pihak DBKL akan cuba memastikan bahawa tiada lagi pelepasan air buangan domestik yang tidak dirawat ke dalam sistem sungai dan perparitan. Untuk lebih meningkatkan kualiti air sungai ini, program penempatan semula setinggan juga haruslah diambil kira.

Seterusnya, pencemaran udara dan bunyi turut menjadi agenda penting yang harus dititik beratkan oleh pihak DBKL. Untuk itu, melalui PSKL ini, pihak DBKL akan cuba mewujudkan beberapa dasar untuk mengawal peningkatan pencemaran ini. Pelbagai program atau kempen perlu dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran awam tentang kepentingan alam sekitar kepada manusia. Contohnya, Kempen ‘jalan bersih’, ‘udara bersih’ dan ‘air bersih’ di mana DBKL dengan kerjasama NGOs dan konsesi swasta telah menerajui untuk meluaskan konsep eko-perkongsian.

Secara kesimpulannya,saya amat bersetuju dengan dasar yang telah dilakukan oleh DBKL melalui Pelan PSKL 2020 ini. Hal ini kerana semua dasar yang telah dirumuskan dan garis panduan yang didrafkan dalam pelan perancangan PSKL 2020 merupakan asas bagi rangka kerja yang komprehensif untuk memandu, mengawal dan mengurus pembangunan baru serta kerja-kerja pembaikan di Kuala Lumpur.
stella gindin
March 25, 2006   09:26 PM PST
 
hai galz n guyz..

harap semua ok..n berkaitan dengan topik kita yang agak menarik pada kali ini...saya ingin menyatakan bahawa PLSK 2020 adalah satu tindakan bijak yang telah diambil oleh DBKL untuk menjadikan Bandar Raya Rimba Tropika yang mesra alam dalam pelbagai aspek. untuk memudahkan kita memahami konsep ini, kita boleh nilai keadaan yang sama seperti di kota kinabalu yang terkenal dengan jolokan bandaraya tropika. hal ini sudah tentunya untuk mengindahkan dan menagkis pelbagai impak negatif yang mampu menjejaskna kesihatan masyrakat amnya. hal ini sudah semstinya sama dengan matlamat yang ingin dicapai oleh pihak DBKL.

baru-baru ini, negara heboh dengan kejadian banjir kilat yang berlaku baru-baru ini yang dipercayai dengan pembangunan di kawasan-kawasan yang berperanan sebagai sebaagi pemampan. dengan ini, DBKL sepatutnya memberikan perhatian yang tegas agar para pemaju dipantau dari semasa ke semasa. .

Mengintegrasikan sungai utama dan tapak bekas lombong terbiar sebagai salah satu taman riadah juga adalah salah satu idea yang amat membanggakan ditambah ia mampu mengelakkan pembaziran kawasan lapang. hal ini sekurang-kurangnya mampu mengindahkan persekitaran dengan penanaman pokok-pokok yang mampu mengelakkan mata memandang. kawasan terbiar ini juga boleh dijadikan taman bagi masyaarkat di sekitarnya menggunakannya untuk beriadah seterusnya mampu mengamalkan gaya hidup sihat.

satu hal yang ingin saya komen di sini adalah, pihak DBKL lebih menitikberatkan kepada pemulihan dan bukannya pencegahan. bukankah langkah pencegahan lebih baik jika dibandingkan dengan pemulihan? dengan ini, langkah untuk mengenakan dendaan yang lebih tegas adalah lebih baik. hal ini seharusnya kita fikirkan bersama dengan lebih kritis....

dan berkaitan dengan peranan PSKL pula, bagi pendapat saya peranan yang dimainkannya mampu memartabatkan identiti bangsa kita sendiri. salah satu hal yang boleh saya cadangkan disini adalah melukis gambar-gambar atau corak kesenian di tembok-tembok seperti corak batik kerana ia menggambarkan identiti kita sendiri. bukan itu sahaja malah ia boleh melukis corak bunga-bunga...hal ini mampu mengelakkan daripada maat emmandang disampin membolehkan masyarakat dapat menghayati nilai kesenian asli.

tapi sememangnya, peranan PSKL yang utama sudah semestinya memberikan penekanan kepada penjagaan kualiti alam sekitar. jadi, kita seabagi penghuni alam ini semestinya tahu tanggungjawab kita yang kita ini hanyalah bertindak sebagai 'peminjam' kepada apa yang ada sekarang ini tetapi jangan lupa untuk menjaganya sebaik mungkin kerana apa yang kita ada sekarang adalah amat bernilai bagi kehidupan generasi kita yang akan datang. yakni tanpa tumbuhan hijau sekarang.....kemanakah hala tuju generasi akan datang? jadi sama-sama lah kita bertanggungjawab keatas apa yang ada sekarang. dan usaha berterusan dari PSKL dibawah pihak DBKL akan saya sokong.... lagipun seandainya kerjasama ini dapat dibentuk antara yang pentadbir(PSKL) dan yang ditadbir(Masayrakat) sudah semestinya Kuala Lumpur dapat muncul dengan imej dan ciri yang tersendiri dalam menjadi salah sebuah bandar raya bertaraf dunia dan mempunyai potensi serta bertanggungjawab untuk meningkatkan piawaian nasional yang telah ditetapkan..
sekian dulu...dan jumpa lagi...
stella gindin
March 25, 2006   09:26 PM PST
 
hai galz n guyz..

harap semua ok..n berkaitan dengan topik kita yang agak menarik pada kali ini...saya ingin menyatakan bahawa PLSK 2020 adalah satu tindakan bijak yang telah diambil oleh DBKL untuk menjadikan Bandar Raya Rimba Tropika yang mesra alam dalam pelbagai aspek. untuk memudahkan kita memahami konsep ini, kita boleh nilai keadaan yang sama seperti di kota kinabalu yang terkenal dengan jolokan bandaraya tropika. hal ini sudah tentunya untuk mengindahkan dan menagkis pelbagai impak negatif yang mampu menjejaskna kesihatan masyrakat amnya. hal ini sudah semstinya sama dengan matlamat yang ingin dicapai oleh pihak DBKL.

baru-baru ini, negara heboh dengan kejadian banjir kilat yang berlaku baru-baru ini yang dipercayai dengan pembangunan di kawasan-kawasan yang berperanan sebagai sebaagi pemampan. dengan ini, DBKL sepatutnya memberikan perhatian yang tegas agar para pemaju dipantau dari semasa ke semasa. .

Mengintegrasikan sungai utama dan tapak bekas lombong terbiar sebagai salah satu taman riadah juga adalah salah satu idea yang amat membanggakan ditambah ia mampu mengelakkan pembaziran kawasan lapang. hal ini sekurang-kurangnya mampu mengindahkan persekitaran dengan penanaman pokok-pokok yang mampu mengelakkan mata memandang. kawasan terbiar ini juga boleh dijadikan taman bagi masyaarkat di sekitarnya menggunakannya untuk beriadah seterusnya mampu mengamalkan gaya hidup sihat.

satu hal yang ingin saya komen di sini adalah, pihak DBKL lebih menitikberatkan kepada pemulihan dan bukannya pencegahan. bukankah langkah pencegahan lebih baik jika dibandingkan dengan pemulihan? dengan ini, langkah untuk mengenakan dendaan yang lebih tegas adalah lebih baik. hal ini seharusnya kita fikirkan bersama dengan lebih kritis....

dan berkaitan dengan peranan PSKL pula, bagi pendapat saya peranan yang dimainkannya mampu memartabatkan identiti bangsa kita sendiri. salah satu hal yang boleh saya cadangkan disini adalah melukis gambar-gambar atau corak kesenian di tembok-tembok seperti corak batik kerana ia menggambarkan identiti kita sendiri. bukan itu sahaja malah ia boleh melukis corak bunga-bunga...hal ini mampu mengelakkan daripada maat emmandang disampin membolehkan masyarakat dapat menghayati nilai kesenian asli.

tapi sememangnya, peranan PSKL yang utama sudah semestinya memberikan penekanan kepada penjagaan kualiti alam sekitar. jadi, kita seabagi penghuni alam ini semestinya tahu tanggungjawab kita yang kita ini hanyalah bertindak sebagai 'peminjam' kepada apa yang ada sekarang ini tetapi jangan lupa untuk menjaganya sebaik mungkin kerana apa yang kita ada sekarang adalah amat bernilai bagi kehidupan generasi kita yang akan datang. yakni tanpa tumbuhan hijau sekarang.....kemanakah hala tuju generasi akan datang? jadi sama-sama lah kita bertanggungjawab keatas apa yang ada sekarang. dan usaha berterusan dari PSKL dibawah pihak DBKL akan saya sokong.... lagipun seandainya kerjasama ini dapat dibentuk antara yang pentadbir(PSKL) dan yang ditadbir(Masayrakat) sudah semestinya Kuala Lumpur dapat muncul dengan imej dan ciri yang tersendiri dalam menjadi salah sebuah bandar raya bertaraf dunia dan mempunyai potensi serta bertanggungjawab untuk meningkatkan piawaian nasional yang telah ditetapkan..
sekian dulu...dan jumpa lagi...
masitah juakim
March 25, 2006   09:08 PM PST
 
Perancangan PSKL 2000 merupakan satu strategi yang sangat sesuai dan bertepatan dengan situasi semasa. namun demikian, perancangan PSKL 2000 perlulah seiring dengan pembangunan yang pesat di Kuala Lumpur. Hal ini adalah bersesuaian dengan matlamat yang telah digariskan dalam wawasan 2020 yang mana usaha pembangunan sewajarnya menekankan soal alam sekitar. melalui pandangan jauh ini, kita lihat pada Rancangan Pembangunan negara kita iaitu RRJP2 di mana telah menjadikan usaha perlindungan alam sekitar dengan ekologi bagi menjamin mengekalkan pembangunan untuk jangka panjang sebagai salah satu aspek penting, justeru itu, usaha pembangunan akan dijalankan dengan keadaan alam sekitar yang bersih dan sihat, serta ekologi teratur dan cuaca yang stabil. Hal ini termasuk dalam semua perancangan dan program pembangunan. pelaksanaan strategi sedemikian akan diberi keutamaan bagi mewujudkan amalan yang menitikberatkan alam sekitar yang meliputi semua program pembangunan daripada pelbagai sektor. Melalui cadangan dan dasar PSKL 2020 ini, sudah pasti dapat menyumbangkan kesejahteraan dan kesihatan alam sekitar Kuala Lumpur yang baik dan stabil. Kesemua cadangan dan strategi yang digariskan ini jika dilihat sekali pandang adalah sangat sempurna dan pasti akan membawa kepada kesan positif kepada alam sekitar Bandaraya Kuala Lumpur. Ini dapat dilihat melalui objektif yang digariskan dalam PSKL, 2020 seperti berikut:

• mewujudkan Bandar Taman Tropika yang sensitif kepada tapak semula jadi dan sesuai dengan lokasiwilayah tropikanya;
• meneruskan pengekalan keseimbangan yang saksama antara pembangunan, ekologi dan warisannegara;
• meningkatkan persekitaran kehidupan bandar raya; dan
• mencapai persekitaran yang bebas daripada sebarang bentuk pencemaran utama.

namun, setiap perancangan atau pelan-pelan tertentu mempunyai banyak kelebihan dan kelemahannya sama ada sebelum atau semasa pelan tersebut dilaksanakan. apa yang penting di sini ialah pihak DBKL perlu bertindak agresif bagi menutup kelemahan yang bakal dihadapi hasil darpada dasar-dasar dalam PSKL2020 ini. Selain itu aspek yang perlu dititikberatkan dalam pelaksanaan PSKL 2020 ini diharapkan lebih bersifat telus. Faktor kejayaan dasar ini adalah dengan adanya pemantauan yang sewajarnya oleh pihak berkuasa serta sokongan daripada penglibatan masyarakat dalam menjana pembangunan yang dinamik dan selaras dengan usaha kerajaan dalam mementingkan alam sekitar . Sekiranya kerjasama ini dapat dibentuk sudah pasti Bandaraya Kuala Lumpur dapat mewujudkan ciri dan imej bandar tersendiri yang lahir dari wawasannya untuk menjadi bandar raya yang berlandskapkan alam sekitar yang bersih dan stabil serta mempunyai potensi dalam meningkatkan piawaian nasional yang telah ditetapkan. sebagai renungan bersama, saya sangat berharap agar PSKL dapat mencapai setiap objektif yang telah digariskan. untuk pengkukuhan kerjasama daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) tentulah pelan ini lebih meyakinkan. Namun masih wujud kemusykilan untuk melihat PSKL ini samada berjaya sepenuhnya atau tidak. apa yang diharapkan adalah kesepaduan tenaga daripda semua lapisan masyarakat agar apa yang diharapkan dapat tercapai dengan jayanya.
WAHIDA TAWASIL
March 24, 2006   10:48 AM PST
 
PSKL yang diwujudkan adalah bertujuan untuk menjadikan Kuala Lumpur sabagai Bandar Taman Tropika, meneruskan pengekalan keseimbangan yang saksama, meningkatkan perasekitaran kehidupan bandar raya serta mencapai persekitaran yang bebas daripada sebarang bentuk pencemaran utama. Melalui pembacaan yang telah dilakukan, saya mendapati bahawa PSKL 2020 mampu menjadi satu mekanisme dalam mewujudkan persekitaran Kuala Lumpur yang lebih sihat dan sejahtera untuk didiami.

Melalui beberapa dasar yang telah digariskan oleh PSKL, persekitaran KL dapat dijaga dan dipulihara. Misalnya, pelaksanaan program pengindahan landskap di kawasan kediaman, perdagangan dan perindustrian. Program seperti penanaman pokok di tepi jalan, pembinaan landskap di kawasan lapang, memperuntukan kawasan milik swasta dan kawasan kosong serta pengintegrasian sungai utama dengan tapak bekas lombong terbiar sebagai suatu amenity dan elemaen reka bentuk bandar mampu memberi suatu pandangan yang lebih menarik di kawasan bandar raya. Dengan adanya usaha ini, persekitaran bandar yang sebelum ini dipenuhi dengan bangunan konkrit dapat diindahkan selari dengan konsep Bandar Raya Taman Tropika yang menjadi salah satu agenda PSKL 2020. Selain menyejukkan mata, penanaman pokok-pokok di sepanjang jalan dapat mengurangkan kesan 'Pulau Haba' di KL.

Sementara itu, pengawalan terhadap pencemaran alam sekitar turut diberi perhatian. Misalnya, bagi mengurangkan kadar pencemaran air, pelepasan sisi domestik perlu dirawat terleih dahulu sebelum dilepaskan ke dalam sungai. bagi mengekalkan kapasiti aliran sungai pula, DBKK akan bekerjasama dengan Jabatan Pengairan dan Saliran Persekuatuan. Penggunaan air terjun juga dilaksanakan untuk tujuan pengoksigenan air sungai. Sementara perumahan setinggan yang turut menjadi punca pelepasan sisa domestik juga akan dirobohkan. Program pemulihan Sungai Klang dan Sungai Gombak diaktifkan semula yang sebelum ini mengalami tahap pencemaran yang agak serius. di samping itu, bagi mengelakkan banjir kilat berlaku, pemebngunan yang melibatkan struktur tetap di dalam rizab sungai tidak akan diluluskan lagi yang boleh mengganggu kapasiti aliran sungai.

DBKL juga akan memelihara baki kawasan hutan dan mengekalkan kepelbagaian mapan di Bandar Raya. Satu rangkaian kawasan hijau yang saling berkait akan diwujudkan dengan menghubungkan taman utama dan hutan simpan dalam rizab hutan, jalan, rel dan utiliti. Selain menjadi habitat, sumber-sumber makanan bagi hidupan liar akan ditingkatkan seperti penyediaan stesen pemberian makanan. Semua ini dilakukan bertujuan untuk membina kelangsungan hidup bagi hidupan flora dan fauna serta menjaminnya agar tidak pupus.

Bagi meningkatkan kualiti udara, kawalan terhadap pencemaran udara akan dilaksanakan dan menjadi agenda dalam PSKL 2020. Antara langkah yang diambil adlah seperti penguatkuasaan langkah-langkah mengawal pencemaran udara. Kerjasama dengan JAS juga akan dilakukan untuk tujuan tersebut. Pencemaran udara yang disebabkan oleh asap-asap kenderaan akan ciba dikurangkan melalui program mempromosikan pengangkutan awam. Langkah ini juga bertujuan untuk mengurangkan pencemaran bunyi di samping langkah menjauhkan jarak antara jalan utama demgan kawasan kediaman.

Di samping itu juga, penglibatan orang awam tidak dilupakan dan diberi penenkanan dalam PSKL 2020 dalam usaha mewujudkan persekitaran KL yang sihat dan sejahtera. Antaranya adalah aktiviti-aktiviti ekonomi yang melibatkan pihak awam perlulah selaras dengan Local agenda 21. Peranan sektor awam dan swasta amat penting dalam meningkatkan kesedaran awam. Melalui penglibatan awam ini, maka semua pihak secara tidak langsung akan sedar akan peranan masing-masing ke arah pembentukan alam sekitar KL yang sihat dan sejahtera.

Kesimpulannya, saya bersetuju bahawa PSKL 2020 mampu membawa kepada alam sekitar KL yang lebih sihat dan sejahtera. Namun, semua objektif ini akan tercapai hanya jika semua pihak berganding bahu dalam melaksanakannya. agenda yang digariskan itu pula perlu dilaksanakan dan dijalankan dengan rapi dan bukan sekadar melepaskan batuk di tangga. Walaupun objektif PSKL 2020 ini tidak akan dapat dicapai secara total dengan mewujudkan Bandar Raya Taman Tropika yang betu-betul ideal, setidak-tidaknya terdapat usaha untuk memperbaiki alam sekitar agar dapat didiami dengan selamat, sihat dan sejahtera bukan sahaja untuk keperluan hari ini, malah untuk keperluan generasi akan datang.

NOORAIZAH MATLIN
March 24, 2006   10:04 AM PST
 
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 diwujudkan bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup di bandaraya tersebut menjadi lebih baik. Maka, DBKL telah mengariskan beberapa objektif bagi memastikan hasrat tersebut tercapai.

Maka berhubung dengan keadaan semasa di bandaraya KL, maka garis panduan dikeluarkan oleh DBKL bagi mengatasi masalah yang telah berlaku dengan melakukan beberapa penambahbaikan ke atas pelan struktur yang terdahulu.

Dari sudut positifnya, melalui EN19, DBKL telah mengambil langkah bagi menggalakkan penyertaan daripada pelbagai pihak dalam mencapai matlamatnya ke arah persekitaran yang lebih baik. Gabungan pelbagai agensi kerajaan, swasta, NGO dan komuniti masyarakat dianggap sebagai sesuatu yang baik dalam bersama-sama bergerak seiring dalam menimbulkan kesedaran kepada semua lapisan rakyat. Kempen yang dijalankan adalah seperti udara bersih, jalan bersih, air bersih dan kempen kitar semula yang giat dijalankan akan menghasilkan persekitaran KL yang lebih baik daripada sebelumnya sekiranya kesedaran dapat terapkan kepada penduduk KL sendiri.

Dalam dasar yang telah digariskan, DBKL mengambil langkah mempromosikan program pengindahan dan landskap di kawasan kediaman, perdagangan dan perindustrian. Ini dilakukan melalui EN1. Ini bermakna fokus tidak hanya kepada kawasan kediaman sahaja, iaitu dengan langkah daripada orang ramai sendiri yang berusaha mengindahkan persekitaran kediaman dengan penanaman pokok-pokok, malah lebih menyeluruh dan melibatkan kawasan seperti perdagangan dan perindustrian. Maka tanggungjawab bagi mengindahkan kawasan KL bukan hanya terletak pada bahu orang awam, malah kepada semua pihak. Ini menunjukkan walaupun perindutrian dan perdangan itu dijalankan atas nama pembangunan, tetapi tanggungjawab terhadap alam sekitar juga perlu dijaga oleh semua. Langkah pengindahan lanskap dengan tumbuh-tumbuhan hijau di kawasan perdagangan dan perindustrian bukan sahaja dapat menseimbangkan keadaan udara daripada pelepasan asap-asap kilang dan menyebabkan kawasan tersebut panas, malah pemandangan berbentuk konkrit dan kaku juga dapat dikurangkan kepada pemandangan yang lebih menyejukkan pemandangan.


Keadaan sungai yang mengandungai sisa pepejal yang tinggi adalah diakibatkan oleh pembuangan sisa domestik oleh kawasan setinggan yang berada di sepanjang tebing sungai, dan pembuangan keladak dari tapak pembinaan tanpa kawalan telah menyebabkan kualiti air sungai merosot. Kawasan setinggan yang tidak mempunyai sistem pembentungan dan perparitan yang baik juga menjadi penyebab kepada kejadian tersebut. Maka cadangan DBKL melalui EN8 dimana kerjasama antara syarikat konsesi pembentungan bagi memastikan perkara tersebut tidak berlaku. Bagi memastikan kualiti sungai tersebut dijaga, maka langkah menempatkan semula kawasan setinggan yang berada di kawasan tebing sungai dianggap sebagai satu pilihan kerana mereka dikatakan adalah antara punca kejadian tersebut berlaku. Negatifnya, tidak pula dinyatakan langkah dalam keadaan bagaimanakah setinggan yang sedia ada di kawasan tebing sungai itu akan ditempatkan iaitu dengan kaedah yang bagaimana? Sedangkan negeri Selangor sendiri mengalami masalah bagi menempatkan semula setinggan yang ada di negeri tersebut bagi memastikan setinggan sifar. Tentunya pelbagai bentuk kebajikan yang perlu diambilkira iaitu dimanakah penempatan semula akan dilakukan, penduduk yang terlibat dan tidak kurang juga perlu mengambilkira pampasan yang bakal diberikan kepada penduduk yang telah lama berada disitu. Tentunya penentangan akan berlaku sungguhpun dalam undang-undang ada menyebut bahawa pendudukan di tanah milik kerajaan mahupun individu secara haram adalah salah, namun dari segi kemanusiaan dan keprihatinan seharusnya mengambil kira faktor tersebut.

Manakala melalui cadangan yang telah dijalankan ke atas membaikpulih kualiti air sungai dalam EN8 dan EN9, tidak pula dinyatakan pendekatan yang sama akan dilakukan ke atas tapak-tapak pembinaan berdekatan yang menghasilkan keladak ke sungai-sungai seperti mana tindakan akan dilakukan ke atas penghuni setinggan. Ini menunjukkan ketidak adilan dan sikap berat sebelah kerana hanya mengimplementasikan ketetapan tersebut bagi penduduk setinggan sahaja dalam tindakan pemuliharaan tersebut. Ini menunjukkan seolah-oleh penduduk setinggan merupakan satu-satunya punca kepada pencemaran yang telah berlaku.

Pelaksanaan PSKL mempunyai ciri-ciri pro dan kontranya dan seharusnya bersifat lebih spesifik ke atas tindakan yang dicadangkan dalam mewujudkan persekitaran KL yang lebih baik. Namun ini tidak bermakna secara keseluruhannya bahawa dasar yang telah digubal adalah mempunyai kepincangan secara keseluruhannya. Saya berpendapat terdapat usaha bagi mewujudkan persekitaran yang lebih baik namun, penguatkuasaan yang lebih jitu seharusnya dilakukan seperti menguatkuasakan undang-undang yang dapat memastikan semua itu menjadi realiti.
SITI AISAH RAZALI 2 JALI
March 24, 2006   10:00 AM PST
 
SAYA TIDAK BERSETUJU BAHAWA PSKL 2020 DAPAT MEWUJUDKAN PERSEKITARAN BANDARAYA KUALA LUMPUR YANG LEBIH SIHAT DAN SEJAHTERA. BUKTI MENYOKONG PENYATAAN INI IALAH MANUSIA TIDAK PERNAH PUAS DENGAN APA YG DIMILIKI. ADALAH SUKAR UTK MENGUKUR KEPUASAN AMENITI TENTANG PERSEKITARAN YG SELESA, CERIA & MERANGSANGKAN. SEJAUHMANAKAH PSKL 2020 BOLEH MEMBAWA KEPADA ALAM SEKITAR KUALA LUMPUR YANG SIHAT DAN SEJAHTERA. CONTOH MASALAH BANJIR KILAT YG SERING BERLAKU DI BANDARAYA KUALA LUMPUR. MASALAH INI SUKAR DISELESAIKAN KERANA RUANG KUALA LUMPUR TERLALU SESAK DAN PADAT.WALAU BANYAK MANA PUN PELAN DAN DASAR DI PERKENALKAN, NAMUN PEMBANGUNAN YG TIDAK STRATEGI SEBELUM INI TELAH MENGAKIBATKAN BANDAR KL MENGALAMI MASALAH BANJIR KILAT.BAH PEPATAH TERLAJAK PERAHU BOLEH DITARIK,TERLAJAK PERBUATAN TDK BOLEH DIULANG....OLEH ITU UTK MENYELESAIKAN MASALAH INI TIDAK AKAN SELESAI. SATU LAGI YG MENJADI PERSOALAN, IAITU PSKL2020 BETUJUAN UTK MEMELIHARA FLORA &FAUNA. PD PENGAMATAN SAYA...ADAKAH LAGI FLORA&FAUNA YG MENJADI KEBANGGAAN...SDGKAN FLORA&FAUNA TERSEBUT TDK ADA LAGI YG TINGGAL HANYA TIKUS,LIPAS, NYAMUK DAN LALT. ADAKAH HAIWAN2 INI YG PERLU DIPELIHARA. RASANYA PSKL2020 SUDAH TERLAMBAT UTK DILAKSANANKAN DI BANDARAYA KL...
Noraidah Suntang
March 23, 2006   08:27 PM PST
 
PSKL, pengamatan dari sudut pembacaan dasar secara teoritikal sahaja, gambaran dasar yang diutarakan seolah-olah satu pelaksanaan yang benar-benar hebat. Walau bagaimanapun, sebagaimana yang kita lihat sekarang, KL masih lagi dengan masalah yang sama yang entah apa kesudahannya. Bagi saya, pelaksanaan PSKL hanya boleh dijadikan panduan dalam mewujudkan persekitaran bandar yang diimpikan dan tidak lebih daari itu. Apa yang perlu dilakukan, dasar PSKL ini seharusnya perlu diperincikan lagi dengan mengambil kira lebih banyak aspek alam sekitar semula jadi dari sudut yang sangat umum hinggalah kepada yang sangat khusus. Memang tidak dapat dinafikan bahawa segala dasar yang diketengahkan sememangnya satu langkah yang bijak untuk dipraktikkan. Namun
Bagi saya apa yang penting sekali adalah setiap perancangan tersebut perlukan tindakan yang drastik dan berpanjangan agar apa yang diimpikan menjadi kenyataan khususnya dalam kes ini. Kalau benar PSKL ini mampu memberikan persekitaran yang lebih baik, mustahil kita akan berhadapan dengan masalah jerebu contohnya dan permasalahan yang lain masa kini walaupun dasar PSKL ini telah dimaktub sejak tahun 1984 lagi dan kita lihat sendiri masalah ini masih di takuk yang lama dan tidak mustahil tanpa tindakan yang bijak dari pelbagai peringkat komuniti itu sendiri, PSKL hanya sekadar pada nama, nampak perancangannya, nampak pelaksanaannya, namun persekitaran yang diimpikan tidak juga kelihatan.

NASARUDIN MOHD. BASRAN
March 23, 2006   12:44 PM PST
 
‘Lebih merawat daripada mencegah” amatlah tidak setuju. PSKL 2020 pada pendapat saya kurang efektif membawa Bandaraya Kuala Lumpur kepada alam sekitar yang sihat dan sejahtera. Hampir kesemua yang dinayatakan dalam PSKL 2020 adalah kesan yang diterima dan keseluruhannya memberi impak yang besar kepada persekitaran samada pada masa kini atau pada masa hadapan.
Saya menyatakan bahawa PSKL 2020 kurang efektif kerana sememangnya Bandaraya Kuala Lumpur mempunyai impak-impak alam sekitar yang seiring dengan pembangunan sektor ekonominya seperti sektor perindustrian, perkilangan, pengangkutan dan sebagainya. Contoh terdekat yang saya nyatakan di sini bahawa sungai-sungai utama yang mengalir dalam bandaraya tersebut iaitu Sungai Klang dan Sungai Gombak telah dikategorikan sebagai sungai yang tercemar. dan memerlukan rawatan ekstensif menurut Laporan Kualiti Alam Sekeliling 2000. Keadaan ini bertambah buruk lagi dengan terdapatnya kawasan setingan berdekatan sungai-sungai ini. Setinggan yang mempunyai sistem pembentungan dan pembuangan sampah tidak sistematik menyebabkan sungai-sungai tersebut terus dicemari. Mengukuhkan lagi hujah saya bahawa PSKL ini tidak begitu efektif dengan mengambil contoh iaitu melihat masih terdapatnya pembinaan di kawasan cerun-cerun curam yang melebihi 30o. Ini telah menyebabkan berlakunya hakisan tebing, hakisan tanah dan gelinciran. Sehingga kini hakisan tanah dari tapak-tapak pembinaan masih terus berlaku. Dengan ini, sejauhmanakah PSKL 2020 mampu mengubah keadaan ini dengan hanya lebih merawat kepada impak-impak alam sekitar ini.
Justeru, pernyataan di atas jelas menunjukkan bahawa PSKL 2020 adalah tidak begitu efektif dalam membawa Bandaraya Kuala Lumpur kepada alam sekitar yang sihat dan sejahtera.

Fadilah Binti Sarbi
March 23, 2006   12:41 PM PST
 
Mengikut persepsi dan pemahaman saya berkenaan dengan PSKL 2020, pelan ini adalah kesinambungan kepada PSKL 1984 yang saya lihat berjaya dilaksanakan biarpun tidak sempurna. Sebelum kita menyelosori analisis berkaitan dengan PSKL 2020 adalah lebih baik kita memahami berkaiatan PSKL 1984 iaitu perancangan terdahulu. PSKL 1984 menggariskan tujuan utama iaitu ,enikmati taraf alam sekitar yang sebaik mungkin dengan memperbaiki dan memelihara perseimbangan yang bijak di anatara pembangunan, ekologi dan warisan negara. Secara ringkas dapat disimpulkan sebagai menggalakkan mutu ameniti alam sekitar yang tinggi dan segi seni bandar dan seni taman.
Manakala apabila kita meniliti secara lebih mendalam dan kritis berkaitan dengan PSKL 2020 pula, analisis yang saya dapat rumuskan dengan melahirkan alam sekitar yang lebih sihat dan sejahtera adalah terkandung di dalam Objektif dan dasar yang telah digariskan dalam mencapai persekitaran yang sihat. Dasar dan objektif melibatkan aspek-aspek fizikal yang boleh membawa kehidupan bandar raya yang sihat kepada warganya dan seterusnya warga akan memberi sumbangan dan imej serta identiti yang bersih kepada bandar raya kembali.
PSKL 2020 telah menggariskan beberapa perkara dan isu yang perlu ditekankan dan diambil berat antaranya melibatkan isu pertama iaitu isu persekitaran fizikal yang terdiri daripada cerun-cerun curam, kualiti air sungai, kawasan mudah banjir dan tanah jerlus. selain itu isu berkaitan flora dan fauna, pencemaran iaitu melibatkan pencemaran udara, paras bunyi, dan tanah tercemar dan seterusnya adalah isu sensetif alam sekitar.
Isu yang digariskan dalam PSKL 2020 ini menampakkan usaha keras daripada pihak DBKL dalam menjamin alam sekitar yang lebih sihat dan sejahtera.
PSKL 2020 juga mempunyai beberapa dasar dan objektif yang utama yang dilat ingin menjadikan dan membawa kepada alam sekitar sihat dan sejahter seperti objektif menjadikan bandaraya tropika, kesinambungan pembangunan, ekologo dan warisan (seperti PSKL 1984), meningkatkan persekitaran bandar dan persekitaran bebas dai pencemaran utama.
PSKL 2020 ini adalah inisiatif yang patut dicontohi oelh mana0-mana pihak berwajib seperti DBKK :) dalam menjamin kesihatan, kesejahteraan dan alam sekiat yang baik.
joity joilom
March 22, 2006   02:32 PM PST
 
Dewasa ini, penjagaan terhadap alam sekitar semakin giat dijalankan oleh pegawai2 kerajaan. Namun begitu, persoalanya adalah adakah hanya pihak kerajaan yang berkuasa untuk penjagaan dan pemuliharaan a\sekitar ini?

Bagi pendapat saya, dengan wujudnya Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 bagi DBKL, adalah nyata bahawa pihak kerajaan khasnya sentiasa mengambil berat tentang pemuliharaan alam sekitar. Namun kesedaran ini timbul setelah kerosakan a\sekitar menjadi-jadi. (Yala orang cakap sudah terhantuk baru terbangun (",)...) Saya menyatakan sedemikian kerana sepertimana yang dinyatakan dalam artikel, PSKL 1984 yang menyatakan kerajaan telah mengambil kira isu hakisan tanah dan kestabilan cerun serta menyediakan garis panduan untuk pembangunan. walau bagaimanapun, hakisan tanah dari tapak2 pembinaan masih terus berlaku. hakisan tanah ini disebabkan oleh pembinaan di cerun2 curam. oleh itu, saya rumuskan bahawa pada masa tersebut peraturan2 yang dikenakan oleh pihak kerajaan masih di tahap yang rendah dan keadaan ini seterusnya menyebabkan kesedaran masyarakat juga tentang penjagaan a\sekitar adalah sangat rendah. dengan PSKL 2020 pihak kerajaan telah 'terbangun' dan berusaha untuk memperbaiki semula peraturan2 yang kurang mantap. Yakni untuk menjaga persekitaran fizikal di cerun2 curam pihak kerajaan menggunakan konsep 'fit-to-terrain' untuk mereka bentuk susun atur di setiap kawasan yang berbukit. di samping itu, pihak DBKL juga tidak membenarkan pembangunan di lereng bukit yang bercerun melebihi tahap yang dibenarkan dalam dasar dan peraturan kerajaan persekutuan. Selain itu juga, pihak DBKL juga menggunakan pengkaji geoteknikal untuk semua pembangunan di lereng bukit.

sememangnya bagi pendapat saya, PSKL 2020 boleh membawa kebaikan kepada persekitaran di KL. ini kerana pelan ini bertujuan untuk menilai semula keberkesanan PSKL 1984 dan dilihat bahawa PSKL 1984 masih mempunyai kelemahan yang sewajarnya di perbaharui untuk pemuliharaan alam sekitar dengan lebih baik.

namun begitu, saya menyarankan agar pihak kerajaan terus memberikan kesedaran kepada masyarakat dengan mengadakan kempen2, mahupun kaedah2 lain yang difikirkan dapat meningkatkan kesedaran masyarakat untuk bersama-sama dalam menjaga alam sekitar.

Saya menegaskan sedemikian kerana Bandaraya Kuala Lumpur merupakan sebuah bandar yang cukup di kenali di Malaysia kerana bandar ini menjadi pusat pentadbiran negara oleh yang demikian adalah wajar pihak kerajaan memantapkan lagi penjagaan dan pemuliharaan persekitaran yang bersih untuk menjamin kualiti pentadbiran yang berkualiti dan bersih. sekian...


Pamela Sharon James
March 21, 2006   05:49 AM PST
 
Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa pelan perancangan PSKL 2020 dapat membawa alam sekitar KL menjadi lebih sihat dan sejahtera. Demean adanya beberapa objektif yang menjadi tunggak kepada pelan perancangan ini dapat membantu meningkatkan kualiti bandaraya setaraf demean wawasan sebuah bandaraya yang bertaraf dunia.

Program mewujudkan Bandar taman tropika merupakan salah satu program yang pada pendapat saya amat berjaya dan banyak mengubah persekitaran bandaraya terutama bandaraya KL yang menjadi bandaraya negara ini. Kawasan2 kediaman, pdggn dan perindustrian juga turut diperindahkan merupakan 1 lagi program yang turut meningkatkaan amenti persekitaran terutama untuk tujuan pandangan org ramai yang melalui kawasan tersebut.

Walau bagaimanapun, persoalannya adakah hanya peranan kerajaan sahaja yang penting dalam program sebegini? Adakah setiap program yang dijalankan tanpa penglibatan masyarakat boleh berjaya? Bagi pendapat saya, kedua-duanya adalah penting kerana perancangan yang dilakukan oleh pihak kerajaan adalah untuk kebaikan masyarakat itu dan masyarakat seharusnya turut menjaga dan tidak merosakan setiap apa yang diberikan oleh kerajaan.

Salah satu lagi kebaikan PSKL adalah ia adalah bertujuan untuk meneruskan pengekalan yang seimbang di antara pembangunan, ekologi dan warisan2 negara. Ini menunjukkan bahawa walaupun kerajaan masih mengadakan pembangunan, mereka masih juga menitiberatkan tentang pembangunan ekologi dan warisan negara masih juga terpelihara.. namun, terdapat juga pengusaha2 yang rakus dalam mengejar keuntungan mengadakan pembangunan tanpa mementingkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Ini seterusnya boleh memusnahkan alam sekitar dan mengakibatkan masalah-masalah seperti tanah runtuh dan hakisan berlaku. Isu seperti ini akan memberi kesan buruk kepada penduduk.

Walaupun, pelan perancangan PSKL ini dapat membawa alam sekitar KL lebih sihat dan sejahtera namun, kejadian-kejadian yang tidak diingini juga turut tidak dapat dielakkan. Misalnya, kejadian banjir kilat. Ini dapat dibukitikan demean kejadian banjir kilat yang berlaku baru-baru ini di Selangor. Kejadian banjir yang tiba-tiba berlaku sukar dielakkan tetapi demean perancangan yang dijalankan, masalah-masalah seperti ini dapat dikurangkan di mana DBKL dengan bekerjasama dengan Jabatan Pengairan dan Saliran Persekutuan dalam mengekalkan kapasiti aliran sungai serta memastikan tidak berlaku sebarang sekatan.

Begitu juga dengan masalah pencemaran yang kian meningkat di KL dapat mengurangkan keindahan dan keselesaan penduduk sekitar. Masalah pencemaran yang paling ketara di KL adalah masalah pencemaran udara, air dan bising. Walau bagaimanapu, dengan adanya dasar-dasar pengangkutan yang mempromosikan penggunaan pengangkutan awam berbanding pengangkutan persendirian bukan sahaja membantu dalam pengurusan permintaan lalu lintas, tetapi juga dapat mengurangkan pencemaran udara. Selain itu Dasar pengangkutan bagi mempromosikan pengangkutan awam dan mengurangkan kenderaan persendirian di jalan raya juga merupakan strategi penting dalam menurunkan paras bunyi.



Apa yang membanggakan saya denga pelan PSKL ini adalah, walaupun pihak kerajaan tahu bahawa setiap pembangunan itu boleh membawa kepada kesan negatif dan positifnya, tetapi mereka juga berusaha untuk menjaga, memelihara dan memulihara serta memberi pemahaman kepada penduduk betapa pentingnya alam sekitar kepada mereka. Oleh yang demikian aktiviti-aktiviti yang terkandung dalam PSKL hendaklah dilaksanakan dengan adanya penglibatan awam yang membantu mencapai alam sekitar mapan dalam mengoptimumkan penggunaan sumber-sumber yang ada.

Konsep eko-perkongsian, yang memberi penekanan kepada usaha perancangan pelbagai pihak yang berkepentingan seperti perusahaan swasta, pelbagai agensi kerajaan, organisasi berasaskan komuniti dan bukan kerajaan (CBOs dan NGOs) bagi menjalankan aktiviti kajian dalam meningkatkan kesedaran awam tentang persekitaran mapan akan dipromosikan dan dipertingkatkan. Kempen ‘jalan bersih’, ‘udara bersih’ dan ‘air bersih’ di mana DBKL dengan kerjasama NGOs dan konsesi swasta telah menerajui untuk meluaskan konsep eko-perkongsian merupakan aktiviti-aktiviti yang boleh mengekalkan alam sekitar di KL. Selain itu, pihak awam juga akan digalakkan mengamalkan Konsep 3R, iaitu ‘Reduce’ (mengurang), ‘Reuse’ (mengguna semula) dan ‘Recycle’ (mengitar semula).

pendek kata, walaupun pelan perancangan PSKL dapat memperindahkan bandaraya KL namun terdapat juga halangan-halangan yang boleh menjadi cabaran kepada perancangan pelan PSKL ini seperti yang yang dinyatakan sebelum ini.
Nurul Huda Lai bte Abdullah
March 17, 2006   04:54 PM PST
 
Tidak dinafikan PSKL 2020 membawa alam sekitar Kuala Lumpur kearah yang lebih sihat dan sejahtera. Ini kerana, kebanyakkan cadangan yang dicadangkan merupakan langkah kawalan terhadap isu-isu semasa yang timbul berkaitan dengan kemerosotan alam sekitar Bandaraya Kuala Lumpur. Dalam cadangan kerajaan untuk menjadikan Bandaraya Kuala Lumpur sebagai Bandaraya Taman Tropika, ia merupakan satu cadangan yang baik. Ini kerana ia akan mengindahkan suasana persekitaran bandaraya yang selalunya sesak dengan manusia dan kenderaan, bunyi-bunyian mesin dan kenderaan motor, dan bencana alam akibat aktiviti manusia yang semakin ‘rakus’ dalam aktiviti pembangunan. Dengan wujudnya landskap yang menarik denagn tanaman pokok-pokok akan mengurangkan tekanan para pemandu semasa dalam kesesakan dan ia mengurangkan kebisingan. “sumber-sumber utama pencemaran udara di bandaraya adalah seperti pembakaran terbuka, pelepasan dari kenderaan bermotor dan keja pembinaan serta sumbangan kecil daripada industri di pinggir bandaraya”. Keadaan ini menyebabkan pencemaran udara yang berlaku akibat daripada pelepasan gas karbon dioksida, nitrogen oksida (NOx) dan sebatian mudah ruap (VOCs). Selain itu, persekitaran fizikalnya juga harus dipelihara dengan kawalan dan penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa. Ia merangkumi aspek cerun-cerun curam, kualiti air sungai dan kawasan mudah banjir. Untuk mengatasi masalah-masalah ini, penglibatan awam amat diperlukan. “ pihak awam digalakkan mengamalkan konsep 3R, iaitu ‘Reduce’ (mengurang), ‘Reuse’ (mengguna semula) dan ‘Recycle’ (mengitar semula)” ini merupakan bentuk kerjasama yang perlu dari pihak awam. Kawalan terhadap semua fenomena ini adalah perlu untuk menjamin kesejahteraan penduduknya. Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa cadangan yang tidak sesuai dilaksanakan di kawasan Bandaraya. “ pemuliharaan alam semulajadi bandaraya, termasuk pokok dan tumbuhan asli, haiwan dan burung, dan mengukuhkan cirri-ciri tropika Bandar raya”. Dari aspek tumbuhan asli, sememangnya boleh di pulihara di kawasan bandaraya, tetapi jika haiwan dan burung serta pokok berbuah di pulihara di kawasan bandaraya adalah tidak sesuai. Ini kerana, haiwan-haiwan ini akan berkeliaran di bandaraya dan mungkin akan menyebabkan haiwan tersebut dilanggar oleh kenderaan. Manakala untuk pokok yang berbuah juga kurang sesuai kerana ia mendorong binatang-binatang dan haiwan-haiwan untuk datang dan memakan buah tersebut dan kawasan bandaraya akan menjadi kotor dengan najis-najis binatang. Fenomena gukan hanya akan menyebabkan bandaraya Kuala Lumpur sesak dengan manusia dan kenderaan malah dengan haiwan dan binatang sekali.
Rasistha Alwarince
March 17, 2006   11:05 AM PST
 
Status Bandaraya Kuala Lumpur sebagai ‘Ibu Negara’ dapat menggambarkan betapa pentingnya Kuala Lumpur ini dijaga imejnya sebagai mercu tanda negara ini. Pembangunan demi pembangunan telah dijalankan di Kuala Lumpur ini bermula sebelum negara mencapai kemerdekaan lagi. Kawasan Kuala Lumpur ini pada mulanya merupakan satu kawasan perlombongan bijih timah yang utama bagi bagi penjajah British dan sekarang ianya ialah bandaraya yang paling utama bagi negara ini. Aktiviti pembangunan yang dilakukan adalah untuk meletakkan bandaraya ini sebagai bandaraya bertaraf dunia mengakibatkan banyak implikasi positif dan negatif keatas alam sekitar di Kuala Lumpur. Bagi mengimbangi implikasi ini, “Pelan Struktur Kuala Lumpur (PSKL), 2020” telah dicadangkan bagi mengatasi beberapa kelemahan yang ada dalam pelan struktur terdahulu.

Setelah meneliti idea dalam PSKL (2020) ini, kita dapat lihat betapa kerajaan dengan sedaya upaya cuba untuk mengimbangi pembangunan di Kuala Lumpur ini agar tidak memberikan implikasi yang melampau kepada alam sekitar di kawasan ini. Namun begitu, kita sebagai manusia hanya mampu untuk merancang dan segala rancangan yang dilakukan tidak mungkin ada yang sempurna. Begitu juga dengan PSKL ini dimana terdapat beberapa kelemahan yang ketara boleh dilihat, namun kita juga tidak boleh menafikan kelebihan dalam PSKL 2020 ini yang bakal membawa kepada alam sekitar Kuala Lumpur yang lebih sihat dan sejahtera.

Berdasarkan kepada kelemahan yang berlaku dalam PSKL 1984 seperti mengenai hakisan tanah di kawasan cerun, masalah banjir, ancaman kepupusan hutan dan sebagainya. Melalui PSKL 2020 ini, kita dapat melihat bahawa ianya mempunyai banyak dasar dan cadangan yang pasti akan membawa kepada kesejahteraan dan kesihatan alam sekitar Kuala Lumpur. Kesemua cadangan dan stretegi yang digariskan ini jika dilihat sekali pandang adalah sangat sempurna dan pasti akan membawa kepada kesan positif kepada alam sekitar Bandaraya Kuala Lumpur. Ini dapat dilihat melalui objektif yang digariskan dalam PSKL, 2020 seperti berikut:

• mewujudkan Bandar Taman Tropika yang sensitif kepada tapak semula jadi dan sesuai dengan lokasiwilayah tropikanya;
• meneruskan pengekalan keseimbangan yang saksama antara pembangunan, ekologi dan warisannegara;
• meningkatkan persekitaran kehidupan bandar raya; dan
• mencapai persekitaran yang bebas daripada sebarang bentuk pencemaran utama.

Namun begitu, jika diteliti dengan lebih mendalam PSKL, 2020 ini, kita dapat melihat terdapat beberapa kelemahan didalamnya. Antaranya ialah mengenai kualiti air sungai yang berkaitan dengan pelepasan air buangan yang tidak dirawat, dimana ianya lebih menumpukan kepada air buangan dari kawasan setinggan sahaja. Sememangnya tidak dinafikan kawasan setinggan banyak melepaskan air buangan yang tidak dirawat ke sungai dan seterusnya menyebabkan pencemaran air. Namun begitu, dalam PSKL ini juga seharusnya dimasukkan mengenai air buangan daripada sektor perkilangan dan perindustrian kerana walaupun mereka mempunyai kolam rawatan air buangan. Perlu diteliti, apakah kesemuanya ini mematuhi peraturan yang ditetepkan. Persoalan ini juga seharusnya dimasukkan dalam PSKL ini.

Disamping itu, kelemahan lain yang dapat dilihat dalam PSKL, 2020 ini ialah mengenai aspek estetika kawasan bandaraya iaitu rancangan menjadikan kawasan ini sebagai “Bandaraya Taman Tropika”. Antaranya dengan mempromosikan program pengindahan dan lanskap kawasan kediaman, perdagangan dan perindustrian. Langkan ini dilihat sebagai satu tindakan yang bijak kerana hasilnya pasti akan dapat mambawa kepada alam sekitar yang sihat dan sejahtera di bandaraya ini. Namun begitu, langkah yang lebih drastik dan tegas perlu dilakukan bagi mencapai matlamat program ini seperti mewajibkan semua kawasan kediaman, perindustrian dan perdagangan mengindahkan serta melanskapkan kawasan mereka. Hal ini kerana jika tindakan yang tidak tegas ini tidak diambil, dikuatiri program ini tidak berjaya disebabkan perbelanjaan untuk mengindahkan dan melanskap kawasan adalah mahal dan tidak akan memberikan keuntungan ari segi kewangan kepada mereka.

Selain itu, dalam PSKL 2020 ini juga kita dapat melihat kelemahnya dari segi mengawal hakisan, ancaman kepupusan hutan dan seterusnya kepupusan flora dan fauna di kawasan Bandaraya Kuala Lumpur ini. Dalam PSKL, 2020 ini kita dapat lihat bahawa kerajaan berusaha untuk mengawal hakisan di cerun curam dengan tidak membenarkan aktiviti pembangunan di kawasan cerun yang melebihi tahap. Jika begitu, pembangunan masih lagi boleh dilakukan di kawasan cerun curam dan ini pasti akan menimbulkan bukan sahaja masalah hakisan namun juga turut akan mengancam kepada kepupusan hutan dan flora dan fauna kawasan ini. Jika ini berlaku, persoalan mengenai ingin melahirkan “Bandaraya Taman Tropika” perlu difikirkan semula kerana bagaimana idea ini terlaksana jika dikawsan cerun curam juga turut dibangunkan. Oleh itu, kerajaan perlu dengan tegasnya agar tidak membenarkan aktiviti di kawasan cerun curam ini dilakukan.

Pendek kata, aktiviti pembangunan ini sememangnya penting untuk menaikkan imej Bandaraya Kuala Lumpur dimata dunia. Namun, apakah kita perlu mengorbankan alam sekitar di Bandaraya Kuala Lumpur yang sememangnya mengalami masalah alam sekitar yang kritikal untuk harga sebuah pembangunan. Fikirkan.....
Azman Bin Usman(HT2003-3893)
March 14, 2006   12:26 PM PST
 
DBKL cuba mewujudkan pelan iaitu Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup Bandar Raya setaraf dengan wawasan sebuah Bandar Raya bertaraf dunia. Pelan ini bertujuan untuk :

• mewujudkan Bandar Taman Tropika yang sensitif kepada tapak semulajadi dan sesuai dengan lokasi wilayah tropika.
• Meneruskan pengekalan keseimbangan yang saksama antara pembangunan, ekologi dan warisan negara.
• Meningkatkkan persekitaran kehidupan bandar raya
• Mencapai persekitaran yang bebas daripada sebarang bentuk pencemaran utama.

Dalam PSKL 2020, DBKL telah menjalankan program landskap dan pengindahan bertujuan mengubah persekitaran Bandaraya, terutamanya di Pusat Bandar Raya. Program-program seumpama ini seharusnya ditingkatkan dan diperluaskan untuk merangkumi semua kawasan kediaman, perdagangan dan perindustrian di Kuala Lumpur ke arah merealisasikan objektif mewujudkan sebuah Bandar Raya Taman Tropika. Dalam hal ini, DBKL akan mempromosikan program pengindahan dan landskap di kawasan kediaman, perdagangan dan perindustrian. Selain itu, DBKL akan turut menggiatkan penanaman pokok-pokok di tepi jalan serta melandskapkan kawasan lapang dan rekreasi.
Program tersebut akan mewujudkan pemandangan estetik yang lebih cantik selain boleh menyeimbangkan kandungan oksigen di Bandar Raya. Namun demikian, program landskap ini tidak sesuai dijalankan di kawasan perindusrian kerana pokok yang ditanam akan dilekati oleh debu-debu akibat aktiviti perindustrian.
Dalam PSKL 2020 juga, DBKL telah melaksanakan beberapa langkah untuk mengawal persekitaran fizikal. Pembangunan di kawasan berbukit akan diberi perhatian sementara air buangan dari pembentungan setempat akan dirawat dengan betul. Selain itu, DBKL akan bekerjasama dengan Jabatan Pengairan dan Saliran Persekutuan bagi mengekalkan kapasiti aliran sungai.. Penggunaan air terjun juga akan dibuat bagi memudahkan pengoksigenan dalam air sungai. DBKL juga akan cuba untuk memperbaiki sistem pembentungan untuk memastikan aliran tidak tersekat oleh sebarang halangan. Perumahan setinggan juga akan dirobohkan bagi mengurangkan punca pencemaran.
Program pemulihan semula sungai Klang dan Sungai Gombak juga akan diaktifkan semula bagi membekalkan air bersih kepada pengguna. Permohonan pembangunan struktur tetap yang ingin dijalankan dalam rizab sungai tidak akan diluluskan bagi mengawal pencemaran dikawasan tersebut. Laporan geoteknikal perlu disertakan bersama dengan permohonan pembangunan di kawasan pembentukan batu kapur bagi memastikan tidak berlaku runtuhan batu kapur.
Langkah pengawalan terhadap persekitaran fizikal di atas akan membawa kepada alam sekitar Kuala Lumpur yang lebih bersih dan sihat. Langkah tersebut boleh mengurangkan kadar hakisan tanah. Selain itu, penjagaan sungai dan kawalan sistem pembentungan boleh mewujudkan bekalan air bersih dan juga mengurangkan kebarangkalian berlakunya banjir di Sungai Klang dan Sungai Gombak. Selain itu, kualiti air sungai juga dapat ditingkat dengan adanya rawatan terhadap air hasil pembentungan. Pembinaan air terjun dapat meninggikan kadar oksigen dalam air (BOD)untuk hidupan akuatik. Laporan geoteknikal diperlukan bagi memastikan batu kapur yang menjadi keunikan KL dapat dipelihara.
Sistem taman yang baik akan cuba dilaksanakan oleh DBKL bagi mewujudkan kawasan hijau yang berkekalan. Satu rangkaian kawasan hijau akan diwujudkan dgn menghubungkan taman utama dan hutan simpan dengan rizab sungai, jalan, rel dan utiliti.
Selain itu, DBKL akan cuba memelihara baki kawasan hutan, hidupan liar dan kepelbagaian mapan di Bandar Raya. Kawasan hujau yang diwujudkan ini akan dapat membina habitat dan makanan kepada hidupan liar yang ada di Bandar Raya selain mewujudkan pemandangan yang hijau dan indah di Kuala Lumpur.
Kawalan pencemaran juga merupakan antara langkah yang diambil oleh puhak DBKL dalam PSKL 2020. Antara langkah yang dcadangkan adalah penguatkuasaan langkah2 mengawal pencemaran udara. DBKL akan bekerjasama dgn Jabatan Alam Sekitar bagi memastikan pencemaran udara dapat dielakkan atau sekurang-kurangnya dapat dikurangkan. Selain itu, DBKL akan cuba untuk mempromosikan pengangkutan awam dan mengurangkan penggunaan kenderaan sendiri. Langkah ini bertujuan untuk mengurangkan pencemaran udara yang berpunca daripada asap kenderaan. Langkah menjauhkan jarak antara jalan utama dgn kwsn kediaman boleh mewujudkan keselesaan kepada penduduk kerana bunyi bising daripada kenderaan akan mengganggu ketenteraman penduduk berdekatan. Dalam pwlan tersebut juga, DBKL akan merawat Tanah tercemar dan kemudian dikhaskan sbg kawasan hijau sensitif bagi mewujudkan kawasan hijau. Walaupun tempoh rawatan tersebut mengambil masa lebih kurang 20 tahun, namun setidak-tidaknya dapat memelihara kawasan hijau di samping mengekalkan keseimbangan udara di bandar raya.
DBKL juga turut memasukkan penyertaan awam dalam PSKL 2020 bertujuan menggalakkan kerjasama antara pelbagai sektor bagi menjadikan alam sekitar Kuala Lumpur sihat dan sejahtera. Peranan dan kesedaran orang awam cuba ditonjolkan dengan mengadakan kempen kesedaran serta menggalakkan kerjasama daripada agensi kerajaan dan swasta bagi memastikan alam sekitar terhindar dari sebarang bentuk pencemaran. Selain itu, penyelarasan langkah dan undang2 juga akan dilaksanakan bagi semua pihak termasuk Jabatan Alam Sekitar, para pemaju projek pembangunan dan DBKL sendiri bagi memastikan tiada kekeliruan dan perselisihan berlaku di kalangan mereka serta memastikan pengurusan alam sekitar diberi perhatian oleh semua pihak yang terlibat. Kerjasama dan peranan yang dimainkan oleh pelbagai pihak amat penting kerana setiap anggota masyarakat khususnya penduduk Bandar Raya perlu sedar akan tanggungjawab masing2 bagi memastikan persekitaran bandar raya sihat dan sejahtera.
Justeru, secara keseluruhannya, saya bersetuju dengan pendapat bahawa PSKL 2020 dapat mewujudkan persekitaran Bandar Raya Kuala Lumpur yang bukan sahaja indah, malah dapat mengekalkan warisan negara, memelihara flora dan fauna serta mengurangkan pencemaran alam sekitar.
JAMLIN MAIDIN (HA2003-1215)
March 12, 2006   01:07 PM PST
 
Pada pendapat saya, Kuala Lumpur smemangnya mempunyai pelan struktur yang begitu mantap. Dengan adanya pelan struktur ini sememangnya pembangunan di kawasan ini dapat disusun dengan berpandukan pelan struktur yang telah di sediakan. jika dirujuk pada artikel Pelan Struktur Kuala Lumpur menekankan bahawa setiap pembangunan adalah seboleh-bolehnya tidak mewujudkan pembangunan di sekitar lereng bukit bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti hakisan serta tanah runtuh yang mengakibatkan banjir lumpur atau pun kemalangan harta dan jiwa.

Walaupun begitu, pelan struktur yang dicadangkan ini sebenarnya hampir terlewat kerana pemangunan di sekitar Kuala Lumpur sudah pun melebarkan sayapnya sehingga ke kawasan negeri-negeri yang berhampiran seperti Selangor, negeri Sembilan dan Perak. oleh itu pembangunan yang ada pada kawasan ini sememangnya tidak dapat lagi dibendung daripada terus berlaku.

Namun persoalan yang seharusnya ada pada diri kita, adalah persekitaran yang bagaimana kita inginkan dalam hidup kita? adakah persekitaran yang lebih banyak wujud hasil buatan manusia atau persekitaran yang diwujudkan secara semulajadi olehNYA? jika dibuat kajiselidik sudah pasti jawapan yang akan lebih dominan berpendapat memilih keaslian dan yang wujud secara semulajadi menjadi pilihan utama. sungguhpun begitu, semulajadi yang diinginkan di Kuala Lumpur sememangnya tidak banyak lagi yang tinggal.
Jadi tindakan yang hanya boleh diambil adalah dengan mewujudkan suatu persekitaran yang diciptakan oleh manusia dengan meminjam ciptaan Tuhan seperti menanam tumbuh-tumbuhan landskap di kawasan Bandaraya Kuala Lumpur.

Namun persoalan penting yang harus ditanya, apakah persekitaran dapat dipulihkan berdasarkan penilaian estetik dalam diri manusia. penyediaan landskap yang pelbagai dalam bandaraya sebenarnya masih lagi tidak akan dapat mewujudkan persekitaran yang sihat untuk manusia. manusia bukan sahaja mencintai keindahan tetapi juga turut merindui ketenangan persekitaran. bandaraya walaupun dihiasi dengan pelbagai warna kehidupan yang menarik tetapi pembangunan yang sungguh pesat dengan jumlah mansia yang begitu ramai termasuklah kenderaan yang banyak menyusuri jalan tidak akan menjajikan ketenangan dalam hidup manusia.

Sungguhpun begitu usaha yang dijalankan oleh mereka yang bertanggunjawab untuk mengekalkan serta memperbaikai kekurangan dalam persekitaran sememangnya tidak boleh diperlekehkan. oleh itu kombinasi semua pihak mengekalkan persekitaran yang lebih mantap perlulah dipertingkatkan bagi menjamin kesejahteraan hidup masyarakat.
Name KAMISAH ARIFFIN @ ENDUNY
March 11, 2006   06:29 PM PST
 
Setelah menganalisis Pelan Perancangan PSKL 2020, sememangnya pelan tersebut secara tersuratnya memberikan gambaran yang positif dalam usaha untuk membawa kepada alam sekitar yang lebih sihat dan sejahtera.

Sebagai contoh, terdapat beberapa kesedaran terhadap kelemahan tentang keadaan semasa dikuala Lumpur yang berkaitan dengan isu cerun-cerun curam dan juga tentang kualiti air sungai yang tercemar di sekitar sungai Kuala Lumpur. Begitu juga dengan isu kawasan mudah banjir yang disebabkan oleh pembangunan struktur di dalam rizab sungai mengurangkan kapasiti aliran sungai di bandar raya dan meningkatkan kebarangkalian berlakunya banjir, serta pelbagai isu seperti tanah Jerlus, isu flora dan fauna yang masih terancam akibat pembangunan, pencemaran udara, bunyi dan darat.

Berdasarkan isu semasa ini juga, pelan perancangan tersebut telah menganalisis beberapa langkah tambatan bagi mengurangkan/mengelakkan segala masalah yang telah dikenalpasti. Antaranya, beberapa dasar yang dicadangkan dalam EN1, EN2 hinggalah EN20.

Namun, walaupun secara tersuratnya semua perancangan yang tercatat di dalam pelan tersebut, indah-indah belaka.... tetapi secara realitinya adakah segala langkah tambatan itu dapat dilaksanakan @ logik untuk dilaksanakan oleh pihak perancang pelan PSKL. Sebagai contoh, dalam dasar EN8. Di mana, DBKL akan dengan kerjasama pemegang konsesi pembentungan, memastikan tiada lagi pelepasan air buangan domestik yang tidak dirawat ke dalam sistem sungai dan perparitan. Tetapi sejauhmana penguatkuasaan dan tindakan pihak DBKL dalam menangani masalah ini. Seperti yang kita ketahui kini, segala isu alam sekitar jika bukan Karamsingh Waliah (TV3) yang turun padang, sudah tentu kita tidak sedar terhadap isu ini masih berlaku. Mana perginya pihak DBKL yang sepatutnya bertanggungjawab untuk mencari dan mengatasi masalah ini?

Begitu juga dengan dasar EN16 dalam usaha untuk mengurangkan pencemaran bunyi di dalam bandar raya. Saya menyokong pendapat Lai Chew Fong bahawa dasar tersebut tidak spesifik. Seperti yang diketahui, pencemaran bunyi yang terlalu tingi akan menimbulkan kesan sampingan dalam jangka masa singkat @ panjang seperti hilang pendengaran, stress dan pelbagai penyakit berkaitan dengan saluran pendengaran. Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini langkah tambatan yang dicadangkan dalam dasar EN16 merupakan satu langkah yang sesuai (iaitu menggalakkan pengangkutan awam untuk kurangkan kenderaan persendirian tambahan lagi, sekarang minyak dah naik). Tetapi adakah langkah itu sahaja dapat mengurangkan pencemaran bunyi? mana usaha untuk mengurangkan pencemaran yang disebabkan aktiviti industri yang mencatatkan tahap bunyi bising (dBA) di KL yang paling tinggi iaitu sebanyak 76.1dBA (Sumber: Hamidi Ismail, 2001). Sebenarnya, sangat perlu langkah tambatan bagi mengurangkan pelbagai punca pencemaran di KL dan bukan hanya melihat punca daripada kenderaan bermotor.

Oleh itu, sebagai penutup kata....pelan perancangan PSKL 2020 ini memang menarik hati tetapi tidak dapat dinafikan pelan tersebut mungkin juga boleh menjadi 'indah kata dari rupa'. Apa yang penting di sini, tindakan pelaksanaan segala dasar yang dicadangkan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dilakukan dalam usaha untuk membawa kepada alam sekitar KL yang lebih sihat dan sejahtera...
Phan Mee Kie
March 10, 2006   11:00 PM PST
 
Menurut artikel itu,kita dapat menilai usaha dan pencapaian yang seperti mana yang telah disenaraikan dalam alam sekitar PSKL 1984 yang berobjektifkan untuk menjamin taraf alam sekitar yang sebaik mungkin dengan memperbaiki dan memelihara perseimbangan yang bijak di antara pembangunan, ekologi dan warisan negara’. Namun nampaknya banyak kegagalan dan kelemahan dalam PSKL 1984. Hal ini disebabkan masih berlakunya isu dan masalah alam sekitar yang tidak dapat diatasi malahan bertambah teruk keadaannya. Misalnya, negeri Kuala Lumpur yang merupakan satu wilayah yang sering berkait rapat dengan isu hakisan tanah dan ketidakstabilan cerun telah dijadikan satu isu yang penting sejak tahun 1984 namun langkah-langkah untuk menstabilkan cerun atau menutup tanah-tanah terbuka dalam pembangunan baru adalah penyebab utama hakisan tanah. PSKL 1984 telah mengambil kira isu hakisan tanah dan kestabilan cerun serta menyediakan garis panduan untuk pembangunan. Walau bagaimanapun, hakisan tanah dari tapaktapak pembinaan masih terus berlaku. Oleh itu, sekarang giliran pula pelan perancangan PSKL 2020 (spt yang digariskan dalam dokumen tersebut) untuk merentasi penilaian terhadap pencapaian yang membawa kepada alam sekitar KL yang lebih sihat dan sejahtera.

Pada pendapat saya, kebanyakan dasar dan langkah yang telah dibincangkan hanya sekadar permukaan umum dan tidak disertai bagaimana langkah yang akan dilaksanakan untuk mengatasi isu-isu semasa yang wujud itu. Ini langsung tidak dapat menyakinkan kita lebih-lebih lagi penduduk sekitar Kuala Lumpur bahawa perancangan PSKL 2020 boleh membawa kepada alam sekitar Kuala Lumpur yang lebih sihat dan sejahtera. Mari kita melihat mengenai dasar dan langkah yang telah disenaraikan dalam pelan ini. Terdapat beberapa langkah dan dasar yang menjurus masalah-masalah yang sedang berlaku di Kuala Lumpur. Contohnya, Dasar: EN 13: DBKL akan memelihara baki kawasan hutan dan mengekalkan kepelbagaian mapan serta populasi hidupan liar di dalam Bandar Raya. Saya kurang senang hati dengan cadangan yang diambil ini, bukanlah kerelevenannya tetapi adalah disebabkan kelewatannya. Mengapa pada awalnya tidak insaf dan enggan melakukan tindakan yang bakal menghalangkan pembangunan yang tidak ada batasan? Jika ada langkah pengawalan yang cekap pada permulaan maka masalah pengurangan kawasan hutan rimba yang akan menjejaskan pelbagai populasi hidupan liar (flora dan fauna) pastinya tidak akan berlaku pada masa kini. Tambahan baki hutan di Kuala Lumpur masih di bawah ancaman pembangunan dan pencerobohan pembangunan dalam kebanyakan kes telah menjadikan kawasan hutan tidak lagi mapan sebagai habitat semula jadi kehidupan liar. Di sesetengah kawasan, keseluruhan koloni telah lenyap sementara di habitat lain, hidupan liar terpaksa mencari sumber makanan di luar habitatnya hingga menimbulkan konflik dengan penduduk di kawasan perumahan bersebelahan. Oleh itu, kesan dan keadaan yang terlampau teruk adalah sukar untuk mengatasinya dan seolah-olah tidak dapat diselamatkan lagi. Oleh itu, jika akan tahu akibatnya kenapa masih degil lagi untuk melakukannya (pembangunan yang jenis membuta buli)? Oleh itu, saya ragu dan tidak yakin dengan keupayaan dan kemampuan terhadap dasar ini.

Berdasarkan penurunan jumlah lalu lintas jalan raya mempunyai hubungan secara langsung terhadap pengurangan pencemaran udara dan dasar-dasar pengangkutan yang mempromosikan penggunaan pengangkutan awam berbanding pengangkutan persendirian bukan sahaja membantu dalam pengurusan permintaan lalu lintas, tetapi juga dapat mengurangkan pencemaran udara. Ini adalah merupakan satu cadangan yang tidak releven dan sukar serta tidak wajar dilaksanakan. Oleh adalah perlunya pihak berkuasa untuk memutarakan cadangan yang lebih sesuai untuk usaha mengatasi masalah kualiti udara. Begitu juga dengan langkah mengatasi masalah pencemaran bunyi yang telah dinyatakan dalam Dasar: EN 16: DBKL akan melaksanakan langkah-langkah untuk menurunkan paras bunyi di Bandar Raya dengan kaedah mempromosikan pengangkutan awam dan mengurangkan kenderaan persendirian di jalan raya.

Namun sedihnya di sini sebab sambutannya yang tidak baik di kalangan penduduk sekitar sewaktu kempen ini diutarakan walaupun saya tidak menafikan bahawa terdapat beberapa negara yang telah menjayakan kempen berkongsi kereta dan penggunaan kenderaan awam seperti contoh yang dinyatakan oleh saudari Lai Chiew Fong dalam blog 3 seperti negara Itali dan Austuria. Namun kerajaan Malaysia masih gagal menjayakan kempen yang seperti ini, Oleh itu, adakah tiba masa pihak yang berkuasa ini perlu memikirkan cara lain yang lebih baik untuk mengatasi pencemaran bunyi? Bukan sekadar hanya degil dan keras kepala untuk meneruskan usaha yang dirancangkan sebelum itu sebab kita sudah tahu bahawa kaedah ini tidak lagi berkesan dan tidak dapat membantu dalam pengurangan pencemaran bunyi. Oleh itu, masa yang emas untuk menyelamatkan alam sekitar Kuala Lumpur usah dibazir begitu sahaja dengan langkah yang tidak wajar.

Dalam petikan ini banyak menekankan tanggungjawab dan peranan yang diambil alih oleh DBKL ini. Semuanya: DBKL akan….DBKL akan….dan DBKL akan…. Ya memang tidak dinafikan bahawa itu peranan khasnya, Tetapi adakah kesemua tanggungjawab ini dapat dilaksanakan dengan baik dan sepenuhnya? Jika sekadar ada dasar-dasar sahaja tanpa usaha maka tidak mungkin dapat melihat hasilnya. Dan sekiranya tidak mendapat hasilnya maka tetap gagallah pelan PSKL 2020 ini yang berhasrat untuk membawa kepada alam sekitar Kuala Lumpur yang lebih sihat dan sejahtera. Kan bagus kalau kalau akan bertukar dengan Telah? DBKL telah…DBKL telah ….DBKL telah… (berjaya ekoran usaha). Sekiranya cadangan-cadangan ini hanya main cakap-cakap kosong saja apa gunanya? Sebab masalah alam sekitar tetap akan berlaku malahan akan bertambah teruk lagi. Oleh itu, pergerakaan dan tindakan serta usaha adalah langkah yang terbaik untuk mencapaikan hasilnya. Oleh itu, jika kerajaan mampu mengetuai dalam usaha menjalankan langkah atau cadangan yang telah disenaraikan baru penduduk sekitar akan mengetahui tentang usaha dan pencapaian DBKL yang ingin menyelamatkan keadaan KL serta akan turut serta dan menyokong sepenuhnya dengan usaha DBKL ini untuk sama-sama mengatasi masalah yang sedia ada. Kalau dengan ini, maka pencapaian akan mencapai tahap yang berkali ganda baiknya. Semangat perpaduan adalah satu modal yang paling bernilai untuk sebarang usaha atau perjuangan.

Walaupun adanya kelemahan dalam Pelan Perancangan PSKL 2020 ini, namun tetap terselitnya juga dengan beberapa potensi yang baik berdasarkan langkah yang telah disenaraikan. Misalnya, dalam usaha mengatasi masalah kualiti air sungai yang menyatakan syarat penting bagi meningkatkan kualiti air sungai ialah dengan memastikan semua air buangan dari pembetungan setempat dirawat dengan betul sebelum dilepaskan ke dalam sistem sungai dan perparitan. Dasar-dasar yang berkaitan adalah seperti Dasar: EN 8: DBKL akan, dengan kerjasama pemegang konsesi pembetungan, memastikan tiada lagi pelepasan air buangan domestik yang tidak dirawat ke dalam sistem sungai dan perparitan. Program penempatan semula setinggan akan membantu meningkatkan kualiti air dengan mengurangkan punca utama pencemaran. Walau bagaimanapun, kaedah alternatif untuk membersihkan laluan air Bandar Raya dengan menggunakan teknologi yang maju dan efektif kos akan dikaji. Kaedah ini termasuklah penggunaan air terjun kecil bagi meningkatkan pengoksigenan dan pengudaraan sungai dan membaiki kapasitinya untuk menyokong hidupan akuatik dan Dasar: EN 9: DBKL akan mengkaji kemungkinan pendekatan-pendekatan baru bagi meningkatkan pengoksigenan, pengudaraan dan kualiti air sungai Bandar Raya untuk menyokong hidupan akuatik di dalam sungai.

Bagi kawasan yang mudah dibanjiri, DBKL akan terus bekerjasama dengan Jabatan Pengairan dan Saliran Persekutuan dalam mengekalkan kapasiti aliran sungai serta memastikan tidak berlaku sebarang sekatan. Pembinaan perangkap-perangkap pepejal terampai di hulu sungai dan di lokasi strategik yang lain untuk mengumpul sisa buangan dan mengurangkan sebarang sekatan akan dikaji semula bagi menyediakan langkah jangka panjang yang lebih berkesan untuk mengelakkan banjir.

Selain itu, berdasarkan penjelasan dasar yang menyatakan penyertaan awam agak sistematik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk mencapai objektif perancangan ini. persekitaran mapan Dasar ini telah menjelaskan bahawa kepentingan penglibatan pihak awam seperti yang dilaksanakan selaras dengan konteks Local Agenda 21. Penglibatan awam hendaklah membantu mencapai alam sekitar mapan dalam mengoptimumkan penggunaan sumber-sumber yang ada. Konsep eko-perkongsian, yang memberi penekanan kepada usaha perancangan pelbagai pihak yang berkepentingan seperti perusahaan swasta, pelbagai agensi kerajaan, organisasi berasaskan komuniti dan bukan kerajaan (CBOs dan NGOs) bagi menjalankan aktiviti kajian dalam meningkatkan kesedaran awam tentang akan dipromosikan dan dipertingkatkan. Terdapat pelbagai kempen yang berlangsung adalah seperti Kempen ‘jalan bersih’, ‘udara bersih’ dan ‘air bersih’ di mana DBKL dengan kerjasama NGOs dan konsesi swasta telah meneraju i untuk meluaskan konsep eko-perkongsian. Pihak awam juga akan digalakkan mengamalkan Konsep 3R, iaitu ‘Reduce’ (mengurang), ‘Reuse’ (mengguna semula) dan ‘Recycle’ (mengitar semula) yang dapat dijalankan pada peringkat kejiranan.

Di samping itu, satu lagi dasar yang menyatakan bahawa: DBKL akan bekerjasama dengan kerjasama agensi kerajaan lain, sektor awam dan swasta, mengambil langkah proaktif bagi memastikan pembangunan ekonomi, fizikal dan sosial mapan sesuai dengan persekitaran sedia ada juga merupakan satu langkah yang bagus untuk mengumpulkan semangat dan keupayaan untuk sama-sama mengatasi masalah yang ada.

Secara kesimpulannya, pelan perancangan PSKL 2020 (spt yang digariskan dalam dokumen tersebut) pasti boleh membawa kepada alam sekitar Kuala Lumpur yang lebih sihat dan sejahtera jika adanya pergerakan dan tindakan atas langkah dan cadangan yang telah digariskan itu. Manakala segala cadangan yang mempunyai kelemahan harus diubahsuai supaya mencapai kadar pencapaian dan keberkesanaan yang paling tinggi dalam mengatasi masalah alam sekitar serta menjadikan Kuala Lumpur yang lebih sihat dan sejahtera..
CHANG YAN SAN
March 8, 2006   08:47 PM PST
 
Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya dan ibu negara yang amat pesat membangun, seringkali didatangi masalah atau isu alam sekitar akibat daripada kesan kepesatan aktiviti pembinaan sistem pengangkutan, perumahan, perindustrian dan aktiviti pembangunan lain. Bagi memastikan bahawa persekitaran bandar raya KL sentiasa dalam keadaan yang terkawal dan terjaga (atau sekurang-kurangnya dalam keadaan yang mana kerosakan alam sekitarnya adalah seminimum mungkin), langkah pencegahan, kawalan atau pembaikan sering diambil untuk mengatasi masalah alam sekitar yang melanda.

Pada pendapat saya, pelan perancangan PSKL 2020 ini secara umumnya boleh dan mampu membawa kepada alam sekitar KL yang lebih sihat dan sejahtera kerana pelan perancangan PSKL 2020 adalah dihasilkan dengan mengambil kira kelemahan pelan perancangan terdahulu seperti PSKL 1984. Pertimbangan alam sekitar dalam PSKL 1984 telah banyak dihadkan kepada langkah kawalan pencemaran, namun sehingga kini, isu pencemaran alam sekitar masih berterusan malah lebih hangat diperbicarakan oleh orang ramai. Oleh itu, PSKL 2020 telah bertindak lebih positif ke arah mewujudkan persekitaran yang selesa, ceria dan merangsang contohnya Bandar Raya Taman Tropika tanpa mengehadkan pertimbangan alam sekitar hanya kepada aspek kawalan pencemaran sahaja.

Tambahan pula, pelan perancangan PSKL 2020 dikatakan boleh membawa kepada alam sekitar KL yang lebih sihat dan sejahtera kerana pelan ini dihasilkan bukan sekadar hujahan dasar atau cadangan kosong sahaja kerana pelbagai isu alam sekitar dari pelbagai aspek telah dibincangkan terlebih dahulu pada peringkat awal pelan ini dengan tujuan supaya langkah-langkah mengatasi masalah alam sekitar dapat diputuskan secara lebih tepat dan efektif pelaksanaannya selepas penelitian satu per satu isu alam sekitar secara spesifik. Dalam PSKL 2020, pelbagai dasar yang melibatkan EN1 – 20 telah digaris untuk mengatasi masalah alam sekitar dari pelbagai aspek. Berikut ini kita menyentuh beberapa dasar atau cadangan PSKL 2020 dengan merujuk kepada isu-isu alam sekitar yang lebih kerap berlaku di KL.

Kehidupan penduduk KL sekarang sangat mendesak kerana terpaksa bersaing dengan individu lain dan juga masa untuk mencapai suatu kejayaan atau demi sesuap nasi. Keadaan ini membuatkan mereka sering dalam perasaan jiwa yang tertekan. Maka, untuk membentuk sebuah persekitaran Bandar raya yang lebih sihat, ceria dan merangsang, DBKL telah melaksanakan program landskap dan pengindahan selari dengan usaha ke arah merealisasikan objektif mewujudkan sebuah Bandar Raya Taman Tropika. Program ini telah berjaya membantu mengubah persekitaran di Pusat Bandar Raya KL khasnya dan akan dipergiatkan ke kawasan kediaman, perdagangan dan perindustrian (EN1). Selain itu, DBKL akan menggiatkan program penanaman pokok di tepi jalan serta melandskapkan kawasan lapang, rekreasi serta kawasan yang belum dibangunkan untuk meningkatkan ameniti persekitaran, memastikan sungai dilandskapkan dan tapak bekas lombong dipulihkan semula, mengintegrasikan sungai utama dan tapak bekas lombong terbiar sebagai suatu ameniti dan elemen reka bentuk bandar (EN2-5). Kesemua usaha ini adalah untuk mewujudkan Bandar Raya Taman Tropika yang mampu menyediakan suatu persekitaran dan pemandangan yang serba hijau dan udara serta suhu persekitaran yang nyaman serta selesa. Yang paling penting, ia mampu membekalkan suatu ruangan untuk menenangkan fikiran dan perasaan penduduk KL agar mereka tidak terus ketenatan mengejarkan kekayaan. Malah, penambahan pohon hijau dapat mengurangkan hakisan atau tanah runtuh di kawasan bercerun curam memandangkan akar-akar tumbuhan hijau dapat mencengkam atau merapatkan struktur tanah. Dengan itu, adalah mustahil persekitaran KL tidak dapat menjadi lebih sihat dan sejahtera di bawah konsep Bandar Raya Taman Tropika pada masa akan datang.

Pada masa kini, pembangunan di kawasan cerun melebihi 30 darjah masih berlaku dan ini menyebabkan ketidakstabilan cerun yang serius lalu mengakibatkan hakisan dan tanah runtuh seperti di Genting Highland dan Highland Tower. Hal ini terus berlaku walaupun adanya PSKL 1984 kerana kekurangan langkah-langkah untuk menstabilkan cerun atau menutup tanah-tanah terbuka dalam pembangunan baru. Oleh itu, PSKL 2020 telah bertindak bukan sahaja menyekat pembangunan di cerun yang melebihi tahap yang dibenarkan dalam dasar dan peraturan Kerajaan Persekutuan (EN6), malah meminta agar kajian geoteknikal dilakukan untuk semua pembangunan di kawasan lereng bukit (EN7). Tambahan, konsep ‘fit-to-terrain’ dalam reka bentuk susun atur dicadangkan dalam pelan tersebut agar diaplikasikan dalam pembangunan di kawasan bercerun curam. Kesemua dasar ini bermatlamat untuk memastikan pembinaan di cerun yang stabil sahaja agar risiko kehilangan nyawa dan harta akibat hakisan dan tanah runtuh dapat dikurangkan. Hal ini menjamin alam sekitar KL yang lebih aman sejahtera.

Pencemaran air Sg. Klang dan Gombak juga merupakan isu alam sekitar yang berbangkit di KL. Menyedari hakikat ini, DBKL akan bekerjasama dengan pemegang konsesi pembentungan, memastikan air buangan domestik dirawat sebelum dilepaskan ke dalam sistem sungai dan perparitan (EN8). Program penempatan semula setinggan turut dititikberatkan agar mengurangkan punca utama pencemaran. Selain itu, EN 9: DBKL akan mengkaji kemungkinan pendekatan baru seperti penggunaan air terjun kecil bagi meningkatkan pengoksigenan, pengudaraan dan kualiti air sungai Bandar Raya untuk menyokong hidupan akuatik di dalam sungai. Sedikit kemusykilan saya di sini, iaitu bagaimana pula keadaan persekitaran KL jika tiada sebarang pendekatan baru yang efektif yang dapat ditemui dan digunapakai untuk menjamin kualiti air sungai kerana buat masa kini, pendekatan ini masih berada dalam status “DIKAJI”? Ini adalah sedikit kelemahan pada dasar (ketidaktentuan keberkesanan atau kejayaan dasar) yang terdapat dalam PSKL 2020 untuk membentuk alam sekitar KL yang lebih sihat dan sejahtera. Namun, secara keseluruhannya, saya percaya PSKL 2020 boleh mewujudkan persekitaran KL yang lebih sihat dari aspek sumber air jika dasar-dasar yang disebutkan ini dapat dilaksanakan dengan sempurna dan berjaya.

Untuk mengurangkan kejadian banjir kilat di pusat Bandar Raya KL, DBKL akan terus bekerjasama dengan Jabatan Pengairan dan Saliran Persekutuan bagi mengekalkan kapasiti aliran sungai serta memastikan tidak berlaku sebarang sekatan. EN10 dan EN11: program pemulihan semula Sungai Klang serta Sungai Gombak akan diaktifkan semula, dan tidak akan meluluskan pembinaan struktur tetap di dalam rizab sungai yang membantu mengurangkan kapasiti aliran sungai. Perangkap pepejal terampai mungkin dipasang di hulu sungai untuk mengumpul sisa buangan dan mengurangkan sekatan bagi mengelakkan banjir daripada mengganggu fungsi Bandar Raya, merosakkan harta benda dan mengancam kehidupan manusia.

Ancaman terhadap baki kawasan hutan seperti Hutan Simpan Bukit Nanas turut berlaku akibat aktiviti pembangunan. Menyedari bahawa flora dan fauna semula jadi Bandar Raya perlu dipelihara untuk kepentingan penduduk Bandar Raya dan generasi seterusnya, dasar EN 13: DBKL akan memelihara baki kawasan hutan dan mengekalkan kepelbagaian mapan serta populasi hidupan liar di dalam Bandar Raya. Dalam pada itu, taman utama dan hutan simpan dengan rizab sungai, jalan, rel dan utiliti akan dirangkaikan bersama agar membantu mewujudkan persekitaran hidup yang mapan untuk hidupan liar. Program menanam pokok berbuah dan menyediakan stesen pemberian makanan dilaksanakan. Usaha ini bakal mewujudkan dan mengekalkan suatu ekosistem persekitaran yang mapan kepada flora dan fauna di samping mengukuhkan ciri-ciri tropika bandar raya KL selari dengan tahap pembangunan yang dicapai. Ringkasnya, pelan perancangan PSKL 2020 cuba mencapai keseimbangan antara penjagaan alam semulajadi dengan kegiatan pembangunan supaya membentuk alam sekitar KL yang sejahtera.

Pencemaran udara akibat pembakaran terbuka, pelepasan dari kenderaan bermotor dan kerja-kerja pembinaan serta sumbangan kecil daripada industri di pinggir Bandar Raya telah banyak menjejaskan kesihatan manusia dan jarak penglihatan. Lantaran, EN 14: DBKL akan memastikan pembinaan penampan semula jadi dan buatan manusia yang mencukupi di antara lebuh raya dan kawasan tepu bina lain dengan menanam pokok secara padat, pokok pagar dan pokok rimbun. Hal ini kerana pokok-pokok ini berjaya memerangkap debu yang berterbangan di udara lalu telah mengurangkan pencemaran udara. Keberkesanan dasar ini dalam PSKL 2020 akan dapat membentuk persekitaran KL yang lebih sihat dan bebas daripada pencemaran udara.

Di samping mengatur dasar mengawal pencemaran, EN18 dan EN20: DBKL akan menentukan serta mendokumentasikan dengan baik kawasan sensitif alam sekitar kerana ia mudah terdedah kepada hakisan, banjir, tanah jerlus, pencemaran dan sebagainya; dan akan menyelaras bersama pihak yang berkepentingan untuk melaksanakan garis panduan bagi memandu, mengawal dan mengurus pembangunan di KL. Lantaran, keseimbangan saksama di antara pembangunan, ekologi dan warisan negara dapat dikekalkan di samping mengelakkan kompromi antara alam semula jadi dengan bentuk warisan Bandar Raya KL yang selalunya menyebabkan kemerosotan persekitaran semula jadi Bandar Raya KL. Hasil daripada itu, alam sekitar yang lebih sihat dan sejahtera dapat diwujudkan di KL.

Selain memfokuskan isu alam sekitar, PSKL turut menekankan kepentingan penglibatan awam untuk membantu mencapai alam sekitar mapan. Di bawah konsep eko-perkongsian, DBKL dengan kerjasama NGOs dan konsesi swasta telah mengadakan kempen meningkatkan kesedaran awam tentang persekitaran mapan. Pihak awam juga akan digalakkan mengamalkan Konsep ‘Reduce’, ‘Reuse’ dan ‘Recycle’. Ringkasnya, dalam dasar EN 19: DBKL akan bekerjasama dengan agensi kerajaan lain, sektor awam dan swasta untuk bertindak secara proaktif bagi memastikan pembangunan ekonomi, fizikal dan sosial mapan sesuai dengan persekitaran sedia ada. Apabila berjaya membangkitkan kesedaran awam terhadap persekitaran, ia akan dapat menjamin persekitaran KL yang lebih sejahtera.

Sememangnya, PSKL 2020 telah membentangkan banyak dasar dan cadangan secara ringkas sahaja bagi mengatasi masalah alam sekitar dari pelbagai aspek yang seringkali berlaku di KL. Namun, kita TIDAK BOLEH menafikan bahawa itulah keprihatinan yang telah ditunjukkan oleh DBKL dan usaha gigih mereka yang bakal dipraktikkan ke arah membentuk satu persekitaran hidup yang lebih selesa dan sihat, seterusnya mengatakan bahawa PSKL tidak boleh membawa kepada alam sekitar KL yang lebih sihat dan sejahtera. Kalau hendak dibicarakan dasar tertentu (bagi sesetangah rakan) tidak diterangkan secara terperinci, (bagi saya) memang kesemua huraian dasar dalam pelan ini adalah jauh tidak lengkap. Dasar yang tidak dihurai secara terperinci dalam pelan ini tidak boleh terus dikatakan kelemahan PSKL dalam membentuk alam sekitar KL yang lebih sihat dan sejahtera kerana pelan ini adalah sekadar memberitahu secara ringkas dalam bentuk kata kuncinya antara langkah yang perlu dan bakal dilaksanakan oleh DBKL bersama pihak berkaitan untuk membendung masalah alam sekitar tertentu.

Cuma diharapkan di sini ialah agar suatu buku atau laporan pelan perancangan PSKL yang disertai dengan huraian konsep, dasar serta cadangan yang lengkap dapat dipamerkan kepada umum supaya semua pihak lebih memahami usaha kerajaan seterusnya menggalakkan kerjasama pelbagai pihak dalam hal penjagaan alam sekitar. Hal ini kerana sememangnya kesedaran, kerjasama dan penglibatan awam memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu pelaksanaan dasar. Dicadangkan di sini pula, iaitu apakah PSKL ini perlu dilengkapi dengan dasar-dasar yang dirasakan sesuai yang melibatkan penguatkuasaan undang-undang tertentu supaya turut membantu mengekalkan alam sekitar KL yang sempurna? Secara keseluruhannya, saya berpendapat bahawa PSKL 2020 ini memang dapat membawa kepada alam sekitar KL yang lebih sihat dan sejahtera tetapi DENGAN SYARAT jika kesemua dasar atau cadangan yang dikemukakan dalam pelan ini benar-benar dipraktikkan secara bersepadu oleh semua lapisan masyarakat dengan berkesan dan berjaya. ‘Bercakap kosong atau sekadar tercatat indah di kertas adalah tiada gunanya jika dasar itu tidak dilaksanakan dengan sepatutnya’.
connie ting kiat wee
March 8, 2006   08:46 PM PST
 
Kuala Lumpur merupakan satu bandaraya yang semakin pesat dan maju di Malaysia. Dengan itu, sudah pastilah terdapat banyak masalah alam sekitar yang berlaku di kawasan sekitarnya sehinggalah ia menjadi buah mulut orang di merata-rata tempat. Antaranya ialah pembangunan yang dijalankan di kawasan-kawasan cerun melebihi 30 darjah, pencemaran yang serius di Sungai Klang dan Sungai Gombak, banjir kilat pada waktu petang, tanah jerlus, ancaman flora dan fauna, pencemaran (udara, bunyi dan tanah) dan kawasan sensitif alam sekitar yang semakin terancam akibat daripada kekurangan garis panduan. Kesemua masalah alam sekitar ini telah menunjukkan betapa pentingnya PSKL 2020 untuk mengurangkan dan mengatasi masalah alam sekitar ini. Di sini, saya lebih bersetuju bahawa pelan perancangan PSKL 2020 ini boleh membawa alam sekitar KL yang lebih sihat dan sejahtera. Walaupun ia merupakan satu pelan yang dibanga-bangakan namun ia juga mempunyai sedikit kelemahan di dalamnya. Sebelum itu, marilah kita melihat kelebihan PSKL terlebih dahulu sebelum menjerus kepada kelemahan.

Melalui PSKL 2020, ia telah memberikan maklumat dan gambaran mengenai keadaan alam sekitar yang telah melanda DBKL secara ringkas dengan jelas dan tersusun. Seterusnya, dinyatakan langkah-langkah untuk mengatasi masalah alam sekitar yang telah melanda DBKL.

Dalam mengatasi masalah pencemaran air, DBKL telah bekerjasama dengan pemegang konsesi pembetungan untuk memastikan tiada lagi pelepasan air buangan domestik yang tidak dirawat ke dalam sistem sungai dan perparitan. Lantaran itu, Program penempatan semula setinggan dan pendekatan-pendekatan baru juga akan dikaji bagi meningkatkan pengoksigenan, pengudaraan dan kualiti air sungai Bandar Raya untuk menyokong hidupan akuatik di dalam sungai. Hal ini amat penting kerana pencemaran air bukan sahaja akan menjejaskan hidupan akuatik dari segi kemasukan udara ke dalam air laut dan hidupan laut tidak dapat bernafas lalu mati, malah ia turut menjejaskan kesihatan sekiranya penduduk luar bandar atau setinggan menggunakan air yang mengandungi bakteria tersebut untuk diminum atau mandi.. Kesemua ini patut diambil berat kerana ia akan menjejaskan pembangunan dan guna tenaga manusia pada masa depan dari segi kesihatan dan kecergasan.

Kawasan Mudah Banjir di DBKL ini sering kali dilanda banjir kilat apda waktu petang. Dengan itu, DBKL akan terus bekerjasama dengan Jabatan Pengairan dan Saliran Persekutuan dalam mengekalkan kapasiti aliran sungai serta memastikan tidak berlaku sebarang sekatan dan tidak akan meluluskan pembangunan yang melibatkan struktur tetap di dalam rizab sungai. Pembinaan perangkap-perangkap pepejal terampai di hulu sungai dan di lokasi strategik untuk mengumpul sisa buangan dan mengurangkan sekatan dapat mengurangkan kesan banjir kilat pada sebelah petang. Ini kerana sistem parit mampu menyediakan ruang untuk menakung, menampung air hujan yang turun pada masa itu dan ia penting untuk menjadikan penempatan manusia lebih selamat dan terjamin.

Demi menjaga flora dan fauna daripada mengalami kepupusan akibat pembangunan yang semakin pesat maka DBKL akan memelihara baki kawasan hutan dan mengekalkan kepelbagaian mapan serta populasi hidupan liar di dalam Bandar Raya untuk memelihara ekosistem dan alam sekitar. Oleh itu, satu rangkaian kawasan hijau diwujudkan dengan menghubungkan taman utama dan hutan simpan dengan rizab sungai, jalan, rel, utilit dan ini telah membantu mewujudkan persekitaran hidup yang mapan untuk hidupan liar. Program peningkatan sumber-sumber makanan bagi hidupan liar seperti penanaman pokok berbuah, penyediaan stesen pemberian makanan., pemuliharaan pokok dan tumbuhan asli, haiwan dan burung, dan mengukuhkan ciri-ciri tropika Bandar Raya juga dijalankan. Program ini akan mewujudkan keseimbangan alam sekitar kerana seperti yang kita ketahui&#65292; DBKL sememangnya merupakan bandaraya yang padat dengan bangunan pencakar langit, suhu tinggi, kurang tumbuh-tumbuhan dan hutan. Oleh itu, kewujudan taman utama dan hutan simpan yang mempunyai tumbuhan hijau mampu mengekalkan kandungan gas oksigen dalam atmosfera yang diperlukan oleh manusia atau haiwan bernafas dan sebaliknya. Ini bermakna flora dan fauna perlu dipelihara kerana manusia, haiwan dan alam sekitar adalah saling bergantungan dan tidak boleh diabaikan salah satu daripada komponennya.

Seterusnya, pembinaan penampan semula jadi dan buatan manusia di sepanjang jalan dengan penanaman pokok secara padat, pokok pagar dan pokok rimbun sebagai perangkap debu adalah langkah tebatan yang signifikan dalam menangani masalah pencemaran udara. Ini kerana tumbuhan mampu menapis, memerangkap debu dalam udara, menyerap gas karbon dioksida dan membantu mengawal pencemaran udara. Semakin banyak pokok yang ditanam maka semakin banyaklah habuk dan debu yang akan diperangkap.

DBKL turut menekankan penyertaan awam dalam aktiviti-aktiviti ekonomi yang selaras dengan konteks Local Agenda 21. Penglibatan awam hendaklah membantu mencapai alam sekitar mapan dalam mengoptimumkan penggunaan sumber-sumber yang ada. Di samping itu, konsep eko-perkongsian, yang memberi penekanan kepada usaha perancangan pelbagai pihak yang berkepentingan seperti perusahaan swasta, pelbagai agensi kerajaan, organisasi berasaskan komuniti dan bukan kerajaan (CBOs dan NGOs) bagi menjalankan aktiviti kajian dalam meningkatkan kesedaran awam tentang persekitaran mapan akan dipromosikan dan dipertingkatkan. Kemudiannya, kempen ‘jalan bersih’, ‘udara bersih’ dan ‘air bersih’ di mana DBKL dengan kerjasama NGOs dan konsesi swasta telah menerajui untuk meluaskan konsep eko-perkongsian. Pihak awam digalakkan mengamalkan Konsep 3R, iaitu ‘Reduce’ (mengurang), ‘Reuse’ (mengguna semula) dan ‘Recycle’ (mengitar semula). Dengan itu, Dasar PSKL 2020 sudah pasti dapat mencapai kejayaan dan matlamat dengan adanya kerjasama dan penyertaan orang awam seperti kata pepatah “Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi”.

Kelemahan PSKL 2020 dapat dilihat melalui keterangan berikut iaitu “untuk mengurangkan bahaya akibat keruntuhan struktur dan potensi gangguan terhadap aktiviti pembinaan di kawasan pembentukan batu kapur maka permohonan pembangunan di kawasan tersebut diperlukan dan laporan geoteknikal perlu disertakan”. Pada pendapat sekalian “Adakah setakat permohonan dan laporan geoteknikal sudah memadai untuk mengatasi masalah tanah jerlus?” Sekiranya mempu “Mengapakah pembangunan pesat yang melibatkan projek berskala besar yang telah mengganggu aras air masih lagi dijalankan berdekatan dengan dua sungai utama KL?” dan “Adakah ia perlu diberhentikan dengan serta-merta atau dibiarkan begitu sahaja kerana pembangunan sudahpun bermula??” Terdapat banyak persoalanan di sini? PSKL 2020 seharusnya mengemukakan cadangan tambahan selain daripada permohonan dan laporan geoteknikal.

Selain itu, DBKL hanya mengambil berat langkah-langkah untuk mengurangkan pencemaran udara dengan mempromosikan pengangkutan awam, pembinaan penampan semula jadi dan buatan manusia di sepanjang jalan serta bekerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar sahaja tanpa mengatakan apakah tindakan yang harus dikenakan kepada penduduk yang menjalankan pembakaran terbuka, pelepasan dari kenderaan bermotor dan kerja-kerja pembinaan dan industri di pinggir Bandar raya. Sepatutnya, undang-undang perlu dikuatkuasakan lagi untuk mengawal pembebasan gas-gas beracun dari kilang-kilang dan kenderaan, membina kilang-kilang jauh dari kawasan perumahan dan mengenakan kompaun yang tinggi kepada sesiapa yang menjalankan pembakaran secara terbuka.
Justeru, langkan-langkah lain untuk meningkatkan kualiti air perlu dipertingaktkan selain dari mengatasi masalah pembuangan kelodak dari tapak pembinaan, pembuangan sisa pepejal tanpa kawalan dari kawasan setinggan dan pembuangan air sisa domestik. Bagi pendapat saya, penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air turut akan menjejaskan kualiti air, menjejaskan kemampuan pengambilan semula air bawah tanah dan turut menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah. Selain itu, industri seharusnya diwajibkan menyimpan rekod jenis, jumlah sisa buangan yang dihasilkan oleh mereka, tarikh dan cara ia dilupuskan. Kerajaan juga boleh mengambil tindakan lain untuk meningkatkan kualiti sungai negara dengan menggunakan kempen ‘Cintai Sungai Kita’ dengan meluas, memindah dan menempatkan semula kilang papan dan ladang babi, melebarkan sungai dan membina kolam takungan untuk memperbaiki pengaliran air, menarik balik lesen dan memotong bekalan air kepada kilang haram. Usaha yang berterusan untuk memperbaiki alam sekitar turut dapat membantu mengatasi punca pencemaran air yang teruk dari industri berasaskan pertanian iaitu industri kelapa sawit dan getah. Industri pada masa kini seharusnya mengambil langkah yang bersungguh-sungguh ke arah menghasilkan ‘pembuangan sisa sifar’. Bagi tujuan ini, penyelidikan perlu dijalankan untuk menukarkan sisa buangan menjadi keluaran sampingan yang berguna.

Dalam mengatasi masalah pencemaran bunyi pula, sejauh pengetahuan saya, kerajaan sememangnya sudah mempromosikan pengangkutan awam dan menggalakkan perkongsian kereta. Namun, ia masih tidak berkesan lagi kerana terdapatnya peningkatan pendapatan dan taraf hidup penduduk. Ini jelas dilihat apabila sebuah keluarga adalah mempunyai sekurang-kurangnya 2 buah kereta dan sudahpastinya pencemaran bunyi adalah semakin serius terutamanya pada jam 8-9am dan 5-6pm. Dengan itu, DBKL seharusnya mencadangkan langkah-langkah yang lebih efesien untuk mengatasi masalah ini.

Secara kesimpulannya, boleh dikatakan bahawa Pelan PSKL 2020 hanyalah sebahagian daripada strategi serampang tiga mata iaitu mengawal dan mencegah pencemaran, mengambilkira faktor alam sekitar dalam perancangan pembangunan dan pengurusan sumber semulajadi secara berkekalan. Strategi ini perlu disokong dengan program alam sekitar yang lain seperti program pemantauan, pendidikan, penyebaran maklumat, latihan, penyelidikan dan pembangunan mengenai alam sekitar, kerjasama, penyertaan awam dan penyelarasan di antara agensi yang berkaitan untuk menyempurnakan Pelan PSKL 2020 ini secara keseluruhannya. Pendek kata, PSKL 2020 telah membawa banyak manfaat dan kebaikan kepada penduduk Malaysia.





Dymson Zeno
March 7, 2006   10:38 AM PST
 
PSKL 2020 sememangnya satu idea yang positif ke arah menyediakan Bandaraya Kuala Lumpur yang bertaraf dunia. Dasar dan cadangan yang digariskan amat membantu dalam merealisasikan objektif-objektif dalam PSKL 2020 tersebut. Walau bagaimanapun, saya berpendapat bahawa masih terdapat kelemahan dalam PSKL 2020 dan ia sebenarnya belum cukup mantap untuk menyediakan bandaraya yang benar-benar bertaraf dunia.


Pertama sekali, saya ingin memberi komen terhadap penggunaan peruntukan undang-undang dalam mencapai objektif PSKL 2020. Daripada pengamatan saya terhadap artikel ini, DBKL nampaknya masih belum cukup serius dan tegas untuk mencapai objektif PSKL 2020. Buktinya dapat kita lihat di mana tidak ada satu pun peruntukan undang-undang yang akan digunakan sekiranya terdapat pihak yang tidak mematuhi dasar dan cadangan yang telah ditetapkan. Sebagai contohnya, dasar DBKL yang tidak membenarkan sebarang pembangunan dijalankan di lereng bukit yang bercerun yang melebihi 30 darjah adalah sia-sia kerana jika melihat kepada keadaan semasa di Kuala Lumpur, pembangunan di kawasan yang bercerun 30 darjah masih berlaku dan menjadi punca utama kepada hakisan tanah. Di sinilah undang-undang sepatutnya boleh memainkan peranannya. DBKL sepatutnya menggubal peraturan dan undang-undang serta menyatakan tindakan tegas kepada mereka yang masih tidak mengerti mengapa pembangunan di lereng bukit tidak dibenarkan. Denda berbentuk wang ringgit sahaja mungkin tidak cukup kepada golongan-golongan yang tidak bertanggungjawab ini tetapi hukuman penjara mungkin lebih berkesan untuk mencegah projek pembangunan di lereng bukit melebihi 30 darjah.

Dasar dan cadangan yang digariskan dalam PSKL 2020 juga amatlah umum dan dibuat secara menyeluruh tanpa memberikan maklumat secara terperinci. Dasar dan cadangan yang dibuat bagaikan langkah-langkah asas yang amat mudah dan ringkas. Ia seperti satu perancangan yang dibuat dengan ala kadar sahaja. Sebagai contohnya, EN17 iaitu cara perawatan tanah yang dicadangkan oleh DBKL. Peraturan dan prosedur parawatan tersebut tidak dinyatakan. Begitu juga dengan perlaksanaan kajian geoteknikal. Selain itu PSKL 2020 juga tidak menyatakan tindakan susulan yang perlu dibuat sekiranya dasar dan cadangan yang ditetapkan oleh DBKL gagal mencapai objektifnya.

Selain daripada itu, terdapat juga dasar dalam PSKL 2020 yang dilihat kurang kukuh. Misalnya DBKL akan mengkaji kemungkinan pendekatan-pendekatan baru bagi meningkatkan pengokisgenan, pengudaraan dan kualiti air sungai bandaraya untuk menyokong hidupan akuatik di dalam sungai. Sejauh mana keberkesanan dasar ini sememangnya tidak dapat dipastikan. DBKL seharusnya memberikan dasar yang jelas bagi pendekatan-pendekatan baru ini dan bukannya hanya menyatakan kajian kemungkinan semata-mata yang belum dapat dipastikan apakah impak positif yang terhasil.

Kita juga dapat melihat bahawa PSKL 2020 ini lebih mementingkan aspek pemulihan dan bukannya pencegahan. Kita dapat melihat dengan jelas bahawa DBKL hanya bertindak untuk menangani masalah dan bukan untuk mencegahnya. Bukti ini jelas kita lihat terutamanya masalah berkaitan dengan masalah banjir dan pemeliharaan baki hutan. Sebagai contohnya, dalam PSKL 2020 ini, ia hanya menekankan tentang cara memulihkan Sungai Klang dan Sungai Gombak untuk mengelakkan banjir. Mengapa DBKL tidak menjalankan langkah-langkah pencegahan seperti melarang penerokaan di hulu sungai dan mencegah pembuangan sisa pepejal ke sungai. Bukankah ia antara sebab utama banjir berlaku? Memulihkan sungai sahaja tidak cukup untuk mengatasi masalah banjir yang semakin hari semakin serius sebaliknya langkah-langkah pencegahan haruslah digunapakai oleh DBKL. Begitu juga dengan pemeliharaan baki hutan. Sampai bilakah DBKL dapat mempertahankan baki hutan daripada penjenayah-penjenayah alam sekitar yang begitu gelojoh meneroka hutan untuk projek pembangunan? Adakah hanya dengan memelihara baki hutan akan dapat menjamin hutan tersebut daripada penerokaan manusia yang dahagakan pembangunan? Dalam hal ini, langkah-langkah drastik sepatutnya dijalankan oleh DBKL supaya baki hutan yang tinggal bukan setakat dipelihara tetapi dicegah daripada sebarang aktiviti pembangunan dengan menggunakan peruntukkan undang-undang.

Beberapa kelemahan yang terdapat dalam PSKL 2020 ini seharusnya menjadi iktibar kepada DBKL untuk memperbaikinya supaya dapat menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandaraya yang benar-benar bertaraf dunia….





siti hasmah abd lait
March 6, 2006   11:45 AM PST
 
Dengan adanya pelan perancangan seperti PSKL ini, ia bolehlah dijadikan satu garis panduan untuk membantu mana-mana pihak sama ada kerajaan ataupun swasta yang mahu membangunkan atau melakukan sesuatu aktiviti yang melibatkan alam sekitar. Bagi saya, saya bersetuju dengan apa yang dinyatakan dalam artikel ini walaupun ia tidak menghuraikan dengan lebih terperinci masalah yang berlaku dan cara ataupun langkah-langkah yang patut untuk mengatasi masalah alam sekitar ini. Untuk menjelaskan dengan sejelasnya, DBKL terpaksa melakukan kajian yang lebih mendalam dengan melihat banyak aspek. Walau bagaimanapun, mereka telah mengenalpasti dimana dan apa ancaman-ancaman ini agar masyarakat umum tahu apa yang telah terjadi dan kemungkinan masalah yang seterusnya boleh berlaku terhadap alam sekitar. Ancaman seperti hakisan, pencemaran, banjir dan sebagainya yang telah dinyatakan adalah baik sebagai pemerhatian kasar kita terhadap apa yang telah berlaku. Tambahan, dasar dan cadangan yang dibuat memudahkan umum mengetahui projek yang akan dilakukan dan dalam masa yang sama menilai sama ada perancangan ini dapat membantu meningkatkan ameniti persekitaran atau tidak. Kawalan terhadap aktiviti pembangunan yang berlebihan perlu ada dan dijalankan dengan tegas agar pihak-pihak ‘tertentu’ ini tidak berbuat sesuka hati terhadap alam sekitar. Justeru, jika langkah dan dasar ini dilaksanakan tanpa sebarang halangan, sudah tentulah PSKL dapat membawa kepada alam sekitar yang lebih sihat dan sejahtera.
Patricia Ng Mee Ling
March 6, 2006   08:52 AM PST
 



Bandar raya Kuala Lumpur seperti bandar lain tidak ditubuhkan di tempat itu dengan begitu sahaja. Lokasinya menunjukkan satu reaksi yang kompleks terhadap proses-proses dan kuasa yang saling berinteraksi yang merangkumi pelbagai faktor termasuk pengaruh landskap fizikalnya. Walaupun pada jangka panjangnya hidup mati dan pertumbuhan bandar mesti bergantung pada faktor-faktor ekonomi dan sosial, namun kejayaannya jarang diperoleh sekiranya keputusan yang rasional tentang lokasinya fizikalnya tidak dibuat. Oleh itu, saya berpendapat pelan perancangan PSKL 2020 ini boleh dikatakan merupakan langkah pencegahan yang wajar diambil sebelum mendatangkan masalah alam sekitar yang lebih serius, namun implikasi langkah yang akan diambil perlu juga dititikberatkan.

Tujuan DBKL untuk mewujudkan Bandar Taman Tropika, meneruskan pengekalan keseimbangan yang saksama antara pembangunan, ekologi dan warisan negara, meningkatkan persekitaran kehidupan bandar raya; dan mencapai persekitaran yang bebas daripada sebarang bentuk pencemaran utama memang merupakan langkah yang bijak untuk meningkatkan kualiti hidup Bandar Raya setaraf dengan wawasan sebuah Bandar Raya Bertaraf Dunia. Dasar DBKL dalam mempromosikan program pengindahan dan landskap di kawasan kediaman, perdagangan dan perindustrian dan menggiatkan program-program penanaman pokok di tepi jalan serta melandskapkan kawasan lapang dan rekreasi dapat mengurangkan masalah pulau haba bandar. Lagipun, kawasan hijau di bandar boleh mengurangkan tumpuan zarah debu di udara dan mengawal suhu. Walau bagaimanapun, sebahagian kawasan lapang yang dimiliki swasta, tapak kosong dan kawasan yang belum dibangunkan di Bandar Raya, terutamanya dalam penglihatan orang ramai atau berdekatan kawasan lapang berlandskap perlu dilandskapkan dengan betul untuk meningkatkan ameniti persekitaran.
Pada pandangan saya, untuk mendapatkan kawasan lapang pihak swasta bukan suatu perkara yang senang. Sering kali apabila kita terdengar kerajaan ingin mengambil tanah milik orang awam untuk tujuan pembangunan mesti ada bantahan daripada orang awam walaupun sebenarnya matlamat kerajaan adalah untuk membina tempat kegunaan orang awam seperti membina Taman rekreasi. Di samping itu, penanaman pokok-pokok di tepi jalan akan menyediakan habitat bagi pelbagai spesies burung. Oleh itu, DBKL juga perlu mengambil tindakan seperti membersihkan bahan buangan burung di jalan raya bagi menjaga kebersihan perkitaran.

Dalam Dasar EN 6 DBKL tidak akan membenarkan pembangunan di lereng bukit yang bercerun melebihi tahap yang dibenarkan dalam dasar dan peraturan Kerajaan Persekutuan. Dasar ini patut dilaksanakan dengan tegas dengan tindakan yang sewajarnya. Hal ini disebabkan projek pembinaan di lereng-lereng bukit mesti mengambil kira tantang kestabilan cerun yang bergantung pada ciri-ciri batuan dasar atau mendapan di permukaan bumi yang membentuk lapisan atas tanah.
Oleh itu, DBKL akan memerlukan kajian geoteknikal untuk semua pembangunan yang dijalankan di kawasan lereng bukit. Selain itu, Program penempatan semula setinggan akan membantu meningkatkan kualiti air dengan mengurangkan punca utama pencemaran. Walau bagaimanapun, kaedah alternatif untuk membersihkan laluan air Bandar Raya dengan menggunakan teknologi yang maju dan efektif kos akan dikaji. Kaedah ini termasuklah penggunaan air terjun kecil bagi meningkatkan pengoksigenan dan pengudaraan sungai dan membaiki kapasitinya untuk menyokong hidupan akuatik.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa di kebanyakan bandar kira-kira 50 peratus daripada permukaannya kalis air. Bumbung rumah dan bangunan, jalan raya dan kawasan tempat letak kereta telah mempercepatkan air larian. Oleh itu, selain daripada bekerjasama dengan Jabatan Pengairan dan Saliran Persekutuan dalam mengekalkan kapasiti aliran sungai serta memastikan tidak berlaku sebarang sekatan. Saya berpendapat sistem perparitan yang cekap dan sistematik perlu dibina.

Bunyi bising adalah satu akibat yang terpaksa ditanggung kerana kemajuan teknologi di persekitaran bandar. Walaupun pada hari ini terdapat banyak undang-undang yang lebih tepat dari segi teknik tetapi kekurangan pelaksanaannya dan kurang sokongan bagi pelaksanaannya merupakan masalah-masalah yang serius. Umpamanya, terdapat had tertentu desibel bunyi lalu lintas lebuh raya, aras bunyi loji kilang namun masalah ini tetap serius seperti dahulu. Oleh itu, kesedaran orang awam terhadap bunyi bising dan tindakan yang bersatu padu dan sesuai daripada peringkat kerajaan pusat, negeri dan setempat dan mahkamah akan membawa muafakat semua lapisan masyarakat.

Pengurusan alam sekitar bukanlah merupakan sesuatu yang dapat dilakukan haya apabila terdapatnya maslah mengenai sesuatu bahagian alam sekitar tertentu, tetapi lebih merupakan suatu tindakan berterusan sama ada bagi menghentikan perbuatan, mengawal pencemaran ataupun memastikan bahawa pencemaran tidak akan berulang ataupun pencemaran baru tidak akan dimulakan. Jelasnya langkah-langkah kawalan dan perancangan serta kesedaran masyarakat umum adalah amat perlu bagi pengurusan alam sekitar yang berkesan.
Sharon Dodih
March 4, 2006   10:43 PM PST
 
Spt kata pepatah, ‘indah kbr dr rupa’ dan begitulah kjadian yg blaku thdp pelan perancangn PSKL 2020. Smemangnya pelan tsbt yg btujuan utk mnjadikn KL sbg ‘Bandar btaraf dunia’ sgt mnarik serta menimbulkn kegairahan semua org utk mbanggkan KL yg kononnya mpunyai imej bndr yg tsendiri yakni standing dgn bndr raya Negara Barat. Apatah lg dgn objktif PSKL yg diriuh-rendahkn olh mahkluk bernama manusia yang buta mata dan cetek ilmunya, kononnya ‘dpt menjamin taraf alm sekitar yg sebaik mgkn utk mpbaiki & memelihara perseimbangn yg bijak antara pbgnn, ekologi & warisan negara’. Strategi objektif pula ditayangkn tanpa rasa malu yg mnyatakn ‘mutu ameniti alm sekitar yg tinggi dr segi Bandar & seni taman bg mencapai psekitaran yg bebas dr pcemarn utama’.
Namun para perancang berpegang kpd prinsip ‘buang batu sembunyi tangan’ tatkala bukit2 bercerun curam diratakan & mnjadikn lembah sungai menjadi sempit sesempit pemikiran ahli perancang dimana sg.klang yg mngalir kearah pantai sdgkan pembangunn tersebut mnjadikan hakisan tanah yg kritikal disebabkn pembinaan dicerun2 curam. Inikah langkah strategi mrk yg kononnya ‘pertimbangkn utk mnjaga alm sekitar agar selesa, ceria & merancang?? Sungguh memalukan..’meredah hutan belantara yg suci bak dara pinggitan’ tp mperkosa kesucian prinsip peribadi milik diri anugerah Ilahi’ hanya krn mpertahankn nilai ringgit semata2 berbanding perasaan alm sekitar itu sendiri.
Bukan setakat itu shj, PSKL tersebut jg mangancm kehormatan kualiti sungai yg masih dara spt sg.kelang & sg.Gombak yg mengalir melalui pusat bandar sehinggakn sungai tersebut mengandungi muatan pepejal terampai yg tinggi bdasarkn warnanya yg keruh. Kenapa?? Krn kebijaksanaan manusia yg rapuh dimamah zaman, yg telah membuang keledak dr tapak pembinaan.Jangankan keladak, sampah sarap turut mengundang mslh serius drpd pembuangn sisa pepejal dr kwsn setinggan di sepanjng tebing sungai. Manakala manusia yg mengosongkn akal fikirannya yakni lebih teruk dari mahkluk bergelar ‘binatang’ jg membuang sisa domestik yg telah mnyebbkn mslh pcemarn sungai spt Laporan Alam Sekeliling 2000 (WQI) yg kini memerlukn rawatn yg segera.
Oleh yg demikian wahai para pembaca blok diskusi yg budiman, anda pasti tahu jwpn disebalik pernyataan disini samada bersetuju @ tidak kan?? Tentu anda tidak ingin menjadi insan goblok spt PSKL yg mngejar impian yg halus sehalus bakteria, digapai tak sudah tapi dlm diam ia membiak menjadi nanah bercampur darah yg hanyir lagi busuk yg mengundang KEMATIAN!! Dgn itu, saya Sharon Dodih sgt tidak bersetuju dgn segala yg dijanji palsukan, sungguhpun pelbgi strategi dibuat pd hari mendtg, ia tetap akan mengancm alam dikemudian hari.
evylinHA2003-1253
March 2, 2006   04:30 PM PST
 
Setuju dengan pendapat jaidi, banjir kilat di kl dah jadi pekara biasa pada pandangan masyarakat umum. Mentaliti penduduk dan juga pengurusan persekitaran bandar KL yang bermasalah sebenarnya. Bukankan ia mengaibkan negara kita yang mana KL merupakan ibu negara dan sering kali dibanjiri oleh pelancong-pelancong asing. bila mereka balik ke negara mereka mereka cerita yang bandar metropolitan itu mengalami masalah sistem saliran dan pengairan yang paling teruk. Maka pelan bukan sahaja yang digariskan diatas kertas tetapi juga perlu disusuli dengan tindakan yang tegas dan sistematik. Penjenayah alam sekitar sebenarnya masyarakat. Kita tidak mahu menyalahkan pemaju semata-mata tetapi masyarakat sekitar yang tidak peka, bila ada kejadian yang meragut nyawa manusia baru mereka tersedar. sudah terhantuk baru tergadah...sikap orang kita termasuk pengurusan dan mereka yang rakus menodai alam sekitar.
Kieu Lee Lee
March 1, 2006   03:00 PM PST
 
Berdasarkan analisis saya terhadap artikel tersebut setelah selesai dibaca oleh saya, saya kurang bersetuju bahawa Pelan Perancangan PSKL 2020 boleh membawa kepada alam sekitar Kuala Lumpur yang lebih sihat dan sejahtera. Keadaan ini disebabkan oleh walaupun banyak strategi-strategi telah digariskan namun ia hanya memperlihatkan langkah asas tanpa melibatkan langkah susulan yang seterusnya. Sebagai contohnya, walaupun PSKL 1984 telah mengambil kira isu hakisan tanah dan kestabilan cerun serta menyediakan garis panduan untuk pembangunan namun hakisan tanah dari tapak-tapak pembinaan masih terus berlaku. Objektif alam sekitar PSKL 1984 adalah ‘untuk menjamin taraf alam sekitar yang sebaik mungkin dengan memperbaiki dan memelihara perseimbangan yang bijak di antara pembangunan, ekologi dan warisan Negara demi menggalakkan mutu ameniti alam sekitar yang tinggi dari segi seni Bandar dan seni taman bagi mencapai persekitaran yang bebas dari bentuk pencemaran yang utama. Namun demikian, masih terdapat dua sungai utama di Kuala Lumpur iaitu Sungai Klang dan Sungai Gombak masih mengandungi muatan pepejal terampai yang tinggi disebabkan oleh pembuangan keladak dari tapak-tapak pembinaan. Selain itu, pembangunan struktur di dalam rizab sungai juga mengurangkan kapasiti aliran sungai di Bandar Raya dan meningkatkan kebarangkalian berlakunya banjir di Kuala Lumpur setiap kali hujan lebat terutamanya di Pusat Bandar Raya dan kawasan hilir. Banjir kilat yang sering berlaku ini akan menganggu fungsi Bandar Raya , merosakkan harta benda dan mengancam kehidupan manusia.
Berdasarkan Laporan Kualiti Alam Sekeliling 2000 Malaysia, Indeks Pencemaran Udara (API) menunjukkan bahawa kualiti udara di Kuala Lumpur adalah di antara baik (API 0-50) dan sederhana (API 51-100) sepanjang masa. Walau bagaimanapun, terdapat keadaan kualiti udara yang direkodkan tidak sihat di Kuala Lumpur disebabkan oleh kehadiran paras ozon yang tinggi akibat dari tindak balas nitrogen oksida (NOx) dan sebatian mudah ruap (VOCs) yang dilepaskan daripada kenderaan bermotor dan sumber industri, tindak balas daripada cahaya matahari dan haba. Sumber-sumber utama pencemaran udara di Bandar Raya adalah seperti pembakaran terbuka, pelepasan dari kenderaan bermotor dan kerja-kerja pembinaan serta sumbangan kecil daripada industri di pinggir Bandar Raya. Kemerosotan kualiti udara ini boleh menjadi bencana yang serius terhadap kesihatan manusia yang berkaitan dengan penyakit respirasi dan pengurangan jarak penglihatan. Tambahan pula, lalu lintas kenderaan di Bandar Raya Kuala Lumpur juga merupakan punca utama pencemaran bunyi, manakala punca bunyi lain yang memberi kesan kepada kawasan setempat adalah daripada mesin perindustrian dan LRT. Dengan itu, paras bunyi bukan sahaja boleh menganggu keselesaan penduduk, malah ia juga boleh menimbulkan masalah kesihatan manusia. Oleh itu, kita haruslah berganding bahu untuk membina alam sekitar yang bebas daripada pencemaran demi kesejahteraan hidup manusia sejagat.
Judy Chiong Kung Li
February 28, 2006   09:47 AM PST
 
Menurut artikel itu, saya kurang bersetuju dengan PSKL 2020. Hal ini disebabkan menurut PSKL 1984, terdapat cadangan untuk mengatasi masalah hakisan tanah dan kestabilan cerun serta menyediakan garis panduan untk pembangunan tetapi sehingga kini, pembangunan di kawasan-kawasan cerun melebihi 30 darjah masih berlaku dan ini menyebabkan ketidakstabilan cerun yang serius terutamanya di kawasan pembangunan bertingkat dan berkepadatan tinggi. Jelaslah dilihat bahawa langkah-langkah untuk menstabilkan cerun atau menutup tanah-tanah terbuka dalam pembangunan baru adalah kurang cekap dan berkesanan. PSKL 2020 yang menyatakan DBKL tidak akan membenarkan pembangunan di lereng bukit tetapi tanpa kawalan undang-undang yang tegas masalah ini akan terus berlaku akibat pihak pengusaha pembinaan yang tamak mengaut keuntungan yang besar tanpa memikirkan keselamatan penduduk. Seterusnya, satu lagi isu yang paling ketara berlaku di Kuala Lumpur ini, iaitu masalah banjir kilat. Banjir merupakan satu fenomena yang biasa berlaku di Kuala Lumpur seketika berlaku hujan lebat, terutamanya bagi Pusat Bandar Raya dan sekitar kawasan hilir. Walaupun di ibu kota, DBKL bersedia sepenuhnya menghadapi kemungkinan berlakunya banjir kilat dalam waktu terdekat dengan melaksanakan pelbagai langkah jangka pendek termasuk membersihkan sungai dan longkang. Menurut PSKL, DBKL hanya akan mengaktifkan semula program pemulihan semula Sungai Klang dan Sungai Gombak serta tidak akan meluluskan pembangunan yang menlibatkan struktur tetap di rizab sungai. Hasilnya, fenomena banjir kilat ini terus wujud lagi. Langkah-langkah yang dicadangkan adalah tidak berkesan dan berefektif hanya untuk sekadar langkah sementara sahaja. Jadi saya rasa amatlah tidak sesuaian langkah yang dijalankan oleh DBKL ini. Selain semua perkara yang digariskan dalam PSKL itu betul-betul diikuti dan dilaksanakan dengan sistematik. Tetapi tanpa kerjasama dengan rakyat segala kegiatan menjaga alam sekitar yang sihat tidak akan berjaya. Jadi, marilah kita berganding bahu untuk kesejahteraan hidup bersama. Dengan itu, srategi yang dijalankan baru dapat menghasilkan kesan yang baik.
Hajawati Ambas HT2002-4561
February 24, 2006   04:40 PM PST
 
Assalamualaikum dan Salam Perdebatan...

PSKL 1984 sememangnya satu usaha murni pihak kerajaan bagi memastikan alam sekitar Kuala Lumpur lebih sihat dan sejahtera. Secara amnya, setiap yang dilakukan ada baik dan buruknya. seperti juga pendapat rakan2 seperdebatan saya, masing2 telah mengutarakan pandangan mereka berkenaan PSKL ini. Saya juga telah melihat PSKL 2020 ini dari 2 sudut yang bertentangan iaitu pro dan kontra.
Sebaiknya saya mulakan pandangan saya dengan mengutarakan kelebihan yang terkandung dalam pelan ini. PSKL 2020 sebenarnya telah memberi satu garis panduan kepada kita amnya, bagaimana untuk mengwujudkan alam sekitar KL itu lebih sihat dan sejahtera. Buktinya dalam PSKL 2020 ini terkandung dasar2 yang membolehkan masyarakat KL khususnya menikmati satu persekitaran yang baik. Sebagai contoh, dalam EN1 yang menyatakan bahawa DBKL akan mempromosikan program pengindahan dan lanskap di kawasan kediaman, perdagangan dan perindustrian. Usaha ini memberikan satu garis panduan kepada masyarakat awam umumnya dan pihak yang berkenaan khususnya untuk menjayakan hasrat kerajaan melalui DBKL bagi menjadikan bandar raya KL sebuah bandar raya yang bersih dan sihat.
Melalui dasar PSKL ini, kerajaan boleh mengenal pasti kawasan2 yang lebih penting untuk diindahkan, contohnya kawasan taman2 rekreasi. Namun tidak pula diabaikan kawasan2 yang kurang mendapat perhatian awam. Melalui dasar ini juga kawasan2 kediaman seperti taman2 perumahan dapat diindahkan dengan mewujudkan lanskap2 yang menarik yang indah (sedap mata memandang). Kawasan2 perindustrian dan perdagangan juga turut diberi perhatian, di mana kawasan2 seperti ini juga akan diindahkan dengan mewujudkan pemandangan hijau di kawasan2 ini. Sekiranya kawasan2 yang penting ini diindahkan dengan lanskap2 yang menarik maka tidak mustahil hasrat kerajaan untuk menjadikan bandar raya KL sebuah bandar raya dalam taman tercapai.
Walaupun PSKL 2020 ini pada dasarnya memberikan pandangan kasar yang positif kepada kita, tetapi terdapat juga kelemahan2 yang sememangnya wujud dalam pelaksanaan PSKL ini. Walaupun PSKL 2020 ini telah lama diberi perhatian, tetapi masih tetap timbul pelbagai masalah kritikal yang berlaku di sekitar kawasan KL. Sebagai contoh, dalam dasar EN8 menyatakan DBKL akan, dengan kerjasama pemegang konsesi pembentungan memastikan tidak lagi berlaku pelepasan air buangan domestik yang tidak dirawat ke dalam sistem sungai dan perparitan. Namun, dewasa ini kenapa masih kerap terjadi masalah2 pemcemaran sungai di sekitar bandar raya KL. Contohnya, pencemaran yang berlaku di Sungai Klang dan Sungai Gombak sehinggakan sungai2 utama ini memegang status 'sungai yang paling teruk tercemar'.
Persoalannya di sini, walaupun telah ada garis panduan yang telah digariskan tetapi mengapa masalah seperti ini tetap berlaku. Adakah dasar yang digariskan ini hanya sekadar di atas kertas sahaja. Walupun telah wujud undang2 bagi mengatasi permasalahan ini, namun masalah seperti ini tidak menemui jalan penyelesaian. Masalah pencemaran sungai tetap berlaku disebabkan kerakusan golongan2 yang tidak bertanggungjawab..Sampai bilakah masalah ini terus berlaku...tepuk dada tanya selera?????
Wong Hie Kiong
February 24, 2006   11:55 AM PST
 
Perlaksanaan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 merupakan satu idea yang baik untuk mencapai alam sekeliling yang seimbang di samping memelihara alam sekitarnya. Antara program-program yang dipergiatkan oleh DBKL adalah seperti program penanaman pokok di tepi jalan serta melandskapkan kawasan lapang dan rekreasi. Di samping itu, program pengindahan dan landskap di kawasan kediaman, perdagangan dan perindustrian juga dipromosiskan bagi tujuan mengindahkan pemandangan bagi tujuan pemulihan dan pemeliharaan alam sekitar, ekologi serta menambah kawasan hijau dan rekreasi. Penanaman pokok di tepi jalan bertujuan untuk menyeimbangi suhu, menyerap habuk-habuk dari kenderaan, asap-asap dari kilang-kilang perindustrian melalui liang-liang daun pokok, menyimpan karbon dioksida yang dibebaskan akibat pembakaran bahan-bahan kimia, penggunaan peralatan hawa dingin dan peti sejuk yang mengeluarkan gas Freon , CFC (Kloroflorokarbon) dan gas berbahaya lain dalam udara untuk disimpan dalam batang pokok. Selain itu, penanaman pokok juga bertujuan untuk mencantikkan pemandangan di dalam bandar itu sendiri selain berperanan untuk mengawal hakisan tanah. Secara amnya, program penanaman pokok merupakan salah satu langkah yang praktikal dalam usaha menangani masalah-masalah pencemaran di Kuala Lumpur pada hari ini

Namun, pengurusan dan penguatkuasaan pengawalan yang kurang berkesan dan tidak praktik akan meningkatkan kekerapan kerosakan alam sekitar. Pengurusan alam sekitar yang hanya mengambil langkah pencegahan, kawalan atau pembaikan yang sesuai adalah tidak mencukupi dalam memelihara kualiti alam sekitar yang semakin musnah ini. Walaupun dasar yang diperuntukkan adalah baik, namun ketiadaan kerjasama daripada semua lapisan golongan masyarakat adalah tidak berguna dan berkesan. Seperti mana yang kita telah sedia maklum, banjir yang berlaku pada hari ini bukan lagi “Takdir Tuhan” atau tindakan kuasa-kuasa semulajadi tetapi adalah tindakan manusia sendiri yang hanya kejar keuntungan dengan menganggu ekosistem alam sekitar. Banjir berlaku akibat interaksi negatif di antara sistem gunaan manusia dengan sistem fizikal semulajadi. Menurut Chan: 1997, dalam bukunya yang bertajuk Impak Manusia Terhadap Unsur-Unsur Kitaran Hidrologi di Malaysia dan Jurnal Kemanusiaan yang bertajuk Strategi-Strategi Pengurusan Bencana Banjir di Semenanjung Malaysia membicarakan tentang Dasar Pengurangan Banjir di Malaysia. Menurut Chan, 1997 Dasar Pengurangan Banjir di Malaysia boleh dikatakan baik bagi sebuah negara yang membangun sejak Rancangan Malaysia Pertama pada tahun 1971 hingga 1975, namun perbelanjaan negara untuk mengurangkan banjir telah meningkat daripada RM14 juta kepada RM700 juta dalam Rancangan Malaysia Keenam pada tahun 1991-1995, iaitu 50 kali ganda dalam masa 20 tahun. Jelas menunjukkan bahawa kerosakan alam semula jadi semakin terancam nilai estetiknya walaupun terdapat banyak dasar-dasar sudah dilancarkan dan dijalankan. Banjir kilat yang berlaku di Kuala Lumpur merupakan salah satu contoh yang paling nyata dan jelas kesan aktiviti manusia dalam menganggu ekologi alam semula jadi. Walaupun banyak kerja-kerja pengawalan telah dijalankan namun masalah ini masih wujud.

Pembinaan perangkap pepejal terampai atau kelodak oleh DBKL yang bertujuan menakung pepejal terampai yang mengalir dalam sungai akibat daripada hakisan tanah yang berpunca daripada pembukaan tanah bagi perumahan, perindustrian, pertanian dan sebagainya dibina bagi mengawal dan memerangkap pepejal terampai yang berlebihan. Perkara-perkara penting yang perlu diberi perhatian berkaitan dengan pembinaan perangkap ini termasuk lokasi, saiz dan keperluan membersihkannya mengikut jadual yang ditetapkan supaya ianya boleh berfungsi dengan berkesan sepenuh masa. Sekiranya tidak, kelodak tidak dapat ditahan dan akan melimpah ke kawasan persekitaran. Langkah ini akan mengambil masa yang panjang dalam menjalankan pemeliharan dan pemuliharaannya. Ketiadaan kordinasi antara pelbagai agensi juga mengagalkan program ini walaupun pada dasarnya pada cadangan dan langkah-langkah pencegahan dijalankan selaras untuk meningkatkan ameniti alam sekitar.

wagimin bin rosimin
February 23, 2006   08:13 PM PST
 
saya sangat bersetuju dengan pelan perancangan PSKL 2020, di mana Objektifnya lebih mengkhusus kepada persekitaran yang lebih selesa,ceria dan merangsang. namun, pada masa yang sama, pelan perancangan PSKL 2020 ini juga dilihat cuba membaiki kelemahan pelan perancangan PSKL sebelum ini.
pada pendapat saya,dasar-dasar dan perancangan yang terkandung dalam PSKL 2020 jelas menunjukkan kesungguhan pihak DBKL dalam usaha merealisasikan dasar pembangunan mapan yang lebih menitikberatkan elemen persekitaran Fizikal,Biologi,Manusia dan nilai estetika.
saya memetik satu contoh dasar dan pelan perancangan yang digariskan dalam PSKL 2020 iaitu berhubung dengan pengurusan Kualiti Air sungai yang perlu dirawat dengan betul sebelum dilepaskan dalam sungai dan perparitan.walaupun langkah ini sudah lama dilaksanakan,apa yang penting sekarang usaha ini perlu digandakan lagi. apatah lagi isu kualiti air yang sangat tercemar dibeberapa kawasan Kuala Lumpur seperti sungai Gombak dan Sungai Kelang masih menjadi isu hangat sehingga kini.selain daripada itu,cadangan dan dasar menurunkan paras bunyi bising dibandar harus dilaksanakan sepenuhnya. Keselesaan tidak akan dirasai sepenuhnya oleh penghuni bandar KL sekiaranya pihak DBKL lebih mengutamakan ameniti bandar dari segi landskap menarik dan sebagainya. oleh itu, isu-isu seperti bunyi bising,laluan pejalan kaki yang selamat dan sebaginya haruslah diambil kira kerana, bandar yang selesa adalah bandar yang selamat, ceria dan selesa.
Natijahnya, PSKL 2020 adalah sangat praktikal kepada alam sekitar KL yang lebih sihat dan sejahtera, tapi perlu diingat dasar dan usaha ini tidak akan terlaksana sepenuhnya jika kerjasama dan sumbangan masyarakat dan setiap individu itu tidak memberangsangkan..
...tepuk dada tanya selera"...
Cheristinna Dalus
February 22, 2006   01:53 PM PST
 
Melalui pemahaman saya mengenai pelan perancangan PSKL 2020, saya dapat membuat kesimpulan bahawa pelan ini berpotensi untuk membawa kepada alam sekitar KL yang lebih sihat dan sejahtera. Merujuk kepada objektif alam sekitar untuk meningkatkan kualiti hidup Bandar Raya setaraf dengan wawasan sebuah Bandar Raya Bertaraf Dunia maka wajarlah dasar dan cadangan dalam pelan perancangan PSKL itu dilaksanakan.

Saya bersetuju dengan pelan perancangan ini kerana terdapat keadaan semasa dan isu-isu menarik yang dikemukakan, di samping itu terdapat juga dasar dan cadangan untuk menyelesaikan isu-isu bersabitnya. Pelan perancangan PSKL 2020 ini mengemukan dasar dan cadangan mewujudkan Bandar Raya Taman Tropika, persekitaran fizikal, flora dan fauna, kawalan pencemaran, kawasan sensitif alam sekitar, penyertaan awam dan pengurusan alam sekitar. Dalam pelan ini, kita juga dapat melihat bahawa terdapat 20 dasar yang dikemukakan oleh DBKL, di samping wujudnya kerjasama dengan pihak jabatan kerajaan seperti Jabatan Pengairan dan Saliran Persekutuan, Jabatan Alam Sekitar dan pihak bukan kerajaan (NGOs).Sungguhpun, pelan perancangan PSKL ini memperlihatkan beberapa kejayaan namun, ia masih terdapat beberapa kelemahan.

Dari sudut positif, dasar dan cadangan mewujudkan Bandar Raya Taman Tropika dapat memperlihatkan satu peningkatan yang membanggakan lantaran kejayaan program landskap dan pengindahan yang telah dijalankan sejak kebelakangan ini di samping, membantu dalam mengubah persekitaran Bandar Raya, terutamanya di pusat Bandar Raya. Program-program positif seperti ini seharusnya ditingkatkan serta diperluaskan lagi agar merangkumi semua kawasan kediaman, perdagangan dan perindustrian di Kuala Lumpur ke arah merealisasikan objektif mewujudkan sebuah Bandar Raya Taman Tropika. DBKL akan terus mempromosikan program pengindahan dan landskap di kawasan kediaman, perdagangan dan perindustrian di samping mempergiatkan lagi program-program penanaman pokok di tepi jalan serta melandskapkan kawasan lapang dan perindustrian. Ini selaras dengan tujuan DBKL iaitu mewujudkan Bandar Taman Tropika yang sensitif kepada tapak semula jadi dan sesuai dengan lokasi wilayah tropikanya.

Seterusnya, isu berkaitan persekitaran fizikal seperti cerun curam, kualiti air sungai, banjir dan tanah jerlus masih belum memperlihatkan kejayaan sepenuhnya pihak DBKL untuk menyelesaikan masalah seperti ini berlaku di Bandar raya. Contohnya, walaupun PSKL telah mengambil kira isu hakisan tanah dan kestabilan cerun serta menyediakan garis panduan untuk pembangunan namun, hakisan tanah dari tapak-tapak pembinaan masih terus berlaku. PSKL 2020 juga masih belum berjaya mengatasi masalah pencemaran air dan banjir. Masalah banjir dan pencemaran air sering menjadi topik hangat di dalam akhbar-akhbar tempatan. Masalah banjir yang berlaku di Kuala Lumpur berlaku akibat daripada kurangnya kawasan tadahan hujan dan kawasan penyerapan air, sistem perparitan dan saliran yang kurang sistematik, serta pembuangan sampah sarap yang mengundang kepada tersumbatnya parit dan longkang yang terdapat di sekitarnya. Kesannya, banjir mengganggu fungsi Bandar raya, merosakkan harta benda dan mengancam kehidupan manusia. Sungguhpun demikian, DBKL akan terus bekerjasama dengan Jabatan Pengairan dan Saliran Persekutuan dalam mengekalkan kapasiti aliran sungai serta memastikan tidak berlaku sebarang sekatan. Dasar EN 10 iaitu pihak DBKL juga akan mengaktifkan semula program pemulihan semula Sungai Klang dan Sungai Gombak.

Jika dilihat dari segi keupayaan DBKL mengenai kawasan sensitif alam sekitar, dapat diketahui bahawa masih terdapat kekurangan garis panduan yang menyebabkan kesan pembangunan terhadap kawasan ini tidak dapat diberi perhatian yang sewajarnya. Ini mengakibatkan kemerosotan persekitaran semula jadi Bandar Raya. Garis panduan perancangan yang sedia ada masih tidak cukup komprehensif untuk menilai kesan projek pembangunan yang dijalankan. Justeru itu, langkah-langkah sewajarnya perlu diperkenalkan bagi mewujudkan persekitaran mapan yang dapat mengekalkan keseimbangan saksama di antara pembangunan, ekologi dan warisan Negara. Dasar EN 20-iaitu DBKL akan menyelaras bersama pihak yang berkepentingan yang berkaitan untuk melaksanakan dasar dan garis panduan bagi kawasan sensitif alam sekitar.

Akhirnya, saya membuat kesimpulan bahawa DBKL sememangnya mempunyai kesungguhan untuk menangani isu-isu yang berkaitan dengan alam sekitar terutamanya di Bandar Raya. Kewujudan pelan perancangan PSKL 2020 ini bertepatan dengan masa dan keadaan yang dialami oleh persekitaran Bandar raya masa kini. Justeru, kejayaan pelan perancangan ini sedikit sebanyak dipengaruhi oleh penyertaan awam. Sesungguhnya, penglibatan awam adalah penting kearah membantu mencapai alam sekitar mapan dalam mengoptimumkan penggunaan sumber yang ada. Dalam EN 19-DBKL dengan kerjasama agensi kerajaan lain, sektor awam dan swasta mengambil langkah produktif bagi memastikan pembangunan ekonomi, fizikal dan sosial mapan sesuai dengan persekitaran yang sedia ada.



Asmah Mahmud
February 20, 2006   08:27 PM PST
 
Pelan perancangan bagi Pelan Struktur Kuala Lumpur (PSKL) 2020 merupakan pelan yang boleh membawa kepada peningkatan kualiti alam sekitar yang lebih sihat. Pelan ini juga merupakan salah satu strategi ke arah pengurusan alam sekitar yang lebih mapan. Oleh itu, saya bersetuju dengan dokumen yang telah dihuraikan dalam pelan perancangan PSKL 2020 yang membawa kepada peningkatan kualiti alam sekitar. Hal ini adalah kerana program alam sekitar selepas PSKL 1984 lebih banyak memberikan penekanaan ameniti berbanding dengan persekitaran. Perubahan ini berlaku adalah disebabkan pertimbangan terhadap alam sekitar tidak hanya dihadkan kepada kawalan pencemaran tetapi lebih positif ke arah mewujudkan persekitaran yang selesa, ceria dan meransang sesuai dengan ke arah pembangunan lestari bagi bandaraya kuala Lumpur. Keadaan ini jelas menunjukan bahawa pelan tersebut tidak hanya menumpuhkan sepenuhnya terhadap pengawalan pencemaran alam sekitar tetapi lebih kepada mewujudkan persekitaran yang selesa untuk dihuni dan meningkatkan kualiti hidup bandaraya, contohnya DBKL telah menjalankan beberapa program untuk mencantikkan dan menceriakan persekitaran bandar tersebut dengan menggiatkan program penanaman pokok ditepi jalan serta melanskapkan kawasan lapangan dan rekreasi. Dengan adanya kerjasama dari pihak kerajaan, swasta dan orang awam diharap pelan perancangan PSKL 2020 akan berjalan dengan lancar dan dapat memberi imej baru kepada bandaraya kuala Lumpur sebagai bandar yang lestari setaraf dengan sebuah bandaraya yang bertaraf dunia.....
GEJED ANAK NGAUN
February 20, 2006   05:30 PM PST
 
Saya amat bersetuju dengan Pelan Perancangan PSKL 2020 yang membawa kepada alam sekitar Kuala Lumpur yang sihat dan sejahtera. Sebagai sebuah Bandar raya, Kuala Lumpur harus memberi contoh dan teladan yang baik agar negeri-negeri lain di Malaysia turut meningkatkan kualiti alam sekitar dan seterusnya membawakepada persekitaran yang sihat.
Jika dilihat dalam objektif PSKL iaitu mewujudkan Bandar Taman Tropika, pelan ini bertujuan untuk menambahkan kawasan hijau dan memulihara kawasan yang telah kehilangan tumbuhan hijau akibat daripada aktiviti pembangunan. Dasar DBKL yang akan mempromosikan program pengindahan dan landskap di kawasan kediaman, perdagangan dan perindustrian, program penanaman pokok dan memperuntukkan kawasan lapang dengan landskap dapat membawa alam sekitar Kuala Lumpur yang sihat dan sejahtera. Ini kerana pokok-pokok tersebut dapat membekalkan oksigen, menyerap karbon dioksida dan menyejukkan alam sekitar Kuala Lumpur. Selain itu, akar-akar pokok dapat menyerap air yang berlebihan agar banjir kilat dapat dielakkan serta dapat membantu kejadian tanah runtuh dengan adanya cengkaman daripada akar-akar pokok terhadap struktur tanih.
Persekitaran fizikal juga harus dititikberatkan dan PSKL 2020 boleh membawa kepada alam sekitar Kuala Lumpur yang sihat dan sejahtera. Kualiti air sungai dapat ditingkatkan dengan memastikan semua air dari pembentungan dirawat sebelum dilepaskan ke sungai atau parit. Kawasan yang mudah banjir juga dapat diatasi dengan mengekalkan kapasiti aliran sungai dan memastikan tidak berlaku sebarang sekatan. Selain itu, flora dan fauna juga harus dipelihara bagi tujuan kesejahteraan KL dan juga mengukuhkan ciri-ciri bandar tropika. Ini adalah sejajar dengan objektif PSKL iaitu meneruskan pengekalan keseimbangan yang saksama antara pembangunan, ekologi dan warisan negara.
Kawalan pencemaran yang terkandung dalam pelan perancangan PSKL 2020 juga mampu membawa kepada alam sekitar Kuala Lumpir yang sihat dan sejahtera. Kawalan pencemaran udara ini merangkumi pencemara udara dan pencemara bunyi. Bagi memastikan udara KL kurang berhabuk dan tercemar dengan asap-asap dari kawasan perindustrian, perkilangan, pembakaran dan asap kenderaan, maka langkah untuk kualiti udara yang sihat harus diambil berat. Antaranya adalah dengan menggalakkan penggunaan kenderaan awam, mengurangkan pencemaran dari kenderaan dengan membina penampan semulajadi dan buatan manusia seperti penanaman pokok secara padat dan pokok rimbun sebagai perangkap debu.
Selain itu, langkah-langkah untuk mengurangkan pencemaran udara sama ada dari kawasan perindustrian, perkilangan dan sebagainya harus diambil bagi mengurangkan pencemaran udara di Bandar rayabagi menjamin kualiti udara yang baik. Dengan adanya langkah pengawalan pencemaran udara ini, maka keadaan udara yang baik dapat menjamin hidup yang sihat dan alam sekitar Kuala Lumpur yang sihat dan sejahtera. Pencemaran bunyi pula dapat diatasi dengan mempromosikan pengangkutan awam dan mengurangkan kenderaan sendiri. Keadaan yang terlalu bising boleh menyebabkan keamanan terganggu dan penduduk terasa terganggu serta tidak berasa selesa. Langkah lain adalah dengan menaikkan piawaian jarak anjakan antara kediaman dan jalan utama. Tujuannya adalah seperti yang terkandung dalam objektif PSKL iaitu mencapai persekitaran yang bebas daripada sebarang bentuk pencemaran utama.
Oleh yang demikian, penyertaan awam adalah penting bagi membolehkan pelan perancangan PSKL tersebut berjalan dengan lancar dan membantu mencapai alam sekitar yang mapam. Pihak awam juga digalakkan untuk mengamalkan jonsep 3R iaitu “Reduce” (mengurangkan), “Reuse” (mengguna semula) dan “Recycle” (engitar semula). Pengurusan alam sekitar yang cekap dalam mengawal dan mengurus pembangunan juga mampu membolehkan PSKL berjalan dengan seterusnya mewujudkan alam sekitar Kuala Lumpur yang sihat dan sejahtera.


Hii Ming Toh HT2003-3912
February 18, 2006   05:22 PM PST
 
Pada pendapat saya, saya bersetuju bahawa pelan perancangan PSKL 2020 akan membawa kepada alam sekitar KL yang lebih sihat dan sejahtera. Hal ini dapat disokong dengan objektif-objektif PSKL yang menjurus ke arah yang positif seperti mewujudkan Bandar Taman Tropika yang sensitif kepada tapak semula jadi dan sesuai dengan lokasi wilayah tropikanya, meneruskan pengekalan keseimbangan yang saksama antara pembangunan, ekologi dan warisan negara dan sebagainya.

Pelan PSKL merupakan langkah yang baik kerana ia menunjukkan bahawa kerajaan telah mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah-masalah seperti banjir, pencemaran air sungai, tanah, udara dan sebagainya yang dihadapi pada masa kini. Misalnya, kerajaan telah mencadangkan bandar raya taman tropika akibat daripada tumbuhan hijau di KL semakin berkurangan dan sebaliknya bangunan konkrit semakin bertambah. Cadangan ini bukan sahaja dapat mengindahkan permandangan di sekitar KL, malah boleh membantu mengurangkan masalah pencemaran udara dan bunyi. Hal ini kerana tumbuhan akan menyerap karbon dioksida yang semakin bertambah dan juga menyerap pantulan bunyi.

Pelan ini merupakan pada aras perancangan DBKL sahaja. Namun demikian pelan ini melibatkan agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Pengaliran dan Saliran, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Geologi dan sebagainya bagi menjayakan pelan ini. Oleh itu, hal-hal tentang penguatkuasaan undang-undang merupakan kuasa jabatan-jabatan kerajaan yang terlibat dan bukan sekadar bidang kuasa DBKL sahaja. Sebagai contoh, bagi mengatasi masalah pencemaran udara DBKL akan dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar dengan mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan pencemaran udara di dalam Bandar Raya. Langkah-langkah ini mungkin meliputi memberi hukuman kepada pihak yang terlibat dalam pencemaran udara.

Selain itu, DBKL juga memperkenalkan konsep eko-perkongsian yang melibatkan kerjasama dengan agensi kerajaan lain, sektor awam dan swasta, mengambil langkah proaktif bagi memastikan pembangunan ekonomi, fizikal dan sosial mapan sesuai dengan persekitaran sedia ada. Konsep eko-perkongsian ini adalah penting kerana ia akan memberi penekanan kepada usaha perancangan pelbagai pihak yang berkepentingan seperti perusahaan swasta, pelbagai agensi kerajaan, organisasi berasaskan komuniti dan bukan kerajaan (CBOs dan NGOs) bagi menjalankan aktiviti kajian dalam meningkatkan kesedaran awam tentang persekitaran mapan akan dipromosikan dan dipertingkatkan. Pihak awam telah digalakkan mengamalkan Konsep 3R, iaitu ‘Reduce’ (mengurang), ‘Reuse’ (mengguna semula) dan ‘Recycle’ (mengitar semula). Tindakan ini adalah penting kerana kesedaran awal ini mungkin akan menghalang sesuatu masalah itu timbul kerana manusia mempunyai pemikiran yang boleh menilai baik atau buruk sesuatu benda kecuali mereka yang tidak berotak.
LAI CHEW FONG (HT2002-4568)
February 16, 2006   10:51 AM PST
 
Selepas mencapai kemerdekaan, pembangunan sosial dan ekonomi di Bandar Raya Kuala Lumpur telah berkembang dengan pesat sekali sehingga kini. Perubahan dari segi alam sekitar fizikal di Bandar Raya Kuala Lumpur adalah nyata sekali. Walaupun pembangunan giat dijalankan di Bandar Raya Kuala Lumpur, namun isu alam sekitar yang wujud akibat daripada pembangunan juga tidak kurangnya. Misalnya, pembangunan di kawasan-kawasan cerun melebihi 30 darjah masih dilaksanakan, Sungai Klang dan Sungai Gombak tetap dicemari walaupun ada garis panduan yang ditetapkan, banjir mudah berlaku, tanah jerlus, pencemaran udara, pencemaran bunyi, pencemaran tanah masih terjadi serta flora dan fauna turut terancam. Situasi ini jelas membuktikan bahawa pelan perancangan PSKL sebelum ini adalah kurang efisien dan tidak berjaya mencapai objektif sebenarnya. Oleh itu, lahirnya pelan perancangan PSKL 2020 untuk menjaga alam sekitar Kuala Lumpur yang lebih sihat dan sejahtera. Pelan perancangan PSKL 2020 telah mengadakan dasar dan cadangan untuk mewujudkan bandar raya taman tropika di Kuala Lumpur. Namun, sejauhmanakah pelan perancangan PSKL 2020 boleh menbawa kepada alam sekitar Kuala Lumpur yang lebih sihat dan sejahtera masih menjadi satu tanda soal lagi.

Setelah menghayati pelan perancangan PSKL 2020, saya dapati bahawa sememangnya pelan tersebut mempunyai pelbagai kelebihan untuk mencapai objektifnya supaya dapat merealisasikan alam sekitar Kuala Lumpur yang lebih sihat dan sejahtera, namun tidak dapat dinafikan juga terdapat beberapa kelemahan yang menjadi persoalan dalam pelan berkenaan ke arah pembentukan alam sekitar yang harmoni.

Pada pendapat saya, pelan perancangan PSKL 2020 boleh membawa kepada alam sekitar Kuala Lumpur yang lebih sihat dan sejahtera. Hal ini disebabkan pelan perancangan PSKL 2020 telah menggariskan beberapa dasar untuk menjaga dan memulihara alam sekitar Kuala Lumpur. Misalnya, Dasar: EN 1: DBKL akan mempromosikan program pengindahan dan landskap di kawasan kediaman, perdagangan dan perindustrian, Dasar: EN 2: DBKL akan menggiatkan program-program penanaman pokok di tepi jalan serta melandskapkan kawasan lapang dan rekreasi, Dasar: EN 3: DBKL akan memastikan kawasan sedia ada milik swasta dan kawasan kosong lain diperuntukkan dengan landskap yang sesuai, Dasar: EN 4: DBKL akan akan memastikan sungai dilandskapkan dan tapak bekas lombong dipulihkan semula serta Dasar: EN 5: DBKL akan mengintegrasikan sungai utama dan tapak bekas lombong terbiar sebagai suatu ameniti dan elemen reka bentuk bandar. Dengan adanya dasar ini, maka ia telah dijadikan sebagai panduan dalam proses pembangunan di Bandar Raya Kuala Lumpur. Tambahan pula, program landskap dan pengindahan yang telah dijalankan sejak dewasa ini amat berjaya dan membantu dalam mengubah persekitaran Bandar Raya, khasnya di Pusat Bandar Raya. Program landskap dan pengindahan ini akan lebih berjaya dilaksanakan dan dapat merealisasikan objektif mewujudkan sebuah Bandar Raya Taman Tropika jika ia diperluaskan ke semua kawasan kediaman, perdagangan dan perindustrian di Kuala Lumpur.

Sementara itu, pembinaan penampan semula jadi dan buatan manusia di sepanjang jalan dengan menanam pokok secara padat, pokok pagar dan pokok rimbun merupakan tindakan yang dapat mengurangkan pencemaran udara. Hal ini kerana penanaman pokok secara padat, pokok pagar dan pokok rimbun dapat berfungsi sebagai perangkap debu yang baik, di samping dapat memperindahkan lagi alam sekitar Bandar Raya. Jadi, tahap pencemaran udara di Bandar Raya dapat dikurangkan. Dengan ini, DBKL akan memastikan penyediaan kawasan penampan berlandskap yang mencukupi di antara lebuh raya dan kawasan tepu bina yang lain. Pendek kata, saya bersetuju bahawa pelan perancangan PSKL 2020 boleh membawa kepada alam sekitar Kuala Lumpur yang lebih sihat dan sejahtera.

Bagi memastikan kualiti air sungai tidak merosot, DBKL juga akan dengan kerjasama pemegang konsesi pembetungan, memastikan tiada lagi pelepasan air buangan domestik yang tidak dirawat ke dalam sistem sungai dan perparitan. Ini jelas membuktikan bahawa semua air buangan dari pembetungan setempat perlu dirawat dengan betul sebelum disalurkan ke dalam sungai dan perparitan. Jadi, kualiti air sungai dapat dipertingkatkan.

Bagi mengatasi masalah banjir di Bandar Raya Kuala Lumpur pula, DBKL akan bekerjasama dengan Jabatan Pengairan dan Saliran Persekutuan demi mengekalkan kapasiti aliran sungai serta memastikan tiada sebarang sekatan terhadap aliran tersebut berlaku. Di samping itu, DBKL juga akan mengaktifkan semula program pemulihan semula Sungai Klang dan Sungai Gombak. Pembangunan yang melibatkan struktur tetap di dalam rizab sungai juga tidak akan diluluskan lagi. Keadaan ini adalah disebabkan jika membenarkan pembangunan struktur tetap di dalam rizab sungai akan mengurangkan kapasiti aliran sungai. Justeru, kesemua tindakan ini boleh mengelakkan kejadian banjir di kawasan yang mudah dilanda banjir sekiranya dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh.

Dari segi flora dan fauna, DBKL juga akan memelihara baki kawasan hutan dan mengekalkan kepelbagaian mapan serta populasi hidupan liar di dalam Bandar Raya. Hal ini disebabkan flora dan fauna semula jadi Bandar Raya adalah sumber penting yang mesti dipelihara dan digalakkan untuk berkembang bagi manfaat penduduk Bandar Raya dan generasi seterusnya. Dalam pada itu, satu rangkaian kawasan hijau yang saling berkait akan diwujudkan dengan menghubungkan taman utama dan hutan simpan dalam rizab sungai, jalan, rel dan utiliti. Lingkaran kawasan hijau ini dapat membantu mewujudkan persekitaran hidup yang mapan bagi hidupan liar. Tambahan pula, program-program untuk memberi perhatian khusus terhadap pemuliharaan elemen semula jadi Bandar Raya turut akan dirumuskan, termasuklah pokok dan tumbuhan asli, haiwan dan burung, serta mengukuhkan ciri-ciri tropika Bandar Raya. Sumber-sumber makanan bagi hidupan liar akan dipertingkatkan melalui program ini dengan menanam pokok berbuah dan menyediakan stesen pemberian makanan. Oleh itu, flora dan fauna di Bandar Raya dapat dipelihara supaya tidak pupus.

Di samping itu, pelan perancangan PSKL 2020 turut menekankan penyertaan awam dalam usaha mewujudkan alam sekitar Kuala Lumpur yang lebih sihat dan sejahtera. Mengikut pelan perancangan PSKL 2020, aktiviti-aktiviti ekonomi yang melibatkan pihak awam dilaksanakan selaras dengan konteks Local Agenda 21. Penglibatan awam adalah bertujuan membantu mencapai alam sekitar mapan dalam mengoptimumkan penggunaan sumber-sumber yang ada. Tambahan pula, konsep eko-perkongsian yang memberi penekanan kepada usaha perancangan pelbagai pihak yang berkepentingan seperti perusahaan swasta, pelbagai agensi kerajaan, organisasi berasaskan komuniti dan bukan kerajaan (CBOs dan NGOs) bagi menjalankan aktiviti kajian dalam meningkatkan kesedaran awam tentang persekitaran mapan akan dipromosikan dan dipertingkatkan. DBKL dengan kerjasama NGOs dan konsesi swasta juga telah menerajui kempen 'jalan bersih', 'udara bersih' dan 'air bersih' untuk meluaskan konsep eko-perkongsian. Lantaran itu, pihak awam juga telah digalakkan mengamalkan Konsep 3R, iaitu 'Reduce' (mengurang), 'Reuse' (mengguna semula) dan 'Recycle' (mengitar semula). Dengan adanya penekanan melibatkan penyertaan awam, maka kesedaran awam tentang peri mustahaknya menjaga kualiti alam sekitar Kuala Lumpur dapat ditingkatkan. Apabila kesedaran awam dapat dipupuk, maka ia lebih mudah menuju ke arah pembentukan alam sekitar Kuala Lumpur yang lebih sihat dan sejahtera berbanding dengan cara melibatkan perundangan.

Walau bagaimanapun, pelan perancangan PSKL 2020 tetap memaparkan beberapa kelemahan. Terdapat beberapa dasar yang digariskan dalam pelan tersebut tidak membincangkan secara spesifik cara-cara pelaksanaannya. Misalnya, Dasar: EN 16: DBKL akan melaksanakan langkah-langkah untuk menurunkan paras bunyi di di Bandar Raya. Tambahan pula, adakah dasar pengangkutan bagi mempromosikan pengangukutan awam dan mengurangkan kenderaan persendirian di jalan raya akan berjaya mengurangkan pencemaran bunyi???

Selain itu, terdapat beberapa perkara yang masih akan dikaji sebagai langkah untuk mewujudkan suasana alam sekitar Kuala Lumpur yang lebih sihat. Contohnya, keperluan untuk menaikkan piawaian jarak antara kediaman dan jalan-jalan utama akan dikaji, kaedah alternatif untuk membersihkan laluan air Bandar Raya dengan menggunakan teknologi maju dan efektif kos akan dikaji, dan DBKL juga akan mengkaji kemungkinan pendekatan-pendekatan baru bagi meningkatkan pengoksigenan, pengudaraan dan kualiti air sungai Bandar Raya untuk menyokong hidupan akuatik di dalam sungai. Kesemua perkara ini masih belum lagi boleh dijadikan sebagai langkah tebatan untuk meminimumkan tahap pencemaran bunyi dan air sungai di Bandar Raya.

Di samping itu, pelan perancangan PSKL 2020 tidak menyebutkan cara mengatasi masalah pencemaran udara yang disebabkan oleh kegiatan seperti pembakaran terbuka, sumber industri dan kerja-kerja pembinaan. Ia hanya menekankan cara mengatasi pencemaran udara dari aspek pengangkutan sahaja. Keadaan ini menunjukkan langkah mengelakkan berlakunya pencemaran udara kurang sempurna dan tidak lengkap. Walaupun punca pencemaran udara utamanya adalah disebabkan oleh kenderaan bermotor, tetapi punca lain juga tidak boleh diabaikan kerana ia boleh menjejaskan kesihatan dan kualiti hidup manusia.

Satu lagi kelemahan yang terdapat dalam Pelan perancangan PSKL 2020 ialah pelan ini tidak menyentuh tentang pelaksanaan undang-undang untuk membantu merealisasikan suasana Kuala Lumpur yang lebih sihat. Walaupun kesedaran awam merupakan tindakan yang lebih penting untuk merealisasikan suasana Kuala Lumpur yang sihat, namun aspek perundangan juga tidak boleh diabaikan. Jika lapisan masyarakat tidak takut pada undang-undang yang sedia ada, maka undang-undang yang sedia ada perlu dikuatkuasakan dari semasa ke semasa. Misalnya, mengenakan hukuman yang lebih berat sama ada secara kompaun (RM50,000), penjara (5 tahun), atau kedua-duanya sekali ke atas pihak melakukan sebarang pencemaran atau menjejaskan kualiti alam sekitar. Hal ini kerana gabungan dari tindakan undang-undang dan kesedaran awam akan mengoptimumkan pencapaian objektif tersebut walaupun kesedaran awam lebih diutamakan dalam pelan ini.

Sebagai natijahnya, bak kata pepatah "di mana ada manusia, di situ ada pencemaran". Berdasarkan analisis-analisis saya, pelan perancangan PSKL 2020 tidak dapat membawa kepada alam sekitar Kuala Lumpur yang lebih sihat dan sejahtera secara total atau sepenuhnya dari semua aspek yang telah digariskan. Pada pendapat saya, kejayaan atau kebolehan pelan perancangan PSKL 2020 menuju ke arah mewujudkan alam sekitar Kuala Lumpur yang lebih sihat dan sejahtera tidak semata-mata hanya melihat kepada perancangan yang bertulis sahaja, malah apa yang lebih signifikan dan praktikal bagi mencapai objektif-objektif PSKL 2020 adalah tindakan atau cara bagaimana ia dilaksanakan oleh semua pihak yang terlibat (termasuk penglibatan orang awam). Jadi, semua pihak seharusnya bergembleng tenaga dan memberi sokongan padu untuk menjayakan objektif PSKL 2020. Saya juga berpandangan bahawa demi mewujudkan alam sekitar Kuala Lumpur yang lebih sihat dan sejahtera, ia tidak harus hanya bergantung atau semata-mata tertakluk kepada dasar-dasar yang digariskan dalam pelan perancangan tersebut sahaja kerana terdapat cara lain (seperti menguatkuasakan undang-undang alam sekitar sedia ada serta pendidikan sama formal dan informal) boleh membawa alam sekitar Kuala Lumpur yang lebih sihat dan sejahtera.

Juristina Akang
February 15, 2006   11:02 AM PST
 
Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 (PSKL 2020) yang diadaptasikan daripada PSKL 1984, nampaknya seperti suatu pelan perancangan yang ideal dalam mewujudkan sebuah bandar raya yang seimbang di antara pembangunan, ekologi dan wawasan 2020. Objektif-objektif yang dirancang dalam PSKL 2020 seolah-olah membayangkan kepada kita akan kesungguhan pihak berkuasa tempatan Dewan Bandar Raya Kulala Lumpur (DBKL) dalam membawa kepada alam sekitar Kuala Lumpur yang lebih sihat dan sejahtera.

Pada saya PSKL 2020 merupakan satu pelan yang ideal dari segi teorinya. Saya berpandangan sedemikian kerana masih terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan pelan tersebut. Antara kelemahan yang boleh kita lihat ialah seperti garis panduan pembangunan yang tidak lengkap dan kurang jelas dan hal ini tentunya mudah dicabar dalam hal-hal yang bersabit dengan undang-undang alam sekitar.Contohnya garis panduan pembangunan tidak menetapkan keperluan zon penampan yang mencukupi di antara kawasan perumahan dan potensi punca pencemaran seperti pencemaran bunyi. Terdapat lebuh raya dan jalan-jalan utama dibina melalui kawasan kediaman yang berkepadatan tinggi. Pencemaran bunyi itu tentulah mengganggu keselesaan penduduk yang berhampiran di samping boleh menimbulkan masalah kesihatan. Bagi kawasan sensitif alam sekitar pula, PSKL 2020, mempunyai garis panduan perancangan sedia ada yang ditak cukup komprehensif untuk menilai kesan projek pembangunan di kawasan tersebut yang mana telah menyumbang kepada impak kemerosotan persekitaran semulajadi bandar raya.

Aspek penguatkuasaan undang-undang juga lemah, membuktikan kepada kita bahawa PSKL 2020 akan menghadapi kesukaran dalam mencapai hasrat untuk menjadi sebuah bandar raya taman tropika yang bebas daripada pencemaran utama. Ini kerana pembangunan di kawasan-kawasan cerun melebihi 30 darjah, masih berlaku dan memberi telah memberi impak seperti hakisan tanah walaupun telah wujud peraturan-peraturan bandar raya di samping peraturan-peraturan dan dasar-dasar kerajaan yang sedia ada yang mana menekankan konsep ‘fit-to terrain’ dalam reka bentuk susun atur.

Air sungai utama di Kuala Lumpur iaitu Sungai Klang dan Sungai Gombak yang mengalir melalui pusat bandar raya mengandungi muatan pepejal terampai yang tinggi akibat pembuangan keledak dari tapak pembinaan. Mengapa perkara ini terus berlaku, walhal sudah terdapat peraturan yang mana menghendaki para pemaju yang menjalankan pembangunan di sesuatu kawasan perlu memproses terlebih dahulu bahan kumbahan sebelum dibuang ke dalam sungai. Selain itu, kekurangan kos dan teknologi dalam meningkatkan kualiti air sungai telah menyebabkan air buangan dari pembentungan setempat tidak dapat dirawat dengan baik sebelum ianya dilepaskan ke dalam sistem sungai. Kualiti air sungai yang agak tercemar itu pula akan menjadi sumber kegunaan penduduk.

Berdasarkan beberapa contoh masalah yang dikemukan itu, saya berpendapat PSKL 2020 masih belum berjaya sepenuhnya dalam membawa kepada alam sekitar Kuala Lumpur yang sihat dan sejahtera. Penduduk Kuala Lumpur hanya akan sihat dan sejahtera jika mereka dapat menikmati kehidupan dengan selesa, aman, tenang dan harmoni kerana bebas daripada masalah-masalah seperti pencemaran udara, pencemaran bunyi, pencemaran air, banjir, tanah runtuh dan sebagainya.


Juristina Akang (YT2003-6433)


LEE SHUK YEN (HT2002-4570)
February 14, 2006   09:16 AM PST
 
Selamat sejahtera!
Bandaraya Kuala Lumpur merupakan satu kawasan yang penting dalam pembangunan ekonomi negara Malaysia. Malah bandaraya ini tidak dapat lari daripada permasalahan alam sekitar yang dikatakan menjadi satu cabaran besar dalam abad ke-21 dan isu ini memerlukan perhatian yang serius daripada semua pihak. Kerajaan Malaysia yang prihatin telah mewujudkan Pelan Struktur Kuala Lumpur untuk meminimumkan permasalahan ini. Kudis jika tidak diubati akan merebak dengan mudah terutamanya kepada penghidap kencing manis. Maka boleh dikatakan PSKL 2020 memang tepat diperkenalkan pada masanya. Walau bagaimanapun, masih terdapat sedikit kelemahan dalam pelan tersebut untuk membendung masalah alam sekitar.

Dasar memperkenalkan Bandar Raya Taman Tropika yang merangkumi program penanaman pokok di tepi jalan serta melandskap kawasan lapang menyumbangkan banyak faedah kepada manusia sejagat. Di antaranya sumbangannya ialah pokok dapat mengawal peningkatan suhu, membekalkan oksigen dan menyerap karbon dioksida melalui proses fotosintesis. Ini adalah penting kerana fenomena pulau haba banyak disumbangkan oleh gas karbon dioksida, karbon dioksida membentuk satu kubah yang menyelimuti ruang atmosfera dan memerangkap bahangan bumi daripada keluar. Mengikut Anthony Milne, pada masa kini, hampir 5.5 billion tan molekul karbon dioksida dilepaskan ke atmosfera setiap tahun. Maka dasar ini adalah perlu diperkenalkan.

Program pengindahan dan landskap terutamanya di kawasan kediaman amat penting kepada penduduk Kuala Lumpur dari segi mentaliti. Penduduk di bandaraya sibuk dengan pekerjaan selaras dengan taraf hidup yang tinggi sangat memerlukan tempat untuk menenangkan fikiran. Kawasan kediaman yang mempunyai landskap yang bernilai estetik tinggi sesuai untuk golongan tersebut.

Kuala Lumpur adalah kekurangan tanah pamah untuk pembangunan kerana telah tepu bina. Maka wujudnya masalah pembangunan di lereng bukit. Langkah mengatasi masalah ini seperti kajian geoteknikal adalah sangat diperlukan. Adakah langkah ini dapat berfungsi? Barisan penilai berkredibiliti atau pakar? Terdapat manipulasi pada laporan kajian geoteknikal? Memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat keraguan tentang sesetengah kajian. Orang yang telah dikaburi matanya dengan wang ringgit sanggup melakukan apa saja walaupun kesannya mengancam nyawa insan-insan yang tidak berdosa.

Kebanyakan sungai di Kuala Lumpur mengalami pencemaran iaitu kualiti air menurun. Langkah tebatan PSKL iaitu memastikan air buangan dirawat, meningkatkan pengoksidaan, pengudaraan dan kualiti air sungai adalah langkah yang baik. Namun saya berpendapat bahawa adalah lebih baik kita tumpukan usaha pemuliharaan sungai-sungai yang belum tercemar supaya tidak terus dicemar. Selain itu, aspek kawalan memainkan peranan yang penting. Aspek kawalan terbahagi kepada dua iaitu melalui perundangan dan bukan perundangan. Melalui Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 (Pindaan 1996), JAS menjalankan kerja-kerja penguatkuasaan untuk mengawal pencemaran air. Manakala kawalan bukan perundangan adalah melalui garis panduan, program kesedaran, penduduk dan khidmat nasihat. Selain daripada kawalan, strategi melibatkan pihak individu dalam penjagaan alam sekitar adalah penting. Biar apapun pendapat kita, yang penting usaha-usaha yang kita laksanakan mestilah konsisten.

Mari kita melihat kepada program penempatan semula setinggan. Menurut Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kajian yang dijalankan menunjukkan seramai 26,941 unit setinggan di Kuala Lumpur. Persekitaran kawasannya pula amat kotor dengan sampah sarap serta sistem perparitan yang tidak teratur. Proses perbandaran di Kuala Lumpur bagaikan besi magnet yang menarik penduduk luar bandar, golongan ini tidak mampu tinggal di kawasan perumahan yang lebih selesa, sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit. Itulah yang berlaku akibat daripada sikap berlembut Pihak Berkuasa Tempatan. Yang penting adalah pihak berkaitan haruslah bertindak tegas menangani masalah terutamanya menerusi program penempatan semula setinggan.

Langkah tebatan yang disenaraikan dalam PSKL iaitu pembinaan perangkap pepejal terampai memang dapat meminimumkan sekatan aliran air. Walau bagaimanapun, langkah ini tidak bersifat terkawal kerana akan menimbulkan masalah lain. Apabila jumlah pepejal yang terperangkap sangat banyak dan tiada pekerja mengutipnya, pada masa yang sama, hujan lebat turun, kawasan sekitar perangkap pepejal terampai akan menghadapi ancaman banjir. Mengapakah kejadian banjir kilat kerap melanda Kuala Lumpur? Pihak manakah yang sanggup memikul tanggungjawab menangani masalah ini? Sebagai penduduk awam, semua pihak perlu sama-sama menggembleng tenaga untuk menangani masalah suka membuang sampah di merata-rata tempat.
Pada pendapat saya, mekanisme seperti kolam banjir (flood pond) dan penggunaan longkang tertutup boleh diperkenalkan. Mekanisme kolam banjir berupaya melambatkan aliran air terutamanya air hujan di permukaan bumi. Manakala mekanisme longkang tertutup dikatakan mampu mengelakkan sampah daripada dibuang ke dalam longkang terbuka yang akhirnya terhimpun sehingga menyekat aliran air.

Dasar memelihara baki kawasan hutan dalam PSKL sangat penting kerana spesies flora dan fauna diancam kepupusan sehingga kita tidak sempat menjalankan pemuliharaan. Dijangka menjelang tahun 2020, lebih daripada satu juta spesies haiwan dan serangga akan lenyap daripada muka bumi. Hutan menjadi habitat utama untuk haiwan bagi menerusi generasinya. Apabila habitat musnah, haiwan turut musnah atau berlakunya penghijrahan spesies untuk mencari habitat baru.

Seperti yang kita sedia maklum, penggunaan pengangkutan awam seperti LRT bukan sekadar boleh meminimumkan kadar pencemaran, malah dapat mengatasi masalah seperti kesesakan lalulintas. Mengapakah promosi ini masih tidak berjaya? Ini disebabkan sikap manusia yang hanya mementingkan kepentingan diri dan inginkan keselesaan.

Diharap menerusi pelaksanaan dasar-dasar dalam PSKL 2020, langkah-langkah tebatan yang sistematik dan pragmatik dijalankan berterusan agar dapat mencapai objektif PSKL 2020 iaitu dapat menjamin taraf alam sekitar yang sebaik mungkin dengan memperbaiki dan memelihara perseimbangan yang bijak di antara pembangunan, ekologi dan warisan negara.


YUSRI ABD HADJI
February 12, 2006   09:01 PM PST
 
Persekitaran Bandar Raya wujud dalam dua keadaan, iaitu aspek yang boleh diukur (kuantiti) dan aspek yang sukar diukur (kualiti). Kedua-dua aspek tersebut memerlukan satu “pelengkap” agar persekitaran dapat diurus sebaik mungkin. Keadaan ini telah menjadi pendorong kepada kewujudan suatu pelan yang begitu fleksibel dan efektif serta sesuai dengan keadaan semasa. Oleh itu, Pelan Struktur Kuala Lumpur (PSKL) 1984 telah diwujudkan bertujuan untuk menjamin alam sekitar yang sihat dengan memperbaiki dan memelihara keseimbangan antara pembangunan, ekologi dan warisan negara. Strategi yang menyokong objektif ini adalah untuk menggalakkan mutu ameniti alam sekitar yang tinggi dari segi seni bandar dan seni taman bagi mencapai persekitaran yang bebas dari bentuk pencemaran utama.
 
Program alam sekitar selepas PSKL 1984 telah banyak memberi penekanan terhadap ameniti berbanding suasana persekitaran. Penekanan ini telah berubah disebabkan kesedaran bahawa pertimbangan untuk alam sekitar tidak seharusnya dihadkan kepada kawalan pencemaran tetapi lebih positif ke arah mewujudkan persekitaran yang selesa, ceria dan merangsang. Pada pendapat saya, saya amat bersetuju dengan pelan perancangan PSKL 2020. Namun begitu, kita hanya mampu merancang sesuatu yang terbaik. Tetapi hanya masa dan keadaan yang menentukan segalanya. Begitu juga dengan pelaksanaan pelan perancangan PSKL 2020. Pihak kerajaan hanya mampu merancang pelan peracangan PSKL 2020, tetapi yang akan merealisasikan hasrat tersebut terletak di tangan kita semua samada individu, masyarakat, agensi dan lain-lain lagi.

Walaupun kerajaan telah menggariskan beberapa dasar di dalam pelan perancangan PSKL 2020, namun objektif untuk mewujudkan persekitaran yang selesa, ceria dan merangsang masih belum dicapai sepenuhnya. Contohnya, walaupun PSKL 2020 telah mengambil kira isu hakisan tanah dan kestabilan cerun serta menyediakan garis panduan untuk pembangunan, namun hakisan tanah dari tapaktapak pembinaan masih terus berlaku. Selain itu, walaupun terdapat tiga hutan simpan di Kuala Lumpur, iaitu Hutan Simpan Bukit Nanas (10.52 hektar), Hutan Simpan Bukit Sungai Putih (7.41 hektar) dan Hutan Simpan Bukit Sungai Besi (42.11 hektar), namun sebahagian daripada baki kawasan hutan masih di bawah ancaman pembangunan. Pencerobohan pembangunan dalam kebanyakan kes telah menjadikan kawasan hutan tidak lagi mapan sebagai habitat semula jadi kehidupan liar. Di sesetengah kawasan, keseluruhan koloni telah lenyap sementara di habitat lain, hidupan liar terpaksa mencari sumber makanan di luar habitatnya hingga menimbulkan konflik dengan penduduk di kawasan perumahan bersebelahan.

Kerajaan telah menetapkan syarat-syarat penting bagi meningkatkan kualiti air sungai iaitu dengan memastikan semua air buangan dari pembetungan setempat dirawat dengan betul sebelum dilepaskan ke dalam sistem sungai dan perparitan. Namun begitu, masih terdapat banyak lagi sungai-sungai di sekitar Kuala Lumpur yang tercemar iaitu seperti Sungai Klang dan Sungai Gombak. Berdasarkan Laporan Kualiti Alam Sekeliling 2000 Malaysia, pemantauan terhadap penerimaan bunyi sensitif di premis seperti sekolah dan hospital di Kuala Lumpur melebihi had 55 desibel yang disarankan oleh World Health Organization (WHO). Lalu lintas kenderaan merupakan punca utama bunyi, manakala punca punca bunyi lain yang memberi kesan kepada kawasan setempat adalah daripada mesin perindustrian dan LRT. Selain itu, pencemaran ini juga disebabkan oleh kelemahan dalam pelan tersebut iaitu garis panduan pembangunan tidak menetapkan keperluan zon penampan yang mencukupi di antara kawasan perumahan dan potensi punca pencemaran. Dalam sesetengah kes, lebuh raya dan jalan-jalan utama dibina melalui kawasan kediaman yang berkepadatan tinggi. Paras bunyi bukan sahaja mengganggu keselesaan penduduk, malah boleh menimbulkan masalah kesihatan.

Selain dari kelemahan-kelemahan dalam pelan pelaksanaan yang termaktub dalam pelan PSKL 2020, terdapat juga beberapa aspek pembangunan yang berjalan dengan lancar. Misalnya, program landskap dan pengindahan yang telah dijalankan kebelakangan ini amat berjaya dan membantu dalam mengubah persekitaran Bandar Raya, terutamanya di Pusat Bandar Raya. Program-program ini seharusnya ditingkatkan dan diperluaskan untuk merangkumi semua kawasan kediaman, perdagangan dan perindustrian di Kuala Lumpur ke arah merealisasikan objektif mewujudkan sebuah Bandar Raya Taman Tropika. Selain itu, pelaksanaan dasar-dasar pengangkutan awam berbanding pengangkutan persendirian telah berjaya membantu dalam pengurusan permintaan lalu lintas. Penurunan jumlah lalu lintas jalan raya ini mempunyai hubungan secara langsung terhadap pengurangan pencemaran udara. Program-program lain untuk mengurangkan kesan pencemaran dari kenderaan juga akan dilaksanakan seperti pembinaan penampan semula jadi dan buatan manusia di sepanjang jalan dengan penanaman pokok secara padat, pokok pagar dan pokok rimbun sebagai perangkap debu.

Kesimpulannya, semua dasar yang telah dirumuskan dan garis panduan yang didrafkan dalam pelan perancangan PSKL 2020 merupakan asas bagi rangka kerja yang komprehensif untuk memandu, mengawal dan mengurus pembangunan baru serta kerja-kerja pembaikan di Kuala Lumpur. Bagi melaksanakan langkah-langkah ini, Unit Alam Sekitar di bawah Jabatan Kesihatan DBKL akan diperkukuhkan untuk mengawal dan memudahkan penyelarasan dengan semua pihak yang berkepentingan serta semua jabatan berkaitan di dalam dan di luar DBKL. Selain itu, semua pihak harus memainkan peranan yang penting dan bekerjasama antara satu sama lain mengembeling tenaga bagi memastikan kejayaan pelaksanaan pelan perancangan PSKL 2020. Kita tidak seharusnya meletakkan beban tersebut kepada kerajaan semata-mata kerana kebersihan dan keindahan alam sekitar adalah tanggungjawab kita semua.

mohamad hir ramli
February 10, 2006   08:55 PM PST
 
Pelan Struktur Kuala Lumpur (PSKL) 1984 merupakan pelan perancangan oleh DBKL yang ringkas dan padat untuk membantu pelaksanaan pembangunan yang seimbang. PSKL 2020 pada dasarnya adalah baik sebagai garis panduan oleh DBKL dalam merealisasikan objektifnya mewujudkan Bandar Taman Tropika selain meneruskan pengekalan keseimbangan yang saksama antara pembangunan, ekologi dan warisan negara serta meningkatkan persekitaran kehidupan bandar raya yang lebih baik.

Melalui PSKL membuktikan bahawa kesedaran pihak berkuasa dalam usaha menjaga alam sekitar telah diutamakan. DBKL telah mengambil langkah yang drastik dalam PSKL iaitu membaiki alam sekiitar dengan keadaan fizikal bandar yang sedia ada dan mengariskan pelan perancangan bagi pembangunan akan datang. Walaupun begitu, kebanyakan kandungan pelan ini sememangnya wujud dan telah pun dilaksanakan. Namun, pelan ini lebih tersusun dan dibukukan sebagai objektif yang lebih jelas kepada DBKL. Oleh itu, pelan ini dilihat sebagai rujukan utama dalam memastikan kesimbangan alam sekitar dan pembangunan bandarayanya.

Dalam pelan asas ini turut dinyatakan cadangan setiap isu yang diutarakan. PSKL merangkumi pengurusan alam sekitar, penyertaan awam, kawasan sensitif alam sekitar, kawalan pencemaran, persekitaran fizikal (cerun dan kualiti air sungai) dan bandar raya taman tropika serta flora dan fauna. PSKL mempunyai serampang dua mata dalam mengatasi masalah persekitaran bandaraya. Langkah penanaman pokok di sepanjang jalan misalnya berupaya memerangkap debu, asap kenderaan dan penampan bunyi yang baik. Selain itu, kewujudan pokok di jalanan juga memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya. Pokok-pokok memberi lindungan terik cahaya matahari pada waktu siang malahan turut mengeimbangi suhu sekitarnya. DBKL bukan sahaja ingin menjadikan bandaraya taman tropika yang dikenali di seluruh dunia. Malahan pembinaan landskap taman di kawasan lapang yang terbiar telah memberi kedamaian dan keselesaan kepada penghuni bandar. Bukan itu sahaja pemandangan yang cantik telah menarik pelancong untuk berkunjung ke bandaraya ini.

Pelan dan rancangan untuk mengatasi pencemaran, mengelakkan risiko tanah runtuh dan banjir adalah antara perkara penting yang nampaknya diambilkira dalam PSKL. Namun, PSKL tidak mempunyai pelan yang kukuh dari segi perundangan setiap isu-isu yang diutarakan. PSKL lebih kepada pengambilan langkah-langkah yang berbentuk membaiki dan mengekalkan persekitaran alam semula jadi. Tindakan undang-undang tidak begitu jelas dalam menjayakan pelan perancangan tersebut. Oleh itu, pelan ini boleh dibaiki dari semasa ke semasa supaya mempunyai kesinambungan objektif asal PSKL.




BORHAN TAHERE (HA2003-1237)
February 10, 2006   06:12 PM PST
 
BLOG 5

PENILAIAIN PELAN STRUKTUR KUALA LUPMPUR 2000

Berdasarkan pskl 2020 yang telah di gariskan, iaitu bagi menilai segala bentuk aktiviti yang telah dan akan dilakukan bagi memastikan kesannya terhadap persekitaran dapat diminimumkan dan dapat mencapai objektif sebagai Bandar Taman Tropika disamping mengekalkan keseimbangan antara pembangunan , ekologi dan warisan Negara. Untuk menjadi sebuah Bandar Taman Tropika, semestinya bercirikan alam semulajadi yang kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna serta bentuk pemandangan fizikal yang semulajadi.
Melihat kepada pskl 2020, perancangan yang rapi telah dibuat bagi mencapai objektif perlaksanaan yang dinginkan berdasarkan keadaan semasa dan isu yang timbul. Melalui penilaian keadaan semasa dan isu yang wujud, langkah-langkah tebatan dapat dilakukan bagi memastikan pengurangan kesan yang timbul dan seterusnya melenyapkan kesan tersebut dengan mengambil tindakan yang sepatutnya. Sebagai contoh, dalam isu air sungai utama, iaitu Sungai Klang dan Sungai Gombak yang paras kualitinya yang sangat teruk dan masalah banjir akibat limpahan kedua-dua sungai tersebut. Masalah ini berpunca akibat dari tahap bahan pejal terampai yang sangat tinggi akibat dari kelodak dari kawasan pembinaan, pembuangan sampah sarap dan pembuangan secara langsung bahan buangan domestic ke dalam sungai. Manakala maslah banjir yang berlaku akibat pembangunan yang memaksa saiz sungai semakin kecil dan mengakibatkan berlaku halangan aliran air dan seterusnya menyebabkan banjir.
Ekoran daripada masalah tersebut, beberapa langkah telah diambil bagi mengatasi maslah tersebut. Antaranya termasuklah, meletakkan syarat bahawa semua air buangan dari pembentungan tidak boleh disalurkan terus ke sungai tanpa melalui proses rawatan dan mengadakan tindakan-tindakan alternative seperti penggunaan teknologi dalam perawatan air (penggunaan air terjun kecil bagi meningkatkan pengoksigenan air). Manakala bagi masalah banjir, tindakan memastikan tiada sekatan terhadap laluan air dengan membina perangkap sampah di hulu sungai. Di samping itu juga, DBKL tidak akan meluluskan sebarang projek yang membina struktur tetap di dalam kawasan rizab sungai.
Berdasarkan kepada tindakan-tindakan tersebut, kita dapat melihat bahawa salah satu langkah yang diambil yang dapat membantu dalam melaksanakan Bandar Taman Tropika yang mementingkan penjagaan aspek alam semulajadi. Sememangnya pembangunan yang berlaku di sesuatu temapt tidak akan lari dari masalah, namun setiap masalah perlu difikirkan bagi meminimumkan kesan yang timbul di samping mengambil tindakan pencegahan yang perlu untuk memastikan masalah tidak sampai ke tahap yang kritikal.Sebagai contoh, langkah DBKL yang tidak membenarkan sebarang pembinaan struktur kekal di kawasan rizab sungai. Oleh yang demikian, pskl 2020 tersebut mampu untuk membawa alam sekitar yang lebih sihat dan sejahtera bersama-sama pembangunan.

Tang En Tze (HT2002-4593)
February 10, 2006   08:53 AM PST
 
“Hai, PSKL….Sejauhmanakah keberkesanan pelaksanaan-Mu?” Inilah luahan dari lubuk hati saya. Sehingga kini, PSKL 1984 telah mencapai umur 20 lebih tahun! Namun, setakat manakah objektifnya tercapai? Kalian akan mempunyai jawapan sendiri selepas membaca laporan-laporanberikut......

Laporan 1: Dalam seminar Kebangsaan Geografi dan Alam Sekitar 2004 di UPSI, Dr. Hamirdin B. Ithnin membentangkan kertas kerjanya bahawa KL mengalami krisis air yang paling teruk pada tahun 1998. Masalah ini telah berulang pada tahun 2002 dan dijangka akan berulang lagi, malah akan bertambah buruk pada tahun 2007. Menurut beliau, masalah ini disebabkan oleh pembinaan lebuhraya KL – Puterjaya – KLIA – Nilai - Seremban.

Laporan 2: Kedua-dua sungai utama yang mengairi KL, iaitu Sungai Klang dan Sungai Gombak telah dikategori sebagai sungai yang tercemar dan memerlukan rawatan ekstensif. Laporan Kualiti Alam Sekeliling 2000 Malaysia Indeks Kualiti Air (WQI) menunjukkan kualiti air Sungai Klang dan Sungai Gombak masih tercemar, (WQI Kelas III 51.9-76.5) di mana rawatan secara ekstensif diperlukan. Keadaan ini bertambah teruk apabila terdapat kawasan setingan berdekatan sungai-sungai ini.

Laporan 3: Daripada sumber yang diperolehi daripada Jabatan Alam Sekitar, Sungai Klang dilaporkan mempunyai kandungan pepejal terampai yang amat tinggi. Berdasarkan pemonitoran yang dijalankan oleh Jabatan Alam sekiatar, sebahagian besar perairan bahagian pantai barat Semenanjung Malaysia merekodkan aras bakteria E.Coli yang tinggi dan kira-kira 42% pantai telah dicemari oleh sisa minyak.

Laporan 4: Masih terdapat pembinaan di kawasan cerun curam yang melebihi 30 darjah. Walaupun telah diwartakan kawasan ini adalah sensitif terhadap pembinaan, tetapi langkah-langkah bagi mengatasi masalah hakisan tanah masih kurang dilakukan. Sehingga kini, hakisan tanah dari tapak-tapak pembinaan masih berlaku secara berterusan.

Laporan 5: Pada tahun 1985, 220 000 meter padu bahan buangan toksik berbahaya dihasilkan di Semenanjung Malaysia di mana sebahagian besarnya dihasilkan di Lembah Klang. Jabatan Alam Sekitar menganggarkan kira-kira 380 000 meter padu bahan buangan toksik yang berbahaya dihasilkan oleh industri pada tahun 1991 tetapi pelupusannya menjadi suatu masalah.

Menurut laporan-laporan di atas, nampaknya PSKL 1984 kurang berkesan. Ini memang sesuatu yang telah dijangkakan! Kita sedia maklum bahawa manusia terpaksa membuat pilihan di antara alam sekitar dan pembangunan. Ini bermaksud manusia terpaksa mengorbankan sesuatu (kos lepas) untuk mendapatkan sesuatu yang lebih membawa kepuasan (ultiliti sut yang lebih tinggi). Cuba kita bayangkan keadaan sebenar di KL. Keluasannya cuma 7,956 km persegi tetapi perlu menampung penduduk yang berjumlah 103,900 orang. Dalam kesesakan ini, mana satu yang akan dipilih dan mana satu yang akan dikorbankan? Bukankah alam sekitar terpaksa dikorbankan untuk memenuhi keperluan menusia yang semakin bertambah?

Nyata sekali, PSKL 1984 telah gagal. Bagaimana pula dengan PSKL 2020? Laporan menunjukkan “Kebelakangan ini, program landskap dan pengindahan yang dijalankan berdasarkan PSKL 2020 telah berjaya mengubah persekitaran pusat bandar raya KL.” Eh, hanya berjaya dijalankan di pusat bandar raya KL? Dapatkah ini membuktikan keberkesanan PSKL 2020 yang sebenar? Bagaimana pula jika program ini diperluaskan ke semua kawasan kediaman, perdagangan dan perindustrian di KL? Dapatkah objektif mewujudkan sebuah Bandar Raya Taman Tropika turut direalisasikan di kawasan-kawasan tersebut?

Jika kita mengkaji soalan-soalan di atas secara mendalam, kita akan mendapati program landskap dan pengindahan berjaya dijalankan di pusat bandar raya KL kerana ia dilaksanakan oleh pihak kerajaan atau orang-orang atasan DBKL yang merupakan golongan sosialis. Adakah ia turut berjaya dilaksanakan oleh pihak swasta dan orang perseorangan di kawasan kediaman, perdagangan dan perindustrian masing-masing? Susah! Ini disebabkan mereka ialah orang-orang bawahan yang merupakan golongan kapitalis. Jika terdapat kawasan lapang di tempat-tempat mereka, mereka pasti memenuhinya dengan sesuatu yang membawa nilai komersial seperti membina kedai, rumah atau jalan raya. Pernahkah anda melihat golongan kapitalis menanam pokok sekadar untuk memenuhi kehendak kerajaan yang ingin mencapai matlamat “Bandar Taman Tropika” tanpa memperoleh sebarang keuntungan? Nampaknya, EN 1-3 dalam PSKL 2020 amat sukar direalisasikan kecuali semua golongan kapitalis bertukar pendirian menjadi sosialis. Ini bukan sesuatu yang mustahil. Pertukaran ini boleh berlaku melalui penerapan kesedaran atau pendidikan.

Pelbagai program atau kempen perlu dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran awam tentang kepentingan alam sekitar kepada manusia. Contohnya, Kempen ‘jalan bersih’, ‘udara bersih’ dan ‘air bersih’ di mana DBKL dengan kerjasama NGOs dan konsesi swasta telah menerajui untuk meluaskan konsep eko-perkongsian. Pihak awam juga akan digalakkan untuk mengamalkan Konsep 3R, iaitu ‘Reduce’ (mengurang), ‘Reuse’ (mengguna semula) dan ‘Recycle’ (mengitar semula). Melalui pelbagai usaha ini, minda golongan kapitalis akan terbuka dan sedar bahawa kesejahteraan hidup manusia lebih penting daripada kewangan. Jadi, mereka akan berusaha untuk memelihara alam sekitar yang bersih supaya kesejahteraan hidup manusia terjamin. Dengan demikian, EN 19 yang menyatakan “DBKL akan dengan kerjasama agensi kerajaan lain, sektor awam dan swasta, mengambil langkah proaktif bagi memastikan pembangunan ekonomi, fizikal dan sosial mapan sesuai dengan persekitaran sedia ada.” pasti dapat dilaksanakan dengan berjaya tanpa halangan!




vincent anthony yt2003-6430
February 9, 2006   10:51 PM PST
 
Sebelum kita melihat keberkesanan pelan perancangan PSKL 2020, adalah lebih baik sekiranya kita mengkaji terlebih dulu apakah nadi utama yang mencorakkan alam sekitar KL dari aspek fizikal dan sosio-budayanya.
Dari aspek fizikal, KL terdiri daripada dataran lembah sungai yang rata di bahagian utara dan timur, bukit-bukit bercerun curam ke arah barat, timur laut dan selatan serta lembah sungai yang sempit ke arah barat daya di mana Sungai Klang mengalir ke arah pantai. 2 daripada 3 sungai utama di KL iaitu Sungai Klang dan Sungai Gombak mengalir melalui Pusat Bandar. Fenomena ini menunjukkan bahawa sebarang gangguan terhadap persekitaran fizikal memberi pengaruh negatif kepada bandaraya KL khususnya bencana banjir.
Sementara dari aspek sosio-budayanya, KL adalah tumpuan kepada projek-projek pembangunan perindustrian yang padat dengan jaringan pengangkutan. Sebarang pertambahan projek pembangunan tanpa kajian terperinci sudah tentu memberi impak negatif terhadap alam sekitar KL.
Atas kesedaran dan kebimbangan tentang bahayanya sebarang gangguan alam sekitar KL, maka PSKL telah menyediakan 20 dasar cadangan untuk membawa alam sekitar KL yang lebih sihat dan sejahtera.
Walau bagaimanapun, pelan perancangan PSKL 2020 lebih kepada usaha memulihkan alam sekitar yang telah dirosakkan sedangkan 'mencegah itu lebih baik dari mengubati'. Contohnya, dalam dasar 1-5 jelas menunjukkan usaha DBKL untuk memulihkan semula alam sekitar. Sementara dasar ke-6 pula menyatakan bahawa DBKL tidak akan membenarkan pembangunan di lereng bukit yang bercerun melebihi tahap yang dibenarkan dalam dasar dan peraturan kerajaan persekutuan. Namun demikian, berita semasa melaporkan bahawa pembangunan di kawasan cerun masih berlaku. Akibatnya berlaku hakisan tanah, tanah runtuh, banjir lumpur malahan struktur bangunan yang dibina juga tidak selamat tetapi projek masih diluluskan. Jika terlalu banyak bahan ampaian dan kelodak lumpur yang dialirkan ke sungai, pastinya KL berpotensi ditenggelami banjir lumpur. Ini sepatutnya difikirkan secara mendalam sebelum sesuatu projek pembangunan dilakukan khasnya di kawasan lereng bukit.
Dalam dasar 8 dan 9, DBKL bertujuan untuk memastikan tiada lagi pelepasan air buangan sisa domestik yang tidak dirawat dengan betul ke dalam sungai. Dasar yang dicadangkan ini tidak pula memperincikan langkah membanteras kawasan setinggan di sepanjang Sungai Klang dan Sungai Gombak yang menjadi penyumbang besar terhadap pencemaran kualiti air sungai seperti mana yang dilaporkan oleh WQI. Karam Singh Walia pun hampir pada setiap malam melaporkan berlakunya pelepasan air sisa domestik yang tidak dirawat dengan betul ke dalam sungai.
Justeru itu, saya melihat bahawa pelan perancangan PSKL 2020 sukar untuk membawa alam sekitar KL yang sihat dan sejahtera kerana faktor utama yang menjejaskan dan merosakkan alam sekitar KL tidak diberi pertimbangan pertama dalam menggariskan dasar cadangan PSKL. Melainkan tindakan tegas oleh pihak yang berwajib dan pelaksanaan dasar secara berterusan dilaksanakan disamping lahirnya kerjasama padu dan kesedaran terhadap pentingnya alam sekitar dalam diri setiap individu. Terima kasih
SAMSAM
February 8, 2006   04:40 PM PST
 
Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 (PSKL 2020).
Kuala Lumpur merupakan Kota Metropolitan dan kawasan mercu tanda pembangunan yang pesat dan utama di negara ini. Fungsi bandaraya ini bukan sahaja sebagai tempat untuk memenuhi keperluan domestik malah melangkaui peringkat ‘trans boundry’ sebagai pintu penghubung antara negara ini dengan dunia luar. Melihat kepada peripentingnya bandaraya ini maka proses pembangunan giat dijalankan untuk memenuhi tuntutan tersebut, kesannya kini kuala lumpur muncul sebagai sebuah kota metropolitan yang penuh dengan pembangunan moden. Namun pada masa yang sama pembangnan telah mengorbankan alam sekitar dan semakin terancam. Masalah dan isu alam sekitar dengan pembangunan ini sentiasa menjadi perhatian masyarakat, lantaran itu pihak yang berautority iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah membentuk Pelan Struktur Kuala Lumpur (PSKL) 2020 untuk mengatasi permasalah ini.
Pada dasarnya saya BERSETUJU dengan pelan ini dalam usaha DBKL untuk mewujudkan ruang pembangunan yang mesra alam sekitar di bandaraya ini. Berdasarkan objektif no 2 PSKL iaitu “meneruskan pengekalan keseimbangan yang saksama antara pembangunan, ekologi dan warisan negara” dan juga objektif lain menunjukkan kesungguhan DBKL untuk mencapai tahap pembangunan mapan di dalam bandaraya ini tanpa mengabaikan alam sekitar.
Pembentukan dasar dan cadangan yang membina digubal untuk memandu usaha dan perancangan tersebut. Daripada setiap cadangan jelas memperlihatkan bagaimana ia akan mewujudkan alam sekitar KL yang lebih sihat dan sejahtera. Kita lihat cadangan Bandaraya Taman Tropika yang dibentuk dalam PSKL 2020. Dalam cadangan ini, landskap di bina di kawasan yang strategik dan kawasan terbiar di bina landskap utnuk mengindahkan kawsan itu dan ini dilaksanakan melibatkan pelbagai pihak seperti dasar EN 2 “Sebahagian kawasan lapang yang dimiliki swasta, tapak kosong dan kawasan yang belum dibangunkan di Bandar Raya, terutamanya dalam penglihatan orang ramai atau berdekatan kawasan lapang berlandskap perlu dilandskapkan dengan betul untuk meningkatkan ameniti persekitaran”. Melihat dasar ini pastinya ia akan dapat mengindahkan KL dan pemeliharaan sungai juga menjadi pertimbangan DBKL.
Tentunya dasar ini dapat mewujudkan kawasan yang lebih sejahtera dan persekitaran yang lebih sihat di bandaraya KL kerana kawasan akan di ndahkan dengan pembentukan landskap yang sesuai.
Dari aspek fizikal juga di tekankan oleh DBKL, tekanan keatas ruang yang semakin terhad menyebabkan kawasan berbukit dan hutan di teroka untuk pembangunan dan ini telah menyebabkan kejadian hakisan, sungai tercemar, banjir kilat dan risiko pasir jerlus. Melalui PSKL ini, peraturan dan dasar kerajaan di tekankan oleh DBKL untuk diguna pakai. Begitu juga dengan kerjasama DBKL dengan pihak yang mempunyai autoriti yang lain seperti Jabatan alam sekitar dan badan NGO yang lain dapat meningkatkan lagi keberkesanan dasar yang bakal dilaksanakan. Maka dengan itu sudah pastinya pencemaran akan dapat dikurangkan di KL melalui PSKL 2020.
Kekuatan PSKL juga melalui penekanan untuk mengawal pencemaran yang dominan di KL seperti kualiti udara, pencemaran bunyi dan tanah tercemar dan bila ia dapat dilaksanakan mengikut perancangan sudah pastinya akan mengurangkan kadar pencemaran tersebut dan secara langsung akan mewujudkan persekitaran yang sihat dan sejahtera.
Sebagai contoh tanah yang tercemar tidak akan dibiarkan berkekalan rang dan tidak produktif tetapi melalui PSKL, tanah tersebut akan ‘dirawat dan dipulihka agar dapat digunakan untuk kegunaan yang sesuai’ dan dengan itu tanah tersebut akan berfaedah kepada masyarakat umum. Apabila kawasan ini telah dipulihkan makan persekitaran yang berhampiran akan lebih sihat, kerana apabila kawasan ini tercemar ia juga kana menjejaskan kawasan sekitarnya seperti pencemaran gas amonia yang berlaku di negeri Johor seketika yang lalu.
Kawasan hijau dan hutan yang semakin ‘tertekan’ kesan dari pembangunan yang makin pesat di KL pasti akan dapat dipertahankan dan dipuliharan. Bukan sahaja hutan malah flora dan fauna juga akan terpelihara dalam persekitaran hutan yang sesuai dengan habitat haiwan ini. Ini dapat di realisasikan dengan pewujudan kawasan sensitif alam sekitar melalui PSKL 2020. Kewujudan kawasan ini akan memastika pembangunan di larang dikawasan ini dan jika berhampiran dengannya garis panduan perlu diikuti untuk mengekalakan keadaan semulajadi kawsan ini. Ini dapat diperhatikan dalam dasar EN 13: DBKL akan memelihara baki kawasan hutan dan mengekalakan kepelbagaian mapan serta populasi hidupan liar di dalam Bandaraya.
Pelan ini juga dikatakan berjaya kerana ia bukan sahaja melibatkan agensi kerajaan, NGO dan pihak DBKL sendiri malah ia juga akan melibatkan sama masyarakat awam untuk terlibat dengan usaha untuk mewujudkan persekitaran yang sejahtera dalam KL. Ini adalah kerana penjagaan alam sekitar harus melibatkan semua peringkat dan lapisan masyarakat bukan hanya pada pihak DBKL sahaja.
Pada masa yang sama pengurusan alam sekitar juga akan lebih teratur dan berkesan di KL melalui kerjasama dengan semua pihak yang mempunyai kuasa untuk mengawal dan mencegah pencemaran dan jabatan ini haruslah lebih efektif untuk membolehkan dasar PSKL dicapai.. Dasar EN 20: DBKL akan menyelaras bersama pihak yang berkepentingan yang berkaitan untuk melaksanakan dasar dan garis panduan bagi kawasan sensitif alam sekitar.
Dari PSKL ini juga ia akan memberikan kuasa yang lebih kepada pihak berkuasa untuk melaksanakan dan memastikan setiap dasar dan polisi kerajaan di gunakan dalam setiap projek pembangunan ini dapat dilihat dalam dasar EN 6 iaitu DBKL tidak akan membenarkan pembangunan di lereng bukit yang bercerun melebihi tahap yang dibenarkan dalam dasar dan peraturan kerajaan persekutuan.
Namun begitu, pada bahagian kawalan pencemaran bunyi dan udara yang dikaitkan dengan peningkatan kenderaan dijalan raya saya berpendapat ia agak sukar untuk di capai jika faktor pengurangan kereta akan di utamakan ini adalah kerana kenderaan akan pasti meningkat dan ‘nilai’ masyarakat masih sukar untuk menerima konsep perkongsian kereta dan apa yang harus dilakukan oleh pihak DBKL adalah pendekatan yang pelbagai bukan sahaja yang ada di dalam draf itu.
Sebagai contoh kawalan jumlah kenderaan yang memasuki bandaraya mungkin boleh dipraktikkan tapi pada masa yang sama keberkesanan infrastruktur sokongan perlulah di pertingkatkan seperti perkhidmatan pengangkutan awam (LRT) dan kawasan letak kenderaan yang banyak.
Secara keseluruhannya SAYA BERSETUJU dengan PSKL, dasar yang dibentuk bukan sahaja berkenaan keperluan pembangunan malah aspek pejagaan alam sekitar juga dilibatkan. Penyertaaan masyarakat awam dan badan NGO juga di sertakan. Oleh itu, saya BERSETUJU PSKL boleh mewujudkan persekitaran yang lebih sihat dan sejahtera dalam Bandaraya Kuala Lumpur.

Embber2006
Wong Ang Na (HT02-4597)
February 7, 2006   07:51 PM PST
 

Pada masa kini, proses pembandaran, urbanisasi dan pembangunan ekonomi cukup meranapkan dan menyebabkan bumi kita menjadi “tenat”. Ibu kota Malaysia, Kuala Lumpur juga tidak terkecuali. Maka, PSKL 2020 dilaksanakan adalah tepat pada masanya. Pada pendapat saya, PSKL 2020 mempunyai kelebihan dan juga kelemahan yang tersendiri. Kita harus mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi kelemahannya sampai ke akar umbi. PSKL 2020 juga harus diubahsuai, dimantau, disemak dari semasa ke semasa seiring dengan peredaran masa, keseimbangan pembangunan dan ekologi.

Dasar Bandar Raya Taman Tropika telah dijalankan dan berjaya membantu mengubah alam sekitar bandaraya Kuala Lumpur. DBKL akan menggiatkan program-program penanaman pokok di tepi jalan serta melandskapkan kawasan lapang dan rekreasi, memperindahkan sungai dan kawasan-kawasan terbiar serta pemuliharaan sungai-sungai utama.Dasar ini berperanan signifikan dalam membendung masalah pulau haba dan peningkatan mikroiklim di Kuala Lumpur. Pada masa yang sama, alam sekitar yang malar hijau dan indah dapat meningkatkan nilai estetik di sekitar Kuala Lumpur dan menyeimbangkan pembangunan dan ekologi. Secara tidak langsung dapat meningkatkan industri pelancongan dan menjadikan Bandaraya Kuala Lumpur yang mampu berdiri tegak di medan antarabangsa.

DBKL juga memelihara baki kawasan hutan dan mengekalkan kepelbagaian mapan serta populasi hidupan liar di dalam Bandar Raya. Dasar ini dilakukan dengan mengadakan hutan simpan. Hutan Simpan akan menyediakan satu habitat yang kondusif bagi flora dan fauna serta biodiversiti di hutan. Yang penting hutan simpan dapat mengekalkan spesies flora dan fauna yang hampir pupus akibat sikap manusia yang ghairah merakus, mengeksploitasi alam sekitar dan mengabaikan kepentingan alam sekitar. Hutan Simpan juga merupakan salah satu tempat yang menarik seterusnya dapat meningkatkan industri pelancongan di Malaysia.

Pelan perancangan PSKL 2020 juga mempunyai kelebihan lain. Umpamanya pencemaran udara, bunyi dan tanah akan diminimumkan melalui langkah-langkah yang efektif. Penggunaan pengangkutan awam, berkongsi kereta dan juga penanaman pokok juga dapat mengurangkan masalah pencemaran udara. Namun, penguatkuasaan undang-undang harus digariskan dalam PSKL 2020. Langkah lain seperti penggunaan bahan api yang lebih bersih seperti petrol tanpa plumbum, meninggikan tahap piawaian enjin kenderaan bagi kenderaan baru seperti yang dilaksanakan di kebanyakan negara maju di Eropah, penggunaan LRT, komuter serta penggunakan basikal seperti di negara China.

Penyertaan awam adalah salah satu faktor dominan untuk menzahirkan visi dan misi PSKL 2020. Tepuk sebelah tangan tak berbunyi. Maka, PSKL 2020 akan berganding bahu dengan agensi kerajaan lain, badan NGO dan badan swasta. Usaha-usaha yang istiqamah, proaktif, pragmatik, jitu dan efektif disertai dengan iltizam, komitmen yang tinggi daripada semua pihak akan turut membentuk alam sekitar bandaraya Kuala Lumpur yang lebih bersih, indah dan harmoni. Pendidikan di sekolah juga dapat menanam sikap mencintai alam sekitar dan dapat terus mekar dan subur dalam sanubari setiap lapisan masyarakat. Sikap mencintai alam sekitar harus diterapkan dalam batin anak-anak sejak kecil lagi, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Diharap penglibatan semua orang akan menjadikan pelan perancangan itu lebih mantap, efisien dan dinamik.

Selain itu, PSKL 2020 juga mempunyai kelemahannya. Antaranya adalah PSKL menyatakan bahawa “kajian geoteknikal” akan dijalankan bagi pembangunan yang telah dijalankan di kawasan lereng bukit “Adakah Kajian Geoteknikal betul-betul dapat membendung masalah hakisan di lereng-lereng bukit?” Penggondolan tanah di cerun bukit semasa membina jalan raya atau tujuan pembinaan bangunan telah mengakibatkan tanah runtuh seterusnya menyebabkan kematian. Dalam PSKL 2020, pelan ini tidak menjelaskan secara terperinci dan komprehensif tentang “Kajian Geoteknikal”. Di samping Kajian Geoteknikal, PSKL 2020 harus menguatkuasaka undang-undang. Sikap manusia yang rakus menodai alam sekitar semata-mata untuk wang/bersikap materialistik telah mengakibatkan tanah runtuh. Maka, undang-undang yang berat harus dikenakan untuk menyedarkan pemaju yang tidak bertanggungjawab, yang memberi rasuah serta melalaikan kepentingan alam sekitar.

Dalam mengatasi pencemaran udara, PSKL 2020 harus memperbanyakkan langkah yang drastik dan komprehensif bagi mengatasi masalah pencemaran udara yang serius. Antara faktor yang menyebabkan pencemaran udara adalah penggunaan kenderaan bermotor, industri perkilangan, pembakaran terbuka dan kerja-kerja pembinaan. Langkah –langkah yang dicadangkan adalah seperti melalui penguatkuasaan undang-undang. Setiap kilang kena memasang cerobong penapis asap. Semua kilang baru yang mengeluarkan asap perlu ditempatkan di luar kawasan sensitif seperti di luar Lembah Klang. Sesiapa yang menjalankan pembakaran terbuka akan dikenakan penalti minimum RM 10,000 atau dipenjarakan. Pemaju perumahan juga diwajibkan menanam rumput, pokok bunga di kawasan yang baru dibina. Mengharamkan penggunaan “diesel hammer” untuk menanam cerucuk bangunan tinggi yang akan mengeluarkan asap tebal.

PSKL 2020 belum berjaya mengatasi masalah banjir dan pencemaran air ke akar umbi. Masalah banjir dan pencemaran air saban hari muncul di dada akhbar. Masalah banjir yang berlaku di Kuala Lumpur adalah disebabkan oleh kekurangan tempat tadahan dan penyerapan air, laluan air yang sempit disebabkan pembinaan jeti dan juga kekurangan sistem perparitan dan sistem kumbahan yang lengkap/sistematik, pembuangan sampah sarap yang menyebabkan parit tersumbat. Pencemaran air pula disebabkan oleh pembuangan sisa-sisa toksid oleh kilang, pembuangan sampah sarap, najis dan bangkai haiwan ke dalam sungai. Maka, PSKL 2020 harus menggariskan langkah-langkah yang lebih efektif dan drastik bagi mengatasi masalah pencemaran air dan mengurangkan banjir. Pada masa yang sama, PSKL 2020 harus menyentuh langkah untuk menyedarkan dan meningkatkan keprihatinan lapisan masyarakat untuk mengurangkan masalah pencemaran air dan banjir. Yang penting kita bukan hanya melepaskan tanggunjawab itu ke bahu badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan. Sebaliknya semua lapisan masyarakat harus terlibat untuk mengatasi masalah duri dalam daging ini.

Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat, maka memastikan kebersihan dan keindahan alam sekitar merupakan tanggungjawab kita bersama, tetapi bukan bergantung kepada sesetengah pihak atau saling tuding-menuding telunjuk untuk mencari pesalah. Diharap melalui PSKL 2020, langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik dijalankan berterusan agar dapat merealisasikan visi dan misi PSKL 2020.
















md haszamie zaini HT02/4576
February 7, 2006   04:43 PM PST
 
Merujuk kepada pelan perancangan PSKL 2020, saya bersetuju dengan kepelbagaian strategi pelan tersebut dan sangat yakin akan membawa Kuala Lumpur (KL) menjadi sebuah bandar raya yang lebih sihat dan sejahtera. Dasar dan rancangannya seperti menjadikan KL sebuah Bandar Raya Taman Tropika dengan dasar penghijauan dan progrem lanskap amat sesuai sekali dilaksanakan kerana KL merupakan antara bandar raya dunia yang paling kurang tumbuh-tumbuhan. Dengan adanya program seperti ini, maka KL bukan sahaja semakin indah malahan kejadian pulau haba yang wujud dapat diseimbangan kembali.

Dasar EN.4 yang menyatakan bahawa Sungai Utama (Sg. Klang dan SG. Gombak) dan bekas lombong (contohnya Taman Tasik Titiwangsa) dilanskapkan kembali merupakan langkah effektif yang akan menghidupkan semula kawasan berkenaan sebagai satu ameniti dan reka bentuk bandar yang baru dan segar.

Langkah lain seperti pengharaman pembinaan bangunan di kawasan cerun melebihi 30 darjah merupakan dasar yang bukan sahaja mengelakkan kejadian runtuhan tanah berlaku [contoh kes tregedi runtuhan bangunan Highland Towers (1993), Genting Highlands (1995) dan Bukit Antarabangsa (1999)] malahan nilai estetika bukit-bukau turut serta dapat terus dipelihara. Walau bagaimanapun pembangunan di sesetangah kawasan cerun (kawasan berbukit) seperti pembinaan Menara Telekom di Bukit Nenas adalah antara kes pembangunan lereng/bukit yang harus dilaksanakan demi kepentingan komunikasi di KL. Namun untuk mempastikan pembangunan seperti kes di atas tidak mendatangkan masalah pada masa mendatang, PSKL 2020 telah mengemukakan dasarnya bahawa “Kajian Geoteknikal” akan dijalankan. Respon kepada hujah Then Pet Jun, “Adakah Kajian Geoteknikal dapat mengatasi masalah hakisan dilereng-lereng bukit?, pada saya “YA”. Hal ini kerana sesuatu Kajian Geotenikal bukanlah kajian yang dibuat sebulan dua, kajian ini merupakan kajian yang mengambil masa yang lama (perlu kaji struktur tanah, darjah gerakan tanah, kelembapan tanah dan sebagainya yang perlu mengambil masa yang lama untuk mendapatkan keputusannya). Seperti yang sedia maklum runtuhan sesuatu kawasan secara amnya tidaklah berlaku secara tiba-tiba, MAKSUD SAYA mesti ada tanda-tanda seperti hakisan, keesotan/gelinciran tanah kecil-kecilan, pohon-pohon di kawasan terbabit mula condong, atau terdapat jatuhan batu-batu kecil. Jadi berdasarkan tanda-tanda inilah maka seseutau Kajian Geoteknikal perlu dijalankan bagi mencari kaedah yang sesuai untuk mengawalnya sama ada kawasan tersebut perlu dibina benteng simen ataupun hanya perlu diterskan dan ditanam tumbuhan tutup bumi sahaja(lebih menjimatkan wang rakyat).

Bagi sesetengah kes seperti yang dinyatakan oleh Then Pet Jun, “terdapat 7 kejadian tanah runtuh berlaku pada 16 Oktober sehingga 21 November 2002 di Lembah Kelang” bagi saya (saya tak jumpa maklumat mengenainya, ini cuma pendapat rasional sahaja) berkemungkinan besar kawasan terbabit adalah berada dalam pemantauan PBT iaitu “Kajian Geotenikal” sedang dijalankan namun disebabkan MUNGKIN ketika itu kelembapan tanah sangat tinggi (Oktober dan November merupakan musim hujan jadi tanah sangat lembab dan runtuhan tanah akan semakin mudah berlaku) maka kejadian tanah runtuh tersebut merupakan sesuatu kejadian yang diluar kawal.

Respon kepada hujah rakan lain yang menyatakan PSKL 2020 tidak menyentuh langsung aspek perundangan merupakan kelemahan utama PSKL 2020. Bagi saya hal ini bukanlah suatu isu kelemahan , ini kerana PSKL diwujudkan bukanlah untuk mengubal undang-undang tetapi “ Untuk menjamin taraf alam sekitar yang sebaik mungkin dengan memperbaiki dan memelihara perseimbangan yang bijak di antara pembangunan, ekologi dan warisan negara” (Objektif alam sekitar PSKL, 1984). Tambahan pula bukankah undang-undang mengenai alam sekitar sudahpun diwartakan sejak 1974 lagi (Enviromntment Quality Act 1974 [Act 127]) yang sentiasa dikemas kini setiap tahun disamping pewujudan EIA yang mana penilaian impak persekitaran harus dibuat bagi projek yang keluasannya melebihi 50 hektar. Oleh yang demikian tidak benarlah PSKL 2020 dipersalahkan kerana kelemahan perundangan di bawah badan-badan tersebut. Respon kepada saudara Jaidi Kamis yang berkata “ PSKL lemah kerana tanpa melibatkan penyiasatan dan tindakan undang-undang kepada pihak yang terlibat”, bagi saya PSKL 2020 bukanlah sebuah badan penyiasat ataupun penguat kuasa undang-undang,PSKL 2020 adalah cuma PELAN STRUKTUR Alam Sekitar yang bermatlamat mencapai persekitaran KL yang bebas dari segala bentuk pencemaran utama dan pada masa yang sama menjadikan KL sebagai sebuah bandar yang indah, seimbang dan kaya dengan tumbuh-tumbuhan bagi menjadikannya lebih sihat dan sejahtera untuk didiami.

Mengulas mengenai hujah yang menyatakan PSKL 2020 hanya mengariskan masalah pencemaran udara yang dihasilkan oleh kenderaan bermotor sahaja merupakan suatu kelemahan (Then Pet Jun), saudari Pet Jun menambah bahawa PSKL 2020 perlu mengambil kira berkenaan dengan punca pencemaran lain seperti pembakaran terbuka dan sumber industri. Bagi saya, penumpuan kepada pencemaran akibat kenderaan bermotor adalah kerana kenderaan bermotor merupakan punca utama pencemaran udara di Kuala Lumpur (sumber: Perangkaan Jabatan Alam Sekitar) dan sumber lain perutusnya adalah kecil sahaja. Lagipun sepanjang pengetahuan saya (melalui penbacaaan dan lawatan ke KL) tidak wujud sebuah kilangpun di kawasan KL ini yang mengeluarkan asap yang boleh diklasifikasikan sebagai punca pencemaran, kilang-kilang industri tidak diwujudkan di KL adapun cuma di Shah Alam itupun berada di dalam wilayah Selangor (mana ada kilang diwujudkan di kawasan bandar, contoh Kota Kinabalu sendiri kilang-kilang perindustrian hanya diwujudkan di kawasan bandar-bandar satelitnya sahaja seperti di KKIP(Sepanggar), Menggatal ataupun di Inanam). Selain itu, pembakaran terbuka juga rasanya tidak diwujudkan di KL kerana KL tidak mempunyai hutan yang luas untuk dibakar dan tiadanya kawasan pertanian padi (pencemaran udara di Kedah adalah kerana pembakaran terbuka jerami padi selepas musim penuaian) yang biasanya menjadi punca pencemaran pembakaran terbuka. Sampah sarap di KL juga tidak dibakar hanya ditimbun di sesuatu kawasan dan ditimbus untuk melupuskannya. Ya, walaupun asap-asap dari kawasan luar KL kadang-kala menjadi punca kepada pencemaran udara KL, namun sekarang ini topik perbincangan kita adalah berkenaan dengan PSKL, jadi penumpuan adalah terhadap persekitaran di sekitar KL sahaja, kawasan-kawasan lain mungkin dibincangankan pada masa yang lainlah. Oleh yang demikian sudah tentunya penumpuan PSKL 2020 hanyalah kepada punca pencemaran dari kenderaan bermotor sahaja.

Bagi masalah banjir kilat yang sering menjadi permasalahan di KL dan menjadi contoh kelemahan dalam PSKL 2020 (memetik hujah Jaidi Kamis, Fadillah Dewa, dan Roslan Rejab). Ya, sememangnya banjir kilat pernah menjadi masalah kepada penghuni KL, pelan pembangunan bandar yang tidak terancang di kesan menjadi punca berlakunya banjir kilat ekoran kapasiti beban sungai meningkat apabila air hujan tidak dapat menyerap ke dalam tanah. Ketua Pengarah, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Datuk Ir. Keizrul Abdullah berkata, pembangunan yang pesat telah mengubah struktur muka bumi dengan perluasan kawasan permukaan berturap yang tidak telap air seperti jalan tar dan bangunan konkrit. Di Lembah Klang, beliau berkata, 40 peratus daripada struktur pembangunan di kawasan itu mengakibatkan peningkatan kapasiti air Sungai Klang sehingga 190 peratus selepas hujan lebat.Selain itu, katanya sikap masyarakat yang menjadikan sungai sebagai tong sampah turut dikenal pasti sebagai penyumbang kepada masalah banjir kilat. Dianggarkan sekitar 50 tan sampah sehari dipungut daripada 28 buah perangkap sampah di sepanjang Sungai Klang iaitu bersamaan dengan 10 buah lori seberat lima tan (sumber: Utusan Malaysia, 14 Februari 2000). Hal ini menunjukkan pihak kerajaan seperti JPS sendiri sebenarnya sangat prihatin tentang masalah banjir kilat tersebut. Berbalik kepada PSKL 2020, bukankan PSKL sendiri telah menguatkuasakan dasarnya iaitu DBKL akan mengaktifkan semula progrem pemulihan semula sungai Klang dan Sungai Gombak serta tidak meluluskan pembangunan yang melibatkan struktur tetap di dalam rizab sungai (EN10 dan EN11). Pada saya dua dasar ini sudah cukup berkesan ditambah lagi dengan tindakan JPS membina perangkap pepajal terampai di hulu sungai dan di lokasi strategik yang lain untuk mengumpul sisa bungan dan mengurangkan sebarang sekatan bagi menyediakan langkah jangka panjang yang lebih berkesan untuk mengelakkan banjir. Selain itu terdapat pelbagai lagi tindakan DBKL walaupun tidak disenaraikan dalam PSKL 2020 seperti pembinaan projek Terowong SMART (Terowong ini merupakan trowong yang berfungsi mengalirkan air banjir keluar dari kawasan Kuala Lumpur dan pada masa yang sama berfungsi sebagai laluan alternatif kepada kenderaan yang ingin keluar dari kesesakkan di pusat bandar) maka sudah tentunya pada masa akan datang masalah banjir kilat ini akan dapat diatasi 100%.

Secara kesimpulannya, dapatlah saya katakan bahawa Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 ini merupakan pelan yang sangat sesuai dan bertepatan dengan keadaan KL sekarang ini yang amat memerlukan perancangan dan dasar yang bukan sahaja effektif, menjimatkan malahan berkesan dan mengatasai masalah kepelbagaian pencemaran yang wujud akibat pembangunan yang tidak terancang. Tentangan dari pihak-pihak tertantu terhadap PSKL 2020 pada pendapat saya adalah kerana mereka sebenarnya kurang faham akan fungsi PSKL 2020 yang sebenarnya jadi mereka mencari pelbagai alasan untuk menyalahkan PSKL 2020 apabila wujud bencana alam ataupun masalah persekitaran di Kuala Lumpur. Sekian terima kasih.

Mohd Haszamie bin Mat Zaini
HT2002-4576

lydiawati palus
February 5, 2006   04:23 PM PST
 
setelah membaca artikel di atas, saya mendapati PSKL 2020, mempunyai kelebihan iaitu lengkap dengan objektif, dasar dan masalah serta langkah-langkah yang dicadangkan. ternyata PSKL 2020 ingin mencapai objektifnya, contohnya, meningkatkan persekitaran kehidupan bandaraya dan mencapai persekitaran yang bebas daripada sebarang bentuk pencemaran utama. contohnya, sebahagian kawasan lapang yang dimiliki swasta, tapak kosong dan kawasan yang belum dibangunkan di bandaraya, terutamanya dalam penglihatan orang ramai atau berdekatan dengan kws lapang landskap perlu dilndskapkan dengan betul untuk meningkatkan ameniti persekitaran. antara dasar yang menyokong pernyataan di ata ialah DBKL akan menggiatkan program2 penanaman pokok di tepi jalan raya erta melandskapkan kawasan lapang dan rekreasi. ini bertujuan untuk mewujudkan keselesaan kpd penghuni bendaraya tersebut.

bagi persekitaran fizikal pula, contohnya isu-isu yang menyentuh kualiti air sungai. PSKL akanmelancarkan program penempatan semula setinggan supaya boleh membantu meningkatkan kualiti air dengan mengurangkan punca utama pencemaran sungai. ini kerana, sampah-sarap yang dibuangoleh penduduk setinggan yang tinggal di sepanjang tebing sungai seperti Sg. Klang dan Sg. Gombak berikutan pembuangan air sisa domestik yang menurut Laporan Kualiti Alam Sekeliling 2000, malaysia, indeks kualiti air (WQI). Di samping itu, DBKL tidak akan meluluskan pembangunan yang melibatkan struktur tetap di dalam rizab sungai.

bagi mewujudkan kjayaan dalam pengurusan ini, PSKL memerlukan penyertaan awam untuk mencapaialam sekitar mapan dalam mengoptimumkan penggunaan sumber2 yang ada. contonhya, pihak awam digalakkan mengamalkan konsep 3R iaitu REDUCE, REUSE & RECYCLE yang boleh dijalankan pada peringkat kejiranan.
More@ Faizal Saha HA 2003-5113
February 5, 2006   12:03 PM PST
 
Saya kurang bersetuju dengan PSKL 2020. Walaupun pada amnya, PSKL 2020 satu pelan perancangan ke arah positif dari sudut pembangunan namun tindakbalas alam sekitar perlu difikirkan dan dipertimbangkan seadilnya. Walaupun terdapat langkah-langkah pengawalan, pencegahan mahupun pembaikan yang sesuai, saya berpendapat bahawa jika strategi-strategi yang digariskan tidak diperaktikkan sebaik dan sejaya mungkin, sudah tentu isu-isu yang tidak ingin kita dengar terus berlaku seperti isu banjir kilat dan tanah runtuh terus berlaku. Tidak cukup dengan hanya garis panduan saja berjela-jela panjangnya, tetapi apa yang paling penting adalah pelaksanaan sebagaimana yang telah direncanakan. Hukuman sewajarnya terhadap perosak dan penjahat alam sekitar yang melakukan pembangunan yang melanggar garis panduan yang ditetapkan haruslah diperaktikkan.
Isu-isu semasa sepertimana yang dipaparkan menuntut supaya tindakan susulan yang lebih praktik dilaksanakan. Jika tidak, PSKL 2020, hanya akan menambah beban pencemaran dan membawa lebih banyak kemusnahan terhadap persekitraran Kuala Lumpur seterusnya masyarakat manusia yang mendiaminya akan menghadapi tidakbalas yang mereka cetuskan sendiri. Seharusnya konsep keseimbangan di antara pembangunan, ekologi, dan warisan negara; objektif yang ingin dicapai dalam PSKL 2020 dipertimbangkan sebaik mungkin barulah pembangunan mapan dapat dicapai.

Sekian….

Bonnie John Tharcisius
February 4, 2006   05:16 PM PST
 
Objektif alam sekitar PSKL 1984 adalah ‘untuk menjamin taraf alam sekitar yang sebaik mungkin dengan memperbaiki dan memelihara perseimbangan yang bijak di antara pembangunan, ekologi dan warisan negara’.

Daripada objektif PSKL ini sendiri, ia ternyata tidak dapat memenuhi kualiti yang menghubungkaitkan antara alam sekitar dan juga kehidupan sosial warga bandaraya. Melalui dasar yang dibentangkan dalam PSKL ia amat menekankan tentang pemuliharaan alam sekitar semata-mata, tetapi tidak merujuk hubungannya dengan kehidupan sosial masyarakat (manusia). Menunjukkan cara memperbaiki alam sekitar sebenarnya tidak cukup untuk menjamin keseimbangan dalam erti kata sebenar. Sepatutnya PSKL perlu digubal dengan mengambil kira semua faktor agar kesan daripada pemuliharaan atau pembangunan tidak memberikan impak negatif kepada masyarakat.

“Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020”
Untuk meningkatkan kualiti hidup Bandar Raya setaraf dengan wawasan sebuah Bandar Raya Bertaraf Dunia, DBKL bertujuan untuk:

• mewujudkan Bandar Taman Tropika yang sensitif kepada tapak semula jadi dan sesuai dengan lokasi wilayah tropikanya;
• meneruskan pengekalan keseimbangan yang saksama antara pembangunan, ekologi dan warisan negara;
• meningkatkan persekitaran kehidupan bandar raya; dan
• mencapai persekitaran yang bebas daripada sebarang bentuk pencemaran utama.

Setelah melihat secara keseluruhan dasar dan cadangan PSKL2020 ini, saya berpendapat ia sebenarnya tidak banyak berubah daripada apa yang telah dicadangkan sebelumnya (PSKL1984). Malah boleh dikatakan bahawa dasar dan cadangan yang dikemukakan teramtalah umum pernytaannya. Jika diperhalusi, kebanyakan dasar dan cadangan ini hanya menekankan tentang mempastikan tetapi tidak dapat menyediakan suatu dasar dan cadangan yang konkrit.
Contohnya;
EN 3: DBKL akan memastikan kawasan lapang sedia ada milik swasta dan kawasan kosong lain diperuntukkan dengan landskap yang sesuai.
EN 4: DBKL akan memastikan sungai dilandskapkan dan tapak bekas lombong dipulihkan semula.
EN 5: DBKL akan memulakan strategi yang sesuai untuk mengintegrasikan sungai utama dan tapak bekas lombong terbiar sebagai suatu ameniti dan elemen reka bentuk bandar.

Dasar dan cadangan juga tidak digubal berdasarkan laporan-laporan sesuatu keadaan tetapi lebih banyak membuat spekulasi. Maka dengan itu banyak dasar yang mennyentuh tentang kajian semata-mata tetapi bukan penyelesaian

Contohnya;
EN 7: DBKL akan memerlukan kajian geoteknikal untuk semua pembangunan yang dijalankan di kawasan lereng bukit.
EN 9: DBKL akan mengkaji kemungkinan pendekatan-pendekatan baru bagi meningkatkan pengoksigenan, pengudaraan dan kualiti air sungai Bandar Raya untuk menyokong hidupan akuatik di dalam sungai.

Jika ini adalah suatu dasar dan cadangan yang diketengahkan untuk mencapai objektif PSKL 2020, saya berpendapat ia masih terlalu lemah untuk dilaksanakan. Oleh sebab itu, dasar ini tidak ubah seperti apa yang berlaku disekitar 80-an dahulu yang lebih mementingkan pemulihan tetapi mengabaikan aspek lain seperti pencegahan, tindakan tegas serta perancangan dan pengurusan yang sistematik, sesuai dengan perkembangan terkini. Selain daripada itu dasar dan cadangan ini tidak menekankan aspek alam sekitar manusia. Walau bagaimanapun dasar dengan
Doraes Toimin (HA20031235)
February 4, 2006   11:53 AM PST
 


Setakat ini pelan KL memperlihatkan kejayaannya dalam usaha mencapai objektif yang disasarkan. Terutama sekali dalam usaha menjadikan KL sebuah tempat yang menarik (seni bandar dan seni tanaman yang menarik)
namun sehingga kini, masih terdapat halangan dalam pelaksanan pelan ini terutama berkaitan dengan masalah kualiti air dan kualiti udara.
Walaupun terdapat dasar dan usaha telah dilaksanakan namun ia masih belum memadai untuk menagani masalah air di KL. Misalnya, masalah air di lembah klang masih tidak dapat diatasi sehingga kini. Maenurut Dr Hamirdin B Ithnin dalam kertas kerjanya yang dibentangkan pada seminar kebangsaan Geografi dan Alam Sekitar 2004 di UPSI, KL mengalami krisis air pada 1998 (paling teruk) dan berulang kembali pada tahun 2002 dan dijangka masalah ini akan berulang lagi malah akan bertambah burukpada 2007. menurut beliau masalah ini disebabkan oleh pembinaan lebuhraya KL-Puterjaya-KLIA-Nilai-Seremban. Namun langkah untuk mengaktifkan semula program pemulihan Sungai Klang dan Sungai Gombak adalah satu usaha yang sangat baik.
Sementara bagi kualiti udara pula, KL mengalami keadaan yang sangat teruk. Jarak pengelihatan semakin kurang dari sehari ke sehari. Ini mendatangkan masalah yang pelbagai. Terutama dari segi kesihatan.
Pembagunan di KL juga harus dibuat dengan teliti dan disertai dengan laporan EIA sebelum melaksanakan sebarang pembinaan memandangkan struktur tanah KL lemah.
Nilai estetik di KL memang boleh dibanggakan mislanya, kewujudan Paya Indah Wetland Park. Ini menunjukkan objektif untuk menjadikan KL satu kawasan budaya Taman Tropika sudah hampir berjaya. Ini kerana tempat ini berjaya mencuri tumpuan pelancong2.
Dalam usaha menagani pencemaran bunyi pula, pelan ini harus bertindak lebih tegas lagi kerana, setakat ini belum ada usaha yang serius dilaksanakan untuk menagani masalah ini.
suryani bt abdul latif
February 4, 2006   11:33 AM PST
 
Seperti yang kita sedia maklum Bandaraya Kuala Lumpur adalah ibu negara Malaysia, disebabkan ‘title’ itu bandaraya ini tidak dapat tidak terlepas daripada ancaman pembangunan yang semakin rakus kini. Kedudukan Bandaraya Kuala Lumpur yang diapit oleh 2 sungai utama iaitu Sungai Klang dan Sungai Gombak yang mengalir berdekatan pusat bandaraya membuatkan saya lebih gemar melihat daripada aspek fizikal.
Saya berpendapat bahawa PSKL 2020 tidak begitu komprehensif atau berkesan kerana ia lebih tertumpu kepada membaik-pulih daripada memelihara, hampir kesemua yang dinayatakan dalam PSKL 2020 adalah kesan yang diterima dan keseluruhannya memberi impak yang besar kepada persekitaran samada pada masa kini atau pada masa hadapan. PSKL 2020 agak kurang berkesan bagi membawa Bandaraya Kuala Lumpur yang mempunyai alam sekitar yang sihat dan sejahtera, ini kerana apabila kita lihat kembali impak-impak alam sekitar yang terdapat di sekitar bandaraya yang gah dengan dengan sektor-sektor ekonominya seperti sektor perindustrian, perkilangan, pengangkutan dan sebagainya yang sememangnya bersedia menyumbang kepada kemerosotan persekitaran. Sebagai contoh saya nyatakan di sini bahawa sungai-sungai utama yang mengalir dalam bandaraya ini iaitu Sungai Klang dan Sungai Gombak telah dikategorikan sebagai sungai yang tercemar dan memerlukan rawatan ekstensif menurut Laporan Kualiti Alam Sekeliling 2000 dengan indek kualiti airnya adalah pada tahap 51.9 – 76.5 (Kelas III). Keadaan ini bertambah teruk selagi terdapat kawasan setingan berdekatan sungai-sungai ini. Di sini saya dapat membuat andaian bahawa selagi terdapat kawasan setingan selagi itulah sumber air ini akan tercemar, ini kerana kawasan setingan tidak mempunyai sistem pembentungan dan pembuangan sampah yang sistematik. Bagi menguatkan lagi hujah saya contoh berikutnya dapat membuktikan bahawa PSKL ini tidak begitu komprehensif iaitu dengan melihat masih terdapat pembinaan di kawasan cerun-cerun curam yang melebihi 30o, sehingga kini walaupun kita sedar kawasan-kawasan ini adalah sensitif terhadap pembinaan, tetapi langkah-langkah bagi mengatasi masalah ini terutamanya hakisan tanah kurang dilakukan, sehingga kini hakisan tanah dari tapak-tapak pembinaan masih terus berlaku, walhal PSKL ini ideanya telah lama diketengahkan tetapi seakan tidak berkesan.
Jadi saya tidak bersetuju dikatakan bahawa PSKL 2020 ini mampu membawa Kuala Lumpur kepada alam sekitar yang sihat dan sejahtera.
Jomilin Aton (Yt2003-6388)
February 3, 2006   02:02 PM PST
 
Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 (PSKL 2020) merupakan satu agenda negara yang memperlihatkan kesedaran terhadap pewujudan alam sekitar yang menjamin kualiti hidup yang cemerlang.

Pelan Struktur Kuala Lumpur yang baik ini dapat dibuktikan berdasarkan langkah-langkah yang diambil kearah memandu, mengawal serta mengurus alam sekitar yang berkualiti seperti mengurus lembangan saliran yang utama termasuk sungai Klang dan beberapa sungai lain di sekitar bandaraya. Lembangan saliran yang diurus dengan baik dapat membantu mengawal kejadian banjir kilat.

Bukti kedua mengapa Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 menjadi contoh yang boleh dikatakan merentas masa adalah kawalan terhadap kejadian tanah runtuh dan tanah jerlus akibat pembangunan yang berleluasa.

Usaha-usaha ini perlu diteruskan bukan didokumentasi di atas kertas sahaja tetapi ianya perlu diteruskan serta dicontohi oleh bandar-bandar lain yang sedang pesat membangun.

Sesungguhnya kualiti hidup yang dikecapi perlu dibayar dengan panduan, kawalan dan pengurusan yang baik dari peringkat sama ada di peringkat pengurusan, pentadbir, pelaksana mahupun pengguna
Jomilin Aton (Yt2003-6388)
February 3, 2006   02:02 PM PST
 
Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 (PSKL 2020) merupakan satu agenda negara yang memperlihatkan kesedaran terhadap pewujudan alam sekitar yang menjamin kualiti hidup yang cemerlang.

Pelan Struktur Kuala Lumpur yang baik ini dapat dibuktikan berdasarkan langkah-langkah yang diambil kearah memandu, mengawal serta mengurus alam sekitar yang berkualiti seperti mengurus lembangan saliran yang utama termasuk sungai Klang dan beberapa sungai lain di sekitar bandaraya. Lembangan saliran yang diurus dengan baik dapat membantu mengawal kejadian banjir kilat.

Bukti kedua mengapa Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 menjadi contoh yang boleh dikatakan merentas masa adalah kawalan terhadap kejadian tanah runtuh dan tanah jerlus akibat pembangunan yang berleluasa.

Usaha-usaha ini perlu diteruskan bukan didokumentasi di atas kertas sahaja tetapi ianya perlu diteruskan serta dicontohi oleh bandar-bandar lain yang sedang pesat membangun.

Sesungguhnya kualiti hidup yang dikecapi perlu dibayar dengan panduan, kawalan dan pengurusan yang baik dari peringkat sama ada di peringkat pengurusan, pentadbir, pelaksana mahupun pengguna
Hamidah Hj.Lajim@Lazim(YT6438)
February 3, 2006   08:49 AM PST
 
Setelah meneliti artikel drp. "Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020", saya amat bersetuju dengan apa yang telah digariskan. Objektif PSKL 2020 adalah untuk menjamin taraf alam sekitar yang sebaik mungkin dengan memperbaiki dan memelihara perseimbangan yang bijak di antara pembangunan, ekologi dan warisan negara. Jika semua dasar dan cadangan PSKL 2020 ini dilaksanakan sudah tentu membawa impak positif kepada alam sekitar Kuala Lumpur, kerana semua dasar dan cadangan yang dikemukakan merupakan masalah utama Kuala Lumpur yang sememangnya pesat membangun. Program yang telah dicadangkan ialah Bandar Raya Taman Tropika,Persekitaran Fizikal,Flora dan Fauna,Kawalan Pencemaran,Kawasan Sensitif Alam Sekitar,Penyertaan Awam dan Pengurusan Alam Sekitar. Kita ambil satu contoh dasar dan cadangan yang amat berguna kepada alam sekitar Kuala Lumpur, iaitu Kawalan Pencemaran yang mana ini merupakan masalah utama di Kuala Lumpur. Di mana kualiti udara, paras bunyi dan tanah tercemar merupakan isu/masalah yang sentiasa wujud.Antara cadangan untuk memperbaiki kualiti udara dan mengurangkan paras bunyi ialah mempromosikan penggunaan pengangkutan awam.
Walau sebaik mana pun Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 yang telah dicadangkan, kalau tidak dilaksanakan dengan sistematik dan tidak ada pihak yang memantau, ianya hanya akan tinggal ibarat 'PROJEK GAJAH PUTIH SAHAJA".

Hamidah Hj. Lajim @ Lazim
(YT03-6438)
Bernadette Bernard
February 1, 2006   01:14 PM PST
 
Salam sejahtera semua....
Setelah membaca pelan perancangan PSKL 2020, dapat saya simpulkan bahawa pelan yang diketengahkan ini mempunyai kebaikan dan kelemahan tersendiri. Sebelum saya meneruskan perbincangan saya, ingin saya nyatakan saya amat tertarik dengan objektif DBKL itu sendiri yakni; meneruskan pengekalan keseimbangan yang saksama antara pembangunan, ekologi dan warisan negara. Jika kita melihat kepada objektif ini saya berpendapat pengekalan keseimbangan yang saksama antara pembangunan, ekologi dan warisan negara itu amatlah sukar untuk dilakukan. Hal ini kerana sekiranya dilihat isu pembangunan yang berlaku dengan pesat terutamanya di Kuala Lumpur wujud ketidakseimbangan antara pembangunan dengan ekologi. Walaubagaimanapun itu bukanlah menjadi satu persoalan yang penting ialah pihak DBKL berusaha dalam menangani isu dan keadaan semasa yang sedang berlaku..
Saya amat bersetuju dengan pelan perancangan ini kerana isu-isu yang diutarakan sememangnya isu yang kritikal dan perlu untuk diselesaikan. Pelan perancangan ini mengemukakan Bandar Raya taman tropika, persekitaran fizikal,flora dan fauna, kawalan pencemaran, kawasan sensitif alam sekitar,penyertaaan awam dan pengurusan alam sekitar. Disini kita boleh melihat secara jelas tentang pelan perancangan ini meliputi kesemua aspek Dalam 20 dasar yang yang dikemukakan oleh DBKL terdapat beberapa dasar yang sememangnya perlu dan patut dilaksanakan dahulu lagi. Saya mengambil contoh DBKL akan menggiatkan program-program penanaman pokok di tepi jalan serta melandskapkan kawasan lapang dan rekreasi. Bagi pendapat saya, dasar ini sangat bersesuaian dengan konsep yang diutarakan yakni boleh membawa kepada alam sekitar yang hijau dan dipenuhi dengan tumbuhan hijau berbanding sekarang KL dipenuhi dengan bangunan konkrit. Hal ini jelas dilihat seperti yang berlaku di Bandaraya Kota Kinabalu kerana disepanjang jalan pokok-pokok ditanam bersesuaian dengan konsep Bandaraya Kota Kinabalu sebagai Bandaraya Tropika. Walaubagaimanapun jika dilihat dengan pokok-pokok yang ditanam di Bandaraya Kota Kinabalu ianya belum lagi mencukupi dalam menjadikan Kota Kinabalu itu sebagai Bandaraya Tropika. Oleh itu, diharapkan DBKL akan cuba menanam pokok secukupnya dan yang sesuai dengan keadaan Kuala Lumpur.
Pelan Perancangan ini juga telah diutarakan isu yang berkaitan dengan persekitaran fizikal yang melibatkan isu yang selalu berlaku di Kuala Lumpur. Isu seperti hakisan, pencemaran sungai, banjir, dan juga tanah jerlus telah menjadi isu yang sering kali menjadi tajuk utama berita. Dalam pelan perancangan ini, beberapa dasar akan dilakukan dalam menangani isu ini. Contohnya DBKL akan mengkaji kemungkinan pendekatan-pendekatan baru bagi meningkatkan pengoksigenan, pengudaraan dan kualiti air sungai. Dasar ini sangat komprehensif dalam menyelesaikan masalah sungai yang agar sungai-sungai yang lain tidak tercemar dengan teruk seperti Sungai Klang dan Sungai Gombak. Disamping itu, DBKL turut melakukan pemulihan Sungai Klang dan Sungai Gombak. Dasar ini akan menyelamatkan keadaan Sungai Klang dan Sungai Gombak dariapda terus tercemar tanpa sebarang langkah pemulihan. Daripada sumber yang diperolehi daripada Jabatan Alam Sekitar, kualiti air sungai di Malaysia setiap tahun merosot ke paras tercemar. Sungai Klang dilaporkan mempunyai kandungan pepejal terampai tinggi dan berdasarkan pemonitoran yang dijalankan oleh Jabatan Alam sekiatar sebahagian besar perairan bahagian pantai barat Semenanjung Malaysia merekodkan aras bakteria E.Coli yang tinggi dan kira-kira 42 peratus pantai telah dicemari oleh sisa minyak. Jika DBKL tidak melaksanakan pelan perancangan ini pasti jumlah sungai yang akan tercemar akan bertambah dengan jumlah yang tinggi.
Dalam pada itu, kepentingan flora dan fauna juga tidak diabaikan. Kelebihan dalam dasar yang dilakukan oleh DBKL yakni memelihara baki kawasan hutan dan mengekalkan kepelbagaian mapan serta populasi hidupan liar di dalam Bandar Raya. Dasar yang dilakukan iaitu mengadakan hutan simpan. Dasar ini sangat akan memberikan kebaikan dari segi populasi habitat flora dan fauna kerana Bandaraya KL yang semakin padat dengan pembangunan akan memusnahkan habitat flora dan fauna dengan pembangunan yang dilakukan dengan adanya hutan simpan ini, secara tidak lansung masalah kepupusan flora dan fauna akan dapat diselesaikan. Walaubagaimanapun dasar ini perlu dilakukan dengan lebih jitu dan telus. Hal ini kerana masalah hutan simpan yang telah diwartakan telah menjadi mangsa kepada pembalakan secara haram oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Contohnya isu pembalakan di kaki Gunung Tapis yang berdekatan dengan Sg.Lembing. Isu ini menunjukkan tidak wujud undang-undang yang boleh memastikan pencerobohan terdapat hutan simpan ini tidak berlaku.
Pelan perancangan ini juga memberi kelebihan apabila isu pencemaran juga didasarkan. Pencemaran udara, bunyi dan tanah cuba diselesaikan melalui langkah-langkah dalam mengurangkan pencemaran yang berlaku. Masalah pencemaran udara yang dapat diselesaikan dengan mempromosikan penggunaan pengangkutan awam, berkongsi kereta dan juga penanaman pokok sebagai perangkap habuk. Disamping pokok yang ditanam dapat menghijaukan persekitaran bersesuaian dengan matlamat ke arah alam sekitar yang sihat ianya juga dapat mengurangkan pencemaran udara. DBKL juga akan memastikan kawasan tanah tercemar dirawat dan dikhaskan sebagai kawasan hijau sensitif. Dasar ini akan memberikan kelebihan kepada tanah yang telah tercemar untuk dipulihkan semula kerana sebelum ini tidak wujud kawalan terhadap penggunaan tanah. Contohnya pada tahun 1985, 220 000 meter padu bahan buangan toksik dab berbahaya yang dihasilkan di Semenanjung Malaysia sahaja di mana sebahagian besarnya dihasilkan di Lembah Klang. Sekiranya dasar ini tidak dimasukkan ke dalam pelan perancangan ini maka lebih banyak tanah akan tercemar. Jabatan Alam Sekitar menganggarkan kira-kira 380 000 meter padu bahan buangan toksik dan berbahaya dihasilkan oleh industri pada tahun 1991 tetapi pelupusannya menjadi suatu masalah.
DBKL juga mengariskan dasar dalam menangani isu kawasan sensitif alam sekitar. Dalam dasarnya, penentuan kawasan sensitif alam sekitar akan dilakukan dan juga garis panduan bagi pengawalan dan pengurusan akan disediakan . Melalui dasar ini, kawasan sensitif ini akan dipantau bagi membolehkan masalah di kawasan ini diselesaikan. Kelemahan akan wujud dalam dasar ini sekiranya garis panduan pengawalan dan pengurusan yang dilakukan tidak begitu komprehensif dalam menangani isu tersebut. Potensi untuk menyelesaikan masalah kawasan sensitif ini begitu tipis sekiranya garis panduan yang dilakukan itu tidak konkrit dan tiada asas yang kukuh. Oleh itu, asas perlaksanaan garis panduan ini memerlukan pengetathuan yang luas terutamanya tentang alam sekitar.
Selain itu, penyertaan awam juga tidak ditinggalkan dimana ianya dimasukkan ke dalam pelan perancangan ini. DBKL akan berkerjasama dengan agensi kerajaan lain, sektor awam dan swasta. Bagi saya, kelebihan yang wujud dalam dasar ini ialah kerajaan serta orang awam mahupun NGO (badan bukan kerajaan) akan turut serta membentuk alam sekitar KL yang lebih sihat dan sejahtera. Apabila wujud penglibatan semua orang ianya akan menjadikan pelan perancangan itu lebih kukuh dan tidak dirancang dengan ala kadar dalam memenuhi keperluan tetapi menepati keperluan. Sekiranya dasar dalam Pelan Perancangan ini berjaya dilaksanakan dengan wujudnya kerjasama antara dengan agensi kerajaan lain, sektor awam dan swasta. Contoh yang paling jelas ialah konsep 3R yang sering ditayangkan di media massa. Tanpa penglibatan orang ramai tentang konsep ini, sememangnya kempen ini tidak mendapat sambutan yang menggalakkan. Pendedahan awal yang bermula dari sekolah perlu dipergiatkan sebelum pendedahan ke peringkat yang tinggi.
Sememangnya Pelan Perancangan PSKL 2020 ini boleh membawa kepada alam sekitar yang lebih sihat dan sejahtera. Walaupun terdapat sedikit kelemahan tetapi ianya tidak menghalang daripada pelan ini memberi lebih kebaikan kepada Bandaraya Kuala Lumpur. Diharap pelan yang diketengahkan ini dijalankan mengikut perancangan dan bukannya hanya terlandas di atas kertas putih tanpa sebarang perlaksanaan. Dasar ini memerlukan “espirit de’crops” di kalangan semua pihak yang terlibat secara lansung atau tidak lansung...
Thank u for reading...:)
Name Fadillah Bin Dewa
February 1, 2006   11:19 AM PST
 
Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 (PSKL2020) adalah merupakan satu agenda pihak berkuasa tempatan dalam usaha merealisasikan misi dan visi ke arah pembangunan seimbang selaras dengan Agenda 21. PSKL2020 bagi mewujudkan Persekitaran Bandara Raya yang sihat dan indah amat bertepatan dengan senario persekitaran pada masa kini yang sering dihujani dengan program-program pembangunan yang terancang tetapi dieksploitasi sehingga wujud ketidakseimbangan. Akhirnya impak negatif membelenggu kehidupan manusia setempat dan global.

Oleh yang demikian PSKL2020, memperlihatkan kesungguhan pihak berkuasa dalam mewujudkan persekitaran bandar raya yang memungkinkan kesejahteraan masyarakat setempat yang kemudiannya menyediakan lanskap yang menarik bagi para pelancong tempatan mahupun luar negara.

Ini dapat dibuktikan melalui dasar DBKL dalam usaha mereka mengekal alam sekitar yang tinggal, memperindahkan sungai, kolam dan kawasan-kawasan terbiar dengan lanskap-lanskap yang menarik serta pemuliharaan sungai-sungai utama seperti sungai Klang. Dasar ini bukan sahaja menyediakan lanskap-lanskap yang menarik malah mampu mewujudkan persekitaran sungai yang bebas daripada pencemaran seperti yang berlaku ke atas sungai Klang kesan pembuangan sisa kumbahan oleh pihak Indah Water dan juga pembuangan sisa-sisa pepejal daripada penduduk berhampiran sungai Klang. Usaha ini diharap mampu mengurangkan pencemaran bukan sahaja kepada sungai tetapi juga pencemaran lain seperti udara. Usaha ini juga diharap dapat melerai permasalahan banjir kilat yang sering melanda Bandara raya KL yang sering berlaku walupun dalam kuantiti hujan yang sedikit.

Dasar DBKL yang memaksa pihak ingin melakukan program-program pembangunan yang perlu menyediakan laporan sebelum menjalankan projek ke atas kawasan-kawasan berhampirana sungai, lereng-lereng bukit dan kawasan tanah batu kapur juga memperlihatkan usaha yang perlu dicontohi oleh mana-mana pihak berkuasa lain. Ini adalah bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku seperti tanah jerlus, kes pergerakan tanah lereng bukit seperti yang berlaku ke atas keruntuhan Highland Tower, hakisan lereng sungai kesan pengambilan pasir di sungai Tuaran dan sebaginya. Usaha sememangnya perlu direalisasikan memandangkan Bandara Raya KL kebanyakkannya telah mengalami pembangunan tepu bina. Oleh yang demikian, pihak pemaju dan pengusaha program-program pembangunan akan menjadi rakus dalam program pembangunan mereka dengan menceroboh kawasan-kawasan yang sensitif ini.

Adalah tidak dapat dinafikan bahawa setiap perancangan atau pelan-pelan tertentu mempunyai banyak kelebihan dan kelemahannya sama ada sebelum atau semasa pelan tersebut dilaksanakan. Namun pihak DBKL telah merentas masa bagi menutup kelemahan yang bakal dihadapi hasil dasar-dasar dalam PSKL2020 ini. Apa yang penting pelaksanaan yang telus, pemantauan yang sewajarnya oleh pihak berkuasa serta sokongan daripada kesedaran masyarakat adalah faktor bagi kejayaan dasar ini. Bagi kita sebagai individu yang hanya memandang dari jauh pelaksanaan dasar-dasar ini hanya mampu mencanai minda dengan idea-idea untuk menilai keberkesanan dan kelogikkan dasar-dasar dalam PSKL2020 ini serta berharap pelaksanaannya mencapai visi dan misi PSKL2020.

Roslan bin Md. Rejab
January 28, 2006   01:23 PM PST
 
Sememamngnya melihat daripada langkah mewujudkan pendekatan yang bertepatan dengan suasana kerancakan pembangunan di sekitar KL. Perancangan dalam membentuk dasar dan cadangan Bandaraya taman Tropika merupakan konsep yang odeal selaras dengan permintaan sekitaran manusia dan fizikal bagi membentuk pembangunan mapan di KL. Sebanyak 20 dasar yang telah digariskan dilihat begitu cantik untuk menjadikan KL sebagai sebuah ibu negara yang tersohor di seluruh dunia. Pelbagai aspek sekitaran diambilkira oleh kerajaan tempatan yang memerintah bagi mewujudkan keseimbangan untuk jangkla masa yang panjan. DBKL yang diamanahkan menjurus dan mentadbir kawasan tersebut seharusnya bijak melaksanakan tugas dengan baik dan berkesan.

Sememangnya isu dan cabaran sering kali wujud di KL. Ini adalah kesinambungan daripada pembangunan yang rancak berkembang di Kawasan terseburt. Isu ini turut mempengaruhi persekitaran manusia dan fizikal. Persekitaran manusia meliputi corak dan gaya hidup, jenayah sosio budaya dan sebagainya. Manakala dari aspek persekitaran fizikal meliputi bencana alam, banjir kilat, tanah runtuh, pencemaran, hakisan dan sebagainya.

Walaupun PSKL 2020 telah dibentuk sejak sekian lama, namun, isu ini masih lagi timbul dan ianya semakin meruncing sejak kebelakangan ini.
Mohd Shafie bin Mohd Khalid
January 28, 2006   01:11 PM PST
 
Perancangan PSKL 2000 merupakan satu prakarsa yang agresif serta sesuai dan bertepatan dengan situasi semasa. Walau bagaimanapun, perancangan PSKL 2000 perlulah seiring dengan pembangunan yang pesat di Kuala Lumpur. Pelbagai cadangan positif dikemukakan. Namun, pelan perancangan ini perlulah diiringi dengan pelan jangka panjang dari aspek perancangan bukan struktur yang mana ia melibatkan manusia sebagai perangsang dalam menjada alam sekitar mereka sendiri. Perancangan struktur yang dirancang dipenuhi dengan prakarsa-prakarsa yang mampu meletakkan KL setaraf dengan bandaraya di negara lain dalam menitikberatkan penjagaan alam sekitar. Perancangan struktur ini dilengkapi dengan tindakan-tindakan yang diambil dari setiap aspek masalah yang timbul di kL seperti pencemaran udara, pencemaran bunyi, banjir dan hakisan. Aspek persekitaran fizikal ditekankan bagi mendapatkan persekitaran yang sihat dan sejahtera.

Perancangan struktur yang dibuat dilihat mampu menjadikan KL sebagai contoh yang diikuti oleh negeri lain di Malaysia. Sebagai contoh, bagi kawasan yang sensitif, prakarsa-prakarsa bersesuaian diperkenalkan untuk mewujudkan persekitaran mapan yang dapat mengekalkan keseimbangan saksama di antara pembangunan, ekologi dan warisan negara. Secara tidak langsung, ia mampu memberikan impak persekitaran fizikal yang lebih terjaga dan kurang keterancaman terhadap persekitaran fizikal tersebut.

Pelan struktur ini pelulah melindungi kawasan yang senstif daripada dinodai oleh manusia yang rakus memuaskan nafsu mereka semata-mata tanpa menghiraukan hidupan lain di muka bumi ini. Sebagai contoh, kebanyakan kawasan hutan simpanan di Kuala Lumpur dikelilingi oleh projek pembangunan yang terletak di lereng bukit. Namun tidak dinyatakan tindakan, atau prakarsa bagi menghalang atau mengurangkan masalah projek pembangunan ini daripada terus diperkosa.


Arenee Chungan ( yt2003-6366)
January 28, 2006   12:23 PM PST
 
Bagi pendapat saya secara umumnya pembinaan Anjung Perdana sebenarnya memberi impak positif dan juga negarif terhadap persekitaran. Pada dasarnya saya memberikan dua pandangan ini, kerana kemajuan terhadap persekitaran tidak boleh disalahkan 100% juga kemajuan tidak seharusnya diterima pakai 100%.

Jika dilihat dari segi tuanya pembinaan anjung perdana banyak memberi impak yang baik kepada pengguna pembinaan bangunan (Restoran-restoran) kelihatan lebih sistematik dan lebih terurus. Satu lagi penyediaan iaitu kemudahan-kemudahan awam talah memudahkan para pengguna / pengunjung . Biasalah pengguna mencari benda-benda atau tempat-tempat yang sepatutnya.

Sejak pembinaan tersebut kebersihan yang selama ini tidak terjaga telah dapat ditangani, dijaga dan dikawal. Nah, segala-galanya telah ‘up-grade’ dan sepatutnya kita boleh terima kemajuan tersebut.

Dalam kita menikmati kemudahn-kemudahan tersebut tanpa disedari kesan-kesan negative juga seiring jalan dengan kemajuan tersebut. Kesan negatif boleh kita lihat dari segi impak kepada persekitanran, contohnya pokok-pokok yang sebelumnya tempat berlindung dan ruang sedikit dengan ekosistem telah digantikan dengan bangunan-bangunan untuk kedai-kedai makan dan sebagainya menampakkan kerakusan manusia mengaut keuntungan dari pengekploitasian terhadap alam sekitanr.

Satu lagi ialah alam sekitar yang seharusnya dinikmati oleh setiap individu yang sebelumnya ‘free’ tanpa mengeluarkan sesen pun untuk beriadah, namun sekarang dengan hanya seminit ditempat tersebut harus membayar bagi harga 1 jam. Cukup mengecewakan tempat-tempat riadah telah dicemari dengan kerakusan manusia-manusia yang mementingkan keuntungan sendiri. Nah, bagaimana dengan mereka yang kurang mampu? Siapa yang mahu jawab itu? Kesianlah mereka. Keindahan alam sekitar pula yang berbayar.

Dari segi penilaiannya, kemajuan sebenarnya bukan satu kesalahan dan memanglah digalakkan namun ketamakan manusialah yang mencemari kemajuan tersebut tanpa memmikirkan kesan-kesan negatif terhadap alam sekitar sebagai kesimpulannya saya bukanlah bermaksud untuk melihat impak tersebut sebagai pembantutan terhadap kemajuan tetapi sebagai pengajaran bagaimana sepatutnya kemajuan tersebut harus dilakukan utnuk kebaikan bersama.
David (YT03-6371)
January 28, 2006   11:54 AM PST
 
Salam Sejahtera,

Pada dasarnya Pelan Struktur Kuala Lumpur (PSKL) 1984 mempunyai matlamat yang sangat baik dan harus di beri pujian. Dalam PSKL ini segala rancangan telah digariskan untuk terus memulihara alam sekitar di samping meneruskan agenda kemajuan atau pembangunan negara. Pelan rancangan yang telah dibuat itu sememangnya di lihat sesuatu yang positif dan amayt memberangsangkan terutamanya kepada golongan yang mementingkan kesejahteraan alam dan keindahan alam semulajadi. Program-program yang dirancang seperti mewujudkan kawasan lapang yang dihiasi dengan keindahan landskap sememangnya mampu memberi ruang kepada orang ramai menikmati keindahan alam. Pelan dan rancangan untuk mengelakkan pencemaran, mengelakkan risiko tanah runtuh dan banjir adalah antara perkara penting yang nampaknya di ambil kira dalam PSKL. Dasarnya pelan ini adalah sangat baik dan memperlihatkan kepada kita tentang kesedaran pihak kerajaan mahupun pemaju tentang pentingnya pemuliharaan alam sekitar. Namun begitu sejauh manakah pelan ini berkesan?

Jika kita hanya mengulas tentang pelan dan dasar yang tertulis pada PSKL 1984, ia tidak menggambarkan keadaan semasa yang berlaku. Bagi saya pelan ini masih terdapat kelemahan tersendiri yang harus di teliti dan diperbetulkan. PSKL mengariskan beberapa program yang menjurus kepada pemuliharaan dan pembaikpulihan kawasan yang dibangunkan. Namun bagi saya, PSKL seharusnya mengariskan juga langkah-langkah darstik yang sepatutnya boleh diambil sekiranya berlaku sebarang kemungkinan masalah yang berlaku. Contohnya, sekirannya berlaku tanah runtuh dan banjir kilat, apakah langkah drastic yang akan diambil. Selain iti sekiranya terdapat pemaju yang tidak mengikut prosedur yang betul, apakah tindakan yang akan diambil?

PSKL diwujudkan 1984, namun sehingga ini masih banyak isu yang wujud. Pencemaran tetap berlaku dengan meluasnya. Sungai yang terdapat di sekitar Kuala Lumpur juga telah hilang dayanya sehingga mudah membenarkan banjir berlaku di kawasan tersebut. Ini memperlihatkan pelan ini belum atau tidak berjaya. Begitu juga dengan pembangunan di kawasan tanah yang mempunyai kecerunan melebihi 30 darjah masih terus giat dijalankan. Perkara ini telah membawa kepada masalah ketidakstabilan cerun yang serius. Sedangkan dalam PSKL masalah hakisan tanah dan ketidakstabilan cerun ini telah diambil kira serta mempunyai panduan untuk pembangunannya. Namun apa yang berlaku ialah maslah hakisan dari tapak pembinaan masih terus berlaku. Oleh itu kita terpasa juga mengutarakan di mana silapnya sehinggakan perkara ini masih boleh berlaku.

Masalah yang membabitkan kawasan hutan simpan disekitar kawasan ini juga terus berlaku. Sedangkan dalam PSKL ada digariskan tentang kepentingan dan penjagaan kawasa ini. Namun saya melihat kerakusan golongan kapitalis yang ingin mengaut keuntungan adalah antara penyumbang kepada terus berlakunya masalaah ini. Begitu juga dengan masalah tanah jerlus, pencemaran bunyi dan sebagainya. Cuma yang nampak agak berkesan mungkin ialah progran landskap yang dijalankan. Namun harus di ingat bahawa dalam proses mengindahkan kawasan persekitaran menerusi progran landskap, sebenarnya juga memberi keuntungan kepada golongan kapitalis.

Saya berpendapat, PSKL hanya akan berjaya jika semua perkara yang digariskan dalam PSKL itu betul-betul diikuti dan dilaksanakan dengan sistematik. Pihak kerajaan mahupun golongan pemaju harus mengikuti segala pelan yang digariskan agar segala masalah yang berlaku sekarang ini dapat diatasi dan betul-betul dapat mewujudkan sebuah Bandar Raya Kuala Lumpur yang bertaraf dunia dengan imej yang tersendiri dan gah berdiri untuk memperjuangkan kepentingan alam sekitar yang terjaga.

Terima kasih.
benjamin bin jatim(yt03-6368)
January 28, 2006   09:32 AM PST
 
Objektif Pelan struktur Kuala Lumpur 2020 membayangkan kepada kita suatu pelan yang tersusun serta keinginan untuk mewujudkan sebuah bandaraya bertaraf dunia yang berlandaskan sebagai bandar taman tropika yang menghijau dengan mencapai keseimbangan yang saksama antara pembangunan,ekologi dan wawasan negara.PSKL 2020 juga menjanjikan peningkatan persekitaran yang sihat serta bebas dari pencemaran utama.Bandaraya Kuala Lumpur pada 2020 akan mencapai dan menjanjikan suasana yang amat kondusif dan menyegarkan serta bakal menjadi bandaraya impian.
PSKL 2020 menekankan program pengindahan dan landskap di semua kawasan dan ditambah dengan program penanaman pokok adalah satu langkah proaktif ke arah mewujudkan bandar bertemakan taman tropika dengan ekosistem yang kondusif serta boleh bertindak sebagai pemlihan semula pengaliran udara yang lebihbaik.
Pembangunan lereng bukit yang dikawal dan diletakkan di bawah penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas boleh menghalang pencerobohan ke atas lereng-lereng bukit yang pasti memberi ancaman tanah runtuh dan membahayakan penduduk setempat.Kajian-kajian yang bakal dilakukan dan jika dijalankan secara terperinci dan teliti boleh membantu perancangan pembangunan yang lebih teratur.
Pewujudan sistem pembentungan yang lebih baik dapat menghalang pencemaran sistem sungai dan perparitan.Kajian dan penggunaan pendekatan baru jugaboleh merangsang peningkatan pengoksigenan, pengudaraan dan kualiti air sungan yang boleh membawa kesejahteraan kepada penduduk setempat.Pemeliharaan baki kawasan hutan dan pengekalan kepelbagaian flora dan fauna dapat mengekalkan spesies hidupan sebagai warisan negara.
PSKL 2020 juga menegaskan tentang kawasan berlandskap .Ini bukan sahaja boleh mengindahkan bandar dengan landskap yang pelbagai dan menarik tapi juga menjadi penampan debu dan sekaligus mengurangkan pencemaran udara.Seruan terhadap penyertaan awam termasuk agensi kerajaan ,sektor awam dan swasta boleh membantu ke arah tindakan proaktif dan saling bekerjasama menjaga serta memelihara kesejahteraan bandarraya Kuala Lumpur.
PSKL telah menggariskan suatu pelan tindakan yang amat proaktif bagi mewujudkan sebuah bandaraya mapan serta bercirikan taman tropika yang boleh menjadi warisan negara.Persoalannya sekarang adakah masalah yang sering berlaku terutama banjir kilat dan tanah runtuh dapat diatasi dengan pelan struktur yang bertulis indah itu?Pada saya penekanan terhadap nilai serta semangat patriotik serta menghargai bandar raya Kuala lumpur perlu ditambah agar semua program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lebih telus dan diiringi dengan semangat kecintaan terhadap alam sekitar.Semua penduduk Bandarraya perlu disuntik suatu semangat menghargai serta saling menjaga khazanah alam serta wujud stigma terhadap alam sekitar bagi menghidupkan semangat patriotik sebagai penjaga alam itu sendiri.PSKL 2020 bagi saya,agak kurang menegaskan cara kerja terutamanya dari segi menimbulkan nilai kerja .Ini amat penting kerana dengan adanya penekanan terhadap nilai kerja yang baik para pegawai baik diperingkat atas atau bawahan pasti lebih bertanggung jawab dan menerapkan nilai-nilai yang baik dikalangan mereka.Dengan penggarapan nilai serta semangat kerja yang tinggi serta pelan struktur yang tersusun serta terperinci maka diharapkan ianya dapat menjana tenaga untuk melaksanakan semua perancangan itu dengan jayanya bagi melahirkan Bandar Raya tropika yang akan menjadi habitat yang selamat kepada penduduknya.
SITI JAUYAH IBRAHIM ( YT03-642
January 28, 2006   08:19 AM PST
 
Plan perancangan PSKL 2020 merupakan satu usaha kerajaan yang memang banyak mendatangkan kesan positif terutamanya kepada alam sekitar yang menjurus kepada persekitaran yang lebih sihat dan sejahtera. Saya amat bersetuju dengan plan perancangan tersebut memandangkan penekanan terhadap ameniti menjadi tunjang/ keutamaan khususnya dari segi seni bandar dan seni taman agar ianya bebas dari bentuk pencemaran. Keadaan ini amat sesuai untuk meningkatkan taraf bandaraya Kuala Lumpur.
PSKL 2020 telah memuatkan beberapa dasar yang mana objektif utamanya adalah untuk meningkatkan kualiti hidup Bandar Raya setaraf bandar raya lain di dunia.( Wawasan sebuah Bandar Raya bertaraf dunia ). Sebanyak 20 dasar telah disenaraikan dalam PSKL 2020.Saya amat yakin dengan pembangunan dasar tersebut bahawa masalah kesihatan akan berjaya dikurangkan. Dengan kerjasama pihak DBKL bersama pemegang konsesi pembetungan secara langsung tidak akan timbul lagi masalah pelepasan air buangan domistik yang tidak dirawat ke dalam sungai dan peparitan.
Dengan adanya program penempatan setinggan ianya juga akan meningkatkan kualiti air serta mengurangkan pencemaran. Kaedah alternatif untuk membersihkan laluan air bandaraya dengan menggunakan teknologi maju dan efektif juga akan menjurus kepaada matlamat yang sama. Selain daripada itu kawalan pencemaran juga adalah penting bagi mewujudkan kualiti udara yang sihat. Pihak DBKL dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar berusaha mengambil langkah drastik untuk mengatasi masalah berkenaan. Antara lain usaha yang dijalankan ialah pembinaan penampan semula jadi dan buatan manusia disepanjang jalan dengan penanaman pokok secara padat disepanjang jalan sebagai perangkap debu bagi mengurangkan pencemaran udara.
Program yang dirancang oleh DBKL ini mempunyai kelebihan seperti mewujudkan perancangan yang lebih sempurna dan teratur dalam mengambil langkah-langkah pencegahan serta kawalan yang sesuai demi mewujudkan ciri-ciri dan imej bandar agar dapat menjadikan Bandar Raya Kuala Lumpur setanding dengan bandar raya lain di dunia.
Walaubagaimanapun semua warga kota perlulah berkerjasama dalam mencapai objektif yang terkandung dalam PSKL 2020 demi keselesaan dan kesejahteraan bersama .

SITI JAUYAH IBRAHIM
( YT03-6423 )
Sharon Pascol
January 28, 2006   12:10 AM PST
 
Pertama sekali PLSK 2020 merupakan satu langkah yang terbaik bagi DBKL untuk menjadikan Bandar Raya Rimba Tropika yang mesra kepada pengguna bukan sahaja dari segi mentality tetapi juga fizikal. Ini kerana kesibukan dan tekanan warga kota bekerja di pusat bandaraya Kuala Lumpur sekurang-kurangnya mampu meringankan beban minda apabila sambil mereka berehat dapat menghirup udara kota yang segar dengan tumbuhan hijau dan bebas daripada pencemaran. Mungkin ini antara harapan objektif DBKL yang mahu meningkatkan kualiti hidup Bandar Raya dengan wawasan sebuah Bandar Raya Bertaraf Dunia.

Daripada pembacaan saya terdapat beberapa kelemahan atau pun penerangan yang kurang jelas daripada PLSK ini namun ada juga impak positif yang kita perolehi. Bermula daripada Dasar dan Cadangan mewujudkan Bandar Raya Taman Tropika. Saya bersetuju dengan langkah ini dan pelan ini juga menyatakan program landskap dan pengindahan yang telah dijalankan amat berjaya dan membantu dalam mengubah persekitaran Bandar Raya. Mengintegrasikan sungai utama dan tapak bekas lombong terbiar sebagai emeniti dan elemen reka bentuk Bandar sekurang-kurang Bandar raya Kuala Lumpur bukan sahaja dilitupi dengan banguanan konkrit tetapi terdapat juga kawasan rekreasi intuk pengunjung beriadah. Syabas DBKL…

Bagi dasar dan cadangan cerun-cerun curam Saya amat bersetuju dengan 2 dasar yang dicadangkan iaitu tidak akan membenarkan pembangunan di lereng bukit yang bercerun. Cukuplah aktiviti pembangunan yang dijalanakan di Kuala Lumpur masa ini. Namun bagaimana pula dengan hakisan tanah dari tapak-tapak pembinaan yang terus berlaku. Bagaimana cara pihak DBKL mengatasinya? Dengan mengunakan kajian geoteknikal?
Dasar dan Cadangan Kualiti Air Sungai bagi pendapat saya adalah ringkas dan tidak menerangkan dengan lebih jelas lagi. Kualiti Air Sungai Klang dan Sungai Gombak yang mengalir melalui pusat bandaraya semakin terancam. Saliran Sungai ini bukan sahaja dilimpahi dengan sisa air buangan dan pembentungan tetapi juga pembuangan keledak daripada tapak-tapak pembinaan. Jabatan Alam Sekitar (JAS) juga mengesahkan tahap pencemaran Sungai Klang masih berada dalam ketegori tercemar iaitu kategori paling buruk. Pada masa 2020 nanti diharap PSKL berjaya melaksanakan pengoksigenan, pengudaraan dan kualiti air sungai Bandar Raya. Bukanlah memandang remeh pelan ini tetapi sedangkan dari dahulu pun ia tidak berjaya dilaksanakan apatah lagi pada masa akan datang, aktiviti pembangunan rancak dijalankan, bilangan penduduk semakin ramai dan tentu sahaja sisa buangan dan kumbahannya juga semakin bertambah. Selain itu, laporan akhbar utusan pada 21 Oktober 2005 berlaku pencemaran Sungai Langat yang mengakibatkan gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor. Pencemaran sungai….juga turut memberi kesan kepada penduduk di bandaraya Kuala Lumpur.
Satu lagi kelemahan yang utama saya lihat ialah dasar dari PLSK untuk mengatasi masalah banjir. Adakah ini hanya kata-kata yang hanya tertulis di atas kertas tapi tidak dilaksanakan. Masalah banjir kilat di bandaraya ini berlaku hampir setiap tahun dan kos yang ditanggung oleh kerajaan untuk membersikan kawasan banjir juga tinggi. Ini belum dicampurkan dengan nilai kerugian yang memberi kesan kepada aktiviti ekonomi, sosial dan masalah pengangkutan. Masalah banjir yang berlaku di Kuala Lumpur adalah disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya termasuklah pembangunan pesat di kedua-dua belah tebing sungai, wujudnya laluan air yang sempit disebabkan pembinaan jejambat dan jeti di sepanjang sungai dan juga keadaan sistem perparitan sedia ada yang sudah tidak lagi sesuai digunakan bagi menampung limpahan air hujan. Penambahan keladak akan mencetekkan dasar sungai dan aliran akan tersekat serta menyebabkan kejadiaan banjir kilat terutama di kawasan rendah seperti Lembah Klang. Sejak tahun 1992, kerajaan persekutuan membelanjakan RM 760 ribu untuk Mendalamkan sungai Kelang sepanjang 43 kilometer. Selain itu, kejadian bencana banjir yang berlaku di Kuala Lumpur pada 10hb Jun 2003 yang lalu di mana nilai kerugian tahunan dianggarkan berjumlah RM 99 juta ringgit. Permasalahannya lagi dasar mengatasi kawasan mudah banjir ini hanyalah KEMUNGKINAN….ini kerana pelan ini menyatakan kemungkinan pembinaan perangkap-perangkap pepejal terampai di hulu sungai dan di lokasi strategik… adakah pelan ini tidak pasti apa yang mereka rancangkan.
Dasar Kawalan Pencemaran iaitu mempromosikan penggunaan pengangkutan awam berbanding pengangkutan persendirian bagi saya sukar dijalankan. Sedangkan kempen perkongsian kereta pun tidak berjaya dilaksanakan apatah lagi mereka menggunakan pengangkutan awam. Lihat sahaja, kebanyakan keluarga sekarang mampu memiliki beberapa buah kereta. Dasar kawalan pencemaran juga tidak diterangkan secara detail termasuklah langkah mengawal pencemaran bahan kimia yang banyak dilepaskan daripada industri perindustrian dan pembuangan sisa toksik ke dalam sungai

Beberapa harapan saya daripada PSKL 2020 ini semoga dasar EN13 iaitu DBKL memelihara baki kawasan hutan dan mengekalkan kepelbagaian mapan serta populasi hidupan liar di dalam Bandar Raya dilaksanakan dengan sebaiknya. Jangan pula populasi hidupan liar tersebut akan musnah begitu sahaja akibat tertekan dengan aktiviti pembangunan yang rancak di sekitarnya. Diharap kejadian pembinaan Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak yang memusnahkan habitat hidupan liar yang terancam dan dilindungi seperti Tapir dan Gajah. Fenomena ini jelas apabila terdapat kes-kes haiwan ini dijumpai mati akibat dilanggar oleh kenderaan ketika melintasi leburaya. Diharapkan perkara ini tidak berulang terhadap Hutan Simpan Bukit Nenas, Hutan Simpan Bukit Sungai Putih dan Hutan Simpan Bukit Sungai Besi. Jika kita lihat keluasannya, ia merupakan satu nilai yang kecil untuk sesuatu hidupan itu menjalankan ekosistemnya tambahan lagi ia dikelilingi dengan bunyi-bunyian aktiviti pembangunan.

Bagi penyertaan Awam saya bersetuju dengan konteks yang mengunakan Agenda 21, namun saya rasa satu subjek yang khusus harus diajar di sekolah untuk mendidik para pelajar bemula dari bangku sekolah untuk menjaga alam sekitar..bukannya mendidik kembali mereka yang sudah berumur untuk mencintai dan menjaga alam sekitar.

Akhir sekali, walaupun bagi pendapat saya terdapat beberapa kekurangan dalam PSKL 2020 ini masih juga terdapat dasar dan cadangan yang baik. Adalah diharapkan PSKL ini berjaya dilaksanakan oleh pihak DBKL dan bukan sahaja omong kosong untuk mencapai 4 objektif yang disenaraikan demi mencapai alam sekitar Kuala Lumpur yang lebih sihat dan sejahtera . Apa yang pasti diharap penguakuasaan kembali Akta JAS yang dikatakan oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk S Sothinathan dan Berita Harian 27 Januari…perundangan sedia ada tidak memadai untuk menanam kesedaran di kalangan rakyat dalam mematuhi peraturan dan memikirkan kepentingan awam...

Sekian..Happy Chinnese New Year 2006
ROSMAH MASRAH
January 27, 2006   01:59 PM PST
 
Berdasarkan isu ini saya berpendapat bahawa pelan perancangan PSKL adalah satu wawasan positif dalam memelihara dan memulihara alam persekitaran secara optima yang meliputi semua aspek. Melalui pelan ini, ia bukan sahaja menyentuh tentang isu pencemaran semata-mata malah lebih memandang jauh ke hadapan dengan mempertimbangkan sudut amenity yang lebih bersifat abstrak. Pelan perancangan ini sejajar dengan kehendak ciri Bandar raya tropika seperti Kuala Lumpur dalam membentuk imejnya yang tersendiri dan unik di mata dunia. Apa yang jelas bahawa pelan perancangan seperti jarang sekali kita dengar dari Negara-negara sedang membangun khususnya di Negara-negara Asia sekecil Negara Malaysia. Sekiranya pelan perancangan PSKL 2020 ini menjadi kenyataan, bukan sahaja ia menjadi satu ‘trend’ bagi Negara-negara sedang membangun malah ia turut dicontohi oleh negara-negara maju di dunia. Negara Malaysia amnya dan masyarakat Malaysia khususnya dapat merangka satu pelan yang bercita-cita tinggi dalam menengani masalah pencemaran bertaraf kebangsaan seterusnya bertaraf dunia.

Apa yang jelas pelan perancangan PSKL 2020 adalah satu visi yang besar dan tinggi untuk dicapai dan terlaksana. Penekanan aspek-aspek amenity yang lebih memfokuskan kesejahteraan, keceriaan dan keselesaan yang merangsangkan adalah satu strategi yang mapan. Seandainya pelan ini terlaksana sudah tentu ia memberikan satu impak yang besar pada persekitaran Bandar raya Kuala Lumpur yang lebih sihat dan kea rah kesejahteraan sejagat umumnya. Contohnya dalam menengani masalah pencemaran sungai yang meruncing khususnya bagi sungai-sungai sekitar badar raya Kuala Lumpur seperti sungai Gombak dan sungai Klang dapat diatasi. Melalui pelan ini wajarlah sungai-sungai tercemar ini bebas dari sebarang bentuk pencemaran malah penduduk sekitarnya dapat menghayati keindahan dan kejewrnihan aliran airnya. Selain itu, kesegaran udara yang nyaman dan bersih turut menjadi satu objektif utama pelan perancangan PSKL ini.

Namun begitu, rata-rata Negara yang sedang membangun mengalami masalah yang sama dalam membendung masalah pencemaran persekitaran di sekitar Bandar raya ternyata kebanyakkannya belum ada menemui jalan penyelesaian yang benar-benar sistematik. Keadaan ini agak sukar kerana pembangunan dan kemajuan seringkali dikaitkan dengan perindustrian dan perkilangan yang ternyata membawa impak kepada persekitaran khususnya pencemara. Banyak program dan pelaksanaan yang telah dijalankan oleh badan-badan, jabatan- jabatan malah juga kementerian yang berkaitan alam sekitar masih menemui jalan buntu dalam usaha pencemaran sifar dalam semua aspek. Akibatnya, dasar dan program hanya tinggal mimpi yang sukar menjadi kenyataan. Misalnya pencemaran udara yang dialami disekitar Kuala Lumpur yang disebabkan oleh kehadiran paras ozon yang tinggi dari tindak balas nitrogen okjsida (NOx) dan sebatian mudah ruap (VOCs) yang dilepaskan oleh kenderaan bermotor dan sumber industri.

Jika kita lihat kempen-kempen penggunaan petrol tanpa plumbum, penggunaan penapisan serombong kilang industri bukanlah satu kempen yang baru malah kempen seperti ini telahpun mencecah angka 10 tahun dilaksanakan tetapi hingga hari ini masih menemui jalan buntu dalam menyelesaikan masalah pencemaran udara ini.

NAMA : ROSMAH MASRAH
NO.MATRIK : YT2003-6419

Azmie Muadi yt03/6188
January 27, 2006   12:31 PM PST
 
Secara peribadi, saya melihat pelan perancangan PSKL 2020 boleh membawa kepada alam sekitar Kuala Lumpur yang lebih sihat dan sejahtera. Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa alam sekitar dan pembangunan merupakan dua elemen penting yang harus diberi perhatian untuk membawa kesejahteraan kepada manusia. Tidak dapat dinafikan pembangunan merupakan kayu pengukur kemajuan sesebuah Negara tetapi pembangunan tanpa memikirkan kesannya kepada alam sekitar adalah satu usaha yang bakal membawa padah kepada manusia sendiri. Alam sekitar dan pembangunan hendaklah berjalan seiring untuk menjamin kesejahteraan manusia sejagat. Antara kelebihan pelan perancangan PSKL ialah menjadikan Bandar Raya Kuala Lumpur sebagai Bandar raya yang efisien dan saksama yang sebenarnya menuntut pembangunan yang seimbang tanpa menjejaskan persekitaraan semula jadi dan alam binaan sedia ada. Di samping itu, Bandar raya juga harus berfungsi dengan menyediakan satu persekitaran yang bersih, sihat, selamat dan penyayang supaya generasi Kuala Lumpur pada masa depan tidak dikompromi oleh keputusan atau pembangunan yang hanya berkait dengan isu-isu semasa. Selain itu, mengembangkan peranan Kuala Lumpur sebagai pusat komersil dan kewangan antarabangsa sebenarnya akan mengukuhkan lagi peranan ibu Negara sebagai pusat utama K-Ekonomi yang menjalankan dasar-dasar kerajaan. Dalam usaha membentuk satu identiti dan imej Bandar Raya yang tersendiri perkara ini dilihat boleh mencerminkan penduduk pelbagai kaum dan iklim tropiknya. Seterusnya langkah PSKL dalam mengawal pencemaran udara pihak berwajib perlu lebih tegas dan konsisten dalam menguatkuasakan peraturan misalnya, memantau pembakaran terbuka, mengawal pembakaran sisa pertanian dan sisa binaan di tapak binaan dan memastikan tidak ada pembuangan putung rokok di merata-rata tempat. Namun dalam keghairahan untuk mencapai matlamat ini, kita perlu mengubah sikap dengan memastikan penggunaan produk-produk mesra ozon yang tidak mengandungi CFC, sebaliknya daripada bahan-bahan alternative kepada CFC. Di samping itu komitmen dan usaha yang lebih giat diperlukan untuk pengurangan, penggunaan semula dan pengitaran semula (3R) di dalam kehidupan seharian. Masyarakat kota juga perlu diberi kesedaran tentang kebaikan pengurangan, penggunaan semula dan pengitaran semula bahan-bahan buangan. Program sedemikian akan lebih berkesan sekiranya diserapkan kepada generasi muda melalui kempen-kempen kesedaran. Secara konklusinya, PSKL 2020 akan tercapai jika pembangunan ‘mampan’ yang juga disebut sebagai pembangunan lestari atau seimbang akan tercapai bila mana ujud kepentingan perancangan pembangunan yang mengambil kira kesejahteraan dan keharmonian alam dan manusia.
Helma Helly
January 27, 2006   11:23 AM PST
 
Apabila memperkatakan tentang bandar raya, ia semakin sinonim dengan isu-isu alam sekitar. Isu ini bukanlah sesuatu yang ‘nature’ dan ianya boleh memberi impak kepada pembangunan negara. Begitu juga Kuala Lumpur, pelbagai isu dan keadaan semasa yang berlaku dari semasa ke semasa, yang mana mampu mempengaruhi potensi dan imej bandar raya itu sendiri. Apabila membaca kesemua tentang pelan perancangan PSKL ini, maka saya sedikit sebanyak mengetahui semua objektif, dasar dan cadangan yang terdapat di dalamnya.
Pada pendapat saya, PSKL 2020 sememangnya 1 pelan yang efektif dan konstruktif bagi membawa alam sekitar bandar raya Kuala Lumpur yang lebih sihat. Ini membuktikan bahawa kerajaan bertindak lebih responsif dalam mewujudkan persekitaran yang indah dan menarik. Namun, pendapat lain saya, masih terdapat lagi kelemahan dalam pelan PSKL ini. Kelemahann yang saya maksudkan ini bukanlah teruk sangat, contohnya ia tidaklah terlalu menggariskan undang-undang untuk mengatasi sesuatu permasalahan tertentu. Dalam pelan tersebut, terdapat 4 aspek penting yang telah diambilkira dalam bandar raya tersebut iaitu persekitara fizikal, flora dan fauna, pencemaran serta kawasan sensitif alam sekitar. PSKL juga telah menggariskan beberapa objektif bagi memastikan pembangunan dalam bandar raya tersebut tetap seimbang dengan kesejahteraan persekitarannya. Melalui objektif tersebut, beberapa dasar turut diambilkira bagi memastikan objektif tetap tercapai.
Bagi saya, kesemua dasar tersebut dibuat secara menyeluruh kerana ianya merangkumi kesemua aspek yang perlu dijaga dalam bandar raya tersebut. Kesemua dasar itu juga mempunyai cadangan-cadangan tertentu. Untuk menyokong keberkesanan PSKL ini, saya lebih tertarik untuk memperkatakan berkenaan dengan dasar PSKL yang berhubung dengan persekitaran fizikal dalam aspek ‘kualiti air sungai’. Melalui pelan ini, syarat penting bagi meningkatkan kualiti air sungai ialah dengan memastikan semua air buangan dari pembentungan setempat dirawat dengan betul sebelum dilepaskan ke dalam sistem sungai dan perparitan. Oleh itu, dasar kelapan PSKL ialah DBKL akan, dengan kerjasama pemegang konsesi pembentungan, memastikan tiada lagi pelepasan air buangan domestik yang tidak dirawat ke dalam sistem sungai dan perparitan.
Kaedah ini memang kaedah yang baik, namun saya masih ingin mempersoalkan sejauhmanakah keberkesanan kaedah ini. Cubalah kita lihat, baru-baru ini kes terbaru ialah 300 tan sisa toksik tertanam di dalam kebun getah sehingga penduduk Kampung Sungai Gatom, Johor terancam. 1 lagi kes ialah pembuangan sisa toksik dari perindustrian Bukit Rambai, Melaka menyebabkan pelepasan gas berbahaya amonia, yang dikenali aluminium dross. Walaupun kes ini bukanlah berlaku di kawasan sungai dalam bandar raya Kuala Lumpur sendiri, namun di sini kita dapat lihat ‘kedangkalan’ syarikat perkilangan atau perindustrian yang membuang sisa toksik dari kilang mereka secara haram. Oleh itu, adakah dasar PSKL untuk bekerjasama dengan pemegang konsesi pembentungan benar-benar berkesan? Seperti mana manusia di tempat yang lain, begitu juga dengan manusia di bandar raya Kuala Lumpur. Masing-masing mau kaya je..Zaman sekarang ni orang sudah tidak takutkan sangat dengan undang-undang kan…
Baiklah..beralih kepada pelan perancangan PSKL, saya tidaklah akan mengulas kesemuanya. Apa yang saya tekankan berkenaan pelan PSKL ini ialah ia sememangnya 1 langkah berkesan sekiranya ia dapat dijalankan sepenuhnya. Saya juga amat tertarik dengan ‘Dasar Bandar Raya Taman Tropika’. Sebagai Ibu kota negara, situasi di mana bandar yang mempunyai panorama menghijau dengan penanaman pokok-pokok di tepi jalan serta di kawasan lapang dan rekreasi amat penting. Bukan sahaja dapat meningkatkan imej negara, namun ia juga dapat meningkatkan persepsi masyarakat luar terhadap negara ini. Begitu juga dengan yang lain contohnya dasar kawalan pencemaran sudah tentu akan membawa kepada kualiti dan kandungan udara yang sihat dan seimbang di bandar raya walaupun pertambahan kilang dan kenderaan bermotor kian meningkat.
Di akhir diskusi saya ini, saya sangat berharap agar PSKL dapat mencapai setiap objektif yang telah digariskan. Ditambahkan lagi dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) tentulah pelan ini lebih meyakinkan. Walaupun dalam jangkaan kita masih terdapat sedikit kemusykilan untuk ianya berjaya 100%, namun siapa tahu sedikit sebanyak pelan ini dapat membantu menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar raya yang bertaraf dunia.

Sekian, terima kasih……..Saya juga menunggu pandangan dari anda semua…



THEN PET JUN
January 26, 2006   09:17 PM PST
 
Selepas membaca artikel yang dipetik daripada “Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020”, saya kurang bersetuju dengan sesetengah dasar yang digariskan dalam pelan perancangan PSKL 2020. Saya berpendapat sedemikian kerana saya dapati bahawa dasar-dasar perancangan yang digariskan secara keseluruhannya adalah tidak sempurna kerana tidak melibatkan prosedur-prosedur yang secara berperingkat dan sistematik. Daripada PSKL 2020 ini, saya dapati apa yang dititikberatkan dalam dasar yang digubal hanya semata-mata langkah asas untuk mengatasi masalah alam sekitar (masalah hakisan di cerun bukit, pencemaran udara, pencemaran air, masalah tanah jerlus dan sebagainya) di Kuala Lumpur dan tidak melibatkan langkah-langkah drastik yang teratur untuk mengatasi masalah alam sekitar di Kuala Lumpur ini.

Saya berpandangan sedemikian kerana hakisan tanah tetap berlaku di kawasan cerun-cerun bukit dan insiden ini berlaku disebabkan oleh kegiatan pembinaan yang dijalankan di situ. Pembangunan yang dijalankan di kawasan cerun melebihi 30 darjah telah menyebabkan ketidakstabilan cerun yang serius khasnya di kawasan pembangunan yang bertingkat dan berkepadatan tinggi. PSKL 2020 telah menggariskan bahawa pembangunan di lereng bukit yang bercerun melebihi tahap adalah tidak dibenarkan sama sekali. Permasalahan di sini ialah PSKL 2020 tidak menyatakan secara teliti standard darjah cerun yang dibenarkan untuk menjalankan aktiviti pembangunan. PSKL 2020 sepatutnya menyatakan secara teliti piawaiannya dan disiarkan kepada awam sebagai makluman kepada mereka yang ingin menjalankan aktiviti pembangunan di sekitar kawasan cerun bukit.

Tambahan pula, dalam PSKL 2020 juga menyatakan bahawa “kajian geoteknikal” akan dijalankan bagi pembangunan yang telah dijalankan di kawasan lereng bukit. Persoalan sekarang ialah, “Adakah “Kajian Geoteknikal” ini dapat mengatasi masalah hakisan di lereng-lereng bukit?” Keberkesanan pelaksanaan kajian geoteknikal masih dipersoalkan dan kurang meyakinkan. Contohnya, kejadian tanah runtuh telah berlaku di Lembah Klang akibat kegiatan pembangunan yang pesat dijalankan. Pemotongan cerun-cerun bukit semasa membina jalan raya atau tempat kediaman telah melemahkan struktur geologi kawasan tersebut. Dari 16hb Oktober 2002 hingga 21hb November 2002, sebanyak 7 kejadian tanah runtuh telah berlaku di kawasan tersebut. Adakah kajian geoteknikal mampu mengatasi masalah sedemikian? Dalam PSKL 2020, pelan ini tidak menjelaskan secara teliti mengenai “Kajian Geoteknikal” dan ini sudah tentu tidak dapat meyakinkan kita semua mengenai keberkesanan pelaksanaannya kerana kita tidak didedahkan kepada informasi mengenai cara pelaksanaannya. Satu lagi kelemahan yang saya dapati ialah PSKL 2020 tidak sentuh mengenai aspek perundangan. PSKL 2020 sepatutnya mengadakan atau menguatkuasa undang-undang bagi mengenakan kompaun yang berat ke atas pemaju-pemaju tanah yang melanggar undang-undang dan menjalankan aktiviti pembangunan di atas cerun bukit yang tidak mengikut piawaian nasional. Pada pandangan saya, dengan adanya hukuman berat yang dikenakan, maka kejadian seperti tanah runtuh dan hakisan tanah barulah dapat diminimakan.

Bagi mengatasi masalah pencemaran udara pula, PSKL 2020 hanya menggariskan masalah pencemaran udara yang dihasilkan oleh kenderaan bermotor. Saya kurang bersetuju dengan dasar yang dibuat dalam PSKL 2020 kerana pelan ini tidak menitikberatkan punca pencemaran udara yang lain seperti pembakaran terbuka, sumber industri dan kerja-kerja pembinaan yang turut boleh menjana masalah pencemaran udara. Dasar yang digariskan dalam PSKL 2020 hanya tertumpu kepada langkah untuk mengatasi masalah pencemaran yang dihasilkan oleh kenderaan bermotor. Dasar yang disediakan adalah tidak lengkap dan tidak sempurna memandangkan PSKL 2020 tidak meluaskan tumpuan mereka ke atas punca pencemaran udara yang lain. Pada pendapat saya, PSKL 2020 sepatutnya menggariskan undang-undang yang boleh membendung atau mengurangkan masalah pencemaran udara yang berlaku di sekitar Kuala Lumpur. Contohnya, mengenakan kompaun yang berat ke atas sesiapa yang ditangkap melakukan pembakaran secara terbuka. Sekiranya pesalah tersebut ditangkap kali kedua melakukan pembakaran terbuka, maka dia haruslah dipenjarakan. Selaras dengan tujuan ini, kakitangan-kakitangan perlu dilantik bagi membuat rondaan yang kerap kali di sekitar Kuala Lumpur bagi menangkap sesiapa sahaja yang melakukan pembakaran secara terbuka. Menerusi cara ini, saya yakin indeks pencemaran udara Kuala Lumpur akan dapat dikurangkan dari masa ke semasa.

Namun begitu, saya bersetuju dengan dasar PSKL 2020 yang menitikberatkan penyertaan awam dalam membantu mencapai alam sekitar yang mampan. Tambahan pula, kerjasama antara agensi kerajaan, sektor swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) turut diadakan bagi melaksanakan aktiviti kajian dalam meningkatkan kesedaran awam tentang persekitaran mampan. Peningkatan kesedaran awam tentang pentingnya menjaga alam sekitar adalah sangat penting kerana dengan adanya kerjasama semua lapisan masyarakat, maka ia akan dapat menggalakkan mutu ameniti alam sekitar yang tinggi.
Ah Chin Liew YT 03-6362
January 25, 2006   01:33 PM PST
 
Melihat kepada objektif PSKL iaitu untuk menjamin taraf alam sekitar yang sebaik mungkin dengan memperbaiki dan memelihara perseimbangan yang bijak di antara pembangunan, ekologi dan warisan negara, khususnya menggalakkan mutu ameniti alam sekitar yang tinggi dari segi seni bandar dan seni taman bagi mencapai persekitaran yang bebas dari bentuk pencemaran utama, saya berpendapat usaha ini perlu dilakukan dan dilaksanakan untuk menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar raya yang maju dalam semua aspek.
Tindakan seperti ini merupakan satu kesedaran yang telah timbul kesan daripada tahap pencemaran yang bertambah dari sehari ke sehari. Kewujudan PSKL ini sebenarnya telah banyak membantu kepada proses mengimbangi masalah pencemaran alam sekitar Kuala Lumpur.Beberapa program yang telah dilaksanakan seperti penanaman pokok, program kitar semula, penggunaan minyak kereta mesra alam, sistem pembentungan najis dan sebagainya adalah bertujuan mencapai matlamat atau objektif PSKL ini.
Namun sebanyak mana pun program yang dirancang oleh PSKL bagi mencapai matlamat ini, ianya tidak akan dapat dilaksanakan sekiranya tiada sokongan daripada pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Badan-badan swasta, syarikat-syarikat besar dan orang perseorangan perlu muncul untuk membantu menjayakan usaha murni PSKL ini. Bantuan yang mungkin dapat disalurkan oleh pihak-pihak tadi adalah seperti kewangan atau tenaga kerja.
Selain itu, kempen juga perlu dilakukan oleh PSKL bagi memperkenalkan pelan struktur yang telah dirancang agar objektif atau matlamatnya dapat dicapai. Ini bertujuan agar semua masyarakat tahu dan melibatkan diri dalam menjayakan program seperti aktiviti menanam pokok. Bagi saya, kejayaan program PSKL ini banyak bergantung kepada kefahaman dan penglibatan semua agensi atau perseorangan. Sekiranya kerjasama ini dapat dibentuk saya pasti Kuala Lumpur dapat mewujudkan ciri dan imej bandar tersendiri yang lahir dari wawasannya untuk menjadi bandar raya bertaraf dunia dan mempunyai potensi serta bertanggungjawab untuk meningkatkan piawaian nasional yang telah ditetapkan

RDambul
January 24, 2006   07:36 PM PST
 
For a start, I'm genuinely impressed with this argument. Short in description, but sharp and deep in analysis. Good job!
Jaidi Kamis
January 24, 2006   12:57 PM PST
 
Berdasarkan analisis saya terhadap artikel tersebut, saya kurang bersetuju dengan Pelan Perancangan PSKL 2020 kerana kebanyakkan strategi-startegi yang digariskan hanya memperlihatkan langkah asas tanpa melibatkan strategi susulan. Contohnya, banjir kilat yang acapkali berlaku di pusat bandar Kuala Lumpur adalah disebabkan oleh sikap tidak prihatin sesetengah pihak yang rakus melakukan pembangunan di kawasan Hulu Lembah Kelang (Hulu Sg. Gombak-Kelang) dan beberapa faktor sampingan lain seperti pembangunan (penurapan & penambakan) di sepanjang tebing sungai untuk memenuhi tuntutan rohaniah dan materialistik manusia. Hal ini sekalius mengurangkan daya sepanjang sungai tersebut dan mencetuskan fenomena banjir kilat. Pelan tersebut sesara totalnya hanya menyediakan pakej tindakan untuk menghalang kejadian ini bertambah teruk. Tanpa melibatkan penyiasatan dan tindakan undang-undang kepada pihak yang terlibat. Maka, penjenayah-penjenayah alam sekitar ini terus berjuang dalam agenda songsang mereka untuk memusnahkan alam sekitar.

Oleh itu, pelan tersebut seharusnya lebih menitikberatkan tindakan kawalan dengan pelaksanaan seperti pengharaman sebarang proses pembangunan di kawasan bukit yang bercerun melebihi 15°. Langkah pengharaman yang dimaksudkan melibatkan tindakan undang-undang. Ia penting dalam langkah untuk mengelakkan tanah runtuh dan sebagainya. Di samping itu, pengwujudan ameniti boleh dilakukan selepas strategi pertama tadi berjaya.
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry