Trip Lapangan Ke Pulau Tiga
Pengumuman: Bas akan datang mengambil para pelajar di kolej kediaman masing-masing pada pukul 7.30am. Sebelum bertolak ke Kuala Penyu, semua pelajar diminta berhimpun di Kolej Kediaman E. Perjalanan ke Kuala Penyu dijangka mengambil masa 2-3 jam (bergantung kepada cuaca). Oleh itu, semua pelajar dimohon memberi kerjasama supaya tidak lembab terhegeh-hegeh. Secara ideal, rombongan akan bertolak dari UMS ke Kuala Penyu pada jam 8.00 am (dengan sisihan piawai 30 minit).
Ingat, tujuan praktikal ini adalah membuat cerapan data di sebuah pulau yang masih tebal dengan ciri-ciri natural dan eksotik. Bukannya datang untuk melaram dan menggeletis. Jadi, silalah bawa pakaian dan kasut yang bersesuaian. If you're prone to 'bad weather': bring along a rain-coat (or anything that serves the same purpose). To those who suffer from any kind of specific 'illness' and/or 'allergies': don't forget your personal medicines. Juga diingatkan bahawa penginapan adalah dalam bentuk 'khemah out-door'. Khemah dan tilam disediakan (Which is, under normal circumstances, should be enough to warm you. Ini negara tropika bah!). Selimut bawa sendiri (if you think you need one). Bawa juga ubat nyamuk: just in case.
* * *
Kajian Lapangan di Pulau Tiga
Kursus Penilaian Impak Alam Sekitar (AG3473)
12 – 13 Februari 2006
Objektif
-
Memberi peluang kepada supaya pelajar untuk memindahkan pengetahuan teori (yang dipelajari dalam kelas) kepada bentuk gunaan (di lapangan sebenar).
-
Mendedahkan pelajar kepada kaedah-kaedah praktikal mencerap data dan informasi di lapangan (satu keperluan paling asas disiplin Geografi).
-
Menyediakan ruang kepada pelajar untuk mengasah kemahiran berorganisasi dan berfungsi secara sinergi dalam kumpulan.
PS: Untuk arahan spesifik tugasan di Pulau Tiga dan jadual tentatif program, sila baca atau download di sini (format PDF) atau di sini (format DOC). Para pelajar disaran membuat salinan hard-copy (print) bahan ini (sekurang-kurangnya satu untuk setiap kumpulan).
Posted at 12:40 am by geografiums