Ruangan Interaksi
Para pelajar juga boleh gunakan ruangan ini untuk membuat pengumuman & pertanyaan kepada rakan-rakan lain (i.e. yang berkaitan dengan kursus EIA).
|
 |
Monday, March 13, 2006
Ulasan Kes 4 (untuk PLK sahaja)
Soalan:
Projek One-Borneo (berhampiran UMS) tidak menepati aspirasi pembangunan yang mapan (lestari). Sebagai sebuah Mega-Mall di pinggir bandaraya, dan dikelilingi oleh beberapa buah perkampungan kelas 'pekerja' (i.e. golongan berpendapatan rendah) - projek ini kelak akan mewujudkan kesan alam sekitar sosio-budaya yang kritikal (i.e. fenomena pertentangan kelas).
Setujukah anda dengan kenyataan ini? Sila berikan satu hujah untuk menyokong pendirian anda (disertai bukti kes yang jelas dan spesifik).
* Pelajar PKI boleh ambil bahagian jika mahu (bukan wajib).
Posted at 01:28 pm by geografiums
 |  |  | zainal September 4, 2006 10:31 PM PDT
Kewujudan “One Borneo” sebagai pasaraya mega telah mewujudkan pertentangan kelas antara pihak pemaju dengan penduduk tempatan. Impaknya terhadap sosio-budaya pada penduduk tempatan melalui perbezaan tafsiran. Bagi pihak pemaju, kawasan yang dibangunkan memberikan keuntungan yang lumayan. tetapi adakah ini mengambarkan pembangunan yang listari? Pendapat saya adalah untuk pembangunan mapan pembinaan gedung membeli belah ini seharusnya memikirkan impak yang manusiawie yang begitu mendalam. Ini adalah kerana rata-rata golongan yang tinggal di sekitar gedung ini adalah orang yang berpendapatan rendah dan ini menimbulkan rasa cemburu untuk memiliki benda yang tidak mampu untuk dibeli dan ini akan menjadikan gangguan emosi dan menjadikan mereka untuk bergolok gadai untuk mendapatkan sesuatu diluar kemampuan.
Jika dilihat impak manusiawie memang akan menjadikan gangguan emosi kerana kampung-kampung disekitar akan menjadi sibuk dan bising. sedangkan sekarang pun ramai org kampung yang berhasrat untuk meninggalkan tempat ini. Ini disebabkan bunyi bising dan habuk menjadikan hidup mereka tidak tenteram.
selain daripada itu kita pergi ke satu sudut yg kecil akan kewujudan kampung-kampung ini. Semakin hari semakin menghilang diambil oleh pihak pemaju. satu hari nanti kampung-kampung ini hanya tinggal kenangan sahaja kerana ini terbukti akan pembinaan alam mesra dan banyak lagi pembvangunan yang akan dilakukan di kawasan tersebut berdasarkan tinjauan daripada local pelan kawasan tersebut.
Istilah mapan boleh disingkatkan bahawa pembangunan yang seimbang. adalah ini akan dapat direalisasikan di one borneo???? Tidak kerana pembangunan itu sendiri telah memperlihatkan lompang-lompangnya dari segi sosial, emosi dan fizikal.
Terima Kasih |  |
  |  |  | Rosmah Masrah April 29, 2006 12:00 PM PDT
Kewujudan “One Borneo” sebagai pasaraya mega telah mewujudkan pertentangan kelas antara pihak pemaju dengan penduduk tempatan. Impaknya terhadap sosio-budaya pada penduduk tempatan melalui perbezaan tafsiran. Bagi pihak pemaju, kawasan yang dibangunkan memberikan keuntungan yang lumayan kerana persekitarannya yang menjadi tumpuan petempatan dan pelbagai kemudahan sosial yang banyak dimajukan seperti universiti dan pejabat Persekutuan yang berhampiran. Namun bagi pihak penduduk tempatan pula, One Borneo dianggap sebagai ‘perampas’ peluang dalam memajukan perniagaan mereka. Impaknya, penduduk tempatan tidak mampu bersaing dalam perniagaan. Oleh itu, gerai dan kedai-kedai runcit sudah tentu akan ‘lingkup’ dan mengalami pengurangan jumlah pengunjung berbanding sebelumnya. Kekurangan modal dan kelengkapan keperluan di kedai-kedai kecil ini adalah faktor para pembeli akan beralih ke One Borneo. Keadaan ini tentunya memberi kesan mendalam kepada penduduk tempatan kerana mereka akan kehilangan mata pencarian. Mereka bukan saja tidak mampu bersaing modal malah menjadi menutup pintu rezeki penduduk tempatan.
ROSMAH MASRAH
YT2003-6419
Putrajaya is not an environmental friendly delevopment because its construction focuses on concrete materials and shining glass decorations compared to a building with greeny. Although the land construction is not spacious,it still contributes to the destruction of forest due to its construction that continues up till the university land. The area was originally a mangrove swamp but then it had been transformed into concrete when the process of covering it with cement was done. This is more evident when the interior landscape such as the planting of trees asa substitute for the green forest is absent. Thus, it futher proves that it is not an environmental friendly construction.
|  |
  |  |  | Azmie Muadi, YT2003/6188 March 31, 2006 10:47 PM PST
KEPESATAN pembangunan ekonomi negeri Sabah akan meluaskan kawasan bandar, hal ini menyebabkan kawasan bandar mengalami kesesakan dari pelbagai segi seperti kesesakan lalu lintas, kesesakan penduduk di tengah kota, kesesakan kawasan perindustrian dan bangunan pejabat yang telah penuh. Ini akan mendorong firma untuk mencari kawasan baru yang lebih luas, selesa dan murah. Ini bermakna, lebih banyak kawasan luar bandar akan diterokai untuk pembangunan. Jika proses ini berterusan, jurang antara kawasan bandar dan luar bandar akan mengecil. Projek One-Borneo adalah salah satu contoh pembangunan yang dikatakan tidak menepati aspirasi pembangunan mapan kerana projek ini akan mewujudkan kesan kepada alam sekitar sosio-budaya. Saya sangat optimis mengatakan bahawa projek ini akan membawa kepada kesan sosio-budaya yang kritikal disebabkan wujud fenomena pertentangan kelas kerana berdasarkan bukti kes menunjukkan bahawa sebilangan besar penduduk di sini berada di bawah paras Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) iaitu purata RM 600 sebulan.
‘Ibarat pasir, sekali air dalam sekali berubah’, hal inilah yang berlaku kepada penduduk di kawasan tersebut di mana mereka terpaksa menurut perubahan yang dilaksanakan oleh kerajaan. Dengan wujudnya projek ini kelak secara retoriknya penduduk di kawasan ini terpaksa pasrah dengan hakikat bahawa “Enggang sama Enggang, Pipit sama Pipit”. Walau bagaimanapun, pada hakikatnya pendapatan isi rumah RM1,000 pun! masih tidak cukup untuk menampung kos hidup yang semakin meningkat kerana pendapatan garisan kemiskinan tidak membezakan kawasan bandar dengan luar bandar, pada hal kos bandar lebih 20 peratus tinggi daripada luar bandar. Apa yang akan berlaku setelah projek ini siap pihak bertanggungjawab khususnya Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan mengenakan beberapa dasar percukaian yang boleh memberi impak kepada penduduk yang berada di sini kerana secara tidak langsung penduduk di sekitar kawasan ini juga tidak terkecuali menggunakan kemudahan yang disediakan oleh pihak DBKK, hal ini sudah tentu akan membebankan masalah kewangan penduduk kawasan ini. Selain itu, kita juga tidak dapat memastikan bagaimana pula dengan nasib sebilangan kecil yang akan menimpa kepada golongan orang kurang upaya (OKU), dan orang tua yang tinggal di kampung ini. Pertambahan populasi penduduk di kawasan ini kelak sudah tentu memberikan gambaran tentang pelbagai bentuk impak negatif seperti bunyi bising, sampah-sarap dan masalah sosial selain, pulau haba yang disebabkan oleh bangunan konkrit yang dibina di sini. Sukar untuk kita bayangkan bagaimana mereka ini boleh berinteraksi atau membiasakan diri dengan keadaan hidup yang serba mencabar manakala bagi golongan anak remaja pula keadaan ini memberikan sindrom ‘kejutan budaya’ kepada mereka kerana sebelum ini mereka tidak pernah berdepan dengan unsur-unsur yang berkiblatkan kebendaan atau materialistik yang secara tidak langsung akan mempengaruhi gaya hidup mereka di samping masalah sosial yang mungkin akan timbul.
Apapun yang akan saya katakan di sini pihak pemaju masih juga tetap meneruskan projek ini namun saya masih berharap agar jika pihak pemaju ingin menyediakan taman rekreasi di kawasan ini saya mencadangkan agar taman rekreasi ini berkonsepkan alam semulajadi yang mempamerkan kepelbagaian ekosistem dan sumber biologi, fauna dan flora yang terdapat di kawasan ini. Kepentingan kepelbagaian sumber biologi ini bukan sahaja dapat meningkatkan aktiviti ekopelancongan tetapi penduduk di sini perlulah menerima impak positif dan manfaat yang lebih dan kita tidak mahu berlaku ibarat kata pepatah ‘Cerdik helang bingung si kikih, lamun Murai terkecoh jua’, disebabkan kecerdikan dan kebodohan orang besar akhirnya menyebabkan orang kecil yang akan menanggung kerugiannya.
|  |
|