Blog ini dilancar secara rasmi pada 22 Disember 2005

Laman web ini ini adalah blog komuniti bagi para pelajar kursus AG3743 (Penilaian Impak Alam Sekitar @ EIA). Ia berfungsi sebagai medan diskusi, perkongsian informasi, pengumuman dan pengedaran bahan-bahan kursus.

Kursus AG3743
Program Geografi
Sekolah Sains Sosial
Universiti Malaysia Sabah
Email:
rdambul@yahoo.co.uk

Laman pengajaran saya yang lain:
Kursus Teras Sains Sosial
Kursus Geografi Manusia
Kursus Klimatologi


Kuliah Mingguan:
PKI: 11am-1pm (Rabu, BS1)
PLK: 12-3pm (Sabtu, Makmal GIS)



Apakah EIA?

EIA adalah kajian untuk mengenalpasti, meramal, menilai dan memberi maklumat mengenai kesan-kesan alam sekitar bagi sesuatu cadangan projek dan mengemukakan langkah-langkah tebatan sebelum projek berkenaan dilulus dan dilaksanakan.
Sumber: Jabatan Alam Sekitar (1987)


Pengendali Kursus:
R Dambul
Bilik 9 (Tingkat 3)
Sekolah Sains Sosial
Tel: 088-32000 ext 5795
@ sila hubungi dengan email



* * *

Informasi Pelajar 2006/2007

Versi Besar (Klik Sini!)

Ketua: Zainal Madi
zbmwid@yahoo.com

Pen. Ketua: Sa'adiah Zakaria
saadiahz_65@yahoo.com.my


Pembahagian kumpulan praktikal di lapangan? Sila rujuk nama anda di sini!

Edaran Bahan Kuliah
Rangka Asas Kuliah 6
Rangka Asas Kuliah 3, 4 & 5
Takwim Pertemuan
Struktur Kursus PLK 2006

Diskusi Blog
Diskusi IV (Alam Mesra-UMS)
Diskusi III (Anjung Perdana)
Diskusi II (Tanjung Lipat)
Diskusi I (Umum)

Entri Bergambar & Videografi
Tugasan Praktikal di ODEC
Kuliah di Makmal GIS




* * *

Informasi Pelajar 2005/2006


Versi Besar (Klik Sini)!

Kumpulan Pelajar HA18 (Sains Sosial):
Ketua: Nagendran Thangavelo
Email: nagen81@hotmail.com

Pen. Ketua: Elvina Thomas
Email: lvna_1229@yahoo.com

Kumpulan Pelajar HT17 (Pendidikan):
Ketua: Astina Jamaluddin
Email: astina_asties@yahoo.com

Pen. Ketua: Sharon Pascol
Email: shawing_mail@yahoo.com

Kumpulan Kerjalapangan (PKI):
Sila semak sini



Versi Besar (Klik Sini)!

Kumpulan Pelajar Luar Kampus (Kota Kinabalu):
Ketua: Ah Chin Liew
Email: ahchinliew@yahoo.com

Pen. Ketua: David Kungin
Email: recendav@hotmail.com

Kumpulan Kerjalapangan (PLK):
Sila semak sini

* * *

Edaran Bahan Kuliah
Kuliah 6 (Tebatan)
Kuliah 4 & 5 (Impak)
Kuliah 4 & 5 (Bacaan Tambahan)
Kuliah 3 (Alam Sekitar)
Kuliah 3 (Bacaan Tambahan)
Kuliah 2 (Perundangan)
Kuliah 2 (Bacaan Tambahan)
Kuliah 1 (Struktur Kursus: PLK)
Kuliah 1 (Struktur Kursus: PKI)

* Sila download sendiri!

Tugasan Blog Mingguan (PKI)
Diskusi Blog 6 (Lapangan)
Diskusi Blog 5 (Analisis Kes)
Diskusi Blog 4 (Rhetorical Q)
Diskusi Blog 3 (English Version)
Diskusi Blog 2 (Debat Terbuka)
Diskusi Blog 1 (Persepsi Umum)

Tugasan Blog Mingguan (PLK)
Ulasan Kes 4 (Lapangan)
Ulasan Kes 3 (Lapangan)
Ulasan Kes 2 (Kes Khusus)
Ulasan Kes 1 (Isu Semasa)

Arkib Laporan EIA (PKI Sesi 2005/2006)
Kumpulan 1
Kumpulan 2
Kumpulan 3
Kumpulan 4
Kumpulan 5
Kumpulan 6
Kumpulan 7
Kumpulan 8
Kumpulan 9

Fakta Kes Alam Sekitar
Radioaktif di Bkt. Merah & Pembangunan UMS
Lebuhraya KL-Putrajaya
King Fisher, Alam Mesra & Anjung Perdana
Pelan Pembangunan KL
Anjung Perdana (Tg. Aru)
S. Harbour vs Pantai Manis

Bahan Rujukan & Praktikal
Praktikal Pulau Tiga
Senarai Buku DBP (BM)
Koleksi Pertama

* Koleksi ini akan ditambah daripada semasa ke semasa.

Penilaian Komen Terbaik
Diskusi Blog 4 (PKI)
Diskusi Blog 3 (PKI)
Diskusi Blog 2 (PKI)

Analisis Gred Pelajar
PKI Sesi 2005/2007


Entri Bergambar
Apresiasi Alam Sekitar (PLK)
Exam: The Finale (PLK)
Exam: The Finale (PKI)
Trip to Little Norwich
Apresiasi Alam Sekitar (PKI)
Nostalgia Pulau Tiga
PLK in action!




rss feed


Ruangan Interaksi
   
Para pelajar juga boleh gunakan ruangan ini untuk membuat pengumuman & pertanyaan kepada rakan-rakan lain (i.e. yang berkaitan dengan kursus EIA).

<< December 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31


Thursday, December 29, 2005
Diskusi Blog 2

Pada pendapat anda, yang mana satukah yang lebih penting untuk dijaga dan dipulihara: antara 'alam sekitar manusia' (human environment) dan 'alam sekitar fizikal' (physical environment)? Sila debatkan.

Panduan: Had panjang jawaban tidak ada. Anda juga boleh memberi komen lebih daripada sekali. You can either post your comment in Bahasa Melayu or English. This is an open debate: where you are allowed to argue your cases with other students. Markah istimewa akan diberi kepada pelajar-pelajar yang boleh berhujah dengan kritikal (menyokong, menyanggah, atau mengkritik komen-komen lain yang dipersetujui atau tidak dipersetujui).

Selamat berdiskusi!


Posted at 09:38 am by geografiums

Tempang yang SempOi
August 30, 2009   01:17 PM PDT
 
Hai...sy pelajar geografi fizikal dan manusia.sy rasa kedua-duanya perlu diperlihara dan dipulihara.Pada permulaannya para pendebat perlu faham apa itu konsep dalam alam sekitar kedua-dua bahagian itu sendiri.Ok..untuk alam sekitar fizikal,ia lebih kepada alam sekitar.Sudah pastinya kita perlu memelihara alam sekitar fizikal.Terutamanya kawasan-kawasan yang menjadi salah satu khazanah negara seperti kawasan hutan sama ada tropika atau paya bakau.Selain itu kita perlu juga pelihara kawasan persekitaran seperti kawasan pantai dan sungai.Selain itu,bagi kawasan-kawasan alam sekitar fizikal yang telah mendapat sentuhan tangan manusia sendiri seperti penarahan kawasan bukit perlu dipulihara dengan segera bagi mengelak kesan-kesan negetifnya terjadi.Bagi alam sekitar manusia pula,kita perlu memelihara segala sumber pendapatan negara.Contohnya dari segi kependudukan.Tiada bezanya pemuliharaan dan pemiliharaan alam sekitar fizikal dengan alam sekitar manusia.Ini kerana kedua-duanya saling bergantungan antara satu sama lain.
exora_lynn@yahoo.com
August 24, 2009   01:10 AM PDT
 
hahahaaaaaaaaaape nak didebatkan,sendiri mau engat lor...we live to ensure da sustainable of tommorow...are'nt we??
fire fighting traning
July 1, 2009   12:47 PM PDT
 
pelihara la alam sekitar
web design
June 26, 2009   11:36 AM PDT
 
kenapa jawaban tidak ada
malaysia web design
June 23, 2009   03:43 PM PDT
 
alam sekitar la penting
makhLuk tuHan
May 25, 2009   12:10 AM PDT
 
aku tataw pown apa kebaikan yang dapat diperolehi tp ok lewh drpd tataw langsung kn. .
malaysia seo
April 17, 2009   07:30 PM PDT
 
SAYA ARTIKEL NI
orang
March 20, 2009   11:28 AM PDT
 
lain yg keluar!!
christz ums
January 16, 2009   12:36 PM PST
 
salam buat kalian..............untuk renungan seketika...........ALAM SEKITAR MANUSIA & ALAM SEKITAR FIZIKAL? Kedua-dua ini mempunyai peranan dan kestabilan tersendiri yang sangat komplek dan payah untuk dihuraikan dan dipertikaian kerana segalanya bukan dicipta oleh manusia. Apabila dipertikaikan mana satu yang lebih penting, payah untuk saya menyatakan antara satu yang lebih penting. ALAM MANUSIA & ALAM FIZIKAL mempunyai KEHEBATAN yang sama antara satu sama lain bagi mewujudkan kesejahteraan dan keseimbangan yang komplek. Saya berhujah sedemikian kerana sekiranya berlaku gangguan kepada salah satu daripada komponen tersebut maka kedua-dua komponen juga akan terganggu........SECARA KESIMPuLANNYA, kedua-dua komponen tersebut harus diberi perhatian yang sama rata bagi mengekalkan intergriti antara alam sekitar manusia & alam sekitar fizikal......oleh yang demikian bagi sesiapa yang mempunyai cadangan yang bernas serta bermutu untuk mengekalkan intergriti alam sekitar manusia dengan alam sekitar fizikal SILA CADANGAN kepada mana-mana kementerian yang berkenaan.......TQ
yuyu
November 12, 2008   11:53 PM PST
 
apa ni orang cari lain benda,keluar lain pula......!!!macam mana nak siap kerja kalau macam niiiiiiiiii...!!
Mar_Fantagiro.USM
October 30, 2008   08:25 PM PDT
 
Salam rakan2..Pada saya, tajuk ini mempunyai pelbagai isu yang luas untuk di perdebatkan. Bagi saye, alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia itu saling bergantungan antara satu sama lain. Berdasarkan konsep posibleme dan deternisme ini, sudah nyata kita dapat melihat betapa keduanya saling memerlukan kestabilan dan keseimbangan bagi memastikan ekologi yang harmoni dan stabil dapat diteruskan keberlangsungan nya. Jika kita hanya memulihara alam sekitar manusia, adakah kehidupan manusia akan terjamin kelestarian nya kesan daripada kerosakan alam sekitar fizikal?sudah tentu tidak. bahkan manusia akan mengalami pelbagai masalah yang akan menggangu gugat kehidupan manusia seperti banjir, hakisan, tanah runtuh, peningkatan gas rumah hijau, jerebu dan pelbagai lagi masalah lain. Oleh yang demikian adalah menjadi tanggung jawab kita semua untuk berusaha mengekalkan kelestarian kedua2 nya bagi menjamin kehidupan yang selesa di masa akan datang. Apapun, lihat la realiti sebenar. Dunia kita dalam bahaya...kerakusan manusia yang tidak mengamalkan pembangunan mapan meranapkan hasrat kita untuk melihat bumi yang sihat dan hijau di masa akan datang. Sekian.
nadiah
October 10, 2008   05:22 PM PDT
 
saya rasa alam skitar yang dipulihara dengan baik akan memberi impak yang baik kpd semua. dunia kita sudah tua, jadi sama-samalah kita pulihara dengan sebaik yang mungkin.
ingin tahu
June 22, 2008   10:15 PM PDT
 
benarkah,menurut satu kenyataan Jabatan Alam Sekitar,masalah alam sekitar di Malaysia MASih terkawal.huraikan pernyataan ini
wen
March 26, 2008   03:43 PM PDT
 
saya nak cari cara mengatasi penjagaan alam sekitar
budakbaik@arioko_san
February 14, 2008   03:43 PM PST
 
dunia ni sangat menarik.. terlalu menarik.. kalo kita hendak kekalkan kan nye adakah kita pernah lihat alam sekeliling?? pernah 2 u sayang pokok?? tanah?? haiwan?? sekiranya xpernah sudah tentu u all apernah tegok alam nie.. sistem buminie komplex yang diangap melakukan perubahan secara spontan.. but u pikir semula sapa yg mengerakkannya dari awal?? mesti ada yng mengerakan nye........ tentula ALLAH yg maha Esa..
sakura
July 23, 2007   07:54 PM PDT
 
bg sy yg plg penting ialah hbgn msia dgn alm sktr....
wana
June 29, 2007   10:27 PM PDT
 
nak tau asl usul geografi...???
pelajar sekolah
June 13, 2007   08:56 AM PDT
 
sememangnya tidak dimafikan lagi kedua-dua faktor ini berhubung kait.
hamba allah
June 5, 2007   12:53 PM PDT
 
Manusia merupakan unsur semulajadi yang paling kurang stabil memandangkan keupayaannya untuk berubah dan juga memulakan perubahan. Manusia telah banyak mengubah suai kebanyakan unsur-unsur alam sekitar semulajadi di atas permukaan bumi. Pada asasnya, bahan-bahan tidak bernyawa dalam alam sekitar sangat stabil dan ia tertakluk kepada perubahan tetapi struktur dalamannya terlalu tegar untuk mengiziknan perubahan sendiri. Sebagai Contoh, perjumpaan kuasa atom telah membolehkan manusia membuat perubahan secara besar-besaran terhadap bentuk fizikal alam semulajadi..

Kerana manusia, ciri-ciri fizikal bumi dapat dilihat dalam tahap kemajuan yang dicapai sejak manusia mulai mengubah permukaan bumi untuk keperluannya. Perubahan pandang darat fizikal oleh manusia telah dijalankan dengan begitu pesat sehingga kebanyakan kawasan di permukaan bumi telah hilang identiti asalnya.

Oleh itu, berbalik pada persoalan yang diberikan..saya bersependapat dengan rakan-rakan yang mengatakan bahawa alam sekitar fizikal adalah lebih penting untuk dijaga berbanding dengan alam sekitar manusia.

Saudara Stanley ada mengatakan bahawa kedua-dua alam sekitar manusia dan alam sekitar fizikal adalah saling bergantungan dan memerlukan. Dengan kata lain beliau menegaskan bahawa manusia tidak dapat hidup tanpa alam sekitar fizikal dan begitu juga sebaliknya alam sekitar fizikal tidak dapat hidup tanpa alam sekitar manusia.

Berdasarkan kepada pendapat dan fakta-fakta yang kukuh, saya menolak 50% daripada pendapat yang diberikan oleh saudara Stanley. Sememangnya tidak dinafikan bahawa manusia tidak akan hidup tanpa alam sekitar fizikal…tetapi perlu ditegaskan bahawa tanpa alam sekitar manusia, alam fizikal akan tetap terus wujud.! Hal ini kerana alam fizikal wujud lebih awal daripada manusia itu sendiri.

Oleh itu saya menegaskan bahawa alam fizikal adalah lebih penting untuk dijaga dan dipulihara. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna alam sekitar manusia tidak penting atau kurang penting berbanding alam fizikal. Harus diingat bahawa kesejeterahan hidup manusia di bumi adalah bergantung kepada sejauhmana tahap kesedaran mereka terhadap menjaga dan memulihara alam sekitar..

Dengan kata lain, manusia bergantung terus secara langsung kepada alam fizikal dalam kehidupan seharian.. Seperti yang dikatakan oleh saudara Shafie, rosak alam sekitar fizikal maka rosaklah alam sekitar manusia!

Sekian...
hamba allah
June 5, 2007   12:53 PM PDT
 
Manusia merupakan unsur semulajadi yang paling kurang stabil memandangkan keupayaannya untuk berubah dan juga memulakan perubahan. Manusia telah banyak mengubah suai kebanyakan unsur-unsur alam sekitar semulajadi di atas permukaan bumi. Pada asasnya, bahan-bahan tidak bernyawa dalam alam sekitar sangat stabil dan ia tertakluk kepada perubahan tetapi struktur dalamannya terlalu tegar untuk mengiziknan perubahan sendiri. Sebagai Contoh, perjumpaan kuasa atom telah membolehkan manusia membuat perubahan secara besar-besaran terhadap bentuk fizikal alam semulajadi..

Kerana manusia, ciri-ciri fizikal bumi dapat dilihat dalam tahap kemajuan yang dicapai sejak manusia mulai mengubah permukaan bumi untuk keperluannya. Perubahan pandang darat fizikal oleh manusia telah dijalankan dengan begitu pesat sehingga kebanyakan kawasan di permukaan bumi telah hilang identiti asalnya.

Oleh itu, berbalik pada persoalan yang diberikan..saya bersependapat dengan rakan-rakan yang mengatakan bahawa alam sekitar fizikal adalah lebih penting untuk dijaga berbanding dengan alam sekitar manusia.

Saudara Stanley ada mengatakan bahawa kedua-dua alam sekitar manusia dan alam sekitar fizikal adalah saling bergantungan dan memerlukan. Dengan kata lain beliau menegaskan bahawa manusia tidak dapat hidup tanpa alam sekitar fizikal dan begitu juga sebaliknya alam sekitar fizikal tidak dapat hidup tanpa alam sekitar manusia.

Berdasarkan kepada pendapat dan fakta-fakta yang kukuh, saya menolak 50% daripada pendapat yang diberikan oleh saudara Stanley. Sememangnya tidak dinafikan bahawa manusia tidak akan hidup tanpa alam sekitar fizikal…tetapi perlu ditegaskan bahawa tanpa alam sekitar manusia, alam fizikal akan tetap terus wujud.! Hal ini kerana alam fizikal wujud lebih awal daripada manusia itu sendiri.

Oleh itu saya menegaskan bahawa alam fizikal adalah lebih penting untuk dijaga dan dipulihara. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna alam sekitar manusia tidak penting atau kurang penting berbanding alam fizikal. Harus diingat bahawa kesejeterahan hidup manusia di bumi adalah bergantung kepada sejauhmana tahap kesedaran mereka terhadap menjaga dan memulihara alam sekitar..

Dengan kata lain, manusia bergantung terus secara langsung kepada alam fizikal dalam kehidupan seharian.. Seperti yang dikatakan oleh saudara Shafie, rosak alam sekitar fizikal maka rosaklah alam sekitar manusia!

Sekian...
as
February 22, 2007   11:32 AM PST
 
aslmkm dan salam bumi hijau..
sy sgt tertarik dengan isu yang di kemukakan..yang mana lebih penting? fizikal @ manusia..kedua-duanya memainkan peranan yg penting dalam kesejahteraan manusia dan hidupan di muka bumi ini. saya rasa anda semua mesti mengkaji terlebih dahulu mengenai teori pdekatan sistem oleh Mcloughin dan Brian (1973)..di situ akan terdapatnya jawapan..
av
November 8, 2006   12:15 PM PST
 
pengaruh alam sekitar fizikal akn memberi kesan pada manusia, maka tidak hairan kerosakan yang sedikit akibat kegunaan manisia terhadap alam sekitar perlu,.
apa salah kita
fadzilah
September 23, 2006   12:23 PM PDT
 
tidak perlulah saya menambah garam pada luka yang dalam ini. isu mana yang penting tidak seharusnya di utarakan. apa yang harus kita diskusikan adalah mengenai langkah yang harus kita suluri. biarlah apa yang orang ramai hendak bahaskan, yang penting kini sisa-sisa alam yang masih wujud kita pertahankan. pembangunan penting, alam sekitar juga penting!! nah, sekarang kita aplikasikan konsep pembangunan manpan. jangan hanya pandai menuding jari sahaja. jika semua piahk faham akan pengisian konsep ini saya percaya alam sekitar kita yang masih bertahan ini akan terus berkekalan. saya bikan cakap-cakap kosong disini, kita contohi bagaimana pihak pengurusan pelancongan di Kepulauan Hanauma Bay, Hawaii . pada mulanya mereka juga mengalami masalah pembangunan yang tidak seimbang dan menghancurkan alam, tetapi setelah setiap lapisan masyarakat terutamanya golongan para ilmiah, profesional dan belia sedar akan kemusnahan alam persekitaran mereka, langkah pembangunan manpan diterapkan. lantas kini, kawasan mereka menjadi daru destinasi yang indah dan kembali terpelihara.

jadi marilah kita perkenalkan konsep ini. jangan perkenalkan sahaja...tetapi laksana juga. kita mulakan dengan pengitaran sumber buangan. biarlah ia memerikan tetapi lama kelamaan alam terpelihara. mahukah kita apabila tua kelah di kelilingi hutan batu yang menyesakan nafas dan timbunan sampah menjadi tatapan mata????
Name
September 14, 2006   10:45 AM PDT
 
apa yang korang merepek nie ha????
cikodeng69
September 6, 2006   06:17 PM PDT
 
apakah pulau haba bandar? apakah kesannya?
Name
July 17, 2006   09:09 PM PDT
 
>.<
Albert y
July 4, 2006   04:49 PM PDT
 
bagi pendapat saya antara alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia adalah dua perkara yang ada hubungkaitnya. Akibat kemajuan negara yang semakin pesat. Alam sekitar mengalami perubahan yang begeitu pesat. Alam sekitar fizikal mengalami perubahan dari pandang darat fizikal yang ketara. Oleh itu pendek kata, alam sekitar yang perlu dijaga dan alam sekitar manusia perlu dipulihara
bitch
June 26, 2006   11:34 PM PDT
 
this is crap
-
June 16, 2006   01:15 AM PDT
 
U people are stupidly insane. Why argue in malay when english is better.Your opinions are so long and i must say wrong you people are.Very , very WRONG.Just say humans are not responsible of taking care of nature ,but whilst polluting th EARTH even more.The creation of car has made it even worst.Fumes that are emitted from vehicles on the road are very harmful to both humans and the earth.So ,we should voice out to the government now.
Nameangel
May 16, 2006   09:46 PM PDT
 
apakah erti sistem alam fizikal?
hajiyah sirajuddin
April 20, 2006   08:56 PM PDT
 
Pada hemah saya, kita tidak boleh mengatakan sama ada alam sekitar fizikal @ alam sekitar manusia yang lebih penting untuk dijaga dan dipulihara sebelum kita melihat kepada kepentingan dan kesannya (baik buruk). Saya membuat analogi apabila seorang wanita dilamar oleh 2 orang lelaki, siapa yang perlu dipilih. Maka, sudah tentu wanita tadi hanya akan menilai baik buruk kedua-dua lelaki tersebut . Barulah dapat membuat pilihan. Ataupun, seorang pelajar memilih sama ada perlu belajar sendiri @ study group?Maksudnya, setiap perkara itu ada situasi dan keadaannya sendiri... Maka, berkenaan alam sekitar ini, kita perlu meng “spesifik”kan keadaan, situasi, tempat dan sewaktu denganya tentang alam sekitar tersebut. Sebagai contoh; apabila saya melihat pembangunan di Taman Kingfisher, Kota Kinabalu yang terpaksa mengorbankan kawasan paya bakau. Pada dasarnya saya melihat kita lebih mementingkan alam sekitar manusia berbanding alam sekitar fizikal. Situasi ini sememangnya adalah wajar untuk kita lebih mementingkan alam sekitar manusia kerana tuntutan pembangunan itu sendiri memerlukan manusia mempunyai kediaman, makan minum, pekerjaan dan pendapat dan sebagainya untuk terus hidup. Tak kan kita hendak membiarkan kawasan paya bakau itu terjaga dan terpulihara tetapi manusia menetap di kawasan setinggan yang akan mendatang masalah yang lebih besar lagi seperti bencana kesihatan, pencemaran air, pemandangan visual yang berselerak dan berserabut akibat petempatan yang tidak teratur dan terancang. Jadi, perlunya taman perumahan itu dibina. Segala kemusnahan alam sekitar fizikal kita masih boleh untuk membuat langkah tebatan bagi mengimbangi kemusnahan alam sekitar.


Contoh kedua, jika kita hendak membangunkan landasan kapal terbang di Pulau Tiga (andaian) sememang ini tidak wajar. Keadaan ini memerlukan kita untuk memilih alam sekitar fizikal kerana terlalu banyak impak negatif sama ada semasa pembangunan atau pun selepas siap binaan landasan kapal terbang itu. Jika kita mengatakan ianya perlu sebagai satu sumber penjanaan pendapatan individu dan negara, ianya adalah tidak logik kerana saya berani mengatakan lebih banyak kos pembinaan dan penyelenggaraan landasan kapal terbang ini daripada pendapat yang akan kita perolehi ini belum termasuk kemusnahan alam sekitar fizikal yang kita lakukan. Pulau Tiga adalah kawasan yang jauh dari kehidupan realiti manusia untuk dibangunkan, maka adalah amat merugikan alam sekitar fizikal dan belanjawan jika kita membangunkan landasan kapal terbang. Kita masih mampu menjana pendapatan dengan mengekalkan Pulau Tiga sebagai kawasan pelancongan. Kita dapat menjaga dan pulihara alam sekitar seterusnya menjanakan pendapatan perkapita.


Kesimpulan dari saya, setiap apa yang kita mahu lakukan pasti terdapat kos lepas yang memerlukan kita memilih. Maka, disebabkan itulah pengurusan dan pentadbiran Penilai Impak Alam sekitar perlu dimurnikan dari sebarang penyelewengan dan rasuah agar pilihan yang kita lakukan adalah tepat.

Maaf & Terima kasih atas segala2nya buat En. Ramzah dan Sahabat semua, ini sekadar pandangan dari satu-satunya pelajar minor dalam subjek “Penilaian Impak Alam Sekitar” yang sememangnya tidak arif dalam bidang geografi. Klu ekonomi insyaALlah sikit-sikit bolehlah. Jadi segala kekurangan dan ketidaklogikan pandangan saya harap dimaafkan dan diperbetulkan.

Astina Jamaluddin HT2003-3913
April 15, 2006   02:40 PM PDT
 
Assalamualaikum dan Salam untuk semua,

Yang mana satukah yang lebih penting untuk dijaga dan dipulihara: antara 'alam sekitar manusia' (human environment) dan 'alam sekitar fizikal' (physical environment)?

Mungkin hari ini saya memilih Alam sekitar fizikal walaupun suatu ketika dulu saya berpihak kepada alam sekitar manusia. Alam sekitar fizikal sebenarnya penting untuk dijaga dan dipelihara kerana:


1) Hujah 1: Alam sekitar fizikal tidak boleh dicipta oleh manusia, terbentuk secara semulajadi dan apabila rosak sukar dipulihkan seperti sediakala. M anakala alam sekitar manusia dicipta oleh manusia sendiri dan apabila rosak boleh diperbaiki. Contohnya di Pulau Langkawi di pantai Cenang umpamanya telah diratakan untuk mencantikan pantai dan membina hotel dan chalet. Kesan perataan ini telah mengakibatkan hakisan terhadap pantai cenang. Ini kerana profil pantai telah diubahsuai dan pengubahsuaian ini telah mengganggu keseimbangan profil. Hakisan yang berlaku adalah untuk mencapai kembali keadaan keseimbangan yang sepatutnya dimiliki oleh pantai Cenang. Apabila dijalankan proses perataan di kawasan tersebut, terdapat percampuran saiz partikel halus dan kasar. Akibatnya apabila ombak menjalankan penyisihan kembali, maka berkumungkinan saiz partikel yang terdapat di pantai Cenang selepas percampuran tersebut dapat diangkut oleh ombak yang melanda pantai. Hakisan ini akan mengurangkan garisan pantai di pantai Cenang. Apabila garisan pantai ini menjadi sempit ia tidak dapat dipulihkan seperti sediakala dan pantai Cenang yang cantik suatu ketika dulu tidak dapat lagi dinikmati kerana semakin ari semakin sempit. Tetapi berbeza dengan elemen alam sekitar manusia, Bangunan hotel tersebut dicipta oleh manusia dan apabila rosak ia dapat dibaiki seperti sediakala malah boleh diganti dengan bangunan hotel lain yang lebih ekslusif, cantik dan menarik dengan mengupah Arkitek yang lebih handal.
2) Hujah 2: Proses Alam sekitar fizikal mengambil masa yang lama dalam jangka masa yang panjang manakala alam sekitar manusia proses pembinaanya tidak mengambil masa yang panjang. Contohnya padang golf di pantai dalit tuaran hanya mengambil masa 5 tahun untuk disiapkan. Manakala Hutan yang telah diteroka untuk pembinaan padang golf mengambil masa yang panjang untuk mencapai kemampanan semula.

3) Hujah 3: Alam sekitar fizikal yang tercemar akan memberi ancaman kepada alam sekitar manusia. Contohnya pencemaran air di pulau langkawi.
Puca pencemaran yang dikenal pasti ialah
1) pembuangan sampah ole pengunjung tempatan dan luar.
2) Najis (sisa Domestik) yang disalurkan ke dalam air laut oleh hotel dan Chalet yang tumbuh bagai cendawan selepas pulau langkawi diisytiharkan sebagai pelabuhan cukai bebas.
3) Tumpahan minyak: Disebabkan 2 faktor
a) timbul daripada industri pelancongan pinggir pantai yang menyediakan kemudahan bot untuk reakriasi air.
b) Tumpahan minyak daripada kapal-kapal besar yang mengalami kemalangan, Contohnya pada 20 september 1992 berlaku pelanggaran antara kapal tangki Nagasaki Sprit dengan Ocean Blessing. Kesannya ialah pada 4 oktober 1992 tumpahan minyak sampai ke pantai-pantai pulau langkawi.
Pelancong yang datang bermandi-manada dikawasan tercemar dilaporkan mengalami gatal-gatal kulit dan ruam. Keadaan bertambah malang apabila pelancong yang berkunjung ke pulau langkawi semakin berkurangan dan sekaligus melumpuhkan industri pelancongan dikawasan tersebut. Hal ini membuktikan bahawa alam sekitar fizikal yang tercemar akan memberi ancaman kepada alam sekitar manusia.

P/sn-Kepada semua rakan-rakan selamat bercuti, dan tahniah kepada kesemua pelajar geografi & pelajar pendidikan tahun 4, kerana insyalah selamat menghabiskan pengajian seperti yang dijadualkan,teruskan perjuangan kerana perjuangan sebenar ada di luar. Kepda Enck Ramzah Timeh kasih banyak2 dengan ilmu yang penuh ikhlas dicurahkan,halalkan ilmu& makanan yang dijamukan ari 2.Wah sedapnya enck masak..boleh bagi resipinya& petua hehe.
mark-nur-siar
April 14, 2006   06:41 PM PDT
 
saya nak tahu apakah kebaikan pembinaan empangan?????????????
sara[ljl;;djfhakjsdf
April 1, 2006   03:29 PM PST
 
kamurang gila ni
sara[ljl;;djfhakjsdf
April 1, 2006   03:29 PM PST
 
kamurang gila ni
SAMPALAU@GURANGAK
April 1, 2006   03:28 PM PST
 
SIA BARPANDAPAT BAGITU JUGA TU. KALAU KAMURANG MO TAU BANYAK BUTUL SUDAH KAJADIAN TANAH RUNTUH SINI KAMPUNG SIA. BAGINILAH NI LUMRAH KEHIDUPAN KITA..................
sara[ljl;;djfhakjsdf
April 1, 2006   03:25 PM PST
 
kamurang gila ni
Nurul izzah binti Samingon
February 22, 2006   04:21 PM PST
 
Pada pendapat saya, alam sekitar fizikal adalah lebih penting berbanding alam sekitar manusia. Ini kerana alam sekitar fizikal tidak boleh dicipta oleh manusia dan terbentuk secara semulajadi. Justeru itu jika alam sekitar fizikal dimusnahkan atau digunakan tanpa pemuliharaan dan pemeliharaan yang sistematik, ianya akan berkurangan dan sukar digantikan.Manakala alam sekitar manusia pula yang terdiri dari ciptaan manusia adalah mudah dibina atau dibuat melalui akal ciptaan manusia meskipun ianya musnah sama sekali. Selain itu, sekiranya alam sekitar fizikal ini berkurangan atau musnah pastinya ia mendatangkan kesan yang buruk kepada bumi terutamanya, contohnya adalah seperti kesan rumah hijau, pulau haba bandar, penipisan lapisan ozon dan sebagainya akibat mengabaikan alam sekitar fizikal dimana kita menggunakan dan mengeksploitasinaya tanpa adanya kaedah pemuliharaan dan pemeliharaan yang sistematik dan terancang. Berbeza pula jika dibandingkan dengan alam sekitar manusia dimana jika ia mengalami kemusnahan, ia tidakalah begitu memberi kesan yang besar kepada manusia sejagat. Justeru sama-samalah kita menjaga dan memulihara serta memelihara alam sekitar fizikal ini dengan baik dan dapat dirasai oleh generasi akan datang, terutamanya generasai akan datang.Sekian terima kasih..
Masni Goebin
February 18, 2006   11:03 AM PST
 
TUGASAN BLOG 2
Berkenaan dengan tajuk tugasan blog kedua ini, iaitu yang mana satukah yang lebih penting untuk dijaga dan dipulihara: antara 'alam sekitar manusia' (human environment) dan 'alam sekitar fizikal' (physical environment).
Saya terus masuk kepada hujah saya. Bagi saya, saya juga turut menyokong bahawa alam sekitar fizikal haruslah diutamakan dulu untuk dijaga dan dipulihara berbanding dengan alam sekitar manusia. KENAPA saya berkata demikian? Alasan-alasan untuk menyokong apa yang saya utarakan ini adalah kerana alam sekitar itu terdiri daripada bentuk muka bumi termasuklah hutan semulajadi, sungai-sungai, sistem atmosfera, litosfera, hidrosfera dan biosfera. Manakala alam sekitar manusia itu pula terdiri daripada petempatan manusia, pengangkutan serta apa-apa juga pembinaan yang dihasilkan oleh manusia.
Kawan-kawan semua yang sependapat dengan saya, memang kita akui alam sekitar fizikal adalah segala-galanya bagi bumi ini dan juga manusia, bukan? Andai katalah, jika alam sekitar fizikal ini tidak dijaga dan dipulihara malah dicemari oleh manusia, bukankah manusia juga yang terkena tempiasnya? Contohnya, kejadian banjir yang sekarang ini berlaku di Kinabatangan itu. Ramai penduduk terpaksa dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat untuk mengelakkan berlakunya sesuatu yang tidak diingini. Apa sebabnya berlaku banjir di situ? Tentu sekali di kawasan itu terkenal dengan penebangan kayu balak, bukan&#8230; Jadi apa yang berlaku di situ adalah kegiatan penebangan kayu balak untuk tujuan ekonomi. Secara langsung, penebangan itu telah menyebabkan kawasan tersebut tidak lagi dapat menadah hujan dan akhirnya mengakibatkan banjir. Kejadian ini sudah pun begitu jelas untuk kita semua renungi, mengapa alam sekitar fizikal itu perlu kita jaga dan seterusnya dipulihara agar tidak berlaku perkara seperti ini yang mana akhirnya akan memudaratkan manusia sendiri!
Satu lagi contoh, berkenaan dengan kejadian banjir yang sering kali terjadi di kawasan Pekan Telipok (paling teruk pada tahun 2005) yang mana setiap kali hujan lebat, maka kawasan itu akan ditenggelami air sehingga bekalan elektrik terpaksa dipotong untuk seluruh kawasan Telipok kerana pihak berkuasa bimbang kuasa elektirk ini akan bertindak balas dengan air. Pemotongan bekalan elektrik ini berlaku selama tiga hari. MENGAPA? Ini semuanya disebabkan oleh manusia juga&#8230; Jika kita pergi meninjau Pekan Telipok ini, apa yang kita boleh nampak melalui mata kasar adalah sampah-sarap yang berlonggok di dalam longkang. Siapa yang buang sampah-sampah ini? TENTULAH MANUSIA, kan&#8230;Jadi jika hujan turun dengan lebat, maka larian air permukaan itu tidak berlaku dengan lancar dan akhirnya menyebabkan banjir. Satu lagi punca berlakunya banjir di Telipok itu adalah disebabkan oleh pembinaan perumahan yang berlaku di Bandar Seirra (kalau dari KK, tempat itu sebelum Pekan Telipok la). Pembinaan ini juga telah menyebabkan penggondolan tanah maka tidak ada pokok-pokok yang dapat menyerap air hujan itu untuk dialirkan sebagai larian air bawah tanah. Maka dengan itu, kesemua air hujan tadi mengalir ke jalan raya dan apabila ia semakin bertambah, itulah yang akan menyebabkan banjir.
Jadi, kesimpulannya manusia perlulah bijak menangani permasalahan ini. DI samping untuk memajukan alam sekitar manusia kita juga perlu menjaga dan memulihara alam sekitar fizikal agar tidak memudaratkan kita suatu hari nanti. Benarlah kata pepatah ya, Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tidak Berguna.
melissa.T
February 15, 2006   09:21 AM PST
 
Bagi pendapat saya, kita perlu terlebih dahulu faham erti sebenar ‘alam sekitar manusia’ dan ‘alam sekitar fizikal’ sebelum membuat sebarang keputusan, namun apabila diberi pilihan, saya memilih menjaga dan memulihara ‘alam sekitar manusia’ adalah lebih penting. Perlu diingat bhwa ‘alam sekitar manusia’ mempunyai banyak cabangnya dan manusia mampu mengubah dan mengadaptasi alam sekitar fizikal. Secara dasarnya,apabila manusia menjaga, memulihara dan menghormati ‘alam sekitar manusianya’ dgn baik (pengurusan yang baik dan sistematik) secara tidak langsung manusia turut menjaga ‘alam sekitar fizikal’. Secara kesimpulannya, apabila manusia menjaga ‘alam sekitar manusia’ ia juga akan turut menjaga ‘alam sekitar fizikal’.
umi kalthum ramli
January 27, 2006   11:43 AM PST
 
akum bagi pendapat saya kedua-duanya penting dan mempunyai hubung kait dan berkepentingan, namun begitu lebih molek jika manusia atau hidupan di dunia ini memilih untyuk menjaga alam sekitar fizikal ini kerana alam sekitar fizikal sekiranya pupus agak sukar untuk diganti misalnya gunung ganang, sungai, hutan dan sebagainya. untuk mewujudkan kembali faktor-faktor ini memakan masa yang lama. di samping itu manusia khususnya hidup dalam alam sekitar fizikal ini dan wujud atau tidak nya alam sekitar fizikal ini manusia juga menentukannya selain dari kejadian alam semulajadi.
azman bin usman (HT03-3893)
January 23, 2006   12:04 PM PST
 
Assalamu ‘alaikum w.b.t,

Berkaitan dengan tajuk perdebatan ini, saya berpendapat bahawa alam sekitar fizikal adalah lebih utama untuk dipelihara dan dipulihara berbanding alam sekitar manusia. Alam sekitar fizikal meliputi hidupan,tanah, air, udara dan hutan. Manakala alam sekitar manusia pula meliputi elemen-elemen selain daripada yang disebutkan di atas. Alam sekitar manusia boleh juga disebut sebagai persekitaran buatan manusia contohnya pelancongan, kesihatan, perbandaran, aktiviti manusia dan sebagainya.
Alam sekitar fizikal yang baik menjamin keadaan alam sekitar manusia yang selamat. Sebaliknya alam sekitar fizikal yang buruk memungkinkan berlaku kesan sampingan terhadap alam sekitar manusia.
Contohnya, persekitaran udara yang kotor akan menjejaskan kesihatan dan aktiviti manusia. Dalam hal ini, persekitaran udara perlu dijaga bagi menjamin kesihatan kelancaran aktiviti manusia. Sekiranya penjgaan diabaikan, maka banyak penyakit akan timbul dan aktiviti manusia menjadi terbatas. Contohnya, pada ogos 2005, kejadian jerebu yang berlaku di semenanjung Malaysia telah menyebabkan 300 penumpang yang di Alor Setar telah terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi berikutan keadaan jerebu yang tebal. Sementara di Tangkak Johor pula, lebih kurang 7 kematian dilaporkan sepanjang 2 minggu kejadian jerebu berlaku. Hal ini membuktikan bahawa alam sekitar fizikal yang tidak baik akan menjejaskan alam sekitar manusia.
Oleh itu, penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar fizikal lebih penting dan utama berbanding alam sekitar manusia. Begitu juga dengan elemen-elemen alam sekitar fizikal yang lain seperti tanah dan air perlu dijaga dan dipulihara kerana keadaan alam sekitar manusia bergantung kepada kualiti alam sekitar fizikal.
Rasistha Alwarince
January 22, 2006   09:25 AM PST
 
Sebelum persoalan yang mana satukah yang lebih penting antara &#8220;Alam Sekitar Manusia&#8221; atau &#8220;Alam Sekitar Fizikal&#8221;, beberapa perkara perlu difikirkankan dengan lebih rasional. &#8220;Mampukan kita hidup dalam alam sekitar fizikal yang telah tercemar dan rosak?&#8221;, &#8220;Jika tidak dibina kemudahan-kemudahan seperti jalan raya, kawasan perumahan, kawasan Bandar dan sebagainya, mampuhkah kita hidup dengan lebih baik?&#8221;

Manusia lazimnya, mengubahsuai alam sekitar fizikal mereka untuk keselesaannya tetapi kegairahan mengubahsuai alam sekitar fizikal ini pastinya akan merosakkan alam sekitar secara tidak langsung. Contohnya, perkembangan ekonomi yang pesat di era globalisasi ini menyebabkan banyak pembangunan dilakukan dalam sesebuah negara. Kegiatan pembangunan ini seperti pembinaan kilang-kilang di kawasan luar Bandar, memajukan kawasan baru bagi mengurangkan kesesakan bandar serta meneroka kawasan baru untuk pelbagai tujuan melibatkan penebangan pokok. Pembangunan dan penerokaan tanah baru ini adalan bagi menampung jumlah pertambahan bilangan penduduk dunia yang semakin pesat bertambah seiringan dengan perkembangan pesat dalam ekonomi serta perkembangan sains dan teknologi.

Perkembangan ini memaksa pembangunan dikawasan baru dan penerokaan tanah baru dilakukan yang mana akan melibatkan pembersihan kawasan hutan. Sebagai contoh kawasan paya bakau ditebus guna untuk dibangunkan samada untuk dijadikan pekan, bandar, kawasan petempatan mahupun untuk dijadikan kawsan pertanian. Kegiatan pembangunan ini akan menyebabkan kepupusan hutan kawasan serta akan menyebabkan impak-impak persekitaran berlaku. Antaranya ialah berlakunya hakisan, kepupusan flora dan fauna, banjir kilat dan sebagainya.

Disamping itu, era globalisasi ini memaksa setiap negara memajukan negara mereka. Jika aktiviti pembangunan tidak dilakukan ini akan menyebabkan negara bukan sahaja ketingalan dalam arus pembangunan sejagat, malah akan dibelengu dengan kemiskinan. Oleh itu, pembangunan harus dilakukan demi kepentingan negara serta rakyat yang menghuni negara tersebut. Dengan itu, persekitaran manusia seperti kemudahan jaringan jalan raya, kawasan petempatan, bandar, pekan dan sebagainya seharusnya ada dalam sesebuah negara.

Oleh yang demikian, keseimbangan antara kepentingan alam sekitar manusia dan alam sekitar fizikal perlu dipertimbangkan. Jika tidak, salah satu antaranya akan musnah dan ini sudah tentunya akan memudaratkan kehidupan manusia itu sendiri. Bagi mencapai tahap keseimbangan ini, pembangunan secara mampan perlu dilakukan dengan mengambil kira impak pembangunan keatas sesuatu kawasan kepada alam sekitar. Oleh yang demikian, garis panduan yang telah ditetapkan di dalam EIA perlu dijadikan garis panduan dalam sesuatu projek pembangunan. Oleh yang demikian, kedua-dua aspek iaitu &#8216;alam sekitar manusia&#8217; dan &#8216;alam sekitar fizikal&#8217; adalah sama penting dimana &#8220;Keseimbangan Alam Secara Mutlak&#8221; adalah sangat perlu untuk kepentingan hidupan di muka bumi ini.
PATRICIA NG MEE LING HT03-3885
January 20, 2006   02:16 PM PST
 
Alam sekitar fizikal @ alam sekitar manusia ini lebih penting dijaga dan dipulihara? Penyataan ini amat merupakan suatu kontroversi yang memang patut dibincang bersama-sama. Pendapat saya selaras dengan pandangan Noraidah, manusia ini mempunyai hubungan yang rapat dengan alam sekitar fizikal untuk kehidupan. Perubahan dalam teknologi moden yang canggih dan kemampuan ekonomi telah membolehkan masyarakat moden kini mengubahsuai alam sekitar fizikal untuk memenuhi keperluan mereka. Hubungan yang rumit antara manusia dan alam sekitarnya telah meninggalkan pelbagai kesan ke atas ruang, sama ada fizikal mahupun sosial. Kita boleh lihat kebanyakan isu alam sekitar adalah timbul daripada kegiatan manusia sendiri. Manusia moden adalah agen yang utama yang banyak mengubah landskap dan mereka sendiri terpaksa menanggung akibatnya atas kerakusan menerokai alam sekitar.

Walau pun ada yang berpendapat bahawa alam sekitar fizikal dapat dipulihara melalui kempen kesedaran orang awam, pendidikan, usaha-usaha yang drastik untuk memelihara dan mengekalkan sumber alam sekitar, namun kadar pemuliharaan dan pemeliharaan ini memang TIDAK MUNGKIN akan seiring dengan kadar pembangunan yang semakin hari semakin pesat di seluruh dunia. Misalnya, setelah kegiatan pembalakan dijalankan di sesuatu kawasan, mereka yang bertanggungjawab diwajibkan untuk menanamnya semula. Namun, kadar tumbuhbesaran sepohon pokok biasanya memakan masa berpuluh-puluh tahun atau lebih lama, sedangkan kegiatan pembalakan hanya memerlukan masa yang singkat sahaja. Justeru, keseimbangan antara manusia dengan alam sekitar adalah sukar dicapai pada masa yang sama.

Sebagaimana manusia mempunyai mempunyai kebolehan untuk mengubah alam semula jadi, alam semula jadi juga mempunyai keupayaan untuk merosak malah membinasakan hasil kegiatan manusia. Akibat-akibat persekitaran yang paling nyata dan paling membinasakan adalah yang disebabkan oleh proses-proses yang manusia sendiri tidak dapat mengawalnya-kejadian-kejadian seperti gempa bumi, letusan gunung berapi dan ombak gempa. Kejadian-kejadian ini selalunya tertumpu pada kawasan tertentu dan penghuni-penghuni tidak pula bersedia untuk menjauhkan diri semasa kejadian bencana alam berlaku.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kenyataan di depan mata kita #segala-galanya masalah, impak yang berkaitan dengan alam sekitar# menunjukkan bahawa alam sekitar fizikal adalah lebih penting dijaga dan dipulihara berbanding dengan alam sekitar manusia ini. Jika manusia masih enggan insaf dan gagal melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan Tuhan, suatu hari nanti bumi kita memang akan berakhir dan tidak sesuai untuk kediaman manusia lagi...

Pernah saya dengar bahawa ada ahli profesional alam semesta yang meramalkan bahawa bila bumi tidak lagi sesuai didiami manusia, mungkin suatu hari nanti manusia boleh dipindahkan ke planet Mars atau bulan yang dikatakan mungkin sesuai dengan manusia. Adakah ini mungkin akan berlaku??? Siapa tahu? hanya Tuhan yang tahu...Jadi, baik kita semua menghargailah alam sekitar dan mencintainya dengan sepenuh jiwa sebelum terlewat,ya!!! Jangan kita terlalu mementingkan diri juga sehingga memudaratkan orang lain dan generasi akan datang.

&#9829;&#9829;&#9829;&#9786;Happy Chinese New Year 2006&#9786; &#9829;&#9829;&#9829;



Lee Yen Wei
January 18, 2006   11:00 AM PST
 
Alam sekitar fizikal lebih perlu dijaga jika dibanding dengan alam sekitar manusia. Hal ini disebabkan alam sekitar merupakan sumber alam semula jadi yang sukar dipulihara pada masa yang singkat selepas dirosakkan atau diracuni oleh kegiatan manusia. Sekiranya alam sekitar fizikal tercemar, bukan sahaja keseimbangan ekosistem terancam, bahkan nyawa manusia yang berharga turut menerima kesan negatif.

Menurut Kiyoyuki Minato dari Japan Automobile Research Institute (JARI), Di Asia saja, setiap tahun terhitung tiga juta orang meninggal akibat menghirup udara yang tercemar emisi gas buang.Buruknya kualitas udara akibat emisi gas buang semakin menyengsarakan kehidupan masyarakat di kota besar. Polusi udara semakin memburuk di daerah padat penduduk. Polusi berdampak sangat serius bagi kesehatan manusia. Kualitas udara yang buruk mengakibatkan tiga juta orang meninggal di Asia.Jakarta adalah salah satu kota dengan kualitas udara terburuk dibandingkan kota-kota lain di Asia, seperti Tokyo, Beijing, Seoul, Taipei, Bangkok, Kuala Lumpur, dan Manila.

Menurut data yang dilansir JARI, pencemaran udara oleh debu di Jakarta telah mencapai taraf sangat serius dan mengkhawatirkan dibandingkan dengan standar Badan Kesehatan Dunia (WHO). Yang lebih mengkhawatirkan, selain debu, pencemaran udara oleh timbal (Pb) masih menunjukkan kategori pencemaran berat. Populasi kendaraan di Jakarta, Bekasi, dan Depok, menurut data Kantor Menteri Lingkungan Hidup pada tahun 2000, tercatat 4,159 juta kendaraan. Hal ini jelas bahawa manusia akan menerima kesan yang teruk ekoran daripada pencemaran alam sekitar fizikal.

Pada pendapat saya, alam sekitar manusia lebih mudah dijaga dan dipulihara jika dibanding dengan alam sekitar fizikal. Hal ini disebabkan alam sekitar manusia lebih fokus kepada sekelompok manusia yang menetap di kawasan tertentu. Misalnya sekiranya berlaku pengangguran di luar bandar, Kerajaan Malaysia masilnya boleh melakukan projek TENGGARA, KEJORA dan FELDA untuk mengatasi masalah ini. Tetapi sekiranya berlaku masalah pencemaran udara, semua orang turut menanggung risiko ini tanpa mengira anda berada di mana. Perkara yang berbeza hanya tahap keburukan yang anda terima. Sekira anda berada jauh dari kawasan kebakaran, anda mungkin tidak terasa masalah jerebu yang serius. Namun anda tetap akan mengalami masalah penipisan ozon ekoran daripada kebaran terbuka.

Oleh itu, saya tetap pada pendirian saya bahawa alam sekitar fikizal harus diutanakan dalam isu penjagaan.
Melisa Bt. Mohd Johan
January 16, 2006   12:41 PM PST
 
assalamualaikum....

Setelah melihat kepada hujah-hujah serta komen-komen rakan-rakan yang lain,masing-masing memberikan pendapat yang hebat-hebat belaka. Sememangnya persoalan yang dikemukakan memerlukan kita untuk memilih yang mana lebih penting untuk dijaga dan dipulihara antara alam sekitar manusia dan alam sekitar fizikal. Bagi saya, peersoalan ini ibarat ditelan pahit dibuang sayang. Oleh itu, kedua-dua elemen ini adalah amat penting untuk dijaga serta dipulihara.

Melihat kepada alam sekitar manusia yang meliputi sistem sosio-budaya yang boleh dilihat secara fizikal, emosi dan intelektual. Perkara ini bukan hanya boleh dilihat namun kita turut merasainya. Manusia memerlukan sumber untuk meneruskan kehidupan ataupun aktiviti seharian. Oleh yang demikian, sumber yang ada perlu dieksploitasi bagi menampung jumlah penduduk yang semakin bertambah.

Namun begitu, pengeksploitasian sumber ini haruslah secara mapan kerana alam sekitar fizikal yang merangkumi sistem atmosfera, hidrosfera, litosfera dan biosfera ini adalah berkaitan antara satu sama lain dan jika salah satu diantara sistem ini ternoda, maka sistem-sistem yang lain juga akan turut terjejas dari segi fungsi dan keadaan asal. Contohnya, penebangan hutan samada bagi sumber balak atau pembukaan kawasan petempatan baru telah menyebabkan berlakunya banjir kilat yang sering berlaku pada akhir-akhir ini.

Oleh itu, pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar manusia dan alam sekitar fizikal adalah sama penting seperti apa yang dikatakan oleh Ibrahim Komoo dalam artikel beliau yang bertajuk ‘Antara Tuntutan Pembangunan dan Pemuliharaan Alam Sekitar: Satu Pertentangan?’ bahawa kedua-dua aktiviti ini merupakan rakan kongsi bersama ataupun digelar sebagai same side of the coin. Tuntutan hidup untuk keperluan manusia dan pentingnya mengekalkan integriti alam sekitar perlu dilakukan bersama..


PEACE..(^_^)
NoorHasfariza Bt Talib
January 16, 2006   12:04 PM PST
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk kawan-kawan seperjuangan(^_^)v.
Waduh..waduh...hebat sungguh perdebatan kawan-kawan ya...masing-masing menghujahkan idea yang bernas untuk mempertahankan pendapat sendiri. Teruskan perjuangan mempertahankan pendapat sendiri. Kan negara kita negara demokrasi...oklah sebelum saya berceloteh lebih panjang lagi cubalah kawan-kawan memahami soalan perdebatan kita dahulu iaitu “Pada pendapat anda, yang mana satukah yang lebih penting untuk dijaga dan dipulihara: antara 'alam sekitar manusia' (human environment) dan 'alam sekitar fizikal' (physical environment)?”. Berpandukan soalan ini saya lebih pentingkan alam sekitar fizikal untuk dijaga dan dipulihara kerana soalan jelas menyatakan yang mana satukah yang “LEBIH PENTING”. Alam sekitar manusia juga penting untuk dijaga dan dipulihara. Seperti yang dikatakan kebanyakkan kawan-kawan bahawa alam sekitar manusia dengan alam sekitar fizikal harus dijaga dan sama penting kerana kedua-duanya bergerak seiringan. Bak kata pepatah kedua-dua aktiviti ini bagaikan rakan kongsi bersama.

Saya memilih alam sekitar fizikal kerana sistem sokongan hidup manusia bergantung kepada alam sekitar bukan sebaliknya. Cuba bayangkan jika alam sekitar fizikal tiada...Isk...Isk...Macam mana ya...Oklah!Kalau ada pun alam sekitar fizikal itu, tetapi telah dimusnahkan oleh manusia itu sendiri, ia akan membawa kemusnahan sumber alam dan akhirnya akan mengancam kesejahteraan manusia atau kemusnahan spesis manusia itu sendiri. Macam mana pula dengan nasib dengan generasi yang akan datang('¤'). Muktahir ini banyak berita mengenai kemusnahan alam akibat manusia itu sendiri dan akhirnya mendatangkan padah kepada manusia itu sendiri. Begitu juga dengan beberapa tahun yang lepas. Contohnya, Keruntuhan Highland Towers(1993), banjir puing Pos Dipang(1998) dan sebagainya. Kejadian ini merosakkan harta benda akibat proses-proses yang pasif bertukar menjadi aktif.

Jika diperhatikan di negara China, penduduknya telah lama mementingkan harmoni dan alam sekitar fizikal dalam kegiatan seharian. Ini dikenali sebagai Feng-Shui. Contohnya amalan ini digunakan untuk pemilihan tapak rumah, orentasi rumah, tapak perniagaan dan sebagainya. Begitu juga dengan tapak perkuburan. Jika mereka tidak menurut Feng-Shui ini, maka nasib buruk, penderitaan dan bencana akan menimpa orang yang terlibat termasuk keturunannya yang akan datang. Tetapi jika berpandukan Feng-Shui yang betul, maka orang yang terlibat akan mengalami nasib yang baik, kemewahan, kesihatan dan kebahagiaan. Walaupun ia merupakan satu konsep mental, ia memberi petunjuk yang mesti kita utamakan apabila menggunakan sumber.

Bayangkanlah jika negara di seluruh dunia ini mengamalkan Feng-Shui dalam kegiatan seharian, kita dapat berharmoni dengan alam sekitar demi pengekalan kedua-dua alam sekitar manusia dan alam sekitar fizikal.

Jelaslah bahawa alam sekitar fizikal adalah “LEBIH PENTING” untuk dijaga dan dipulihara daripada alam sekitar manusia. Oklah...Caucinci....Selamat berdebat!!!!!



Then Siang Yiin HT2003-3910
January 16, 2006   10:46 AM PST
 
Pada pendapat saya, alam sekitar fizikal adalah lebih penting untuk dijaga dan dipulihara kerana persekitaran fizikal adalah sangat sensitif untuk mengalami perubahan akibat tindakan manusia. Saya bersetuju dengan pendapat Stanley yang menyatakan bahawa ‘manusia mampu berfikir maka kita yang berperanan menilai sesuatu keputusan dalam usaha mengekalkan keseimbangan dengan alam sekitar fizikal. Mungkin keseimbangan dicapai apabila adanya toleransi antara komponen…’.
Namun begitu, apabila kita memperlihat situasi dan proses pembangunan di negara kita, nampaknya alam sekitar manusia lebih dipentingkan kerana faktor ekonomi dan sosial selalunya mengatasi pertimbangan terhadap alam sekitar fizikal dalam proses perancangan pembangunan. Contohnya projek pembangunan Bakun. Walaupun telah diketahui pelaksanaan projek pembangunan tersebut akan menimbulkan gangguan terhadap ekologi tetapi projek tersebut tetap diluluskan kerana faedah ekonomi dan sosial yang bakal dijanakan. Oleh itu, kesedaran terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar fizikal memang sedia wujud dalam pemikiran manusia tetapi keseimbangan antara komponen persekitaran manusia dan persekitaran fizikal masih sukar dicapai.
Walau bagaimanapun, terdapat juga situasi-situasi tertentu yang memperlihat bahawa alam sekitar fizikal seakan-akan lebih diutamakan, umpamanya pembinaan benteng untuk mencegah hakisan pantai. Namun, apabila diteliti, alam sekitar manusia turut menjadi pertimbangan kerana hakisan pantai akan menimbulkan ancaman terhadap keselamatan manusia.
Proses pembangunan mungkin dapat memberi kesan positif terhadap persekitaran fizikal seperti pemuliharaan kawasan semula jadi yang penting dan memperbaiki persekitaran melalui pelandskapan, tetapi keaslian alam sekitar tidak dapat dikekalkan sepenuhnya sekiranya pembangunan dijalankan. Tegasnya, manusia mempunyai pemikiran untuk membuat keputusan sama ada memberi penekanan terhadap penjagaan alam sekitar fizikal atau alam sekitar manusia. Kita sukar memberi takrifan terhadap keseimbangan antara kedua-dua alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia kerana aktiviti manusia yang dijalankan sedikit sebanyak mesti melibatkan gangguan terhadap persekitaran fizikal. Kesimpulannya, kedua-dua alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia adalah sama penting untuk dijaga dan dipilihara. Namun begitu, apabila melibatkan pertimbangan untuk menjalankan proses pembangunan di sesuatu kawasan, alam sekitar fizikal seharusnya diberi keutamaan untuk dijaga dan dipulihara..
Nitah Jain
January 14, 2006   10:45 AM PST
 
Akum,mcm en. ram kita tu ckp la...kita ni x boleh tamak dan nak pilih dua2.tp klu terpaksa jugak diberi pilihan (mcm kes antara hidup dan mati) rasanya saya akan kata alam sekitar fizikal itu lebih penting. bukan nak kata a/s manusia ni dah x berguna utk dijaga, tapi kan a/s manusia ni dibina oleh manusia (dah nama pun alam sekitar manusia)jd kalau terjejas pun manusia masih mampu lagi untuk memulihkan atau sekurang-kurangnya mencari alternatif utk membaiki keadaan.kalau tak, sesia jak belajar tinggi2 kalau kedekut utk turunkan ilmu utk selamatkan a/s yang diciptakan oleh tangan2 sendiri tu. lain la klu a/s fizikal. dia mcm anak dara jugak la...sekali dah rosak, harapan untuk menjadi mcm mula2 tu mmg mustahil la. lgpun klu manusia sibuk pentingkan dan bangunkan a/s mereka dan abaikan a/s fizikal, x hairan la klu sumber ubat2an yang hanya diperolehi dr hasil hutan mcm skrg ni dah x wujud dalam generasi akan datang.tp klu kedua2nya (a/s fizikal dan a/s manusia ni dapat dipelihara dan dipulihara lagi la best,kan...
Bernadette Bernard
January 13, 2006   01:45 PM PST
 
Hi semua kengkawan...emm..wah perdebatan ni memang digemari dan diminati ramai...emm..selepas membaca perdebatan ini bagi saya antara a/s fizikal n a/s manusia mana yang penting?? Tu terpulang dengan hujah masing-masing...ekspoitasi alam sekitar itu bergantung kepada tujuan tersendiri seperti kata Hazamie ada tujuan ekonomi...Tetapi bagi saya kedua-dua penting untuk dijaga dan dipulihara...bukan lah kami yang meyokong kedua2nya tu buas atau rakus atau tamak tetapi ada sebabnya mengapa kedua-2nya perlu dijaga dan dipulihara... macam kata rakan saya yang lain seperti Joity,Astina dll.. yang berpendirian bahawa kedua2nya amat penting...kerana sekiranya satu sahaja yang ditumpukan bagaimana pula yang tidak dijaga..maka alam sekitar itu terbiar...
Jeff Crayton Kinsung
January 11, 2006   08:45 PM PST
 
Diskusi Blog 2

Sudah terlalu banyak hujah yang telah dikemukakan oleh rakan-rakan yang lain. Saya tidak ingin menambah banyak di sini cuma saya ingin tegaskan bahawa saya merasakan alam sekitar fizikal dan juga manusia adalah sama penting. Saya tidak akan menyebelahi pendapat mana-mana pihak kerana itu adalah pandangan mereka sendiri tetapi saya tetap berpegang teguh kepada pendirian saya sendiri bahawa kedua-dua elemen ini sangat penting.
Sebelum saya kemukakan hujah saya, saya ingin memberikan maksud secara kasar kedua-dua elemen ini supaya ianya dapat difahami. Alam sekitar fizikal merupakan bumi kita yakni benda bukan hidup seperti tanih dan air. Alam sekitar manusia pula merupakan hidupan seperti tumbuhan, haiwan dan manusia yang hidup di bumi.
Saya berpegang teguh kepada pendirian saya bahawa kedua-dua elemen ini sangat penting kerana ia saling berinteraksi di antara satu dgn yang lain. Interaksi tersebut dapat membentuk satu hubungan yang berterusan. Contohnya, manusia tidak dapat hidup jika sekiranya tidak mengerjakan tanih yang terdapat di dalam sesuatu kawasan tersebut. Ini bermakna, selagi manusia tidak mengerjakan tanih yang telah dianugerahkan oleh Tuhan maka kesinambungannya untuk terus hidup akan tamat. Adakah manusia boleh hidup dengan memakan batu ataupun tanih yang sedia ada? Mustahil bukan? Selain itu, dapatkah flora-flora tumbuh di kawasan yang tidak bertanih??? Cuba kita fikirkan sendiri... jika kita fikirkan, kedua-dua elemen ini dapat diwakili dengan 2 kaki kita. Andai kata salah satu daripada kaki anda tiada, dapatkah "anda" berjalan dengan sempurna????Anda jawablah sendiri!!!
Kesimpulannya, kedua-dua komponen ini wajar dipelihara bersama-sama supaya keharmonian untuk hidup dalam sesuatu kawasan itu akan dapat dikecapi. Oleh itu, saya ingin menyatakan hujah saya bahawa kedua-dua komponen wajar dipelihara dan juga dipulihara.
mohd haszami mat zaini ht 2002
January 11, 2006   03:02 PM PST
 
hai semua....
berkenaan dengan tajuk blog ini.... saya dengan teguh akan menegaskan bahawa alam sekitar manusia adalah lebih penting daripada alam sekitar fizikal...kiranya saya segroup dengan connie la dan menentang durang c sharon dan lainya....
saya disini hanya memberikan hujah-hujah logik sahaja kerana hujah saintifik macam manapun kalau dah pilih alam sekitar fizikal lebih baik tak dapat ubahkan... tapi saya tahu suma pembangkang itu ada otak jadi melalui cara logik sahaja mungkin terguna jugakle otak mereka yang membangakang hujahkan kami ini(a/s manusia > a/ fizikal)
ok logik pertama.... siapa sebenarnya yang penting bagi anda tumbuhan semulajadi atau diri anda sendiri... tentulah diri sendiri kan ! (siapa yang kata tumbuhan semulajadi itu tentu dah tak waras agaknya he he he)jadi logiknya disini mestilah keperluan diri sendiri ini adalah perlu di dahului dari segala-galanya... keperluan sendiri seperti perumahan tempat tinggal, jalan raya. ok dalam memenuhi keperluan inilah maka ada yg perlu dan terpaksa kita korbankan iaitu sedikit pengubah suaian alam sekitar fizikal. lah kan setiap benda di duniani kita kena bayar, jadi nak selesa sikit bayarla dangan alam sekitar... tak luakpun.. jgn mare dulu orang a/s fizikal. bukan maksud saya kita mesti musnah a/s fizikal untuk selesa tapi kita ambil contoh seperti pembinaan jalan raya seperti di sabah, demi memudahkan orang ramai bergerak banyakle bukit-bukit khasnya di sepanjang banjaran croker terpaksa le diterah. yelakan kalu tak diterah nak buat macam mana lekan mungkin tebok bukit tu satu persatu bikin torowong.... kalu camtule tahun 2020pun tak siap lagi...jadi terpaksa le kita nak toreh cikit-cikit bukit tue betul tak.... kalutak nanti budak-budak tawau tak dapat balik le time cuti kalu takde jalan raya , takkan nak naik kapal terbang kot.... tak terbeli handfone le budak2 nanti,,,,, jangan marah geng tawau ok. peace:)
ok logik ke 2.... a/s manusia lebih penting dari a/s fizikal, ok kita lihat dari segi ekonomikal lah,,, bukan ape ekonomini sangat penting untuk kemajuan sesebuah negara, kalu tak ekonomi meleset lagi.... saya cakap ekonomi ini kerana kalau lah penyokong a/s fizikal cakap kekalkan alam sekitar jagan di gangguwalau seincipun... makananya takde pembangunanle namanayatu kan...menyentuh hujah saudara tai... mengatakan bangunan boleh diganti-ganti tapai alam sekitar sukar diganti (lebih kurang macam tule hujahnya) memang betul lah tapi kalau tak di ubah sedikit bentul fizikal macam mana dan buat bangunan,,, takkan nak buat di tepi bukit yang curaam atau di dalam paya-paya kalau tidak di tarah atau di timbus....... saya tak juga mengatakan bahawa terpaksa nak toreh atau timbus tapi ini realitinya memangnya pembanguanan itu sangat penting khasnya untuk menarik para pelabur ke sesuatu tempat. sebagai contoh di KKIP, kawasan perindustrian yang dahulunga bukit bukau dan kini menjadi dataran tanah yang rata, dan banyak pelabur-pelabur asing khasnya talah mendirikan kilang-kilang mereka di kawasan ini,,,, secara amnya ekonomi kawasan ini terus meningkat dan pada masa yang sama kawasan yang dulunya tidak bernilai langsung kini telah menjadi kawasan lombong emas pula.... bukankah ini sesuatu yang lebih baik.... klu dan kekalkan bukit bukau dahulunya maka tiadale adanya wujud KKIP seperti sekarang... nah kalu tiada macam mana kita nak dapatkan pulangan yang sama degan adanya pembinaan KKIP tersebut... mungkin golongan penyokong A/ fizikal kali mau memberi duit mereka kepada kerajaan..... he he he he
okle dah banyak sangat yang saya tulis.... cukuplah sampai sini bye and assalamualaikum
(nak komen pasal geng yang meyokong kedua-dua topik tue.. aduilah baikle durang jadi telaur di atas pagar macam tiada pendirian sahaja kita ni kena ada pendirian tak bolehlah dan pilih dua.... jangan buas sangat hohoho)
kura-kura ditepi simen,
abis baca harap di komen,
Sharon Dodih
January 10, 2006   01:43 PM PST
 
Diskusi kedua yerr...

Pada pendapat saya, antara alam sekitar manusia dan alam sekitar fizikal kedua-duanya amat penting. Ini kerana alam sekitar manusia adalah kesinambungan daripada alam sekitar fizikal dan kedua-duanya saling berkait. Cuba fikirkan jika alam sekitar fizikal tanpa adanya campurtangan manusia atau alam sekitar manusia sudah tentu tidak adanya keseimbangan alam sekitar kita ini. Ini kerana manusia penting bagi mengubah komponen alam sekitar manakala alam sekitar fizikal akan memberikan banyak faedah kepada hidupan di muka bumi ini hasil daripada alam sekitar manusia sebenarnya. Oleh itu, tidak dapat dipertikaikan kedua-dua sama penting kata pepatah melayu 'cubit paha kanan, paha kiri pun terasa sakitnya'.....
Sharon Pascol
January 9, 2006   08:35 PM PST
 
“MOTHER NATURA” - nice name..baru ni hari saya dengar..

dapat saya rumuskan, rakan2 kita semua mempunyai pendapat yang berbeza, apa yang penting pendapat kita itu dapat disokong dengan hujah2 yang bernas...
Hu yo..connie orang kuat Alam Sekitar Fizikal oh kan...tapi saya ndak setuju pendapat u yang mengatakan .... dapatlah dilihat dengan jelasnya di bandar Kuala Lumpur yang pesat dengan pembangunan, perindustrian dan perumahan sehinggalah tanaman tutup bumi dan hutan telah ditebang sepenuhnya. Sebagai akibatnya, berlakunya peningkatan suhu yang tinggi, kurangnya kejadian hujan, banjir kilat, pencemaran udara dan penurunan tahap kesihatan penduduk.
Walaupun saya x pernah ke Kuala Lumpur, namun daripada hasil pembacaan saya....tidaklah semua tanaman tutup bumi dan hutan telah ditebang, ada juga tinggal lagi bah..Walaupun Kuala Lumpur dikenali sebagai bandar besar namun....pihak DBKL masih menyediakan landskap yang cantik di pusat bandaraya. Tujuan landskap ini bukan sahaja untuk mencatikkan bandaraya KL tetapi juga..keluar tajuk sudah ni malas dah mo cakap...

Banyak betul pendapat dah....Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada yang merayakan.

Tai Fui Vun
January 9, 2006   04:22 PM PST
 
Sebelum saya memulakan pendebatan pada tajuk ini, saya ingin memberi satu komen terhadap rakan-rakan yang sudah menjawab soalan ini. Selepas membaca hujah-hujah yang diberikan oleh rakan-rakan sekursus, saya mendapati ada sebahagian yang tidak menjawab soalan. Soalan meminta anda memilih yang mana SATUKAH LEBIH PENTING antara alam sekitar manusia dan alam sekitar fizikal, tetapi ada di antara rakan-rakan yang memilih kedua-duanya penting.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa alam sekitar manusia dengan alam sekitar fizikal saling berinteraksi seperti yang dikatakan oleh rakan kita seperti sdri.Norliati, sdri.Lai Chew Fong dan sdri.Lailah. Tetapi apabila interaksi ini mengalami kemusnahan, maka kedua-dua akan mengalami kerugian yang teruk. Sekiranya soalan ini ditanya pada awal 70-an, maka saya lebih menyokong atau memilih alam sekitar manusia lebih penting kerana pada masa itu pembangunan sangat diperlukan untuk menanggung hidup penduduk di dunia dan juga isu pencemaran masih terkawal.
Pada masa kini, isu pencemaran bukan sesuatu yang baru bagi kita tetapi boleh dikatakan menjadi kebiasaan bagi wartawan melaporkan kejadian-kejadian alam di mana-mana tempat pada bila-bila masa. Jelas melihat alam sekitar fizikal telah mengalami keadaan yang kronik. Dengan itu, saya di sini lebih menyokong alam sekitar fizikal yang lebih penting untuk dijaga dan dipulihara.
Bangunan yang lama boleh dirobohkan dan digantikan dengan bangunan yang baru, tetapi alam sekitar yang tercemar dengan teruk tidak mudah untuk diganti malah ada yang tidak dapat diganti seperti dulu. Contohnya, terumbu karang yang mati kena mengambil masa selama 100 tahun baru tumbuh semula.
Alam sekitar fizikal ini dikurniakan oleh Tuhan kepada manusia. Manusia harus memanfaatkan hadiah ini dan harus menjaganya serta memuliharanya. Tetapi kerana ada sebahagian manusia yang bersikap tamak haloba telah menyebabkan alam sekitar semakin hari semakin tercemar malah menjejaskan ekosistem di bumi. Habitat haiwan diganti dengan tempat tinggal manusia dan hutan-hutan diganti dengan tempat pelancongan. Ini telah menyebabkan bertambahnya kepupusan haiwan dan flora dan fauna. Walaupun manusia ada memikirkan cara penyelesaian tetapi jelas melihat pencemaran alam sekitar lebih cepat merebak daripada pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Oleh itu, bagaimana untuk menjamin generasi yang akan datang dapat menikmati alam sekitar fizikal yang indah ini menjadi satu tanda soal….
Saya juga sependapat dengan saudari Azlina yang mengatakan tanpa alam sekitara fizikal manusia tidak boleh hidup di muka bumi ini. Manakala saudari Lai Chew Fong mengatakan alam sekitar fizikal boleh wujud tanpa manusia tetapi manusia tidak boleh wujud tanpa alam sekitar fizikal. Satu lagi pendapat yang saya petik daripada saudari Pet Jun yang mengatakan bahawa tanpa wujudnya alam sekitar fizikal, di manalah manusia mencari tempat berteduh dan hidup...Ya, saya sangat bersetuju dengan mereka. Alam sekitar fizikal seperti IBU. Pernahkan anda mendengar perkataan “MOTHER NATURA”? Ia bermaksud alam. Cuba anda fikikan kenapa ada perkataan "MOTHER" di depan.....Alam Sekitar fizikal terdapat beberapa jenis ekosistem seperti ekosistem hutan dan kolam. Sekiranya ekosistem ini terjejas, maka manusia tidak dapat bekalan makanan yang seimbang. Begitu juga dengan tanah. sekiranya tanah kehilangan kesuburannya kerana aktiviti manusia seperti pembakaran hutan, pembalakan haram dan pembuangan bahan bertoksik, maka manusia susah memdapatkan hasil tanaman yang banyak dan berkualiti. Jadi, apa pendapat anda sekarang, masih mempertahankan alam sekitar manusia lebih penting ataupun bersetuju dengan pendapat saya bahawa alam sekitar fizikal lebih penting.
Saya tidak setuju dengan pendapat daripada saudara Borhan yang mengatakan keperluaan manusia sebagai penghuni atau penentu keadaan alam sekeliling. Memang manusia memerlukan tempat tinggal untuk menjalankan kehidupan seharian tetapi kita harus ingat bahawa alam sekitar fizikal telah memainkan peranan yang penting untuk menentukan kawasan tempat tinggal manusia. Contohnya, kawasan yang rata sesuai dengan petempatan dan menyebabkan manusia di dunia ini kebanyakan tinggal di tepi pantai. Ini jelas menunjukkan bahawa manusia sangat bergantung kepada alam sekitar fizikal dan bukan manusia yang menentukan keadaan alam sekitar tetapi manusia yang menyesuaikan diri dengan alam sekitar.
Saya juga tidak setuju dengan saudari Kieu Lee Lee yang mengatakan bahawa alam sekitar manusia lebih penting untuk dijaga dan dipulihara disebabkan oleh alam sekitar manusia merupakan alam sekitar yang dikawal oleh manusia sendiri manakala alam sekitar fizikal pula merupakan alam sekitar yang wujud secara semulajadi. Ini bermakna alam sekitar manusia dengan alam sekitar fizikal langsung tidak ada kaitan? Kedua-duanya memainkan peranan masing-masing? Manusia tidak dapat hidup tanpa alam sekitar fizikal sekali lagi saya ditegaskan!
Akhir kata, marilah kita bersama-sama berganding bahu untuk menjaga dan memulihara alam sekitar fizikal kita.
Connie Ting Kiat Wee
January 9, 2006   03:27 PM PST
 
Saya tetap berpegang kepada pendirian saya dengan mengatakan alam sekitar fizikal lebih penting untuk dijaga dan dipelihara.
Lantaran itu, saya tidak bersetuju dengan pendapat Chang Yan San dan Sharon yang lebih mementingkan kepada pemeliharaan alam sekitar fizikal. Saya ingin mengemukan satu persoalan iaitu "Adakah alam sekitar fizikal dapat dipelihara sekiranya alam sekitar manusia tidak dipelihara terlebih dahulu????" Jawapan saya ialah TIDAK. Hal ini demikian kerana manusia juga akan merosakan alam sekitar fizikal walaupun ia telah dipelihara. Ini bermakna walaupun sebanyak mana alam sekitar fizikal telah terpelihara, ia tetap menjadi satu pembuangan masa dan kewangan sahaja sekiranya tiada kesedaran dan pemeliharaan alam sekitar manusia terlebih dahulu. Di sini, saya mengesyorkan agar alam sekiatr manusia dijaga melalui pengehadan aktiviti penebangan pokok, pengurusan luar pantai untuk mencegah tumpahan minyak yang dijalankan dalam perlombongan minyak dan kempen serta penilaian impak alam sekitar yang berperanan penting untuk mengurangkan kerosakan alam sekitar yang dilakukan oleh manusia.

Selain itu, saya ingin menghujah pendapat yang diberikan oleh Noor iaitu (kenyataan 1) alam sekitar fizikal harus dipandang serius dalam penjagaan dan pemuliharaan yang berkesan serta (kenyataan 2) aktiviti penggondolan, pembalakan, penimbusan, penggalian dan pembakaran yang dilakukan tanpa simpati terhadap keperitan alam sekitar fizikal yang kian meruncing. saya ingin menyatakan bahawa bagaimana (kenyataan 1) dapat dipelihara sedangkan (kenyataan 2) berlaku dengan serius oleh tindakan manusia sendiri? Dengan itu, semakin pesatnya pembangunan negara maka semakin rosaknya alam sekitar manusia kerana sikap haloba dan ketamakan masnusia untuk mencarikan kekayaan. Ia hanya dapat diatasi dengan adanya pemeliharaan manusia dari pelbagai segi iaitu aspek pendidikan, media massa, kempen, dan EIA.

Negara yang pesat seperti Amerika Syarikat tetap juga menjalankan EIA sejak tahun 1950 dan 1960 apabila berlaku dengan jelasnya peningkatan yang banyak dalam perindustrian dan projek pembangunan yang tidak diramalkan dan tidak diingini oleh Amerika syarikat sendiri. Ia telah mendatangkan pelbagai kesan. Oleh itu, penduduk sendiri telah membuat publisiti mengenai maslaah pencemaran sehinggalah perkataan ekologi dan persekitaran telah menjadi perkara biasa dalam cetakan dan media elektronik. bagi mereka, alam sekitar manusia yang telah mendatangkan banyak kesan kepada alam sekitar fizikal. dengan itu, penduduk telah memelihara alam sekita manusia.

Saya membantah dengan pendapat rakan-rakan yang lain dengan menyatakan kedua-dua alam sekitar adalah penting. sekiranya anda diberikan peluang oleh pihak UMS untuk berhujah atau berdebat adakah anda akan menghujah bahawa kedua-duanya penting??. sudah pasti tidakkan?
v
Connie Ting Kiat Wee
January 9, 2006   03:17 PM PST
 
Blog 2:

Pada pendapat saya, alam sekitar manusia sememangnya lebih penting untuk dijaga dan dipelihara. Ini kerana manusia adalah satu-satunya alat dan benda yang hidup di alam ini yang mampu untuk menjalankan kegiatan pelancongan, perikanan, pembalakan dan penerokaan sumber alam seperti bijih timah, petroleum dan gas asli. Dengan itu, ia telah mendatangkan pelbagai kesan kepada alam sekitar fizikal seperti bentuk muka bumi (luluhawa, tindakan ombak, tindakan angin, laut dan lautan), fenomena cuaca dan iklim (sistem suria dan atmosfera), tumbuhan semulajadi dan hidupan liar (tumbuhan dan ekosistem).

Di sini, saya amat menyokong pendapat Kamisah dengan menyatakan "manusialah punca segala-galanya ke atas perubahan alam sekitar fizkal". Dengan itu, dengan adanya pemeliharaan dan penjagaan alam sekitar manusia maka alam sekitar fizikal barulah dapat dipelihara. Keadaan ini dapat dilihat apabila manusia telah mendatangkan pelbagai jenis kesan kepada alam sekitar fizikal. Antaranya ialah tindakan manusia dalam perkilangan, pertanian, pembalakan dan pembandaran yang telah mendatangkan kesan seperti kesan rumah hijau, penipisan ozon, kejadian pulau haba, pencemaran udara, hujan asid dan jerebu.

Dengan contoh yang lebih spesifik, dapatlah dilihat dengan jelasnya di bandar Kuala Lumpur yang pesat dengan pembangunan, perindustrian dan perumahan sehinggalah tanaman tutup bumi dan hutan telah ditebang sepenuhnya. Sebagai akibatnya, berlakunya peningkatan suhu yang tinggi, kurangnya kejadian hujan, banjir kilat, pencemaran udara dan penurunan tahap kesihatan penduduk. Ini serba sedikit telah menunjukkan tentang pentingnya alam sekitar manusia perlu dipelihara untuk mengelakkan kesemua kejadian ini termasuklah kesan kepada alam sekitar fizikal.
Bernadette Bernard
January 9, 2006   01:05 PM PST
 
Hello...aisey masih hangat lagi di pasaran tajuk ni bah....cubalah pegi jenguk diskusi blog 3...hehehe..cuba,try,test post out ur comment there!!!!! k Selamat Hari Raya Haji kepada yg myambutnya...
Dymson Zeno
January 8, 2006   05:20 PM PST
 
Yang mana lebih penting dijaga dan dipulihara, alam sekitar manusia atau alam sekitar fizikal? Sememangnya isu ini sangat menarik untuk dibincangkan. Pada hakikatnya, kedua-dua elemen ini amat penting untuk dijaga dan dipulihara. Walau bagaimanapun, saya tetap sependapat dengan rakan-rakan yang menyokong supaya alam sekitar fizikal adalah lebih penting untuk dijaga dan dipulihara sebelum kita menjaga alam sekitar manusia.

Memang sudah menjadi lumrah bahawa alam sekitar fizikal adalah tapak kepada segala aktiviti manusia. Komponen alam sekitar seperti atmosfera, biosfera, hidrosfera dan litosfera menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada manusia. Oleh itu, bagaimanakah alam sekitar manusia berfungsi tanpa alam sekitar fizikal? Kerana inilah kita seharusnya mengutamakan alam sekitar fizikal terlebih dahulu. Seperti yang kita tahu, alam sekitar fizikal juga bukannya suatu benda yang mudah untuk diperbaharui. Jika berlaku kemusnahan terhadap alam sekitar fizikal, adakah manusia masih mampu untuk mencipta kembali apa yang telah dianugerahkan oleh Tuhan ini? Tentu sekali tidak melainkan ia dijaga dan dipulihara sebelum berlaku kemusnahan yang lebih teruk. Mungkin ada yang belum menyedari bahawa manusia sedang cuba untuk memusnahkan alam sekitar fizikal tetapi adakah manusia ini tahu bahawa mereka juga merupakan sebahagian daripada alam sekitar fizikal. Untuk memenuhi keperluan manusia, maka alam sekitar fizikal perlulah dijaga dan dipulihara terlebih dahulu. Kemusnahan alam sekitar fizikal bukan sahaja memberi kesan jangka pendek malah turut memberi kesan jangka panjang. Jadi, bagaimanakah nasib generasi akan datang jika alam sekitar fizikal musnah. Di sinilah pentingnya kita sebagai manusia yang dikurniakan akal dan fikiran untuk menjaga dan memulihara alam sekitar fizikal daripada hanya berfikir untuk mengeksploitasikannya hanya untuk memenuhi keperluan persekitaran manusia.

Oleh itu, kepada rakan-rakan lain yang tidak sependapat dengan saya, buatlah pertimbangan sebaik-baiknya. Yang mana lebih penting bagi anda. FIKIRKAN........
Doraes Toimin(HA20031235)
January 8, 2006   11:56 AM PST
 
Kedua-dua element ini penting sebenarnya, namun jika diberi peluang untuk membuat pilihan, saya memrasakan persekitaran fizikal harus diutamakan daripada persekitaran manusia.
saya menyokong hujah rakan kita, Tang En Tze yang mengatakan kita jaga alam fizikal dahulu baru manusia.
ini kerana antara manusia dan fizikal, fizikal lebih dahulu terbentuk atau wujud di bumi ini dan kebanyakkan elemen fizikal adalah tidak boleh dibaharui. jadi sekali ia musnah ia akan terus hilang Contohnya, komponen sistem bumi yang merangkumi litosfera, atmosfera, hidrosfera dan biosfera. namun jika melihat kepada persekitaran manusia, kita masih mampu menyelamatkannya jika elemen persekitaran manusia mengalami kemusnahan. contohnya hutan dan pertempatan. walaupun usaha penyelamatan tersebut tidak akan dapat memulihkan sepenuhnya namun sekurang-kurangnya masih ada kesedaran dari kita untuk melakukan sesuatu untuk generasi akan datang.

lagipun persekitaran manusia tidak wujud tanpa persekitaran fizikal. jadi jika kita memulihara elemen fizikal ini dahulu, kemusnahan elemen manusia dapat dikurangkan secara tidak langsung.

pendapat Shafie juga menarik namun bagi saya, jaga persekitaran fizikal dulu baru jaga persekitaran manusia.

kpda rakan2 yg lum memilih, wat pilihan sekarang, ;)
ASMAH MAHMUD
January 7, 2006   06:14 PM PST
 
Assalamualaikum..............

Kedua-dua elemen tersebut adalah penting untuk dipulihara dan dijaga. Namun begitu,saya lebih menitikberatkan untuk memilih ALAM SEKITAR FIZIKAL adalah penting untuk dipulihara dan dijaga kerana semua pembangunan yang dilakukan oleh manusia sudah pasti memberi kesan kepada persekitaran yang lain. Hal ini adalah kerana pembentukkan satu komuniti spesisi adalah saling berkaitan. Oleh itu, kesan langsung satu spesis akan memberi kesan tidak langsung pada spesis yang lain. sekiranya, berlaku kemusnahan atau perubahan atas ALAM SEKITAR FIZIKAL maka ia juga akan memberi kesan keatas ALAM SEKITAR MANUSIA. Saya bersetuju dengan pendapat saudari Azlina bahawa ALAM SEKITAR FIZIKAL itu amat penting untuk dipulihara dan dijaga kerana apabila terdapat gangguan dalam penghasilan oksigen oleh ALAM SEKITAR FIZIKAL maka elemen ini akan memberi kesan buruk pada manusia.

OLEH ITU, SAYA MENEGASKAN BAHAWA PEMULIHARAAN DAN PENJAGAAN ALAM SEKITAR FIZIKAL ADALAH PENTING KERANA TANPA ALAM SEKITAR SIAPALAH MANUSIA!!!!!!!!!!.............

Wassallam.......... Roger n Outtttt.....
Wong Ang Na (HT2002-4597)
January 6, 2006   06:04 PM PST
 
Pada pendapat saya, rakan-rakan masing-masing mempunyai pendapat yang baik, kukuh dan bernas. Saya menekankan bahawa alam sekitar manusia dan alam sekitar fizikal harus dijaga dan dipelihara. Adalah sukar bagi kita untuk membahagikan/memisahkan mana yang lebih penting. Kenapa? Ini kerana masing-masing mempunyai peranan dan kepentingan tersendiri untuk mencapai keseimbangan ekologi dan pembangunan.

Alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia memang saling bergantungan. Pembangunan harus dijalankan secara terancang, mementingkan mengurus dan merancang serta mengambil kira kesan daripada tindakan mereka.Tanpa penjagaan dan pemuliharaan kedua-duanya akan mendatangkan impak negatif/dahsyat kepada semua pihak termasuklah manusia, gangguan ke atas biologi, hidrologi, kemusnahan biodiversiti, gangguan rantaian makanan serta kepupusan spesies haiwan. Pembangunan yang tidak mementingkan aspek persekitaran fizikal dan manusia juga menyebabkan gangguan/ancaman persekitaran psikologi, mental, minda dan budaya.

Saya kurang bersetuju dengan pendapat saudari Kieu Lee Lee yang mengatakan “alam sekitar fizikal adalah tidak dapat dikawal oleh manusia kerana ia dipengaruhi oleh faktor-faktor semulajadi misalnya air hujan lebat yang turun akan menyebabkan kejadian hakisan tanah dan tanah runtuh berlaku”. Pada pendapat saya, kebanyakan masalah alam sekitar yang berlaku adalah disebabkan oleh aktiviti manusia yang ghairah mengejar pembangunan dan kemajuan sehingga mengabaikan impak negatif hasil daripada aktiviti pembangunan. Hakisan tanah dan tanah runtuh dapat dikawal jika penanaman semula tanaman tutup bumi, membina teres, penyimenan, menempatkan batu di dalam sangka dawai, mengehadkan aktiviti manusia seperti penggondolan tanah, pembukaan/penebangan hutan serta penguatkuasaan undang-undang.

Saya menyokong pendapat yang dikemukakan oleh saudari Robianah, perubahan dan kemusnahan alam sekitar fizikal akan memberi impak negatif kepada alam sekitar manusia bukan sahaja masa kini tetapi juga untuk masa depan. Kian hari kian banyak masalah alam sekitar wujud seperti seperti banjir kilat, La-Nina, jerebu, global warming, global diming, Tsunami... Saya juga bersetuju dengan pendapat Kamisah dan Hajawati bahawa manusia memainkan peranan penting dalam keseimbangan alam sekitar, sebarang tindakan yang dilakukan oleh manusia di atas muka bumi ini akan mempengaruhi kualiti alam sekitar, sama ada alam sekitar fizikal mahupun alam sekiatar manusia itu sendiri. Maka, keputusan manusia akan menentukan impak alam sekitar dan impak tersebut juga akan dirasai oleh manusia sendiri.

Pada pendapat saya, alam sekitar fizikal seperti Hutan merupakan pengimbang gas karbon dioksida dan oksigen. Tumbuhan dalam proses fotosintesis menggunakan karbon dioksida di udara untuk mensintesiskan makanan dan mengeluarkan gas oksigen yang sangat diperlukan oleh haiwan dan benda hidup dalam proses pernafasannya. Kemusnahan tumbuhan akan menyebabkan kandungan gas karbon dioksida bertambah. Di Malaysia pembangunan pertanian sayuran di Cameron Highlands telah membuka banyak kawasan hutan. Ini telah menyebabkan suhu Cameron Highlands meningkat 2°C-3°C sejak dahulu.

Setiap tahun 22 bilion ton karbon dioksida telah dibebaskan ke udara. Kesannya kandungan gas karbon dioksida di dalam udara semakin meningkat. Ini dapat dibuktikan dengan kandungan karbon dioksida pada tahun 1880 hanya 280ppm telah meningkat kepada 360ppm pada tahun 1995 dan dijangka akan menjadi 550ppm pada tahun 2050. Purata suhu dunia dahulu ialah 15°C dan dijangka meningkat kepada 19.5°C pada tahun 2050.

Natijahnya, peningkatan suhu secara global akan menyebabkan glasier di kutub utara dan selatan mulai mencair. Litupan ais telah mencair dan mengalir ke dalam lautan. Aras laut akan meningkat dan banyak kawasan rendah akan tenggelami air. Kenaikan aras laut akan menenggelamkan banyak kawasan rendah, memusnahkan harta benda dan mengorbankan banyak nyawa manusia. Contohnya di Kawasan Delta Ganges-Brahmaputra, pulau Ganges. Musim sejuk di Eropah telah menjadi lebih panas dan lembap, El-nino dan La-nina telah menjadi semakin ketara, contohnya ia telah berlaku dari tahun 1990-1995 dan 1997-1998. Intensiti ribut petir dan hurikan atau taufan telah bertambah kuat dan kerap berlaku akhir-akhir ini. Justeru itu, kita harus menjaga dan memulihara alam sekitar fizikal

Menurut Dr. John Murry, beliau berpendapat bahawa pencemaran yang sering berlaku akibat daripada kegiatan hidup manusia didorong oleh sikap suka memaksimumkan keuntungan dalam perusahaan atau sikap mementingkan diri dalam usaha mencapai kepuasan hidup. Jelaslah masalah pencemaran amat dipengaruhi oleh sikap/tindakan manusia yakni sikap mementingkan diri sendiri. Menurut Profesor Dr. Raymond N. Yong dari McGill University, Montreal Kanada dalam ceramahnya semasa memberi kursus Pengurusan Sisa-sisa Bahaya dan pengawalan Pencemaran Air Bumi, pada 9 dan 10 November 1990 di Universiti Malaya menyatakan bahawa punca dominan penjanaan sisa bahaya yang tertentu boleh mengakibatkan pencemaran ialah sikap manusia yang terlalu ego dan sentiasa ingin memenuhi tuntutan nafsu untuk bersenang-lenang.

Maka, alam sekitar manusia harus dijaga dan dipulihara bersama2 dengan alam sekitar fizikal. Manusia harus mempertimbangkan dan menilai impak aktiviti mereka dan mengambil langkah2 drastik untuk mengatasi masalah alam sekitar.Mereka juga harus mengamalkan sikap bertolak ansur, bekerjasama, bantu membantu dan cintakan keharmonian. Selagi sikap tamak, mementingkan diri sendiri dan tidak bertimbang rasa wujud dalam diri manusia adalah sukar mengatasi masalah alam sekitar ke akar umbi. Sebaliknya kita harus sedar alam sekitar adalah milik bersama, suatu amanah Tuhan yang perlu dijaga untuk kemanfaatan dan kesejahteraan hidup kini dan generasi masa akan datang.

Memang sudah menjadi lumrah alam ini, memang ada pro dan kontra sesuatu perkara. Selagi ada kemajuan dan pembangunan maka selagi bumi kita akan mengalami ancaman walaupun usaha memelihara dan memulihara telah dijalankan. Apa yang kita harus lakukan ialah berusaha sedaya upaya meminimumkan kemerosatan kualiti alam sekitar.
Maka, manusia haruslah insaf dan tidak lupakan nilai2 murni dan tanggungjawab mereka dalam mengejarkan kemajuan dan pembangunan. Manusia harus menghargai, menjaga, memulihara dan mencintai “alam sekitar fizikal” dan “alam sekitar manusia”. Cintailah Bumi Kita seperti kamu cintai diri sendiri......

Tang En Tze (HT2002-4593)
January 6, 2006   06:00 PM PST
 
Wahai pensyarah dan rakan-rakan seperjuangan yang dikasihi,

Kehidupan manusia memang tidak dapat dielakkan daripada membuat pilihan dan keputusan. Pada era globalisasi yang serba maju ini, kita masih tidak dapat lari daripada hakikat ini. Kita tetap perlu membuat pilihan dan keputusan: Mana satu yang lebih penting untuk dijaga? Alam sekitar fizikal atau alam sekitar manusia? Ini ialah satu isu yang hangat diperdebatkan orang awam, terutamanya ahli-ahli geografi. Saya sebagai seorang bakal pengajar geografi juga tidak dikecualikan. Saya ingin merebut peluang yang baik ini untuk meluahkan suara hati saya dengan seikhlasnya. Semoga kita dapat saling belajar dan dimanfaatkan di sini.

Selepas membaca komen-komen rakan seperjuangan, saya dapati ramai antara kita telah memberi pendapat sendiri tanpa memahami erti sebenar “alam sekitar fizikal” dan “alam sekitar manusia” terlebih dahulu. Ini menyebabkan masalah penyelewengan hujah telah tertimbul. Namun, saya amat menghayati rakan pendebat ke-4 dan ke-14 yang begitu menitikberatkan definisi tajuk dan dapat menghuraikannya dengan jelas sekali sebelum memberi pandangan sendiri. Sebenarnya, alam sekitar fizikal ialah persekitaran semula jadi di bumi ini. Contohnya, komponen sistem bumi yang merangkumi litosfera, atmosfera, hidrosfera dan biosfera. Manakala alam sekitar manusia ialah persekitaran yang dihasilkan manusia. Contohnya, petempatan, pembandaran, pengangkutan, pertanian, penternakan, perikanan, perhutanan, perlombongan dan pembinaan.

Selepas kita memahami definisi “alam sekitar fizikal” dan “alam sekitar manusia”, kita perlu membuat pilihan sekarang: Mana satu yang lebih penting untuk dijaga? Alam sekitar fizikal atau alam sekitar manusia? Selepas menimbangkan jawapan rakan-rakan sekalian, saya memang bersetuju dengan pandangan mereka bahawa kedua-dua alam sekitar ini adalah penting dan perlu dijaga bersama-sama. Namun, kehendak soalan ini ialah inginkan kita membuat pilihan dan bukan inginkan kita “berdiri di atas pagar”!!! Jadi, dalam situasi ini, saya memilih untuk menjaga alam sekitar fizikal TERLEBIH DAHULU dan menjaga alam sekitar manusia TERKEMUDIAN….... Inilah persoalan masa! Saya memilih untuk menjaga alam sekitar fizikal terlebih dahulu kerana tanpa alam sekitar fizikal, tidak wujudlah alam sekitar manusia. Contohnya, tanpa litosfera, atmosfera, hidrosfera dan biosfera, bagaimanakah manusia dapat menjalankan aktiviti petempatan, pembandaran, pengangkutan, pertanian, penternakan, perikanan, perhutanan, perlombongan dan pembinaan? Jadi, mana satu yang lebih penting untuk dijaga walaupun kedua-duanya memang perlu dijaga? Kita, manusia yang terkenal dengan gelaran “roh segala makhluk” mempunyai akal yang bijaksana patut membuat pertimbangan yang wajar.

Manusia hidup dalam dunia ini memang tidak boleh tidak menjalankan aktiviti pembangunan (mengeksploitasi alam sekitar manusia) dan terpaksa mengorbankan alam sekitar fizikal. Ini ialah tindakan yang benar, wajar dan patut jika pengeksploitasian dijalankan secara bertatatertib dan tidak melampau. Seperti yang kita sedia maklum, sebarang tindakan manusia ke atas alam sekitar memang akan mempengaruhi kualitinya. Dengan kata lain, alam sekitar fizikal tidak akan menjadi negatif tanpa campur tangan manusia yang ingin mencipta alam sekitar manusia menurut kehendak masing-masing.
Akhir kata, peranan kita sekarang ialah menjaga alam sekitar fizikal terlebih dahulu dan menjaga alam sekitar manusia terkemudian. Inilah kewajiban yang patut kita tunaikan sebagai manusia. Jika tidak, manusia sendiri akan mengalami kerugian apabila berlaku pencemaran, banjir, tanah runtuh, kepupusan flora dan fauna….. Kalau begitu, bukankah gelaran yang mulia bagi manusia perlu ditukar daripada “ROH segala makhluk” kepada “PEMUSNAH segala makhluk”????!!!!

Wahida Tawasil
January 6, 2006   05:08 PM PST
 
Assalamualaikum wbt dan salam sejahteraˇK
Saya berpendapat bahawa alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia harus dijaga dan sama penting kerana kedua-duanya bergerak seiringan dalam memenuhi keperluan dan kelangsungan hidup masing-masing. Alam sekitar fizikal merupakan tempat manusia melakukan aktiviti dan meneruskan hidup dan alam sekitar fizikal pula memerlukan manusia dari segi perancangan dan pengurusan agar tidak terbiar. Namun begitu, dalam menilai manakah yang lebih penting, saya berpendapat bahawa alam sekitar manusialah yang lebih penting untuk dijaga. Hal ini kerana tidak bermakna jika kita mementingkan alam sekitar manusia, kita mengabaikan alam sekitar fizikal. Sebagai contoh, sesuatu pembangunan yang hendak dilakukan haruslah mengambil kira faktor atau kepentingan nilai budaya dan nilai estetika bagi memenuhi kepuasan manusia itu sendiri. Misalnya sesebuah perkampungan masyarakat yang sudah lama bertapak dan sudah sebati dengan amalan budaya mereka sudah tentulah tidak mahu alam sekitar fizikal tempat mereka tinggal itu dimusnahkan kerana tempat tersebut mungkin memberi kesan yang begitu mendalam dalam jiwa mereka dan dengan itu mahu mengekalkannya agar tidak dicerobohi..
Nooraizah Matlin
January 6, 2006   04:59 PM PST
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Persoalan mengenai kepentingan menjaga alam sekitar manusia dan alam sekitar fizikal tidak dapat ditentukan secara tepat yang mana satu yang lebih berhak diutamakan. Ini kerana kedua-duanya saling berkaitan dan sama penting. Persekitaran manusia adalah dibentuk oleh manusia itu sendiri bagi menyesuaikan diri mereka dengan keadaan sekeliling. Tidak bermakna manusia harus melupakan alam persekitarannya sama sekali untuk memberi laluan kepada persekitaran fizikal mengambil tempat sepenuhnya. Nilai dan estetika budaya manusia yang telah dibina dalam bentuk material akan terkubur begitu sahaja sekiranya tidak diambil perhatian. Ianya berhak dipertahankan kerana tanpanya manusia akan menjadi tidak lengkap dan tidak akan ada warisan mengenai kewujudan budaya tersebut pada masa akan datang. Oleh itu manusia telah mengubah alam sekitar. Pentingnya juga bertanggungjawab terhadap alam sekitar fizikal kerana manusia memerlukannya bagi kelangsungan hidup kerana hasil daripada alam fizikal manusia dapat meneruskan hidup kerana memperolehi hasil makanan dan kegiatan ekonominya. Namun keseimbangan itu perlu ada pada kedua-duanya dan tugas manusia adalah memastikan keseimbangan itu terus berlaku.
KALAI ANAK PRESA
January 6, 2006   03:39 PM PST
 
SELAMAT TAHUN BARU DAN SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Pada pendapat saya, antara persekitaran manusia dan persekitaran fizikal, kita hendaklah lebih mengutamakan pemeliharaan dan pemuliharaan persekitaran fizikal. Ini kerana persekitaran fizikal amat mudah untuk dilukai atau dimusnahkan dan amat susah malah jarang pulih seperti sedia kala sekiranya telah diganggu. Contohnya, hutan dara tidak akan pulih kembali dara 100% jika telah diterokai untuk pembalakan atau pembangunan yang lain. Tetapi, persekitaran manusia dapat diurus dan boleh diperbaharui tamadunnya daripada berfikiran sempit terhadap penggunaan sumber kepada lebih memahami kaitan diantara manusia dengan alam sekitar. Kualiti hidup manusia juga amat bergantung kepada sumber alam sekitar. Mereka mungkin akan mengalami kesenangan setelah menerokai dan menebang hutan untuk pembangunan dalam masa dua atau tiga tahun tetapi mereka mungkin akan mengalami kesulitan pada masa akan datang kerana kehabisan alam untuk mencari tapak pertanian. Ini kerana ketamakan manusia yang mementingkan diri sendiri akan menyebabkan generasi akan datang merana. Kita harus merenungkan bahawa manusia semakin hari semakin bertambah tetapi persekitaran fizikal semakin hari semakin berkurang. Hal ini tidak ramai yang peduli malah buat-buat tidak tahu. Cuba kita fikirkan, seandainya persekitaran fizikal tidak diutamakan dan dipelihara dan dipulihara, dimanakah generasi beratus tahun akan datang memperolehi sumber????????. Oleh itu, saya lebih yakin bahawa persekitaran fizikal perlu dipelihara dan dipulihara dengan sepenuhnya.

TEBERUNSAI
Kalai_ha03-1247@yahoo.com.my
Even Jamilih
January 6, 2006   01:57 PM PST
 
HAI, SELAMAT TAHUN BARU SEMUA...

merujuk kepada perbincangan kita iaitu mengenai alam sekitar manusia dan alam sekitar fizikal ini, telusnya kedua-dua amat berkaitrapat dan apa yang pasti kedua-duanya sangat penting..jika kita mengandaikan bahawa salahsatu elemen ini sahaja yang sangat penting ia sudah tentu menunjukkan kita ini tidak menitikberatkan alam sekitar dalam rangkuman yang besar. kita sedia maklum bahawa alam sekitar manusia dan alam sekitar fizikal ini saling mempengaruhi di antara satu sama lain. oleh yang demikian kita tidak boleh menidakkan betapa pentingnya kedua-dua alam sekitar ini.

persekitaran manusia banyak dipengaruhi oleh persekitaran fizikal manakala manusia banyak merubah keadaan bentuk muka bumi untuk mencapai kehidupan yang lebih baik dan selesa..jelasnya kedua-duanya saling berkaitan dan saling memerlukan di antara satu dengan yang lain.

walaubagaimanapun, manusia adalah pihak yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perubahan-perubahan yang berlaku. perubahan-perubahan alam sekitar yang berlaku menimbulkan dua kesan utama iaitu positif dan negatif. justeru itu, manusia harus mengelakkan kesan negatif daripada terus berlaku..kerosakan alam sekitar fizikal akan turut merosakkan alam sekitar manusia dan begitu juga sebaliknya...percayalah.
RUSLINIE LASUPIN
January 5, 2006   09:34 PM PST
 
Asalamualaikum....
Bertemu lagi di ruangan ini...

Sebelum itu saya ingin memberi pandangan sedikit mengenai hujah yang telah dibentangkan oleh rakan kita iaitu Stanley. Tetapi saya mohon maaf sekiranya pandangan yang saya utarakan menyalahi fakta sebenar. Saya bukan bermaksud untuk menidakkan apa yang telah rakan-rakan katakan.
Saya baru belajar, kalau ada salah silap harap dibetulkan.

Stanley telah mengatakan bahawa soal keseimbangan itu penting ibarat siang dan malam yang seimbang masing2 mempunyai 12 jam siang dan malam dan berkongsi ruang yang sama. Memang saya tidak nafikan bahawa segala kejadian dan apa-apa bentuk yang terdapat di dalam bumi ini berkongsi ruang yang sama. Namun ruang itu kadangkala tidak dapat membela/menampung sesetengah beban yang terdapat di dalamnya. Maka, dengan itu, keseimbangan sememangnya bersifat PASIF dan sentiasa berubah-ubah. Seperti kejadian siang dan malam, tidak semua tempat mengalami keadaan yang seimbang iaitu 12 jam siang dan begitu juga pada malam harinya!!.

Seperti yang telah saya katakan sebelum ini, bahawa sememangnya menjaga kedua-dua komponen iaitu manusia dan alam sekitar fizikal adalah penting. Tetapi saya juga telah menegaskan kepada anda sekalian bahawa komponen fizikal hendaklah diletakkan di tingkat utama dalam soal pemuliharaan dan pemeliharaan. Saya bukan katakan sedemikian bertujuan untuk mengenepikan soal kepentingan penjagaan manusia tetapi apalah ertinya menjaga kepentingan manusia itu sekiranya alam sekitar fizikal sudah termusnah baru pemuliharaan dijalankan?.

Persekitaran fizikal sememangnya sensitif kepada masalah yang dihasilkan oleh manusia berbanding masalah yang dihasilkan oleh alam sekitar fizikal itu sendiri. Kesan negatif banyak dihasilkan oleh manusia.. Bukankah perkara seperti yang telah dikatakan oleh rakan-rakan dalam ruangan ini bahawa isu bencana alam sekitar iaitu gempa bumi Tsunami, ribut taufan, dan ancaman evolusi biologis alam sekitar seperti penyakit H5n1, H7n1, J.e dan bermacam-macam lagi bencana yang timbul adalah daripada masalah kegagalan penjagaan alam sekitar fizikal??.. Masalah ini dilakukan oleh manusia tetapi ia adalah berpaksi dan terarah kepada persekitaran fizikal. Ini bermakna segala tindakan yang manusia lakuan itu akhirnya terarah semula kepada persekitaran fizikal. Manusia rakus dan pantas melakukan kerosakan kepada persekitaran fizikal tanpa memikirkan kepentingan masa hadapan yang sepatutnya mungkin boleh diwarisi oleh beberapa tingkat/lapisan generasi mendatang...

Perkataan “Manusia” selalunya diagung-agungkan dalam soal pembangunan/ pemberian hak ke atas pemeliharaan persekitaran fizikal. Bagaimana?? Dalam mana-mana risalah, buku ataupun paparan media massa, manusia disuruh mengeksploitasi alam sekitar fizikal untuk tujuan kepentingan masyarakat secara keseluruhannya. Tetapi mereka (manusia) telah menyalah tafsir maksud sebenar yang tersirat di dalamnya. Sememangnya mengeksploitasi persekitaran fizikal itu boleh tetapi haruslah mengikut segala terma yang betul dan bukannya secara sewenang-wenangnya.

Tidak semua pembangunan yang kita capai sekarang ini telah mengikuti syarat sebenar dalam pembangunan. Tetapi, kerakusan manusia untuk mendapatkan keuntungan/ faedah ekonomi itu lebih tinggi daripada kepentingan menjaga nilai estetika atau sifat semula jadi alam sekitar fizikal. Apalah ertinya pembangunan yang tercapai itu bagi kepentingan manusia sekiranya persekitaran fizikal itu telah hancur lebur!!

Nescaya suatu hari nanti pembangunan yang dilakukan oleh manusia ke atas alam sekitar fizikal akan terhenti kerana masalah yang telah kita hadapi sekarang sudah cukup memberikan amaran atau petanda bahawa pemusnahan atau pembangunan alam sekitar fizikal semenangnya sangat sensetif. Saya sebagai ahli geografi sedar akan kepentingan pengwujudan EIA dalam soal pembangunan dan saya bercadang supaya penggunaannya haruslah diperketatkan lagi supaya manusia yang tidak sedar atau kurang jelas tentang masalah kerosakan dan impaknya terhadap alam sekitar akan memandang perkara ini sebagai suatu yang SERIUS.

Saya juga bercadang supaya negara kita juga haruslah menjadikan EIA sebagai satu undang-undang dan bukannya peraturan semata-mata. Tidak perlulah menunggu sehingga tanah tumpah darah kita ini hancur binasa barulah EIA diperketatkan penggunaannya dalam soal pemeliharaan alam ini.

Apa gunanya kerajaan mengwujudkan EIA sekiranya hanya dijadikan kalung hiasan semata-mata dalam soal pentadbiran pembangunan jika tidak digunakan dengan lebih efektif dan proaaktif.. Jika mahu KESEIMBANGAN persekitaran fizikal dan manusia ini dapat dibela seadanya, penggunaan EIA haruslah dikaji semula. Tidak bermakna undang-undang lain tidak penting dan diketepikan tetapi EIA adalah salah satu teras yang paling penting dalam soal pembangunan persekitaran alam kita ini.... :-)

FIKIRKAN...
maaf kalau tersalah..


Selamat hari raya ...
ros_1241@yahoo.com
Selinah Hasan
January 5, 2006   08:32 PM PST
 
Hello Everybody.....apa yang kecoh-kecoh ni...leh saya join.
ok la, Pada pendapat saya, kedua-dua elemen ini adalah amat penting dipelihara dan dijaga. Ini kerana kedua-duanya adalah saling berkait antara satu sama lain. Manusia memerlukan persekitaran fizikal untuk kehidupan seharian seperti tempat tinggal, makanan dan sebagainya. Jika alam sekitar fizikal tidak dijaga atau dipelihara dengan sebaiknya, ini akan memberikan kesan terhadap alam sekitar manusia iaitu kehidupan manusia dan juga terhadap alam sekitar fizikal itu sendiri. Oleh itu, kita sebagai makhluk atau manusia yang hidup di dunia ini haruslah menghargai, menghormati dan bersama-sama memelihara alam sekitar fizikal daripada terus dinodai dan hilang kepentingannya sebagai sumber kepada manusia dan makhluk yang ada di bumi ini. Bukan alam sekitar fizikal sahaja yang perlu kita jaga tetapi alam sekitar manusia juga perlu dijaga dan dipelihara kerana ini melibatkan cara hidup dan budaya sesebuah masyarakat manusia. Seperti contoh, dalam melakukan ataupun melaksanakan sesuatu pembangunan yang melibatkan persekitaran manusia, pihak-pihak yang terlibat harus mengambilkira perasaan, keadaan budaya dan kepercayaan masyarakat di kawasan yang terlibat. Ini adalah perlu untuk menjadikan sesuatu pembangunan itu lebih seimbang di mana ianya akan dapat memberi manfaat kepada masyarakat dan bukannya semata-mata untuk mendapatkan keuntungan. Dengan itu, bersama-samalah kita memelihara dan menjaga alam sekitar fizikal dan manusia supaya kita dapat menikmati kehidupan yang aman dan harmoni.
Borhan Tahere
January 5, 2006   05:36 PM PST
 
wahhh hebattt...kesinambungan pendapat saya pada (Posted by BORHAN TAHERE @ 01/03/2006 09:54 PM PST)... salam perpaduan sekali lagi, isu alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia yang mana patut dijaga dan yang mana patut dipulihara...itulah isu yang hangat diperkatakan bukan sahaja di peringkat pengajian (sekolah dan institusi pengajian tinggi) tetapi isu tersebut juga hangat diperkatakan di dunia luar, dimana ada pembangunan di situ jugalah ada perdebatan, ada yang inginkan pembangunan, ada yang inginkan pengekalan persekitaran fizikal, ada yang inginkan pembangunan diseimbangkan dan ada juga tidak mengambil peduli tentang itu tersebut (mungkin bagi mereka ingin menjadi ibarat "lalang")...Memang sudah pasti jika lihat dari segi perspektif keinginan nafsu manusia yang sentiasa inginkan kesenangan, kemewahan,pemodenan dan sebagainya maka sudah pastilah kemusnahan alam sekitar fizikal akan berleluasa dan menggantikannya dengan persekitaran ciptaan manusia..jadi disini bolehlah dikatakan persekitaran fizikal lebih perlu dipulihara. Tetapi jika dilihat dari perspektif persekitaran fizikal, memang keperluan dan kepentingannya adalah sangat besar dan meliputi segala aspek dimuka bumi dan jika dinilai, memang patut tiada kemusnahan, pencerobohan dan sebagainya terhadap persekitaran fizikal, pendek kata perlu dijaga kesuciaannya...T.Q
Helen James Ming
January 5, 2006   05:06 PM PST
 
Hi guys, rasanya tidak perlulah dipertikaikan manakah yang lebih penting, sama ada alam sekitar fizikal mahu pun alam sekitar manusia. Ini kerana saya memikirkan bahawa kedua-duanya adalah sama penting untuk dijaga dan pelihara dengan sebaik-baiknya. Apabila salah satu daripada bahagian ini musnah atau terjejas pastilah ia akan turut mempengaruhi bahagian yang satu lagi, seperti kata pepatah " cubit paha kiri, paha kanan turut merasainya".

Apa yang penting di sini ialah kerjasama daripada semua pihak dalam menjaga dan memulihara alam sekitar manusia dan fizikal.

Secara peribadi, saya memikirkan bahawa apa pun yang dirancang dan dilaksanakan terutamanya perbangunan-pembangunan yang melibatkan alam sekitar fizikal dan juga manusia perlulah dilakukan secara sederhana atau dalam bahasa yang lain 'moderation'.
Alvira Simon
January 5, 2006   04:07 PM PST
 
Pada abad ke 17, Francis Bacon seorang ahli geografi menyarankan tentang konsep Penentuan Alam Sekitar..Dalam Konesp tersebut, dinyatakan bahawa ‘kita tidak dapat memerintah alam semulajadi, kecuali jika kita mematuhi kuasanya’.. Hakikat ini akhirnya diterima sejak akhir-akhir ini apabila manusia semakin sedar bahawa kemajuan revolusi perindustrian sejak abad ke 18 yang memaksa manusia berfikiran bahawa manusia mampu secara beransur-ansur bebas daripada kuasa alam sekitar sebenarnya adalah salah kerana manusia menyedari bahawa kebelakangan ini penguasaan terhadap alam sekitar semakin menjadi lemah dan bukan menjadi kuat seperti yang diwar-warkan sebelumnya.

Kebenaran yang nyata menunjukkan bahawa sumber-sumber alam fizikal tidak boleh dianggap sebagai tidak terhad dan manusia TIDAK seharusnya memusnahkan alam sekitar fizikal secara sesuka hati sehingga pencemaran dan pemusnahannya mulai mengancam kewujudan diri sendiri.

Oleh itu, dalam perdebatan ini saya bersependapat dengan hujah yang diberikan oleh rakan-rakan lain yang berpendapat bahawa alam sekitar fizikal adalah lebih penting untuk dijaga dan dipelihara.. Ini kerana seperti yang diutarakan oleh Francis Bacon mengenai konsep Penentuan Alam Sekitar jelas menunjukkan bahawa kerakusan manusia mengubah struktur asli alam sekitar fizikal yang lama kelamaannya akan membinasakan manusia itu sendiri.. Saya tidak bersependapat dengan hujah yang dinyatakan oleh saudara As dan rakan yang lain yang mengatakan bahawa alam sekitar manusia lebih penting dijaga. Ini kerana jika kita melihat kepada kes pembinaan Empangan Bakun di Sarawak yang sememangnya tidak diluluskan oleh pihak EIA adalah sebenarnya hasil daripada penjagaan kehendak alam sekitar manusia itu sendirilah yang menyebabkan alam sekitar fizikal terpaksa dikorbankan..Sememangnya dalam jangka masa yang panjang ianya akan memberikan keselesaan kepada penduduk dengan adanya bekalan elektrik, namun bagaimana dengan generasi akan datang???? Tahukah mereka bahawa suatu ketika dahulu Sarawak mempunyai Hutan yang sangat luas di Malaysia..

Walaubagaimana pun, jika persoalan ini tidak memerlukan kita untuk ‘memilih yang mana satukah yang lebih penting” maka saya menyatakan pendapat bahawa keseimbangan kedua-dua komponen ini amat penting dalam mewujudkan keharmonian dan kesejahteran manusia pada masa kini dan akan datang. Keharmonian yang diperolehi ini bukan sahaja memberikan kebaikan kepada manusia malah seluruh hidupan di muka bumi akan hidup harmoni..

Namun, persoalannya pada masa kini adalah bagaimana manusia dapat hidup secara berharmoni dengan alam sekitarnya?????

SEKIAN, TERIMA KASIH…..
Alvira Simon
January 5, 2006   04:01 PM PST
 
Pada abad ke 17, Francis Bacon seorang ahli geografi menyarankan tentang konsep Penentuan Alam Sekitar..Dalam Konesp tersebut, dinyatakan bahawa ‘kita tidak dapat memerintah alam semulajadi, kecuali jika kita mematuhi kuasanya’.. Hakikat ini akhirnya diterima sejak akhir-akhir ini apabila manusia semakin sedar bahawa kemajuan revolusi perindustrian sejak abad ke 18 yang memaksa manusia berfikiran bahawa manusia mampu secara beransur-ansur bebas daripada kuasa alam sekitar sebenarnya adalah salah kerana manusia menyedari bahawa kebelakangan ini penguasaan terhadap alam sekitar semakin menjadi lemah dan bukan menjadi kuat seperti yang diwar-warkan sebelumnya.

Kebenaran yang nyata menunjukkan bahawa sumber-sumber alam fizikal tidak boleh dianggap sebagai tidak terhad dan manusia TIDAK seharusnya memusnahkan alam sekitar fizikal secara sesuka hati sehingga pencemaran dan pemusnahannya mulai mengancam kewujudan diri sendiri.

Oleh itu, dalam perdebatan ini saya bersependapat dengan hujah yang diberikan oleh rakan-rakan lain yang berpendapat bahawa alam sekitar fizikal adalah lebih penting untuk dijaga dan dipelihara.. Ini kerana seperti yang diutarakan oleh Francis Bacon mengenai konsep Penentuan Alam Sekitar jelas menunjukkan bahawa kerakusan manusia mengubah struktur asli alam sekitar fizikal yang lama kelamaannya akan membinasakan manusia itu sendiri.. Saya tidak bersependapat dengan hujah yang dinyatakan oleh saudara As dan rakan yang lain yang mengatakan bahawa alam sekitar manusia lebih penting dijaga. Ini kerana jika kita melihat kepada kes pembinaan Empangan Bakun di Sarawak yang sememangnya tidak diluluskan oleh pihak EIA adalah sebenarnya hasil daripada penjagaan kehendak alam sekitar manusia itu sendirilah yang menyebabkan alam sekitar fizikal terpaksa dikorbankan..Sememangnya dalam jangka masa yang panjang ianya akan memberikan keselesaan kepada penduduk dengan adanya bekalan elektrik, namun bagaimana dengan generasi akan datang???? Tahukah mereka bahawa suatu ketika dahulu Sarawak mempunyai Hutan yang sangat luas di Malaysia..

Walaubagaimana pun, jika persoalan ini tidak memerlukan kita untuk ‘memilih yang mana satukah yang lebih penting” maka saya menyatakan pendapat bahawa keseimbangan kedua-dua komponen ini amat penting dalam mewujudkan keharmonian dan kesejahteran manusia pada masa kini dan akan datang. Keharmonian yang diperolehi ini bukan sahaja memberikan kebaikan kepada manusia malah seluruh hidupan di muka bumi akan hidup harmoni..

Namun, persoalannya pada masa kini adalah bagaimana manusia dapat hidup secara berharmoni dengan alam sekitarnya?????

SEKIAN, TERIMA KASIH…..
Elvina Thomas
January 5, 2006   02:22 PM PST
 
Salam untuk semua.... wah hebat perdebatan kawan-kawan mengenai yang mana satu patut di pulihara samada alam sekitar mausia ataupun fizikal...
Terlebih dahulu saya sependapat dengan dengan kawan-kawan yang menyokong bahawa kedua elemen alam ini perlu di jaga dan di beri perhatian yang sewajarnya.

Pada pendapat saya sebenarnya alam sekitar fizikal dan manusia adalah komponen yang membentuk kepelbagaian di dalam alam ini. dan tidak hanya satu yang lebih penting dari yang lain. sekiranya fizikal sahaja yang penting siapalah manusia?? dan jika manusia sahaja yang penting dimanakah status sekitaran fizikal. Keduanya umpama aur dengan tebing yang saling memerlukan antara satu dengan yang lain. Di tinjau dari segi rasionalnya, bagi persekitaran mausia, manusi telah mengubah alam sekitarnya untuk membangun hidup yang lebih baik. Namun begitu manusia tidak tahu bagai mana alam ini sebenarnya berfungsi kerana terdapat unsur lain yang berada di luar daripada rancangan dan pengurusan manusia seperti bencana alam. Dalam keadaan seperti ini, manusia tidak boleh disalahkan semata-mata kerana kerosakan alam. namun begitu manusia sebenarnya perlu dapat membuat keputusan yang bijak sebelum membuka sesuatu kawasan yang hendak di bangunkan agar kesannya dapat di minimumkan.
sementara alam fizikal pula sekiranya satu kawasan itu tidak di sentuh atau tidak di terokai. kawasan itu tidak mendatangkan apa-apa impak lain kepada manusia ataupun sekitarnya kerana ekosistem biologi didalamnya dapat mengatur sekitaran fizikal itu dengan semulajadinya. kegiatan manusialah yang mengubah alam sekitar fizikal itu sehingga ianya perlu untuk dijaga agar kesinambungan alam( kedua-duanya fizikal dan manusia) akan sentiasa berterusan untuk generasi yang akan datang. saya sangat bersetuju dengan pendapat saudara Stanley, nagen, saudari noraidah dan rusline tentang pentingnya kedua elemen alam ini untuk di titikberatkan tanpa mengabaikan antara setu dengan yang lain.
kita perlu melakukan tugas kita sebagai pengurus yang baik untuk alam sekitar kita, tidak merosakkannya tetapi memastikan generasi akan datang mempunyai alam sekitar fizikal yang sama seperti kita dan mereka masih dapat mengenal flora dan fauna di sekeliling mereka dan bukannya mengetahui haiwan atau bungaatau hidupan hutan atau akuatik melalui buku gambar berwarna atau melalui skrin komputer.

Dengan itu kita di berikan pendedahan mengenai kursus EIA agar kita tahu untuk mengurus kedua alam ini. kerana mungkin... suatu masa nanti manusia juga akan pupus..... bukan kerana dimusnahkan oleh apa-apa tetapi nilai dan sifat terpuji manusia sebenar akan hilang kerana sifat tamak dan haloba untuk mengaut keuntungan. jadi fikir-fikirlah kita sebagai pelajar kursus EIA cabaran untuk kita semua...........
ok kawan-kawan teruskan berdebat!!
Arnold Samih
January 5, 2006   01:38 PM PST
 
Manusia merupakan unsur semulajadi yang paling kurang stabil memandangkan keupayaannya untuk berubah dan juga memulakan perubahan. Manusia telah banyak mengubah suai kebanyakan unsur-unsur alam sekitar semulajadi di atas permukaan bumi. Pada asasnya, bahan-bahan tidak bernyawa dalam alam sekitar sangat stabil dan ia tertakluk kepada perubahan tetapi struktur dalamannya terlalu tegar untuk mengiziknan perubahan sendiri. Sebagai Contoh, perjumpaan kuasa atom telah membolehkan manusia membuat perubahan secara besar-besaran terhadap bentuk fizikal alam semulajadi..

Kerana manusia, ciri-ciri fizikal bumi dapat dilihat dalam tahap kemajuan yang dicapai sejak manusia mulai mengubah permukaan bumi untuk keperluannya. Perubahan pandang darat fizikal oleh manusia telah dijalankan dengan begitu pesat sehingga kebanyakan kawasan di permukaan bumi telah hilang identiti asalnya.

Oleh itu, berbalik pada persoalan yang diberikan..saya bersependapat dengan rakan-rakan yang mengatakan bahawa alam sekitar fizikal adalah lebih penting untuk dijaga berbanding dengan alam sekitar manusia.

Saudara Stanley ada mengatakan bahawa kedua-dua alam sekitar manusia dan alam sekitar fizikal adalah saling bergantungan dan memerlukan. Dengan kata lain beliau menegaskan bahawa manusia tidak dapat hidup tanpa alam sekitar fizikal dan begitu juga sebaliknya alam sekitar fizikal tidak dapat hidup tanpa alam sekitar manusia.

Berdasarkan kepada pendapat dan fakta-fakta yang kukuh, saya menolak 50% daripada pendapat yang diberikan oleh saudara Stanley. Sememangnya tidak dinafikan bahawa manusia tidak akan hidup tanpa alam sekitar fizikal…tetapi perlu ditegaskan bahawa tanpa alam sekitar manusia, alam fizikal akan tetap terus wujud.! Hal ini kerana alam fizikal wujud lebih awal daripada manusia itu sendiri.

Oleh itu saya menegaskan bahawa alam fizikal adalah lebih penting untuk dijaga dan dipulihara. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna alam sekitar manusia tidak penting atau kurang penting berbanding alam fizikal. Harus diingat bahawa kesejeterahan hidup manusia di bumi adalah bergantung kepada sejauhmana tahap kesedaran mereka terhadap menjaga dan memulihara alam sekitar..

Dengan kata lain, manusia bergantung terus secara langsung kepada alam fizikal dalam kehidupan seharian.. Seperti yang dikatakan oleh saudara Shafie, rosak alam sekitar fizikal maka rosaklah alam sekitar manusia!

Sekian...
Noraidah Suntang
January 5, 2006   12:49 PM PST
 
.
Nampaknya semakin lama semakin hebat perdebatan yang berlaku berkaitan isu. Sudah terlalu banyak yang telah diketengahkan namun bagi pendapat saya, Alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia, kedua-dua bidang ini jika dilihat secara menyeluruh sememangnya tidak boleh dipisahkan dan dileraikan perkaitannya di antara satu dengan yang lain. Namun dalam memilih yang mana satu yang ‘lebih penting’ untuk dijaga dan dipulihkan, peratusan sokongan saya adalah lebih banyak kepada penjagaan dan pemulihan alam sekitar manusia. Relevennya saya berkata demikian kerana ianya dapat dilihat melalui pelbagai kesan yang timbul sama ada dalam jangka masa yang pendek ataupun panjang memfokus kepada alam sekitar manusia itu sendiri.
Jika dilihat masyarakat pada masa dahulu, masyarakat primitif lebih bergantung kepada alam sekitar fizikal dan mereka menyesuaikan kehidupan dengan alam sekitar yang asli. Berbanding dengan masyarakat moden, penggantungan tidaklah sekuat masyarakat primitif kerana adanya teknologi moden yang membolehkan mereka mengubahsuai alam sekitar fizikal untuk mengisi kehidupan dan keperluan yang pelbagai. Jadi alam sekitar manusia pada masa sekarang adalah sangat berbeza dan berubah dari masa ke masa serta semakin menimbulkan pelbagai masalah terhadap alam sekitar. Jika hal ini tidak benar, mustahil kita akan didedahkan tentang berbagai-bagai isu alam sekitar hasil dari implikasi manusia itu sendiri contohnya tentang bermacam isu pencemaran seperti pencemaran air, udara, bunyi, permasalahan sosial seperti pertelingkahan dalam pemeliharaan alam sekitar sama ada di peringkat dalam lingkungan sesebuah negara mahupun dalam peringkat global, kewujudan pelbagai kelab pecinta alam dan undang-undang alam sekitar, isu kepupusan pelbagai spesies hidupan khususnya spesies endemik dan tidak ketinggalan juga isu penularan wabak penyakit.
Sudah menjadi lumrah alam bahawa manusia itu dibekalkan dengan akal fikiran yang sempurna dan merupakan pemegang amanah untuk menjaga dan mentadbir bumi dengan baik dan dalam masa yang sama memakmurkan bumi khususnya dalam menjaga alam sekitar yang telah dianugerahkan kepada manusia untuk dimanfaatkan sewajarnya. Namun sekiranya manusia itu sendiri melakukan pelbagai perubahan drastik tarhadap alam sekitar tanpa memikirkan kesannya dengan lebih mendalam dan hanya mementingkan diri sendiri, di sinilah bermulanya kewujudan pelbagai implikasi yang buruk terhadap alam sekeliling dan terhadap manusia itu sendiri. Pembangunan demi pembangunan yang semakin berleluasa dilakukan banyak mengakibatkan kemerosotan alam sekitar. Kemerosotan persekitaran tidak dapat dielakkan semasa pembangunan dilakukan. Malahan persekitaran bio-fizik mula mengalami perubahan sebaik sahaja manusia dilahirkan ke dunia dan pantas memanfaatkan sumber dari persekitaran untuk memenuhi tuntutan kehidupan biologi dan sosio-ekonominya.
Jika dilihat dari segi penggunaan pelbagai logam berat yang banyak digunakan oleh manusia masa kini khususnya dalam industri berat, pelbagai isu yang telah diketengahkan berkaitan penggunaan logam-logam berat oleh manusia ini terhadap alam sekitar dan salah satu contohnya adalah seperti pencemaran ekosistem akuatik melalui pembuangan sisa-sisa logam berat ini. Logam-logam berat boleh memasuki persekitaran akuatik sekurang-kurangnya melalui lima cara iaitu proses luluhawa geologi, industri pemprosesan, industri logam, penggunaan logam-logam dan komponen-komponen logam serta larutresap logam-logam dari sampah sarap dan sisa buangan pepejal. Logam-logam berat ini juga boleh mencemarkan persekitaran akuatik melalui pembakaran bahanapi fosil serta deposit pencemar dari udara. Beberapa aktiviti yang membawa kepada pencemaran akuatik ini berlaku adalah dengan penglibatan manusia itu sendiri. Jadi di sini dapat kita lihat bahawa sekiranya alam sekitar manusia itu dijaga dan dipulihkan terlebih dahulu, maka dengan kesedaran dalam diri manusia itulah banyak membantu dalam mengekalkan dan sekurang-kurangnya memelihara alam sekitar fizikal yang sedia ada. Jika alam sekitar manusia tidak dijaga dan dipulihkan, besar kemungkinan episod ngeri seperti kes Minamata dan ‘itai-itai’ ataupun malapetaka buatan manusia pastinya sering kali berlaku di seluruh dunia hasil kecuaian manusia itu sendiri.
Oleh yang demikian, dalam setiap perancangan sesebuah negara seperti perancangan perindustrian, pertanian, perancangan struktur ataupun perancangan induk dalam sesebuah pembangunan yang ingin dilaksanakan, perlulah mengambil kira soal implikasi yang akan dan bakal berlaku dalam merealisasikan sesuatu pembangunan yang ingin diwujudkan. Dalam aspek inilah juga betapa pentingnya alam sekitar manusia itu dijaga agar kesedaran tentang pentingnya alam sekitar terpupuk dalam jiwa setiap manusia seterusnya mampu mengelakkan berlaku berbagai-bagai perkara yang tidak diingini seperti kejadian tanah runtuh, bencana alam seperti banjir akibat pembinaan bangunan dan sistem saliran yang tidak terancang, jerebu, penularan pelbagai penyakit seperti kerosakan ginjal, kerosakan urat sarat dan otak, anemia, radang usus, jangkitan paru-paru dan hati, kanser kulit, kerencatan tumbesaran dan sebagainya.
Jadi dalam memastikan alam sekitar terpelihara dengan sebaiknya, penjagaan dan pemulihan alam sekitar manusia adalah wajar diberi tumpuan yang lebih memandangkan disebabkan manusialah, alam sekitar mengalami pelbgai perubahan seterusnya mambawa kepada kesan yang serius terhadap persekitaran mahupun diri manusia itu sendiri. Oleh itu, jelaslah di sini bahawa alam sekitar manusia adalah lebih penting dijaga dan dipulihkan walaupun alam sekitar manusia dan fizikal itu tidak mungkin dapat dipisahkan antara satu dengan yang lain.
LEE SHUK YEN
January 5, 2006   10:36 AM PST
 
Setelah meninjau pelbagai pendapat yang disumbangkan oleh rakan-rakan seperjuangan yang dipaparkan di ruang diskusi. Ramai rakan menyatakan bahawa alam sekitar fizikal lebih mustahak untuk dijaga dan dipulihara jika dibandingkan dengan a/s manusia.
Walaupun demikian, saya tetap dengan pendirian bahawa keseimbangan antara kedua-dua aspek perlu diberi perhatian untuk dijaga dan dipulihara. Ini disebabkan a/s fiz dan a/s manusia adalah saling mempengaruhi antara satu sama lain dan tidak boleh dipisahkan. Oleh yang demikian, saya amat bersetuju dengan pendapat sdr Standley, Cathy, dan sdri Jaidi.
Saya berpendapat bahawa sekiranya salah satu a/s timbulnya masalah, maka a/s yang lain turut menerima kesan daripada masalah tersebut. Sebagai contoh, masalah bilangan penduduk yang meningkat menyebabkan aktiviti pembangunan giat dijalankan di sekitar UMS, ini telah menyebabkan a/s fiz terganggu iaitu kawasan yang berperanan sebagai penambak ombak semulajadi serta tempat tinggal pelbagai spesies telah dimusnahkan. Kemusnahan a/s fiz seterusnya memberi kesan kepada a/s manusia. Penduduk yang akan tinggal di tempat berkenaan akan menanggung risiko dilanda banjir. Maka boleh dikatakan kedua-dua alam sekitar ini saling berkaitan.
Saya tidak bersetuju dengan sdri Kieu yang menyatakan "a/s fiz tidak dapat dikawal oleh manusia kerana dipengaruhi oleh faktor semulajadi contoh air hujan menyebabkan hakisan." Sebenarnya hakisan berlaku berpunca daripada aktiviti manusia contohnya hutan ditebang untuk dijadi kawasan perumahan, air hujan yang turun akan terus sampai ke permukaan tanah yang tidak dilindung oleh tumbuhan, maka kejadian hakisan berlaku.
Manakala tentang pandangan sdr Fadilah, "a/s fiz tidak akan dibinasa atau diganggu tanpa adanya campur tangan manusia." Di sini, saya memberi pendapat bahawa sebenarnya a/s fiz juga akan diganggu tanpa adanya campur tangan manusia tetapi disebabkan bencana alam seperti gempa bumi dan tsunami. Gempa bumi telah menganggu bukan sahaja a/s fiz tetapi juga a/s manusia seperti yang disiarkan dalam ruang WHO(gempa bumi di South Asia).
Akhirnya, saya menegas sekali lagi kedua-dua aspek a/s fiz dan a/s manusia perlu dijaga dan dipulihara demi kebaikan bersama. Maaf jika ada komen yang menyinggung perasaan sdr/ sdri. Ruang diskusi ini membolehkan kita belajar antara satu sama lain. Semoga anda dapat belajar sesuatu daripada ruang diskusi ini! Sekian terima kasih dn jumpa lagi!
CHANG YAN SAN
January 5, 2006   10:35 AM PST
 
Tugasan Blog 2:
Pada pendapat saya, alam sekitar fizikal merujuk kepada objek atau komponen yang wujud secara semulajadi dan bukan daripada buatan manusia, contohnya sungai, hutan, bukit, tanah, air dan cuaca. Alam sekitar manusia pula merujuk kepada objek atau komponen yang dihasilkan oleh manusia dengan mengubah keadaan asal bumi kepada sesuatu bentuk yang diingini, contohnya bangunan, jalan raya, budaya, cara hidup dan aktiviti ekonomi serta sosial manusia.
Saya bersetuju dengan saudara Mohamad Razi dan beberapa rakan yang lain, bahawa kedua-dua alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia adalah penting dan saling berhubungkait atau memerlukan antara satu sama lain. Alam sekitar fizikal menyediakan ruang untuk pembangunan dan perkembangan alam sekitar manusia manakala alam sekitar manusia memberikan peluang agar alam sekitar fizikal dapat digunakan secara bermanfaat daripada terbiar begitu sahaja. Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa kedua-dua komponen ini memang rata-ratanya penting untuk dijaga dan dipulihara agar mencapai keseimbangan antara 2 komponen ini.
Namun, ALAM SEKITAR FIZIKAL merupakan komponen yang LEBIH PENTING untuk dijaga dan dipulihara. Hal ini kita melihat, asas untuk manusia hidup di bumi ini ialah alam sekitar fizikal (seperti yang dikatakan oleh rakan kita). Di alam sekitar fizikal, kita mendapat bekalan udara (oksigen) dan air, tanah untuk dipijak dan bahan-bahan untuk pembinaan. Lalu, di situlah kita membangunkan suatu alam sekitar manusia yang lebih sempurna dan selamat untuk dihuni. Maka, alam sekitar fizikal adalah lebih perlu diberi perhatian kerana jika alam sekitar fizikal sudah bermasalah, di mana lagi boleh wujudnya alam sekitar manusia yang selamat dan kukuh untuk meneruskan kelangsungan hidup manusia secara terjamin? Di sini, saya ambil contoh Joity untuk menyokong pendapat saya, iaitu penerokaan kawasan hutan (Pembalakan) di daerah Keningau, Sabah pada tahun 1996 telah menyebabkan berlakunya banjir lumpur dan kemusnahan harta benda serta meragut sejumlah besar nyawa manusia. Dengan kata lain, terganggunya alam sekitar fizikal secara langsung akan membawa kesan buruk dan menghancurkan sekali alam sekitar manusia dan kita sendiri.
Hari kiamat, dalam pengajaran agama Islam, adalah hari yang menandakan bakal tamatnya hayat bumi termasuk manusia-manusia yang menghuni di bumi ini. Dunia kiamat apabila segala bencana alam berlaku bermula dari alam sekitar fizikal mengundang kemusnahan bumi dan akhirnya membawa kepada tanda noktah bagi kelangsungan alam sekitar manusia sekaligus hayat manusia sendiri. Dalam hal ini, (saya tidak menolak bahawa ada sesetengah bencana alam berlaku semula jadi atau di luar jangkaan dan bukan hasil akibat tindakan manusia) saya percaya bahawa kebanyakan bencana alam berlaku kerana di dalam alam sekitar fizikal itu tidak mencapai keseimbangan atau kestabilan yang sepatutnya berhubung dengan akibat pengeksploitasiannya yang terlampau bagi kepentingan alam sekitar manusia dan akhirnya membawa padah kepada alam sekitar manusia serta kesejahteraan hidup manusia sendiri. Jelas di sini, musnahnya alam sekitar fizikal akan mengundang kepada tamatnya kehidupan manusia dan persekitaran manusia. Maka, penekanan yang lebih perlu ditumpukan kepada alam sekitar fizikal dalam menyebut hal penjagaan dan pemuliharaan.
Merujuk pendapat ahli sains persekitaran (dikemukakan oleh saudara Asmin) “alam sekitar mampu memulihkan kerosakan yang berlaku secara semulajadi tetapi tidak bagi kemusnahan dan kerosakan akibat perbuatan manusia”. Contoh kerosakan secara semulajadi iaitu pokok yang mati semulajadi di dalam hutan akibat mengalami penuaan. Dalam keadaan ini, pokok baru akan tumbuh menggantikan pokok yang telah mati. Alam sekitar tidak mampu pulih bagi kemusnahan dan kerosakan akibat perbuatan manusia, contohnya, lereng atau kaki bukit yang dipotong tanah dan pokoknya untuk tujuan pembinaan jalan raya atau perumahan, tidak dapat pulih kepada keadaan asal, kecuali jika keajaiban berlaku di mana tanah dan pokok dengan sendirinya tumbuh semula di kawasan berkenaan...Itulah sebabnya kita selalu mendengar tentang kejadian tanah runtuh di lereng atau kaki bukit yang ada dibina jalan raya dan rumah. Memandangkan hakikatnya begini, tambahan pula jika kita memerhatikan alam sekitar fizikal di sekeliling kita yang sudah terbukti semakin hari semakin tenat dirinya dicemari dan ‘diperkosa’, jadi bukankah patut alam sekitar fizikal itu lebih meminta perhatian kita untuk menjaga dan memuliharanya? Sesungguhnya, kita telah banyak melalaikan tanggungjawab kita untuk memelihara alam sekitar fizikal kerana ghairah mengejarkan kemewahan dan pembangunan, apakah kita masih patut mengetepikan tanggungjawab kita untuk memuliharanya selepas kita sendiri yang telah banyak merosakkannya?
Rakan kita Hii ada mengatakan bahawa “alam sekitar fizikal biasanya digunakan oleh manusia untuk memenuhi keperluan dan kehendak mereka dan bukan manusia menyesuaikan diri dalam alam sekitar yang semula jadi tanpa apa-apa pembangunan.” Saya bersetuju dengan pernyataan ini kerana manusia memang telah banyak mengubah keadaan asli pada alam sekitar fizikal agar ia dapat disesuaikan dengan kehendak manusia. Manusia senang-senang mendirikan bangunan dan tempat kediaman di sana sini dengan meneroka kawasan hutan atau menimbus kawasan paya bakau mahupun menggondolkan bukit. Manusia juga senang-senang untuk berpindah ke kawasan lain apabila didapati kawasan asalnya tidak lagi bernilai dari segi ekonomi. Maka, yang menjadi mangsa kepada pembangunan tidak tetap ini ialah alam sekitar fizikal yang hakikatnya tidak dapat dipindah seperti manusia dari satu tempat ke tempat lain. Jadi, saya bersetuju dengan Hii bahawa dengan itu, alam sekitar fizikal lebih penting untuk dijaga dan dipulihara.
Merujuk pendapat saudari Astina, memang kita tidak dapat menafikan tindakan manusia telah banyak mempengaruhi alam sekitar fizikal sehingga alam sekitar fizikal telah banyak mengalami perubahan semata-mata untuk tujuan memenuhi keperluan dan permintaan manusia. Manusia pada peringkat ini sememangnya telah muncul sebagai juara. Namun, berikutan perubahan ini, alam sekitar fizikal telah hilang kestabilan dalam kitaran ekosistemnya lalu akan menyebabkan berlakunya pelbagai bencana alam yang akhirnya mendatangkan keperitan dan kemusnahan hidup kepada manusia termasuk alam sekitar manusia itu sendiri...sememangnya, dalam hal ini, manusia adalah tidak dapat melarikan diri daripada tuduhan sebagai penyebab kepada segala fenomena ini dan juga tanggungjawab untuk ‘menyembuhkan’ alam sekitar fizikal. Namun, jika difikirkan secara mendalam lagi, apakah kejadian bencana-bencana alam ini telah menjelaskan bahawa kuasa alam sekitar fizikal telah mengatasi kuasa dan pengaruh manusia serta alam sekitar manusia akhirnya? Dengan kata lain, manusia sendiri juga yang telah menjadikan mangsa pada peringkat akhir. Jadi, pada pendapat saya, untuk mengelakkan kita sebagai manusia daripada terus menjadi mangsa dalam kejadian sedemikian, alam sekitar fizikal adalah lebih penting untuk dijaga dan dipulihara berbanding alam sekitar manusia.
Berhubung dengan pernyataan saudari Kamisah “alam sekitar fizikal dari dulu hingga kini hanya menjalankan tanggungjawabnya dalam melaksanakan proses2 dan sistem yg perlu dilaksanakannya sebagai alam sekitar fizikal. Alam sekitar fizikal tidak melakukan apa2 perbuatan utk merosakkan manusia”...saya ingin mengemukakan sedikit pertanyaan...apakah alam sekitar fizikal pada masa kini masih mampu untuk menjalankan tanggungjawabnya yang seadanya setelah banyak dibebankan oleh kesan-kesan negatif akibat pembangunan alam sekitar manusia yang wujud? Dan ingin saya tambah di sini iaitu dikatakan “alam sekitar fizikal HANYA menjalankan tanggungjawab...”, bagi saya, tanggungjawab yang sekadar “hanya” ini sudah cukup besar maknanya dalam usaha untuk mengekalkan dan menstabilkan dirinya supaya sentiasa dalam keadaan yang asli dan sempurna, agar dapat memenuhi keperluan dan permintaan alam sekitar manusia. Umumnya, “alam sekitar fizikal tidak melakukan apa-apa perbuatan untuk merosakkan manusia” JIKA tidak ‘diusik malampaui batasan’. Merujuk kepada kes-kes seperti tanah runtuh dan banjir kilat atau lumpur yang kerapkali berlaku, bukankah itu tindak balas daripada alam sekitar fizikal yang telah merosakkan manusia? Adalah tidak salah bagi kita untuk mengatakan manusialah yang perlu bertanggungjawab dan sedar berhubung kejadian ini kerana hakikatnya memang begitu, tetapi titik fokus di sini ialah pada tahap sedemikian, apakah alam sekitar manusia termasuk manusia sendiri masih mampu kekal kukuh dan hidup senang jika alam sekitar fizikal telah bertindak untuk memusnahkan alam sekitar manusia? Untuk itu, apakah kita masih perlu rasa ragu-ragu untuk memutuskan mana yang LEBIH penting untuk dijaga dan dipulihara agar kejadian-kejadian tersebut tidak diulangi sebaik-baiknya?
Maka dengan itu, saya bersetuju dengan saudara Mohamad Razi dan saudari Joity bahawa alam sekitar fizikal merupakan komponen yang lebih penting untuk dijaga dan dipulihara kerana penjagaan alam sekitar fizikal juga boleh (secara langsung atau tidak) membawa kepada penjagaan alam sekitar manusia. Contohnya, jika alam sekitar fizikal adalah bebas daripada masalah pencemaran, kerosakan dan kemerosotan berikutan bencana alam, adalah diyakini alam sekitar manusia dapat terus wujud dengan selamat dan kukuh kerana ia tidak perlu berhadapan dengan kemungkinan berlakunya masalah yang dibawa oleh alam sekitar fizikal.
Saya ingin membuat sedikit penegasan pada perenggan akhir ini. “Alam sekitar manusia tidak akan boleh wujud sendiri tanpa adanya alam sekitar fizikal, begitu juga alam sekitar fizikal tanpa alam sekitar manusia”. Berhubung dengan konsep keseimbangan yang diterapkan dalam pernyataan daripada saudara Stanley ini, memang saya persetujui sekaligus saya tidak membantah jika dikatakan kedua-duanya perlu dijaga dan dipulihara dan sebaik-baiknya keseimbangan yang sepatutnya wujud antara 2 komponen ini dapat dicapai bagi mewujudkan kehidupan yang harmoni. Namun, memandangkan kesan yang timbul ke atas alam sekitar fizikal akibat pembangunan masa kini, dan seperti kata saudara Samsam yang disokong oleh saudari Noor Baizurah bahawa “alam sekitar fizikal sangat sensitif dengan sebarang perubahan yang berlaku” dan “dilihat dari segi 'ketenatan' yang dialami adalah lebih pada alam sekitar fizikal”, jadi saya berpendapat bahawa alam sekitar fizikal adalah LEBIH penting ditekankan dalam hal penjagaan dan pemuliharaan berbanding alam sekitar manusia.

Sharon Pascol
January 5, 2006   10:13 AM PST
 
I..morning semua...semakin hangat lagi perbincangan kita mengenai mana satu isu yg perlu dijaga dan dipulihara sama ada Alam Sekitar Fizikal or Alam Sekitar Manusia. Sekali lagi saya menegaskan bahawa Alam Sekitar Fizikal lah perlu dijaga..nampaknya saya tidak keseorangan mengatakan bahawa Alam Sekitar Fizikal perlu dijaga. Sebelum ini saya telah memberikan beberapa hujah mengenai pendirian saya. Belum puas lagi mo berhujah ni...he2

Saya amat tertarik dengan...hujah yang diutarakan oleh Lai Chew Fong iaitu:

Pada pandangan saya, walaupun alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia kedua-duanya sama penting serta perlu dijaga dan dipulihara bagi mewujudkan pembangunan lestari, namun dalam perdebatan ini, saya tetap berpendapat bahawa alam sekitar fizikal lebih penting untuk dijaga dan dipulihara. Hal ini kerana sekiranya sesebuah projek pembangunan yang dilaksanakan dapat mengutamakan atau memberi perhatian terhadap alam sekitar fizikal, maka kualiti alam sekitar pun tidak banyak terjejas. SAYA SOKONG..

Nampaknya pendapat kami sama, iaitu Alam Sekitar Fizikal perlu dijaga, kerana bermula dari pemuliharaan dan penjagaan alam sekitar fizikal lah kita dapat menjaga alam sekitar kita. Saya ambil satu contoh satu projek alam sekitar fizikal yang tidak dijaga dan dipulihara kesan aktiviti pembangunan. Saya ambil contoh tapi dimana ya yg paling dekat...paling dekat projek Alam Mesra lah...siapa yg ndak tau tu entahlah...

Dahulunya time saya budak2 tempat tu memang cantik dengan paya bakau dia, coz tempat tu laluan saya balik rumah. Tiba2 time saya mo masuk UMS kawasan dia kena timbun, habis pokok bakau kena tebang. Kesian oh..pokok bakau n habitat didalam dia, mesti ketam2 comel tiada sudah. Dengan sekelip mata sahaja sudah buat bangunan..sekarang ni mo dekat siap dah pun. So sekarang ni mana yang pelu kita jaga Alam Sekitar Fizikal or Alam Sekitar Manusia.

Mestilah Alam Sekitar Fizikal, Spesis bakau semakin pupus..yang saya ingat di kawasan KK satu lagi Hutan Simpan Bakau di Jalan pergi Mimpian Jadi. Banyak lagi kawasan lain untuk buat pembangunan bukannya kawasan Bakau yg spesis dia semakin pupus tu, seperti kata saudara Nasa...yg turut menyokong Alam Sekitar Fizikal:
maka alam sekitar fizikal terlebih dahalunya perlu dijaga dan dipulihara. Bagi segala bentuk pembangunan baru yang melibatkan kawasan yang luas perlulah diramal dan dinilai terlebih dahulu aspek alam sekitar fizikalnya. Mungkin pembangunan mapan boleh menjadi jawapannya.

Pembangunan mapan menjadi jawapannya...ya tentu sahaja...walaupun pembangunan untuk kemudahan rakyat semua dan keuntungan bagi pemaju. Tetapi aspek penjagaan Alam Sekitar perlu dan penting untuk dititikberatkan. Lihat sahaja...kawasan jalan raya di depan UMS ndak pernah banjir...sekarang ni boleh tetiba ada banjir kilat...itulah kesannya jika tiada langkah penjagaan dan pemuliharaan yang dijalankan. Bak kata orang Mencegah Lebih Baik daripada Mengubati.

Saya amat tidak bersetuju dengan saudara Borhan yang mengatakan 'komponen fizikal boleh diwujudkan semula dan kompenen manusia perlu memikirkan keadaan masa kan datang'...macam mana ah kita mewujudkan semula komponen fizikal? mampukah kita? saya rasa kita tidak mampu untuk mewujudkan komponen fizikal semula kerana jika sudah ada pembangunan dengan batuan konkritnya..dengan tebatannya, dengan suhunya yg semakin panas. Dapatkah kita mewujudkan semula, sebaliknya ia memberi ancaman dan kesan kepada manusia. Jika hanya menanam pokok2 hijau rasanya ia masih belum mampu mewujudkan semula komponen fizikal kita. Mungkin itu hanyalah pendapat saya...dan saudara borhan ada pendapat sendiri untuk mewujudkan semula komponen fizikal.

Sekian sahaja...

Mildah Kasin
January 4, 2006   09:56 PM PST
 
bagi saya, kedua-dua elemen ini sama pentingnya kerana ia saling berkaitan di antara satu dengan yang lain. Sekiranya alam sekitar fizikal sahaja yang dijaga, bagaimana pula dengan nasib yang yang akan menimpa ke atas alam sekitar manusia??? seharusnya pembangunan alam sekitar manusia dan pembangunan alam sekitar fizikal perlu bergerak seiring mengikut peredaran masa agar tidak wujud kesan-kesan yang boleh memusnahkan kedua-dua elemen tersebut.
Hayani Diasin
January 4, 2006   09:51 PM PST
 
pada pandangan saya, kedua-dua elemen ini sangat penting kerana ia saling berinteraksi.Tindakan membelakangkan salah satu daripada aspek yang disebutkan akan mendatangkan kemudaratan kepada kehidupan kita sendiri. Pengabaian alam sekitar dalam aspek pembangunan akan menyebabkan ekosistem terancam manakala pengabaian alam sekitar manusiapula mampu mnyebabkan identiti bangsa kita hilang. Oleh itu, kita sebagai manusia yang dilahirkan dengan akal fikiran seharusnya mampu membuat keputusan yang sebaik mungkin untuk kebaikan bersama.
LAI CHEW FONG
January 4, 2006   08:05 PM PST
 
PERHATIAN:

Sebelum saya memulakan pendebatan, saya ingin menjelaskan satu perkara yang nampak lucu tapi penting dan serius bagi saya. Sebenarnya, debatan yang dihantar oleh LAI CHEW FONG @ 01/04/2006 04:18 PM PST dengan tulisan "dadad" sahaja bukan dihantar oleh saya sendiri, iaitu pelajar bernama Lai Chew Fong. Dengan jujurnya, saya tidak berasa marah, tapi rasa pelik.
Saya difahami juga keadaan ini mungkin disebabkan kesilapan pelajar lain yang tersalah klik dan terhantarnya. Dan saya memaafkan pihak yang tersilap berbuat sedemikian.


Terima kasih atas debatan yang dikemukakan oleh Asmin. Saya ingin membalas debatan Asmin dengan merujuk kepada pernyataan yang berbunyi seperti berikut:

“Saya kurang bersetuju dengan mereka yang berpendapat bahawa alam sekitar manusia yang lebih penting untuk dijaga dan dipulihara daripada alam sekitar fizikal. Memandangkan manusia yang berfikiran akal, maka alam sekitar fizikal lebih penting untuk dijaga dan dipulihara. Hal ini kerana manusia mampu memilih alternatif lain untuk menjalankan pembangunan dengan meminimumkan kerosakan pada alam sekitar fizikal.”

Berdasarkan tafsiran Asmin, pernyataan di atas boleh diringkaskan bahawa “manusia tidak perlu dijaga”. Saya tidak setuju dengan tafsirannya. Hal ini kerana anda hanya melihat konteks dalam pernyataan tersebut dari frasa atau persepsi “dipulihara” sahaja dan bukannya kedua-dua frasa yakni dijaga dan dipulihara. Pada pendapat saya, pernyataan tersebut tidak pun mencerminkan atau membawa maksud manusia tidak perlu dijaga. Apa yang ingin saya tekankan dalam pernyataan tersebut ialah alam sekitar fizikal lebih penting untuk dijaga dan dipulihara berbanding dengan alam sekitar manusia.

Menurut pandangan Asmin lagi, “…memang benar menusia ni ada akal tetapi kadangkala akal itulah yang menjadikan mereka lebih teruk dari binatang kerana menyalahgunakan akal tersebut.” Cuba fikirkan, sekiranya manusia yang berfikiran akal tidak pandai atau tidak dapat menjaga dan memulihara alam sekitar fizikal, siapakah lagi yang berperanan atau diamanahkan untuk berbuat sedemikian? Pada pandangan saya, insan yang menyalahgunakan akal akan disusuli dengan tindakan bersifat pemuliharaan, pencegahan serta mergurus dan merancang. Misalnya, kelahiran EIA, kuatkuasaan undang-undang alam sekitar dan pelbagai kempen kesedaran sebagai langkah tebatan. Tindakan yang bersifat pemuliharaan, pencegahan dan mergurus dan merancang ini merupakan ciptaan hasil daripada akal manusia juga. Manusia yang menyalahgunakan akal, manusialah juga menggunakan akalnya dengan bijaksana untuk menjaga dan memulihara alam sekitar.


Pada pandangan saya, walaupun alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia kedua-duanya sama penting serta perlu dijaga dan dipulihara bagi mewujudkan pembangunan lestari, namun dalam perdebatan ini, saya tetap berpendapat bahawa alam sekitar fizikal lebih penting untuk dijaga dan dipulihara. Hal ini kerana sekiranya sesebuah projek pembangunan yang dilaksanakan dapat mengutamakan atau memberi perhatian terhadap alam sekitar fizikal, maka kualiti alam sekitar pun tidak banyak terjejas. Apabila kualiti alam sekitar fizikal tidak terganggu, maka ia tidak memberi kesan yang teruk kepada alam sekitar manusia. Sebab manusia dapat hidup dengan sihat, di samping pembangunan dapat diteruskan. Sebaliknya, jika pelaksanaan sesuatu projek pembangunan yang mengabaikan aspek alam sekitar fizikal, nescaya manusia akan ditimpa kesan-kesan negatifnya seperti banjir kilat, tanah runtuh, pencemaran air, udara dan sebagainya. Dengan ini, saya amat bersetuju dengan pandangan saudari Norliati bahawa “alam sekitar fizikal lebih mendapat tempat utama kerana rosaknya alam sekitar fizikal akan memberi implikasi kepada alam sekitar manusia". Oleh itu, alam sekitar fizikal adalah lebih penting untuk dijaga dan dipulihara.


NASARUDIN MOHD. BASRAN
January 4, 2006   07:58 PM PST
 
Assalamualaikum…...salam perdebatan buat semua

Yang mana penting untuk dijaga atau dipulihara antara alam sekitar fizikal atau manusia? Begitulah tajuk perdebatan kita.

Chehhh……………bukan main hebat semua melebarkan hujah.

Terlebih dahulu saya ingin menegaskan bahawa saya memang menyokong kuat alam sekitar fizikal yang penting untuk dipulihara. Sememangnya kedua alam sekitar manusia dan fizikal memanglah penting. Kedua-dua aspek tersebut dapat mewujudkan satu bentuk system yang dinamik. Namun, menjawab kepada soalan ini, mengkehendaki saya untuk membuat pilihan. Justeru, gerak hati dan perahan minda saya memilih alam sekitar fizikal adalah lebih penting untuk dipulihara. Dengan ini saya juga ingin menentang habis-habisan pendapat bahawa alam sekitar manusia yang perlu dijaga.

Pada pendapat saya alam sekitar fizikal adalah aset yang penting dalam kehidupan manusia. Saya setuju dengan pendapat Lai Chew Fong dan Roslan yang menyatakan “alam sekitar fizikal boleh wujud tanpa manusia”. Namun sebaliknya manusia tidak boleh wujud tanpa alam sekitar fizikal. Tanpa alam sekitar fizikal di atas muka bumi ini sudah tentu manusia tidak akan hidup. Bayangkan jika tidak ada air, hutan, haiwan dan makhluk lain yang tidak dipulihara. Mampukah rakan-rakan yang memilih alam sekitar manusia yang perlu dijaga dapat hidup? Sudah tentu tidak. Jadi mengapa perlu berfikir panjang.

Kusangka Tuah rupanya Jebat,
Kusangka hebat rupanya dahsyat.

Dunia pemodenan masa kini. kita sering digembar-gemburkan atau dikejutkan dengan pelbagai fenomena alam yang semakin merisaukan. Pencemaran alam, peningkatan suhu bumi, pulau haba, kesan rumah hijau, kemarau, banjir kilat, kepupusan spesis haiwan, penipisan lapisan ozon dan jerebu adalah antara fenomena yang sering menjadi tajuk-tajuk akhbar dan berita-berita semasa. Semua fenomena ini adalah berpunca daripada kerakusan manusia dalam mengejar arus pembangunan tanpa menjaga estetika alam semula jadi. Akibatnya, manusia jugalah yang menanggung kesannya. Jadi, tidak dapat dinafikan lagi bahawa alam sekitar fizikal memang penting untuk dipulihara dan dijaga. Dengan ini, saya menentang hujah saudara Mohamad Hir Ramli yang menyatakan “Pengorbanan alam sekitar fizikal amat perlu berikutan pertambahan penduduk, permintaan ekonomi dan pembangunan persekitaran manusia”.

Saya tertarik dengan pernyataan rakan-rakan yang menyatakan manusia diciptakan oleh tuhan adalah sebagai khalifah di atas muka bumi ini. Akal fikiran yang dianugerahkan menjadikan manusia sebagai pentadbir alam. Justeru manusialah yang mencorakkan alam sekitar fizikal. Adakah makhluk lain yang mampu mentadbir alam? Tidak sama sekali. Seharusnya manusia bijak dalam menjaga alam sekitar fizikal. Ia amat penting untuk generasi akan datang. Saya setuju dengan pendapat Sharon, Samsam, Fadillah, dan Esther bahawa alam sekitar fizikal perlu untuk dipulihara. Ini kerana alam sekitar fizikal adalah tempat untuk mendapatkan makanan dan berteduh bagi manusia. Dengan hanya melayan kerakusan manusia terhadap alam sekitar fizikal dalam pembangunan, sudah tentu meragut nyawa manusia.

Jelaslah, bagi menjamin kesejahteraan hidup manusia, maka alam sekitar fizikal terlebih dahalunya perlu dijaga dan dipulihara. Bagi segala bentuk pembangunan baru yang melibatkan kawasan yang luas perlulah diramal dan dinilai terlebih dahulu aspek alam sekitar fizikalnya. Mungkin pembangunan mapan boleh menjadi jawapannya. Sesungguhnya, pembangunan mapan dapat mewujudkan pembangunan yang seimbang dengan alam sekitar fizikal mahupun manusia. Signifikannya, EIA menjadi tonggak utama dalam penilaian tersebut.

Akhir kata, sekian dan salam perpaduan buat kita semua…………………........................

FIKIR-FIKIRKANLAH….USAH BIARKAN HIDUP ANDA DISELUBUNGI OLEH KERAKUSAN ALAM
juriah binti nordan
January 4, 2006   07:18 PM PST
 
ASSALAMULAIKUM...pembuka cerita ni...lagi satu pula..hai pada ahli-ahli my tv3..ops..salah kepada pedepat2 yang bijak-bijak bistari...ceh kembanglah tu konon pantang puji betullah korang ni...

persoalan diantara mana yang lebih penting samaada "alam sekitar fizikal" ataupun "alam sekitar manusia" yang patut dijaga dan dipulihara...mana satu ya...???

"alam sekitaran fizikal" dan "alam sekitaran manusia"...kedua-duanya adalah sama penting. namun begitu,kita manusia selalunnya diberi 2 pilihan untuk memilih untuk kepentingan manusia sejagat...bukan untuk suka-suka...

saya bersetuju dengan pendapat saudara hafiz yang menyatakan tentang makna "jaga" dan "pulih"dimananya membawa maksud yang berbeza..yang perlu kita ketahui.. tapi jangan sampai ada golongan diantara kita yang hanya tahu untuk menjaga dan satu golongan lagi hanya tahu untuk memulih sahaja..

alam sekitar fizikal sememangnya penting kerana manusia berkait rapat dengan alam sekitaran fizikal. oleh yang demikian,alam sekitaran fizikal yang ada hendaklah dijaga dan dipulihkan apabila rosak. "ROSAK" apabila rosak kita pulihkan..seringkali kita melakukan perkara dan tindakan yang sama sejak dahulu lagi kerana dalam fikiran kita alam fizikal kita telah tenat..seperti yang dinyatakan oleh rakan-rakan kita yang lain..

inilah yang menjadi persoalannya mengapa kita asik memulihkan sesuatu yang telah "ROSAK"sahaja..kenapa kita tidak melihat asal-usul kerosakan tersebut..agar kerosakan itu tidak terjadi secara berulang-ulang...memang ada yang menyatakan ada yang disebabkan secara semulajadi tetapi kita jangan lupa dialam ini ada manusia..MANUSIA???atau PEROSAK???

"adakah mungkin golongan kita ini lebih suka untuk memperbaiki sesuatu yang telah terjadi daripada cuba untuk mengelak kejadian.."..ataupun itulah sifat dan sikap orang kita yang lebih suka bertindak setelah mengalami dan merasa peritnya..bak kata perpatah bila terhantuk baru ternada..orang kita kah itu..???

sememangnya kita tahu manusia berakal tapi kita lupa manusia tetap manusia yang sering hilang pertimbangan dan kewajaran mereka begitu juga dengan etika mereka.seperti yang rakan-rakan kita nyatakan .contohnya kita boleh lihat kehilangan pertimbangan mereka ..bagaimana rakusnya manusia menebus guna paya bakau yang dianugerahkan tuhan..macam tiada kawasan lain yang hendak dibangunkan. paya bakau yang kita semua tahu apa kegunaanya salah satunya untuk menghalang hakisan ombak...di sini kita lihat kesedaran mereka manusia..bila terjadinya tsunami barulah orang-orang kita sibuk mempertahankan hutan paya bakau..kita tidak mahu seperti ini kita manusia sedar lebih awal daripada yang sepatutnya..agar kita tidak menyesal di kemudian hari..memulihkan keadaan setelah parah..fikiran manusialah salah satunya yang perlu dipulihakan seperti yang dinyatakan oleh rakan kita..agar mereka mengubah pandangan mereka terhadap alam..jangan hanya menilai alam kita ini dari sudut yang menguntungkan terutamanya "WANG"..

kita perlu untuk menyedarkan manusia...memulihkan mereka..daripada terus menjadi manusia perosak..manusia kian bertamabah sekiranya tidak dipulihkan daripada sekarang maka makin bertambahlah manusia perosak yang merosakkan alam sekitaran fizikal kita.

di sini saya tegaskan bahawa alam sekitaran manusia perlu di jaga dan di pulihara kerana manusia harus mempunyai alam sekitaran yang sihat dan selesa untuk didiami..namun begitu,penjagaan dan pemuliharaan alam sekitaran manusia hendaklah seiring dengan penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar fizikal kerana kita berada ditempat yang sama.sama- sama berhak untuk dijaga dan dipulihara.

namun begitu,saya ingatkan jadilah golongan yang mencegah dahulu..jangan menjadi golongan terhantuk baru ternada..

okeylah ya nanti kita sambung.....nati kita jumpa balik ya..



Zalila Madalin
January 4, 2006   06:20 PM PST
 
Hai... Semua
Minggu ini kita berdebat tentang satu topik iaitu yang mana satu komponen yang perlu dipulihara dan dijaga sama ada alam sekitar mausia atau alam sekitar fizikal. Kedua-dua komponen ini mempunyai kepentingan yang tersendiri. Kedua-duanya saling berkait antara satu sama lain.
Adakala kita hanya mementingkan alam sekitar fizikal ini kerana dari kesan pembangunan yang dijalankan kesan terhadap alam sekitar fizikal lebih jelas contoh seperti hakisan pinggir, kemusnahan hutan paya bakau dan sebagainya. Ini tidak berlaku kepada alam sekitar manusia yang sering diabaikan ini kerana kesan akibat pembangunan adakalanya tidak jelas menyebabkan ia tidak begitu diambil perhatian.
Namun demikian, pada pendapat saya, walaupun pada awalnya saya menyatakan bahawa kedua-duanya penting namun saya menyatakan bahawa alam sekitar fizikal adalah perlu dipulihara kerana ia sangat penting dan akan mengalami kepupusan. Ini kerana sekiranya alam sekitar fizikal tidak dipulihara akan memberikan kesan kepada kitaran ekosistem sekiranya salah satu daripada komponen alam sekitar fizikal pupus atau terganggu. Alam sekitar fizikal sukar untuk ditukar ganti dengan yang baru walaupun kita boleh melakukan penanaman semula namun ia tidak sama dengan yang asal. Oleh itu, amat penting alam sekitar fizikal untuk dikekalkan untuk tatapan generasi akan datang. Sekian.....
-Jemy-
January 4, 2006   06:06 PM PST
 
Hallooo....
Pa kbr u all??? Malas pula nak berdebat2 dgn ko orang. Apa2 pun saya akan bagi serba sedikit pendapat yang bernas untuk menjawab persoalan yang di ajukan... ;-)

Yang mana satukah yang lebih penting untuk dijaga dan dipulihara: antara 'alam sekitar manusia' (human environment) dan 'alam sekitar fizikal' (physical environment)?

Bagi pendapat saya kedua-duanya saling berkaitan dan saling memerlukan antara satu sama lain. Jika kita mengabaikan salah satunya maka wujudlah kepincangan dalam alam sekitar kita untuk masa hadapan. Alam sekitar manusia memerlukan alam sekitar fizikal dan begitulah sebaliknya. Bagi menjawab persoalan di atas, sudah tentu saya akan memelihara alam sekitar fizikal.....

Sebab utama saya memilih alam sekitar fizikal kerana; perubahan dan kemusnahan alam sekitar fizikal akan memberi impak negatif yang besar kepada alam sekitar manusia bukan sahaja masa kini tetapi juga untuk masa depan.

Alam sekitar fizikal merangkumi kompenen2 semulajadi dalam alam sekitar. Oleh itu, ia perlu dipeliharan kerana alam sekitar fizikal ini bersifat dinamik dan pengeksplotasian yang berlebihan untuk alam sekitar fizikal ini menyebabkan gangguan2 kepada ekosistem yang lain termasuklah persekitaran manusia kerana alam sekitar fizikal ini sentiasa berubah untuk mencapai keseimbangan.

-JLo-
Clarice Desmond
January 4, 2006   05:40 PM PST
 
Debat??? Mari..mari..

Alam sekitar manusia dan alam sekitar fizikal? Mana satu yang lebih penting untuk dijaga dan dipulihara?

Pada pendapat saya kedua-dua elemen ini adalah sama penting dan berkaitan antara satu dengan yang lain. Namun, pada pemahaman saya, iaitu yang tidak merujuk kepada mana2 kamus..hee..persekitaran manusia ini adalah segala bentuk benda yang telah dibina atau
direka,dibangunkan, dan mungkin juga dirobohkan oleh manusia manakala persekitaran fizikal pula adalah segala bentuk fizikal asal bumi yang tidak wujud disebabkan oleh manusia. Dalam perdebatan ini.. saya memilih bahawa kedua-dua elemen ini adalah sama penting untuk dijaga dan dipulihara.Saya berpendapat begitu kerana kita perlukan keseimbangan dalam apa juga yang kita lakukan terhadap alam sekitar kita ini tidak kiralah alam sekitar manusia atapun alam sekitar fizikal. Bagi saya tidak salah kita mengeksploitasi sesuatu kawasan fizikal itu untuk tujuan pembangunan namun kita haruslah berfikir dahulu baik dan buruknya kita membangunkan sesuatu kawasan itu. Kita haruslah menyeimbangkan kedua-dua elemen ini. Kerakusan manusia mengeksploitasi alam sekitar fizikal pada masa ini tanpa mengambil kira kebaikan dan keburukannya akan membawa manusia kepada kekesalan pada satu hari kelak.Ini kerana saya percaya satu hari kelak alam sekitar fizikal kita ini yang telah dieksploitasi dengan rakusnya akan membalas kita dengan segala bentuk bencana yang boleh kita rasa sendiri seperti satu contoh iaitu pemanasan global yang disebabkan oleh penebangan hutan secara besar-besaran dan banyak lagi faktor lain yang boleh menyebabkan perkara ini terjadi. Manusia yang dilahirkan dengan akhlak dan minda yang boleh membuatkan kita berfikir dan mempertimbangkan sesuatu sebelum membuat apa- apa keputusan adalah anugerah daripada Tuhan..namun apa yang penting pertimbangan untuk mengeksploitasi alam sekitar fizikal itu adalah amat penting.

..Seperti kata En. Stanley.. apa tu.. ahhh Tsunami.. Tsunami ini juga telah menyebabkan kerosakan alam sekitar fizikal yang mana lebih dahsyat kedua-dua pun musnah.. alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia..Tsunami ini apa yang kita tahu bukanlah perbuatan manusia yang rakus kan..tetapi merupakan fenomena semulajadi yang juga turut memusnahkan alam sekitar fizikal..jadi saya terfikir lah bahawa bukan manusia sahaja yang merosakkan alam fizikal namum keadaan semulajadi bumi turut sama memusnahkannya.

Tetapi untuk jangka masa yang panjang.. manusia lah yang seharusnya mementingkan kedua-dua elemen ini..dan apa yang perlu ialah alam sekitar fizikal ini bukanlah benda yang boleh kita dapat balik apabila ianya telah musnah kelak.. kita tidak akan dapat balik apa yang telah kita musnahkan..

MMm.. apa sudah yang saya merepek ni..bingung sudah..ok lah nanti lagi saya sambung...
Phan Mee Kie
January 4, 2006   03:35 PM PST
 
Pada pendapat saya, alam sekitar manusia dan alam sekitar fizikal masing-masing penting diberi perhatian dan dititikberatkan. Seperti yang boleh kita lihat dengan keadaan sekitar fizikal kita sekarang adalah telah mengalami kerosakan dan pencemaran begitu juga dengan alam sekitar manusia. Namun begitu, masih ada segelintir alam sekitar fizikal dan manusia yang masih kekal dengan “kesuciannya” dan bukan semua ini telah dirosakkan dan dicemari.

Oleh itu bagi pendapat saya, hanya alam sekitar manusia dan fizikal yang telah dirosakkan dan dicemarikan sahaja memerlukan penjagaan dan pemuliharaan yang kerap. Dan bagi alam sekitar manusia dan fizikal yang masih sempurna harus dikekalkan. Alam sekitar fizikal adalah aspek yang perlu dijaga dan dipulihkan supaya kembali kepada kesemulajadiannya dan terjaga seterusnya mengurangkan kadar kemudaratan yang datang kepada manusia.

Selain itu, begitu juga dengan aspek alam sekitar manusia, hal ini kerana sikap manusia yang telah rosak dan dicemari merupakan punca utama yang menyebabkan pemunsahan persekitaran fizikal di sekeliling kita. Dengan kata yang lain dengan adanya alam sekitar manusia yang sihat dan sempurna maka alam sekitar fizikal akan terlindung dan terjaga.

Sekian terima kasih....






ASMIN TUYUN
January 4, 2006   11:15 AM PST
 
saya bersetuju dgn pendapat yg diutarakan oleh saudari astina bhw kayu yg bengkok tidak akn mendtgkn bayng yg lurus....mmg bnr jika org yg mentadbir sstu itu tidak betul maka apa yg ditadbirnya itu pun tidak akan betul....

pendpt saudara borhan yg mengatakan bhw persekitaran manusia yg perlu dijaga dan dipulihara juga adalah sealiran dgn pendpt saya...

saya mengambil frasa "dipulihara" sbg kayu ukur kpd persoalan ini...saudara/i Lai mengatakan bhw manusia tdk perlu dijg keran ia berakal adalah satu kenyataan yg tidak tepat....mmg benar manusia ni ada akal tetapi kadangkala akal itulah yg menjadikan mereka lebih teruk dari binatang krn menyalahgunakan akal tersebut....sebab itulah dlm konteks ini saya dan beberapa rakan yg lain spt astina dan borhan menegaskan bhw manusia lah yg perlu dipulihara....frasa "dipulihara" dan "dipelihara/dijaga" adalah berbeza makna....sila rujuk kamus dewan....
NORLIATI BINTI TAMRIN
January 4, 2006   09:58 AM PST
 
Pada pandangan saya, kedua-dua komponen sama penting untuk dijaga dan dipulihara. Rosak salah satu komponen akan menyebabkan kepincangan kepada kelangsungan kehidupan sejagat. Kedua-dua komponen saling berinteraksi dan memerlukan untuk melengkapi peranannya kepada alam. alam sekitar fizikal adalah kompenen yang boleh diubah manakala alam sekitar manusia adalah pengubah kepada alam sekitar fizikal. Jika dilihat dari sudut kepentingannya, alam sekitar fizikal labih mendapat tempat utama kerana rosaknya alam sekitar fizikal akan memberi implikasi kepada alam sekitar manusia. oleh itu, alam sekitar fizikal perlu dijaga. alam sekitar fizikal yang telah mengalami kerosakan perlu dipulihara manakala yang masih terjaga perlu terus dijaga demi menjamin kesejahteraan semua hidupan yang mempunyai peranan tersendiri kepada alam. Rosaknya salah satu komponen alam ini akan menyebabkan timbulnya masalah baru kepada alam sekitar. Dsinilah perlunya peranan EIA dalam memastikan alam sekitar terus terpelihara akibat rentetan kperluan manusia. namun, kesedaran manusia sebagai penggerak dan pentadbir alam sejagat. Kebijaksanaan manusia menggerak dan mengubah alam memerlukan ilmu dan pertimbangan agar segala perubahan pada alam sekitar fizikal tidak mendatangkan kesan degradasi kepada manusia dan komponen hidupan yang lain. Kebijaksanaan manusia sebagai pentadbir akan menentukan tingkat kehidupannya kelak. Alam sekitar manusia juga turut sama pentingnya untuk dijaga dan dipulihara demi memastikan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupannya. pembangunan kemanusiaan atau alam sekitar manusia harus dijaga agar tidak mendatangkan implikasi kepada alam sekitar fizikal. Proses timbal balik ini memperlihatkan betapa pentingnya kedua-dua komponen mempunyai kepentingan yang sama. Sekali lagi peranan EIA amat penting yang berfungsi seumpama undang-undang kepada pembangunan yang wajib dipatuhi agar segala bentuk pembangunan hari ini menjamin implikasi yang lebih mendatangkan faedah pada masa hadapan.
AZLINA ALIH
January 4, 2006   09:43 AM PST
 
Assalammualaikum dan salam perpaduan….

Salam pertemuan di arena perdebatan….. wahai rakan-rakanku. Secara tuntasnya saya ingin memberitahu yang mana satu lebih penting untuk dijaga dan dipulihara. Pada pendapat saya, ALAM SEKITAR FIZIKAL merupakan satu elemen yang amat penting untuk dijaga dan dipulihara. KENAPA?????Hal ini kerana jika berlaku gangguan di antara pertalian atau rangkaian yang wujud di dalam salah satu pada alam sekitar fizikal maka ia akan memberi kesan yang amat buruk terhadap kita sebagai manusia. Cuba kita tenung sejenak... bahawa apakah elemen-elemen yang terdapat dalam alam sekitar fizikal....???

Sudah pasti rakan-rakan seperjuangan sudah jelas mengetahuinya…setelah saya imbas hujah-hujah dari rakan-rakan ........!!!!!Maka pelbagai pendapat mengenai alam sekitar fizikal diutarakan. Salah satu adalah mengikut pendapat saudari Roslinie alam sekitar fizikal merupakan komponen yang secara semulajadinya wujud yang diciptakan oleh Allah swt kepada manusia iaitu sesuatu sifat atau keadaan yang tidak boleh dilakukan atau dihasilkan oleh manusia seperti sungai dan tumbuh-tumbuhan serta saya menambah sedikit seperti haiwan, batuan, gunung-ganang, lautan dan sumber tanih. Secara umumnya, alam sekitar Fizikal adalah merangkumi atmosfera, litosfera, biosfera, hidrosfera. Manakala komponen Alam Sekitar Manusia adalah komponen yang dihasilkan oleh tangan-tangan manusia yang mengubah sesuatu keadaan yang asli kepada suatu bentuk yang tidak asli dan wujudnya sesuatu keadaan atau penghasilan sesuatu yang baru dalam ruang tersebut.

Bila kita tenung sejenak, sebelum proses kejadian manusia, alam sekitar fizikal wujud secara aktif tanpa berlaku pelbagai masalah. Saya ingin memberi contoh sedikit sebagai renungan bersama seperti pencemaran, peningkatan suhu dunia, masalah penipisan lapisan ozon dan kesan rumah hijau tidak berlaku.

Kita ketahui bahawa bumi telah wujud sebelum manusia. Maka itu, alam sekitar fizikal dahulu wujud sebelum manusia juga!
Bukan begitu...???rakan-rakan seperjuangan..............
Tetapi, ini jelas bahawa setelah proses kejadian manusia... pelbagai masalah alam sekitar fizikal wujud tanpa kita sedari. Memang tidak dinafikan pendapat saudari Astina mengatakan peranan manusia sebagai khalifah atau wakil Allah di bumi. Manusia tidak sebebasnya memiliki semua khazanah di muka bumi ini. Begitu juga bagi pendapat saudari Hajawati mengatakan bahawa manusia sebenarnya yang memainkan peranan penting dalam keseimbangan alam sekitar. Tetapi, kita perlu ingat ...?????????!!! Peranan kita sebagai khalifah telah hilang. Mari kita tenungkan bersama....APAKAH PERANAN SEBENAR SEBAGAI SEORANG KHALIFAH???? Peranan khalifah ini sebenarnya adalah bertindak sebagai pemelihara, pemulihara dan menjaga amanah ALLAH swt di muka bumi. TETAPI..... kita lihat pada masa kini peranan itu telah hilang hasil daripada sikap kerakusan dan materialistik manusia inginkan kemajuan tanpa memikirkan kesan buruk yang bakal terjadi di masa depan. Bahkan!!!saya membantah bahawa manusia berperanan penting dalam keseimbangan alam sekitar. CUBA KITA FIKIR????dapatkah manusia memberi keseimbangan kepada alam sekitar???? Saya ingin memberi contoh seperti kitaran hidrologi sendiri, dapatkan manusia berfungsi di dalam elemen tersebut?????TIDAK..... Ia hanya bertindak sebagai pengguna sahaja.

Walaupun alam sekitar manusia boleh membawa kepada pelbagai permasalahan. Adalah molek jika saya memberi gambaran seperti pencemaran, kebuluran, kemiskinan dan kesesakan manusia, Tetapi!!!!! kita perlu tahu bahawa ia dapat diatasi dalam jangka masa pendek serta masalah ini hanya melibatkan satu kawasan atau lokasi yang kecil. Maksud saya hanya satu tempat berlaku tetapi tidak berlaku di tempat lain berbanding jika berlaku masalah dalam alam sekitar fizikal kita akan menghadapi masalah ini satu dunia. Oleh itu, saya bersetuju bagi pendapat saudari Fadilah bahawa Kemusnahan alam sekitar fizikal ini amat sukar dikembalikan biarpun memakan masa yang amat panjang. Oleh itu, persekitaran fizikal adalah penting dipulihara dan dijaga.

Beralih kepada hujah saya bahawa Alam sekitar fizikal amat penting untuk dijaga dan dipulihara. SEBAB????? Bila kita tenung lagi kepada fungsi yang dimainkan oleh alam sekitar fizikal dalam kitaran Hidrologi dan penghasilan oksigen. Jika berlaku gangguan di dalam elemen ini ia akan memberi kesan yang amat buruk kepada kita sebagai manusia. Mari kita fikirkan...apabila kitaran hidrologi tidak berfungsi maka pelbagai masalah yang berkaitan dengan sistem ini akan wujud. Begitu juga dengan penghasilan oksigen dimana jika oksigen tidak dapat dihasilkan maka kita akan mati. Oleh itu, penjagaan dan pemuliharaan terhadap alam sekitar fizikal amat penting. Tumbuhan dan haiwan boleh wujud tanpa manusia tetapi manusia tidak boleh wujud tanpa tumbuhan dan haiwan........

Saya optimis bahawa ALAM SEKITAR FIZIKAL merupakan komponen yang paling penting dijaga dan dipulihara sebab... TANPA ALAM SEKITAR FIZIKAL manusia tidak boleh hidup di muka bumi ini. Oleh itu dari saya...
Fikir-fikirkanlah dan tenung-tenungkanlah...
Bukalah hati dan Tanyalah Minda...
Tepuk dada tanya diri sendiri.....!!!!!!!!!!!
Sekian, salam perdebatan dari saya.......!!!!!!!!!!!
laura jinius
January 4, 2006   09:42 AM PST
 
Salam sejahtera..rasanya belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan selamat tahun baru 2006 kepada encik dan rakan-rakan. Setelah membaca komen daripada rakan-rakan dapat saya simpulkan bahawa setiap orang mempunyai pandangan yang tersendiri, ada yang berpendapat alam sekitar manusia lebih penting dijaga dan dipulihara berbanding dengan alam sekitar fizikal dan sebaliknya. Tidak kurang juga yang mempertahankan hujah bahawa kedua-duanya adalah sama penting. Bagi saya pula, saya dipihak rakan-rakan yang menyokong bahawa kedua-dua komponen adalah sama penting. Kedua-duanya adalah saling bergantungan dan perlu dijaga dan dipulihara agar keseimbangan alam terpelihara.

Alam sekitar manusia secara amnya adalah aktiviti yang dilakukan manusia terhadap alam sekitar seperti aktiviti pertanian, perlombongan, perindustrian dan sebagainya. Manakala alam sekitar fizikal adalah satu kejadian semulajadi alam secara fizikal seperti luluhawa, hakisan dan sebagainya.

Kedua-dua komponen ini saling berkaitan antara satu sama lain. Contoh ringkas yang boleh kita perhatikan adalah kejadian semulajadi fizikal boleh mempengaruhi kegiatan manusia begitu juga dengan kegiatan manusia mampu mempengaruhi kejadian alam semulajadi. Misalnya banjir kilat berlaku secara semulajadi disebabkan oleh hujan lebat yang berterusan tetapi disebabkan oleh aktiviti manusia yang menyebabkan sistem perparitan tersumbat. Keadaan ini juga boleh menyumbang banjir kilat.
BORHAN TAHERE
January 3, 2006   09:54 PM PST
 
wahhh hebatt... masing-masing menegakkan fakta masing-masing... Bagi pendapat saya pula antara kedua-dua komponen tersebut sememangnya perlu dijaga dan dipulihara bahkan perlu dipelihara dengan lebih terancang dan sitematik lagi.Tapi perlu difikirkan bahawa kewujudan komponen fizikal sebagi salah satu keperluan dalam melengkapkan kitaran kehidupan manusia, jadi mahu tidak mahu komponen fizikal pasti akan digunakan, tetapi bagi memastikan kesejahteraan komponen fizikal, kuantiti penggunaannya adalah perlu diselaraskan dengan kadar keperluan. Saya memang bersetuju dengan pendapat rakan-rakan yang mengatakan komponen fizikal adalah yang lebih perlu dijaga dan dipulihara, tapi perlu diingat keperluan manusia sebagai penghuni atau komponen yang paling berpengaruh dalam menentukan keadaan alam sekeliling yang semakin hari semakin ramai dan semakin memerlukan segala sumber yang ada di muka bumi.

Oeh yang demikian, kerosakan komponen fizikal pasti akan berlaku dan kadar kerosakan juga pasti akan bertambah dari masa ke semasa seiring dengan perkembangan pemikiran manusia, iaitu sains dan teknologi yang memudahkan segala bentuk kerja. Sebagai contoh, jika kita lihat kadar kerosakan yang wujud pada masa dahulu adalah dalam kadar yang kecil walaupun kegiatan meneroka alam sekitar yang dijalankan dari hari ke hari. Hal ini kerana kaedah atau peralatan yang digunakan menjadi salah satu faktor kadar penerokaan yang kecil, jika dibandingkan dengan masa kini yang mana peralatan terdiri dari perlatan berteknologi tinggi, seperti mesin, jentolak dan sebagainya. Faktor ini mendorong untuk manusia untuk melakukan penerokaan dan pembangunan dengan lebih cepat tanpa menghiraukan keperluan tenaga kerja dan keluasan kawasan. Sehingga boleh dikatakan seorang pemaju boleh menguasai beratus-ratus hektar kawasan.

Oleh yang demikian, saya berpendapat bahawa komponen manusia perlu dijaga. Dijaga bermaksud diberi pendedahan tentang kepentingan penjagaan alam sekitar agar dapat meminimumkan kadar kerosakan alam sekitar (komponen fizikal) kerana manusialah yang dapat menentukan masa hadapan alam sekitar kita. Dalam pada masa yang sama, komponen fizikal pula hendaklah dipulihara. Dipulihara bermaksud alam sekitar fizikal hendakalah sentiasa dikekalkan dengan memulihara, iaitu kawasan yang telah diterokai hendaklah dalam pada masa yang sama dipulihkan dan dipelihara bagi memastikan ianya dapat dikekalkan walaupun dalam jumlah yang tidak sama dengan sediakala. Tetapi sekurang-kurangnya dapat mengelakkan dari terus pupus. Akhir kata, komponen fizikal boleh diwujudkan semula dan kompenen manusia perlu memikirkan keadaan masa kan datang...T.Q
LAI CHEW FONG
January 3, 2006   09:42 PM PST
 
Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia merupakan dua komponen yang saling berkaitan antara satu sama lain. Pada pandangan saya, alam sekitar fizikal adalah lebih penting untuk dijaga dan dipulihara berbanding dengan alam sekitar manusia.

Dalam era pemodenan kini, manusia sering kali mengubahsuai alam sekitar demi keselesaan hidup, pembangunan, keuntungan dan sebagainya. Tindakan manusia ini sedikit sebanyak akan membawa kesan terhadap alam sekitar fizikal terutamanya impak negatif. Contohnya, pembebasan asap atau bahan-bahan pencemar dari kilang industri akan menyebabkan pencemaran udara, penggondolan menyebabkan banjir kilat dan tanah runtuh, penggunaan bahan-bahan CFC menyebabkan penipisan lapisan ozon dan lain-lain. Sikap tamak haloba manusia dan tindakan yang terlalu mengutamakan kepentingan manusia akan mejejaskan kualiti alam sekitar. Apa gunanya jika sesebuah negara mencapai tahap pembangunan tinggi, tetapi telah mengabaikan aspek kualiti alam sekitar fizikal sehingga tidak sesuai untuk petempatan manusia.

Padan zaman yang berteknologi tinggi, manusia amat memerlukan alam sekitar fizikal sebagai kawasan kediaman yang sihat dan selamat. Hal ini kerana semakin banyak pembangunan dilakukan, maka semakin banyak pencemaran akan berlaku. Misalnya, pembuangan sisa toksid atau bahan kimia ke dalam sungai seperti DOB (permintaan oksigen kimia) dan DOC (permintaan oksigen biokimia) akan menganggu habitat bagi biotik yang terdapat dalam sungai berkenaan. Begitu juga dengan manusia yang bergantung kepada air sungai sebagai kegunaan domestik dan ikan-ikan sebagi sumber protein mereka. Sebab manusia tidak berani menjadikan air tersebut sebagai minuman dan tidak berani menikmati sumber makanan dari sungai tersebut. Jika mereka terkena makan ikan yang terkena racun, maka ia turut menjejaskan kesihatan manusia. Justeru, alam sekitar fizikal adalah lebih penting untuk dijaga dan dipulihara demi kesihatan dan keselamatn manusia.

Tambahan pula, alam sekitar fizikal boleh wujud tanpa manusia. Namun manusia tidak boleh wujud tanpa alam sekitar fizikal (terutamanya yang kurang pencemaran). Dengan ini, saya bersetuju dengan pandangan Roslan yang mengatakan "alam sekitar fizikal boleh wujud tanpa manusia dan manusia tidak boleh wujud tanpa alam sekitar fizikal".

Selain itu, saya juga bersetuju dengan pandangan Ruslinie bahawa "alam sekitar fizikal adalah sesuatu yang bersifat asli". Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa alam sekitar fizikal yang terubah, musnah atau rosak tidak akan dapat wujud kembali semula seperti keadaan asalnya. Contohnya, pembalakkan yang dijalankan secara berleluasa tentu akan memusnahkan spesies flora dan fauna tertentu di kawasan tersebut. Pada pendapat saya, walaupun terdapat sistem penanaman semula untuk menggantikan pokok-pokok yang telah ditebang, tetapi ia mengambil masa yang lama dan tidak akan wujud seperti hutan yang asal. Begitu juga dengan hutan yang diteroka untuk tujuan pertanian pindah, kawasan pertanian pindah yang ditinggalkan hanya mampu mewujudkan hutan sekunder sehaja. Dengan ini, alam sekitar fizikal perlu dijaga dengan baik supaya keasliannya masih wujud.

Saya juga sependapat dengan Siti Aisah Razali @ Jali sebab sebagai insan yang berkesedaran dan peka terhadap kualiti alam sekitar fizikal haruslah bergembleng tenaga untuk menjaga alam sekitar fizikal walaupun wujudnya EIA yang dapat membantu menyedarkan manusia yang kurang bertanggungjawab ke arah mesra alam. Ini bermakna semua pihak harus sedar betapa pentingnya alam sekitar fizikal terhadap manusia dan memikul tanggungjawab bersama.

Saya kurang bersetuju dengan mereka yang berpendapat bahawa alam sekitar manusia yang lebih penting untuk dijaga dan dipulihara daripada alam sekitar fizikal. Memandangkan manusia yang berfikiran akal, maka alam sekitar fizikal lebih penting untuk dijaga dan dipulihara. Hal ini kerana manusia mampu memilih alternatif lain untuk menjalankan pembangunan dengan meminimumkan kerosakan pada alam sekitar fizikal.

Akhir sekali, berdasarkan hujah-hujah yang telah dikemukakan di atas, saya menegaskan sekali lagi pendirian saya bahawa alam sekitar fizikal lebih penting untuk dijaga dan dipulihara demi kelangsungan hidup manusia dan kepentingan generasi akan datang.
YUSRI ABD. HADJI
January 3, 2006   09:36 PM PST
 
Persekitaran manusia dan persekitaran fizikal meliputi perkara yang amat luas. Ia merupakan komponen yang mempunyai kelebihan tersendiri dan sukar untuk dibuat penilaian. Persekitaran manusia melibatkan pelbagai perkara tentang manusia seperti gerakan penduduk, kebudayaan, ras manusia, bilangan manusia dan sebagainya. Manakala itu, persekitaran fizikal merupakan komponen yang bukan sahaja mempengaruhi aktiviti manusia tetapi juga taburan dan kepadatannya. Diantara komponen-komponen persekitaran fizikal adalah seperti iklim, bentuk muka bumi, tanah, aras mata air, longgokan logam dan lain-lain.
Dalam persoalan tersebut, yang mana penting untuk dijaga dan dipulihara?. Saya berpendapat persaoalan tersebut akan timbul sekiranya wujud perubahan pada persekitaran manusia dan persekitaran fizikal. Sekiranya wujud perubahan pada manusia terutamanya dari segi sikap, maka ia perlu dijaga sebaik mungkin bagi memastikan ia lebih bercorak positif. Manakala itu, sekiranya persekitaran fizikal berubah kearah ketidakseimbangan, maka ia perlu dipulihara. Persekitaran fizikal merupakan komponen yang sangat penting. Hal ini kerana kewujudan persekitaran fizikal sejak sekian lama telah banyak mempengaruhi kehidupan manusia dan hidupan lain. Persekitaran Fizikal terdiri daripada pelbagai komponen dan lebih berkekalan. Tanpa persekitaran fizikal manusia tidak mampu untuk mengubah dan meneruskan kehidupan.
Namun itu, saya bersetujuh dengan pendapat Then Pet Jun yang menyatakan bahawa wujud hubungan yang rapat diantara persekitaran manusia dengan persekitaran fizikal. Hubungan tersebut telah wujud sejak masyarakat primitif lagi. Ketika itu kehidupan manusia bergantung sepenuhnya kepada persekitaran fizikal dan sukar untuk dipisahkan. Pada masa sekarang hubungan diantara persekitaran manusia dengan persekitaran fizikal semakin erat. Masyarakat moden sekarang bukan sahaja dapat mewujudkan interaksi malahan dapat mengubah persekitaran fizikal tersebut untuk memenuhi keperluan yang berbagai. Namun itu, pengubahsuian tersebut tidak boleh dibuat sesuka hati dan sepenuhnya kerana ia boleh membawa kepada kesan negatif.
mohamad hir ramli
January 3, 2006   09:28 PM PST
 
Saya menyokong kuat bahawa persekitaraan manusia atau alam sekitar manusia yang lebih penting untuk dijaga dan dipulihara pada hari ini dan masa hadapan. Persekitaraan manusia yang sihat dan baik akan menjamin generasi manusia seterusnya di muka bumi. Tanggungjawab menjaga persekitaraan manusia dan persekitaraan fizikal atau semulajadi adalah telah diamanahkan kepada manusia oleh tuhan. Manusialah yang akan mencorakkan persekitaran mereka dengan menjurus kepada pengurusan dan pentadbir alam. Manusia akan cuba mengubah persekitaraan fizikal untuk kelangsungan hidup mereka. Pengorbanan alam sekitar fizikal amat perlu berikutan pertambahan penduduk, permintaan ekonomi dan pembangunan persekitaran manusia. Apakah salah manusia untuk mengeksploitasi sumber fizikal seperti hutan, tanah, air dan sebagainya untuk manfaat penghuni bersama? Sesetengah pihak hanya "melimpahkan air di tempayan" untuk menentang pengeksploitasian sumber alam ini. Sedangkan mereka juga secara tidak sedar telah menggunakan kemudahan-kemudahan yang dieksploitasi dari alam sekitar fizikal tersebut. Namun, dalam situasi ini kita sebagai pemegang amanah untuk memelihara dan memulihara alam sekitar fizikal adalah perlu menguruskannya dengan sebaik mungkin. Ini supaya sebarang tindakan kita akan memberi tindakbalas dari persekitaran fizikal tersebut. Oleh demikian, pengeksploitasian sumber fizikal yang mustahak perlu secara lestari bagi mengelakkan musibah yang bakal melanda manusia. Misalnya, penerokaan dan penebangan hutan perlulah terkawal selain menjamin bekalan balak pada masa hadapan dan mengurangkan implikasi penerokaan tersebut ke atas manusia.
Pada hari ini, pembangunan yang mapan cuba diterapkan dalam persekitaran manusia yang membuktikan bahawa alam sekitar manusia perlu dijaga walaupun alam sekitar fizikal yang diperjudikan. Sesungguhnya pembangunan yang mapan akan mewujudkan kehidupan manusia yang harmoni dan alam sekitar semulajadi yang berjaya dipulihara dalam persekitaran manusia.
Saya bersetuju bahawa manusia adalah unsur yang dapat mengubah dua komponen tersebut dan bertangungjawab terhadap keseimbangan "alam sekitar fizikal" dalam membentuk "alam sekitar manusia". Hujah ini telah dilakukan oleh Wagimin yang memperkukuhkan manusia perlu bertanggungjawab dalam memelihara dan memulihara "alam sekitar fizikal" dalam arus pembangunan yang mendesak persekitaran semulajadi tersebut. Walaupun begitu, apabila memperkatakan penglibatan manusia dalam alam sekitar fizikal pemikiran tertutup sesetengah pihak hanya berunsur negatif sahaja. Sedangkan secara rasionalnya manusia juga berusaha menjaga dan memelihara alam semulajadi tempat mereka tinggal. Sedarkah kita bahawa dari bencana alam sekitar fizikal telah meragut nyawa manusia berlipat kali ganda daripada bencana hasil perbuatan manusia. Contohnya, bencana banjir besar tsunami yang mengorbankan ribuan manusia berbanding banjir kilat yang dikatakan bencana kesan penerokaan manusia. Dari sini juga, suka saya menyatakan bahawa pemeliharan dan pemuliharaan persekitaran manusia begitu penting. Tempat tinggal manusia perlu dijaga dengan baik supaya bencana semulajadi seperti ini dapat mengurangkan risiko ribuan kematian. Berikutan dari itu, langkah berjaga-jaga dilakukan dengan membina benteng, pusat kawalan bencana dan sebagainya yang kesemuanya bertujuan untuk menjaga dan memulihara alam sekitar manusia. Hujah saya ini telah memperlihatkan satu keperluan memelihara alam sekitar manusia tempat kita tinggal. Jika kita mengabaikan pemeliharaan alam sekitar manusia dan hanya memberi perhatian kepada alam sekitar fizikal, persoalan yang timbul adalah "siapakah yang lebih berhak dipelihara dan dipulihara? Manusia atau alam sekitar?". Sesungguhnya realiti bahawa manusia dan alam sekitar fizikal tidak dapat diasingkan. Justeru itu, saya menyimpulkan hujah saya bahawa alam sekitar manusia yang termasuklah manusia yang menghuni dan dikeliling alam sekitar fizikal perlu dijaga dan dipulihara. Keutamaan manusia dalam alam sekitar fizikal yang suatu kemestian dan tidak disangkal lagi. Sekian.
THEN PET JUN
January 3, 2006   08:51 PM PST
 
Pada pandangan saya, komponen alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia adalah sama-sama penting dan perlu dijaga serta dipulihara kerana kedua-dua komponen ini masing-masing mempunyai kepentingannya dan mempunyai hubungan timbal-balik yang saling bergantungan. Namun demikian, sekiranya hanya satu sahaja pilihannya, saya akan lebih mengutamakan komponen alam sekitar fizikal sebagai komponen yang perlu kita jaga dan pulihara. Hal ini kerana alam sekitar fizikal merupakan komponen yang menjadi asas kepada keperluan hidup manusia. Tanpa wujudnya alam sekitar fizikal, di manalah manusia mencari tempat berteduh dan hidup...
Dalam zaman siber ini, dapat kita lihat dan perhatikan bahawa pelbagai fenomena alam (pencemaran, peningkatan suhu persekitaran, tanah runtuh, penipisan lapisan ozon dan sebagainya) telah berlaku akibat tindakan manusia yang terlalu bergegas mengerja pembangunan sehingga mengorbankan nilai estetika alam semulajadi. Akibat daripada fenomena alam ini, maka manusia sendirilah yang akan menerima kesannya. Umpamanya masalah pencemaran, fenomena alam ini sudah pasti akan menjejaskan kesihatan manusia dan mengancam kesejahteraan hidup manusia. Sekiranya fenomena alam ini tidak cuba untuk diselamatkan dan dibiarkan berlanjutan, maka sudah pasti ia akan menjadi semakin serius sehingga boleh meragut nyawa manusia.
Justeru itu, bagi menjamin kesejahteraan hidup manusia, maka alam sekitar fizikal terlebih dahalunya perlu dijaga dan dipulihara. Untuk itu, segala projek pembangunan baru yang melibatkan pembukaan kawasan baru perlulah dinilai dan diselidik terlebih dahulu oleh pihak yang berautoriti dengan telitinya sebelum pelaksanaan suatu projek tersebut. Sekiranya langkah ini dapat diikuti oleh semua pihak pembangun, secara langsungnya alam sekitar fizikal ini dapat dijaga dan dipulihara.
Oleh itu, saya adalah bersetuju dengan pendapat rakan-rakan lain yang turut sokong pendapat bahawa komponen alam sekitar fizikal harus dijaga dan dipulihara, iaitu saudari Sharon, saudara Samsam, saudara Fadillah, dan saudari Esther. Saya tidak bersetuju dengan pendapat rakan-rakan yang berpendapat bahawa alam sekitar manusia yang perlu diutamakan kerana jika alam sekitar fizikal musnah, maka alam sekitar manusia akan turut terjejas juga.
Sekian sahaja pendebatan saya, selamat malam........
RUSLINIE LASUPIN
January 3, 2006   08:39 PM PST
 
Assalamualaikum W.b.t
Di ruangan ini, saya ingin berkongsi pendapat dengan anda sekalian mengenai dua isu yang ditimbulkan dalam ruangan ini iaitu mengenai 'PERSEKITARAN FIZIKAL DAN PERSEKITARAN MANUSIA'. Mungkin ada di antara kita yang belum tahu bahawa komponen yang dikenali sebagai 'FIZIKAL' dan MANUSIA' itu sebenarnya adalah komponen penting bagi alam sekitar keseluruhannya. Ia tidak akan dikatakan sebagai alam sekitar sekiranya salah satu daripada komponen tersebut musnah atau tidak dimasukkan dalam kategori ini. Sebelum diskusi ini diterangkan selanjutnya, saya ingin menerangkan kepada anda sekalian mengenai apa yang saya tahu tentang komponen FIZIKAL. Komponen FIZIKAL adalah [komponen yang secara semula jadinya wujud yang diciptakan oleh Tuhan kepada manusia iaitu sesuatu sifat atau keadaan yang tidak boleh dilakukan atau dihasilkan oleh manusia seperti sungai, tumbuh-tumbuhan (alam sekitar tumbuhan semula jadi) dan banyak lagi]. Manakala komponen Alam Sekitar Manusia adalah [komponen yang dihasilkan oleh tangan-tangan manusia yang mengubah sesuatu keadaan yang asli kepada suatu bentuk yang tidak asli dan wujudnya sesuatu keadaan atau penghasilan sesuatu yang baru dalam ruang tersebut]. Tindakan manusia yang mengubah alam sekitar itu tidak semestinya membawa kepada impak negatif sahaja tetapi juga memberi impak positif bagi kelansungan hidup manusia secara berterusan. Malah perubahan yang dilakukan ini banyak memberi kebaikan kepada manusia.

Persoalan yang ditimbulkan adalah yang manakah lebih penting iaitu alam sekitar manusia atau alam sekitar fizikal?. Telah saya nyatakan sebelum ini bahawa kedua-dua komponen tersebut adalah sama penting bagi menghasilkan keadaan alam sekitar yang sempurna. Tetapi jika kita fikirkan secara logik, perkara yang lebih penting ialah manusia itu sendiri. Bagi meneruskan kelansungan kehidupan manusia di DUNIA ini, alam sekitar perlu dieksploitasi sepenuhnya untuk membekalkan bahan keperluan kepada manusia bukan sahaja untuk generasi masa kini tetapi juga untuk generasi seterusnya. Tetapi persoalan yang akan timbul semula ialah, sekiranya alam sekitar itu dieksploitasi bagaimanakah pula masa hadapan alam sekitar fizikal itu sendiri?. Seperti yang kita lihat kini, banyak aktiviti pembangunan yang dijalankan demi menampung permintaan masyarakat/manusia. Jadi kita sebagai masyarakat yang prihatin terhadap isu alam sekitar perlu mengambil kedua-dua perkara iaitu FIZIKAL dan MANUSIA sebagai perkara penting yang harus diberi perhatian sekiranya sesuatu pembangunan itu dilakukan.

Kita sedar bahawa kedua-dua perkara itu penting tetapi bagi saya soal memelihara alam sekitar FIZIKAL adalah perkara utama yang harus diberi perhatian serius. Kenapa saya katakan demikian kerana, alam sekitar FIZIKAL adalah sesuatu yang bersifat asli dan sekali terubah/dihilangkan @ dimusnahkan ia tidak akan kembali semula secara semula jadi/asli. seperti perataan/penggondolan tanah/penambakan dan sebagainya adalah mustahil akan kembali kepada keadaan yang sebelumnya. Sememangnya pembangunan alam sekitar FIZIKAL adalah dituntut untuk kebaikan manusia tetapi haruslah dilaksanakan mengikut kepentingan/kebaikannya kepada manusia di samping menjaga nilai-nilai alam sekitar FIZIKAL tersebut.

Bilangan manusia semakin bertambah dalam dunia ini dan permintaan manusia terhadap perubahan alam sekitar FIZIKAL juga semakin meningkat. Jadi dengan itu, manusia haruslah bijak mengatur tindakan pembangunan yang ingin dijalankan untuk kebaikan masa hadapan.

Kesimpulannya, pembangunan alam sekitar Fizikal dan Manusia adalah penting, tetapi alam sekitar Fizikal harus diletakkan di tingkat utama dalam soal PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR kerana tanpanya mustahil MANUSIA akan hidup dengan selesa dan menikmati sumber alam semula jadi ini sekarang atau MASA AKAN DATANG!!!!!! .......
Mapong Tadong
January 3, 2006   07:39 PM PST
 
Firstly....Happy New Year!
'Alam sekitar fizikal' adalah sangat penting bagi semua kehidupan yang ada. Oleh itu, bagi pendapat saya, alam sekitar fizikal adalah sangat penting dan lebih penting daripada alam sekitar manusia. Hal ini kerana, alam sekitar fizikal ini boleh wujud tanpa adanya alam sekitar manusia jika dibandingkan dengan alam sekitar manusia yang bergantung sepenuhnya kepada alam sekitar fizikal. Dengan itu, alam sekitar fizikal ini adalah perlu dijaga dan juga untuk dipulihara oleh generasi pada masa kini. Hal ini kerana alam sekitar manusia ini sangat penting kepada manusia dan juga hidupan yang lain. Walau bagaimanapun, kedua-dua aspek ini amat penting kerana ia ada saling hubungkait antara satu sama lain. Namun demikian, penjagaan dan pemuliharaan terhadap alam sekitar fizikal adalah perlu dititikberatkan bagi menjamin sumber alam sekitar fizikal yang berpanjangan. Oleh itu, langkah-langkah penjagaan dan pemuliharaan perlu diambil dengan cara yang berkesan.
Lydiawati anak Palus
January 3, 2006   07:14 PM PST
 
DISKUSI BLOG 2

HAI, ENCIK.. SALAM SEJAHTERA dan SELAMAT TAHUN BARU 2006..
Berbalik kepada topik perbualan yang diutarakan dalam diskusi blog 2, membincangkan apa yang patut kita jaga, sama ada alam sekitar fizikal ataupun alam sekitar manusia. Seperti yang kita sedia maklum, alam sekitar manusia dan fizikal adalah saling bergantung dan memerlukan antara satu sama lain.
Seperti hujah kawan-kawan di atas, saya juga bersetuju bahawa alam sekitar fizikal patut diutamakan terlebih dahulu. Apa tidaknya, bukan hari ini sahaja kita sudah mendengar rintihan setiap insan mengenai kemerosotan kualiti alam sekitar.

Kempen-kempen dan kompaun yang dikenakan bagi menghukum orang yang bersalah dan merosakkan alam sekitar, masih lagi tidak cukup untuk menyedarkan umat-umat TUHAN yang tamak dan rakus dalam mengejar nama dan kekayaan. Hakisan-hakisan, banjir, dan tanah runtuh bukan lagi satu fenomena baru yang dibangkitkan di Malaysia, malah di persidangan antarabangsa seperti Earth Summit yang di Rio de Jeneiro, Brazil. persidangan penting kenapa?? kerana hutan-hutan yang ditebang tidak lagi mampu menyerap kadar dan muatan karbon dioksida. isu ini juga wujud kerana, apa yang dikatakan GLOBAL WARMING semakin membimbangkan seluruh dunia.

Hutan-hutan kita dimusnahkan untuk mendapatkan hasil bumi di dalamnya, kononnya untuk tujuan pembangunan ekonomi, padahal manusia pada era ini, lebih suka mengaut keuntungan dari menjaga dan memulihara alam sekitar. Apatah lagi, kita lebih gemar menjadi pengeksport utama hasil bumi seperti getah dan kelapa sawit. Di mana untungnya jika dilihat dari aspek pembangunan negara kita???? kita hanya membuatkan negara lain terus maju.

Inilah pentingnya kursus EIA diketengah dan dipelajari bukan sahaja pelajar program geografi tetapi juga pelajar kursus lain... supaya kita tahu baik buruknya, jika alam sekitar fizikal tidak diutamakan. di sini saya bukan tidak setuju jika alam sekitar manusia diabaikan, kerana manusia juga yang berperanan dalam menentukan keseimbangan alam dan ekologi persekitaran. jika tidak, ke mana letaknya, pembangunan mapan atau lestari yang sering kita agung-agungkan?!!!!

Saya ingin membawa anda meninjau satu projek besar di Sarawak iaitu empangan Bakun. anda percaya projek empangan Bakun ini tidak meninggalkan kesan kepada alam sekitar fizikal? di situlah terdapatnya pelbagai flora dan fauna yang jarang kita jumpai pada hari ini.. adakah anda tahu bahawa EIA bagi projek ini tidak diluluskan?

Bah, apa lagi, sama-samalah kita menjaga dan memulihara alam sekitar fizikal dan manusia kita. Manusia adalah penting sebagai penghuni alam ini, jika tidak, kenapa TUHAN mencipta manusia dan benda lain, jika tidak untuk mewarnai dunia ini?? hehe

oklah, sampai di sini saja perdebatan saya.. encik, saya ada satu cadangan, kenapa kursus EIA, tidak diajar bagi pengajaran di PPIB dan subjek Minor? saya harap, bukan pelajar geografi saja yang tahu EIA ini wujud hehe

Stella Gindin
January 3, 2006   06:26 PM PST
 
shallom all's...kita bertemu lagi dalam debat minggu ini dan sememangnya kita semua mempunyai pendapat yang berbeza dengan tajuk kita pada kali ini...dan pada pendapat saya, persoalan mana satu yang harus dipertahankan sama ada alam sekitar fizikal atau alam sekitar manusia tidak seharusnya wujud kerana kedua-duanya mempunyai kepentingan yang tersendiri dalam kehidupan kita.
Dimana, kita sebagai manusia yang sememangnya dianugerahkan dengan akal fizikal seharusnya mampu mempertahankan kedua-dua aspek ini. kerana tindakan mengabaikan persekitaran fizikal mampu menyebabkan kehidupan manusia terancam tetapi dalam amsa yang sama, senadainya kita mengabaikan penjagaan persekitaran manusia, kita boleh kehilangan identiti bangsa kita sendiri. dengan ini, bertindaklah dengan bijak dalam segala tindakan yang dibuat agar tidak memusnahkan diri sendiri dan kehidupan kita keseluruhannya.
Stella Gindin
January 3, 2006   06:07 PM PST
 
pada pendapat saya..jika ditimbulkan isu "apakah yang penting untuk dijaga diantara persekitaran manusia dan persekitaran fizikal"....saya berpendapat bahawa kedua-duanya harus dipertahankan kerana kita dipertanggungjawabkan untuk menjaganya. lagipun, dalam dalam pegangan agama kita masing-masing, kita dikehendaki untuk mempertahankan keharmonian alam sekitar serta mengelakkan pencemaran alam.
oleh itu, kita sebagai manusia yang dilahirkan dengan akal fikiran seharusnya mampu mengambil langkah yang bijak dalam pengurusan kedua-dua aspek ini agar tidak ada aspek yang diabaikan. lagi pun seandainya kita hanya mengambil kira kepentingan alam sekitar fizikal tanpa mengambil kira penjagaan alam sekitar manusia, tidak mustahil kita akan kehilangan identiti contohnya dalam aspek kebudayaan bangsa kita sendiri. Dengan ini, kita seharusnya mampu mempertahankan kedua-dua aspek ini bagi mewujudkan keseimbangan.
Esther Pius
January 3, 2006   06:04 PM PST
 
Pada pendapat saya, alam sekitar fizkal harus dijaga dn dipelihara tlebih dahulu..sebabnya:
1) Alam sekitar boleh wujud tanpa adanya manusia, tapi..manusia tidak akan wujud tanpa adanya alm sekitar sebagai tempat utk dihuni & melakukan kegiatan penerokaan, pembangunan & yg sewaktu dgnnya.

2)Jika kita lebih mementingkan alm sekitar fizikal, secara 'automaticnya' kita akan mengambil kputusan berdasarkan pertimbangan nilai2 kemanusiaan, sebelum meneroka alam sekitar. Sebagai contoh, kwujudan EIA adlh btujuan utk mengurangkn kesan negatif xtvt pembangunan thdp alm sekitar fizikal dan alm sekitar manusia itu sendiri.

3) Masyarakat yg memelihara alm sekitar adlh masyarakat yg lebih bertamadun dan berbudaya serta mempunyai tahap kesedaran yg tinggi utk menjaga alm sekitar fizikal.

4) Kesimpulannya; kedua-duanya adlh penting, tapi...walau apa-apa pun, alm sekitar fizikal haruslah diutamakan dahulu.
GEJED ANAK NGAUN
January 3, 2006   05:57 PM PST
 
Pemeliharaan dan pemuliharaan merupakan istilah yang sering digunakan dalam isu-isu ataupun soal alam sekitar manusia dan alam sekitar fizikal.

Secara rasionalnya, kita harus menjaga kedua-dua aspek ini iaitu alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia. Walau bagaimanapun, saya lebih menyokong kepada alam sekitar fizikal lebih penting untuk dijaga dan dipulihara berbanding dengan alam sekitar manusia.

kepupusan sumber daripada alam sekitar fizikal sukar untuk diperolehi semula merupakan alasan pertama mengapa saya menyokong alam sekitar fizikal lebih penting dijaga. Ini kerana sumber yang tidak boleh diperbaharui tidak dapat dikitar semula, diperolehi semula atau diperbaiki sekiranya kepupusan telah berlaku. Oleh itu, alam sekitar lebih penting untuk dijaga dan dipelihara.

Wujud pelbagai kesan negatif terhadap alam sekitar fizikal akibat daripada pembangunan yang tidak terancang seperti tanah runtuh, banjir kilat dan sebagainya merupakan jawapan kedua mengapa alam sekitar fizikal lebih penting untuk dijaga dan dipelihara. Wujudnya Jabatan Alam Sekitar, Kelab Pencinta Alam dan seterusnya EIA menyeru kita supaya mempunyai kesedaran, tanggungjawab dan memainkan peranan dalam pemeliharaan dan penjagaan alam sekitar khususnya alan sekitar fizikal.

Walau bagaimanapun, kedua-dua komponen ini amat penting untuk dijaga namun penjagaan alam sekitar fizikal haruslah diutamakan. Seandainya alam sekitar fizikal tidak dibangunkan kerana pentingkan penjagaan alam sekitar, maka pembangunan tidak dapat dikecapi. Oleh yang demikian, pembangunan mapan haruslah dititikberatkan agar alam sekitar fizikal dapat dimanfaatkan.
Kieu Lee Lee
January 3, 2006   05:51 PM PST
 
Pada pendapat saya, saya berpendapat bahawa alam sekitar manusia lebih penting untuk dijaga dan dipulihara disebabkan oleh alam sekitar manusia merupakan alam sekitar yang dikawal oleh manusia sendiri manakala alam sekitar fizikal pula merupakan alam sekitar yang wujud secara semulajadi. Contohnya, alam sekitar fizikal adalah tidak dapat dikawal oleh manusia kerana ia dipengaruhi oleh faktor-faktor semulajadi misalnya air hujan lebat yang turun akan menyebabkan kejadian hakisan tanah dan tanah runtuh berlaku. Oleh itu, saya berpendapat bahawa alam sekitar manusia adalah lebih penting untuk dijaga dan dipulihara kerana manusialah yang merupakan subjek yang menjaga dan memelihara alam sekitar.
Stella Gindin
January 3, 2006   05:50 PM PST
 
Soalan 1
EIA adalah amat penting dalam menilai impak terhadap pembangunan mapan yang bakal dijalankan untuk menjamin kesejahteraan dalam ekosistem di muka bumi.

Soalan 2
Harapan saya dengan mengambil kursus ini adalah untuk memantapkan lagi pemahaman kepentingan aspek alam sekitar dalam pembangunan. Semoga semua pelajar yang mengambil kursus ini...marilah kita menjadi seorang MANUSIA YANG SEBENAR dan tidak terlalu rakus mengejar pembangunan dengan membelakangkan kepentingan alam semulajadi. aplikasikanlah ilmu yang kita dapat dalam kursus ini kio...
Cathy Mang
January 3, 2006   05:43 PM PST
 
terlebih dahulu dengan kesempatan ini saya mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2006 kepada en ramzah serta rakan2 seperjuangan sekalian. semoga segala apa yang kita impikan akan tercapai pada tahun 2006 ini. bagi impian yang belum lagi terlaksana atau masih in progress kita sama2 teruskan perjuangan. bak kata orang Hidup Mesti Terus.

baiklah...saya teruskan dengan tajuk perdebatan kita pada kali ini iaitu yang manakah lebih penting untuk dijaga dan dipulihara antara alam sekitar manusia dan alam sekitar fizikal. saya juga bersetuju dengan pendapat yang dikemukakan oleh sdr standley dan sdr jaidi yang mengatakan KESEIMBANGAN penting bagi mewujudkan kestabilan antara kedua-dua aspek tadi iaitu alam sekitar fizikal fizikal juga manusia. kita tidak seharusnya memandang satu aspek sahaja. pendekatan yang lebih merupakan pencegahan daripada berlakunya pencemaran kemusnahan merupakan langkah yang baik dalam menjaga dan memulihara kedua-duanya. tanpa penjagaan dan pemuliharaan kedua-duanya akan menyebabkan keterancaman bukan sahaja kepada manusia tetapi juga gangguan ke atas ekosistem daratan dan akuatik; kehilangan biodiversiti, habitat flora dan fauna, rantaian makanan dan lain-lain yang berkaitan dengan ekologi. pembangunan yang tidak mementingkan aspek persekitaran fizikal dan manusia juga menyebabkan hilangnya simbol dan identiti sesebuah tempat atau masyarakat.justeru itu, bagi mencipta satu aras yang seimbang dalam penjagaaan dan pemuliharaan kedua-duanya, pembangunan yang terancang dan mengambil kira aspek penjagaan dan pemuliharaan adalah penting.

akhir sekali, saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa kedua-dua aspek fizikal dan juga manusia adalah sama kepentingannya untuk dijaga dan dipelihara. bukan satu langkah yang bijak jika salah satu daripadanya di anak tirikan. sekian....sampai ketemu lagi.
Wong Hie Kiong
January 3, 2006   05:42 PM PST
 
Pada pendapat saya, alam sekitar fizikal adalah lebih penting untuk dijaga dan dipulihara dalam kehidupan seharian kita. Hal ini kerana alam sekitar fizikal merupakan khazanah alam semula jadi yang unik dengan flora dan flauna ciptaan Tuhan. Elemen- elemen alam sekitar fizikal yang lain seperti tanah, air, udara dan kelembapan.
Namun demikian, kesan daripada aktiviti manusia dalam mempengaruhi alam sekitar fizikal seperti pencemaran udara, pencemaran air, tanah runtuh dan kejadian banjir telah mengakibatkan alam sekitar fizikal berada keadaan yang kritikal dan berbahaya.
Salah satu contoh yang paling ketara ialah penebangan hutan paya bakau yang berada di simpang jalan keluar UMS yang kini didirikan oleh syarikat swasta sebagai salah satu kawasan perumahan. Seperti yang kita sedia maklum, hutan paya bakau yang merupakan satu kawasan penghalang ombak dan kawasan tadahan air kini ditambakkan oleh tanah-tanih untuk kawasan perumahan.
Kesan lain yang dibawa oleh impak manusia terhadap alam sekitar fizikal adalah kesan rumah hijau dan pencemaran udara. Peningkatan suhu dunia kesan daripada pelepasan asap daripada kenderaan bermotor, kilang-kilang, peti penyaman dan peralatan keperluan yang lain turut menyumbangkan kesan yang ketara kepada alam sekitar fizikal.
Kesihatan manusia terjejas teruk seperti penyakit asma, penyakit kulit dan penyakit-penyakit yang lain turut mengancam kesihatan manusia. Oleh yang demikian, alam sekitar fizikal lebih penting untuk dijaga dan dipulihara oleh masyarakat kini.
Name Masitah Juakim
January 3, 2006   05:15 PM PST
 
Assalamualaikum..pada pandangan saya alam sekitar manusia dan fizikal merupakan elemen yang saling bergantungan antara satu sama lain. oleh itu kedua-dua elemen ini perlu dititikberatkan dan selaras dengan pembangunan mapan bagi memenuhi prosedur-prosedur atau dikenali sebagi EIA dimana setiap pembangunan yang dilaksanakan atau dirancang sepatutnya disusuli oleh penilain-penilain atau prosedur pembangunan yang telah ditetapkan.Hal ini juga harus diperdebatankan demi menjaga kepentingan kedua-dua elemen ini yang secara amnya merangkumi kehidupan di alam fana ini. manusia sebagai khalifah di muka bumi adalah diamanahkan unuk menjaga kepentingan alam sekitar samada fizikal atau manusia yang telah diutuskan oleh Allah S.W.T sebagai pencipta. kesimpulan berbalik kepada persoalan adakah lama sekitar manusia atau alam sekitar fizikal yang lebih penting untuk dipulihara...pendek kata,kedua-duanya alah penting dalam menjamin keharmonian dimuka bumi.
Name Fadillah Bin Dewa
January 3, 2006   03:27 PM PST
 
Rasionalnya pada pendapat saya, komponen persekitaran yang perlu dijaga dan dipulihara adalah aspek persekitaran fizikal. Ini adalah kerana persekitaran fizikal adalah merupakan elemen semulajadi yang yang tidak akan binasa atau terganggu tanpa adanya campurtangan manusia yang berperanan merancang dan melaksana pembangunan samada dalam bentuk sedar atau tidak. Persekitaran fizikal penting di dalam melangsungkan perjalanan keseimbangan alam tanpa ada campuryangan elemen asing iaitu manusia. Namun demikian, kepesatan populasi manusia telah menyebabkan kekurangan ruang bagi populasi ini untuk hidup dan meneruskan kelansungan hidup mereka. Oleh itu keseimbangan antara pembangunan dengan pemulihan dan pemuliharaan alam adalah perlu bagi menjamin persekitaran yang baik dan harmoni.
Oleh yang demikian, adalah amat perlu untuk menjaga dan mengekalkan keadaan sediakala alam bagi menjamin keharmonian kedua-dua elemen ini.
Bernadette Bernard
January 3, 2006   02:35 PM PST
 
Shalom...kepada semua..berjumpa lagi dalam perdebatan terhangat di pasaran..emm...pada pendapat saya, alam sekitar fizikal dan alam sekiatar manusia kedua2nya amat penting untuk dijaga dan dipulihara...ya memang benar manusia yang menentukan hala tuju keadaan alam sekitar fizikal tetapi kedua-dua ini saling bergantungan dimana kedua2nya mempunyai interaksi... langkah pemuliharaan alam sekitar fizikal merupakan satu langkah yang menilai pencemaran alam sekitar akibat pelaksanaan sesuatu projek juga dibuat disamping nerancang guna tanah kearah memelihara persekitaran yang bersih untuk digunakan oleh manusia..disamping mengawal pencemaran alam sekitar manusia langkah ini disesuaikan dengan perancangan fizikal.Melalui aspek alam fizikal dan alam manusia ini kedua2nya penting dalam keseimbangan ekologi...
Disini saya mengambil contoh penebangan hutan dan penerokaan hutan serta projek2 pembangunan fizikal. Projek ini perlu diawasi dengan teliti supaya keseimbangan ekologi dan edaran air tidak terganggu. Hal ini dapat mengurangkan pencemaran bekalan air bersih untuk penduduk serta memelihara hutan dan memelihara kawasan semulajadi untuk kepentingan sosial. Oleh itu, sebagai penghuni alam kita tidak hanya menyesuaikan diri dengan keadaan fizikal malahan perlu dengan keadaan alam sekitar manusia...sekian..celik2kan lah fikiran dalam mendebatkan isu ini...sekian
Astina Jamaluddin
January 3, 2006   11:08 AM PST
 
Bertemu lagi..saya seperti dulu dan masih dengan pendirian saya..walaupun banyak sahabat-sahabat yang memilih alam sekitar fizikal merupaka kompenan yang paling penting dipelihara tetapi.....
Saya mengatakan Alam sekitar manusia itu penting kerana,alasan manusia yang mempengaruhi alam sekitar fizikal. Bagaimana manusia boleh memelihara alam sekitar
Fizikal, seandainya alam sekitar manusianya awal-awal lagi tidak dipelihara, tuntutan-tuntutan manusia itu tidak dipenuhi,semestinya manusia rosak..maka alam yang ditadbirnya juga rosak..disitu kita dapat lihat pemberat kepada perdebatan ini adalah alam sekitar manusia. Saya menghormati pendapat sahabat-sahabat yang lain..mgkn ada kebenarannya..Tapi saya percaya Kayu yang bengkok tidak akan menghasilkan bayang yang lurus.Bila mana Alam sekitar manusia rosak maka secara Automatik alam sekitar fizikal juga rosak sebab elemen utama sudah rosak ‘Manusia”.Contohnya manusia yang tidak hidup dengan tekanan, politik yang aman sosio dan ekonomi yang kukuh, nilai estitika manusia dipenuhi..InsyaAllah Alam sekitar fizikal turut dipelihara, dan mgkn tidak dinafikan berlaku juga kerosakan sedikit kerana terdapat manusia yang masih tamak.Tapi bagaimana seandainya kita tidak memntingkan alam sekitar manusia,dengan poltiknya yang tidak stabil, soso ekonomi dalam keadaan lemah,nilai estitika untuk manusia tidak dipenuhi apa akan jadi pada alam sekitar fizikal...?saya tinggalkan sahabat-sahabat dengan persoalan ini untuk kita sama-sama berfikir pemberat terhadap perdebatan ini.Wallahu’Alam.
Name
January 3, 2006   10:57 AM PST
 
bertemu kembali...saya bersetuju sgt dgn segala hujah yg dikemukakan oleh rakan2 sekalian...kini, barulah kita dpt lihat pemikiran yg sebenar pelajar UMS...

semua hujah yg rakan sekalian kemukakan bernas2 belaka....mmg kedua2 komponen ini amat penting dan saling berinteraksi antara satu sama lain...itulah yg dinyatakan oleh saudari Ana dan yg lainnya...

cuma apabila melihat kpd situasi yg berlaku pada masa kini, pada pandangan saya persekitaran fizikal itu tidak akan musnah dgn sendirinya sekiranya manusia tidak merosakkan alam sekitar...rakan2 sekalian pernah tak memikirkan kenapa agaknya perundangan berkenaan alam sekitar dan prosedur2 seperti EIA yg kita pelajari kini diwujudkan??????...saya yakin dan percaya bahawa rakan2 sekalian setuju sekiranya saya mengatakan ia diwujudkan adalah rentetan daripada aktiviti manusia terhadap alam sekitar teruamanya persekitaran fizikal....semua perundangan mahu pun prosedur ini diwujudkan adalah utk mengekang manusia yg rakus terhadap persekitatan fizikal...

oleh hal yg demikian, saya tidak menafikan bhw fizikal perlu dipulihara dan dijaga tetapi adalah lebih elok sekiranya manusia dahulu yg dipulihara agar menjd pencinta alam sekitar....hal ini kerana kita telah lihat byk aktiviti pemuliharaan alam sekitar fizikal seperti mewujudkan hutan simpan ataupun penanaman semula...tetapi dalam masa yg sama kita juga mendegr semakin byk pembalakan haram yg kini telah menular ke kewasan hutan simpan mahupun yg telah diwartakan kerajaan....oleh itu, sampai bila aktiviti menjaga dan memulihara alam sekitar fizikal ini akan bertahan sekiranya kerakusan manusia terhadapnya terus dibiarkan...apakah kita mahu lihat seperti yg berlaku di negara2 maju spt AS yg telah menjdkan EIA yg hanya kita anggap sbg prosedur di negara kita sebagai undang2 alam sekitar di negara itu????....saya percaya masyarakat kita kaya dgn peribahasa. oleh itu mahukah kita sudah terhantuk baru tengadah???.....sekian dr ku....utk rakan pencinta alam sekalian....
Hii Ming Toh HT2003-3912
January 3, 2006   10:19 AM PST
 
Pada pendapat saya, saya lebih bersetuju bahawa 'alam sekitar fizikal' haruslah dijaga dan dipulihara jika dibandingkan dengan ‘alam sekitar manusia’. Jika kita melihat kepada aspek 'alam sekitar manusia', ia berkait hubung dengan cara kehidupan serta aktiviti manusia. Sebaliknya, aspek ‘alam sekitar fizikal’ merupakan alam semula jadi. ‘Alam sekitar fizikal’ merupakan alam semula jadi dan ia sukar dan kadang-kala tidak boleh dibina atau dicipta semula. Sebagai contoh, hutan-hutan yang diterbang adalah sukar ditanam semula seperti yang asal dan mengambil masa yang agak lama. Tambahan pula, alam sekitar fizikal lebih penting daripada alam sekitar manusia kerana ia biasanya digunakan oleh manusia untuk memenuhi keperluan dan kehendak manusia dan bukan manusia menyesuaikan diri dalam alam sekitar yang semula jadi tanpa apa-apa pembangunan. Manusia akan mengubah alam sekitar fizikal dengan menjalankan pembangunan ke atasnya tanpa memikirkan kesan-kesannya. Bagi alam sekitar manusia pula, manusia boleh menyesuaikan diri mereka dengan memindah dari satu tempat ke tampat yang lain untuk memenuhi keperluan dan kehendak mereka. Sebaliknya, alam sekitar fizikal tidak boleh dipindah dari satu tempat ke tempat yang lain. Akhirnya, saya merumuskan bahawa alam sekitar fizikal merupakan sumber kepada pengerakan manusia dan ia haruslah dijaga dan dipulihara.
NOOR BAIZURAH BINTI NAWAWI
January 2, 2006   05:53 PM PST
 
Hai semua.... Salam perdebatan antara kita. Pada pendapat saya isu penjagaan dan pemuliharan antara alam sekitar manusia dan juga alam sekitar fizikal hendaklah dititik beratkan kedua-duanya. Namun begitu, jika dilihat dari segi 'ketenatan' yang dialami adalah lebih pada alam sekitar fizikal. Menerusi perdebatan ini, saya amat menyokong pendapat saudara Samsam yang mengatakan alam sekitar fizikal sangat sensitif dengan sebarang perubahan yang berlaku.

Alam sekitar fizikal merupakan satu anugerah yang dianugerahlkan Tuhan untuk digunakan dengan sebaik-baiknya bukannya dengan sewenang-wenangnya. Dewasa ini alam sekitar fizikal merupakan satu sumber yang semakin pincang ditelan arus pembangunan. Aktiviti penggondolan, pembalakan, penimbusan, penggalian dan pembakaran yang dilakukan tanpa simpati terhadap keperitan alam sekitar fizikal yang kian meruncing.

Ekoran dari tindakan-tindakan yang kurang normal melalui pihak-pihak yang semakin serakah mengejar kemewahan sehingga tegar untuk memushahkan keadaan dan fungsi asal persekitaran fizikal. Kejadian seperti tanah runtuh, pencemaran, gangguan pada ekosistem serta perubahan pada arus cuaca adalah impak melalui aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan dengan begitu rakus sekali.

Jika dilihat pada hutan yang pada masa kini,hutan semakin dimusnahkan oleh pelbagai aktiviti khususnya pembalakan. Penggondolan hutan semakin licin dengan terciptanya mesin-mesin pemotong yang canggih. Hutan menjadi hilang seri dan fungsi hutan tersasar dari asal. Hutan merupakan kawasan tadahan air yang terbesar. Selain itu juga hutan juga menjadi habitat bagi kebanyakan hidupan dan juga tempat kitaran semulajadi berlaku dengan baik.

Lantaran itu, alam sekitar fizikal harus dipandang serius dalam penjagaan dan pemuliharaan yang berkesan. Saya mencadangkan beberapa langkah yang patut dipandang jika sudi. Antaranya ialah, lereng bukit yang disimenkan atau ditanami tumbuhan menjalar agar dapat mengelakkan kejadian tanah runtuh. selain itu juga, kawasan hutan pelbagai fungsi pada contohnya seperti agroperhutanan. Hal ini melibatkan pelbagai aktiviti seperti pembalakan, pertanian serta penternakan. Ini akan menjimatkan penggunaan kawasan yang lebih luas dari terus diterokai. Cadangan terakhir saya ialah dari segi pemuliharan dengan memberi perawatan pada pokok-pokok yang sakit, dan penanaman semula pokok ke atas kawasan yang gondol.

Sekian sahaja celoteh dan bebelan saya pada ruang perdebatan kita ini. Saya sememangnya menyokong abis-abisan penjagaan dan alam sekitar fizikal. Selamatkan alam fizikal kita jika mahu nafas berterusan.
Lailah Bte Chung Foh Sin
January 2, 2006   03:56 PM PST
 
salam sejahtera buat En.Ramzah selaku pensyarah kursus Penilaian Impak Alam Sekitar ( Environmental Impact assesment ) EIA dan rakan -rakan sekalian. tajuk perdebatan yang diberikan oleh En.Ramzah yang berbunyi "“Pada pendapat anda, yang mana satukah yang lebih penting untuk dijaga dan dipulihara: antara 'alam sekitar manusia' (human environment) dan 'alam sekitar fizikal' (physical environment)" memang satu soalan yang cukup menarik untuk diperbincangkan dan diperdebatkan oleh para pelajar Geografi UMS.
jika dilihat kesemua pendapat para pelajar geografi yang telah mengutarakan hujah-hujah yang bernas, saya rasakan perdebatan yang julung-julung kali di adakan oleh pensyarah program Geografi ini memang tepat dan dapat menguji sejauhmana kepintaran dan kebolehan seseorang pelajar itu memperbincangkan sesuatu isu yang diutarakan. syabas! saya ucapkan kepada en.Ramzah.
berbalik kepada soalan yang diutarakan, yang manakah perlu dijaga dan dipulihara antara alam sekitar manusia dengan alam sekitar fizikal. jawapan saya sudah tentu kedua-duanya, walaupun soalan ini meminta pelajar untuk memilih antara alam sekitar manusia atau alam sekitar fizikal.
manusia, kompenan yang paling penting dalam alam sekitar manusia dan manusia lah yang berperanan penting dalam mencorak kehidupan mereka diantara alam sekitar manusia dan alam sekitar fizikal. oleh itu, kedua-dua alam ini perlu dijaga dan dipulihara secara saksama agar keseimbangan alam dapat dicapai. apa yang akan terjadi jika kita hanya mementing alam sekitar manusia tanpa memperdulikan alam sekitar fizikal, sedangkan kita hidup ini di atas alam fizikal? manusia harus bijak dalam mempergunakan segala sumber-sumber yang diciptakan oleh Tuhan. seperti yang diutarakan oleh beberapa rakan-rakan yang lain, bahawa alam sekitar manusia dan alam sekitar fizikal saling berkait rapat dan bergantungan. ia seperti rantaian makanan, jika salah satu kompenan itu musnah, bagaimana pula dengan kompenan yang lain? alam sekitar fizikal diciptakan oleh Tuhan untuk digunakan oleh manusia, dan m anusia diciptakan oleh Tuhan untuk mentadbir alam ini. oleh itu, manusia sebagai pentadbir alam ini harus mempertimbangkan beberapa perkara sebelum menjalankan aktiviti mereka di atas muka bumi ini seperti pembangunan. alam sekitar manusia dan alam sekitar fizikal ini harus dijaga dan dipulihara secara bersama dan oleh sebab itu diwujudkan prosedur Penilaian Impak Alam Sekitar untuk mengkaji kesan-kesan yang dijangkakan berlaku terhadap sesebuah kawasan yang ingin dimajukan untuk pembangunan supaya pembangunan atau sebarang projek yang dilakukan di sesebuah kawasan itu tidak memberi kesan negatif yang terlalu teruk dan saya teringat apa yang diperkatakan oleh En.Ramzah pada Kuliah Pertama, bahawa setiap projek yang dijalankan sudah tentu ada kesan negatifnya terhadap alam sekitar.
secara kesimpulannya., apa yang boleh saya simpulkan disini, alam sekitar manusia dan alam sekitar fizikal harus dijaga dan dipulihara secara saksama. sekian.
mohon maaf jika ada perkataan saya yang silap dan salah. selamat tahun baru 2006.
SAMSAM
January 2, 2006   02:03 PM PST
 
Apabila memperdebatkan tentang keperluan yang mana lebih penting untuk dijaga dan dipulihara tentulah kedua-dua adalah sama penting dan perlu utnuk dijaga kerana keduanya akan saling memberikan kesan kepada setiap komponen sama ada komponen manusia ataupun fizikal. Namun pada saya, KOMPONEN FIZIKAL akan lebih saya utamakan untuk dipulihara dan dijaga berbanding dengan komponen manusia. Ini adalah kerana komponen fizikal amat sensitif kepada sebarang perubahan yang dilakukan dan ini akan memberikan kesan kepada setiap komponen yang berlaku. Apabila impak negatif keatas alam sekitar menjadi terlalu serius ia seterusnya akan memberikan kesan secara langsung kepada komponen manusia sama ada keperluan manusia dalam kehidupan seharian atau aspek untuk kemudahan manusia.
Kita pernah mendengar kes dimana rumah yang dibina dicerun bukit tertimbus oleh tanah runtuh yang berlaku. Ini jelas memperlihatkan apabila pembangunan dijalankan tanpa membuat pertimbangan tentang aspek fizikal sesuatu kawasan maka perkara tersebut berlaku. cont.......
(sambung nanti masa dah nak habis)

Name
January 2, 2006   11:20 AM PST
 
YANG MANAKAH YANG PALING PENTING UNTUK DI JAGA "ALAM SEKITAR MANUSIA ATAU ALAM SEKITAR FIZIKAL",

Begitulah betapa hangatnya tajuk perbincangan pada kali ini.Jika kita melihat pada ruangan sebelumnya ramai rakan-rakan kita yang cuba mengupas dan mendebatkan tajuk perbincangan ini ada yang bersetujuh dan ada yang membantah, namun bagi saya terserah pada diri untuk menilai bak kata pepatah 'tepuk dada tanya selera.Tanpa membuang masa, perbincangan saya pada kali ini ialah pentinganya menjaga alam sekitar fizikal.

Alam sekitar yang dianugerahi oleh Allah SWT amat penting dalam kehidupan dan setiap orang perlu menjaga alam. Namun begitu,
akibat pembangunan yang begitu mendadak dan akibat penerokaan alam untuk kegiatan ekonomi telah menjejaskan alam sekitar. Kini,
kita mendapati kebanyakan sungai di negara ini sudah tercemar, udara yang kita sedut juga sudah tidak bersih lagi, dan air yang kita minum
juga sudah tercemar. Apabila menyentuh hal ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengatakan bahawa alam sekitar ialah sesuatu yang tidak boleh ditukar ganti kerana alam sekitar ialah milik kita dan kita perlu bertanggungjawab untuk menjaganya. Pada pendapat saya, terdapat banyak kepentingan yang dapat diperoleh sekiranya
kita menjaga alam sekitar kita.

Salah satu kepentingan penjagaan alam sekitar ialah alam sekitar menjamin kesejahteraan hidup
semua makhluk di dunia ini. Hal ini dikatakan demikian kerana kejayaan dan pembangunan fizikal yang kita capai tidak bermakna sekiranya keindahan alam sekitar terjejas. Kita perlu sedar bahawa alam sekitar yang bersih menjamin kesihatan penghuni alam ini, manakala alam sekitar yang tercemar dapat menjejaskan kesihatan penghuni alam ini. Keadaan ini berlaku kerana sekiranya udara yang kita sedut, air yang kita minum, dan bumi yang kita diami tercemar dan
kotor, maka lama-kelamaan kesihatan kita akan terjejas. Oleh itu, Timbalan Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Razak mengatakan bahawa hubungan antara pembangunan dan alam sekitar “seperti aur dengan tebing” dan usaha melindungi alam sekitar di negara ini berjalan dengan baik dan amat membanggakan. Oleh
itu, saya berharap semua pihak perlu berganding bahu dengan kerajaan untuk memastikan alam
sekitar tidak tercemar.

Berdasarkan perbincangan ini, saya merumuskan bahawa alam sekitar tidak wajar diabaikan walaupun kita sedang melaksanakan pelbagai
projek untuk membangunkan negara ini. Dengan itu, pihak berkuasa perlu mengawasi supaya
projek pembangunan dirancang dengan teliti dengan mengambil kira kepentingan alam sekitar. Jika hal ini dapat dilaksanakan, maka
kita akan mencapai kejayaan dalam keduadua bidang yang saling berkait rapat antara satu sama lain. Dengan itu saya menegaskan
bahawa kepentingan alam sekitar perlu diambil kira dalam kehidupan kita supaya sesuai dengan cogan kata “Negara Bersih, Rakyat Sihat”.

Hasil Nurkilan....
ASIS BIN JASA (HT2003-3890)
Zam_Theboyz@Yahoo.com
Name Kamisah
January 2, 2006   09:56 AM PST
 
Assalamualaikum rkn2 sekalian...maaflah antara insan yang sedikit leka tapi sudah terjaga kerana azam baru tahun 2006.. ok, untuk menjawab perbincangan kita pd blog ke2 ni, yang utamanya dahulu apa itu alam sekitar manusia dan apa itu alam sekitar fizikal?
Alam sekitar manusia tu, menekankan terhadap element manusia yang berinteraksi dengan ruang alam fiziksl manakala, alam sekitar fizikal pula penekanan kpd alam sekitar fizikal seperti bentuk muka bumi dan taburan, keadaan atmosfera, corak iklim, taburan tumbuh2an, tanih dan seumpamanya.
Jadi persoalan yg timbul, yg mana perlu diutamakan untuk dijaga dan dipelihara? Bagi pendapat saya, alam sekitar manusia lebih penting berbanding alam sekitar fizikal. Ini kerana, manusialah punca segala2nya ke atas perubahan alam sekitar fizkal. Segala tingkah laku yg dilakukan oleh manusia ke atas alam sekitar seperti projek2 pembangunan yg dilakukan dari dulu hingga kini telah menyebabkan banyak hutan2 dan habitat semulajadi telah diterokai dan mula terancam. Selain itu, kejahilan manusia terhadap pentingnya penjagaan alam sekitar menyebabkan manusia semakin leka dengan menghasilkan pelbagai pencemaran samaada membuat pencemaran di darat, di air mahupun di udara.
Manakala, alam sekitar fizikal dari dulu hingga kini hanya menjalankan tanggungjwbnya dalam melaksanakan proses2 dan sistem yg perlu dilaksanakannya sebagai alam sekitar fizikal. Alam sekitar fizikal tidak melakukan apa2 perbuatan utk merosakkan manusia. Tdk spt manusia yg boleh merosakkan alam sekitar fizikal.
Jadi ringkasnya, sekiranya alam sekitar manusia dijaga dan dipelihara utk mencintai alam sekitar fizikal maka alam sekitar fizikal akan selamat. Spt yg dikatakan oleh Hajawati memang betul, manusia sebenarnya yang memainkan peranan penting dalam keseimbangan alam sekitar, sebarang tindakan yang dilakukan oleh manusia di atas muka bumi ini akan mempengaruhi kualiti alam sekitar, sama ada alam sekitar fizikal mahupun alam sekiatar manusia itu sendiri. sekiranya alam sekitar manusia dapat berfungsi dengan baik tidak mustahil alam sekitar fizikal juga akan menerima impak yang positif.
Nagendran Thangavelo
January 1, 2006   09:58 PM PST
 
Pada pendapat saya, kedua-dua alam sekitar fizikal dam alam sekitar manusia perlulah diberi perhatain yang sama kerana edua-duanya amat bergantung antara satu sama lain. Sekiranya sesuatu perubahan berlaku terhadap alam sekitar manusia maka ia mempunyai kesan langsung dengan alam sekitar fizikal dan sebaliknya. Pertama sekali, kita perlu membetulkan pandangan kita terhadap kedua-dua struktur ini dan tidak patut menyokong salah satu sahaja. Sebelum memberi pandangan tentang sesuatu kita perlu menilai perkara itu daripada kesemua aspek supaya tidak terdapat cacat celah kelak. Apa yang saya mahu ketengahkan di sini adalah kajian perlu dijalankan sebelum sesebuah pembangunan dijalankan dengan mengambil kira kesan negatifnya terhadap manusia dan keadaan fizikal di sekitarnya. Sebagai contoh sekiranya kajian hanya dijalankan untuk mengambil kira kesan negatif pembangunan terhadap manusia, maka keadaan fizikal akan terabai dan tentulah persekitaran fizikal di situ akan merosot dan sebaliknya. dalam bidang EIA sudah tentu prosedur penialaiannya akan mengandungi kedua-dua alam sekitar fizikal dan manusia. Apa yang kita perlu faham ialah hubungan antara alam sekitar fizikal dan manusia adalah yang berbentuk langsung. oleh itu adalah tidak wajar hanya satu komponen sahaja yang dijaga atau dipulihara secara maksimum. sama-samalah kita berusaha untuk meminimumkan kesan negatif yang ditanggung oleh alam sekitar fizikal dan manusia akibat pembangunan yang kian pesat. Terima kasih........
AZLAN BIN HJ BAHARUDDIN
January 1, 2006   08:40 PM PST
 
Jika nak didebatkan perkara ini sudah semestinya "alam sekitar manusia" disokong sebagai satu kompenan yang paling ptg utk dijaga...betul tak?kita sebagai seorang insan yang bergelar manusia semestinya menyokong segala bentuk hak kita seperti budaya, agama dan lain2....namun, tanpa kita sedari, "alam sekitar fizikal juga tidak kurang pentingnya, malah mungkin juga lebih penting jika nak dibandingkan dengan alam sekitar manusia...kenapa? misalnya tumbuhan...ia adalah merupakan salah satu daripada kompenan alam sekitar fizikal yang mampu membekalkan manusia (kita) keperluan makanan,ubat-ubatan malah juga bekalan oksigen utk kita bernafas...contoh ini sudah dapat membuktikan kepada kita akan pentingnya untuk kita menjaga alam sekitar fizikal kita kan?......daripada keadaan ini, kita seharusnya sedar bahawa saling kebergantungan antara alam sekitar manusia dan alam sekitar fizikal adalah sememangnya wujud...malah ketiadaan salah satu alam sekitar ini akan dapat memberi kepincangan terhadap alam sekitar yang satu lagi....oleh itu, pada pendapat saya kedua-dua alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia amat penting untuk dijaga dan dipulihara....ini juga penting untuk sesebuah kawasan yang ingin mencapai sebuah pembangunan yang mapan dari segala segi...

AZLAN BIN HJ BAHARUDDIN
(HT 2003-5013)
AZLAN BIN HJ BAHARUDDIN
January 1, 2006   08:39 PM PST
 
Jika nak didebatkan perkara ini sudah semestinya "alam sekitar manusia" disokong sebagai satu kompenan yang paling ptg utk dijaga...betul tak?kita sebagai seorang insan yang bergelar manusia semestinya menyokong segala bentuk hak kita seperti budaya, agama dan lain2....namun, tanpa kita sedari, "alam sekitar fizikal juga tidak kurang pentingnya, malah mungkin juga lebih penting jika nak dibandingkan dengan alam sekitar manusia...kenapa? misalnya tumbuhan...ia adalah merupakan salah satu daripada kompenan alam sekitar fizikal yang mampu membekalkan manusia (kita) keperluan makanan,ubat-ubatan malah juga bekalan oksigen utk kita bernafas...contoh ini sudah dapat membuktikan kepada kita akan pentingnya untuk kita menjaga alam sekitar fizikal kita kan?......daripada keadaan ini, kita seharusnya sedar bahawa saling kebergantungan antara alam sekitar manusia dan alam sekitar fizikal adalah sememangnya wujud...malah ketiadaan salah satu alam sekitar ini akan dapat memberi kepincangan terhadap alam sekitar yang satu lagi....oleh itu, pada pendapat saya kedua-dua alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia amat penting untuk dijaga dan dipulihara....ini juga penting untuk sesebuah kawasan yang ingin mencapai sebuah pembangunan yang mapan dari segala segi...

AZLAN BIN HJ BAHARUDDIN
(HT 2003-5013)
Robianah Binti Amin
January 1, 2006   02:27 PM PST
 
haloo semua....mmg bagus semua pendapat yg dikemukakan oleh kawan-kawan sekalian...semuanya bernas dan munasabah. Bg pendpt saya, saya juga tidak menafikan kepentingan kedua-dua aspek alam sekitar fizikal dan manusia. Kedua-duanya saling berkaitan dan saling melengkapi antara satu sama lain. Alam sekitar manusia memerlukan alam sekitar fizikal dan begitulah sebaliknya. namun begitu, sekiranya disuruh buat pilihan untuk dijaga dan dipulihara,sudah tentu saya akan memilih untuk menjaga dan memulihara alam sekitar fizikal. Hal ini kerana perubahan dan kemusnahan alam sekitar fizikal akan memberi impak negatif kepada alam sekitar manusia bukan sahaja masa kini tetapi juga untuk masa depan. namun begitu, ini tidak bermakna alam sekitar manusia tidak perlu dijaga dan dipelihara. Kedua-duanya mempunyai kepentingan yang sama. Oleh itu, kita mesti buat secara praktikal dan bukan hanya mengemukakan pendapat di ruangan ini sahaja. Sekian...bubye kengkawan dan selamat tahun baru en ramzah & kwn2 semua
Sharon Pascol
January 1, 2006   10:11 AM PST
 
Sebelum membincangkan dengan lebih lanjut tajuk ini...biarlah saya definisikan maksud alam sekitar manusia dan alam sekitar fizikal. Alam sekitar manusia bagi pendapat saya ialah alam yang kita kongsi bagi semua hidupan bernyawa di muka bumi ini. Manakala bagi Alam sekitar Fizikal pula bermaksud, bentuk-bentuk fizikal yang terdapat di muka bumi seperti pembentukan fizikal pasang surut, perubahan fizikal yang berlaku disebabkan oleh aktiviti manusia seperti pembangunan dan pelbagai bentuk muka bumi yang berbeza.

Jika dilihat dari segi perkaitan, sememangnya alam sekitar manusia dan alam sekitar fizikal mempunyai hubung kait yang rapat atau lebih ringkas lagi saling kebergatungan antara satu dengan yang lain. Namun, bagi pendapat saya antara dua pilihan ini saya memilih alam sekitar fizikal adalah penting untuk dijaga dan dipulihara. KENAPA?

Ini kerana asas untuk manusia hidup di muka bumi ini ialah alam sekitar fizikal. Sebelum muncul teknologi dan pertumbuhan penduduk yang semakin pesat persekitaran fizikal kita adalah baik sekali dan selesa untuk didiami. Lihat sekarang, yang jelas kita lihat pencairan ais di kutub utara yang sangat meruncingkan kesan daripada pemanasan global. INI ANGKARA SIAPA? tentu sahaja segelintir manusia yang tidak pandai memikirkan alam sekitar fizikal kita sebaliknya hanya nafsu keuntungan semata-mata.
Kita sememangnya patut menjaga Alam Sekitar Fizikal kita seperti juga memelihara dan memulihara alam dan fauna kita. Walaupun manusia menjalankan pembangunan namun, sebelum menjalankan sesuatu projek itu aspek yang penting untuk dikaji ialah kesan pembangunan kepada Alam Sekitar Fizikal. Ini kerana bagi pendapat saya kesan daripada kurangnya penjagaan dan pemuliharaan Alam Sekitar Fizikal barulah ia akan memberi impak kepada Alam Sekitar Manusia.

Sekali lagi saya tegaskan, bahawa alam sekitar fizikal kita perlu dijaga. Alam sekitar fizikal merupakan tapak untuk semua benda hidup bernyawa untuk hidup terutamanya manusia. Oleh itu kita harus menjaga alam sekitar fizikal kita daripada pupus. Siapa yang harus menjaga dan pulihara? tentu saja kita yang bernama manusia....

Saya memang sehaluan dan bersetuju dengan pendapat rakan2 yang menyokong Alam Sekitar Fizikal harus dijaga dan dipulihara berbanding dengan Alam Sekitar Manusia seperti saudara Faizal, Roslan, Rusiline dan Mohd Shafie.

Namun saya tidak bersetuju dengan pendapat yang diutarakan oleh saudara Stanly mengenai konsep kesimbangan yang beliau utarakan. Jikalau anda ingin mewujudkan konsep kesimbangan..bolehkah ia diwujudkan? Adakah semua manusia yang tinggal di alam sekitar fizikal kita ini akan menjalankan konsep kesimbangan yang kamu utarakan. Tepuk dada tanya selera.

Kesimpulannya, kita harus ingat siapa yang dulu wujud di muka bumi ini sebelum kita lahir. Oleh itu sekali saya tegaskan bahawa Alam Sekitar Fizikal harus dijaga dan dipulihara.

Bagi rakan-rakan diluar sana, walaupun sememangnya alam sekitar Fizikal dan Alam Sekitar Manusia itu saling berhubung kait kerana daripada diskusi anda ramai yang mengatakan sedimikian. Namun adalah lebih baik jika kita hanya memilih hanya satu aspek yg penting untuk dijaga dan dipulihara untuk merancakkan lagi debat kita ini. Seperti juga kita berdebat di atas pentas dengan wujudnya antara pembangkang dan pencadang.

Happy New Year 2006
Name
December 31, 2005   10:13 PM PST
 
salam ukhuwwahfillah kpd rakan pendebat........

saya hanya ingin meleraikan persoalan yg saudara stanley kemukakan......dalil naqli itu adalah bukti yang didapati daripada al-quran dan hadis yg dijadikan sbg bukti utk menguatkan hujah kita terhadap sesuatu....itulah maksud dalil naqli itu saudara stanley....

saudara stanley.......dalam 2 hujah saya yg terdahulu saya mmg pun membincangkan persoalan kita ini dr sudut akademik.....cuba saudara baca semula dan fahami hujah tersebut.....saya bukan membincangkan masalah ini dr sudut agama semata-mata krn jika demikian, persoalan ini akan lebih dalam....mungkin apa yg saudara katakan bhw saya membincangkan hal ini luar drpd akademik ialah kerana perkataan dalil naqli atau pun perkataan yg lain.....utk pengetahuan saudara, saya memperkatakan hal tersebut adalah diluar drpd perdebatan kita ini...ia hanyalah utk mengingatkan rakan2 kita yg lain agar tidak menggunakan ayat al-Quran dan hadis sebagai penguat hujah kerana ayat2 tersebut tidak boleh disangkal @ pun dibangkang.....ia bukannya hujah saya dalam persoalan kita ini....sebab itulah ia terletak pada perenggan yg berlainan......saya harap saudara sudah memahaminya.....

terima kasihlah atas segala persoalan saudara....selamat berdebat....
More/Mohd.Faizal Saha
December 31, 2005   05:14 PM PST
 
Blog 2:

Persoalan yang mana satu lebih penting untuk dijaga dan dan dipulihara bergantung kepada pendapat individu itu sendiri. Pada pendapat saya, alam sekitar fizikal sebenarnya lebih penting untuk dijaga dan dipulihara. Persoalannya kenapa alam sekitar fizikal yang lebih penting? Kita hidup di alam sekitar manusia yang menumpang di alam sekitar fizikal. Sebenarnya alam sekitar fizikal melindungi alam sekitar manusia. Analoginya mudah; ibarat pokok duit-duit yang menumpang pada pokok limau. Pokok limau mampu hidup sendiri tapi tidak bagi pokok duit-duit yang bukan sahaja menumpang pada pokok limau malah memusnahkannya pulak. Alam sekitar fizikal sifatnya lemah, tidak mampu berbuat apa-apa; sebaliknya alam sekitar manusia bukan sahaja menumpang, jauh lebih dahsyat cuba memusnahkan alam sekitar fizikal di mana ia menumpang.
Saya bersetuju dengan pendapat Mohd. Shafie Mohd. Khalid bahawa alam sekitar fizikal lebih penting; pendapat sama juga diutarakan oleh Asmin Tuyun. Saya bersetuju dengan pendapat Asmin Tuyun dipetik dari pendapat ahli sains sekitaran yang mengatakan bahawa alam sekitar mampu memulihkan kerosakan yang berlaku secara semulajadi tetapi tidak bagi kemusnahan dan kerosakan akibat perbuatan manusia yang rakus memenuhi kehendak mereka yang tidak pernah berakhir. Justeru itu, walau apapun hujah yang diutarakan memihak kepada “alam sekitar manusia lebih penting dijaga dan dipulihara”, saya kurang bersetuju.
Hakikatnya, kedua-dua aspek sama ada alam sekitar manusia mahupun alam sekitar fizikal adalah saling berkaitan dan sama pentingnya. Cuma, apabila timbul “persoalan yang mana lebih penting untuk dijaga dan dipulihara” memerlukan satu aspek yang lebih penting dan saya yakin aspek tersebut adalah alam sekitar fizikal. Apapun, marilah kita bersama menjaga alam sekitar di mana kita sedang menumpang hidup ketika ini.
Roslan
December 31, 2005   04:17 PM PST
 
salam...setelah membacahujah-hujah yang dikemukakan oleh rakan-rakan, saya mendapati kebanyakkan rakan-rakan sekalian pada umumnya melihat kedua-dua aspaek manusia dan fizikal adalah penting dalam mewujudkan suasana yang harmoni. interaksia antara kedua-duanya ini dilihat saling berkaitan antara satuu sama lain. walau bagaimanapun, hujah mereka yang berbalik kepada persoalan kebanyakkannya memilih alam sekitar fizikal yang lebih penting untuk dijaga dan dipulihara. disini saya mengucapkan syabas dan tahniah kerana pendapat rakan-rakan sekalian sealiran dengan pandangan saya.

Antara yang menarik perhatian saya adalah hujah daripada saudara Asmin yang mana beliau menperincikan maksud 'dijaga' dan 'dipulihara'. hujah beliau dilihat releven dan dapat diterima.

pemikiran manusia kini yang kebanyakkannya telah rosak disebabkan oleh arus pemodenan menyebabkan alan sekitar menjadi mangsa. pemuliharaan minda dan pemikiran manusia dilihat lebih penting bagi menjamin kualiti hidup yang lebih mampan.

harap maaf saya tidak dapat komen lama-lama sebab masa dah nak habis laa.... sekian TERIMA KASIH
Stanley Anak Suab
December 31, 2005   04:05 PM PST
 
Setelah membaca perdebatan rakan- rakan setakat ini saya mendapati rata- rata mereka bertetuju bahawa kedua- dua elemen alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia masing- masing adalah sama penting. Seperti yang dinyatakan oleh Cik Suryani ; ‘kedua-duanya perlu dititikberatkan penjagaannya kerana secara logiknya kedua-dua alam sekitar manusia dan fizikal saling berkaitan antara satu sama lain’. Walau bagaimana pun, pada pandangan saya soal "KESEIMBANGAN" adalah satu titik kestabilan antara alam sekitar fizikal dan manusia yang harus diadakan diantara dua. Ini kerana kedua- dua elemen ini berkongsi satu ruang yang sama dimuka bumi ini. Boleh diibaratkan seperti siang dan malam dalam lingkungan masa 24 jam. Masing- masing siang 12 jam dan malam 12 jam adalah seimbang. Demikian dengan alam sekiktar manusia dan alam sekitar fizikal, jika salah satunya berkembang maka satu lagi akan mengalah! Kerana, perkongsian ruang pada muka bumi ini tidak mungkin di "extent" pada satu tahap lagi ibarat menambah 24 jam masa ke 36 jam satu hari!! Pada persoalan diskusi kali ini; yang mana satukah yang lebih penting untuk dijaga dan dipulihara: antara 'alam sekitar manusia' lebih merujuk kepada mana- mana antara dua elemen tersebut yang mengalami keterancaman. Walau bagaimana pun, dalam ruangan diskusi saya mendapati bahawa secara keseluruhan rakan- rakan lebih menekankan terhadap penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar fizikal. Ini mungkin kerana kita hanya nampak bahawa aktiviti manusia iaitu pembangunan lebih memberikan ancaman dan memusnahkan alam sekitar fizikal. Namun hakikatnya alam sekitar fizikal tidak kurangnya memberikan ancaman dan tekanan yang hebat kepada umat manusia. sebagai contoh, bencana alam semula jadi seperti; tsunami, ribut taufan, gempa bumi dan ancaman evolusi biologis alam sekitar seperti penyakit H5n1, H7n1, J.e dan sebagainya. Fenomena diatas adalah satu timbal balik yang berlaku hasil ketidak seimbangan sama ada oleh alam sekitar fizikal terhadap manusia atau alam sekitar manusia terhadap fizikal. Ini kerana masing- masing mempunyai hubungan dan saling berkaitan antara satu dengan yang lain. Alam sekitar manusia tidak akan boleh wujud sendiri tanpa adanya alam sekitar fizikal begitu juga alam sekitar fizikal tanpa alam sekitar manusia. Saya rasa rakan- rakan harus jelas dengan definisi alam sekitar manusia dan alam sekitar fizikal terlebih dahulu sebelum mengadakan sesuatu perhujahan. Ini kerana saya melihat sebahagian rakan- rakan tidak dapat menghujah dengan begitu kukuh juga pandangan dan idea yang tidak seberapa tersusun oleh kerana kekeliruan membezakan alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia jadi. Saya ingin memberikan komen iaitu kepada Encik Asmin supaya memperjelaskan Term ‘dalil naqli’ kerana saya tidak faham maksud. Dan saya menyarankan beliau berhujah daripada perspektif akedemik. Berbalik kepada soal keseimbangan, saya bersetuju dengan pandagan Encik Jaidi ‘Konsep keseimbangan ini boleh di takrifkan sebagai Pembangunan Mapan (Sustainable Development). Secara umumnya, konsep pembangunan mapan atau pembangunan terimbang merupakan gagasan pembangunan moden paling proaktif untuk menangani isu mengimbangi antara tuntutan pembangunan dan pemuliharaan alam sekitar’. Pada blog diskusi kali ini saya nampaknya bersifat neutral dan tetap dengan pendirian bahawa sama ada alam sekitar fizikal atau alam sekitar manusia, kedua- duanya sama penting. Bukanya antara alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia mana yang lebih penting??? Cuma saya lebih menekankan konsep KESEIMBANGAN yang lebih penting. Dalam soal ‘yang mana satukah yang lebih penting untuk dijaga dan dipulihara??’ saya berpendapat bahawa kedua- duanya harus diberikan perhatian mana- mana yang mengalami ancaman maka berhak mendapat pembelaan penjagaan dan pemuliharaan daripada terancam. Saya rasa itulah rasionalnya kita mempelajari EIA pada semester terakhir ini iaitu untuk menilai impak aktiviti kita dalam alam sekitar manusia terhadap alam sekitar fizikal. Kerana kita manusia mampu berfikir maka kita yang berperanan menilai sesuatu keputusan dalam usaha mengekalkan keseimbangan dengan alam sekitar fizikal. Mungkin keseimbangan dicapai apabila adanya toleransi antara komponen. Rakan- rakan setuju ???? TERIMA KASIH KERANA MEMBACA. Maaf kalau ada komen yang tak baik dan selamat tahun 2006. jumpa lagi.
Judy Chiong Kung Li
December 31, 2005   03:55 PM PST
 
Salam Sejahtera kepada En dan semua rakan-rakan sekalian, merujuk persoalan itu “Pada pendapat anda, yang mana satukah yang lebih penting untuk dijaga dan dipulihara: antara 'alam sekitar manusia' (human environment) dan 'alam sekitar fizikal' (physical environment)?, saya rasa alam sekitar fizikal adalah penting untuk dijaga berbanding dengan alam sekitar manusia.
Alam sekitar fizikal adalah sebagai tempat tinggal manusia. Kehidupan manusia sangat dipengaruhi oleh persekitarannya. Contohnya rumah kediaman kita. Keadaan atmosfera berkaitan dengan cuaca dan iklim setempat. Ia lazimnya akan mempengaruhi cara kita makan, berpakaian dan aktiviti kehidupan lain di sekitar tapak rumah kediaman kita. Jadi persekitaran fizikal dapatlah dianggap sebagai kerangka ruang fizikal yang menyediakan asas bagi kehidupan manusia. Alam sekitar yang menjadi tempat kediaman manusia ini dikenali sebagai habitat dan dalam kajian ekologi ia adalah komponen penting ekosistem alam.
Alam sekitar fizikal merangkumi semua lapisan luar bumi iaitu litosfera termasuk hidrosfera, iaitu kawasan yang diliputi air dan atmosfera, lapisan udara permukaan bumi. Sebahagian besar bahagian kerak bumi ini mengandungi alam yang penting kepada kehidupan manusia. Kepentingan alam sekitar fizikal kepada kehidupan manusia boleh dibahagikan kepada tiga.
Pertama, unsur yang terdapat di atmosfera seperti sinaran cahaya matahari sangat diperlukan sebagai asas bagi wujudnya kehidupan. Begitu juga oksigen untuk pernafasan dan gas lain turut digunakan oleh manusia.
Kedua, alam sekitar fizikal sebagai habitat serta ekologi manusia dan haiwan. Manusia juga bertindak sebagai salah satu komponen dalam ekologinya. Ekologi mempunyai sistemnya tersendiri yang tidak boleh diganggu. Setiap unsur dalam sistem ekologi manusia adalah saling bergantung, saling memerlukan antara satu sama lain. Contohnya manusia dan haiwan bergantung pada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan makanan, tumbuhan pula bergantung pada keadaan tanah serta tanih dan bekalan air untuk hidup. Jika tiada air atau tanih tidak subur maka tumbuh-tumbuhan tidak boleh hidup. Akibatnya kehidupan manusia dan haiwan terjejas. Dengan itu, tanih, tumbuhan dan haiwan mempunyai hubungan yang tidak boleh diputuskan.
Ketiga, alam sekitar fizikal sebagai sumber atau pembekal sumber bagi aktiviti ekonomi manusia. Contohnya hutan sebagai sumber yang menghasilkan bahan binaan bangunanan untuk kegunaan manusia. Selain itu, mineral juga diperlukan sebagai bahan mentah untuk menghasilkan barangan keluaran kilang.
Tegasnya, alam sekitar fizikal amat penting dijaga dan dipulihara berbanding dengan alam sekitar manusia. Hal ini disebabkan alam sekitar fizikal sangat mempengaruhi kehidupan manusia.

Siti Aisah Razali @ Jali
December 31, 2005   02:17 PM PST
 
Bissmilahirahmanirahim...Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru 2006. Bak kata pepatah, cubit paha kanan paha kiri turut terasa. begitulah boleh diumpamakan alam sekitar manusia dan juga alam sekitar fizikal. Pada pendapat saya kedua-duanya memerlukan penjagaan dan perlindungan yang sistematik dan berterusan, seiring dengan pembangunan lestari.
Faktor yang menyokong bahawa perlunya penjagaan alam sekitar manusia dan fizikal adalah sama penting dilaksanakan kerana kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain. Maksudnya di sini, jika alam sekitar alam fizikal pincang, mana alam sekitar manusia akan turut mendapat kesan daripada kepincangan tersebut. sebagai contohnya, penimbusan hutan paya bakau bagi tujuan pembangunan telah mengubah keadaan fizikal hutan tersebut. Seperti yang kita ketahui hutan paya bakau mempunyai kepentingan yang amat besar mengatasi masalah hakisan di muara sungai. Namun akibat kerakusan manusia itu sendiri, telah mengundang bahaya kepada kehidupan manusia generasi akan datang. Justeru itu, adalah wajar kewujudan EIA membantu menyedarkan manusia yang kurang bertanggungjawab itu ke arah mesra alam. Walau bagaimanapun kita tidak perlu mengharap 100% kepada EIA sahaja dalam usaha penjagaan alam sekitar. seharusnya semua pihak di muka bumi ini seharusnya menjaga alam sekitar ini seperti yang telah di amanahkan oleh ALLAH S.W.T untuk di pelihara. Wassalam....Selamat tinggal 2005 dan selamat datang 2006
JAMLIN MAIDIN@HA2003-1215
December 31, 2005   02:00 PM PST
 
ALAM SEKITAR MERUPAKAN SATU UNGKAPAN PERKATAN YANG SANGAT LUAS PENGERTIANNYA. JIKA KITA ADALAH PEMIMPIN KEPADA RAKYAT ADALAH TIDAK TIMBUL SOALAN-SOALAN YANG MANA SATUKAH HARUS DIJAGA DAN DIPULIHARA SAMA ADA ALAM SEKITAR MANUSIA ATAU FIZIKAL. HAL INI KERANA ALAM SEKITAR ITU SENDIRI SUDAH CUKUP JELAS MERANGKUMI KEDUA-DUA ELEMEN INI. ALAM SEKITAR MERUPAKAN SATU ANGKUBAH YANG MEMBENARKAN INTEGRASI ANTARA ALAM SEKITAR MANUSIA DAN ALAM SEKITAR FIZIKAL. OLEH ITU, JIKA BERLAKU MASALAH TERHADAP SALAH SATU PEMBOLEH UBAH INI SAMA ADA ALAM SEKITAR MANUSIA ATAU FIZIKAL MAKA PEMBOLEHUBAH YANG LAINNYA PASTI AKAN MENERIMA KESAN YANG SAMA ATAU LEBIH TERUK LAGI. SEBAGAI CONTOH UNTUK MENYOKONG HUJAH INI, SEANDAINYA ALAM SEKITAR FIZIKAL TERGUGAT SECARA TERUK SEPERTI PROJEK PEMBANGUNAN YANG BESAR SEHINGGA MELIBATKAN KAWASAN YANG LUAS SERTA TANAH TINGGI TERPAKSA DIRATAKAN MAKA SUDAH PASTI TINDAKAN TERHADAP ALAM SEKITAR FIZIKAL INI MEMBERI KESAN TERHADAP ALAM SEKITAR MANUSIA SEPERTI BANJIR KILAT,BANJIR LUMPUR, TANAH RUNTUH,HAKISAN, MIKROIKLIM BANDAR, JEREBU DAN BANYAK LAGI BENCANA ALAM YANG AKAN TERJADI. SEPERTI PEPATAH MELAYU, DICUBIT PAHA KANAN,PAHA KIRI TERASA JUGA. NAMUN DALAM KONTEKS ALAM SEKITAR IANYA LEBIH TERUK LAGI. HAL INI KERANA, JIKA BERLAKU KEMUSNAHAN TERHADAP SALAH SATU PEMBOLEHUBAH INI INI, PEMBOLEHUBAH YANG LAIN AKAN MENERIMA KESAN ATAU KESAKITAN SECARA LANGSUNG. OLEH ITU DISINI INGIN SAYA TEKANKAN BAHAWA SEBAGAI KALIFAH DI MUKA BUMI INI, KITA TIDAK BOLEH BIAS KEPADA SESUATU YANG HANYA MEMBERI FAEDAH KEPADA KITA MANUSIA SAHAJA. PERLU JUGA DINILAI KESAN JANGKA PANJANG YANG PASTINYA AKAN TIMBUL SUATU HARI NANTI JIKA HANYA SALAH SATU SAHAJA PEMBOLEHUBAH INI DITEKANKAN PENJAGAAN SERTA PEMULIHARANNYA. PENJAGAAN ALAM SEKITAR MANUSIA PERLULAH SEIRINGAN DENGAN DENGAN PENJAGAAN ALAM SEKITAR FIZIKAL KERADA KEDUA-DUANYA ADALAH KEPERLUAN BAGI BUMI SERTA HIDUPAN DALAM PLANET INI.WAJIB DIINGATKAN BAHAWA DI DALAM DUNIA INI TIADA YANG AKAN BOLEH HIDUP SENDIRI TANPA UNSUR LAIN YANG MEMBANTUNYA UNTUK HIDUP. MANUSIA TIDAK AKAN HIDUP TANPA OKSIGEN..TUMBUHAN PULA TIDAK BOLEH HIDUP DAN MENGELUARKAN GAS OKSIGEN TANPA GAS KARBON DIOKSIDA YANG DIBEKALKAN OLEH HAIWAN DAN MANUSIA.MUNGKIN ITU MERUPAKAN CONTOH YANG PALING RINGKAS UNTUK DIFAHAMI BAGI MENERANGKAN HUBUNGAN ANTARA ALAM SEKITAR MANUSIA DENGAN ALAM SEKITAR FIZIKAL. OLEH ITU KEDUA-DUA UNSUR INI PERLU SAMA-SAMA DIJAGA BAGI MEMASTIKAN KEWUJUDAN BUMI SEBAGAI PLANET HIDUPAN...
Fadilah Binti Sarbi
December 31, 2005   12:00 PM PST
 
Bagi pendapat saya kedua-dua elemen iaitu persekitaran manusia dan fizikal amat penting untuk dipelihara dan dijaga. Akan tetapi apabila disuruh untuk memilih komponen yang terpenting, sudah tentu saya memilih alam sekitar fizikal. Bukannya saya lupa daratan akan tetapi jika diperhatikan dengan terperinci pada ketika ini alam sekitar fizikal amat "tenat" dan jika tidak dipelihara mungkin tidak lama lagi akan "pupus" lah. Saya amat simpati pada generasi akan datang, kelak tahukah mereka apa yang dikatakan "paya bakau" atau kaeawan berbukit jika pembangunan atau persekitaran manusia lebih dipentingkan, natijahnya amat teruk.
Bagi saya persekitaran fizikal sukar diganti dan mugkin boleh dikembalikan dalam tempoh masa yang amat panjang dan kos yang akan ditanggung amat tinggi. Pembangunan atau alam sekitar manusia tidak dapat membayar harga yang amat tinggi kesan kemusnahan dan sikap membiarkan serta tidak memelihara alam sekitar fizikal. Jika diselosori dengan lebih mendalam pembangunan dari segi alam sekitar manusia mat mudah dilakukan tidak mengambil masa yang amat panjang sehingga berribu tahun sperti alam sekitar fizikal. Sebagai contoh negara Malaysia yang membangun dalam tempoh masa singkat( kalau tidak silap 30 tahun kebelakangan ini). Akan tetapi begitu banyak pengorbanan alam sekitar fizikal yang dibuat. Oleh itu, fikir-fikirkan dan timbang-timbnagkan lah, jumpa lagi....Adios
Fadilah Binti Sarbi
December 31, 2005   11:49 AM PST
 
Bagi pendapat saya kedua-dua elemen iaitu persekitaran manusia dan fizikal adalah harus dipleihara dan dijaga. hal ini kerana perkaitan yang wujud di antara kedua elemen ini sejak dulu lagi, namun apabila disuruh untuk memilih salah satu yang lebih penting untuk dijaga saya memilih alam sekitar fizikal. bukannya saya menyatakan persekitaran manusia tidak penting akan tetapi persekitaran fizikal amat "tenat" pada ketika ini dan mungkin "pupus" jika manusia lebih mementingkan keuntungan semata-mata.
Name
December 31, 2005   09:03 AM PST
 
Setelah memikirkannya, Sememangnya kedua-dua penting, Alam sekitar manusia dan Alam sekitar fizikal..kedua-duanya saling berinteraksi..kerana kedua-duanya mempunyai kesan yang terus ke atas kehidupan manusia, oleh itu mahu atau tidak, Alam sekitar manusia dan Alam sekitar fizikal perlu dijaga&masalah alam sekitar diterima sebagai masalah yang kritikal, yang boleh menentukan masa depan manusia.
Cuma biarlah rakan-rakan berbalik kepada persoalan,"yang mana lebih penting"?kerana bila berbedat..semestinya tidak menarik seandainya kita berpendirian berkecuali(kedua-duanya penting)kita perlu meletakkan diri kita sebagai pencadang?atau pembangkang?
asmin tuyun
December 30, 2005   05:06 PM PST
 
assalamualaikum dan selamat sejahtera kpd pendebat2 yg handal2 belaka sekalian...kita bertemu kembali dlm perdebatan ini....kwn2 sekalian, saya ingin menarik perhatian rakan2 supaya membincangkan persoalan ini dgn cara berdebat...en Ramzah meminta kita spya memilih salah satu komponen yg perlu di jg @ dipulihara sama ada komponen fizikal ataupun manusia...oleh hal yg demikian dlm arena perdebatan secara konseptualnya meminta kita utk memilih salah satu komponen itu dan menyatakan hujah kita utk menyokongnya....namun demikian, saya lihat dlm hujah kebanyakan rakan kita, mereka tidak membuat penegasan/pilihan terhadap komponen mana yg kena dijaga @ dipulihara...kebanyakannya menyatakan kedua2nya perlu...dlm perdebatan, kita kena tegas menyatakan pendirian kita berdasarkan hujah....satu lagi saya nak komen sikit ialah mmg baik kita nyatakan dalil dlm pernyataan kita sebagai bukti terutamanya dalil aqli @ dalil naqli...namun demikian tidak semua tempat kita boleh nyatakan dalil secara terperinci dgn menggunakan dalil naqli(dalil dr Al-Quran @ Hadis). Dlm perdebatan terbuka mcm ni tidak elok kita menyatakan dalil secara terang2an contohnya dgn menyatakan perawi hadis atau pun ayat Quran yg mana..Hal ini krn dlm istilah perdebatan sdh semestinya salah satu pihak itu harus membangkang hujah satu pihak yg lain...sedangkan dalil Quran dan Hadis(terutamanya hadis shahih) ini kita tidak boleh sangkal. Oleh itu berhati2lah wahai rakan2 ku...hal itu tidak mengapa sekiranya hanya menyatakan tafsir kepada dalil tersebut.

berbalik kpd hujah saya terhadap persoalan en Ramzah ini, saya cuba utk mengasingkan antara perkataan "dijaga" dan "dipulihara" dlm 2 perkataan yg berbeza maksud...menurut kamus dewan, "dijaga" mempertahankan sesuatu yg belum lg dirosakkan agar terus seperti asal..manakala "dipulihara" pula ialah satu usaha utk memulihkan sesuatu yg telah rosak....oleh itu nyata bahawa 2 perkataan ini adalah berbeza....

masuk kpd hujah....menurut pndngn saya, komponen fizikal adalah komponen yg perlu dijaga supaya ke semulajadiannya terjaga seterusnya tidak mendatangkan mudarat kepada manusia...namun demikian apabila membincangkan komponen yg perlu dipulihara maka pada pendapat saya komponen manusialah yg perlu dipulihara...hal ini kerana sikap manusia yg telah rosak itulah yg menyebabkan persekitaran fizikal musnah...apa gunanya kita terus memulihara alam sekitar dgn penanaman semula sedangkan sikap manusia yg gelojoh terhadap kemewahan tidak dipulihkan....sikap manusialah yg merupakan akar umbi kepada masalah alam sekitar fizikal yg kian meruncing sejak dewasa ini....

sekian hujah dari saya....harap kritikan membina dr rakan2...wallahu a'lam....
Suryani Binti Abdul Latif
December 30, 2005   02:53 PM PST
 
berdasarkan kepada soalan yang mana satu lebih penting samada alam sekitar manusia atau alam sekitar fizikal yang perlu dipulihara atau dijaga...saya berpendapat bahawa kedua-duanya perlu dititikberatkan penjagaannya kerana secara logiknya kedua-dua alam sekitar manusia dan fizikal saling berkaitan antara satu sama lain bahkan kedua-duanya tidak boleh berdiri sendiri..saling kenergantungan inilah yang mewujudkan keseimbangan dari segi biologinya, manusia dan alam sekitar itu sendiri..manusia hidup dalam alam sekitar fizikal yang semula jadi..aktiviti manusia sepamjang hari berlangsung dalam persekitaran fizikal dan mewujudkan perubahan-perubahan dan ini menunujukkan alam sekitar itu sifatnya dinamik dan sentiasa berubah-ubah...
Jaidi Kamis
December 30, 2005   02:52 PM PST
 
Pada pendapat saya, kedua-duanya sama penting kerana merupakan elemen-elemen yang saling berinteraksi antara satu sama lain untuk menghasilkan apa yang disebut sebagai sebuah sistem. Dalam interaksi ini sistem ini dipanggil sistem tertutup bumi yang melibatkan beberepa kompenan. Persekitaran manusia yang dimaksudkan boleh ditafsirkan sebagai proses pembangunan yang semakin pesat berlaku hasil daripada tuntutan ekonomi , politik dan tidak ketinggalan untuk memenuhi keperluan masyarakat. Manakala, persekitaran fizikal pula merujuk kepada aktiviti-aktiviti pemuliharaan untuk memelihara alam sekitar daripada kekepupusan. Keperluan pembangunan untuk kesejahteraan manusia dan pentingnya mengekalkan integriti alam sekitar merupakan tuntutan yang selari dan perlu dilakukan bersama. Perlu dihayati dan dfahamani bahawa kedua-dua elemen ini merupakan &#8217;rakan kongsi&#8217; bersama. Malah, jika ditinjau dengan lebih mendalam, keperluan kesejahteraan manusia perlu didokong oleh uasaha menekalkan kesiahtan alam sekitar. Ringkasnya, sistem sokongan hidup manusia bergantung kepada alam sekitar dan bukan sebaliknya. Kualiti alam sekitar yang merosot akan membawa kepada kemusnahan sumebr alam dan akhirnya akan menamcam kesejahteraan manusia.

Konsep keseimbangan ini boleh di takrifkan sebagai Pembangunan Mapan (Sustainable Development) yang sering didebatkan di pelbagai peringkat. Secara umumnya, konsep pembangunan mapan atau pembangunan terimbang merupakan gagasan pembangunan moden paling proaktif untuk menangani isu mengimbangi antara tuntutan pembangunan dan pemuliharaan alam sekitar. Walaupun pengertian operasinya masih kabur dan boleh ditafsirkan dengan maksud yang pelbagai namun, peningkatan kesedaran dan kecenderungan untuk mengambilkira konsep pembangunan mampan dalam dasar pembangunan negara-negara dunia amat luarbiasa. Contohnya, Malaysia menerusi Rancangan Malaysia Ketujuh telah menunjukkan iltizam yang tinggi untuk menjayakan konsep pembangunan mampan dan mentakrifkannya sebagai pembangunan yang memastikan kesejahteraan generasi masa kini dan tidak akan mengorbankan kepentingan generasi akan datang. Sekiranya hanya satu elemen yang diberi perhatian khusus, maka, ketidakseimbangan akan berlaku samada dalam bentuk ekonomi sosial dan politik.

Oleh itu, persoalan mana yang lebih penting antara persekitaran fizikal dan persekitaran manusia tidak seharusnya dipersoalkan!! Kedua-duanya sama berat dan sama ringan cuma kita memerlukan alat &#8217;penimbang&#8217; yang adil dan saksama untuk mengukur agar kedua-dunya tidak terjejas. Hal ini kerana kedua-duanya saling memerlukan dan saling berinteraksi. Interaksi yang berlaku ini ditaksirkan dalam satu konsep mudah tetapi memerlukan struktur perancangan dan pelaksanaan yang teliti iaitu pembangunan mapan. Jumpa lagi dalam diskusi yang seterusnya....
Jaidi Kamis
December 30, 2005   02:50 PM PST
 
Pada pendapat saya, kedua-duanya sama penting kerana merupakan elemen-elemen yang saling berinteraksi antara satu sama lain untuk menghasilkan apa yang disebut sebagai sebuah sistem. Dalam interaksi ini sistem ini dipanggil sistem tertutup bumi yang melibatkan beberepa kompenan. Persekitaran manusia yang dimaksudkan boleh ditafsirkan sebagai proses pembangunan yang semakin pesat berlaku hasil daripada tuntutan ekonomi , politik dan tidak ketinggalan untuk memenuhi keperluan masyarakat. Manakala, persekitaran fizikal pula merujuk kepada aktiviti-aktiviti pemuliharaan untuk memelihara alam sekitar daripada kekepupusan. Keperluan pembangunan untuk kesejahteraan manusia dan pentingnya mengekalkan integriti alam sekitar merupakan tuntutan yang selari dan perlu dilakukan bersama. Perlu dihayati dan dfahamani bahawa kedua-dua elemen ini merupakan &#8217;rakan kongsi&#8217; bersama. Malah, jika ditinjau dengan lebih mendalam, keperluan kesejahteraan manusia perlu didokong oleh uasaha menekalkan kesiahtan alam sekitar. Ringkasnya, sistem sokongan hidup manusia bergantung kepada alam sekitar dan bukan sebaliknya. Kualiti alam sekitar yang merosot akan membawa kepada kemusnahan sumebr alam dan akhirnya akan menamcam kesejahteraan manusia.

Konsep keseimbangan ini boleh di takrifkan sebagai Pembangunan Mapan (Sustainable Development) yang sering didebatkan di pelbagai peringkat. Secara umumnya, konsep pembangunan mapan atau pembangunan terimbang merupakan gagasan pembangunan moden paling proaktif untuk menangani isu mengimbangi antara tuntutan pembangunan dan pemuliharaan alam sekitar. Walaupun pengertian operasinya masih kabur dan boleh ditafsirkan dengan maksud yang pelbagai namun, peningkatan kesedaran dan kecenderungan untuk mengambilkira konsep pembangunan mampan dalam dasar pembangunan negara-negara dunia amat luarbiasa. Contohnya, Malaysia menerusi Rancangan Malaysia Ketujuh telah menunjukkan iltizam yang tinggi untuk menjayakan konsep pembangunan mampan dan mentakrifkannya sebagai pembangunan yang memastikan kesejahteraan generasi masa kini dan tidak akan mengorbankan kepentingan generasi akan datang. Sekiranya hanya satu elemen yang diberi perhatian khusus, maka, ketidakseimbangan akan berlaku samada dalam bentuk ekonomi sosial dan politik.

Oleh itu, persoalan mana yang lebih penting antara persekitaran fizikal dan persekitaran manusia tidak seharusnya dipersoalkan!! Kedua-duanya sama berat dan sama ringan cuma kita memerlukan alat &#8217;penimbang&#8217; yang adil dan saksama untuk mengukur agar kedua-dunya tidak terjejas. Hal ini kerana kedua-duanya saling memerlukan dan saling berinteraksi. Interaksi yang berlaku ini ditaksirkan dalam satu konsep mudah tetapi memerlukan struktur perancangan dan pelaksanaan yang teliti iaitu pembangunan mapan. Jumpa lagi dalam diskusi yang seterusnya....
Jaidi Kamis
December 30, 2005   02:47 PM PST
 
Pada pendapat saya, kedua-duanya sama penting kerana merupakan elemen-elemen yang saling berinteraksi antara satu sama lain untuk menghasilkan apa yang disebut sebagai sebuah sistem. Dalam interaksi ini sistem ini dipanggil sistem tertutup bumi yang melibatkan beberepa kompenan. Persekitaran manusia yang dimaksudkan boleh ditafsirkan sebagai proses pembangunan yang semakin pesat berlaku hasil daripada tuntutan ekonomi , politik dan tidak ketinggalan untuk memenuhi keperluan masyarakat. Manakala, persekitaran fizikal pula merujuk kepada aktiviti-aktiviti pemuliharaan untuk memelihara alam sekitar daripada kekepupusan. Keperluan pembangunan untuk kesejahteraan manusia dan pentingnya mengekalkan integriti alam sekitar merupakan tuntutan yang selari dan perlu dilakukan bersama. Perlu dihayati dan dfahamani bahawa kedua-dua elemen ini merupakan &#8217;rakan kongsi&#8217; bersama. Malah, jika ditinjau dengan lebih mendalam, keperluan kesejahteraan manusia perlu didokong oleh uasaha menekalkan kesiahtan alam sekitar. Ringkasnya, sistem sokongan hidup manusia bergantung kepada alam sekitar dan bukan sebaliknya. Kualiti alam sekitar yang merosot akan membawa kepada kemusnahan sumebr alam dan akhirnya akan menamcam kesejahteraan manusia.

Konsep keseimbangan ini boleh di takrifkan sebagai Pembangunan Mapan (Sustainable Development) yang sering didebatkan di pelbagai peringkat. Secara umumnya, konsep pembangunan mapan atau pembangunan terimbang merupakan gagasan pembangunan moden paling proaktif untuk menangani isu mengimbangi antara tuntutan pembangunan dan pemuliharaan alam sekitar. Walaupun pengertian operasinya masih kabur dan boleh ditafsirkan dengan maksud yang pelbagai namun, peningkatan kesedaran dan kecenderungan untuk mengambilkira konsep pembangunan mampan dalam dasar pembangunan negara-negara dunia amat luarbiasa. Contohnya, Malaysia menerusi Rancangan Malaysia Ketujuh telah menunjukkan iltizam yang tinggi untuk menjayakan konsep pembangunan mampan dan mentakrifkannya sebagai pembangunan yang memastikan kesejahteraan generasi masa kini dan tidak akan mengorbankan kepentingan generasi akan datang. Sekiranya hanya satu elemen yang diberi perhatian khusus, maka, ketidakseimbangan akan berlaku samada dalam bentuk ekonomi sosial dan politik.

Oleh itu, persoalan mana yang lebih penting antara persekitaran fizikal dan persekitaran manusia tidak seharusnya dipersoalkan!! Kedua-duanya sama berat dan sama ringan cuma kita memerlukan alat &#8217;penimbang&#8217; yang adil dan saksama untuk mengukur agar kedua-dunya tidak terjejas. Hal ini kerana kedua-duanya saling memerlukan dan saling berinteraksi. Interaksi yang berlaku ini ditaksirkan dalam satu konsep mudah tetapi memerlukan struktur perancangan dan pelaksanaan yang teliti iaitu pembangunan mapan. Jumpa lagi dalam diskusi yang seterusnya....
Sylvia Amin
December 30, 2005   01:37 PM PST
 
Alam sekitar manusia dan alam sekitar fizikal adalah dua komponen yang saling berhubungkait dan saling memerlukan antara satu sama lain di mana manusia memerlukan alam sekitar fizikal untuk hidup dan alam sekitar manusia memerlukan manusia untuk mengurus. Namun sikap manusia yang sentiasa mengetepikan kepentingan alam sekitar telah menyebabkan berlakunya gangguan sehingga telah menyebabkan kepupusan sesetengah spesies.

Oleh itu, dalam sesi debat ini saya berpendapat bahawa kedua-dua komponen itu perlu dijaga dan dipulihara. Alam sekitar fizikal yang merangkumi kompenen-komponen semulajadi dalam alam sekitar yang bersifat dinamik dan sangat sensetif kepada gangguan seharusnya di pelihara dan dipulihara. Selain itu, manusia juga perlu menyeimbangkan pengeksplotasian dan pengurusan serta penjagaan bagi mengekalkan kewujudannya. Walau bagaimanapun, manusia seharusnya menggunakan akal fikiran yang dianugerahkan oleh Allah untuk mengurus dan mengeksploitasi alam sekitar fizikal dengan bijak dan waras.
Nurul Huda Lai binti Abdullah
December 30, 2005   01:31 PM PST
 
"YANG MANA LEBIH PENTING, ALAM SEKITAR MANUSIA ATAU ALAM SEKITAR FIZIKAL?" persoalan ini merupakan persoalan yang mencabar minda kita semua sebagai orang geografi. Namun demikian, jawapannya ada dalam diri kita masing-masing. Bagi pendapat saya, kedua-duanya adalah penting. kenapa?? ini kerana kedua-dua komponen ini saling berkaitan dan mempengaruhi antara satu sama lain. Manusia secara logiknya akan mempengaruhi persekitaran fizikal dengan aktiviti harian dan aktiviti guna tanah yang dijalankan, manakala persekitaran fizikal pula akan mempengaruhi persekitaran manusia dengan perubahan-perubahan yang dilakukan oleh manusia itu sendiri. Ini bermaksud manusia merupakan komponen penting yang akan mengubah persekitaran fizikal, namun perubahan terhadap fizikal tersebut akan mempengaruhi persekitaran manusia, sama ada dari segi budaya, ekonomi dan sosialnya.

walau bagaimanapun, sebagai orang geografi, kedua-dua komponen ini sering dikaitkan dalam kajian-kajian yang dijalankan.
wagimin Bin Rosimin
December 30, 2005   11:41 AM PST
 
"Alam sekitar fizikal" dan "alam sekitar manusia" adakah satu isu global yang bersifat universal.Persoalannya manakah satu yang perlu dipelihara dan di pulihara?.Pada pendapat saya sendiri,dua kompenen ini perlu dijaga dan dipulihara bagi menjamin kesinambungan hidupan dunia tamsilnya manusia itu sendiri, meragastua serta semua hidupan yang bergantung kepada dua komponen ini.Manusia adalah unsur yang dapat mengubah dua komponen tersebut dan bertangungjawab terhadap keseimbangan "alam sekitar fizikal" dalam membentuk "alam sekitar manusia".

Contoh yang paling dekat "alam sekitar fizikal" seperti hutan, sungai,dan sebagainya yang wujud secara semulajadi di bumi kita.Ianya merupakan satu kompenen penting bagi banyak ekologi dalam membentuk satu ekosistem kehidupan.Manusia pula perlukan banyak kemudahan untuk memangkin kualiti kehidupan mereka dan untuk menampung kuantiti populasi manusia yang semakin bertambah.Rentetan daripada Perjalanan kehidupan globalisasi,maka wujud pula "alam sekitar manusia" iaitu apa sahaja bentuk yang dihasilkan oleh manusia seperti bangunan yang memerlukan ruang untuk di bangunkan."Alam sekitar fizikal" dimusnahkan dan banyak ekologi pupus sementara kehidupan manusia semakin berkualiti dan terjamin.

Natijahnya, manusia harus bertanggungjawab dalam memelihara dan memulihara "alam sekitar fizikal" supaya tidak berterusan musnah ditelan dek "alam sekitar manusia"."Alam sekitar manusia' sememangnya penting tetapi manusia sendiri sebagai pemangkin pembangunan wajib tidak alpa terhadap kesan sejagat.kejumudan manusia mengeksploitasi"alam sekitar fizikal' sewenang- wenangnya akan mengundang banyak impak negetif suatu hari nanti!!!!!!!.............
Pamela Sharon James
December 30, 2005   11:40 AM PST
 
Semua orang tahu alam sekitar itu begitu penting di dalam sesebuah kehidupan. Namun, manusia juga mempunyai peranan penting di dalam penjagaan alam sekitar itu. Pada pendapat saya, kedua-dua aspek yang dinyatakan adalah sama-sama penting. manusia perlu menjaga alam sekitar manusia itu di samping turut menjaga alam fizikal. Pendek kata, kedua-duanya saling berkesinambungan. Jika salah satu dilalaikan, yang satunya juga akan turut terjejas. Pendek kata, alam sekitar manusia dan alam sekitar fizikal ini adalah suatu ekosistem yang melengkapkan kenyataan hidupan di bumi. Kedua-duanya adalah penting....
Ruslinie Lasupin
December 29, 2005   09:29 PM PST
 
Assalamualaikum W.b.t kepada Encik Ramzah dan rakan-rakan sekalian. Di ruangan ini, saya ingin berkongsi pendapat dengan anda sekalian mengenai dua isu yang ditimbulkan dalam ruangan ini iaitu mengenai 'PERSEKITARAN FIZIKAL DAN PERSEKITARAN MANUSIA'. Mungkin ada di antara kita yang belum tahu bahawa komponen yang dikenali sebagai 'FIZIKAL' dan MANUSIA' itu sebenarnya adalah komponen penting bagi alam sekitar keseluruhannya. Ia tidak akan dikatakan sebagai alam sekitar sekiranya salah satu daripada komponen tersebut musnah atau tidak dimasukkan dalam kategori ini. Sebelum diskusi ini diterangkan selanjutnya, saya ingin menerangkan kepada anda sekalian mengenai apa yang saya tahu tentang komponen FIZIKAL. Komponen FIZIKAL adalah [komponen yang secara semula jadinya wujud yang diciptakan oleh Tuhan kepada manusia iaitu sesuatu sifat atau keadaan yang tidak boleh dilakukan atau dihasilkan oleh manusia seperti sungai, tumbuh-tumbuhan (alam sekitar tumbuhan semula jadi) dan banyak lagi]. Manakala komponen Alam Sekitar Manusia adalah [komponen yang dihasilkan oleh tangan-tangan manusia yang mengubah sesuatu keadaan yang asli kepada suatu bentuk yang tidak asli dan wujudnya sesuatu keadaan atau penghasilan sesuatu yang baru dalam ruang tersebut]. Tindakan manusia yang mengubah alam sekitar itu tidak semestinya membawa kepada impak negatif sahaja tetapi juga memberi impak positif bagi kelansungan hidup manusia secara berterusan. Malah perubahan yang dilakukan ini banyak memberi kebaikan kepada manusia.

Persoalan yang ditimbulkan adalah yang manakah lebih penting iaitu alam sekitar manusia atau alam sekitar fizikal?. Telah saya nyatakan sebelum ini bahawa kedua-dua komponen tersebut adalah penting sama penting bagi menghasilkan keadaan alam sekitar yang sempurna. Tetapi jika kita fikirkan secara logik, perkara yang lebih penting ialah manusia itu sendiri. Bagi meneruskan kelansungan kehidupan manusia di DUNIA ini, alam sekitar perlu dieksploitasi sepenuhnya untuk membekalkan bahan keperluan kepada manusia bukan sahaja untuk generasi masa kini tetapi juga untuk generasi seterusnya. Tetapi persoalan yang akan timbul semula ialah, sekiranya alam sekitar itu dieksploitasi bagaimanakah pula masa hadapan alam sekitar fizikal itu sendiri?. Seperti yang kita lihat kini, banyak aktiviti pembangunan yang dijalankan demi menampung permintaan masyarakat/manusia. Jadi kita sebagai masyarakat yang prihatin terhadap isu alam sekitar perlu mengambil kedua-dua perkara iaitu FIZIKAL dan MANUSIA sebagai perkara penting yang harus diberi perhatian sekiranya sesuatu pembangunan itu dilakukan.

Kita sedar bahawa kedua-dua perkara itu penting tetapi bagi saya soal memelihara alam sekitar FIZIKAL adalah perkara utama yang harus diberi perhatian serius. Kenapa saya katakan demikian kerana, alam sekitar FIZIKAL adalah sesuatu yang bersifat asli dan sekali terubah/dihilangkan @ dimusnahkan ia tidak akan kembali semula secara semula jadi/asli. seperti perataan/penggondolan tanah/penambakan dan sebagainya adalah mustahil akan kembali kepada keadaan yang sebelumnya. Sememangnya pembangunan alam sekitar FIZIKAL adalah dituntut untuk kebaikan manusia tetapi haruslah dilaksanakan mengikut kepentingan/kebaikannya kepada manusia di samping menjaga nilai-nilai alam sekitar FIZIKAL tersebut.

Bilangan manusia semakin bertambah dalam dunia ini dan permintaan manusia terhadap perubahan alam sekitar FIZIKAL juga semakin meningkat. Jadi dengan itu, manusia haruslah bijak mengatur tindakan pembangunan yang ingin dijalankan untuk kebaikan masa hadapan.

Kesimpulannya, pembangunan alam sekitar Fizikal dan Manusia adalah penting, tetapi alam sekitar Fizikal harus diletakkan di tingkat utama dalam soal PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR kerana tanpanya mustahil MANUSIA akan hidup dengan selesa dan menikmati sumber alam semula jadi ini sekarang atau MASA AKAN DATANG!!!!!! .......... NANTI SAMBUNG BALIK KIE.....

Jaidi Kamis
December 29, 2005   09:26 PM PST
 
SOALAN 1;

In my opinion, the EIA is the important course either in the process of studying activities at the university level and also extremely useful in the development and observation of environment quality. Their have a massive influence, power and credibility that hard to argued. That is happen because the increase of awareness among Malaysian community about environment quality. Human activity affected life on Earth to much greater extent than ever before. Nowadays, EIA is important ways to recognized and identified the effect of new development, economic and social. Government has a new strategies to keep-up environment with obligated all development project must be involve spatially and process within the Earth systems interact closely with each others.
Furthermore, EIA had been assumes by others as the best procedure that guidance to the developer in order that their not encroach the law had permanently. Whereas, for the individual valuation, it can elevate our understanding toward nature disposition. EIA is a subject that applicable for student and others in all level because that combine several discipline including biology, ecology, law and other.

SOALAN 2;

I hope this course entirely can help their student about concerning their nature and at the same time , accommodating a new hope for country development. Furthermore, this subject should have a balance between theory and practical because without practical, theory is only basic and it will not helping student to arise their understanding. That mean more outdoor activities is better such as observation on around Sabah to more comprehend their student what is EIA about.
Mohd Shafie bin Mohd Khalid
December 29, 2005   09:24 PM PST
 
Assalamualaikum. Alam sekitar fizikal merupakan anugerah tuhan kepada umatnya. Rosak alam sekitar maka rosaklah alam sekitar manusia.

Sejak akhir-akhir ini kita digemparkan dengan pelbagai masalah alam sekitar yang semakin meruncing. Karam Singh Walia s(TV 3) seringkali memperlihatkan kerakusan manusia dalam membentuk alam sekitar manusianya yang tersendiri. Dunia globalisasi kini merobek dan juga memulihara alam sekitar dapatlah sedikit sebanyak membantu memperjuangkan keindahan ciptaan tuhan anugerah kepada hamba-hambanya. Robeknya alam sekitar fizikal mencacatkan mata memandang, memeritkan jiwa insan, merungsingkan akal fikiran.

Kepentingan alam sekitar fizikal tidak dapat dinafikan. Begitu juga dengan alam sekitar manusia. Namun, apa yang dikesalkan adalah kejumudan manusia merubah ciptaan tuhan serakus-rakusnya. Masa hadapan anak, cucu, cicit entah kemana hala tujunya melihat kepada persekitaran yang semakin merungsingkan. Di mana perginya manusia yang diciptakan tuhan dengan akal yang sempunrna?

Dalam membentuk alam sekitar manusia melalui alam sekitar fizikal perlulah turut dititikberatkan mengenai hal ehwal alam sekitar semula jadi bagi perkembangan sosial, fizikal dan juga manusia secara harmoni dan seimbang. Kerosakan alam sekitar fizikal secara terang-terang menampakkan akan kelemahan manusia yang disertakan hati yang tamak haloba, mementingkan diri sendiri, tanpa memikirkan akibat tindakan yang dilakukan. Siapa yang perlu dipersalahkan dalam hal ini. Sudah tentu MANUSIA.... apa tidaknya, pencemaran air, udara, darat, semuanya disebabkan oleh tindakan kita sendiri.

Bagi mereka yang mementingkan kebajikan manusia dengan melakukan tindakan yang bijak dan keseimbangan yang dilakukan bagi membina alam sekitar manusia, diucapkan setinggi-tinggi terima kasih. Bagaimana pula dengan sebaliknya? Apa yang perlu dilakukan dan tindakan yang patut dikenakan ke atas mereka? Dengan akal fikiran yang diciptakan, tentulah sedikit sebanyak, pelbagai prakarsa dilakukan bagi kepentingan alam sekitar fizikal dan juga alam sekitar manusia yang turut diperlukan oleh manusia. Keseimbangan merupakan asas dalam perdebatan ini.

Persoalan yang timbul di kotak fikiran kini adalah.... Alam sekitar manusia atau Alam sekitar fizikal yang perlu di jaga dan dipulihara? Jawapannya... kedua-duanya... tanpa alam sekitar fiikal yang seimbang, alam fizikal manusia akan tergugat kedudukannya dengan pelbagai masalah pastinya akan timbul. Begitu juga sebaliknya.

Dengan prakarsa-prakarsa yang sesuai sedikit-sebanyak dapatlah membantu keseimbangan kedua-dua alam sekitar ini. Jangan ikutkan hati dan perasaan, kelak binasa diri. Gunalah akal fikiran pemberian tuhan dengan sebaik-baiknya bagi mencipta keharmonian dan keseimbangan alam sekitar setulusnya.

Menyentuh topik ini sedalam-dalamnya, tentulah saya begitu kurang bersetuju dengan pendapat yang dikemukakan oleh Saudari As... Beliau mengatakan bahawa alam sekitar manusia adalah lebih penting dijaga dan dipulihara dengan alasan "sedangkan kita sedia maklum manusia itu yang mempengaruhi alam sekitar, kerana manusia sebagai sebahagian daripada alam sekitar"... Jika difikirkan sedalam-dalamnya... Sudah tentu alam sekitar fizikal akan binasa akan tindakan manusia yang mempengaruhi alam sekitar... Dengan ini adalah wajar alam sekitar fizikal juga boleh dikatakan lebih penting untuk dijaga dan dipulihara. Fikir-fikir dan renung-renungkanlah...

Apepun, perkara yang penting di sini adalah kedua-duanya mempunyai kuasa yang sama pentingnya untuk dijaga dan dipulihara.... Hakikatnya tidak perlu timbul persoalan "YANG MANA LEBIH PENTING"...

Akhir sekali, bagi mana-mana pihak yang tersinggung dengan coretan saya, ampun maaf dipinta... saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan...

Mohd Shafie bin Mohd Khalid
December 29, 2005   09:23 PM PST
 
Assalamualaikum. Alam sekitar fizikal merupakan anugerah tuhan kepada umatnya. Rosak alam sekitar maka rosaklah alam sekitar manusia.

Sejak akhir-akhir ini kita digemparkan dengan pelbagai masalah alam sekitar yang semakin meruncing. Karam Singh Walia s(TV 3) seringkali memperlihatkan kerakusan manusia dalam membentuk alam sekitar manusianya yang tersendiri. Dunia globalisasi kini merobek dan juga memulihara alam sekitar dapatlah sedikit sebanyak membantu memperjuangkan keindahan ciptaan tuhan anugerah kepada hamba-hambanya. Robeknya alam sekitar fizikal mencacatkan mata memandang, memeritkan jiwa insan, merungsingkan akal fikiran.

Kepentingan alam sekitar fizikal tidak dapat dinafikan. Begitu juga dengan alam sekitar manusia. Namun, apa yang dikesalkan adalah kejumudan manusia merubah ciptaan tuhan serakus-rakusnya. Masa hadapan anak, cucu, cicit entah kemana hala tujunya melihat kepada persekitaran yang semakin merungsingkan. Di mana perginya manusia yang diciptakan tuhan dengan akal yang sempunrna?

Dalam membentuk alam sekitar manusia melalui alam sekitar fizikal perlulah turut dititikberatkan mengenai hal ehwal alam sekitar semula jadi bagi perkembangan sosial, fizikal dan juga manusia secara harmoni dan seimbang. Kerosakan alam sekitar fizikal secara terang-terang menampakkan akan kelemahan manusia yang disertakan hati yang tamak haloba, mementingkan diri sendiri, tanpa memikirkan akibat tindakan yang dilakukan. Siapa yang perlu dipersalahkan dalam hal ini. Sudah tentu MANUSIA.... apa tidaknya, pencemaran air, udara, darat, semuanya disebabkan oleh tindakan kita sendiri.

Bagi mereka yang mementingkan kebajikan manusia dengan melakukan tindakan yang bijak dan keseimbangan yang dilakukan bagi membina alam sekitar manusia, diucapkan setinggi-tinggi terima kasih. Bagaimana pula dengan sebaliknya? Apa yang perlu dilakukan dan tindakan yang patut dikenakan ke atas mereka? Dengan akal fikiran yang diciptakan, tentulah sedikit sebanyak, pelbagai prakarsa dilakukan bagi kepentingan alam sekitar fizikal dan juga alam sekitar manusia yang turut diperlukan oleh manusia. Keseimbangan merupakan asas dalam perdebatan ini.

Persoalan yang timbul di kotak fikiran kini adalah.... Alam sekitar manusia atau Alam sekitar fizikal yang perlu di jaga dan dipulihara? Jawapannya... kedua-duanya... tanpa alam sekitar fiikal yang seimbang, alam fizikal manusia akan tergugat kedudukannya dengan pelbagai masalah pastinya akan timbul. Begitu juga sebaliknya.

Dengan prakarsa-prakarsa yang sesuai sedikit-sebanyak dapatlah membantu keseimbangan kedua-dua alam sekitar ini. Jangan ikutkan hati dan perasaan, kelak binasa diri. Gunalah akal fikiran pemberian tuhan dengan sebaik-baiknya bagi mencipta keharmonian dan keseimbangan alam sekitar setulusnya.

Menyentuh topik ini sedalam-dalamnya, tentulah saya begitu kurang bersetuju dengan pendapat yang dikemukakan oleh Saudari As... Beliau mengatakan bahawa alam sekitar manusia adalah lebih penting dijaga dan dipulihara dengan alasan "sedangkan kita sedia maklum manusia itu yang mempengaruhi alam sekitar, kerana manusia sebagai sebahagian daripada alam sekitar"... Jika difikirkan sedalam-dalamnya... Sudah tentu alam sekitar fizikal akan binasa akan tindakan manusia yang mempengaruhi alam sekitar... Dengan ini adalah wajar alam sekitar fizikal juga boleh dikatakan lebih penting untuk dijaga dan dipulihara. Fikir-fikir dan renung-renungkanlah...

Apepun, perkara yang penting di sini adalah kedua-duanya mempunyai kuasa yang sama pentingnya untuk dijaga dan dipulihara.... Hakikatnya tidak perlu timbul persoalan "YANG MANA LEBIH PENTING"...

Akhir sekali, bagi mana-mana pihak yang tersinggung dengan coretan saya, ampun maaf dipinta... saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan...

Mohamad Razi Bin Abd Rahim
December 29, 2005   08:56 PM PST
 
Berdasarkan soalan yang mana lebih penting untuk dijaga dan dipelihara di antara alam sekitar manusia atau alam sekitar fizikal, pandangan saya kedua-dua elemen ini merupakan elemen yang penting dan saling berhubungkait diantara satu sama lain. kedua-dua persekitaran ini perlu di jaga dan dipelihara untuk kesejahteraan manusia. namun begitu,persekitaran fizikal atau alam sekitar fizikal merupakan elemen yang lebih penting untuk dijaga. ini kerana alam sekitar fizikal sangat memberi kesan terhadap manusia. jika alam sekitar fizikal ini tidak dijaga dengan sepenuhnya ia memberi kesan yang buruk kepada manusia contohnya tanah runtuh dan sebagainya. sebagai contoh, apabila sesuatu pembangunan di jalankan dengan tidak mementingkan alam sekitar terutama fizikal akan menyebabkan alam sekitar ini akan musnah dan kemusnahan alam sekitar ini akan memberi kesan persekitaran manusia. contohnya penebangan hutan secara berleluasa akan menyebabkan berlakunya banjir kilat dan tanah runtuh. hal ini akan memberi kesan kepada persekitaran manusia. oleh itu, pada pendapat saya persekitaran fizikal atau alam sekitar fizikal merupakan elemen yang penting dan perlu dijaga dan dipelihara. ini kerana penjagaan alam sekitar fizikal juga boleh membawa kepada penjagaan alam sekitar manusia.
Roslan Bin Md Rejab
December 29, 2005   08:37 PM PST
 
Secara umumnya alam sekitar manusia dan alam sekitar fizikan adalah saling bergantung antara satu sama lain. manusia dijadikan oleh Allah sebagai khlifah di muka bumi ini adalah untuk beribadat kepadaNya. alam sekitar dianugerahkan kepada manusia supaya manusia apat meneruskan kelangsungan hidup dengan selesa. walau bagaimanapun, manusia telah menyebabkan kerosakan keatas muka bumi ini. manusia tidak akan dapat hidup tanpa alam sekitar. walau bagaimanapun alam sekitar dapat wujud dan terus kekal tanpa manusia. kerosakan alam sekitar pada masa kini disebabkan oleh tangan manusia yang rakus terhadap kemajuan tanpa memikirkan asal kejadiannya. di sini jelaslah menunjukkan alam sekitar fizikal perlulah dijaga dan dipelihara dengan baik. seandainya alam sekitar fizikal kekal dan tidak terjejas,maka alam sekitar manusia juga akan selesa dan terus wujud dengan selamat. tindakan manusia yang bertindak rakus menodai alam sekitar fizikal sepatutnya dihapuskan daripada muka bumi ini. kesimpulannya keseimbangan alam sekitar manusia dan fizikal haruslah seimbang bagi mewujudkan suasana yang harmoni. sekian TERIMA KASIH....
Astina Jamaluddin
December 29, 2005   02:47 PM PST
 
'Alam sekitar merujuk kepada segala benda yang berada di sekeliling manusia pada suatu titik dalam ruang dan masa. (Mohd jamaluddin jahi)alam sekitar manusia' (human environment) dan 'alam sekitar fizikal' (physical environment)? yang mana lebih penting untuk dijaga dan dipulihara.kedua-duanya penting, tetapi memandangkan soalan yang dikemukakan yang mana lbih penting untuk dijaga dan dipulihara? semestinya Alam sekitar manusia, kerana manusia yang mempengaruhi alam sekitar fizikal..Bayangkan seandainya alam sekitar manusia tidak dijaga bagaimana dengan alam sekitar fizikal? sedangkan kita sedia maklum manusia itu yang memepengaruhi alam sekitar,kerana manusia sebagai sebahagian daripada alam sekitar, Oleh kerana manusia merupakan sebahagian daripada alam sekitar, kemerosotan alam sekitar fizikal dipengaruhi oleh tindakan manusia, analoginya kita boleh lihat, Ibu bapa adalah 'alam sekitar manusia'dan 'alam sekitar fizikal'adalah anak-anak, maka ibu bapanya yang baik akan mencorakkan anak yang baik begitu juga sebaliknya. Justeru saya kurang bersetuju pendapat joity yang mengatakan alam sekitar fizikal lebih utama dijaga dan dipulihara berbanding alam sekitar manusia. Namun tidak lah bermakna alam sekitar fizikal diabaikan, kedua-duanya dalah penting kerana saling mempengaruhi, cuma seandainya diberi pilihan tentulah alam sekitar manusia itu yang lebih penting dijaga dan dipulihara.

Rasulullah saw bersabda bermaksud : “Dunia ini hijau dan cantik, dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat Muslim)

Dalil di atas jelas menunjukkan konsep yang harus dimiliki oleh manusia terhadap alam sekitar. Antaranya adalah peranan manusia sebagai khalifah atau wakil Allah di bumi. Manusia tidak sebebasnya memiliki semua khazanah di muka ini. Alam sekitar sekadar amanah Allah kepada manusia dan kita berkewajiban mengurusnya dengan baik. Melakukan kerosakan dan kebinasaan kepada alam ini adalah tanda pengkhianatan terhadap amanah itu. Wallahualam..


Cheristinna Dalus
December 29, 2005   02:10 PM PST
 
Di sini, saya ingin berkongsi pendapat dengan rakan-rakan seperjuangan. Pada pendapat saya kedua-dua komponen iaitu' Alam Sekitar Manusia'(Human Environment) dan 'Alam Sekitar Fizikal' (physical environment) adalah dua komponen yang saling berkaitrapat dan antara satu sama lain. Dengan itu, kedua-dua ini harus dijaga agar terus berkekalan baik. Selagi hayat manusia di muka bumi ini, selagi itulah ia memerlukan alam sekitar untuk terus hidup. Bagi saya, apa yang penting ialah kebijaksanaan manusia untuk menjaga dan terus mengekalkan nilai estetik alam sekitar. Walaupun, kepintaran manusia, kecanggihan teknologi dan kewujudan jentera-jentera moden telah semakin maju kini, namun penjagaan alam sekitar fizikal jangan sesekali diaabaikan. Bayangkan,, segala kepintaran, kemajuan dan kecanggihan itu semuanya telah kita miliki tetapi alam sekitar tercemar, apakah kita telah dianggap maju dari segala aspek???Sudah pasti tidakkan,,kerana kita masih gagaal dalam aspek menjaga alam sekitar fizikal.justeru itu, aspek alam sekitar manusia dan aspek alam sekitar fizikal haruslah dijaga.Seandainya ada yang telah mula musnah,,kita bangun untuk memulihara alam sekitar kita.
Cheristinna Dalus
December 29, 2005   01:50 PM PST
 
Di sini saya ingin berkongsi dengan kalian mengenai pendapat saya. Bagi saya, kedua-dua elemen iaitu' Alam Sekitar Manusia'(Human Environment) dan 'Alam Sekitar Fizikal' (physical environment) adalah dua elemen yang saling berkaitrapat antara satu sama lain. Selagi hayat manusia itu di muka bumi maka selagi itulah ia bergantung kepada alam sekitar untuk hidup. Oleh itu, apa yang penting ialah kebijaksanaan manusia itu sendiri untuk mengurus dengan sistematik dan membuat perancangan yang teratur agar apa sahaja pembangunan yang dilakukan ke atas alam sekitar fizikal tidak memberikan impak yang negatif sehingga menjejaskan nilai estetik persekitaran. Kemajuan teknologi dan jentera moden yang ada masa kini haruslah digunakan sebaik-baiknya agar lebih mendatangkan kebaikan kepada alam sekitar fizikal. Meskipun alam sekitar manusia itu juga penting namun, alam sekitar fizikal tidak harus diketepikan.
Justeru itu, marilah kita sama-sama terus menjadi manusia yang berakal dan mampu berfikiran waras serta dapat membuat pertimbangan sewajarnya demi alam sekitar kita
Helma Helly
December 29, 2005   01:15 PM PST
 
Tajuk perbincangan ini merupakan satu isu yang menarik. pada pendapat saya, kedua-dua elemen iaitu' Alam Sekitar Manusia'(Human Environment) dan 'Alam Sekitar Fizikal' (physical environment) adalah dua elemen yang saling berkaitrapat dan saling bergantung antara satu dengan yang lain. Ini kerana alam sekitar manusia amat bergantung penuh dengan alam sekitar fizikal untuk memenuhi keperluan hidup. Manakala, alam sekitar fizikal pula bergantung kepada tanggungjawab manusia dalam mengekspliotasikan alam semulajadi.

Oleh itu, manusialah yang mempunyai tanggungjawab yang lebih tinggi dalam mempengaruhi komponen lain iaitu alam sekitar fizikal. sekiranya manusia mampu mengawal pengeksploitasian alam secara berleluasa, maka tidak mustahil komponen alam sekitar fizikal juga turut mendapat kesan yang positif. sebaliknya, jika manusia menggunakan alam sekitar fizikal secara sewenang-wenangnya, maka ia akan memberi impak yang negatif terhadap alam sekitar fizikal. sudah banyak isu yang telah kita ketahui berkaitan dengan penggunaan manusia secara berlebihan terhadap alam sekitar, misalnya pembangunan bandar telah mengakibatkan banjir lumpur, perkembangan pertanian dan perindustrian pula mengakibatkan pencemaran alam iaitu air, udara , bau dan juga bunyi.

Kita seharusnya bersyukur kerana telah diciptakan sebagai manusia yang berakal dan mampu berfikir dengan waras dan mampu membuat pertimbangan sewajarnya. Namun kini, dimanakah tanggungjawab manusia untuk menjaga alam sekitar manusia??......Sekali lagi saya tegaskan bahawa kedua-dua komponen ini amat penting. Namun, alam sekitar manusia bertanggungjawab untuk menjaga dan memastikan alam sekitar fizikal sentiasa dalam keadaan yang seimbang dan dinamik. Jika tidak, alam sekitar manusia jugalah yang akan menanggung rugi akibat kecuaian sendiri.
Astina Jamaluddin
December 29, 2005   12:37 PM PST
 
Persoalan alam sekitar merupakan masalah global dan universal selagi manusia hidup maka selama itulah manusia bergantung kepada lam sekitar. Sekiranya kualiti alam sekitar itu baik dan seimbang, maka baiklah kehidupan manusia. sebaliknya jika kualiti alam sekitar tercemar atau dirosakkan, maka manusia juga boleh pupus dari muka bumi ini. Dalam menjawab perdabatan ini ada baiknya kita memahami dahulu apakah yang dikatakan'alam sekitar manusia' (human environment) dan 'alam sekitar fizikal' (physical environment)Kerana saya pasti masih ramai lagi yang kurang memahami. Kerana jika kita tidak memahmi apakah yang dimaksudkan dengan 'alam sekitar manusia' (human environment) dan 'alam sekitar fizikal' (physical environment), maka kita tidak melihat, tidak dapat berfikir , tidak dapat meramal dan tidak dapat memperdebatkan elemen manakah yang lebih penting untuk dijaga?
Joity Joilom
December 29, 2005   11:49 AM PST
 
salam sejahtera En, daripada soalan perdebatan yang en timbulkan, sepertimana yang kita ketahui, EIA merupakan satu prosedur-prosedur ataupun garis panduan yang harus diikuti dan dipatuhi oleh manusia2 tertentu yang cuba mengeksplotasi alam sekitar untuk tujuan pembangunan mahupun keuntungan. oleh itu, bagi pendapat saya, Sepatutnya alam sekitar manusia dibangunkan sesuai dengan tuntutan semasa kehidupan manusia di samping mematuhi prosedur-prosedur yang ditetapkan agar masalah susulan dapat dielakkan. Manakala alam sekitar fizikal iaitu merangkumi kompenen2 semulajadi dalam alam sekitar seharusnya di pelihara sebaiknya kerana alam sekitar fizikal ini bersifat dinamik dan pengeksplotasian yang berlebihan untuk alam sekitar fizikal ini menyebabkan gangguan2 kepada ekosistem yang lain termasuklah persekitaran manusia kerana alam sekitar fizikal ini sentiasa berubah untuk mencapai keseimbangan. misalnya sepertimana yang berlaku di daerah Keningau, Sabah pada tahun 1996. Yakni penerokaan kawasan hutan (Pembalakan) menyebabkan banjir lumpur berlaku dan kemusnahan harta benda serta meragut nyawa sejumlah besar manusia.
Oleh yang demikian komponen yang patut dipulihara adalah merangkumi kedua-dua aspek tersebut iaitu alam sekitar manusia dan alam sekitar fizikal namun bagi pendapat saya komponen asas untuk di pulihara adalah alam sekitar fizikal.
Hajawati Ambas
December 29, 2005   11:31 AM PST
 
Alam sekitar manusia berkait langsung dengan alam sekitar fizikal.Oleh itu setiap tindakan keatas salah satu komponen ini sebenarnya akan mempengaruhi komponen yang satu lagi.Namun, pada pendapat saya alam sekitar manusia lebih penting utk dijaga dan dipulihara.Alasan yang paling utama ialah manusia sebenarnya yang memainkan peranan penting dalam keseimbangan alam sekitar, sebarang tindakan yang dilakukan oleh manusia di atas muka bumi ini akan mempengaruhi kualiti alam sekitar, sama ada alam sekitar fizikal mahupun alam sekiatar manusia itu sendiri. sekiranya alam sekitar manusia dapat berfungsi dengan baik tidak mustahil alam sekitar fizikal juga akan menerima impak yang positif.
asmin tuyun
December 29, 2005   11:00 AM PST
 
pd pendapat saya komponen yg perlu dijaga adalah persekitaran fizikal kerana manusia ini diutuskan oleh Allah adalah utk mentadbir dan menjaga alam sekitar fizikal.Namun demikian jika memperkatakan apa yg perlu dipulihara pula adalah konteks yg lain pada pendapat saya. Pd saya, komponen yg perlu dipulihara ialah persekitaran manusia. saya percaya bahawa komponen fizikal ini tidak akan berubah pada keadaan yg negatif seandainya tidak ada campurtangan dari komponen antropogenik iaitu manusia. manusialah yg bertanggungjawab ke atas segala pencemaran mahu pun perubahan alam sekitar fizikal ini. sikap manusia dewasa ini yg terlalu ghairah mengejar pembangunan dan kemewahan sehingga mengabaikan kepentingan alam sekitar perlu dipulihkan sekiranya ingin menjaga alam sekitar. Justeru itu penubuhan prosedur seperti EIA adalah satu langkah yg wajar dan amat kena pada tempatnya sebagai salah satu usaha memulihkan sensitiviti manusia terhadap alam sekitar fizikal dalam masa yg sama menjaga alam sekitar fizikal itu sendiri memandangkan kempen2 kesedaran yg dijalankan sebelum ini tidak mendatangkan kesan. Disamping sikap manusia yg tidak takut kepada undang2 juga perlu dipulihara dgn cara melaksanakan undang2 alam sekitar dgn telus tanpa mengambilkira kepentingan politik dan siapa pun org itu.

Kesimpulannya, menurut teori yg dikeluarkan oleh pakar sains sekitaran alam sekitar fizikal ini mempunyai satu ekosistem yg unik. kadangkala akan berlaku kerosakan secara semulajadi akibat dari proses2 alam sekitar, tetapi ia akan pulih dgn sendirinya dalam satu jangkamasa yg tertentu sekiranya tiada campurtangan dari manusia. oleh itu, komponen yg perlu dipulihkan sebenarnya adalah manusia. hal ini kerana manusialah yg menentukan hala tuju dan keadaan alam sekitar fizikal itu.
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry