Ruangan Interaksi
Para pelajar juga boleh gunakan ruangan ini untuk membuat pengumuman & pertanyaan kepada rakan-rakan lain (i.e. yang berkaitan dengan kursus EIA).
|
 |
Saturday, July 29, 2006
Penilaian Impak Alam Sekitar (Environmental Impact Assessment) masih gagal membantu melestarikan gagasan alam sekitar yang sihat di Malaysia. Berikan contoh untuk menyanggah atau menyokong pernyataan ini?
Untuk memberi komen, sila klik pada bahagian "Make a Comment" di bawah. Satu window baru akan keluar, dan isikan nama pada bahagian 'Name' dan tinggalkan ruangan 'Homepage (optional)' kosong. Masukkan komen anda pada ruangan yang ditentukan.
Posted at 11:27 am by geografiums
 |  |  | ikmal July 9, 2009 05:01 PM PDT
kita perlulah bersama-sama menjaga alam sekitar. bukan untuk orang lain tetapi untuk diri kita sendiri |  |
  |  |  | mosyimaro March 31, 2009 04:57 PM PDT
sikap manusia yang menjadikan alam ini tidak indah lagi.faktor pembangunan tanpa perancangan semula menyebabkan alam ini menjadi semakin tandus. |  |
  |  |  | Name AYBIT YANI May 5, 2008 07:00 PM PDT
Penilaian impak alam sekitar (EIA) gagal ternyata gagal dalam membantu melestari gagasan alam sekitar yang sihat di Malaysia. Yang sihat walafiat adalah kontraktor yang menerima habuan. Lihatlah dengan mata sendiri apa yang terjadi dengan KKIP..dahlah kilang tak tumbuh, yang nyatanya habis alam flora dan fauna pupus. Ditambah lagi dengan sistem peluousan sampah yang berdekatan. Fikir-fikirlah sendiri. |  |
  |  |  | ASMEH SAPIN YT02-6171 November 2, 2006 11:23 AM PST
Akukah yang terlewat melayari ruangan ini? Apapun inilah komenku.
Berbalik kepada soalan Blog 1, saya amat bersetuju bahawa EIA masih gagal membantu melestarikan gagasan alam sekitar yang sihat di Malaysia. Saban hari kita dikejutkan dengan berita yang mengerikan akibat daripada bencana alam misalnya tanah runtuh, banjir kilat, banjir lumpur dan jerebu. Fenomena ini bukan saja memusnahkan harta benda yang bernilai jutaan ringgit bahkan nyawa manusia turut melayang. Persoalannya adakah fenomena ini berlaku semulajadi seperti meletusnya gunung berapi. Jawapannya tentu tidak. Pasti ada dalang di sebalik semua kejadian ini. Sifat segelintir manusia yang rakus dan mementingkan keuntungan semata-mata sehingga menafikan kepentingan menjaga alam sekitar menjadi penyebab kepada semua kejadian ini. Di Sinilah sebenarnya peranan EIA untuk mengawal dan meminimumkan kejadian-kejadian yang melibatkan kemusnahan alam sekitar. Tetapi hakikatnya selagi bernama manusia selagi itulah ahli-ahli EIA tidak lari daripada cengkaman rasuah. Justeru kejujuran dan etika sangat diperlukan dalam melaksanakan EIA disamping perancangan yang teliti agar gagasan alam sekitar yang sihat dapat direalisasikan di Malaysia. |  |
  |  |  | Dzulkilfli Rotis YT2002-6211 October 4, 2006 04:55 PM PDT
Sebelum saya menjawab persoalan yang dikemukakan, ingin saya bertanya beberapa soalan yang berhubung kait dengan badan EIA. Pertama: Adakah EIA itu mempunyai kuasa vito untuk menidakkan pelaksanaan projek yang dianggap merugikan? Kedua : Adakah ahli-ahli EIA berlaku jujur dalam membuat penilaian dan keputusan? Ketiga: Adakah setiap ahli EIA mempunyai kekuatan iman ketika menjalankan tugas? Keempat : Adakah mereka sudah cukup sasa dalam menepis bayangan serta pujuk rayu hantu-hantu rasuah yang boleh saja membuat badan EIA menjadi angau ketika membuat keputusan?
Jika perkataan “tidak” menjadi jawapan kepada setiap persoalan di atas, maka ini bermakna, setiap keputusan yang dibuat oleh EIA boleh jadi tidak bersifat telus. Tetapi, jika perkataan “ya” menjadi jawapannya, bermakna EIA adalah satu badan yang amat bertanggungjawab, amanah, jujur dan ikhlas dalam membantu merencanakan sesuatu pembangunan.
Namun begitu, untuk menilai kebolehpercayaan kita terhadap peranan EIA dalam merancang pembangunan yang bersifat listari, kita hasrus kembali melihat sejarah pembangunan yang telah ataupun yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan. Terdapat banyak projek pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan yang sering menjadi buah mulut dikalangan masyarakat akibat kesan negatifnya terhadap persekitaran.
Projek Bakun misalnya, telah mewujudkan pelbagai persoalan berhubung dengan impak fizikal yang telah menyebabkan pengubahsuaian bentuk rupa bumi dan kemusnahan Flora dan Fauna. Begitu juga dengan impak kemanusiaannya, dimana penduduk setempat bukan saja kehilangan rumah tetapi juga kehilangan kampung mereka yang kini hanya tinggal kenangan. Dengan kata lain, projek Bakun telah menampakkan kesan psikologi yang amat perit dialami oleh kalangan penduduk setempat.
Keadaan yang serupa berlaku dengan pelaksanaan projek penambakan laut yang menterjemahkan rupa bentuk baru (buatan manusia) seperti yang kita saksikan di Sutra Habour Kota Kinabalu. Ketika melihat Sutra Habour yang berdiri megah dan indah, jangan kita lupa bahawa kerana kewujudannya telah menyebabkan “Pantai Manis, Papar” menangis tersedu. Pantai Manis yang suatu waktu dahulu dibuai dan dibelai manja oleh ombak yang lemah - gemelai dan sentiasa mempemerkan lukisan semulajadinya yang memukau pandangan, kini sering menangis terkedu kerana dipukul ombak ganas akibat dendam terdahap sifat rakus manusia.
Dimanakah peranan EIA dalam hal ini? Apakah penjelasan EIA terhadap pelaksanaan projek yang lebih banyak memberi kesan negatif? Jika benar EIA mahukan pembangunan lestari, mereka harus lebih tegas dan menolak jauh pengaruh politik demi kepentingan bersama.
Dengan dua contoh pelaksanaan projek di atas, saya secara peribadi beranggapan bahawa, badan EIA yang deberi tanggungjawab membuat timbang tera sebelum pelaksanaan sesuatu projek masih gagal memainkan perananannya seperti yang diharapkan. |  |
  |  |  | Ahmad Daud Ismail Mokhtar September 25, 2006 02:26 PM PDT
Pernyataan bahawa Penilaian Impak Alam Sekitar (Environmental Impact Assessment) masih gagal membantu melestarikan gagasan alam sekitar yang sihat di Malaysia tidak dapat untuk kita nafikan akan kebenarannya. Kegiatan-kegiatan pembangunan yang begitu giat dijalankan seperti di kawasan pinggir pantai dan sungai, kawasan bukit bukau serta kawasan tanah pamah samada di Semenanjung Malaysia mahupun di Sabah dan Sarawak sejak akhir-akhir ini dilihat telah banyak membawa/memberi kesan atau impak yang tidak sihat kepada alam sekitar.
Pihak pemaju yang terlibat
seolah-olah tidak mengendahkan kepentingan untuk memasti kawasan yang mereka majukan serta kawasan yang berdekatan/ persekitaran bebas dari menerima impak negatif pada alam persekitarannya. Akibatnya gagasan alam sekitar yang sihat gagal dilestarikan dengan sebaik-baiknya.
Antara negeri-negeri yang telah gagal melestarikan gagasan alam sekitar yang sihat ialah seperti negeri Selangor, Pulau Pinang, Pahang, Johor termasuklah juga negeri Sabah Negeri di Bawah Bayu. Negeri-negeri tersebut sedang 'bergelut' kerana menerima impak alam sekitar yang amat kritikal akibat daripada kerakusan mengejar kemajuan pembangunan yang tidak terancang dengan baik.
Fenomena seperti banjir kilat, kejadian tanah runtuh, berlaku hakisan pinggir-pinggir pantai dan sungai serta perubahan/kehilangan nilai-nilai estetik pada alam sekitar adalah antara isu-isu yang sehingga kini masih menjadi perbualan, perbincangan, perdebatan yang tiada kesudahannya. Apa yang terjadi dan yang sudah terjadi semakin menjadi-jadi. Percayalah ianya akan terus terjadi....dan terjadi. Apa nak jadi.!!..??@#**
... Tok Mat Daud... (YT 2002-6131) |  |
  |  |  | Mohd Zaki YT2002-6432 September 21, 2006 01:11 PM PDT
Bagi pendapat saya, MENYANGGAH
isu tentang Penilaian Impak Alam sekitar ini masih gagal membantu melestarikan gagasan alam sekitar yang sihat di Malaysia.
Kita tidak boleh menyalahkan 100% atau menidakkan usaha yang telah dilakukan oleh EIA pada hari ini khususnya di Malaysia. Ini kerana EIA telah mengambil langkah-langkah yang sepatutnya dalam pembangunan lestari. Salah satu contoh penting ialah penggunaan jaring hijau sebagai langkah keselamatan dalam projek pembinaan bangunan yang ternyata amat berkesan dan membantu menangani isu keselamatan di tempat kerja. Contoh kedua ialah tindakan EIA memperkenalkan sistem teres bukit atau benteng di lereng bukit untuk mengelakkan tanah runtuh seperti di jalan menuju ke Genting Highland Pahang dan jalan menuju ke Ranau Sabah. Contoh ketiga ialah memperkenalkan Sistem Amaran Awal (First Alarm) yang di gunakan untuk mengesan pergerakan air laut seperti kejadian Tsunami.
(Allen,1980) menyatakan EIA pentingdalam pembangunan lestari supaya kemajuan yang dicapai oleh manusia berupaya memenuhi kepuasan yang berkekalan bagi keperluan dan pembaikan kualiti hidup manusia secara seimbang dari segi kemajuan manusia dan pembangunan persekitaran.
Melalui pernyataan ini, dapat disimpulkan bahawa EIA telah menampakkan kesan baik dalam pembangunan alam sekitar di Malaysia. Sekian Terima Kasih. |  |
  |  |  | AHMAD DAUD ISMAIL MOKHTAR September 10, 2006 12:20 PM PDT
Pernyataan bahawa Penilaian Impak Alam Sekitar (Environmental Impact Assessment) masih gagal membantu melestarikan gagasan alam sekitar yang sihat di Malaysia tidak dapat untuk kita nafikan akan kebenarannya. Kegiatan-kegiatan pembangunan yang begitu giat dijalankan seperti di kawasan pinggir pantai dan sungai, kawasan bukit bukau serta kawasan tanah pamah samada di Semenanjung Malaysia mahupun di Sabah dan Sarawak sejak akhir-akhir ini dilihat telah banyak membawa/memberi kesan atau impak yang tidak sihat kepada alam sekitar.
Pihak pemaju yang terlibat
seolah-olah tidak mengendahkan kepentingan untuk memasti serta |  |
  |  |  | Jamila Nin yt 2002 6295 September 9, 2006 04:01 PM PDT
Akum,
Saya lebih setuju untuk menyokong tajuk ini. Setiap hari kita disogokkan dengan kemusnahan dan pencemaran yang berlaku di sekeliling kita. Kita melihat bagaimana pihak -pihak tertentu dengan sewenang-wenangnya membuang sisa-sisa toksid yang merbahaya ke dalam sumber air kita, menyebabkan berlakunya pencemaran yang bukan sahaja membawa kesan ke atas sumber air itu sendiri tetapi juga terhadap pihak-pihak yang mempunyai kepentingan ke atasnya. Kita juga melihat bagaimana sumber alam semulajadi kita digunakan tanpa perancangan yang sempurna menyebabkan berlakunya masalah-masalah seperti tanah runtuh, banjir kilat dan sebagainya. Kesan yang lebih global seperti bertambahnya suhu/iklim dunia juga mungkin akan berlaku. Sesuatu yang lebih berkesan perlu dilakukan bagi mengatasi masalah ini. |  |
  |  |  | Name JAMILA NIN YT 2002 6295 September 9, 2006 03:05 PM PDT
Akum,
Saya lebih setuju untuk menyokong tajuk ini . Setiap hari kita disogokkan dengan kemusnahan dan pencemaran yang berlaku di sekeliling kita. Kita melihat bagaimana pihak-pihak tertentu dengan sewenang-wenangnya membuang sisa-sisa toksid yang mendatangkan kemusnahan yang berpanjangan kepada sesuatu sumber , di buang begitu sahaja ke dalam sumber air dan kawasan tumbuhan kita . Ini menyebabkan berlakunya kesan yang membawa kemusnahan bukan sahaja ke atas sumber –sumber tersebut, tetapi juga keatas para pengguna yang berkaitan.
Kita juga melihat bagaimana sumber alam semulajadi kita digunakan tanpa perancangan yang sempurna menyebabkan berlakunya masalah-masalah seperti tanah runtuh, banjir kilat dan akhirnya kepada masalah yang lebih bersifat sejagat seperti kenaikan iklim dunia. Fenomena ini boleh kita lihat di Sabah sendiri, di mana pengurusan hutan yang tidak sempurna menyebabkan Sabah semakin kehilangan sumber yang sangat penting ini. Sesuatu yang lebih berkesan perlu dilakukan bagi mengatasi masalah ini dari menjadi bertambah parah.
|  |
  |  |  | Jamila Nin yt 2002 6295 September 9, 2006 02:59 PM PDT
Akum,
Saya lebih setuju untuk menyokong tajuk ini . Setiap hari kita disogokkan dengan kemusnahan dan pencemaran yang berlaku di sekeliling kita. Kita melihat bagaimana pihak-pihak tertentu dengan sewenang-wenangnya membuang sisa-sisa toksid yang mendatangkan kemusnahan yang berpanjangan kepada sesuatu sumber , di buang begitu sahaja ke dalam sumber air dan kawasan tumbuhan kita . Ini menyebabkan berlakunya kesan yang membawa kemusnahan bukan sahaja ke atas sumber –sumber tersebut, tetapi juga keatas para pengguna yang berkaitan.
Kita juga melihat bagaimana sumber alam semulajadi kita digunakan tanpa perancangan yang sempurna menyebabkan berlakunya masalah-masalah seperti tanah runtuh, banjir kilat dan akhirnya kepada masalah yang lebih bersifat sejagat seperti kenaikan iklim dunia. Fenomena ini boleh kita lihat di Sabah sendiri, di mana pengurusan hutan yang tidak sempurna menyebabkan Sabah semakin kehilangan sumber yang sangat penting ini. Sesuatu yang lebih berkesan perlu dilakukan bagi mengatasi masalah ini dari menjadi bertambah parah. |  |
  |  |  | Awang Majin @ Batzin Bin Hassa August 11, 2006 08:21 PM PDT
Penilaian impak Alam Sekitar bermaksud satu kajian yang dijalankan secara teratur dan bersistem untuk menilai kesan sesuatu tindakan atau projek pada alam sekitar sebelum tindakan tersebut dilaksanakan.
Semasa menjalankan penilaian impak alam sekitar, beberapa aktiviti berikut harus dilaksanakan antaranya seperti berikut;
• Mengenal pasti kesan positif dan kesan negatif yang mungkin timbul akibat aktiviti atau projek yang akan dibuat.
• Meramal sejauh mana kesan tersebut memberi faedah atau memudaratkan alam sekitar.
• Mentafsir atau membuat kesimpulan keseluruhan kesan-kesan tersebut kepada manusia dan persekitarannya.
• Menyampaikan segala maklumat di atas kepada pihak yang bertanggungjawab meluluskan sesuatu tindakan atau projek.
Lestari gagasan alam sekitar merangkumi satu konsep menyeluruh yang boleh dilihat sebagai satu kewujudan yang seimbang dan harmonis tanpa mengancam atau mengganggugugat kehidupan semula jadi (alam sekitar).
Berdasarkan kepada definisi penilaian impak alam sekitar dan lestari gagasan alam sekitar di atas jika dilihat dalamgagasan alam sekitar di Malaysia ternyata masih gagal ini dapat dibuktikan dengan;
Apabila hutan ditebang dan di musnahkan, bukit-bukit diratakan akan berlakulah insiden tanah runtuh dan banjir lumpur yang tidak diduga masanya. Insiden ini berlaku berpunca daripada tanah yang tidak rata dan tidak seimbang seperti yang berlaku di sungai Sungkai, perak pada 27 November 2000, iaitu kira-kira 5 tahun yang lalu. Ekoran daripada insiden ini seramai 525 penduduk telah terkorban dan penduduk yang tidak terkorban telah kehilangan tempat tinggal dan aset penting mereka ketika banjir lumpur melanda.
|  |
  |  |  | Rachel Misik August 11, 2006 08:21 PM PDT
Saya sangat setuju bahawa Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) masih gagal dalam membantu melestarikan gagasan alam sekitar yang sihat di Malaysia. Perkara ini berlaku disebabkan pihak terbabit cenderung melihat kepada keuntungan yang bakal diperolehi tanpa mengambil kira keselamatan dan kebajikan orang awam. Sebagai contoh; isu pembuangan sisa toksid ke dalam parit, sungai hutan dan sebagainya disiarkan setiap hari di bulletin utama, menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab dan tidak ambil peduli oleh golongan terbabit. Ini jelas menunjukkan bahawa peranan EIA terkebawah dan dikesampingkan. Ternyata keghairaan mengejar pembangunan di Negara ini tidak sejajar dengan usaha memelihara alam sekitar. EIA dengan kerjasama JAS perlu berganding tenaga untuk memastikan tidak wujud masalah yang mengancam nyawa dan keselamatan orang awam. Semua ini berlaku disebabkan penguatkuasaan yang longgar oleh orang berkepentingan disamping budaya sogok-menyogok yang berleluasa. Akhirnya impian untuk mewujudkan pembangunan lestari hanya tinggal impian |  |
  |  |  | Awang Majin @ Batzin Bin Hassa August 11, 2006 08:17 PM PDT
Penilaian impak Alam Sekitar bermaksud satu kajian yang dijalankan secara teratur dan bersistem untuk menilai kesan sesuatu tindakan atau projek pada alam sekitar sebelum tindakan tersebut dilaksanakan.
Semasa menjalankan penilaian impak alam sekitar, beberapa aktiviti berikut harus dilaksanakan antaranya seperti berikut;
• Mengenal pasti kesan positif dan kesan negatif yang mungkin timbul akibat aktiviti atau projek yang akan dibuat.
• Meramal sejauh mana kesan tersebut memberi faedah atau memudaratkan alam sekitar.
• Mentafsir atau membuat kesimpulan keseluruhan kesan-kesan tersebut kepada manusia dan persekitarannya.
• Menyampaikan segala maklumat di atas kepada pihak yang bertanggungjawab meluluskan sesuatu tindakan atau projek.
Lestari gagasan alam sekitar merangkumi satu konsep menyeluruh yang boleh dilihat sebagai satu kewujudan yang seimbang dan harmonis tanpa mengancam atau mengganggugugat kehidupan semula jadi (alam sekitar).
Berdasarkan kepada definisi penilaian impak alam sekitar dan lestari gagasan alam sekitar di atas jika dilihat dalamgagasan alam sekitar di Malaysia ternyata masih gagal ini dapat dibuktikan dengan;
Apabila hutan ditebang dan di musnahkan, bukit-bukit diratakan akan berlakulah insiden tanah runtuh dan banjir lumpur yang tidak diduga masanya. Insiden ini berlaku berpunca daripada tanah yang tidak rata dan tidak seimbang seperti yang berlaku di sungai Sungkai, perak pada 27 November 2000, iaitu kira-kira 5 tahun yang lalu. Ekoran daripada insiden ini seramai 525 penduduk telah terkorban dan penduduk yang tidak terkorban telah kehilangan tempat tinggal dan aset penting mereka ketika banjir lumpur melanda.
|  |
  |  |  | safaruddin jusoh August 11, 2006 08:09 PM PDT
Saya menyokong tentang Penilaian Impak Alam Sekitar ( Environmental Impact Assessment) masih gagal membantu melestarikan gagasan alam sekitar yang sihat di Malaysia. jika kita lihat terdapat 3 buah negeri yang masih membuat pembinaan di tanah tinggi tanpa menghiraukan kesan-kesan yang akan timbul. akibat daripada pembinaan yang tidak terancang menyebabkan bencana alam antaranya banjir seperti yang berlaku di Kg Tebobon, Telipok dan sekitarnya. |  |
  |  |  | FLORENCE LEONG August 11, 2006 05:38 PM PDT
Saya menyokong kenyataan bahawa EIA masih gagal melestarikan gagasan alam sekitar di Malaysia. Impak pembagunan ke atas persekitaran berlaku di mana-mana sehaja tanpa kita sedari. Sememangnya banyak program kesedaran yang dianjurkan oleh kerajaan dan badan swasta ke arah melestarikan alam sekitar di Malaysia, tetapi ternyata ia masih gagal untuk mengatasi kerancakan pembangunan yang sebenarnya juga di rancang oleh kerajaan. Bukan masalah tidak ada kesedaran alam sekitar tetapi kadang kala ketamakan mengatasi segalanya. Tak payah pergi jauh isu “Maang” adalah satu contoh masalah yang akan memberi impak persekitaran di masa akan datang jika tidak ditangani dengan baik. Pembangunan di kawasan ini akan menjejaskan kawasan tadahan air, malah jika difikirkan memberi impak lain seperti impak sekitar manusia dan estetika. Diharap dialog bersama SUHAKAM mengenai masalah “Maang” membuahkan hasil yang tidak berat sebelah…..
|  |
  |  |  | Flora Runsab YT2002-6425 August 11, 2006 11:11 AM PDT
Saya bersetuju bahawa EIA masih gagal membantu melestarikan gagasan alam sekitar yang sihat di Malaysia berdasarkan alasan berikut:
Banyak masalah yang wujud berkaitan dengan alam sekitar di Malaysia yang saban hari dilaporkan oleh media terutama sekali TV3 yang berpunca daripada kegagalan pihak EIA mengesan, memantau atau menguatkuasakan undang-undang ke atas sesuatu projek guna tanah di Malaysia yang mengagalkan kelestarian alam sekitar seperti isu hakisan tanah (melibatkan beberapa lokasi kondominimum perumahan) runtuhan tanah , pencemaran udara dan air akibat pembuangan sisa toksik dan kebocoran gas dan sebagainya. Contoh beberapa kes di Semenajung Malaysia seperti yang dinyatakan dalam Keng Su Seng (2002:381) bahawa najis ternakan haiwan secara besar-besaran (ternakan babi secara komersil) di Kuala Langat , Petaling Jaya dan Sepang di Selangor yang dialirkan ( dibuang) ke dalam sungai telah menyebabkan pencemaran air sungai dan juga pinggir pantai. Akibatnya, sepsis ikan, udang dan ketam semakin berkurangan dan menjejaskan mata pencarian nelayan yang bergantung kepada sungai ini. Demikian juga kesan pembalakan di hulu Sungai Langat yang menyebabkan penurunan kuantiti air Sg. Langat yang akhirnya menyaksikan krisis air di Lembah Klang beberapa tahun yang lalu. Ini membuktikan laporan EIA yang dibuat ( jika ada) sebelum pemberian permit kepada pengusaha ternakan dan juga pembalak ini gagal menyediakan maklumat sebenar tentang implikasi projek tersebut kepada alam sekitar dan juga dalam aspek ekonomi. Begitu juga dengan tapak pembuangan sisa toksik kilang di Bukit Nenas, Negeri Sembilan. Menurut kajian JAS pada tahun 1994, 54 000 ton sisa buangan yang dibuang oleh pihak berkuasa tempatan sepatutnya tidak dibuang di sini seperti bateri kereta dan motosikal terpakai. Ini membuktikan kegagalan pemantauan dan penguatkuasaan EIA. Bagi kes di Sabah pula, paling ketara kesan kegagalan EIA melihat implikasi projek pembangunan ialah kesan pembangunan KKIP yang telah ‘menghadiahkan’ banjir besar di kawasan Mengatal, Inanam dan Telipok pada tahun 2005 yang lalu yang mana sebelum ini kawasan tersebut boleh dikatakan agak bebas daripada malapetaka ini sebelumnya. Demikian juga projek Alam Mesra berdekatan UMS yang menyaksikan korban besar-besaran hutan bakau yang sepatutnya menjadi penjana utama proses fotosintesis yang menyeimbangkan kitaran karbon dioksida-oksigen dan suhu Bandar Kota Kinabalu juga tempat pembiakan pelbagai sepsis ikan, udang dan ketam suatu waktu dahulu.
Kesimpulannya, walaupun hutan, air, udara, lautan itu dikategorikan sebagai sumber yang boleh diperbaharui, namun eksploitasi sumber yang tidak terancang akan memakan diri masyarakat dan juga negara suatu hari ini. Adakah begitu sukar melaksanakan ‘Pembangunan Lestari’ yang bermaksud pembangunan berterusan tanpa mengorbankan alam sekitar dengan memenuhi keperluan masa kini dan generasi akan datang di Malaysia? Atau EIA ibarat tin kosong : bergendang jika ditiup angin (hanya bising jika ditegur), sedangkan mata tertutup atau ‘ditutup mata sebelah’??
|  |
  |  |  | TAY KIAN YEE YT2002-6606 August 5, 2006 01:27 AM PDT
Pada pendapat saya EIA tidak ubah seperti SUHAKAM, di mana kewujudannya amat berkait rapat dengan polisi negara-negara kuasa besar yang menyuruh negara-negara dunia ketiga mengurus alam sekitarnya sebagai cara melindungi kerakusan mereka. Sebagai contohnya, siapakah sebanarnya yang membeli kayu-kayu balak dari Sabah? Sudah tentu ada permintaan baharu ada penawaran. Kawasan hutan di Amerika di jaga dengan baik sedangkan hutan-hutan di negara-negara dunia ketiga habis di tebang bagi memenuhi keperluan mereka. Mereka menyuruh kita menubuhkan pertubuhan hak asasi manusia sedangkan mereka sendiri mencabulnya, sebagai contohnya penindasan orang kulit hitam di negara mereka. Apabila pencabulan hutan berlaku di negara-negara yang bergantung sepenuhnya kepada hasil hutan, mereka menuduh kita tidak pandai menjaga hutan.
Memang tidak dinafikan EIA gagal untuk melestarikan gagasan alam sekitar yang sihat. Tetapi saya menyangah kenyataan bahawa kegagalan EIA di negara ini adalah disebabkan kita tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik seperti yang dilakukan oleh negara-negara yang terdahulu melaksanakannya. Kenapa saya katakan demikian kerana undang-undang tentang alam sekitar dan hak asasi manusia di Malaysia telah dirangka dengan baik, malah mungkin lebih baik daripada sesetengah negara maju yang lain. Tetapi pelaksanaan dan penguatkuasaannya sahaja yang selalu menemui kegagalan. Selagi negara kita dibayangi negara-negara kuasa besar dan selagi segala polisi yang ada adalah berkiblatkan mereka selagi itulah kewujudan EIA seperti boneka untuk mengaburi mata orang-orang naïf tentang hal perundangan.
|  |
  |  |  | AYOB ABDUL HAMID YT2002/6175 August 4, 2006 09:11 PM PDT
Ya..melihat kepada perkembangan mutakhir ini, tidak dinafikan bahawa EIA masih gagal melestarikan gagasan alam sekitar yang sihat di M’sia.
Saban hari, pelbagai berita berkaitan ‘kemelut alam sekitar’ terus menjadi paparan di media-media massa tempatan. Masalah-masalah seperti tanah runtuh, banjir kilat, pencemaran, pembalakan haram, penerokaan hutan simpan, penimbusan pinggir laut, pengambilan pasir dan sebagainya terus berlaku sejak dahulu hingga ke hari ini. Persoalannya mengapakah ‘kemelut alam sekitar’ terus menghantui hidup kita?. Kita lihat sekarang ini pembangunan negara semakin berkembang pesat. Banyak bangunan dan petempatan dibina untuk menampung keperluan hidup manusia. Pembangunan petempatan ini turut memberi sumbangan kepada kemusnahan tumbuhan semulajadi. Kegiatan manusia lain juga turut mengakibatkan pencemaran melalui amalan-amalan yang negatif seperti membuang sampah dan sisa-sisa industri di merata tempat. Kes-kes seperti ini berlaku di seluruh negara. Di Selangor misalnya kes pembuangan sisa-sisa industri terus menjadi-jadi. Banjir kilat terus berlaku setiap kali hujan lebat.
Sikap sebahagian daripada kita yang tidak tahu menghargai sumber semulajadi anugerah Tuhan seperti air, tumbuhan, tanah dan udara.. Projek pembangunan yang dijalankan tidak mengikut ‘hukum alam’ mendatang kemudaratan kepada kita sendiri. Sikap ‘acuh tak acuh’, ‘endah tak endah’, ‘aiman tak kisah..’oleh individu, masyarakat, Pihak Berkuasa Tempatan serta Badan Penguatkuasa seperti JAS telah memungkinkan berlakunya gejala kerosakan alam sekitar terus berlaku. Walaupun pelbagai kempen, seminar, forum dan sebagainya telah dijalankan namun hasilnya ‘ibarat mencurah air ke daun keladi’. Kita tidak pernah mengambil iktibar daripada ‘Tragedi Highlang Tower’, ‘Banjir Lumpur Pos Dipang’, ‘Kejadian di Bukit Antarabangsa’. Sampaikan bilakah ‘fobia hujan’ penghuni perumahan di Telipok akan hilang?
Memanglah tidak dinafikan alam sekitar kita akan terus dibangunkan. Tapi biarlah mengikut lunas-lunasnya…. ‘Ibarat menarik rambut di dalam tepung’. Alam sekitar umpama gadis sunti..belailah dia dengan penuh kasih sayang…jangan sewenang-wenang menodainya..
|  |
  |  |  | RINU AMIT YT2002 -6502 August 4, 2006 06:54 PM PDT
Kerakusan manusia yang menggilakan dunia keberuntungan saja tanpa menhiraukan apakah kesan dan akibat daripada tindakan yang mereka lakukan itu menyebabkan lebih ramai lagi manusia lain yang cintakan kedamaian dan keheningan persekitaran yang menggembirakan. Kegagalan EIA menangani masalah ini bukanlah kerana tidak adanya kempen ataupun kerja yang dibuat tetapi kerana sikap segelintir manusia yang tidak menyedari atau buat-buat tidak sedar betapa pentingnya keseimbangan pembangunan yang dilakukan dengan keadaan persekitaran yang perlu dikekalkan keharmonianya.Sebagai contoh kita sendiri dapat melihat kesan yang berlaku di persekitaran kita di kawasan kota kinabalu hingga ke Tuaran dan begitu juga di kawasan KKIP, aktiviti pembangunan semakin rancak hingga mengakibatkan keadaan yang hangat dan semakin hilang duni kehijauan hutannya. Tetapi biasalah manusia " Kalau belum terhantuk belum lagi tengadah dan terasa peritnya luka" |  |
  |  |  | SAIDON JINSIT YT02-6547 August 4, 2006 03:04 PM PDT
Menyokong-Tidak sejauhmana EIA berfungsi dalam merealisasikan matlamatnya. Kepincangan dari segi pengoperasian agensi-agensi terlibat punca kegagalan EIA. Dari segi perundangan hingga ke tahap akar umbinya telah gagal sebenarnya.Di Sabah, pengeboman ikan dan penggunaan sianida merupakan cara yang diperkenalkan oleh PATI Filipina.Tumpuan utama aktiviti ini ialah terumbu karang. Penggunaan sianida untuk memabukkan lobster untuk bekalan seafood resturan tempatan dan luar negeri. Kegiatan ini menyebabkan batu karang tersebut mati serta merta dan kawasan berkenaan tercemar selama 6 bulan tanpa hidupan laut menghuninya. Denda RM100-RM1000 atau 6 bulan penjara tidak berkesan mengatasi masalah ini.Pada masa akan datang tiada lagi aktiviti selaman (scuba diving) untuk melihat keindahan terumbu karang tetapi kehadiran para pakar luar untuk menkaji punca kemusnahan dan impaknya….. |  |
  |  |  | Sadinah Tati YT2002/6537 August 4, 2006 02:39 PM PDT
Penilaian impak alam sekitar masih gagal membantu melestarikan gagasan alam sekitar yang sihat di Malaysia.Rata-ratanya tapak bagi pusat bandar seperti bandar Kota Kinabalu,Sandakan Tawau di Sabah dibina di pinggir pantai yang telah ditebus guna.Jagan terkejut pada zaman anak cucu kita pulau gaya sudah tidak ada dalam peta Sabah kerana dah bercantum dengan tanah besar kerana kerajaan kita membina bandar-bandar menuju ke laut bukan ke daratan.Kita masih banyak kawasan daratan yang boleh dibangunkan.kalau negara kita kecil seperti Singapura tidaklah hairanlah ?kita masih banyak kawasan daratan !contohnya Pusat peranginan Sutera ditimbus dengan keluasan begitu rupa akan mendatang kesan jangka panjang terhadap kemusnahan alam sekitar. Rasanya pusat pelancongan Shangrila Tuaran lebih baik sebab dibina di pesisir pantai tanpa menganggu pinggir pantai tanpa menebus guna laut.
Saya bayangkan alangkah indah bandar Kota Kinabalu kalau pesisr pantai tidak diusik ,bina saja bangunan tanpa menganggu atau menimbus laut seperti di Atlantic City New Jersy Amerika Syarikat.Setelah berseronok di kasino-kasino di sana ,pengunjung berpeluang bersantai ditepi pantai di bandar itu.Pengunjung boleh memijak pasir-pasir putih dan menghirup udara bersih dari pantai.
|  |
  |  |  | Alinah Baba August 4, 2006 11:45 AM PDT
Bagaimana nak mencari damar, pokok jati habis ditebang;musang pupus hutan tercemar, dunia tamadun memanggil pulang... Pada pendapat saya, Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) di M'sia masih gagal membantu melestarikan gagasan alam sekitar yang sihat di M'sia. Ini terbukti kerajaan masih membenarkan pembangunan dijalankan di tempat tinggi, sungai dan pinggir pantai. Sebagai contoh, di Kg. Gudon, Menggatal menghadapi masalah banjir yang teruk setiap kali hujan lebat. Murid-murid sekolah di kg itu terpaksa menghabiskan masa mencuci kelas, peralatan sekolah dll akibat lumpur yg dibawa oleh banjir. Ini kerana di sekeliling kg. itu sedang giat berlaku pembangunan perumahan. Bukit-bukit ditarah, dipotong, pokok-pokok ditebang, tempat yg rendah ditimbus-rata, kesannya, kg. ini seolah-olah berada dalam kolam pembangunan. Makanya, setiap kali hujan, air akan bertakung di kg ini. Sepatutnya, pihak pemaju perlu melihat kesannya terlebih dahulu sebelum membuat pembangunan di suatu tempat itu. Kementerian Pembangunan juga sepatutnya, turun melihat sekitar dahulu, sebelum turun tandatangan. Kerana mengejar pembangunan, anak watan diabaikan. Jumpa lagi. |  |
  |  |  | zainal madi August 3, 2006 10:10 PM PDT
Penilaian Impak Alam Sekitar (Environmental Impact Assessment) masih gagal membantu melestarikan gagasan alam sekitar yang sihat di Malaysia. Ini kerana pihak kerajaan terlalu rakus untuk membuat pembangunan tanpa mengambil kira sensitiviti alam sekitar. Perkara ini boleh dilihat dengan dasar kerajaan iaitu buat dulu baru lihat kesannya kepada alam. Disamping itu agensi penguatkuasa EIA yang membuat penilaian tidak begitu komited dalam melakukan tugas mereka. Adakah patut dengan teknologi terkini iaitu GIS tidak dapat melihat apa yang berlaku pada sesuatu tempat.
Perkara ini boleh dibuktikan melalui mata kasar kita iaitu penambakan paya bakau di depan UMS. Mengapakah tempat-tempat ini perlu dimajukan tanpa mewartakannya terlebih dahulu. Cadangan disini agar sesuatu projek samada kerajaan dan swasta yang hendak dilaksanakan perlu dilakukan diskusi terbuka. Ini memastikan kelestariaan alam sekitar dapat dipulihara.
Selai daripada itu peranan agensi penguatkuasa alam sekitar hendaklah menjalankan tugas secara proaktif demi memastikan alam sekitar dijaga. jangan sampai musnah baru dipelihara.
Sekian buat masa kini..... |  |
  |  |  | Sharifah August 3, 2006 06:38 PM PDT
Ya....saya setuju banget yg EIA masih lagi gagal melestarikan gagasan alam sekitar. Cuba lihat apa yg berlaku di sekeliling kita. Banjir yang masih lagi berlaku di kawasan Telipok, Putera Jaya, Tebobon, JalanSepanggar dan kawasan- kawasan yg sewaktu dgnnya. Developer perumahan makin rancak membuat projek perumahan d sepanjang jln Tuaran yg menimbus tanah sesuka hati. Of coz ianya memberi impak terhadap persekitaran. |  |
  |  |  | Suzee Masingkan August 3, 2006 09:59 AM PDT
Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9), selaras
dengan prinsip kesembilan Islam Hadhari, penjagaan alam sekitar akan terus digalakkan untuk memastikan keseimbangan antara keperluan pembangunan dengan alam sekitar dikekalkan. Tumpuan yang lebih diberi kepada langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan negatif ke atas alam sekitar di punca,mempergiat usaha pemuliharaan dan mengurus sumber asli secara mampan. Pelbagai usaha yang telah dilaksanakan untuk tujuan melestarikan alam sekitar yang sihat di Malaysia termasuklah mengubal undang-undang seperti pengubalan Perintah Kualiti Alam Sekitar pada tahun 2003,pengawalan pencemaran air sungai yang disebabkan oleh pembuangan kumbahan domestik, dan juga akibat aktiviti pertanian dan perkilangan, dan penubuhan Majlis Perancangan Fizikal Kebangsaan pada tahun 2003 dan Pelan Fizikal Negara (PFN) 2005-2010 yang bertujuan untuk mempertingkatkan perancangan guna tanah yang bersepadu.
Namun apa yang berlaku, masih terdapat kajian yang menunjukkan berlaku kemorosotan kualiti udara di Lembah Klang, Selangor, Seberang Prai, dan Pulau Pinang akibat peningkatan tahap kepadatan ambien ozon dan habuk terampai dari kenderaan bermotor,perindustrian dan pembakaran terbuka serta sulfur dioksida dari aktiviti perindustrian. Kejadian jerebu dari punca merentasi sempadan menjadi fenomena tahunan di beberapa kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia dan Sarawak.
Selain daripada itu, kalau kita liht fenomena yang berlaku di tempat kita sendiri iaitu di kawasan KKIP, akibat pembangunan yang dilaksanakan, banyak kawasan-kawasan bukit yang telah diratakan, kawasan payah ditimbus telah menyebabkan kejadian banjir sering berlaku. Bagi pengguna jalan yang melalui jalan UMS ke Tuaran, sering kali menghadapi masalah banjir kilat apabila hujan turun. Pengubahan ke atas ekosistem merupakan punca utama berlakunya masalah banjir. Kalau pada suatu masa dulunya merupakan kawasan tadahan air, kini telah diganti dengan kawasan perumahan.
Oleh sebab itu, berdasarkan kepada keadaan yang berlaku sekarang, saya setuju dan berpendapat bahawa usaha Penilaian Impak Alam sekitar untuk melestarikan alam sekitar yang sihat di Malaysia masih gagal, walaupun kita lihat terdapat sedikit pembaikan ataupun pengurangan. Namun pengurangan dan pembaikan ini masih tidak boleh dianggap berjaya untuk mencapai matlamatnya.
|  |
  |  |  | Sa\'adiah August 2, 2006 04:03 PM PDT
Pembangunan semakin rancak dengan mendirikan pelbagai mall besar dan terpanjang di KK yang dibina berdekatan dengan Sutera Harbour juga salah satu pendekatan yang tidak rasional yang mengakibatkan kampung-kampung seperti Sembulan telah hidup dalam suasana yang kurang selesa disebabkan banyak timbunan-timbunan sampah dan aliran air laut tidak dapat mengalir dengan baik mengakibatkan keadaan busuk dan sakit mata memandangnya. |  |
  |  |  | SUINA SUNDONGI YT2002/6592 August 2, 2006 04:02 PM PDT
Secara peribadi, saya menyokong pernyataan ini. Sememangnya penilaian EIA masih gagal membantu melestarikan gagasan alam sekitar yang sihat di Malaysia. Mengapa dan kenapa? Ada gagasan yang diuar-uarkan hanya tingga gagasan semata-mata tidak disertai dengan kesungguhan untuk melestarikan gagasan itu. Sebagai contoh, saranan Perdana Menteri untuk menjadikan aktiviti pembalakan ( dalam Pembangunan Mapan) sebagai aktiviti yang boleh diteruskan tetapi dengan syarat kerosakan hutan harus diminimakan. Gagasan ini sungguh baik dan cukup bermakna. Namun paparan Buletin Utama ( 01 Ogos 2006), kegiatan membalak di Semenyih banyak memberi impak negatif terhadap alam sekitar. Hal ini terjadi kerana tidak mematuhi garis panduan alam sekitar Semua ini terjadi akibat dari kerakusan segelintir manusia yang tidak bertanggung jawab. Oleh itu, EIA akan gagal sekiranya tanpa kerjasama semua pihak yang terbabit. Sekian. |  |
  |  |  | Sa'adiah August 2, 2006 03:56 PM PDT
Pembangunan dilakukan berdekatan dengan Gedung UMS iaitu Projek Alam Mesra, tetapi kebanyakkan hutan-bakau ditebang dengan sewenang-wenangkan sehinggakan burung-burung bangau terpaksa berhijrah ke tempat lain untuk meneruskan kehidupan ditepi-tepi jalan. Kemusnahan dilakukan demi untuk dinamakan pembangunan tanpa memelihara alam sekitar yang sangat berhargai kepada kita, para nelayan dapat mendapat hasil yang sedikit kerana penebangan paya bakau secara besar-besaran menyebabkan siikan tidak dapat bertelur untuk membiak kerana hutan paya bakau adalah tempat yang sesuai untuk pembiakkan. Manusia yang rakus akan menerima padahnya. |  |
  |  |  | SAIDON JINSIT August 2, 2006 03:28 PM PDT
MENYOKONG-Kegagalan EIA berpunca kurang penguatkuasaan peringkat atasan hingga bawahan agensi-agensi yang berkaitan. Contoh: Di Sabah-Penanaman kayu kertas yang menggantikan kawasan gondol akibat penebangan kayu balak dan aktiviti guna tanah telah memberi impak yang negatif kepada kesihatan dan ekonomi. Debunga kayu kertas ini boleh menyebabkan penyakit sinus dan asma hasil kajian pakar dari Amerika Syarikat. Namun tiada tindakan pencegahan dan di UMS sendiri masih banyak kayu ini dipelihara dengan baik. Selain itu, pokok kertas yang berasal dari India ini boleh menyebabkan penurunan hasil pengeluaran pertanian kerana akar pokok ini boleh pergi jauh untuk menyerap nutrient tanah yang menyebabkan tanah tersebut tidak subur untuk pertanian. Pokok ini boleh membiak dengan cepat tanpa memilih jenis tanah menyebabkan ia terdapat di mana-mana di Sabah. Pokok ini sepatutnya diproses bagi menghasilkan kertas. Namun hanya terdapat hanya sebuah kilang kertas di Sipitang menyebabkan di bahagian lain di Sabah pokok ini ditebang untuk di bakar bagi menghasilkan pencemaran udara…SAIDON JINSIT (YT02-5489) |  |
  |  |  | Suzihi Chua-YT2002/6600 August 2, 2006 01:00 PM PDT
Dunia sekarang sangat mengejarkan kemodenan yang keterlaluan. Manusia mengadaikan alam sekitar yang dapat memberikan kita dan generasi akan datang satu khazanah yang tidak terbilang harganya. Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, Malaysia juga tidak teragak-agak untuk mengadaikan alam sekitarnya untuk menandingi kemajuan dan kemodenan negara-negara maju yang lain. Walaupun terdapat banyak kempen-kempen alam sekitar yang dilakukan namun ianya seperti ‘hangat-hangat tahi manuk’ sahaja. Saya juga sangat menyokong tindakan wartawan Karam Singh Walia dari TV3 yang sangat berani mendedahkan isu-isu pencemaran yang selama ini berlaku ‘right under the government ‘s nose’ dan masa itu barulah sudah terhantuk nak terngada pun sudah terlambat. Kejadian tanah runtuh juga sering berlaku di negara kita seperti apa yang berlaku di Jalan Sepangar, jalan Kota Kinabalu ke Tambunan, Kota Kinabalu ke Ranau dan juga kejadian tanah-tanah runtuh yang melibatkan rumah-rumah kediaman. Inilah kos yang kita terima kerana merosakan alam sekitar kita. |  |
  |  |  | Rem August 2, 2006 09:39 AM PDT
Sa'adiah,
Mana fakta kes sebagai contoh? Isu Bakunkah, pembinaan Cyber Jaya-kah, etc.
By the way, you deserves some extra marks for being the FIRST!
Pelajar-pelajar lain mana? Masih sibuk mencari damar di hutan? Atau masih leka bermain-main dengan musang-musang liar di belantara tebal?
Wahai manusia, tinggalkan tempat yang terpencil itu. Marilah kembali ke dunia yang lebih bertamadun! |  |
  |  |  | Name Sa'adiah Zakaria August 1, 2006 05:22 PM PDT
Saya menyokong tentang Penilaian Impak Alam Sekitar (Environmental Impact Assessment) masih gagal membantu melestarikan gagasan alam sekitar yang sihat di Malaysia
di sebabkan kerakusan manusia sendiri yang merosakkan fauna & flora, biodervisiti, gunung-ganang digondolkan tanpa menghirau keperluan bagi generasi akan datang. Ini mengakibatkan bencana alam yang terus melanda kepada dunia sejagat telah merasainya, tetapi manusia masih kurang insaf tentang perkara ini, |  |
|