PS: Ini adalah kuliah teori yang terakhir. Selepas ini, semua kuliah adalah dalam bentuk diskusi kes atau praktikal di lapangan. Ya, selamat datang ke dunia Menara Gading yang sebenar!
Kuliah 6: Langkah-Langkah Tebatan Impak
Tujuan:
Membincangkan asas-asas pertimbangan utama dalam menyediakan cadangan tebatan (kepada impak negatif); serta isu-isu penting yang berkaitan dengan perlaksanaan EIA.
1. Fasa-fasa impak
• Pra-projek
• Semasa projek
• Pasca projek
2. Langkah-langkah Tebatan
• Tujuan dasar adalah untuk mengatasi atau meminimumkan impak negatif
• Bentuk penyelesaian (i) tebatan-tebatan langsung bersifat praktikal; atau (ii)
pengubahsuaian kepada projek (secara tidak langsung)
• Kaedah penyelesaian (i) berasaskan teknologi (melibatkan operasi fizikal); atau (ii) berasaskan perancangan manusiawi (menjurus kepada perihal mentaliti dan tingkahlaku manusia)
• Pertimbangan dalam membuat cadangan-cadangan tebatan:
- faktor logistik dan praktikaliti (i.e. kos kewangan, sumber teknologi)
- nilai efektif untuk jangkapanjang
- bersifat terkawal (dengan 'kesan sampingan' yang minimum)