Blog ini dilancar secara rasmi pada 22 Disember 2005

Laman web ini ini adalah blog komuniti bagi para pelajar kursus AG3743 (Penilaian Impak Alam Sekitar @ EIA). Ia berfungsi sebagai medan diskusi, perkongsian informasi, pengumuman dan pengedaran bahan-bahan kursus.

Kursus AG3743
Program Geografi
Sekolah Sains Sosial
Universiti Malaysia Sabah
Email:
rdambul@yahoo.co.uk

Laman pengajaran saya yang lain:
Kursus Teras Sains Sosial
Kursus Geografi Manusia
Kursus Klimatologi


Kuliah Mingguan:
PKI: 11am-1pm (Rabu, BS1)
PLK: 12-3pm (Sabtu, Makmal GIS)



Apakah EIA?

EIA adalah kajian untuk mengenalpasti, meramal, menilai dan memberi maklumat mengenai kesan-kesan alam sekitar bagi sesuatu cadangan projek dan mengemukakan langkah-langkah tebatan sebelum projek berkenaan dilulus dan dilaksanakan.
Sumber: Jabatan Alam Sekitar (1987)


Pengendali Kursus:
R Dambul
Bilik 9 (Tingkat 3)
Sekolah Sains Sosial
Tel: 088-32000 ext 5795
@ sila hubungi dengan email



* * *

Informasi Pelajar 2006/2007

Versi Besar (Klik Sini!)

Ketua: Zainal Madi
zbmwid@yahoo.com

Pen. Ketua: Sa'adiah Zakaria
saadiahz_65@yahoo.com.my


Pembahagian kumpulan praktikal di lapangan? Sila rujuk nama anda di sini!

Edaran Bahan Kuliah
Rangka Asas Kuliah 6
Rangka Asas Kuliah 3, 4 & 5
Takwim Pertemuan
Struktur Kursus PLK 2006

Diskusi Blog
Diskusi IV (Alam Mesra-UMS)
Diskusi III (Anjung Perdana)
Diskusi II (Tanjung Lipat)
Diskusi I (Umum)

Entri Bergambar & Videografi
Tugasan Praktikal di ODEC
Kuliah di Makmal GIS




* * *

Informasi Pelajar 2005/2006


Versi Besar (Klik Sini)!

Kumpulan Pelajar HA18 (Sains Sosial):
Ketua: Nagendran Thangavelo
Email: nagen81@hotmail.com

Pen. Ketua: Elvina Thomas
Email: lvna_1229@yahoo.com

Kumpulan Pelajar HT17 (Pendidikan):
Ketua: Astina Jamaluddin
Email: astina_asties@yahoo.com

Pen. Ketua: Sharon Pascol
Email: shawing_mail@yahoo.com

Kumpulan Kerjalapangan (PKI):
Sila semak sini



Versi Besar (Klik Sini)!

Kumpulan Pelajar Luar Kampus (Kota Kinabalu):
Ketua: Ah Chin Liew
Email: ahchinliew@yahoo.com

Pen. Ketua: David Kungin
Email: recendav@hotmail.com

Kumpulan Kerjalapangan (PLK):
Sila semak sini

* * *

Edaran Bahan Kuliah
Kuliah 6 (Tebatan)
Kuliah 4 & 5 (Impak)
Kuliah 4 & 5 (Bacaan Tambahan)
Kuliah 3 (Alam Sekitar)
Kuliah 3 (Bacaan Tambahan)
Kuliah 2 (Perundangan)
Kuliah 2 (Bacaan Tambahan)
Kuliah 1 (Struktur Kursus: PLK)
Kuliah 1 (Struktur Kursus: PKI)

* Sila download sendiri!

Tugasan Blog Mingguan (PKI)
Diskusi Blog 6 (Lapangan)
Diskusi Blog 5 (Analisis Kes)
Diskusi Blog 4 (Rhetorical Q)
Diskusi Blog 3 (English Version)
Diskusi Blog 2 (Debat Terbuka)
Diskusi Blog 1 (Persepsi Umum)

Tugasan Blog Mingguan (PLK)
Ulasan Kes 4 (Lapangan)
Ulasan Kes 3 (Lapangan)
Ulasan Kes 2 (Kes Khusus)
Ulasan Kes 1 (Isu Semasa)

Arkib Laporan EIA (PKI Sesi 2005/2006)
Kumpulan 1
Kumpulan 2
Kumpulan 3
Kumpulan 4
Kumpulan 5
Kumpulan 6
Kumpulan 7
Kumpulan 8
Kumpulan 9

Fakta Kes Alam Sekitar
Radioaktif di Bkt. Merah & Pembangunan UMS
Lebuhraya KL-Putrajaya
King Fisher, Alam Mesra & Anjung Perdana
Pelan Pembangunan KL
Anjung Perdana (Tg. Aru)
S. Harbour vs Pantai Manis

Bahan Rujukan & Praktikal
Praktikal Pulau Tiga
Senarai Buku DBP (BM)
Koleksi Pertama

* Koleksi ini akan ditambah daripada semasa ke semasa.

Penilaian Komen Terbaik
Diskusi Blog 4 (PKI)
Diskusi Blog 3 (PKI)
Diskusi Blog 2 (PKI)

Analisis Gred Pelajar
PKI Sesi 2005/2007


Entri Bergambar
Apresiasi Alam Sekitar (PLK)
Exam: The Finale (PLK)
Exam: The Finale (PKI)
Trip to Little Norwich
Apresiasi Alam Sekitar (PKI)
Nostalgia Pulau Tiga
PLK in action!




rss feed


Ruangan Interaksi
   
Para pelajar juga boleh gunakan ruangan ini untuk membuat pengumuman & pertanyaan kepada rakan-rakan lain (i.e. yang berkaitan dengan kursus EIA).

<< August 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31


Monday, August 14, 2006
Diskusi Blog III



Sejak pantai Tanjung Aru dikomersilkan dengan jenama baru 'Anjung Perdana', impak persekitaran negatif lebih banyak daruipada impak persekitaran positif. Pilih pendirian dan hujahkan kes anda berdasarkan bukti-bukti spesifik di lapangan.

Info lanjut: sila klik sini!




Posted at 10:59 am by geografiums

Ahmad Daud Ismail Mokhtar
December 8, 2006   08:41 PM PST
 
Saya sampai ke negeri Sabah yang serba indah ini pada penghujung tahun 1988. Waktu itu saya masih bujang. Antara tempat yang sering menjadi kunjungan saya pada waktu itu ialah pantai Tanjung Aru. Maklumlah Pantai Tanjung Aru menjadi tempat yang paling strategik untuk saya berjogging sambil menjamu mata melihat awek-awek cun yang turut mengambil angin di situ.

Tapi lama kelamaan saya menjadi jemu untuk ke Pantai Tanjung Aru kerana pemandangannya yang sama suasana yang sama. Tiada apa-apa perubahan yang terdapat di situ.
Tetapi baru-baru ini apabila Pantai Tanjung Aru bertukar menjadi Anjung Perdana timbul pula kegairahan saya untuk kembali bertandang ke sana.

Perubahan-perubahan yang telah dibuat di Pantai Tanjung Aru pada saya telah membawa sesuatu perubahan yang baik iaitu perubahan positif sesuai dengan peredaran masa. Sudah sampai masanya Pantai Tanjung Aru berwajah baru.

Jika dibandingkan dengan Pantai Tanjung Aru dahulu dengan Anjung Perdana yang ada sekarang, Anjung Perdana adalah lebih tersusun serta teratur berbanding dengan dahulu. "Food Court" yang ada sekarang ini lebih berjaya menarik minat orang ramai untuk berkunjung.

Bagi jenis manusia yang suka menghirup udara laut serta menikmati keindahan suasana waktu petang dan malam di tepi pantai secara solo atau berkeluarga, Anjung Perdana memang cukup sesuai untuk mereka.
Kemudahan-kemudahan awam seperti tandas, parking kereta dan sebagainya telah di naik tarafkan dan ternyata lebih baik dari dahulu.

Kalau asyik berfikir tentang kesan negatif sampai bila-bila pantai Tanjung Aru tak akan berubah. Impak negatif bukan hanya boleh berlaku di PAntai Tanjung Aru. Ianya boleh berlaku di mana-mana sahaja.

Ahli keluarga yang datang dari semenanjung buat kali ke-dua telah memberi komen dengan mengatakan:- "Pantai Tanjun Aru atau Anjung Perdana jauh lebih baik dari Tanjung Aru yang dahulu." Kalau dah begitu orang luar memberi komen ... Faham-faham la !
Alinah Baba
November 22, 2006   10:59 AM PST
 
Sejak pantai Tanjung Aru dikomersilkan dengan jenama baru 'Anjung Perdana', Saya dapati impak persekitaran positif lebih banyak daripada impak persekitaran negatif. Persekitaran di sini kelihatan lebih tersusun, bersih, mempesonakan dan agak eksklusif (seperti kata rakan-rakan). Dari sudut keselamatan pengunjung juga terjamin berbanding dahulu. Terdapat banyak kemudahan awam disediakan untuk para pengunjung dan agak selesa berbanding dahulu. Tandas awam yang bersih dan dijaga, tempat letak kenderaan dan ruang membeli-belah di medan selera. Saya percaya hasrat kerajaan untuk mempromosikan Pantai Tanjung Aru sebagai salah satu destinasi pelancongan merupakan satu langkah yang amat baik. Kerajaan patut memastikan semua pantai di seluruh Sabah dapat dipulihara dan mengekalkan keindahan alam sekitar yang ada di pantai-pantai itu.

Mungkin, bagi sesetengah pengunjung yang sukakan keaslian estetika, pada pendapat saya pembinaan Anjung Perdana telah menghalang pandangan awal pengunjung ke Pantai Tanjung Aru. Sesetengah pengunjung berharapan apabila ke pantai tersebut mereka akan melihat keindahan pantai dari jauh tanpa ada yang menghalang (bangunan). Malah, ada yang mengatakan keindahan dan keaslian Pantai Tanjung Aru (sebelum pembinaan Anjung Perdana) serupa dengan keindahan di Pantai Bali. Bagaimanapun, setiap apapun tindakan yang diambil oleh kerajaan adalah untuk kesenangan semua pihak.
Rachel Misik
November 20, 2006   03:07 PM PST
 
Setiap projek pembangunan yang diilhamkan oleh manusia pasti mewujudkan impak negative dan positif kepada persekitaran. Pada pendapat saya, Tanjung Aru yang dikormesilkan dengan jenama baru Anjung Perdana lebih banyak mendatangkan impak positif daripada impak negative. Tanjung Aru yang telah diubahsuai kini menjadi tumpuan segenap lapisan masyarakat termasuk golongan elit bersesuaian dengan jenama barunya Anjung Perdana.

Pembinaan Anjung Perdana menjadi suatu daya tarikan yang popular di sekitar Kota Kinabalu. Ini kerana kedudukan gerai menjual makanan dibina dengan teratur. Begitu juga dengan tempat berehat yang selesa dan ruang pejalan kaki diperluas dan diperbuat daripada konkrit. Selain itu, Pembinaannya juga tidak melibatkan penambakan tanah yang mana masih mengekalkan pantai yang sedia ada. Pokok-pokok yang ada juga dikekalkan dan berfungsi sebagai tempat berteduh.Ruang letak kereta juga lebih luas dan selesa.

Anjung Perdana sesuai untuk aktiviti keluarga, tempat menjamu selera, bersantai mentelaah, berkelah, dan sebagainya. Pendek kata Anjung perdana masih mengekalkan ciri-ciri alam semulajadinya yang sesuai untuk aktiviti riadah. Bezanya ialah, kini ia lebih indah, selesa, terpelihara dan selamat.

Diskusi blog 4

ASMEH SAPIN YT02-6171
November 2, 2006   10:49 AM PST
 
Tg. Aru yang menjadi kunjungan bukan saja masyarakt setempat bahkan menjadi destinasi wajib bagi mereka yang buat pertama kalinya datang ke Kota Kinabalu terutamanya pelancong-pelancong dari luar. Melihat kepada perubahan Tanjung Aru kini berbanding sebelum ini tentulah terfikir di benak kita bahawa impak positifnya lebih banyak daripada negatifnya. Khususnya dari segi ekonomi para peniaga semakin tinggi kerana prasarana yang ada menarik minat para pengunjung untuk menikmati apa saja yang dijual di anjung perdana apatah lagi dengan tempatnya yang selesa, tidak ada lagi tikus berkeliaran di ceruk-ceruk gerai seperti mana sebelum ini. Keindahan pantainya turut terserlah dengan landskap buatan manusia yang dibina untuk mengindahkan lagi persekitaran pantai Tg. Aru. Usaha-usaha penambahbaikan ini adalah sangat tepat di saat-saat Malaysia mempromosikan Tahun Melawat Malaysia.
Awang Majin B. HassanYT02-6127
September 24, 2006   12:07 PM PDT
 
Saya tidak bersetuju dengan pernyataan bahawa sejak penjenamaan Tanjung Aru sebagai Anjung Perdana, maka lebih banyak mendatangkan impak persekitaran negatif daripada persekitaran positif
Bagi saya, sejak awal projek ini dilaksanakan sehingga kini, ternyata tidak begitu ketara impak persekitaran negatif yang berlaku sama ada dari segi fizikal, biologi, estetik serta manusiawi. Ini kerana sebelum projek ini dilaksanakan kesan impak persekitaran telah dikaji selidik oleh pakar yang berkaitan tentang kesan impak yang akan berlaku sebelumnya ianya dilaksanakan. Kalau dibandingkan dengan beberapa projek lain yang dijalankan di pinggir pantai seperti ‘Sutera Harbour’, ternyata projek ini langsung tidak melibatkan aktiviti penambakan laut, pengorekkan dasar laut dan pemindahan petempatan penduduk. Sebaliknya apa yang dapat dilihat sekarang ialah persekitaran di sini semakin bertambah tersusun, bersih, mempesonakan dan kelihatan lebih eksklusif sesuai dengan kemajuan masa kini. Dan apa yang lebih penting ialah sesuai dengan hasrat kerajaan negeri yang ingin menjadikan Tg. Aru sebagai hub pelancongan bagi negeri Sabah.
‘Alam semulajadi khazanah Negara. Manusia menerima amanah Tuhan untuk memelihara dan memakmurkan alam’.
Mohd Zaki YT2002-6432
September 19, 2006   12:45 PM PDT
 
Bagi saya, sejak Pantai Tanjung Aru dikomersialkan dngan jenama baru "Anjung Perdana". Saya dapati impak persekitaran positif lebih bertambah daripada impak persekitaran negatif. Ini adalah di sebabkan oleh beberapa perubahan yang saya dapati di situ dari segi kedudukan fizikalnya dan kemudahan yang ditambah baikkan. Antaranya:-
Pertama: Dari segi keselamatan. Kalau kita perhatikan keadaan tanjung aru dahulu dengan tanjung aru hari ini (Anjung Perdana) memang sungguh jauh berbeza. Keselamatan yang saya ingin ceritakan disini ialah tentang keselamatan diri pengunjung, makanan dan tapak kenderaan yang disediakan. Walaupun cas perkhidmatannya mahal sedikit, tetapi dari sudut keselamatannya terjamin berbanding dahulu yang peniaganya entah dari mana dan keselamatan diri serta kenderaan tidak di bela. Hari ini kita lihat, tanjung aru sudah berubah wajah. Pengunjung dan pelancong semakin meningkat, perkhidmatan dan keselamatan telah dititik beratkan.
Kedua: Dari segi kemudahan Awam. Kita dapati banyak kemudahan-kemudahan awam telah di sediakan dengan baik. Contohnya; tandas yang bersih, tempat istirehat yang bersih dan layanan yang baik di medan makan dan tempat membeli belah.
Kesimpulannya: Saya yakin jika pihak yang bertanggung jawab dapat menjadikan Anjung Perdana ini ke arah yang lebih baik lagi, pastinya Anjung Perdana akan menjasi salah satu destinasi utama rakyat tempatan kita dan pelancong asing suatu hari nanti. Tq.
sadinah Tati
September 19, 2006   10:58 AM PDT
 
Very-very sorry Dr,Waktu post diskusi blogIII tak ada pula timbul
nombor (atau saya rabun).sila abaikan nombor tersebut ( mungkin kesilapan menaip) atau ada kawan-kawan nak ambil nombor yang tiba-tiba muncul itu tanpa ditaip oleh saya sebagai no bertuah.
sadinah Tati
September 19, 2006   10:58 AM PDT
 
Very-very sorry Dr,Waktu post diskusi blogIII tak ada pula timbul
nombor (atau saya rabun).sila abaikan nombor tersebut ( mungkin kesilapan menaip) atau ada kawan-kawan nak ambil nombor yang tiba-tiba muncul itu tanpa ditaip oleh saya sebagai no bertuah.
sadinah Tati
September 19, 2006   10:47 AM PDT
 
Pantai Tanjung Aru adalah satu &#8211;satunya pantai yang berhampiran dengan pusat bandaraya Kota Kinabalu dan menjadi tempat perkelahan bagi warga kota .Pengunjung masih boleh berlari di tepi pasir yang putih, masih boleh bermain air digigi pantai masih boleh melihat gelombang ombak memukul pantai.Di harap keadaan ini akan berterusan dan dapat dinikmati oleh generasi yang akan datang.
Kewujudan Anjung Perdana di pantai ini memberi keselesaan dan kemudahan pengunjung yang datang berkelah di pantai ini.Kalau dulu terdapat gerai menjual makanan dalam keadaan yang kurang teratur,tidak menarik dan kotor.Keadaan seperti ini menyukarkan pengunjung tambahan lagi pada waktu hujan di mana pengunjung agak sukar untuk membeli makanan dengan selesa .
Kewujudan Anjung Perdana tidaklah menberi impak persekitaran negatif kerana tidak ada tebusguna kawasan pantai dilakukan malah kewujudan nya memberi kemudahan pada pengunjung pantai ini makan dan melakukan aktiviti yang lain contohnya berehat di meja yang disedia di anjung sambil menghirup udara laut.Malah ada ada rombongan pelancong yang dibawa oleh bas persiaran mengunjung tempat ini dan makan di anjung perdana dengan selesanya ,Sewaktu ketidaan anjung ini kita membeli makanan di gerai-gerai yang serba kekurangan dan ada juga deretan kedai yang tidak begitu menarik menjual makanan yang begitu mahal tidak sepadan dengan suasana kedai yang membosankan.
Setiap kawasan pantai yang menjadi tumpuan seharusnya menyediakan kemudahan kepada pengunjung atau pelancong membeli makanan atau setidak-tidaknya dapat duduk berehat dengan selesa sambil menjamu selera atau bagi pelancong untuk membeli cenderamata untuk di bawa pulang sebagai kenangan mereka pernah mengunjungi pantai tersebut.Sejak kewujudan anjung perdana di pantai ini terdapat syarikat pelancungan yang membawa para pelancung makan di anjung perdana sambil menikmati suasana pantai yang segar.Dengan cara ini juga kerajaan dapat mempromosikan Pantai Tanjung aru sebagai salah satu distinasi pelancungan Saya rasa tidak banyak impak persekitaran negatif dengan kewujudan anjung perdana sebab pembinaannya di tepi pantai tanpa menggangu atau menebus guna pantai .Pembinaan Anjung Perdana sudah cukup di kawasan pantai kerana pembangunan haruslah dihadkan di kawasan Pantai Tg Aru jika kita mahu keasliannya dijaga.Kita sudah banyak kehilangan pantai kerana ditebusguna untuk tujuan pembangunan .Biarlah pantai ini kekal seperti ini kerana pantai ini adalah satu-satunya pantai yang paling hampir pada warga kota untuk beriadah dan berkelah.







Safaruddin
September 15, 2006   05:39 PM PDT
 
Sejak pantai Tanjung Aru dikomersilkan dengan jenama baru 'Anjung Perdana', impak persekitaran negatif lebih banyak daripada impak persekitaran positif. Saya tidak setuju dengan pernyataan tersebut kerana jika dibandingkan pantai Tanjung Aru sebelum dikomersilkan dengan masa kini, Pantai Tanjung Aru sekarang mempunyai impak yang positif terutama dalam bidang pelancongan. Dahulu gerai-gerai yang disediakan oleh pihak berkuasa tidak tersusun, menyukarkan para pengunjung untuk menjamu selera kerana kurangnya kemudahan tempat makan. Di samping itu juga tempat letak kereta terhad dan para pengunjung meletakkan kenderaan mereka sesuka hati, ini telah menyebabkan kesesakan lalu lintas tberlaku erutama pada waktu petang dan juga pada hujung minggu. Tetapi sekarang "Anjung Perdana" telah menyediakan tempat yang selesa bagi pengunjung untuk menjamu selera kerana gerai-gerai telah disediakan dengan tersusun malahan tempat letak kereta juga telah dibina untuk keselesaan pengunjung. Para pengunjung juga dapat menikmati keindahan alam dengan selesa. Oleh sebab itu bagi saya anjung perdana mendatang impak yang positif
Suzee Masingkan
September 14, 2006   10:41 AM PDT
 
Saya tidak setuju dengan pernyataan bahawa dengan mengkormesialkan Pantai Tanjung Aru sebagai Anjung Perdana lebih banyak mendatangkan impak negative berbanding impak positif. Bagi pendapat saya berdasarkan apa yang saya perhatikan, impak positif lebih banyak berbanding impak negative. Dulu sebelum temapat ini dimajukan dan dibangunkan dan ditukar nama sebagai Anjung Perdana, ia hanya sebuah tempat yang terbiar. Tidak terdapat tempat letak kereta dan juga gerai yang agak kotor. Tetapi setelah tempat ini dimajukan keadaan telah berubah. Walaupun telah berlaku pengubahan pandang daratnya dengan pembinaan bangunan-bangunan dan juga tempat letak kereta, namun pengubannya tidak mendatangkan impak yang memudaratkan. Malah pembinaan bangunan untuk para penjajah dan juga tempat letak kereta yang lebih bersistem memudahkan para pengunjung yang datang ketempat ini. Banyak kemudahan untuk pengunjung telah disediakan. Pengubahan pandang daratnya terpaksa dilakukan juga, namun ia tidak memusnahkan keadaan alam sekitar yang asal. Pengkomerselan Pantai Tanjug Aru kepada Anjung Perdana, lebih banyak mendatangkan impak positif kerana selain dari pada dapat menyediakan kemudahan kepada para pengunjung, ia juga telah memberi ruang yang agak terjamin kepada para peniaga untuk mencari rezeki. Para pengunjug yang datang juga merasa agak selamat untuk berkunjung ke tempat ini berbanding dengan keadaan sebelum ini. Selain daripada memberikan faedah kepada pengunjung tempatan, Anjung Perdana juha mampu menarik pelancong luar untuk menekmati panorama laut yang nyaman pada waktu petang.
florence
September 13, 2006   01:22 PM PDT
 
Pada pendapat saya pembangunan "Anjung Perdana" yang dijalankan di Tanjung Aru lebih banyak memberi kesan positif daripada negeatif. Sejak ia dibangunkan ia telah menarik ramai pengunjung. Suasana di kawasan ini bertambah selesa berbanding dengan keadaan sebelumnya. Gerai-gerai makanan tersusun dengan baik dan kemas. Tembok yang didirikan adalah tembok yang sebenarnya didirikan sebelum "Anjung Perdana", malah ianya bertambah baik. Garis pantai tidak ditambak. Impak manusiawi dan estitika telah memberi keuntungan kepada pengerai disini dan sekali gus meningkatkan pendapatan perkapita penduduk tempatan. Walaubagaimanapun bukannya tidak ada inpak negatif langsung. Kebersihan agak tidak dijaga. Penguatkuasaan perlu ditegaskan. Akhir kata, pembangunan "Anjung Perdana" sebenarnya banyak memberi impak positif daripada negetif.
Suzihi Bt Chua-YT2002/6600
September 11, 2006   01:13 PM PDT
 
Anjung Selera, Anjung Senja dan Anjung Perdana adalah merupakan 3 tempat yang terkenal sebagai tempat orang ramai menjamu selera dan juga beristirehat. Ketiga-tiga tempat ini juga mempunyai beberapa persamaan selain daripada tempat tumpuan ramai untuk menikmati pelbagai juadah, ianya juga didirikan di tepi pantai. Seperti apa yang kita ketahui apa-apa pun jenis pembangunan yang didirikan di kawasan yang amat sensitif ini pasti akan mengganggu keadaan fizikal pantai tersebut seperti apa yang berlaku terhadap penambakan tepi pantai untuk pembinaan Sutera Habour.
Anjung Perdana merupakan satu jenama baru yang dikormesilkan untuk pantai Tanjung Aru. Pada pendapat saya, impak positif lebih banyak kelihatan daripada impak negatif. Jika dibandingkan dengan keadaan pantai Tanjung Aru ini sebelum wujudnya Anjung Perdana sememangnya keadaan sekarang adalah jauh lebih baik. Contohnya keadaan gerai makan yang terdahulunya nampak begitu daif dan tidak setanding dengan status Tanjung Aru sebagai pusat pelancongan. Dan sepanjang ingatan saya, saya tidak pernah sekali pun singgah makan di gerai itu kerana jika dipandang dari luar pun keadaan gerai makan tersebut amat ‘menyedihkan’. Dan keadaan persekitarannya juga tidak ada apa-apa pun yang menarik. Tempat-tempat letak kereta pun amat terhad dan kadang kala mengganggu kelancaran lalu lintas terutama sekali pada hujung minggu dan waktu cuti sekolah.
Tetapi dengan terbinanya Anjung Perdana yang ada sekarang ini, keadaan semakin bertambah baik. Gerai yang ada sekarang lebih banyak, teratur dan nampak bersih. Saya sudah beberapa kali mengunjungi gerai-gerai makan ini dan makanannya pun boleh tahan. Di sebelah malamnya pula, suasana akan berubah dengan adanya satu ruang terbuka dimana para pengunjung akan berpeluang untuk menikmati nyanyian secara ‘live’ oleh penyanyi-penyanyi tempatan sambil menikmati juadah. Tempat letak kereta pun lebih banyak dan selesa kerana diurus oleh pihak swasta. Keadaan fizikal pantai sama seperti dahulu kerana pembinaan Anjung Perdana ini langsung tidak membuat sebarang penambakan laut. Selain daripada itu, keadaan tempat ini nampak lebih ‘hijau’ dengan adanya penanaman pelbagai jenis tumbuhan.
Kesimpulannya, pembinaan Anjung ini lebih banyak mendatangkan impak positif daripada negatif.
Jamila Nin yt 2002 6295
September 9, 2006   04:30 PM PDT
 
Akum,
Saya kurang bersetuju dengan penyataan bahawa penjenamaan semula Pantai Tanjung Aru sebagai Anjung Perdana lebih banyak mebdatangkan keburukan daripada kebaikan. Saya suka mengunjungi pantai Tanjung Aru dari dahulu sehinggalah sekarang. Pada tahun-tahun 1990-an saya melihat pantai ini sabagai sebuah pantai yang indah namun cacat dari segi lanskap dan kedaifan gerai-gerai serta bangunannya menyumbang kepada perkara-perkara yang lebih negatif seperti kebersihan, hakisan dan sebagainya. Ini amat memalukan apabila kita memikirkan ianya bersebelahan dengan sebuah hotel yang dikunjungi oleh para pelancong dari seluruh negara di dunia ini. Selain fizikalnya yang daif kebersihannya juga memualkan, sehingga kita boleh melihat tikus-tikus berkeliaran di gerai-gerai yang ada di situ. Selain intu sistem kumpahannya juga langsung tidak menepati piawaian yang telah ditentukan. Bahan kumbahan dibuang begitu sahaja dan dialirkan ke pantainya, menyebabkan kita boleh melihat dengan mata kasar betapa pantai ini semakin hitam pasirnya dari masa ke semasa. Namun penjenamaan semula pantai ini telah merubah wajahnya. Pantai Tanjung Aru sekarang lebih bersih dan indah berbanding dahulu. Susunan landskap yang semakin menarik dan disertai dengan jalinan jalanrayanya yang lebih tersusun. Selain itu pantainya juga semakin bersih apabila bangunan dan gerai-gerainya di naik taraf. Kesimpulannya penjenamaan semula pantai ini boleh diumpamakan sebagai orang sakit yang dirawat dengan ubat-ubat tertentu dan sekarang kelihatan semakin segar dan sihat.
AYOB ABDUL HAMID YT2002/6175
September 7, 2006   12:46 AM PDT
 
Saya tidak berapa bersetuju projek ‘Anjung Perdana’ di Tg. Aru dikatakan lebih banyak mendatangkan impak negatif. Kalau dilihat dari awal projek ini dijalankan sehingga kini, ternyata tidak begitu ketara impak persekitaran negatif yang berlaku sama ada dari segi fizikal, biologi, estetik serta manusiawi. Projek ini tidak melibatkan berlakunya perubahan fizikal pantai kerana tidak ada kegiatan penambakan laut dijalankan. Kewujudan ‘Anjung Perdana’ secara tidak langsung dapat mengubah ‘kelesuan’ Pantai Tg. Aru, kerana sebelum ini keadaan di sini begitu naďf sekali dengan gerai-gerai makanan, gerai air kelapa serta tempat meletak kenderaan yang tidak tersusun dan kotor, ibarat ‘hidup segan mati tak mahu’. Tetapi kini segala-galanya telah berubah dengan kewujudan restoran-restoran, pusat hiburan, pusat sukan air serta penginapan yang bertaraf bintang..ternyata memberi impak yang positif dari sudut tarikan para pelancong.
Namun begitu, bayaran ‘parking’ yang dikenakan ternyata sedikit sebanyak telah membebankan para pengunjung ke sini. Padahal sebelum ini, masalah bayaran parking tidak pernah wujud. Walaupun kewujudan ‘Anjung Perdana’ telah berjaya ,menaikkan taraf Pantai Tg. Aru, tetapi kemudahan ini hanya dapat dinikmati oleh golongan tertentu sahaja…kalau poket kosong minta maaflah. Dan kita belum tahu lagi impak negatif jangka panjang yang mungkin berlaku terutamannya impak manusiawi..kerana setakat ini, projek ini masih lagi berjalan. Kemungkinan apabila siap sepenuhnya nanti, Anjung Perdana tidak lagi menjadi kawasan yang bebas dikunjungi oleh semua orang pada bila-bila masa. Ia tidak lebih menjadi kawasan milik ‘persendirian’. Dengan kata lain, mereka akan mengeksploitasi kawasan ini bagi mengaut keuntungan.Tidak mustahil… para pengunjung akan dikenakan bayaran bagi memasuki kawasan yang dianggap ‘exclusive’ ini pada suatu masa nanti.
ZAINAL
September 4, 2006   09:55 PM PDT
 
Sejak pantai Tanjung Aru dikomersilkan dengan jenama baru 'Anjung Perdana', impak persekitaran negatif lebih banyak daripada impak persekitaran positif. dlm situasi ini saya memamg bersetuju bahawa pembinaan ini memberikan impak yang mendalam kepada persekitaran. Ini kerana dengan terbinanya anjung ini maka ganguan ekologi adalah amat mendalam dan berpanjangan. Ini kerana impak persekitaran boleh dilihat dengan pembinaan banyak lagi pembangunan disekitarnya. sebagai contoh pembinaan pusat sukan air berdekatan dengan kinabalu yacht club. Dan ini akan meninggalkan impak yang signifikan kepada alam sekitar.

Memang semua org mahu lihat pembangunan tetapi ada tempat yang kita perlu kekalkannya seperti sedia kala. Ini adalah kerana impak pembangunan di Anjung perdana ini akan menjadi sisa pembuangan makanan. ini terbukti dilihat air yg berwarna hitam mengalir keluar daripada longkang dan masuk ke dalam laut. selain daripada itu sisa kumbuhan drp tandas dapat dilihat dialirkan terus ke laut. dan ini akan menjejaskan aktiviti riadah orang ramai.

Selain daripada itu. dengan terbina nya anjung perdana yang kononnya sumbangan kepada rakyat sabah akan menjejaskan lagi persekitaran di tanjung aru.

Sekian
Flora Runsab Yt02-6425
September 4, 2006   08:49 PM PDT
 
Saya tidak bersetuju sepenuhnya dengan pernyataan bahawa sejak penjenamaan Tanjung Aru sebagai Anjung Perdana, maka lebih banyak mendatangkan impak persekitaran negative daripada persekitaran positif berdasarkan alasan berikut:
a) Apabila saya mengunjungi gerai-gerai yang didirikan di Tanjung Aru suatu ketika dahulu (tahun 2000) keadaannya tidak tersusun dan kebersihan persekitaran juga tidak terjaga. Sisa-sisa plastic dan pembungkus makanan bertaburan dimerata-rata tempat. Di samping itu, bau longkang dan tong sampah yang penuh jarang dibuang. Di samping itu juga kemudahan seperti tandas, pili air tawar dan sebagainya tidak terjaga dengan baik.
Bagaimanapun, berdasarkan tinjauan kembali saya pada 27 Okt 06 ( jam 1-2.30 ptg), saya dapati bahawa keadaan persekitaran yang wujud sekarang lebih baik dan lebih menarik hati para pengunjungnya yang menurut pemerhatian saya terdiri daripada pelancong dari dalam dan luar negara. Premis-premis perniagaan yang ada telah mewujudkan landskap persekitaran yang lebih menarik dan teratur. Pemusnahan pokok-pokok pun seperti tidak ada kerana saya mendapati susunan pokok dipersekitran masih kekal seperti dahulu malah ditambah lagi dengan pelbagai spesis tumbuhan yang ditanam dengan lebih teratur. Dari segi keselesaan pengunjung pula, saya dapati keadaan di “Anjung Perdana” sekarang lebih baik berbanding ‘Tanjung Aru’ dahulu kerana di samping pemandangan yang lebih menarik terdapat juga pelbagai kemudahan seperti tandas, pili air tawar, surau dan sebagainya. Bagaimana pun, itu tidak bermakna tiada langsung impak persekitaran negative kerana saya dapati longkang masih berbau dan juga terdaoat sekumpulan remaja yang mencurigakan ( mungkin remaja ‘illegal’ yang terbiar) berkeliaran di kawasan letak kereta sambil meninjau-ninjau kereta di situ turut meremangkan bulu roma saya ………
TAY KIAN YEE YT02-6606
September 4, 2006   08:11 AM PDT
 
Pada saya perubahan nama tidaklah penting sangat. Ia umpama kita menukar pakaian , tetapi orangnya tetap sama sahaja. Mungkin dengan nama baru iaitu, “Anjung Perdana” sedikit sebanyak dapat menarik golongan remaja dan pelancong asing yang baru untuk mula mengenali tempat ini. Bagi golongan yang sejak dahulunya sudah mengenalinya sebagai pantai Tanjung Aru atau Taman Prince Philip, nostalgia lama masih diingatan.

Saya bersetuju dengan pengkomersilan pantai ini sekarang dari segi hanya ‘menambah indahkan’ mana-mana sudut yang tidak elok dan kemas. Ini kerana banyak struktur tepi jalan yang rosak telah dibaik pulih, gerai-gerai yang usang digantikan dengan gerai yang baru dan lain-lain baik pulih yang tidak mencacatkan pandangan semula jadinya. Saya nampak suasana pantai ini lebih kemas, bersih dan kelasnya tersendiri. Ini merupakan perubahan yang positif.

Cadangan daripada saya ialah kembalikan aktiviti-aktiviti yang berbentuk mendekatkan diri pengunjung kepada aktiviti ada di situ, seperti rancangan hiburan mingguan “Mari Ke Pesta” yang dianjurkan oleh RTM suatu ketika dulu dengan menampilkan bakat-bakat nyanyian tempatan telah berjaya menarik minat lebih ramai pengunjung datang ke situ. Ini kerana dengan aktiviti sedemikian, ia merupakan identiti dan tarikan utama pantai ini berbanding dengan taman-taman lain yang ada di negeri Sabah. Harga makanan ‘seafood’ juga patut lebih rendah, supaya ia menjadi syurga makanan laut di ibu kota dan menjadi daya tarikan baik kepada pelancong asing mahupun pelancong tempatan..
Suina Sundongi, YT 2002-6592
August 24, 2006   06:50 PM PDT
 
Pada pendapat saya, peng'komersial'an pantai Tanjung Aru dengan jenama baru Anjung Perdana, langsung tidak memberi impak persekitaran negatif malah lebih banyak memberi impak persekitaran positif terhadap bio-fizikal, manusia mahupun estetik.
Melalui pemerhatian lapangan yang saya lakukan pada 19.08.2006 (Sabtu, 9.00 - 10.00 malam) dan 23.08.2006 ( Rabu, 11.00 am - 01.00 petang), peng'komersial'an ini langsung tidak melibatkan aktiviti pengubahan pandangan darat fizikal pinggir pantai berkenaan. Nilai estetik masih seperti sediakala. Tidak ada pemusnahan pokok. Bangunan seperti Kinabalu Golf Club dan Kinabalu Yacht Club diperindah agar menarik di mata pelancong. Ruang niaga dan ruang letak kereta diatur rapi. Walaupun ruang letak kereta ini 'berbayar', namun sambutan terhadap pengunjung tetap tinggi khususnya malam minggu dan cuti hujung minggu.
Letakan Weikei Kondominium dan Hotel Shangri La's, cukup strategik. Lambaian nyiur dan deruan ombak yang memecah pantai pasti menggamit pelancong atau pengunjung di pantai berkenaan. Secara tidak langsung, ianya dapat membantu / meningkatkan ekonomi negeri khususnya dalam bidang pelancongan.
Apa yang saya lihat di '2nd beach' khususnya Taman Selera, perlu ada penambah-baikan agar persekitaran lebih menarik. Aktiviti penambah-baikan harus diminimumkan. Pada waktu malam ketika air pasang, saya melihat ramai pengunjung duduk makan sambil bersantai di Taman Selera ini ( khususnya yang menghadap laut). Kunjungan ini pasti memberi pulangan pada pemilik restoran berkenaan. Sebagai penutup, kebersihan pantai ini perlu dipelihara, kerjasama semua pihak amat dialu-alukan, agar impak persekitaran positif dapat dimanfaat oleh semua. Sekian
Rinu Binti Amit(YT2002-6502)
August 19, 2006   04:53 PM PDT
 
Selalunya apabila kita bercerita tentang keindahan dan kecantikan semulajadi, elemen pantai merupakan salah satu tempat yang menjadi pilihan kerana tempatnya yang mempunyai pasir yang luas dan deruan ombak yang memukul pantai, pohon2 rendah yang melambai2 apabila ditiup angin sepoi2 bahasa, sungguh menyamankan dan menenangkan jiwa. Tetapi apabila berlaku pengubahsuaian kawasan pantai tersebut kepada bentuk yang konkrit atau dengan kata lain mengubah keasliannya, maka akan berubahlah juga suasananya. Impak negatif dan positif terhadap manusiawi dan estetik bagi pembangunan yang telah dibuat terhadap pantai TG. Aru iaitu dengan memberi jenama baru ANJUNG PERDANA dan memberi pembangunan terhadap infrastruktur dan susunatur yang lebih baik sememangnya telah memberi impak yang sama. Impak positif yang dapat dilihat terhadap manusiawi dan estetik adalah seperti memberi keuntungan atau dengan kata lain dapat6 menambahkan lagi peningkatan ekonomi terutama sekali dikalangan peniaga kerana dengan adanya limpahan pengunjung yang datang pada masa2 tertentu spt hujg mggu & masa cuti akan menambahkan jumlah pembeli bagi hasil perniagaan mereka.bagi segi estetiknya pula, mereka yang menginginkan suasana hiburan dan tempat utk merehatkan fikiran dapat mengalaminya disini dengan adanya pusat hiburan st tempat karaoke dan juga dpt mendengar lagu2 yang dimainkan ataupun secara langsung.Namun demekian impak negatif terhadp manusiawi dan estetik juga tidak kurang hebatnya. Bagi para pengunjung pantai TG.Aru 10 tahun yamg lalu, mgkin akan terperanjat beruk bila melihat perubahan yang terdapat sekarang. Klu dulu ia mgkin dapat menikmati waktu senjakala yang hendak melabuhkan tirai malam waktu matahahari hendak terbenam, mungkin kini ia tidak lagi dpt dinikmati senyaman dan sehening waktu dulu, kerana dengan hirukpikuk manusia, deruan kenderaan dan kesesakan lalulintas tidak lagi dapat mengamit rasa kesyahduan itu.Malah ketenangan pada hujung minggu yang dulu adalah merupakan tempat para pengunjung dari kota tdk lagi seperti dulu. Ditambah dengan penularan budaya barat yang mempamerkan keseksian tubuh badan mereka dipantai tersebut telah meresap kepada orang-orang kita di timur ini. Gejala penularan ini akan memberi impak negatif terhadap anak-anak kecil yang lebih mudah terikut.
Sememangnya Anjung Perdana menjadi nama dan sebutan yang amat gah dan boleh dianggap satu yang besar dan grand, namun kemegahan namanya tidak seindah wajahnya.
Sharifah
August 17, 2006   06:12 PM PDT
 
"Perdana" bermaksud sesuatu yang "besar", "hebat", "Grand" dan segala-galanya yang "Superlative". Kita maklum yang dewasa ini pantai Tg. Aru telah dikenali sebagai "Anjung Perdana". Maka semestinya Tg. Aru yang dulu telah jauh berubah daripada apa yang dapat kita lihat sekarang......totally different.....terdapat banyak perubahan dari aspek kemudahan seperti open restaurant, side walk dan sebagainya.
In my opinion... impak persekitaran yang positif dan negatif dari segi manusiawi dan estetika adalah sama sama dominan. Jika dilihat dari segi yang positif, ianya memberi kesan yang positif dari segi pelancongan, yang mana ramai pelancong asing yang datang ke pantai tersebut. Mungkin kerana mereka tertarik dengan keindahan pantai dan kemudahan yang terdapat di situ. Tidak keterlaluan jika saya katakan pantai Tg. Aru merupakan "The Little Miami Beach" yang terdapat di California, US.
Dari segi negatifnya....memberi impak kepada local....especially kanak-kanak. Dengan pakaian mereka yang sexy disamping aksi-aksi mereka yang agak daring, sedikit sebanyak akan memberi kesan yang negatif terhadap pemikiran kanak-kanak.
Sugar Bun...Restoran makanan segera yg agak popular juga terdapat di sana. Selain daripada makan, para pengunjung akan dapat menikmati lagu-lagu secara live yg didendangkan oleh penyanyi tempatan. Malahan finalist AF 4musim ini, Velvet juga pernah menyanyi di sana. Saya sempat melihat persembahannya sebelum beliau berada di akademi. Bagi orang seperti saya yg meminati muzik, tempat sebegini amat sesuai, kerana selain makan saya juga dapat menikmati hiburan live dengan kos yg tidak banyak.
Tetapi.....bagaimana pula dengan orang-orang yg berjiwa sentimental, yg menggemari suasana yg sunyi sepi dan damai? Sudah tentu..bunyi muzik yg bising akan mempengaruhi jiwa dan minda mereka. Maka ketenangan tidak wujud dan akan memberi kesan terhadap spiritual mereka. Jika dahulu, kita boleh melihat "sunset" dengan jiwa yg tenang, tetapi kini tidak lagi, yg mana suasana telah berbeza dengan alunan muzik yg sentiasa berkumandang.



































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Name Sa'adiah Zakaria
August 17, 2006   11:30 AM PDT
 
Jenama "Anjung Perdana: telah diberikan kepada ruang ligar yang bermuka baru di Pantai Tanjung Aru yang lebih cenderung kepada impak persekitaran yang negatif dari segi pembinaan konkrit dikawasan yang luas menyebabkan gangguan kepada ekosistem itu sendiri kerana apabila hujan turun tidak dapat menembusi tanah secara langsung menyebabkan aliran air hujan melimpa kedalam longkang yang akan menyebabkan banjir kilat. Keindahan alam semulajadi pantai telah berubah dari segala segi seperti pemandangan yang dulu lebih berbentuk 'Natural' dengan pokok-pokok yang besar dan kita merasa angin-angin sepoi-sepoi dapat dirasai berbanding sekarang keadaan terasa PANAS MENGGIGIT kepada para pengunjung. Binaan konkrit juga telah membawa beban kepada pengunjung untuk menikmati pantai yang indah dengan kadar yuran 'Car Parking' yang tinggi mengakibatkan para pengunjung kurang selesa dengan keadaan ini. Para penjaja juga telah dikenakan dengan kadar yang tinggi menyebabkan ada sebahagian ruang-ruang penjaja kelihatan kosong kerana kurang mendapat sambutan daripada penjaja-penjaja lain untuk berniaga. Ruang penjaja yang sempit dengan kadar sewa yang tinggi kurang berbaloi menyebabkan beban terhadap para penjaja kecil. Ketenangan alam juga kurang dapat dinikmati kerana pusat-pusat hiburan yang disediakan juga menggangu kepada para pengunjung untuk bersantai dengan keluarga di pantai
SAIDON JINSIT YT02-6547
August 15, 2006   05:50 PM PDT
 
Pantai Tanjung Aru sebelum 2004- Hanya mempunyai beberapa deretan kerusi kayu di pinggir pantainya dan berpuluh gerai makanan dan minuman terutamanya air kelapa muda. Landskap asli dengan pokok-pokok aru yang besar. Para pengunjung gembira berada di situ. Tempat letak kereta percuma.
Pantai Tanjung Aru selepas 2004-Terdapat kedai tattoo, kedai arak, pub, karaoke, kedai makanan segera, gerai makan yang sesak dan tempat letak kereta berbayar.
Impaknya-
a) Masalah sosial wujud, budaya luar yang tidak sihat terdapat di situ. Buktinya, anda boleh membuat tattoo di mana sahaja bahagian badan yang anda suka. Lokasinya tingkat satu berhampiran Sugar Bun. Kedai arak dan pub terbuka di situ menjadikan ianya tidak sesuai lagi dengan tempat rekreasi keluarga. Malah terdapat orang kita duduk di bar tanpa baju yang menakutkan kanak-kanak.
b) Keadaan di gerai-gerai makan dan tempat berehat tepian pantai semakin sesak. Pantai yang diubah suai dengan cantik menjadi pusat kegiatan sosial yang aktif bagi remaja. Ini menjadikan pemandangan yang menakutkan. Promosi makanan segera yang tidak menyihatkan.
Kesimpulan- Semuanya dikomersialkan tanpa mengira impak sosial yang boleh mencemar budaya kita.
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry