Blog ini dilancar secara rasmi pada 22 Disember 2005

Laman web ini ini adalah blog komuniti bagi para pelajar kursus AG3743 (Penilaian Impak Alam Sekitar @ EIA). Ia berfungsi sebagai medan diskusi, perkongsian informasi, pengumuman dan pengedaran bahan-bahan kursus.

Kursus AG3743
Program Geografi
Sekolah Sains Sosial
Universiti Malaysia Sabah
Email:
rdambul@yahoo.co.uk

Laman pengajaran saya yang lain:
Kursus Teras Sains Sosial
Kursus Geografi Manusia
Kursus Klimatologi


Kuliah Mingguan:
PKI: 11am-1pm (Rabu, BS1)
PLK: 12-3pm (Sabtu, Makmal GIS)



Apakah EIA?

EIA adalah kajian untuk mengenalpasti, meramal, menilai dan memberi maklumat mengenai kesan-kesan alam sekitar bagi sesuatu cadangan projek dan mengemukakan langkah-langkah tebatan sebelum projek berkenaan dilulus dan dilaksanakan.
Sumber: Jabatan Alam Sekitar (1987)


Pengendali Kursus:
R Dambul
Bilik 9 (Tingkat 3)
Sekolah Sains Sosial
Tel: 088-32000 ext 5795
@ sila hubungi dengan email



* * *

Informasi Pelajar 2006/2007

Versi Besar (Klik Sini!)

Ketua: Zainal Madi
zbmwid@yahoo.com

Pen. Ketua: Sa'adiah Zakaria
saadiahz_65@yahoo.com.my


Pembahagian kumpulan praktikal di lapangan? Sila rujuk nama anda di sini!

Edaran Bahan Kuliah
Rangka Asas Kuliah 6
Rangka Asas Kuliah 3, 4 & 5
Takwim Pertemuan
Struktur Kursus PLK 2006

Diskusi Blog
Diskusi IV (Alam Mesra-UMS)
Diskusi III (Anjung Perdana)
Diskusi II (Tanjung Lipat)
Diskusi I (Umum)

Entri Bergambar & Videografi
Tugasan Praktikal di ODEC
Kuliah di Makmal GIS




* * *

Informasi Pelajar 2005/2006


Versi Besar (Klik Sini)!

Kumpulan Pelajar HA18 (Sains Sosial):
Ketua: Nagendran Thangavelo
Email: nagen81@hotmail.com

Pen. Ketua: Elvina Thomas
Email: lvna_1229@yahoo.com

Kumpulan Pelajar HT17 (Pendidikan):
Ketua: Astina Jamaluddin
Email: astina_asties@yahoo.com

Pen. Ketua: Sharon Pascol
Email: shawing_mail@yahoo.com

Kumpulan Kerjalapangan (PKI):
Sila semak sini



Versi Besar (Klik Sini)!

Kumpulan Pelajar Luar Kampus (Kota Kinabalu):
Ketua: Ah Chin Liew
Email: ahchinliew@yahoo.com

Pen. Ketua: David Kungin
Email: recendav@hotmail.com

Kumpulan Kerjalapangan (PLK):
Sila semak sini

* * *

Edaran Bahan Kuliah
Kuliah 6 (Tebatan)
Kuliah 4 & 5 (Impak)
Kuliah 4 & 5 (Bacaan Tambahan)
Kuliah 3 (Alam Sekitar)
Kuliah 3 (Bacaan Tambahan)
Kuliah 2 (Perundangan)
Kuliah 2 (Bacaan Tambahan)
Kuliah 1 (Struktur Kursus: PLK)
Kuliah 1 (Struktur Kursus: PKI)

* Sila download sendiri!

Tugasan Blog Mingguan (PKI)
Diskusi Blog 6 (Lapangan)
Diskusi Blog 5 (Analisis Kes)
Diskusi Blog 4 (Rhetorical Q)
Diskusi Blog 3 (English Version)
Diskusi Blog 2 (Debat Terbuka)
Diskusi Blog 1 (Persepsi Umum)

Tugasan Blog Mingguan (PLK)
Ulasan Kes 4 (Lapangan)
Ulasan Kes 3 (Lapangan)
Ulasan Kes 2 (Kes Khusus)
Ulasan Kes 1 (Isu Semasa)

Arkib Laporan EIA (PKI Sesi 2005/2006)
Kumpulan 1
Kumpulan 2
Kumpulan 3
Kumpulan 4
Kumpulan 5
Kumpulan 6
Kumpulan 7
Kumpulan 8
Kumpulan 9

Fakta Kes Alam Sekitar
Radioaktif di Bkt. Merah & Pembangunan UMS
Lebuhraya KL-Putrajaya
King Fisher, Alam Mesra & Anjung Perdana
Pelan Pembangunan KL
Anjung Perdana (Tg. Aru)
S. Harbour vs Pantai Manis

Bahan Rujukan & Praktikal
Praktikal Pulau Tiga
Senarai Buku DBP (BM)
Koleksi Pertama

* Koleksi ini akan ditambah daripada semasa ke semasa.

Penilaian Komen Terbaik
Diskusi Blog 4 (PKI)
Diskusi Blog 3 (PKI)
Diskusi Blog 2 (PKI)

Analisis Gred Pelajar
PKI Sesi 2005/2007


Entri Bergambar
Apresiasi Alam Sekitar (PLK)
Exam: The Finale (PLK)
Exam: The Finale (PKI)
Trip to Little Norwich
Apresiasi Alam Sekitar (PKI)
Nostalgia Pulau Tiga
PLK in action!




rss feed


Ruangan Interaksi
   
Para pelajar juga boleh gunakan ruangan ini untuk membuat pengumuman & pertanyaan kepada rakan-rakan lain (i.e. yang berkaitan dengan kursus EIA).

<< August 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31


Wednesday, August 23, 2006
Diskusi Blog IV (Debat)


Usul perdebatan: "Projek Alam Mesra (di hadapan UMS) wajar diteruskan".

Kumpulan Penebat Impak (Pihak Pemaju) vs Kumpulan Penilai Impak (Konsultan EIA)

Jika anda dalam kumpulan Penebat Impak, anda mesti kemukakan hujah menyokong projek Alam Mesra. Jika anda dalam kumpulan Penilai Impak, anda mesti mengemukakan hujah yang sebaliknya.


Posted at 09:01 pm by geografiums

zul
July 21, 2009   01:50 PM PDT
 
sayangi khazanah alam ini ya di anugerah allah
zul
July 21, 2009   01:50 PM PDT
 
sayangi khazanah alam ini ya di anugerah allah
Ahmad Daud Ismail Mokhtar
December 8, 2006   08:08 PM PST
 
Oi ... jangan la diteruskan projek tu! Bukan apa,kalau diteruskan juga projek tu takut nanti ianya "bukan jadi Projek Mesra Alam"... TAPI .... ianya jadi "PROJEK YANG TAK MESRA ALAM".
Kamu orang tak sayang ka dengan hutan paya bakau semulajadi yang ada kat situ. Kalau dah buat projek dah tentu hutan paya bakau yang ada akan diganggu. Kalau dah diganggu dah tentu kawasan hutan tu akan musnah.
Kita kena ingat bukan kita saja yang berhak untuk hidup di muka bumi ciptaan Tuhan ini. Bagi la peluang pada pokok-pokok , Ketam-ketam , Burung-burung , Unggas-unggas, Kerang-kerangan dan bermacam-macam hidupan lagi untuk hidup di bumi ini.
Kalau dah buat projek di tempat tu 'confirm' semua yang boleh hidup akan mati. Macamana nak hidup kalau dah tempat tinggal kena kacau. Itukan zalim namanya.....
Lagipun buat apa kerajaan nak bazirkan wang pada kerja yang dah tentu akan mendatangkan kerugian serta kerosakkan. Kan lebih baik, guna duit tu untuk bantu anak-anak yatim , orang tua-tua , orang yang hidupnya melarat ( yang Warga Malaysia saja tau.... ) atau buat perkara-perkara yang lebih berfaedah yang tidak membawa kepada kerosakkan di muka bumi ciptaan Tuhan ini.
Jadi janganlah diteruskan Projek tersebut .... "HIDUP SABAH... HIDUP MALAYSIA"

Jangan pula kita terdengar dialog ini :-
Anak :- Ayah, macamana rupa bentuk Burung Bangau Putih?
Ayah :- Atan, tak pernah nampak ka bentuk burung tu? Kan dalam buku yang ayah beli ada gambarnya!
Anak :- Atan nak tengok yang betul-betul punya la ayah...
Ayah :- Kalau dahulu kita senang nak lihat burung tu di kawasan kita ini. Tapi sekarang ni, Tak tau la ayah kemana menghilangnya burung tu?

BEGITU LA JADINYA SUATU HARI NANTI..... TAK TAKUT KA?
Jamila bte Nin Yt2002 6295
December 3, 2006   10:49 AM PST
 
Saya tidak bersetuju sekiranya projek alam mesra ini diteruskan. Walaupun kebaikannya tidak boleh kita nafikan, tetapi kesan negatifnya terhadap alam sekitar tidak boleh kita pandang ringan begitu sahaja. Kita tengok kesannya terhadap alam sekitar bialogi kita. pembinaan Alam mesra ini akan menyebabkan tapaknya, paya hutan bakau akan pupus begitu sahaja. Kita semua tahu betapa pentingnya hutan paya bakau ini di dalam eko sistem kita. Ianya berguna untuk menampan tiupan angin yang kuat dan mengurangkan kemasukan air masin ke kawasan darat. Selain itu akarnya pula berguna untuk memerangkap sedimin yang ada. Selain dari aspek biologi, hutan paya bakau ini juga merupakan satu alam sekitar estetika yang tidak ada galang gantinya sekiranya kita biarkan pupus begitu sahaja. Kesimpulannya projek ini tidak sesuai dibuat di kawasan ini.
Alinah Baba
November 22, 2006   11:18 AM PST
 
Perlaksanaan projek Alam Mesra telah menyediakan banyak peluang pekerjaan yang tidak mampu dipenuhi oleh penduduk tempatan sehingga pihak pemaju terpaksa mengambil buruh asing bagi memenuhi keperluan, BENARKAH? Sebagai kumpulan Penilai Impak melihat keadaan yang sebaliknya, projek yang tidak mesra tapi menjadi teman (kerana jika dteruskan ia akan terus bersama kita, walaupun tidak disukai langsung) sekalian menjadi musuh kita telah membawa banyak impak negatif kepada penduduk sekitarnya. Membawa masuk buruh asing sahaja telah memberikan impak manusia, di mana budaya pekerja asing ini suka membina setinggan di sekitar tempat mereka bekerja. Dah lah tu, bekeras pula tu tidak mau pindah balik negara asal. Kalau bergaduh sampai beparang berbunuh. Belum lagi ditambah dengan kes merompak dan mencuri di sekitar King Fisher dan Likas yang juga diusahakan oleh si pekerja asing dan koncu-koncunya yang langsung tidak dikenali oleh pemaju Alam Mesra. Pemaju pula hanya memikirkan kantungnya sahaja, penduduk Sabah yang ampai-ampai kebulur mencari pekerjaan tidak diberi kerja. Pendatang asing juga yang diambil bekerja. Adil kah itu?

Bagaimana pula dengan impak fizikal, kelihatan pihak pemaju tidak adapun usaha untuk menanam semula pokok-pokok untuk meredupkan sedikit tempat itu. Kegiarahan pemaju juga telah mengakibatkan sering berlaku banjir kilat di jalan hadapan UMS dan Bangunan Persekutuan Putrajaya. Sekali lagi memberi impak negatif kepada manusia kerana berlaku kesesakan, kesusahan, dan mungkin penderitaan. Malah, ada penduduk yang mengadu hampir kehilangan ahli keluarga yang sakit tenat dan perlu dihantar segera ke hospital disebabkan berlaku banjir kilat di jalan tersebut. Sekiranya, berlaku tragedi seperti itu siapakah yang akan dipertanggungjawab dan dipersalahkan?

Selain itu terdapat kegiatan pemusnahan biodiversiti biologi (flora dan fauna) dan habitat haiwan, sebagi contoh burung-burung. Akibat pemusnahan pokok-pokok bakau di tapak Projek Alam Mesra, burung-burung bangau kelihatan mencari makan di tempat-tempat yang bukan habitatnya di mana terdapat burung-burung ini mencari makan di kawasan perumahan di Putera Jaya, Telipok. Selain itu, terdapat kemerosotan populasi burung-burung terlindung seperti burung Raja Udang (King Fisher) yang banyak terdapat di paya bakau sekitar tapak projek ini sebelumnya. Oleh itu, projek ini tidak patut diteruskan kerana hanya akan memusnahkan lebih banyak anugerah Tuhan di atas bumi Sabah.
Rachel Misik
November 20, 2006   03:10 PM PST
 
Alam Mesra adalah projek yang mengorbankan jutaan khazanah alam semulajadi berupa tumbuhan bakau, hidupan marin, habitat burung serta hidupan eksotik. Saya sebagai seorang pencinta alam semulajadi, berdiri bagi pihak kumpulan penilai impak. Pembinaan kelompok bangunan yang banyak menggambarkan kerakusan manusia mencipta wang ringgit di atas kehancuran harta yang tak ternilai harganya. Projek ini tidak sepatutnya dilaksanakan kerana kawasan terbabit melibatkan pemusnahan habitat flora dan fauna yang sangat tinggi nilainya. Proses ini juga melibatkan sumber tanah untuk menebus guna yang juga mengakibatkan pemotongan bukit yang luas.

Pembinaan projek Alam Mesra, mengakibatkan kesan negative jangka pendek dan jangka panjangg. Bagi kesan jangka pendek, ia mengakibatkan laluan sepanjang pembinaan mengalami debu dan habuk yang berterbangan disebabkan lori yang membawa tanah keluar masuk, Ini boleh menjejaskan kesihatan penduduk di sekitar mahu pun kenderaan yang lalu lalang di situ. Selain itu, sistem saliran terganggu. Ketika hujan tanah merah yang bertaburan di tepi jalan akan dihanyutkan oleh aliran air ke parit dan alur. Ini memyebabkan parit dan alur menjadi cetek dan terjadi banjir kilat. Kewujudan rumah-rumah setinggan . Ini juga akan menjadi kesan jangka panjang. Bagi kesan jangka panjang yang lain, ia akan menyebabkan kesesakan lalu lintas, pencemaran yang tidak terkawal, kehadiran rumah-rumah setinggan yang berleluasa, peniaga-peniaga kecil-kecilan yang hanya mementingkan keuntungan. Ini hanya mencacatkan pemandangan dan sebagainya.

Pembinaan Alamesra juga tidak wajar diteruskan kerana ia memberi impak negative kepada institusi pengajian tinggi. Projek Alamesra terlalu dekat dengan UMS. Pusat pendidikan seperti UMS sangat sesuai terletak berjauhan dengan pusat Bandar untuk ketenteraman dan jauh daripada tekanan. Jika projek diteruskan juga UMS terdedah kepada para pengunjung atau orang2 yang tidak bertanggungjawab.
ASMEH SAPIN
October 5, 2006   05:34 PM PDT
 
Pembinaan projek alam mesra UMS adalah salah satu projek mega yang dibangunkan begitu rupa dengan harapan membawa impak positif kepada alam sekitar fizikal dan manusia. bagi pendapat saya, projek alam mesra ini tidak seharusnya dibina kerana jika dilihat persekitarannya adakah ia sinonim dengan "alam mesra?". Mungkin tidak kerana ia melibatkan penebangan pokok bakau yang menjadi nilai estetik yang tidak ternilai harganya tambahan pula ia adalah habitat bagi pelbagai jenis flora dan fauna yang semakin hilang akibat daripada pembangunan. Jalan raya UMS sebagai alternatif daripada kesibukan jalan raya akan bertukar menjadi jalan raya yang paling sibuk dengan adanya pembangunan ini, tidak mustahil kemalangan akan sentiasa berlaku di kawasan ini. Yang paling sedih perkampungan di persekitaran projek ini akan menghadapi pelbagai masalah sosial yang diwujudkan oleh pekerja-pekerja asing yang terlibat dalam membina pembangunan ini. Masalah setinggan apatah lagi wujud bak cendawan selepas hujan. Apa pun saya tidak menghalang pembangunan tetapi biarlah ia dibangunkan dengan terancang dengan menilai segala impak positif dan negatifnya.
Dzulkilfli Rotis YT2002-6211
October 4, 2006   05:41 PM PDT
 
Wahai penilai impak, janganlah guna istilah rogol pokok kayu bakau, takde rasa punyalah… paling-paling pun patah…kiamat jadinya nanti. Saya ingin bertanya satu soalan kepada penyokong penilai impak, apa kelebihan tapak Alam Mesra sebelum ini yang memberi pulangan ekonomi yang menguntungkan…? Jawabnya.., sudah tentu tidak ada. Suatu ketika dulu, lokasi depan UMS itu hanya ditumbuhi hutan paya bakau yang lebih sesuai diistilahkan sebagai hutan belukar yang tidak seberapa nilai kormesialnya. Kalau ada pun penyaluk ketam yang datang ke sana untuk mencari rezeki, tetapi hanya seorang dua. Itu pun hanya mereka yang terdesak kerana tiada pekerjaan. Apa tidaknya, kawasan tu.. penuh dengan marabahaya, ular ada, buaya laut ada, buaya darat pun…ada. Penyaluk ketam yang masuk kesana, bila keluar pasti garu sini garu sana…gatal…apa tidaknya agas dan nyamuk tidak terkira banyaknya. Sudahlah begitu, kaki dan badan pun penuh dengan lumpur hitam kekuning-kuningan eeh... menjijikkanlah..!
Para penilai impak yang dihormati, manusia yang normal pasti inginkan kemajuan atau dengan kata lain kehausan dengan pembangunan. Fasal itulah… suatu ketika dulu apabila Parti Barisan Nasional kempen “Sabah akan maju dalam tempoh 100 hari…” tumbang PBS olehnya. Situasi ini jelas membuktikan bahawa kita khususnya bumiputera Sabah inginkan kemajuan. So, kenapa harus kita membangkang atau cuba menghalang usaha pihak kerajaan dalam melaksanakan pembangunan demi untuk menyediakan taraf hidup penduduk yang masih rata-rata hauskan pembangunan?
Sebagai penabat impak, saya berkayakinan penuh bahawa projek Alam Mesra adalah satu projek bijak yang turut menyumbang kearah pembangunan ekonomi. Perlaksanaan projek Alam Mesra telah menyediakan banyak peluang pekerjaan yang tidak mampu dipenuhi oleh penduduk tempatan sehingga pihak pemaju terpaksa mengambil buruh asing bagi memenuhi keperluan. Dan setelah projek ini siap sepenuhnya, sudah tentu lebih banyak lagi jawatan kerja yang diwujudkan yang memberi peluang pekerjaan serta perniagaan dikalangan penduduk setempat. Secara tidak lansung projek Alam Mesra dapat membantu mengurangkan kadar pengangguran yang kini semakin membimbangkan.
Soal masalah bising, banjir kilat dan penggondolan permukaan fizikal tu…jangan dikhuatirkan sangat, kerana semua itu hanya bersifat sementara. Apabila Alam Mesra siap sepenuhnya, landskap dan sistem perparitan mesti kelas punya. Ini kerana pihak pemaju telah membuat perancangan yang teratur serta patuh kepada garis panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan berdasarkan kepada penilaian secara terperinci sebelum meluluskan projek tersebut. Landskap yang terancang sudah tentu mempamerkan nilai estetik anggun berbanding sebelumnya.
Pelaksanaan projek Taman Alam Mesra yang indah dan mesra alam ini sudah pasti membuatkan warga UMS serta penduduk setempat mengukir senyum malah mengucap syukur kerana kewujudannya pada lokasi yang amat strategik dapat memenuhi pelbagai keperluan.
So, kepada penilai impak yang dihormati, setelah Alam Mesra siap sepenuhnya kelak, mesra-mesrakanlah kaki ke sana dan jangan lupa bawa kawan-kawan kamu...dan beritahu kawan-kawan kamu itu...bawa kawan-kawan mereka sekali dan kawan punya kawan punya kawan... ajak sekali untuk bersukaria di Alam Mesra yang sudah pasti memberikan yang terbaik buat kita semua.
Awang Majin B. HassanYT02-6127
September 24, 2006   12:39 PM PDT
 
Sebagai penilai impak saya amat tidak bersetuju dengan ‘Projek Alam Mesra’Dari segi impak fizikal, kawasan tersebut merupakan kawasan paya bakau. Di mana hutan paya bakau adalah merupakan tumbuhan yang berperanan penting dalam ekologi alam sekitar.Jika hutan paya bakau tersebut ditebusguna,maka impak persekitaran akan wujud. Contohnya, banjir kilat yang sering berlaku di kawasan ini adalah berpunca daripada projek ini.Jika dilihat dari segi impak biologi pula, apabila hutan paya bakau di kawasan tersebut diterokai, maka ianya akan mengganggu ekosistem habitat yang hidup di kawasan tersebut. Contohnya ketam, ikan, lokan dan sebagainya akan turut pupus.
Apabila siap sepenuhnya projek alam mesra ini ia akan menjejaskan suasana UMS yang sebelum ini merupakan sebuah pusat pengajian tinggi yang terletak jauh daripada kesibukan serta kebisingan. Kini dan masa akan datang akan berubah menjadi suasana yang bising dan penuh kesesakan aktiviti seharian manusia. Di samping itu masalah kesesakan jalanraya akan berlaku dengan serius di kawasan ini akibat daripada pertambahan penduduk dan petempatan di kawasan ini.
Mohd Zaki YT2002-6432
September 19, 2006   11:56 AM PDT
 
Sebagai Ahli Kumpulan Penilai Impak, saya juga turut tidak bersetuju jika Projek Alam Mesra di teruskan di hadapan Universiti Malaysia Sabah. Pendirian saya ini berdasarkan kepada beberapa perkara yang saya fikirkan perlu kita lihat bersama.
Pertama: Kita sedia maklum alam semula jadi adalah anugerah tuhan yang sangat bernilai dan perlu di kekalkan dan tiada suatupun yang dapat menebus kembali kemusnahan yang telah berlaku seperti sedia kala. Kini rimbunan paya bakau yang selama ini wujud di situ telah dinodai dengan rakusnya oleh pemaju yang kurang memikirkan nilai estetik yang sukar ditukar ganti. Akhirnya kita kehilangan satu lagi kawasan ciptaan Tuhan.
Kedua: Dari segi Fizikal. Kita dapati kemusnahan kawasan itu telah menjadikan sungai dikawasan itu menjadi sempit dan ini akan menaikkan paras air laut serta sungai. Maka tidak mustahil lah kawasan itu sering berlaku banjir,buktinya pada hari ini bila hujan lebat sahaja banjir akan berlaku di jalanraya hadapan projek Alam Mesra ini.
Kesimpulannya apa yang saya lihat, projek ini terlalu hampir dengan UMS dan kemunculannya bukan sahaja merosakkan alam sekitar malah menyempitkan jalan utama yang akhirnya memberi kesan kepada kita semua. Sekian.
sadinah Tati
September 19, 2006   10:16 AM PDT
 
Saya sebagai pemaju dan juga pendokong kepada pembangunan dan kemajuan bersetuju projek alam mesra. diteruskan. Negara kita harus membangun selaras dengan dasar kependudukan 70 juta dan wawasan 2020.
Kawasn Alam Mesra dan kawasan-kawasan berhampiran dengannya, dalam jangka masa 10 tahun akan menjadi kawasan tumpuan di mana terdapatnya pusat pengajian tinggi,pusat pentadbiran persekutuan dan bermacam-macam projek yang akan dibuat kelak.

Kawasan yang diplih adalah kawasan yang strategik dari segi kedudukan dan ianya berhampiran dengan pusat bandar,walau pun pemaju terpaksa menebus guna paya-paya baku tetapi pemaju masih berupaya mengekalkan sebahagian daripada paya-paya baku btersebut..Pemaju masih memelihara alam semulajadi di sekitar alam mesra dan besar kemungkinan pemaju juga akan menyediakan lanskap yang menarik dengan taman-taman bunga atau pokok-pokok hiasan untuk mengindahkan lagi pemandangan kawasan alam mesra.

Saya sebagai pemaju ingin membina bandar-bandar baru yang moden tanpa mengabaikan alam semula jadi seperti apa yang telah dibuat di bandar Puterajaya di Chandigrah sebuah bandar di Timur Laut India dengan keluasan 114 kilometer persegi termasuklah 8 km lingkungan hijau (green belt) .Keunikan terdapat di bandar adalah Taman Bunga Ros yang terbesar di Asia.
Putera Jaya merupakan pusat pentadbiran mengantikan Kuala Lumpur sebagai pusat pentadbiran bagi wilayah persekutuan.Putrajaya juga adalah bandar taman dan bandar pintar. Dirancang sebegitu rupa dan begitu istimewa dan salah satu bandar model menarik perhatian pengunjung luar negeri dan tempatan. Bangunan diirekabentuk dalam senibina islam yang indah dan dilengkapi dengan kemudahan teknologi moden yang canggih. Putrajaya menyediakan segala-galanya kepada penduduk disekitarnya dan memberi satu cara suasana kehidupan yang berkualiti ,moden dan sihat dari segi mental, fizikal dan rohani. Di harap pemaju-pemaju yang baru ini terutama sekali yang menjalankan projek-projek di Alam mesra dan sekitarnya patut mengambil contoh pembinaan kedua bandar ini iaiatu Puterajaya dan Chandigrah agar dapat menjaminkan kesejehteraan manusia dan bumi yang diduduki serta pembangunan yang mampan.





Suzee Masingkan
September 18, 2006   11:57 AM PDT
 

Saya dari Kumpulan Penebat Impak, tetap dengan pendirian saya bahawa Projek Alam Mesra perlu diteruskan. Kita harus menerima kenyataan bahawa dunia pada masa kini sedang bersaing untuk maju kedepan! Tidak bermakna dengan terlaksananya Projek Alam Mesra kita sudah musnah. Apa gunanya kemajuan Sains dan Teknologi yang kita agung-agungkan, apa gunanya kepakaran yang susah paya rakyat Malaysia perolehi jika masalah yang timbul akibat pelaksanaan projek alam mesra tidak dapat di atasi? Saya bukan menafikan kesan yang timbul akibat perlaksanaan projek ini tidak mendatangkan kesan negative kepada kita. Tapi, kita harus yakin bahawa kesan yang timbul itu dapat di kurangkan. Di mana-mana pun projek pembangunan dilaksanakan, tetap ada keburukan yang timbul ke atas alam sekitar. Asalkan pembangunan itu dilaksanakan berdasarkan syarat yang ditetapkan oleh kerajaan, saya pasti kesan yang akan timbul tidak seteruk yang kita bayangkan. Jika projek alam mesra ini terus dilaksanakan, kesan postitif keatas penduduk Negeri Sabah khasnya sekitar Kota Kinabalu lebih banyak berbanding kesan negative.Jumlah penganggur yang begitu tinggi dapat dikurangkan dan tidak mustahil penduduk sekitar projek alam mesra dapat mengubah hidup mereka dengan adanya peluang-peluang untuk memajukan diri yang akan ditawarkan dari projek alam mesra kelak. Siapa tahu salah satu daripada pelajar PPLK sekarang ini akan menjadi ahli perniagaan yang terkemuka di suatu hari kelak! Masalah kemusnahan pokok bakau boleh diatasi dengan penanaman semula pokok-pokok yang lebih indah dari pokok bakau. Dan saya yakin, dalam projek alam mesra ini akan wujud satu landskap yang terindah. Cuma bezanya bukan pokok bakau! Masalah banjir pula, dapat diatasi dengan system perparitan yang lebih sistematik dan terurus. Kalau kita terus memikirkan tentang kesan negative yang timbul, sudah pasti kita akan terus ketinggalan dalam arus pembangunan, manakala orang lain sudah membina bangunan di bulan!
Safaruddin
September 15, 2006   05:53 PM PDT
 
Sebagai ahli kumpulan penilai impak, saya amat tidak bersetuju jika Projek Alam Mesra diteruskan.

Sebelum projek Alam Mesra dijalankan keindahan alam semula jadi di depan UMS begitu cantik. Tetapi disebabkan oleh kerakusan manusia maka kwasan tersebut telah dirogol menyebabkan keindahan yang diamati oleh manusia telah dinodai. Kawasan hutan bakau merupakan kawasan yang boleh dijadikan penambat atau pemampan bagi hakisan. Selain daripada itu kesan daripada pembangunan alam mesra kejadian atau fenomena banjir selalu terjadi. disebabkan kawasan tersebut tidak diselenggara dengan betul. Di samping itu, kawasan tersebut jugatelah menjadi hutan batu disebabkan terdapat pembangunan yang begitu pesat akibat daripada kewujudan UMS. setiap pembangunan memerlukan pekerja, dengan ini secara tidak langsung projek tersebut telah memanggil pekerja-pekerja asing untuk membantu dari segi pembangunan. Apabila tenaga asing terlalu ramai biasanya terdapat gejala-gejala sosial.
NameTay Kian Yee
September 14, 2006   12:01 AM PDT
 
Pembangunan sudah sinonim bagi negara-gegara mundur dan negara-negara sedang membangun. Semua orang mahukan pembangunan. Jika sesebuah kerajaan tidak berbuat apa-apa untuk membangunkan negaranya, maka ia akan menjadi isu untuk ‘ditumbangkan’. Jika sesuatu kawasan tidak dimajukan, rakyat akan ‘bising-bising’ dari warung-warung kopi hingga ke media-media.

Sebagai pemaju projek mega ‘Alam Mesra’, saya tidak bersetuju rancangan tersebut dihentikan kerana ia merupakan salah satu ‘pembangunan’ seperti yang dilaung-laungkan Barisan Nasional jika berjaya menguasai Kerajaan Negari Sabah. Jika ada pembangunan, maka rakyat Sabah amnya dan penduduk sekitarnya khususnya akan meikmati peluang-peluang pekerjaan yang akan dijana oleh pertumbuhan kawasan sekitarnya.

Pihak penilai projek yang mengatakan bahawa banyak kawasan bakau telah dimusnahkan akibat projek ini juga tidak benar. Sebagai pemaju, sudah pasti akan menjalankan kajian mendalam dan mematuhi peraturan-peraturan Jabatan Alam Sekitar yang ketat dan perlu mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan negeri sebelum dapat memulakan projek tersebut. Selain daripada itu, negeri Sabah masih mempunyai kawasan bakau yang luas berbanding dengan penggunaan sebahagian sahaja untuk dimajukan sebagai projek mesra alam yang berlatar belakangkan hutan bakau yang masih ada.

Dahulunya kawasan UMS juga merupakan kawasan hutan dan sedikit kebun getah. Sekarang kita lihatlah landskap buatan manusia menjadikan UMS antara Universiti terindah di Malaysia dan selain menjadi nadi pembangunan ilmu, ia juga menjadi tarikan kepada para pelancong sebagai destinasi mereka. Saya menjangkakan projek Alam Mesra
bakal menjadi landskap yang terindah hasil gabungan semulajadinya dengan idea buatan manusia. Dengan itu, sudah tentu akan menjadi tarikan lebih ramai orang untuk menikmati nilai estetikanya berbanding sebilangan pemancing ikan dan ‘pembintur’ ketam pada masa dahulu.
SAIDON JINSIT
September 11, 2006   03:38 PM PDT
 
Kepada penilai impak!!...Fikir2kan lah samada mau hidup dengan kemudahan dan kemajuan pembangunan atau bersama PTI yang mempunyai budaya yang berbeza serta mendatangkan banyak masalah. Jika kawasan ini tidak dibangunkan pasti ianya tempat PTI mendirikan rumah, pembuangan najis dan sampah yang tidak teratur amat merbahaya kepada kesihatan. Kalau tidak setuju minta posting la di Pendalaman, di sana tiada pembangunan....
SAIDON JINSIT
September 11, 2006   03:25 PM PDT
 
Pembangunan lebih penting...Jangan biarkan kawasan bakau di situ tidak di terokai kerana ianya banyak membawa kebaikan bagi PTI untuk mendirikan penempatan haram dan kawasan PTI bersembunyi dari pihak berkuasa. Ianya juga tempat persembunyian para penjenayah di kalangan PTI. Malah dadah juga ada di jual di situ pada masa dahulu. Tempat ini juga merupakan tempat PTI mendapatkan sumber pendapatan seperti menangkap ketam dan lokan menjadikan mereka selesa hidup secara tidak sah di Sabah.
Suzihi Bte Chua-YT2002/6600
September 11, 2006   01:11 PM PDT
 
Projek Alam Mesra yang sedang dijalankan berhadapan dengan kampus kebanggaan Sabah iaitu UMS sememang amat ‘menyakitkan’ mata. Saya sebagai wakil kumpulan penilai impak menentang projek ini daripada diteruskan dan harus diberhentikan dengan serta merta supaya tidak mendatangkan impak yang lebih serius. Sebelum projek ini dimulakan kawasan ini adalah merupakan kawasan paya bakau yang semulajadi dan amat jarang sekali pemandangan seperti ini kelihatan berdekatan dengan pusat bandar. Kawasan paya bakau ini juga kaya dengan pelbagai hidupan flora dan fauna. Jika projek ini diteruskan juga habitat hidupan-hidupan ini akan terganggu dan lama-kelamaan mungkin akan mengalami kepupusan. Fungsi pokok paya bakau adalah untuk memerangkap atau memecahkan ombak dan jika pokok-pokok ini sudah tidak ada kemungkinan besar ombak-ombak besar yang datang dari laut akan menghakis pinggir-pinggir sungai. Keadaan ini akan menyebabkan gangguan terhadap pembinaan bangunan di kawasan ini kelak. Aliran sungai juga akan mengalami impak yang besar terhadap pembangunan ini nanti kerana ianya boleh menjadikan alirannya terpesong jauh dari aliran yang asal. Jika keadaan ini berlaku kemungkinan besar banjir akan mudah dialami di kawasan ini nanti. Selain daripada itu, lori-lori yang mangangkat tanah masuk ke kawasan ini untuk menambak kawasan paya ini akan menyebabkan pencemaran udara berlaku pada musim kemarau dan jika hari hujan pula tanah-tanah lumpur akan kelihatan di atas jalan raya dan ini amat merbahaya terhadap kenderaan yang lalu lalang di situ. Kekerapan berlakunya kemalangan di kawasan ini juga sangat membimbangkan. Lebih-lebih lagi jika ramai yang dilanggar atau yang terlibat dengan kemalangan itu adalah warga UMS sendiri. Jalan masuk ke tapak pembinaan Alam Mesra ini sememangnya amat tidak sesuai sama sekali kerana ianya mengganggu keselamatan lalu lintas di kawasan ini. Lori-lori pengangkut tanah yang kelihatan keluar dan masuk ke tapak pembinaan adalah sangat menakutkan dan setiap pemandu akan sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan ini. Menggadaikan sesuatu yang bernilai untuk memberikan laluan kepada pembangunan yang akan hanya dapat dikecapi oleh segelintir masyarakat adalah satu tindakan yang ‘dungu’. Apa guna kerajaan melaung-laungkan kempen cintai alam sekitar kita sedangkan pemusnahan terang-terangan berlaku di depan mata.
AYOB ABDUL HAMID YT2002/6175
September 7, 2006   12:48 AM PDT
 
Sebagai penilai impak saya amat tidak bersetuju dengan ‘Projek Alam Mesra’ . Bagi saya, kawasan ini mempunyai nilai komersial yang tersendiri, teritamanya kaya dengan biodoversiti biologinya. Hutan paya yang merangkumi hampir keseluruhan kawasan ini amat penting dari sudut penyelidikan, perubatan, biologi, rekreasi, ekologi dan sebagainya. Projek Alam Mesra yang sedang rancak berjalan sekarang ternyata lebih banyak mendatangkan impak persekitaran negatif. Lihatlah sekarang di peringkat awal projek ini berjalan di mana masalah banjir kilat kerapkali berlaku di jalan Sulaman apabila hujan lebat. Begitu juga masalah lain seperti pencemaran debu, hakisan tanih dan sebagainya.
Kedudukan projek Alam Mesra yang begitu hampir dengan kampus ternyata memberi impak negatif terhadap UMS. Selama ini pusat gedung ilmu pengetahuan ini merupakan kawasan tenang, aman, damai serta jauh daripada kesibukan. Tetapi apa yang kita lihat pada hari ini memang jauh berubah. Cuba kita bayangkan apabila projek Alam Mesra serta Pusat Pentadbiran Kerajaan yang terletak bersebelahan UMS akan siap dan beroperasi sepenuhnya, masalah kesesakan jalanraya akan berlaku dengan serius di kawasan ini. Tidak dinafikan bahawa kemungkinan kadar kemalangan jalanraya yang melibatkan mahasiswa UMS akan terus meningkat,memandangkan kebanyakan pengguna jalanraya di sini terdiri daripada graduan UMS.
zainal
September 4, 2006   10:50 PM PDT
 
Sebagai ahli kumpulan penilai impak, saya amat tidak bersetuju jika Projek Alam Mesra diteruskan.

Ini kerana dari segi fizikal ia telah mejahanamkan sesuatu harta yang sungguh bernilai kepada malayisa. Ini kerana sebelum ini pihak kerajaan begitu bersemangat untuk mengurus persekitaran fizikal tetapi dengan tidak disangka2 meluluskan projek alam mesra. alam fizikal yang dimusnahkan terutamanya hutan paya bakau ini. Mungkin satu hari akan mengakibatkan banjir dikawasan perkampungan di one-boneo.

selain daripada itu penimbusan hutan paya bakau ini akan memusnahkan beribu-ribu hidupan biologi dan ini akan menjejaskan mata pencarian orang kampung yang mengusahkan perikanan, mencari ketam dan penternakan udang. Ini menjadikan selain kemusanahan habitat ia juga berlarutan sehingga menghilangkan sumber ekonomi bagi masyrakat disekira perkampungan dikawasan tersebut

Melihat kepada pembangunan di alam mesra ini ia sedikit demi sedikit akan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran pelajar UMS kerana pusat membeli belah yang dibina akan menarik masa pembelajaran mereka dan menjadikan mereka sebagai pelepak-pelepak.

yang lebih memalukan istilah ALAM MESRA ?????? mana dia alam habis dirogol oleh pemaju yang rakus mengejar kekayaan. Kerajaan pula hanya meluluskan projek ini tanpa melihat kepada implikasi yang ada.

dari mana tanah-tanah yang digunakan untuk menimbus hutan paya bakau itu????? Ini memperlihatkan kelemahan ???? Oleh yang demikian projek alam mesra ini bukan sahaja merosakan ciri-ciri ekologi, persekitaran setempat tetapi juga menjahanamkan kawasan yang lain.

Oleh itu kumpulan pemaju ingat-ingatlah akan generasi akan datang... sesuatu yang indah hendaklah dikongsi bersama jangan lupa..........
Flora Runsab YT02-6425
September 4, 2006   09:07 PM PDT
 
Sebagai Kumpulan Penebat Impak, saya bersetuju bahawa Projek Alam Mesra ini wajar diteruskan. Pertama, dengan pembangunan Alam Mesra, warga UMS yang mencecah ribuan orang tidak perlu lagi bersusah-payah ke bandaraya Kota Kinabalu dan tersekat dengan kesesakan lalu-lintas yang memeningkan kepala dan mencuri waktu. Di samping itu, projek Alam Mesra menjanjikan keperluan perumahan yang lebih dekat dengan kampus UMS untuk disewakan kepada para pelajar UMS sendiri. Secara tidak langsung, kos minyak untuk perjalanan dapat diminimakan. Oleh itu, pelajar UMS dapat menggunakan wang tersebut untuk keperluan kuliah yang lain. Kedua, projek Alam Mesra bertindak sebagai Bandar satelit bandaraya Kota Kinabalu yang akan memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya kepada penduduk di sekitaranya. Pembinaan projek ini juga, walaupun telah mengorbankan bakau-bakau yang ada tetapi juga pasti akan menjanjikan satu lanskap yang lebih menarik apabila pelbagai jenis tumbuhan ditanam semula dengan penataan yang teratur dan menarik hati. Secara tidak langsung projek ini menjana ekonomi negeri kerana para penyelidik atau cendekiawan akan menggunakan kemudahan perumahan yang berdekatan dengan pusat ilmu iaitu UMS sendiri untuk memudahkan kajian mereka dalam satu-satu bidang. Maka saya sangat-sangat menyokong agar projek ini diteruskan.

Suina Sundongi YT 2002 / 6592
September 1, 2006   05:20 PM PDT
 
Saya selaku penebat impak berpendirian bahawa Projek Alam Mesra wajar diteruskan. Kita mesti 'lihat ke depan'. Projek ini banyak memberi impak positif terhadap ekonomi mahupun sosio-budaya negeri ini. Alasan saya berkata demikian kerana, saya melihat ianya dapat memberi keseimbangan dalam pembangunan ekonomi. Maksudnya di sini, aliran tumpuan penduduk pada masa akan datang tidak lagi tertumpu pada pusat bandar Kota Kinabalu sebab keperluan barangan boleh diperolehi di tempat ini. Secara tidak langsung ini dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya di pusat bandar Kota Kinabalu.

Hujah yang seterusnya, dari segi sosio-budaya, perlaksanaan Projek Alam Mesra ini dapat menyediakan peluang pekerjaan bagi penduduk setempat. Di samping itu, peluang untuk masyarakat memiliki rumah kediaman terbuka luas. Banyak pusat pentadbiran kerajaan berdekatan dengan kawasan ini.

Kalau nilai estetik dijadikan alasan untuk membatalkan projek ini, memang tidak boleh diterima akal. Impak negatif yang ada sekarang ini seperti habuk, bising dan sebagainya hanyalah bersifat sementara dan boleh diminimakan. Kita boleh 'perindahkan' lagi tempat ini supaya ianya kelihatan seperti 'bandar dalam taman'.

Kesimpulannya, projek ini wajar diteruskan untuk kepantingan semua pihak. Sekian.

florence
September 1, 2006   12:28 PM PDT
 
sebagai ahli penebat pembangunan alam mesra di UMS, saya menyokong penuh pembangunan sebegini dijalankan di kawasan ini sebab ia sebanarnya boleh menjana ekonomi. Jika pengurusan dijalankan dengan teratur, pembangunan alam mesra yang dicadangkan tentunya keuntungan. Impak persekitaran yang dihujahkan tentukan dapat diminimumkan. Banyak cara yang boleh kita jalankan untuk meminimumkan impak terhadap pembangunan di kawasan ini. Alam semulajadi yang bakal dimusnahkan di kawasan ini boleh digantikan dengan penanaman pokok serta taman yang lebih indah. Berkenaan denganmasalah buruh binaan yang disuara pihak penilai tempoh hari tentunya dapat dikurangkan dengan penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat. Pihak pemaju perlu menyediakan perumahan yang teratur dengan kemudahan yang baik kepada buruh asing agar mereka bekerja dan tinggal dengan selesa, dan dengan ini dapat mengurangkan masalah sosial. Komplek perumahan pekerja juga perlu dipagari dan keluar masuk mereka adalah di kawal. Pekerja-pekerja asing yang dibawa masuk juga perlu mempunyai pas kerja yang sah.

Untuk tidak mengganggu garis pantai, adalah disarankan agar satu beranda dengan tiang tinggi di bina di depan hotel, seni bina begini tentunya unik dan menarik para pengunjung untuk datang.
Pendek kata pembangunan alam mesra di UMS ini nanti boleh menarik ramai pelancong, dan seterusnya menjana ekonomi negeri Sabah.
Rinu
August 31, 2006   01:05 AM PDT
 
Sebagai seorang penilai saya juga turut tidak bersetuju jika projek Alam Mesra (UMS) itu diteruskan kerana;
dari segi impak kepada fizikal ia akan menyebabkan pengubahsuaian kawasan yang dulunya adalah kawasan yang hijau dengan bakau yang tumbuh secara semulajadi menjadi tatapan dan merupakan satu bentuk landskap semulajadi yang menenang fikiran dan menyamankan pemandangan dan jiwa seseorang yang mencintai alam kini telah bertukar dengan kawasan yang hambar dan kegersangan. pencemaran akibat kawasan yang telah digondol dan berlaku penghakisan tanah yang berleluasa.Kehakisan yang berlaku menyebabkan kawasan tersebut tidak lagi dapat menyekat pengaliran sedimen yang secara tidak langsung akan mengakibatkan banjir kilat boleh berlaku, bukan pokok bakau itu adalah merupakan salah satu cara untuk menebat kehakisan dimana akar2nya berupaya menyekat dan memerangkap segala bentuk hakisan dan juga sampah sarap yang mengakibatkan hakisan dan pencemaran berlaku terhadap air. Manakala impak terhadap Biologi, dengan penebangan dan pengondolan tanah yang mempunyai kawasan paya bakau sebagai ekosistem kehidupan laut yang lain seperti kerang, ketam,siput dan hidupan lain yang memerlukan kawasan paya bakau telah dimusnahkan.Bukankah ini merupakan satu perbuatan yang melampau. Projek ini juga akan mengundang kepada impak sosiobudaya terhadap negara kita khususnya bagi negeri Sabah kerana kehadiran pekerja-pekerja yang datangnya dari kawasan seberang akan sebagai buruh bagi membina projek2 ini akan menimbulkan satu lagi fenomena yang kurang sihat terutamanya keselamatan dan ketenteraman penduduk setempat. Kehadiran jentera-jentera berat yang digunakan untuk mengangkut bahan-bahan binaan akan mengundang keadaan kurang selesa terhadap pengguna lalulintas jalanraya terutamanya terhadap kenderaan yang kecil.Kesesakan juga akan berlaku dengan adanya penggunaan kenderaan berat untuk melaksanakan projek ini.Pencemaran udara akibat habuk yang berterbangan terutamanya ketika proses penggondolan tanah dan bukit yang berada dikawasan tersebut akan menyebabkan kesihatan orang ramai akan terjejas, berlaku kesesakan nafas kerana terhidu habuk dan udara yang tidak bersih.Pencemaran bunyi dengan adanya kenderaan berat yang menjalankan aktiviti setiap hari akan menganggu kehidupan seharian kita.
Sa'adiah Zakaria
August 30, 2006   05:32 PM PDT
 
sori dr, saya tak dapat submit diskusi, dari kelmarin dah cuba tak dapat n hari cuba tidak dapat so saya hantar melalui email dr aje, ok
Saya mewakili kumpulan Impak Penilai tidak bersetuju dengan pembangunan 'Projek Alam Mesra', apakah makna projek alam mesra tetapi telah menggondol sebahagian daripada paya bakau dan kawasan hutan yang sangat berhargai terutama kita di kawasan bandar memerlukan flola fauna dapat dikekalkan. Tiada maknya projek Alam Mesra tetapi merosakkan pelbagai habitat seperti ketam, ikan, kerang, siput dan pelbagai lagi. Ini mempupuskan habitat haiwan dan tidak langsung iannya menghilangkan pencarian bagi para nelayan dan penduduk disekitarnya. Manakala dari segi fizikal tanah-tanah merah yang ditimbus secara langsung mengakibatkan saliran sungai tersekat dan banyak kelodak tanah menghimpun dikawasan sungai ia boleh mengakibatkan banjir kilat kerana saliran sudah disekat. Manakala dari segi sosio budaya berlaku dengan pencemaran udara yang dibawa oleh pelbagai jentera berat mengangkut tanah-tanah merah yang mengotorkan jalanraya dan habuk-habuk semakin mencemari kawasan tersebut. Pencemaran boleh mengakibatkan secara langsung kepada ozon menjadi nipis dan kepanasan akan menjadi semakin meruncing, begitu juga kesibukan dijalanraya tersebut juga boleh mengakibatkan kemalangan akan berlaku kerana kecuaian para pemandu jentera berat yang sering hilir mudik membawa bahan-bahan bagi pembangunan. Berlaku juga dari estetik bahawa pemandangan yang indah dengan semulajadi telah tercemar kerana sungai yang mengalir telah menjadi sungai yang berubah keadaan semulajadi dengan penebangan paya bakau berkurangan. Apakah kerajaan negeri Sabah kurang memahami kepentingan alam sekitar yang seharusnya dipandang berat bukannya sahaja mementing keuntungan dan pembangunan yang semakin mengancam secara global... fikir-fikir Ucapan Dr. Mustafa Tolha, Pengarah Eksekutif Program Alam di PBB (UNEP) berkata: "Krisis alam sekitar memerlukan revolusi untuk mengendalikan hal ehwal antarabangsa- mengiktiraf perlunya kerjasama global dan sumber kewangan yang baru yang boleh membantu kita semua, khususnya negara-negara membangun, untuk mengatasi kemusnahan alam sekitar yang boleh mengancam keamanan dan kestabilan masyarakat antarabangsa".
Sharifah
August 26, 2006   01:07 PM PDT
 
Sebagai ahli kumpulan penilai impak, saya amat tidak bersetuju jika Projek Alam Mesra diteruskan.

Dari segi impak fizikal, kawasan tersebut merupakan kawasan paya bakau. Di mana hutan paya bakau adalah merupakan pemampan ombak yg boleh menghakis kawasan pantai. Jika hutan paya bakau tersebut digondolkan, maka hakisan pinggir pantai akan berlaku. Dan banjir kilat juga akan turut berlaku di kawasan tersebut.

Jika dilihat dari impak biologi, jika hutan paya bakau di kawasan tersebut digondolkan, maka ianya akan mengganggu ekosistem haiwan- haiwan yang hidup di kawasan paya bakau seperti ketam bakau. Dimana ketam bakau mempunyai nilai komersial bagi nelayan pinggir pantai.

Jika dilihat dari sudut sosio budaya, buruh-buruh binaan asing akan diupah untuk menyiapkan projek ini, maka sudah tentu akan wujud kawasan setinggan, dan maka akan wujud jenayah seperti ragut, rompak dan pecah rumah di kawasan sekitar. Kerana jenayah-jenayah seperti ini didominasi oleh orang-orang asing. Dari segi keselamatan pula, sudah tentu lori-lori yg besar akan keluar masuk ke kawasan tersebut. Ibu bapa akan bimbang mengenai keselamatan anak-anak mereka. Habuk juga akan berterbangan di kawasan tersebut dan memberi kesan kepada mereka yg mempunyai penyakit Asthma/lelah. Selain daripada itu, bunyi yg bising akibat daripada lori tersebut juga akan memberi kesan terhadap penduduk setempat.

Selain daripada itu, jika projek tersebut diteruskan, akan memberi kesan terhadap estetika. Di mana kawasan tersebut merupakan tempat bagi mereka yg ingin menghilangkan kebosanan dan ingin mencari ketenangan jiwa dengan memancing. Ini adalah kerana kawasan tersebut agak sunyi dan keadaan ini akan menenangkan jiwa manusia. Tetapi jika kawasan tersebut dimajukan, maka mereka ini akan kehilangan tempat untuk menenangkan jiwa dan emosi. Perkara ini akan memberikan kesan terhadap spiritual mereka.

Wahai kumpulan penebat.... Fikir-fikirkanlah sebelum berbuat sesuatu!!!!!
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry